You are on page 1of 5

Dasar Dalam Negara : Perpaduan Negara

NOTA
1. Definisi Perpaduan
Satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara seluruhnya melalui
ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai
bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka.
Perpaduan masyarakat merupakan sebahagian yang penting daripada perpaduan negara.
Oleh itu adalah mustahak bagi kita meneliti latar belakang dan ciri-ciri masyarakat majmuk di
negara kita.
2. Masyarakat Majmuk
Ciri yang nyata dalam sesebuah masyarakat yang bersifat majmuk ialah wujudnya jurang
perpisahan di antara berbagai golongan etnik atau bangsa yang tinggal di dalam masyarakat yang
berkenaan. Di negara kita, perpisahan sedemikian iaitu secara fizikal, telah lama wujud di
kalangan penduduk di satu-satu petempatan bahkan pada zaman Kesultanan Melaka keadaan ini
wujud untuk memudahkan perjalanan sistem pentadbiran iaitu satu-satu golongan pendatang
itu biasanya diletakkan di bawah ketua golongan itu sendiri. Maka muncullah perkampungan
Cina, Jawa, India dan sebagainya.
Terdapat perbezaan yang besar di antara keadaan dahulu, iaitu seperti di zaman kesultanan
Melaka dengan keadaan yang wujud semasa zaman penjajah. Dahulu, orang asing yang
bermastautin di Malaysia ini tidak ramai, apa lagi mereka yang mengambil keputusan untuk
berintegrasi dengan penduduk pribumi dan seterusnya menghilangkan keperibadian asalnya.
Pastinya soal status politik penduduk asing itu tidak pernah dipertikaikan : orang mendatang
mempunyai negara ibunda masing-masing; kehadiran mereka di kawasan ini hanyalah sebagai
penduduk sementara walaupun, pada hakikatnya, ramai juga yang akhirnya dikebumikan di
negara ini.
Walau bagaimanapun, akibat penjajahan pada abad ke 19 terutamanya di Asia Tenggara telah
membawa perubahan yang besar kepada komposisi penduduk di beberapa negara jajahan takluk.
Wujudnya pentadbiran British di negara ini menggalakkan lebih ramai orang Cina berhijrah
masuk kerana permintaan bijih timah yang meningkat di Eropah. Untuk mempercepatkan lagi
pengeluaran hasil ladang terutamanya getah, kaum Tamil telah dibawa masuk ke negara ini dari
India yang sememangnya sudah menjadi tanah jajahan British. Perkembangan ekonomi yang
semakin peast ini sedikit sebanyak mengubah keadaan. Penduduk negara luar semakin ramai di
negara ini dan masing-masing mempunyai kepentingan sendiri.
Pada tahun-tahun 1920-an, pola masyarakat majmuk semakin nyata. Orang Melayu tinggal di
kawasan desa atau pinggir bandar; orang Cina di kawasan bandar dan orang India di ladang-

ladang getah. Perpisahan fizikal ini menyebabkan hubunbgan antara kaum menjadi semakin
minima.
3.

Dasar Perpaduan

Dasar perpaduan boleh dicapai melalui dua cara iaitu integrasi dan asimilasi.
Integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional di kalangan kumpulankumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik.
Manakala asimilasi pula ialah satu proses bagaimana kumpulan-kumpulan minoriti
diasimilasikan melalui perkahwinan campur dan sebagainya ke dalam kumpulan etnik yang lebih
besar. Menurut Vender Zanden, seorang ahli sosiologi, asimilasi adalah satu proses dalam mana
kelompok-kelompok yang berfikir, berperasaan dan bertindak secara berlainan, menjadi satu
dalam kesatuan sosial serta budaya yang sama.

Cara-cara mencapai perpaduan


Politik

4.

Integrasi politik

Integrasi kebudayaan

Integrasi sosial

Integrasi pendidikan

Integrasi wilayah

Integrasi ekonomi

Sosial

Ekonomi

Punca masalah perpaduan Sistem pendidikan yang berbeza

Sistem persekolahan yang wujud di negara ini, pada dasarnya berpandukan sistem Barat yang
diperkenalkan oleh pentadbiran British mulai abad ke 19, iaitu pada peringkat permulaannya, di
Negeri-negeri Selat. Pada awal tahun itu, pihak British memberi keutamaan kepada pelajaran
Melayu dan Inggeris. Pendidikan Cina dan Tamil dibiarkan berkembang secara sendirian.

Pelajaran Cina telah membarai kesedaran kebangsaaan pemuda pemuda Cina. Sekolah Cina
bukan hanya menggunakah bahasa Cina sebagai bahasa pengantar, gurunya datang dari negara
China, buku teks diimport dari negara China dan berkiblatkan China.
Sekolah Tamil pula menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar yang tunggal.
Kebanyakan sekolah Tamil terletak di kawasan ladang dan sebahagian besarnya dibiayai oleh
syarikat-syarikat yang memiliki ladang-ladang berkenaan. Walau bagaimanapun, keadaan
sekolah Tamil tidak pernah setanding dengan sekolah-sekolah Cina, Melayu atau Inggeris.
Kerajaan sebelum merdeka menganggap sekolah Inggeris sebagai sistem persekolahan yang
unggul. Kelulusan sekolah Inggeris terdedah kepada pemikiran Barat. Perbezaan di antara
sekolah Inggeris dengan sekolah-sekolah lain bukan dari segi bahasa pengantar sahaja, sukatan
pelajaran juga tidak sama dan sekolah Inggeris juga memberi kesan kepada perpecahan yang
berlaku di dalam masyarakat. Jelas sekali, sistem persekolahan sebelum merdeka memainkan
peranan penting mengekalkan keperibadian satu-satu golongan etnik dan, di samping itu,
mewujudkan dua golongan terdidik berpelajaran Inggeris dan berpelajaran vernacular yang
tidak mempunyai pandangan dunia (world view) yang sama.
Pihak Inggeris tidak memberatkan objektif perpaduan dalam sistem pelajarannya. Tidak ada satu
dasar pendidikan kebangsaan sepertimana yang kita lihat hari ini. Yang penting bagi mereka
ialah memberi pelajaran kepada segolongan rakyat untuk membolehkan sebahagian mereka
memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi.
5.

Bagaimana pendidikan boleh membentuk perpaduan

Persoalan besar yang dihadapi para pemimpin dan pendidik selepas Perang dunia Kedua ialah
mencari formula untuk melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatupadu, yakni
masyarakat majmuk yang mempunyai keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup
bersama dengan rukun dan damai serta mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai
sebagai rakyat Malaysia.
Satu cara yang penting untuk mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah negara ialah menerusi
pendidikan. Dalam konteks Malaysia, hakikat bahawa pendidikan merupakan faktor unggul
dalam membina kerakyatan yang tunggal telah lama disedari :
Sistem pelajaran yang ada pada kita sekarang ialah suatu usaha yang disedari dan bersungguhsungguh untuk memberi jawapan atau penyelesaian kepada masalah perpaduan ini dengan
kaedah-kaedah yang praktikal, wajar dan dapat diterima oleh sebahagian besar rakyat negara ini.
Asas-asas perpaduan sistem pendidikan

Sistem persekolahan yang sama bagi semua

Pada asasnya Laporan Razak mencadangkan penubuhan sekolah-sekolah umum yang


menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya dan sekolah-sekolah jenis umum

menggunakan bahasa pengantar Cina, Tamil dan Inggeris. Kepentingan bahasa Melayu sebagai
bahasa untuk perpaduan jelas dinyatakan.
Seterusnya walaupun pada peringkat rendah ini sekolah-sekolah diasingkan oleh bahasa
pengantar yang berbeza namun sukatan pelajaran dan sistem persekolahan disamakan. Pada
peringkat menengah pula ditubuhkan Sekolah Menengah Kebangsaan dengan pengantar bahasa
Melayu dan semua kanak-kanak akan memasuki sama ada Sekolah Menengah Kebangsaan atau
Sekolah Menengah Inggeris tanpa mengira bahasa pengantar yang dilaluinya pada peringkat
rendah.

Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama

Cara paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ialah
melalui penggunaan bahasa kebangsaan. Penggunaan satu bahasa perhubungan dan
persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa
curiga. Langkah ini mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa hormoni antara kaum di negara ini.

Kurikulum yang sama

Kurikulum ialah satu rancangan pendidikan yang terkandung di dalamnya segala ilmu
pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan
yang telah menjadi pilihan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahli-ahlinya. Peranan
kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina perkembangan pelajar yang lengkap dari
segi jasmani, rohani, akal dan emosi. Dalam konteks negara Malaysia, kurikilum juga berperanan
untuk melahirkan rakyat yang mendokong cita-cita negara dalam mewujudkan perpaduan yang
berpandukan Rukunegara di samping menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih untuk keperluan
negara.

Sukatan pelajaran yang seragam

Sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya yang disyorkan oleh Penyata Razak adalah
dianggap sebagai salah satu asas sistem pelajaran kebangsaan bagi mewujudkan perpaduan
negara.
Mata pelajaran Sejarah memainkan peranan penting ke arah matlamat pembangunan. Melalui
pelajaran Sejarah diharapkan dapat membina semangat perpaduan dan perasaan hormat
menghormati terutama dlam masyarakat yang berbilang kaum, agama dan adat resam.

Peperiksaan yang seragam

Rancangan kerajaan untuk menseragamkan kurikulum di sekolah-sekolah telah diperkukuhkan


lagi dengan mewujudkan satu sistem peperiksaan yang seragam. Dengan adanya sukatan
pelajaran dan peperiksaan yang seragam, pelajaran para pelajar tidaklah terganggu apabila
terpaksa berpindah sekolah. Langkah ini boleh menolong proses menyatupadukan pelajar
berbilang kaum di samping mewujudkan keperibadian yang sama.

http://zanas.wordpress.com/dasar-dalam-negara-perpaduan-negara/

You might also like