You are on page 1of 19

Tajuk : Meningkatkan penguasaan kata sendi nama 'dari' dan 'daripada'

dalam kalangan murid tahun 4.

1.0 PENDAHULUAN
Matlamat Pendidikan Sekolah Rendah, murid sekolah rendah seharusnya boleh menguasai
kemahiran 4M, iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul. Pencapaian keupayaan
murid boleh diukur sekiranya murid telah menguasai keempat-empat kemahiran asas
tersebut. Oleh itu, matlamat tersebut boleh direalisasikan melalui mata pelajaran teras dan
bukan teras seperti mata pelajaran bahasa Malaysia.

Kumpulan kami telah memilih murid-murid Tahun 4 Sekolah Kebangsaan Tunjang untuk
menjalankan satu kajian tindakan tentang meningkatkan penguasaan kata sendi nama dari dan
daripada.
Semasa menjalani praktikum pengkaji mendapati murid-murid lemah dalam penguasaan kata
sendi nama dari dan daripada. Bilangan murid Tahun 4 sekolah berkenaan ialah 100 orang.
Sewaktu mengajar tajuk kata sendi nama dari dan daripada pengkaji dapati ada 25 orang
murid yang tidak memahami penggunaan kata sendi nama dari dan daripada ini. Masalah ini
dapat dikesan ketika memberikan lembaran kerja bertulis kepada murid-murid. Walaupun
kaedah ulangan telah digunakan bagi mengukuhkan ingatan murid terhadap pengajaran yang
telah diberikan. Pengkaji telah dapati dari 10 soalan yang di beri 25 orang murid ini hanya
betul 4 hingga 6 soalan sahaja. Apabila pengkaji semak semula latihan yang diberi, didapati
mereka tidak faham bagaimana untuk menggunakan kata sendi nama dari dan daripada.
Mereka hanya mengisi tempat kosong dengan kata sendi dari atau daripada tanpa mengetahui
dengan jelas apakah fungsi kata sendi nama tersebut dalam ayat. Masalah ini amat jelas
apabila latihan bertulis yang menghendaki mereka membina ayat dengan menggunakan kata
1

sendi dari dan daripada. 25 orang murid tidak dapat menggunakan kata sendi nama yang tepat
dalam ayat yang dibina.

Berdasarkan pemerhatian, pengkaji dapati mereka keliru dengan penggunaan kata sendi dari
dan daripada di dalam ayat. Hasil perbincangan bersama dengan guru-guru yang lain didapati
bahawa kebanyakan murid-murid lemah dalam penguasaan kata sendi nama dari dan
daripada. Guru-guru haruslah menggunakan strategi yang berkesan untuk meningkat
penguasaan.

Murid-murid juga kelihatan agak bosan ketika belajar tatabahasa. Bagi mereka tatabahasa
sesuatu yang sukar .Oleh sebab itu, pengkaji perlu memikirkan sesuatu yang dapat menarik
minat murid-murid ketika belajar mata pelajaran bahasa Malaysia.

Melalui pemerhatian, pengkaji dapati murid-murid suka dengan nyanyian. Oleh itu, pengkaji
mengambil keputusan menggunakan teknik nyanyian untuk meningkatkan penguasaan
murid-murid tahun 4 dalam penggunaan kata sendi dari dan daripada. Pengkaji berharap
dengan teknik nyanyian yang dirancang ini murid-murid akan dapat menguasai kata sendi
nama dari dan daripada. Teknik nyanyian ini merupakan salah satu teknik yang dapat
memperbaiki penguasaan murid bagi kata sendi nama dari dan daripada dalam sesebuah ayat.

2.0 Fokus Kajian / Isu Keprihatinan


Pengkaji memilih untuk memberi fokus kepada meningkatkan penguasaan murid-murid
tahun 4 dalam penggunaan kata sendi nama dari dan daripada dengan menggunakan teknik

nyanyian. Pengkaji memilih tajuk ini untuk kajian penyelidikan kerana ketika mengajar tajuk
kata sendi nama dari dan daripada pengkaji dapati ada 12 orang murid yang tidak memahami
penggunaan kata sendi nama dari dan daripada ini. Ini dapat dikesan ketika pengkaji
memberikan lembaran kerja bertulis kepada murid-murid. Pengkaji dapati dari 10 soalan
yang di beri 25 orang murid ini hanya betul 4 hingga 6 soalan sahaja. Apabila pengkaji semak
semula latihan yang diberi, pengkaji dapati mereka tidak faham bagaimana untuk
menggunakan kata sendi nama dari dan daripada. Mereka hanya mengisi tempat kosong
dengan kata sendi dari atau daripada tanpa mengetahui dengan jelas apakah fungsi kata sendi
nama tersebut dalam ayat. Masalah ini amat jelas apabila latihan bertulis yang menghendaki
mereka membina ayat dengan menggunakan kata sendi dari dan daripada. 25 orang murid
tidak dapat menggunakan kata sendi nama yang tepat dalam ayat yang dibina.

Fokus kajian pengkaji adalah tertumpu kepada penguasaan murid dalam membezakan fungsi
kata sendi nama dari dan daripada dalam ayat. Murid-murid akan diberikan latihan yang
berkaitan dengan kata sendi nama dari dan daripada.

Murid-murid tahun 4 akan diberikan latihan mengisi tempat kosong dengan kata sendi nama
dari dan daripada yang betul dan tepat berdasarkan ayat yang diberikan. Latihan ini diberikan
untuk mengesan kelemahan murid-murid dalam menguasai kata sendi nama dari dan
daripada.

Pengkaji akan menggunakan teknik nyanyian untuk meningkatkan penguasaan murid dalam
penggunaan kata sendi nama dari dan daripada dengan betul.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN


Meningkatkan penguasaan murid-murid dalam penggunaan kata sendi nama dari dan
daripada dengan menggunakan teknik nyanyian.

Melalui pemerhatian yang dilakukan pengkaji mendapati kelemahan murid-murid dalam


menguasai kata sendi nama dari dan daripada ialah mereka keliru dengan penggunaan kata
sendi nama ini. Untuk menyelesaikan masalah kekeliruan murid ini pengkaji akan
menggunakan teknik nyanyian. Murid-murid didapati amat suka dengan nyanyian. Pengkaji
akan mencipta lirik yang berkaitan dengan kata sendi nama dari dan daripada . Melalui lirik
lagu tersebut murid-murid akan dapat mengingat bagaimana penggunaan kata sendi nama
dari dan daripada dalam ayat dapat digunakan dengan betul dan tepat.

3.1 SOALAN KAJIAN


Bagaimanakah teknik nyanyian dapat meningkatkan penguasaan murid dalam penggunaan
kata sendi nama dari dan daripada.

Pengkaji telah menjalankan pemerhatian dan melalui dapatan daripada pemerhatian itu
didapati murid-murid lebih mudah mengingat fakta dengan teknik nyanyian. Untuk itu,
pengkaji akan menggunakan teknik ini di dalam meningkatkan penguasaan murid-murid
dalam penggunaan kata sendi nama dari dan daripada.

4.0 KUMPULAN SASARAN


Pengkaji telah mengenal pasti 25 peserta kajian yang akan menjadi sampel dalam kajian ini.
Peserta kajian terdiri daripada 25 orang murid tahun 4. Latar belakang murid ini adalah murid
yang sederhana dalam pencapaian mata pelajaran bahasa Malaysia. Lapan orang daripada 25
orang murid ini mendapat gred C dalam mata pelajaran bahasa Melayu dalam setiap kali
ujian yang dijalankan manakala yang lain mendapat gred B.

Harapan pengkaji, apabila muid-murid ini dapat menguasai kata sendi nama dari dan
daripada sekurang-kurangnya gred mereka akan meningkat daripada C kepada B dan
daripada B kepada A.

Dalam setiap soalan ujian yang dijalankan dalam bahagian pemahaman sekurang-kurangnya
satu soalan kata sendi nama dari dan daripada ini akan diuji. Apabila murid-murid telah
memahami bagaimana penggunaan kata sendi nama dari dan daripada ini digunakan maka
peluang mereka untuk meningkatkan gred dalam bahasa Malaysia adalah tinggi.

Kata sendi nama dari dan daripada ini juga digunakan dalam penulisan karangan. Apabila
murid dapat menguasai penggunaan kata sendi nama ini maka mereka akan menulis karangan
dengan baik tanpa ada kesalahan penggunaan tatabahasa.

Pengkaji akan membetulkan kekeliruan murid dalam penggunaan kata sendi nama dari dan
daripada dengan menggunakan teknik nyanyian. Teknik nyanyian adalah salah satu teknik

yang amat menyeronokkan murid dan dengan nyanyian murid-murid lebih mudah untuk
mengingat.

5.0 TINJAUAN LITERATUR


Menurut Noraini (2003), iringan irama lagu dengan rentak tertentu menguatkan lagi daya
ingatan kerana disamping mengurangkan kebosanan, ia dapat mempertingkatkan minat dan
mendorong penumpuan. Pendapat ini selari dengan kenyataan Hj. Ab. Fatah (1990) yang
menyatakan bahawa, pada biasanya maklumat yang boleh menimbulkan emosi seronok dan
menarik lebih mudah menarik perhatian daripada maklumat yang tidak menyeronokkan.
Semakin menarik maklumat itu kepada diri seseorang itu, semakin mudah maklumat itu
diingatkan. Semakin mudah maklumat itu diingatkan, semakin mudah pula maklumat itu
dirakamkan ke dalam ingatan jangka panjang.

Maka dengan itu, pengkaji berasakan bahawa penggunaan unsur muzik melalui kaedah
nyanyian adalah amat bertepatan untuk membantu murid meningkatkan daya ingatan mereka
terhadap pelajaran. Menurut Eisner (2003), muzik penting dalam pendidikan kerana
sumbangannya kepada kognitif membolehkan seseorang pelajar melahirkan perasaannya. Ini
turut dijelaskan oleh Hermann (1991), yang menyatakan bahawa integrasi muzik dengan
mata pelajaran lain akan melengkapkan perkembangan otak kiri dan otak kanan.

Kaedah nyanyian merupakan salah satu cara yang diaplikasikan bagi tujuan mengingat
sesuatu perkara dalam pembelajaran. Hal ini telah dinyatakan oleh Syukri Abdullah (2006)
bahawa praktik penggunaan sistem irama merupakan satu daripada kaedah meningkatkan

kebolehan mengingat. Caranya adalah dengan merekacipta irama sendiri atau lagu-lagu artis
terkenal dan memasukkan isi pelajaran yang diingini sebagai lirik lagu tersebut.

Salwa Zaharin (2012) dalam kajiannya, Program Daripadaku Kepadamu Meningkatkan


Penguasaan Kata Sendi Nama Tahun Lima membuktikan bahawa penguasaan dan kefahaman
kata sendi nama dalam kalangan murid boleh ditingkatkan sekiranya guru mempelbagaikan
kaedah pengajaran yang menarik dan sesuai.

Menurut Hisyamuddin (2010), matlamat pendidikan kebangsaan yang digubal oleh


Kementerian Pendidikan amat jelas. Walaubagaimanapun, ianya memerlukan usaha dan juga
tumpuan yang tidak berbelah bagi daripada guru untuk merealisasikannya. Oleh yang
demikian guru perlu bersedia mewujudkan perubahan bertujuan meningkatkan kualiti
pengajaran dan pembelajaran guru. Guru yang kreatif dan inovatif merupakan kriteria yang
perlu ada pada guru untuk melaksanakan perubahan dari segi penyampaian, komunikasi,
corak pelaksanaan, jenis aktiviti, dan lain-lain lagi.

Nur Farhanah bt Mohd Amin (2011) juga menggunakan kaedah nyanyian dalam
meningkatkan ingatan murid tahun 5 dalam tajuk Kitaran Air yang telah dijalankan oleh
membuktikan bahawa penggunaan kaedah nyanyian berjaya membantu murid mengingat
proses Kitaran Air. Murid kumpulan rawatan yang menjalani proses PdP dengan
menggunakan kaedah nyanyian menunjukkan peningkatan markah ujian yang lebih ketara
berbanding dengan kumpulan kawalan yang menjalani proses PdP menggunakan kaedah
konvensional. Murid kumpulan rawatan mudah mengingat proses-proses yang terlibat dalam

tajuk yang difokuskan iaitu Kitaran Airyang secara tidak langsung membantu mereka untuk
menjawab soalan ujian dengan mudah dan memperolehi markah yang baik.

6.0 Cadangan Tindakan


6.1. Perancangan Tindakan
Dalam melaksanakan kajian tindakan ini, pengkaji telah memilih prosedur tindakan Kemmis
dan Mc Taggart (1998).

MEREFLEK

MEMERHATI

MERANCANG

BERTINDAK

6.1.1

Tinjauan Masalah dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah akan dibuat
berdasarkan kepada pemerhatian, ujian pra, dan ujian pos.

6.1.2

Pemerhatian
Pengkaji akan menjalankan pemerhatian ke atas tingkah laku kumpulan
sasaran semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan, iaitu sebelum

dan selepas kajian. Pengkaji akan memerhati sikap dan pemahaman murid
tentang tajuk yang akan diajar.
6.1.3

Ujian Pra dan Ujian Pos


Pengkaji juga menyediakan set Ujian Pra dan diberikan kepada kumpulan
sasaran pada awal kajian untuk mengesan sejauh mana penguasaan dan
kefahaman tentang kata sendi nama dari dan daripada. Secara tidak langsung,
pengkaji dapat mengesan kelemahan dalam kalangan murid. Item dalam ujian
pra terdiri daripada sepuluh soalan mengisi tempat kosong dengan kata sendi
nama dari dan daripada dan membina dua ayat menggunakan kata seni nama
dari dan daripada. Selepas itu, murid diuji lagi dengan ujian pos dengan format
soalan yang sama.

6.2

Prosedur Cara Mengumpul Data


Pengkaji melakukan tindakan berikut dalam mendapatkan hasil kajian:
a) Pengkaji menjalankan Ujian Pra kepada para pelajar setelah selesai
mengajar topik yang berkaitan dengan penggunaan kata seni nama dari
dan daripada
b) Guru akan menggunakan teknik nyanyian dalam pengajaran dan
pembelajaran kata sendi nama dari dan daripada
c) Selepas itu, pengkaji menjalankan Ujian Pos apabila semua murid telah
menguasai penggunaan kata sendi nama dari dan daripada dengan mengunakan
teknik nyanyian
d) Kemudian, pengkaji membuat perbandingan antara hasil dapatan Ujian
Pra dan UjianPos.

6.3

Perancangan Cara Menganalisis Data


a) Pengkaji akan menganalisis data Ujian Pra dan Ujian Pos menggunakan
jadual dan carta pai .

6.4

Perancangan pelaksanaan Tindakan

Jadual di bawah menunjukkan jadual pelaksanaan aktiviti yang dirancang dalam kajian
penyelidikan tindakan.
Bil
1
2
3
4
5
6

Aktiviti
Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data
Menulis proposal kajian
Merancang tindakan
Pelaksanaan Ujian Pra
Memproses data Ujian Pra
Menggunakan teknik nyanyian dalam pengajaran kata

7
8
9
10

sendi nama dari dan daripada)


Ujian Pos
Rekleksi Kajian
Penulisan Laporan Kajian
Pembentangan dapatan kajian

Tarikh Pelaksanaan

7.0 Perbelanjaan (Kos Kajian)


Kos yang terlibat sepanjang penyelidikan kajian adalah seperti jadual di bawah :Bil
1
2

Alatan

Kuantiti x Harga Jumlah

Kertas A4
Fotostat Bahan Ujian

Seunit
1 Rim x RM 8.90
100 helai x 10
10

(RM)
8.90
10.00

Printer Cartridge
Jumlah

1 x RM 60

60.00
78.90

Rujukan
Abdul Rahman Abdul Majid Khan (2008).Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing
Sdn.Bhd
Rosinah Ednin (2011) .Penyelidikan Tindakan Kaedah dan

Penulisan.Kuala Lumpur :

Freemind Horizons Sdn.Bhd


Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Haji Musa, Abdul Hamid Mahmood (2008).
Tatabahasa Dewan .Edisi Ketiga. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
11

Kamus Dewan (2007).Edisi keempat. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Internet
http://www.slideshare.net/SuziSuziyana/kertas-cadangan-penyelidikan tindakan?related=3
http://tatabahasabm.tripod.com/tata/ksendi.htm
http://faizenmohamed.blogspot.com/2013/04/penggunaan-sendi-nama-dalam-bahasa.html

Penulisan Kristis
Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara kita. Bahasa ini telah
berkembang dengan begitu pesat sehingga ramai penutur dan pengguna bahasa Melayu
sendiri mengalami kesulitan untuk mengikuti perkembangan bahasa itu sendiri.Dalam
melahirkan modal insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani,emosi,rohani,intelek
dan sosial Kurikulum Bahsa Melayu juga telah digubal.Dalam Kurikulum Bahasa
Melayu,murid disediakan untuk menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dengan
penggunaan tatabahasa yang betul dan tepat.

12

Tatabahasa menjadi asas untuk melahirkan bahasa yang indah dan mudah
difahami.Pengajaran tatabahasa ialah pengajaran yang berkisar tentang hukum-hukum dan
peraturan dalam sesuatu bahasa.Hal ini melibatkan struktur dan sistem bahasa itu
sendiri.Pemahaman yang baik tentang selok-belok struktur dan sistem bahasa yang dipelajari
akan membolehkan seseorang murid menguasai dan menggunakan bahasa dengan betul ,tepat
dan berkesan.
Namun , apa yang menjadi isu ialah kesalahan penggunaan tatabahasa ini sering
berlaku dalam kalangan murid-murid di sekolah.Saya telah memilih untuk membuat
penyelidikan tindakan yang bertajuk 'Meningkatkan penguasaan kata sendi nama 'dari' dan
'daripada' dalam kalangan murid tahun 4 dengan teknik nyanyian'.saya dapati murid-murid
sering keliru tentang penggunaan kata sendi nama dari dan daripada. Untuk itu,saya telah
memilih cara untuk meningkatkan penguasaan murid-murid ini dengan menggunakan teknik
nyanyian.Mengapa saya memilih teknik nyanyian. Melalui pemerhatian yang saya jalankan
saya dapati murid-murid amat gemar dan mudah mengingati senikata lagu. Oleh itu, saya
telah mengambil kesempatan daripada kegemaran mereka untuk meningkatkan lagi
penguasaan mereka dengan teknik ini.Selain itu,saya juga yakin pengajaran dan pembelajaran
dengan teknik nyanyian amat digemari oleh murid-murid.
Berdasarkan pengalaman saya sendiri, murid-murid lebih berminat dengan teknik
yang menarik seperti nyayian, nasyid, lakonan, dialog, kuiz serta forum. Jika ditinjau
daripada respons pelajar, antara teknik yang menarik dan sesuai untuk pengajaran dan
pembelajaran tatabahasa adalah menerusi teknik nyayian. Dengan perkataan lain, perkara
penting yang perlu diberikan perhatian oleh guru ialah teknik tersebut perlulah menarik
perhatian pelajar dan tidak membosankan mereka. Selain itu, teknik pengajaran juga perlu
berpusatkan pelajar dan guru cuma menjadi fasilitator atau pembimbing mereka.
Dalam buku Pelta Bahasa Melayu Penggal 111, ternyata kesalahan penggunaan
sendi nama telah wujud lebih tiga puluh tahun lalu. Dalam buku tersebut, Zaaba mengatakan
bahawa '' Ada beberapa perkataan sendi nama yang orang-orang kerap tersilap memakainya,
tiada betul mengikut kehendak resaman Bahasa Melayu terutama dalam karangan" (Za'ba:
1957)
Pengguna bahasa Melayu selalu beranggapan kata sendi nama dari dan daripada
mempunyai fungsi yang sama dan boleh bersaling ganti penggunaannya. Permasalahan ini

13

sering membelenggu pengguna bahasa Melayu secara disedari ataupun tanpa disedari sejak
sekian lama.

Jika perhatikan ayat-ayat di bawah selalu digunakan oleh pengguna bahasa Melayu
sama ada dalam bentuk penulisan atau lisan.

(i) Rosli berusaha menghalang kumbang perosak daripada merosakkan tanamannya.

(ii) Penjenayah itu telah berjaya melepaskan diri daripada ditahan oleh pihak polis.

Kedua-dua ayat di atas tidak gramatis kerana tidak menggambarkan fungsi penggunaan kata
sendi nama dari dan daripada yang sebenar. Kata sendi nama dari dan daripada mesti berada
di hadapan kata nama atau frasa nama.

Kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan
arah, tempat, atau waktu. Contohnya:

(a) Penggunaan kata sendi nama dari yang menunjukkan tempat atau arah.

(i) Kereta itu dipandu secara laju dari arah barat.

(ii) Pandangan yang diberi berkaitan isu itu ditafsir dari sudut agama.

(b) Penggunaan kata sendi nama dari yang menunjukkan waktu atau masa.

(i) Mariah tinggal di Kluang dari tahun 1995 lagi.

(ii) Azuar mempengerusikan mesyuarat itu dari pukul lapan pagi hingga pukul satu tengah
hari.

14

Kata sendi nama daripada pula digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang
menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, institusi dan unsur mujarad, sumber atau
asal kejadian sesuatu benda, dan perbezaan atau perbandingan.

(a) Penggunaan kata sendi nama daripada yang menunjukkan punca bagi manusia, haiwan,
benda, institusi dan unsur mujarad. Contohnya:

(i) Afifah telah menerima kad ucapan hari jadi daripada Nurfarah.

(ii) Peserta ekspedisi ke Gunung Jerai itu terdiri daripada ahli jawatankuasa Persatuan Ilmu
Kemanusiaan USM.

(iii) Kita mesti bersatu untuk mengelakkan diri daripada ancaman musuh.

(b) Penggunaan kata sendi nama daripada yang menunjukkan maksud sumber atau asal
kejadian sesuatu benda. Contohnya:

(i) Benang berasal daripada kapas.

(ii) Kumpulan muzik itu terbentuk hasil daripada ilham Ruhil Amani.

(c) Penggunaan kata sendi nama daripada yang menunjukkan perbezaan atau perbandingan.
Contohnya:
(i) Kereta yang dibeli oleh Sharizad lebih mahal daripada kereta Imran.

(ii) Cara Nasir bercakap lebih matang daripada usianya yang sebenar.

(d) Penggunaan kata sendi nama daripada yang menunjukkan sebahagian daripada semua.
Contohnya:
(i) Sebahagian besar daripada pekerja tidak suka akan pengarah syarikat itu.
15

(ii) Seorang daripada tiga perompak itu telah berjaya diberkas oleh pihak polis.

Walaupun kata sendi nama daripada mesti hadir di hadapan kata nama atau frasa nama,
namun ada kekecualian dalam penggunaannya. Kata sendi nama daripada boleh hadir di
hadapan kata kerja atau frasa kerja dan kata adjektif atau frasa adjektif untuk menyatakan
perbezaan atau perbandingan. Contohnya:

(i) Abang Mus lebih suka memandu kenderaan sendiri daripada menaiki bas.

(ii) Lebih baik berdiam diri daripada sedih akan kegagalan kita.

Kesalahan penggunaan kata sendi nama dari dan daripada merupakan antara kesalahan
penggunaan bahasa yang sering dilakukan oleh pengguna bahasa Melayu.

Walaupun kesalahan ini dianggap remeh oleh sesetengah pengguna bahasa Melayu, namun
kita semua mesti berusaha untuk memastikan penggunaan bahasa Melayu yang betul sentiasa
diberi keutamaan

Namun adalah sesuatu yang agak sukar untuk menerangkan kepada murid-murid tahun 4
tentang penggunaan kata sendi nama dari dan daripada kita guru hanya menggunakan teknik
kelas sahaja. Aktiviti berpusatkan guru adalah membosankan bagi murid-murid. Sesuai
dengan fitrah murid-murid sekolah rendah yang masih suka bermain, maka saya akan
menggunakan teknik nyanyian dalam pengajaran dan pembelajaran saya.
Teknik pengajaran tatabahasa yang menarik dan tidak membosankan pelajar ialah teknik
nyanyian atau dengan menggunakan lagu. Hal ini demikian kerana, banyak lagu yang
mengandungi lirik yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Di
samping menyanyikan lagu, murid-murid diminta merujuk lirik lagu tersebut. Oleh itu, guru
perlu menyediakan lirik lagu tersebut terlebih dahulu dan mengedarkannya kepada pelajar.
Berikan arahan dan bincangkan tugasan yang perlu dibuat oleh mereka selepas menyanyikan
16

lagu tersebut. Sebagai contohnya, guru-guru boleh meminta murid menyenaraikan jenis kata
yang terdapat dalam lirik lagu itu seperti kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata sendi.
Selain itu, menggunakan lirik lagu untuk mengesan kesalahan tatabahasa untuk mengelakkan
rasa bosan para pelajar untuk mempelajari tatabahasa.
Kesimpulan yang dapat dibuat ialah kesalahan dalam penggunaan tatabahasa sering
kali kita lakukan .Kita sering melakukan kesalahan sama ada disedari atau tidak. Kesalahan
tatabahasa ini harus diperbetulkan sejak kanak-kanak lagi bak kata pepatah 'melentur buluh
biar dari rebungnya'.Kaedah dan teknik pengajaran juga harus lebih menarik untuk menarik
minat murid mempelajari tatabahasa yang dianggap mata pelajaran yang membosankan.

Rujukan
Abdul Rahman Abdul Majid Khan (2008).Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing
Sdn.Bhd

17

Rosinah Ednin (2011) .Penyelidikan Tindakan Kaedah dan

Penulisan.Kuala Lumpur :

Freemind Horizons Sdn.Bhd


Nik

Safiah

Karim,Farid

M.Onn,Hashim

Haji

Musa,Abdul

Hamid

Mahmood

(2008).Tatabahasa Dewan .Edisi Ketiga. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Kamus Dewan (2007).Edisi keempat. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Internet
http://www.slideshare.net/SuziSuziyana/kertas-cadangan-penyelidikan tindakan?related=3
http://tatabahasabm.tripod.com/tata/ksendi.htm
http://faizenmohamed.blogspot.com/2013/04/penggunaan-sendi-nama-dalam-bahasa.html

Lampiran 1
Tanya Sama Guru (melodi lagu Tanya sama pokok)
Tanya sama guru
Apa fungsi dari
Nanti jawab guru ada 3 fungsinya

18

Mari kawan-kawan kita cuba faham


Agar kita ingat tidaklah silap
Dari yang pertama dari untuk masa
Dari yang kedua dari untuk arah
Dari yang ketiga dari untuk tempat
Mari kawan-kawan kita guna MAT

19

You might also like