Professional Documents
Culture Documents
Pem Brasaskan Projek PDF
Pem Brasaskan Projek PDF
Januari 2009,
Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.254-268
ABSTRACT
This action research was carried out to enhance the understanding of
topic plant reproduce among Year Four pupils through the introduction
of project based learning. Respondents in this study are made of 30
students in class Year Four. During the study, the respondents are
asked to carry out the scrap book project in group. This action research
was carried out in one month in a primary school in Kuching, Sarawak.
The data for this study was collected based on observation,
questionnaires, pre and post tests and then analyzed using content
analysis and descriptive analysis. Checking of data was done using
method, time and researchers triangulation. The analysis of data
showed that project based learning has positive effect in terms of the
increase in the level of pupils interest and involvement in the learning
activities other than an increase in the pupils marks for test. In addition,
this action research also improved my teaching and learning practices
and my professionalism as a researcher and educator through the
implementation of project based learning.
Key words: Project based learning, plant reproduce, year four pupils
254
Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012
27&28September 2012/ IPG KBL
PENGENALAN
Konteks
Saya merupakan guru pelatih bagi Program Ijazah Sarjana Muda
Pendidikan(PISMP) Ambilan Januari Tahun 2009. Sepanjang empat tahun dalam
program ini, saya berpeluang menjalani empat kali Pengalaman Berasaskan
Sekolah (PBS) di sekolah-sekolah yang terdapat di Sibu dan Kuching. Saya juga
telah menjalani tiga fasa praktikum selama enam bulan di sekolah-sekolah yang
terdapat di sekitar bandaraya Kuching. Pada praktikum fasa Satu, saya telah
menjalani praktikum di Sekolah X. Pada masa itu, saya berpeluang mengajar Sains
Tahun Tiga dan Empat. Pada pratikum fasa Dua, saya telah menjalani praktikum di
Sekolah Kebangsaan Y dan berpeluang mengajar Sains Tahun 4 dan 5. Semasa
praktikum ketiga, saya telah mengajar tajuk cara tumbuhan membiak mata
pelajaran Sains Tahun Empat. Saya mendapati kebanyakkan murid menghadapi
kekeliruan untuk mengenalpasti cara tumbuhan membiak seperti melalui biji benih,
daun, spora, keratan batang dan batang bawah tanah serta salur. Selain itu, murid
juga menghadapi masalah untuk mengenalpasti jenis atau nama tumbuhan yang
ditunjukkan oleh saya semasa proses P&P dijalankan. Oleh itu, hampir separuh
murid dalam kelas iaitu 50% tidak dapat menguasai topik ini dengan baik dan
mendapat pencapaian yang lemah dalam ujian.
Isu keprihatinan
Saya mendapati ramai murid Tahun 4 kurang memahami dan keliru terhadap tajuk
cara tumbuhan membiak. Semasa saya mengajar tajuk ini terdapat 60% murid
dalam kelas tidak boleh mengenali contoh-contoh tumbuhan yang ditunjukkan oleh
saya seperti bryophyllum, begonia, fern, kiambang dan lain-lain. Saya telah
menggunakan powerpoint untuk mengajar tajuk ini namum terdapat kekeliruan di
antara mereka untuk memahami enam jenis cara bagi tumbuhan membiak iaitu
melalui biji benih, daun, spora, keratin batang dan batang bawah tanah serta salur.
Ada di antara mereka tidak pernah melihat atau mendengar beberapa jenis
tumbuhan yang ditunjukkan oleh saya dalam kehidupan harian jadi ini telah
menyusahkan mereka untuk mengenalpasti cara pembiakan bagi tumbuhan
tersebut.
Semasa sesi refleksi, saya telah memberi soalan kuiz sebanyak lima soalan kepada
murid-murid saya. Berdasarkan dari jawapan-jawapan yang diberikan oleh mereka
didapati 55.94% iaitu 3/5 daripada mereka tidak memahami tajuk cara tumbuhan
membiak. Oleh itu, kebanyakan mereka telah menjawab kuiz berkaitan cara
tumbuhan membiak dengan jawapan yang salah.
255
Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012
27&28September 2012/ IPG KBL
Rajah 1 menunjukkan hasil kuiz yang telah dijalankan oleh murid X. Murid X telah
membuat kesilapan sebanyak empat dari lima soalan dan hanya soalan ketiga yang
berjaya dijawab betul olehnya. Murid ini tidak dapat menjawab soalan pertama iaitu
contoh tumbuhan bagi cara membiak dengan daun. Soalan kedua juga didapati
salah dengan tidak dapat memberi contoh tumbuhan yang menggunakan salur
untuk membiak. Bagi soalan keempat, dia juga tidak dapat memberi contoh bagi
tumbuhan yang membiak dengan cara batang bawah tanah dan soalan terakhir
juga gagal dijawab iaitu menyenaraikan cara ubi kayu membiak. Secara umumnya,
murid X telah gagal menguasai topik ini dan tidak memahami apa yang telah diajar
oleh saya sebelum ini.
Murid A telah
mendapat
30% .
Rajah 3. Hasil latihan yang telah dijalankan oleh murid A.
Rajah 3 menunjukkan hasil latihan yang telah dijalankan oleh murid A. Menurut
hasil kerja murid A, saya mendapati murid ini tidak dapat menguasai tajuk yang
diuji dengan baik kerana daripada enam soalan objektif, dia hanya menjawab dua
256
Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012
27&28September 2012/ IPG KBL
soalan dengan betul manakala bagi soalan subjektif, hanya satu dari empat soalan
yang betul dijawabnya. Oleh itu, didapati murid A tidak memahami tajuk ini dengan
baik.
Bilangan murid
25
20
15
10
5
0
100%
90%
80%
70%
60%
20
Rajah 4. Skor murid Tahun 4 dalam latihan tajuk cara tumbuhan membiak.
Seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4, saya mendapati sepuluh soalan latihan
yang diberi kepada tiga puluh orang murid Tahun 4, hanya seorang yang dapat
menjawab semua soalan dengan skor 10/10, tiga orang memperolehi skor 9/10,
seorang memperolehi skor 8/10, tiga orang memperolehi skor 7/10 dan dua orang
memperolehi skor 6/10. Secara keseluruhannya seramai dua puluh orang murid
memperoleh skor 5/10 atau skor di bawah 5/10. Keadaan ini menunjukkan bahawa
hampir setengah murid kurang dapat menguasai tajuk ini dengan baik.
OBJEKTIF KAJIAN
1. Meningkatkan kefahaman murid Tahun 4 terhadap topik cara tumbuhan
membiak dengan menggunakan kaedah pembelajaran berasaskan projek.
2. Membantu tiga puluh orang murid Tahun 4 untuk menguasai tajuk cara
tumbuhan membiak dengan menggunakan kaedah pembelajaran
berasaskan projek.
SOALAN KAJIAN
1. Adakah kaedah pembelajaran berasaskan projek dapat meningkatkan
kefahaman murid Tahun 4 terhadap tajuk cara tumbuhan membiak ?
2. Adakah kaedah pembelajaran berasaskan projek dapat membantu tiga
puluh orang murid Tahun 4 menguasai topik cara tumbuhan membiak
dengan baik?
PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN TINDAKAN
Perancangan
Pembelajaran berasaskan projek adalah suatu pendekatan yang komprehensif
dengan melibatkan murid-murid dalam penyiasatan yang berterusan dan
berkerjasama (Bransford & Stein, 1993).
257
Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012
27&28September 2012/ IPG KBL
Menentukan tajuk
Perancangan pelaksaan projek
Pembiaan jadual dan penentuan prosedur projek
Pembimbingan
Penilaian dan refleksi
Projek menghasilkan buku skrap akan meningkatkan prestasi pemahaman muridmurid berkaitan idea, konsep, teori dan prinsip sains. Prestasi murid-murid
ditunjukkan melalui huraian yang jelas dan penyediaan butir-butir serta hujah yang
tepat dalam buku skrap. (Newmann & Wehlage 1995). Murid-murid telah membuat
buku skrap sebagai projek bagi topik cara tumbuhan membiak. Mereka telah
mencari gambar tumbuhan dan membuat bacaan lanjutan tentang tumbuhan
berkenaan dari internet, majalah, surat khabar, buku dan lain-lain.
Pelaksanaan
Saya telah menjalankan P&P untuk mengajar topik ini menggunakan kaedah
pembelajaran berasaskan projek dengan menghasilkan buku skrap. Murid akan
menghasilkan buku skrap secara berkumpulan. Setiap kumpulan akan mempunyai
seorang ketua kumpulan dan diberi empat minggu untuk menyiapkan buku skrap.
Saya bertindak sebagai fasilitator dan memberi bimbingan serta dorongan kepada
murid-murid. Saya meminta setiap kumpulan mencari gambar-gambar tumbuhan
melalui surat khabar, buku, internet, majalah dan lain-lain. Semasa mencari gambar
mereka telah membuat bacaan lanjutan terhadap tumbuhan yang dicari oleh
mereka seperti rupa bentuk, cara membiak, habitat dan lain-lain. Ketua kumpulan
telah membahagikan tugas di antara ahli kumpulan. Ketua kumpulan juga telah
memastikan ahli kumpulannya mencari dan mengumpul gambar tumbuhan dan
memaklumkan perkembangan tugasan kumpulan mereka kepada saya.
Setiap ahli kumpulan telah membuat perbincangan bersama-sama untuk
meletakkan gambar-gambar tumbuhan yang dikumpul dalam buku skrap.
Seterusnya, mereka telah mengklasifikasikan tumbuhan melalui cara
pembiakannya iaitu melalui cara biji benih, daun, spora, keratan batang dan batang
bawah tanah serta salur dan menyenaraikan nama bagi tumbuhan yang ditunjukkan
dalam gambar. Oleh itu, murid berpeluang menyelesaikan masalah dengan
mengklasifikasikan tumbuhan mengikut cara pembiakannya dalam buku skrap.
Murid-murid telah mengklasifikasi dan mengenalpasti gambar-gambar tumbuhan
yang dikumpul dalam buku skrap mengikut enam cara tumbuhan membiak.
Seterusnya, nama tumbuhan perlu disenaraikan. Buku skrap yang belum disiapkan
telah diteruskan kepada minggu yang berikutnya. Saya telah membuat penilaian
kepada buku skrap dari semasa ke semasa untuk memastikan mereka melakukan
penambahbaikan. Jadual 1 pula menunjukkan tempoh dan aktiviti berkaitan
penghasilan buku skrap.
258
Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012
27&28September 2012/ IPG KBL
Jadual 1.
Langkah-langkah penghasilan buku skrap
Langkah-langkah
Satu
Dua
Tiga
Empat
Lima
Enam
Tindakan
Murid-murid mencari gambar tumbuhan
melalui internet, majalah, buku dan surat
khabar.
Murid-murid membuat bacaan lanjutan
terhadap tumbuhan yang dicari seperti
rupa bentuk, cara pembiakan dan
habitat.
Secara kumpulan berempat, muridmurid membuat buku skrap dalam kelas.
Tarikh
26/ 6/ 20122/ 7/ 2012
9/7 /2012
20/ 7/ 2012
14/ 7/ 2012
20/ 7/ 2012
3/7 / 2012
20/7/ 2012
METODOLOGI
Peserta kajian
Kumpulan sasaran untuk kajian penyelidikan ini terdiri daripada 30 orang murid dari
kelas Tahun 4 Sekolah Kebangsaan Y yang terdiri daripada 13 orang lelaki dan 17
orang perempuan. Pencapaian murid-murid kelas ini dalam mata pelajaran Sains
adalah sederhana hanya tiga orang mempunyai pencapaian yang baik iaitu
mendapat markah 80 atau ke atas . 18 orang murid saya adalah murid yang lemah
iaitu telah gagal dalam mata pelajaran sains. Saya juga mendapati murid-murid
telah menunjukkan minat yang tinggi dalam melibatkan diri secara aktif semasa
proses pembelajaran Sains sekiranya saya membuat sesuatu aktiviti yang menarik
seperti membuat kuiz, eksperimen, demonstrasi dan simulasi dalam kelas.
Etika Penyelidikan
Sebelum memulakan kajian, terlebih dahulu saya telah memohon kebenaran
daripada pihak sekolah. Kemudian, saya mendapatkan kebenaran daripada tiga
puluh orang murid-murid secara bertulis. Mereka telah mengisi surat persetujuan
penyertaan kajian. Penerangan diberikan agar mereka memahami objektif dan hak
sebagai peserta kajian. Rajah 5 menunjukkan contoh surat persetujuan penyertaan
murid.
259
Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012
27&28September 2012/ IPG KBL
260
Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012
27&28September 2012/ IPG KBL
261
Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012
27&28September 2012/ IPG KBL
Triangulasi kaedah
Saya menggunakan triangulasi kaedah semasa mengumpul maklumat
menggunakan kaedah yang berlainan kepada murid-murid yang sama. Dalam
penyelidikan tindakan ini, saya menggunakan kaedah pemerhatian, ujian pra dan
ujian pos dan juga soal selidik.
REFLEKSI
Refleksi dapatan
Rajah 8. Murid berasa riang dan gembira semasa membuat buku skrap.
Merujuk Rajah 8, saya mendapati semasa murid-murid membuat buku skrap,
mereka telah berasa gembira dan riang. Mereka kelihatan bermotivasi dengan
membuat perbincangan sesama ahli kumpulan dan telah memberi perhatian penuh
dan kerjasama yang baik semasa membuat buku skrap kerana berasa seronok.
Masalah kawalan kelas telah dikurangkan dengan tidak membuat bising, berlari,
mengantuk dan lain-lain. Mereka telah saling tolong menolong dan ahli kumpulan
yang memberi pencapaian yang lebih baik akan memberi bantuan, bimbingan
kepada ahli kumpulan yang sederhana dan lemah. Oleh itu, masalah kawalan kelas
diselesaikan berbanding sebelum tindakan.
kelihatan seronok dan riang. Dalam kumpulan beempat, setiap ahli kumpulan telah
membuat perbincangan bersama-sama untuk meletakkan gambar tumbuhan yang
dikumpul ke dalam buku skrap. Seterusnya, mereka telah mengklasifikasikan
tumbuhan dengan cara membiaknya iaitu melalui cara biji benih, daun, spora,
keratan batang dan batang bawah tanah serta salur dan menyenaraikan nama bagi
tumbuhan yang ditunjukkan dalam gambar. Oleh itu, murid telah berjaya
menyelesaikan masalah dengan mengklasifikasikan tumbuhan mengikut cara
membiaknya dalam buku skrap.
Selain itu, penggunaan kaedah pembelajaran berasaskan projek telah menjadikan
pengajaran saya lebih mudah difahami oleh murid-murid. Mereka tidak berasa
bosan dalam pengajaran saya, mereka saling berbincang dan kelihatan seronok
serta riang. Dalam kumpulan berempat, setiap ahli kumpulan telah membuat
perbincangan bersama-sama untuk meletakkan gambar tumbuhan yang dikumpul
ke dalam buku skrap. Oleh itu, murid telah berjaya menyelesaikan masalah dengan
mengklasifikasikan tumbuhan mengikut cara pembiakannya.
Penggunaan kaedah ini banyak membantu 30 orang murid saya dalam menguasai
tajuk cara tumbuhan membiak . Ini dapat dibuktikan berdasarkan ujian pra dan pos.
Markah
ujian pra
murid X
ialah 40%
dan ujian
pos ialah
80%.
Markah
ujian pra
murid Y
ialah 50%
dan ujian
pos ialah
80%.
Rajah 9. Keputusan ujian pra dan ujian pos bagi dua orang murid
Menurut Rajah 9 di sebelah kiri, murid X telah mendapat markah 40 dalam ujian pra
tetapi dalam ujian pos, murid X telah mendapat markah 80 selepas tindakan. Ini
bermakna, murid ini telah mendapat kemajuan sebanyak 40 markah dan telah
menguasai topik ini. Rajah di sebelah kira ialah keputusan bagi murid Y, dalam
ujian pra murid Y telah mendapat 50 markah dan ujian pos telah mendapat 80
markah. Murid Y telah mendapat kemajuan sebanyak 30 markah berbanding
sebelum tindakan dijalankan oleh saya.
Jadual 3.
Perbandingan peratus gred murid dalam ujian pra dan ujian pos
Markah
80-100
60-79
40-59
20-39
0-19
Gred
A
B
C
D
E
Bilangan Murid/Peratus %
Sebelum ujian tindakan
Selepas ujian tindakan
2
6.67
6
20.00
7
23.33
13
43.33
10
33.33
8
26.67
8
20.67
2
6.67
3
10.00
1
3.33
264
Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012
27&28September 2012/ IPG KBL
Jadual 3 telah menunjukkan terdapat dua orang mendapat gred A iaitu 6.67%
dalam ujian pra dan ujian pos telah telah meningkat kepada 6 orang (20%). Bagi
murid yang mendapat gred B dalam ujian pra ialah 7 orang (23.33%) sementara
dalam ujian pos telah meningkat kepada 13 orang (43.33%). Bagi gred C terdapat
10 orang (33.33%) dalam ujian pra dan terdapat penurunan iaitu 8 orang (26.67%)
dalam ujian pos. Bagi murid yang mendapat gred yang gagal iaitu gred D, terdapat
8 orang murid (20.67%) dalam ujian pra, bagi ujian pos, hanya terdapat 2 orang
(6.67%) mendapat gred D. Bagi murid yang mendapat gred E dalam ujian pra ialah
3 orang (10%) dan ujian pos telah menurun ke seorang (3.33%) sahaja. Saya telah
mendapati murid-murid dapat menguasai tajuk ini dengan lebih baik berbanding
sebelum tindakan dijalankan kerana kesemua murid iaitu 30 orang telah
menunjukkan kemajuan dalam ujian pos berbanding dengan ujian pra. Murid yang
mendapat gred yang kurang memuaskan iaitu gred C, D dan E telah menurun
manakala bagi gred yang baik seperti A dan B telah meningkat.
100
80
60
40
20
0
Sebelum tindakan
Selepas tindakan
30
85.24
70
14.76
Rajah 10. Min peratusan bagi soal selidik sebelum dan selepas tindakan.
Melalui soal selidik yang diberikan kepada murid, saya mendapati minat mereka
terhadap topik cara tumbuhan membiak telah meningkat dengan cara
menghasilkan buku skrap dan telah menguasai topik ini. Peratusan min yang
menjawab Ya sebelum tindakan ialah 30% dan yang menjawab Tidak ialah 70%.
Selepas tindakan dijalankan min peratusan yang menjawab Ya telah meningkat
kepada 85.24%. Jika berbanding dengan min peratusan sebelum tindakannya telah
meningkat sebanyak 55.24%. Ini bermakna lebih banyak murid-murid telah
memahami dan menguasai topik ini dengan lebih baik. Min peratusan bagi murid
sasaran yang menjawab tidak adalah 70% sebelum tindakan dan selepas
tindakannya telah menurun ke 14.76%.
265
Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012
27&28September 2012/ IPG KBL
93.33
100
50
10
90
6.67
0
Min peratusan
Min peratusan
murid yang
murid yang tidak
memenuhi syarat memenuhi syarat
Sebelum tindakan
Selepas tindakan
Rajah 11. Perbandingan min peratusan murid yang memenuhi syarat dan tidak
memenuhi syarat sebelum tindakan dan selepas tindakan.
Bagi pemerhatian, didapati min peratusan murid yang memenuhi syarat ialah 10%
sebelum tindakan tetapi selepas tindakan minnya telah meningkat ke 93.33%. Ini
bermakna terdapat ramai murid telah memenuhi syarat dalam senarai semak
pemerhatian selepas tindakan. Bagi min peratusan murid yang tidak memenuhi
syarat telah mencapai 90% sebelum tindakan dan selepas tindakan telah menurun
ke 6.67% sahaja.
Refleksi Penilaian Tindakan
Secara keseluruhannya, penyelidikan tindakan ini telah mendatangkan kesan
secara positif kepada murid-murid. Mereka telah berjaya menguasai enam cara
tumbuhan membiak dan memberi contoh tumbuhan selepas penyelidikan tindakan
yang mengggunakan kaedah pembelajaran berasaskan projek. Mereka juga
mampu untuk menjawab soalan-soalan ujian yang berkaitan dengan tajuk ini.
Setelah menjalankan penyelidikan tindakan ini, saya telah mengetahui lebih
mendalam tentang kaedah pembelajaran berasaskan projek. Saya juga mengetahui
kelebihan dan kelemahan saya melalui kajian tindakan ini. Dengan menyedari
kelemahan diri saya dalam penyelidikan tindakan, saya berjanji akan memperbaiki
kelemahan-kelemahan yang timbul dan saya yakin bahawa P&P saya akan lebih
berkesan pada masa akan datang.
Dapatan kajian telah menunjukkan kaedah pembelajaran berasaskan projek
berkesan dalam membantu murid mempelajari topik cara tumbuhan membiak. Hasil
analisis soal selidik dan pemerhatian mendapati setelah kaedah ini digunakan,
peserta kajian yang tidak begitu minat dalam sains menjadi lebih seronok, ceria,
dan suka mempelajarinya. Mereka juga berkeyakinan bahawa kaedah tersebut
dapat membantu mereka menyelesaikan soalan dalam ujian.
Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan hasil kajian tindakan ini. Kaedah
pembelajaran berasaskan projek yang saya gunakan dalam pengajaran tajuk cara
tumbuhan membiak berjaya memberi kesan yang positif kepada peningkatan
kefahaman murid tahun 4. Walaupun pada akhir kajian tindakan, masih terdapat
tiga orang murid yang tidak dapat menguasai tajuk ini dengan sepenuhnya dimana
mereka mendapat gred D dan E dalam ujian selepas tindakan, namum pada
hakikatnya mereka telah mencapai peningkatan markah yang ketara dalam ujian
selepas tindakan jika dibandingkan dengan markah ujian sebelum tindakan. Saya
percaya jika murid tersebut diberi lebih banyak bimbingan dan diajar dengan
266
Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012
27&28September 2012/ IPG KBL
keadah pengajaran yang lebih interaktif, mereka pasti dapat menguasai tajuk ini
dengan baik.
Refleksi Pembelajaran Kendiri
Saya telah menambah baik amalan sebagai seorang penyelidik memandangkan ini
merupakan pengalaman kali pertama saya menjalankan penyelidikan tindakan di
sekolah rendah. Kekurangan pengalaman dalam diri telah mendatangkan pelbagai
kekangan kepada saya untuk menyelesaikan penyelidikan tindakan ini. Perkara
yang telah saya pelajari ialah dari segi teknik yang digunakan semasa ingin
mengendalikan satu projek iaitu dengan murid-murid untuk menyiapkan buku skrap
dan memastikan setiap dari mereka dapat mempelajari sesuatu yang baharu. Saya
telah mempelajari teknik mengendalikan sesuatu projek dengan murid-murid
sekolah rendah dengan betul supaya mereka dapat menyiapkan buku skrap dalam
tempoh yang ditetapkan. Saya telah memahami kepentingan menjalin hubungan
rapat dengan murid, iaitu mereka berani berjumpa saya sekiranya mereka
menghadapi apa-apa masalah dalam pembelajaran mereka. Dengan itu, saya lebih
memahami masalah yang mereka hadapi dan seterusnya dapat membantu mereka.
Sepanjang menjalankan kajian tindakan ini, saya mendapati bahawa guru-guru
harus sentiasa menyesuaikan keadah dan strategi pengajaran mereka berdasarkan
tahap kemampuan dan keperluan murid-murid. Jika guru mendapati sesuatu
kaedah atau strategi pengajaran yang digunakanya tidak sesuai untuk muridnya
maka guru harus berusaha untuk mencari kaedah lain yang sesuai agar murid
dapat menerima apa yang ingin disampaikan oleh guru mereka dengan baik.
Proses ini memerlukan seseorang guru membuat refleksi pengalaman yang lepas,
mengenalpasti masalah, menentukan objektif yang ingin dicapai, merancang cara
penyelesaian, melaksanakan pelan tindakan, mengumpul maklumat dan akhirnya
menentukan kesesuaianya untuk digunakan dalam kelas.Inilah rasional utama
kajian tindakan yang dijalankan oleh guru sekolah dari semasa ke semasa.
Secara keseluruhannya, penyelidikan tindakan ini merupakan salah satu daripada
cara menambahkan pengalaman mengajar yang memberi peluang kepada saya
untuk memperkukuhkan lagi perkembangan profesionalisme sebagai guru yang
berupaya menilai diri saya sendiri.
Cadangan kajian seterusnya:
Secara keseluruhannya, penyelidikan tindakan yang telah saya jalankan
mendatangkan kesan yang positif dalam kalangan murid Tahun 4. Walaupun
terdapatnya peningkatan dalam prestasi murid saya tetapi masih ada tiga orang
murid yang gagal dalam ujian pos. Oleh itu, saya akan melanjutkan tindakan saya
ke kitaran yang seterusnya. Tempoh masa selama satu bulan untuk perlaksanaan
kajian tindakan ini tidak mencukupi bagi saya untuk mengesan kefahaman murid
dan meninjau pencapaian mereka dalam topik cara tumbuhan membiak dengan
sepenuhnya terutamanya bagi tiga orang murid yang mendapat gred D dan E
dalam ujian selepas tindakan. Lebih banyak masa diperlukan untuk memberi
bimbingan kepada murid yang lemah. Selain itu, murid-murid boleh membuat buku
skrap digital kerana ini akan meningkatkan teknik mereka untuk menggunakan
komputer dan memudahkan murid untuk menyiapkan projek.
Kesimpulan
Secara keseluruhannya, kajian ini telah memberikan kesan kepada setiap peserta
kajian dalam peningkatan kefahaman dan juga pencapaian mereka serta telah
267
Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012
27&28September 2012/ IPG KBL
berjaya menambah baik amalan P&P saya. Saya menyedari sebagai seorang guru,
saya harus sentiasa berubah mengikut perkembangan semasa untuk mencapai
aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang
dan menyeluruh.
Rujukan
Bransford & Stein. (1993) Science, an involvement approach to elementary Science
methods. New York:International Publications
Newmann and Wehlage. (1995). Project based learning in teaching primary science.
New York: Trans-Atlantic Pubns
Merill, j. ( 1991) Approaches to teaching science subjets: Project based learning,
United States:Pearson Education
Trigwell, k. & Prosser, M. (1996) Changing approaches to teaching: a relational
perpective, New Jessey: Upper Saddle River Inc
268
Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012
27&28September 2012/ IPG KBL