You are on page 1of 1

26hb September 2000 merupakan hari yang bersejarah untuk negara

kita apabila mikrosatelit pertama negara, TiungSAT-1 telah dilancarkan


di Baikanor; Kazakhstan.

TiungSAT-1 telah dilepaskan di orbitnya dan Malaysia Astronautic


Technology (M) Sdn Bhd (ATSB) telah diberi tanggungjawab untuk
membangunkan program sulung ini. 

Satelit Mikro ini telah dilancar ke dalam orbit dan perhubungan antara
sistem kawalan bumi di Stesen Kawalan Bumi ATSB yang terletak di
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah dapat dicapai.  Jisimnya
ialah 50 kg dan mempunyai dimensi 690 x 366 x 366 mm.

TiungSAT-1 beroperasi di Orbit rendah bumi pada ketinggian 650 km


dengan 65 darjah inklinasi. TiungSAT-1 dilancarkan dengan membawa
tiga misi utama iaitu pencerapan bumi, uji kaji saintifik Cosmic-Ray
Energy Disposition Experiment (CEDEX) dan aplikasi komunikasi ringkas.

TiungSAT-1 telah dilengkapi dengan sistem kamera Multi Spectral Earth


Imaging System yang memiliki resolusi 72 meter dan Meteorological
Earth Imaging System yang memiliki resolusi 12 km bagi menjalankan
aktiviti pencerapan bumi. Kejayaan pelancaraan TiungSAT-1 merupakan
kejayaan awal Malaysia dalam usaha untuk meneroka bidang teknologi
angkasa di Malaysia.

You might also like