You are on page 1of 3

GENGGAM BARA API BIAR SAMPAI JADI ABU

Peribahasa Genggam bara api biar sampai jadi abu bermaksud membuat
sesuatu perkara harus bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan.
Peribahasa tersebut boleh dikaitkan dengan suatu peristiwa yang dialami
oleh Cikgu Hanit. Beliau telah dilahirkan di Kampung Sungai Choh, Rawang,
Selangor pada tahun 1937. Semasa usianya lapan tahun, bapanya telah
meninggal dunia dan seterusnya beliau dibesarkan oleh ibunya bersamasama dengan lima orang adik-beradik yang lain.
Sejak itu, beliau mulai mengerti kesusahan hidup yang terpaksa dipikul
bersama abangnya. Beliau bersama abangnya mengerjakan kebun
peninggalan arwah ayahandanya. Niatnya untuk melanjutkan pelajaran ke
peringkat yang lebih tinggi terkandas disebabkan masalah kewangan yang
ditanggung oleh keluarganya. Akhimya, dia mengambil keputusan untuk
memohon menjadi guru. Ketika itu gaji permulaannya adalah RM50 sahaja.
Wang sebanyak RM50 digunakan untuk membantu meringankan beban
tanggungan ibunya. Sewaktu berusia 19 tahun, beliau telah bertemu jodoh
dan akhimya berkahwin dengan seorang guru bemama Arbibah Abu Bakar.
Mereka telah dikumiakan seramai 12 orang anak, tujuh orang lelaki, dan lima
orang perempuan.
Apabila mengenangkan nasibnya yang tidak berupaya melanjutkan pelajaran
ke peringkat yang lebih tinggi, beliau menanamkan cita-cita untuk
memastikan setiap anak-anaknya berjaya dengan cemerlang dalam
pelajaran. Beliau cukup prihatin dengan keperluan keluarganya dan sanggup
bersusah payah demi menjamin kebahagiaan mereka sekeluarga. Cikgu Abu
Hanit ini gigih berusaha untuk menambah pendapatan keluarga seperti
menjual buah-buahan dan sayur-sayuran yang diperoleh di kebunnya yang
seluas seekar di Serendah, Selangor. Selain itu, beliau sering membawa
anak-anaknya menjala ikan di sungai bagi menambah sumber makanan
seharian. Beliau turut membela ayam dan itik di sekitar rumahnya. Isterinya
pula rajin menyediakan kuih-muih untuk jualan. Setiap pagi, sebelum pergi
ke sekolah, kuih-muih ini akan dihantar oleh anak-anaknya di gerai-gerai
makan.
Kehidupannya yang susah menyebabkan beliau berazarn untuk mengubah
nasib anak-anaknya. Beliau telah memberikan pelajaran yang sempurna
kepada anaknya. Baginya anak-anak adalah arnanah Tuhan. Tanggungjawab
ibu bapa ialah menyempurnakan kehidupan anak-anak. Beliau seorang yang
lembut tetapi tegas semasa mendidik anak-anak. Semuanya dididik dengan

kasih sayang yang tidak berbelah bagi. Anak-anaknya dididik supaya


mempunyai jadual waktu sendiri. Ada masa untuk belajar, masa membuat
kerja sekolah, mengulang kaji pelajaran, berjemaah, mengaji, dan bermain.
Mereka tahu tanggungjawab masing-masing dan semua ahli keluarga mesti
patuh dengan peraturan dan hormat kepada orang yang lebih tua. Beliau
menyediakan sebatang rotan untuk menakut-nakutkan anaknya agar tidak
leka dengan tanggungjawab sebagai seorang anak. Sekiranya mereka
membuat kesalahan di sekolah, beliau akan mengizinkan anak-anak untuk
dirotan oleh guru. Beliau berpegang kepada prinsip boleh merotan, tetapi
jangan sarnpai mencederakan.
Cabaran yang paling utarna ialah kekurangan wang bagi membayar yuran
pengajian dan belanja persekolahan. Banyak keperluan seperti buku
tarnbahan yang diminta oleh anaknya tidak dapat disediakan. Mereka hanya
menggunakan buku-buku abang atau kakak mereka sebagai rujukan.
Kejayaan anak-anaknya yang tua sebenarnya banyak memberi dorongan
kepada anak-anaknya yang lain. Beliau bukan setakat berjaya membentuk
anak-anaknya sehingga berjaya dalarn kerjaya masing- masing malahan
beliau turut memberi sumbangan besar kepada masyarakat. Sebagai contoh,
dia berjaya membangunkan Kampung Tok Pinang, Serendah.
Setelah mengharungi cabaran dalarn kehidupan, beliau kini boleh tersenyum
bangga melihat anak-anaknya membesar dan telah berjaya dalam pelbagai
bidang. Kejayaan anak-anaknya sebenarnya adalah berkat ketabahan,
ketekunan, dan pengorbanan yang diberikan selarna ini. Semua anaknya
telah berjaya melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi di dalam dan
di luar negara. Sekarang mereka berjaya dalam bidang masing-masing di
seluruh negara, sarna ada di sektor awarn mahupun di sektor swasta. Anak
perempuan sulungnya berusia 46 tahun bekerja sebagai seorang guru dan
sedang melanjutkan pelajaran peringkat sarjana di Universiti Malaya,
manakala yang bongsu baru sahaja menamatkan pengajian di peringkat
sarjana dalam bidang perniagaan. Dua orang lagi anak perempuannya juga
sedang melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana di Amerika dan England.
Sekarang dia boleh mengutip buah dan hasilnya. Rumah besar yang didiarni
kini adalah basil titik peluhnya dan sumbangan anak-anak. Semua anaknya
berperibadi mulia dan tabu membalas jasa orang tua. Kini beliau sudah
bersara dan tidak perlu lagi memerah keringat, namun masa lapangnya
digunakan untuk berkebun di tanah seluas tiga setengah ekar.

Pemilihan Cikgu Abu Hanit sebagai Tokoh Bapa Cemerlang merupakan


kejayaan besar yang dicapainya dalarn mendidik anak-anak. Anak-anaknya
kini berjaya menjawat jawatan sebagai peguam, pendakwa raya, ahli
perniagaan, pengurus estet, eksekutif bank, dan ahli perniagaan. Dengan itu,
pengorbanan beliau menjadi contoh kepada ibu bapa yang lain agar dapat
mengetahui rahsia di sebalik kejayaan beliau mendidik anak-anak.
Sesungguhnya Anugerah Bapa Cemerlang dapat dianggap sebagai
dorongan kepada seluruh ibu bapa untuk mengasuh anak-anak mereka
menjadi warga yang berguna kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat,
agama, dan negara. Oleh itu, kejayaan beliau bersesuaian dengan peribahasa
genggam bara api, biar sampai jadi abu

You might also like