You are on page 1of 39

KECUAIAN DAN PENGABAIAN IBU BAPA TERHADAP KANAK-KANAK MENURUT

PERSPEKTIF HUKUM SYARAK


MOHAMMAD RAMZI BIN ZAKARIA

ABSTRAK
Peningkatan jenayah yang berkaitan dengan kes-kes kecuaian dan pengabaian terhadap kanakkanak semakin membimbangkan apabila pihak yang bertanggungjawab terutamanya ibu bapa
tidak mengambil peduli dan berhati-hati dalam setiap perkara yang berlaku terhadap anak-anak
mereka. Hal ini dikenalpasti, apabila pelbagai bentuk atau jenis kecuaian dan pengabaian
berlaku disebabkan daripada faktor-faktor tertentu yang memberi impak negatif kepada diri
kanak-kanak.Sebagai solusinya, kerajaan telah mengambil inisiatif bagi mengurangkan kadar
kesalahan ini dengan membentuk satu rang undang-undang untuk perlindungan dan kebajikan
kanak-kanak di bawah Akta Kanak-kanak 2001 dengan mengenalpasti satu undang-undang
yang bersesuaian merujuk perspektif pelaksanaan hukum Syarak yang berdasarkan perincian
dan penjelasan definisi asal kecuaian dan pengabaian tersebut.
Kata-kata kunci : Kecuaian, Pengabaian, Ibu Bapa, Kanak-kanak, Hukum Syarak

PENGENALAN
Kecuaian dan pengabaian bukanlah satu kesalahan yang remeh di sisi undang-undang malahan ia
merupakan satu kesalahan besar yang memberi kesan yang sangat buruk. Kita sering mendengar
kecuaian ini berlaku di kalangan masyarakat sekeliling dan mereka juga akan dikenakan satu
tindakan undang-undang atas perbuatan dan sikap mereka yang cuai walaupun terdapat
tanggungjawab dan sifat hati-hati dalam melakukan sesuatu perkara. Pada masa kini, kes
kecuaian yang melibatkan ibu bapa terhadap kanak-kanak kian menjadi-jadi walaupun ia
merupakan satu perkara kecil dari sudut luaran tetapi ia menjadi serius apabila kes tersebut
melibatkan nyawa, keselamatan dan kebajikan kanak-kanak dicabuli. Begitu juga dengan
pengabaian ibu bapa terhadap kanak-kanak yang sering terjadi di kalangan ibu bapa yang selalu
tidak mengendahkan perkara-perkara yang berlaku kepada kanak-kanak tersebut sehinggakan
anak-anak mereka terjebak dengan sesuatu kesalahan yang melanggari undang-undang.

KONSEP KECUAIAN DAN PENGABAIAN IBU BAPA TERHADAP KANAK-KANAK


i) Definisi Kecuaian dan Pengabaian
Kecuian dan pengabaian merupakan satu kesalahan yang boleh disabitkan di bawah undangundang Tort yang dikenali sebagai Tort kecuaian. Walaupun kesalahan ini tiada
peruntukan dalam enakmen atau akta tertentu untuk sabitan seseorang, kesalahan ini boleh
dibuktikan dengan keterangan dan bukti-bukti lain bagi mengukuhkan seseorang itu didapati
bersalah apabila elemen-elemen kecuaian tersebut sempurna. Menurut Islam, perkataan
kecuaian menurut bahasa Arab yang dikenali sebagai istilah tafrit atau taqsir.1 Keduadua istilah ini dari sudut bahasa yang memberi maksud kecuaian atau kurang berhati-hati,
iaitu seseorang telah gagal melakukan sesuatu tindakan dengan sempurna. Istilah tafrit boleh
dirujuk dalam al-Quran:


Maksudnya: "(Diperintahkan demikian) supaya jangan seseorang (menyesal dengan) berkata:
sungguh besar sesal dan kecewaku kerana aku telah mencuaikan kewajipan-kewajipanku
terhadap Allah serta Aku telah menjadi dari orang-orang yang sungguh memperolok-olokkan
(agama Allah dan penganut-penganutnya).2
Manakala menurut dari sudut undang-undang, istilah tafrit merupakan suatu peninggalan
daripada melakukan tindakan oleh seseorang yang berhati-hati dan waras yang sepatutnya
dilakukan atau suatu tindakan yang dilakukan oleh seseorang yang berhati-hati dan waras
yang sepatutnya tidak dilakukan. Istilah maksud kecuaian dalam ulamak klasik tidak ditemui
secara khusus, tetapi terdapat istilah yang digunakan untuk menggantikan istilah tafrit iaitu
khata yang membawa maksud tidak sengaja atau tersilap. 3 Di samping itu, dalam penulisan
fuqaha tidak terdapat perbahasan yang khusus yang membincangkan tentang kecuaian
kecuali terdapat contoh-contoh berkaitan dengannya yang dinyatakan dalam bab-bab tertentu
secara tidak terkumpul.

ii) Definisi Ibu Bapa dan Kanak-kanak


Perbahasan definisi ibu bapa di kalangan para ulamak tiada perbincangan sama secara umum
atau khusus. Menurut Islam, kesahtarafan seorang anak bergantung konsep alwalad lilfirash iaitu anak berasal dari tempat tidur perkahwinan. Dalam hal ini, pasangan mestilah

telah sah berkahwin dan anak yang lahir dari perkahwinan tersebut adalah anak kepada
pasangan tersebut dan merekalah ibu bapa yang sah.

Di dalam Islam adalah penting

memastikan anak itu dikandung selepas pasangan berkahwin dan bukan sebelumnya. Dalam
konteks perbincangan ini, ibu bapa adalah seorang lelaki dan perempuan yang telah
berkahwin secara sah dan daripada perkahwinan itu, si perempuan melahirkan anak.
Manakala Islam mentakrifkan kanak-kanak dengan berpandukan dalam kitab-kitab fiqh
yang selalu digunakan iaitu sabiy, ghulam dan saghir bagi kanak-kanak lelaki dan sabiyyah,
jariyah dan saghirah bagi kanak-kanak perempuan. 5 Walau bagaimanapun terdapat beberapa
perbahasan dan perbincangan para sarjana tentang maksud anak. Dalam syariat Islam,
seseorang yang belum balil dikenali sebagai kanak-kanak (al-sabiy atau al-ghulam).6Hal ini
dijelaskan dalam hadis ang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Talib dan Aishah r.a. bahawa
Rasulullah S.A.W pernah bersabda:


Tiga orang yang tidak dikira sebagai tanggungjawab ke atas perbuatannya iaitu seorang
yang tidur sehingga dia sedar daripada tidurna, seorang kanak-kanak sehingga dia
bermimpi (balil) seorang ang gila sehingga dia siuman. 7
Hadis menjelaskan bahawa kanak-kanak ialah seorang yang belum dewasa atau boleh
diistilahkan sebagai orang ang masih di bawah umur balil. Manakala menurut Ibnu Manzhur
Rahimahullah

mengatakan anak dalam daripada perkataan Ath-thiflu dan ath-thiflahyang

bermaksud anak kecil. Manakala dari segi perkataan jamak dari perkataan ath-thifl adalah
athfaal. Menurut Abu Haitsam 9mengatakan anak adalah perkataan thifl bermaksud sejak ia
lahir dari kandunagn ibunya hingga ia balil. Hal ini berdasarkan firman Allah S.W.T.:

Maksudnya: ...kemudian dilahirkannya kamu sebagai seorang anak. 10


Az-Zajjaj

11

mengatakan perkataan thifl merupakan perkataan berbentuk tunggal dan

apabila dijamakkan menjadi athfaal. Hal ini terbukti bahawa perkataan tersebut ditujukan

kepada sekumpulan orang-orang yang memberi maksud masing-masing kalian terlahir dalam
keadaan kanak-kanak. Hal ini berdasarkan firman Allah S.W.T.:


Maksudnya: ...atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. 12
Orang Arab menyebutkan perkataan jaariyah yang bermaksud anak perempuan
berdassarkan perkataan thiflah dan thifl iaitu anak atau anak perempuan. Perkataan
Jaariyataan iaitu dua orang anak perempuan dengan sebutan thifl, begitu juga dengan
perkataan Jaawaar iaitu beberapa orang anak perempuan. Manakala perkataan Ghilman
bermaksud dua orang anak lelaki disebut sebagai thifl begitu juga perkataan ghulaam iaitu
beberapa anak lelaki disebut thifl. Oleh itu dapat difahami bahawa orang Arab menggunakan
perkataan anak dalam kalimah Arab iaitu thifl, thiflah, athfaal, thiflaani, thiflataani dan
thiflaatun yang memberi makna yang sama.13
Manakala bagi bayi yang baru lahir disebut sebagai thifl sama ada dalam bentuk
perkataan tunggal atau jamak yang mempunyai persamaan dengan perkataan junub. Kalimah
thifl merupakan anak kecil, sama ada lelaki ataupun perempuan. Boleh juga menggunakan
kalimah thifl untuk anak lelaki dan thiflah bagi anak perempuan .14 Oleh itu perkataan thifl
yang dapat difahami adalah seorang anak sejak lahir hingga mencapai umur dewasa.
Terdapat pendapat di kalangan fuqaha kanak-kanak dikategorikan tamyiz dengan
menggambarkan sifat seorang kanak-kanak yang mumaiyiz, di mana perbuatan kanak-kanak
itu seperti makan, minum dan bersuci bersendirian tanpa pertolongan orang lain.15 Menurut
Abu Zahrah, para fuqaha menjelaskan maksud tamiz ialah keupayaan memahami secara
umum kesan-kesan daripada kontrak jual beli. Hal ini dapat dijelaskan bahawa daripada kesan
menjual ialah barang yang dijual akan keluar daripada milik penjual dan kesan daripada
membeli ialah barang yang dibeli akan menjadi pemilik pembeli sebagai pertukaran dengan
wang yang dibayar kepada penjual. Di samping itu, tamyiz juga suatu keupayaan memahami
bahawa menjual bererti keluar sesuatu daripada milik penjual, dan membeli bererti masuk
sesuatu ke dalam milik pembeli.16 Justeru, ibadat seorang kanak-kanak yang belum mumaiyiz
dan orang gila tidak dikira sebagai sah kerana mereka tidak mempunyai sifat tamyiz.17

Di samping itu, menurut para hukama, mengklasifikasikan kanak-kanak kepada dua


peringkat iaitu sebelum dan sudah mumaiyiz. Setiap peringkat akan berlangsung selama tujuh
tahun.18 Dalam peringkat sebelum mumaiyiz, bermula sejak seseorang kanak-kanak
dilahirkan sehingga umurnya hampir genap tujuh tahun. Kebiasaannya sepanjang peringkat
ini, kanak-kanak tidak mencapai tamyiz, belum dapat berfikir untuk membezakan dengan
sempurna antara perkara baik dan buruk, tidak dapat menjangkakan kesan bagi sesuatu
tindakan atau perbuatan dan belum mempunai idrak (keupayaan memahami). 19
Peringkat kedua ini bermula apabila umur seseorang kanak-kanak itu genap tujuh tahun,
kerana mulai umur tersebut barulah terdapat pada dirinya sifat tamyiz. Maka, para fuqaha
menetapkan bahawa umur minimum wujudnya sifat tamyiz ialah tujuh tahun.20 Penetapan
umur tujuh tahun sebagai umur minimum bagi kanak-kanak mempunai sifat tamyiz
merupakan pendapat yang terkuat, kerana terdapat sebuah hadith yang diriwayatkan oleh
Abd al-Malik bin al-Rabi bin Sabrah dan ayahnya daripada datuknya yang bahawa
Rasulullah S.A.W. bersabda:


Ajarlah (atau suruhlah) kanak-kanak bersembahyang ketika berumur tujuh tahun dan
pukullah dia ketika berumur sepuluh tahun. 21
Hadith ini menyeru kita supaya mengajar kanak-kanak bersembahyang apabila berumur tujuh
tahun, sedangkan untuk belajar, seseorang itu mestilah mempunyai daya berfikir. Di samping
itu, hadith ini menunjukkan bahawa daya berfikir akan wujud apabila seseorang kanak-kanak
itu mencapai umur tujuh tahun.22
Kanak-kanak dalam peringkat ini dikenali sebagai kanak-kanak yang mumaiyiz
kerana pada peringkat ini, kanak-kanak mulai dapat berfikir untuk membezakan antara
perkara yang baik dengan yang buruk atau sudah mempunyai idrak. Walau bagaimanapun
kemampuannya masih pada tahap yang lemah23dan kurang kalau dibandingkan dengan sifat
tamyiz yang ada pada orang dewasa.24
Peringkat ini akan berterusan sehingga sifat tamyiz sempurna iaitu apabila kanakkanak itu telah balil

25

kerana tamyiz bermula dalam bentuk yang belum sempurna dan akan

berkembang menjadi sempurna apabila seseorang kanak-kanak itu menjadi balil. Oleh itu

umur maksimum bagi tamyiz ialah umur balil.26 Pada ketika itu tidak lagi dinamaikan kanakkanak tetapi pemuda.27 Oleh itu, tamyiz yang digunakan pada kanak-kanak tidak bermaksud
sudah berakal dengan sempurna, tetapi hanya boleh berfikir dan membezakan antara perkara
yang buruk dengan yang baik.

JENIS-JENIS KECUAIAN DAN PENGABAIAN


Kecuaian dan pengabaian ibu bapa sering terjadi terhadap kanak-kanak atas kurang kepekaan
dalam memberi perhatian pada setiap gerak-geri anak-anak ketika melakukan sesuatu sama ada
di dalam atau di luar jagaan mereka. Sikap yang cuai, mengabaikan dan tidak ambil peduli akan
mencetuskan satu sikap pengabaian fizikal yang memberi kesan buruk terhadap kanak-kanak
mudah terjebak sesuatu yang negatif tanpa pengetahuan mereka sehingga memberi kemudaratan
kepada diri kanakkanak tersebut. Hal ini jelas menunjukkan sikap tidak perihatin dalam didikan,
tanggungjawab yang diamanahkan dan peranan sebagai ibu bapa tidak sempurna. Maka ini akan
menghasilkan suatu kesuraman akhlak anak-anak yang akan diperolehi apabila ibu bapa
memandang remeh dengan tanggungjawab mereka. Oleh itu, tidak hairanlah kadar peningkatan
kerosakan akhlak anak-anak yang ditempatkan di pusat pemulihan kian meningkat dari tahun ke
tahun atas punca kecuaian dan pengabaian ibu bapa dalam memberi peranan dan tanggungjawab
yang sepenuhnya kepada anak-anak mereka.
Situasi kecuaian dan pengabaian ibu bapa sering berlaku dan amat jelas dalam kaca mata
dunia di kalangan kanak-kanak apabila sesuatu keadaan yang tidak disedari berlaku di depan
mereka sepertimana membiarkan anak-anak mereka dipukul atau didera oleh sesiapa sahaja sama
ada dari segi fizikal, emosi, seksual, meninggalkan anak di suatu tempat tanpa pengawasan atau
pantauan, tidak mengambil perhatian atau tahu tentang anak-anak dan berbagai-bagai lagi
berlaku.
Bagi keadaan kecuaian dan pengabaian dalam penderaan dapat diklasifikasikan kepada
tiga pembahagian iaitu fizikal, seksual dan juga emosi. Ketiga-tiga jenis kecuaian dan
pengabaian dalam penderaan ini berlaku atas sifat yang mementing diri sendiri dikalangan ibu
bapa tanpa menghirau keadaan anak-anak tersebut. Oleh itu, penjelasan jenis-jenis kecuaian dan
pengabaian di bawah skop penderaan akan dijelaskan lebih terperinci di bawah subtopik ini.

i. Fizikal
Didikan dengan cara memukul menurut pendangan ibu bapa adalah merupakan didikan
yang berbentuk pengajaran atau mendisiplinkan kepada anak-anak agar tidak mengulangi
perbuatan yang dilakukan sebelum ini, tetapi pada hakikatnya dengan didikan berbentuk
pukulan akan menyebabkan berlaku kecederaan sama kepada anak-anak tersebut boleh
menyebabkan kecederaan yang amat serius sehingga menyebabkan kematian. Walaupun
dari persepsi mereka dengan memukul adalah satu didikan tetapi jika pukulan itu
melampaui batas dan memukul pada tempat yang bukan sepatutnya, ia boleh dikatakan
kecuaian dalam penderaan.
Di samping itu, kecuaian terhadap fizikal sering berlaku di kalangan anak-anak
yang dilakukan oleh orang-orang yang tiada ikatan persaudaraan dengan kanak-kanak
tersebut yang tidak perihatin dalam didikan. Ibu bapa atau penjaga yang tidak
menghiraukan atau leka dengan perkara tersebut sehingga menebabkan anak-anaknya
menjadi trauma dalam setiap sudut dan keadaan. Majoritinya penderaan ini dilakukan
atas sikap atau sifat bagi memuaskan diri yang dilakukan dengan sengaja dan niat untuk
mencederakan anak-anak tersebut. Pelbagai penderaan fizikal yang sering terjadi pada
anak-anak antaranya menendang, menumbuk, meggoncang, menggigit, memukul hingga
tidak sedarkan diri, mematahkan tulang, menyimbah air panas dan pelabagai penderaan
fizikal lagi. Kesan penderaan fizikal ini telah memberi kesan yang nyata terhadap anakanak antaranya lebam, cedera sama ada ringan atau parah, luka dan juga sehingga berlaku
kematian anak itu sendiri. Kecuaian melalui penderaan juga sering berlaku dikalangan
ibu bapa yang dalam keadaan tekanan atau gangguan jiwa yang tidak dapat dielakkan
seperti yang berlaku di Lahat Datu Sabah, di mana seorang bapa menyembelih anaknya
lalu menghirup darah tersebut.28 Begitu juga berlaku kepada seorang bapa ang mengidap
sakit mental yang telah mengelar hingga mati anak bongsunya dan mencederakan dua
orang lagi anak perempuannya sehingga terputus jari yang berlaku di Bangi.29 Kes-kes ini
sering berlaku tetapi tiada peruntukan yang khusus bagi menjamin keselamatan dan
perlindungan kanak-kanak tersebut. Walaupun kebanyakkan alasan yang diberikan
merupakan alasan yang berbentuk positif tetapi pengukuhan dari sudut fakta masih
diragui dalam memberi hujah. Sekiranya ibu bapa ang cuai menggunakan alasan yang
sama, keadaan kanak-kanak tidak terjamin selamat atas sikap dan sifat yang cuai dan

terabai. Hal ini juga dapat difahami kepuasan diri adalah satu prinsip ibu bapa yang tidak
ambil peduli terhadap anak-anak yang suka mendera tanpa mengira masa dan hari agar
memberi kebahagiaan serta keuntungan kepada mereka.
Di samping itu, terdapat juga ibu bapa berfikiran dengan didikan melalui
memukul, dapat mendisiplinkan dan membentuk jati diri anak-anak, tetapi pada
hakikatnya mereka telah merosakkan diri anak-anak itu melalui emosi. Sifat ketegasan
dalam ibu bapa atau penjaga boleh diserapkan dalam jiwa mereka tetapi perlulah
ketegasan itu berunsur kasih sayang sehingga tidak mencederakan anakanak. Konsep
pemahaman terutamanya dalam didikan anak-anak perlu dipertingkatkan dikalangan ibu
bapa agar tekanan emosi anak-anak melalui kecuaian dalam penderaan dapat
dikurangkan. Terdapat juga ibu bapa menyatakan memukul atau sebat kepada anak-anak
itu adalah jalan penyelesaian dalam memberi pengajaran dan didikan, sedangkan mereka
tidak mengetahui dengan memukul atau sebatan itu boleh menyebabkan cedera sama ada
cedera dalaman atau luaran. Hal ini dapat dinyatakan bahawa terdapat kes penderaan
dengan memberi alasan negatif bahawa perbuatan berkenaan yang dilakukan untuk
mendisiplinkan anak tersebut dengan menggunakan ragum dan pengetip kertas tehadap
anak-anak tersebut, tetapi pada dasarnya berunsur penderaan fizikal kepada anak itu
sehingga mencederakan anggota badannya. Oleh itu, kecederaan fizikal yang dianggap
oleh ibu bapa sebagai didikan adalah satu pendapat atau pandangan yang tidak relevan,
seolah-olah dalam jiwa ibu bapa atau penjaga tidak mempunyai sifat kasih sayang dan
konsep ilmu keibubapaan dalam memberi didikan. Maka peningkatan pengetahuan setiap
ibu bapa sebelum menerima cahaya mata perlu dipertingkatkan agar generasi baru dapat
menjalankan proses pembesaran dengan sempurna.
ii. Seksual
Kecuaian dan pengabaian melalui seksual terhadap anak-anak merupakan kecuaian dan
pengabaian yang boleh dianggap penderaan zalim dengan menjejaskan masa depan anak
itu sendiri. Kecuaian dan pengabaian seksual ini didefinisikan sebagai penglibatan kanakkanak dalam aktiviti-aktiviti seksual yang mereka sepenuhnya faham apa yang dilakukan
atau kanak-kanak berkenaan tidak faham kesan daripada keizinan yang diberikan atau
sesuatu yang bercanggah dengan peranan sesebuah negara. Menurut Henry Kempe,

kecuaian dan pengabaian seksual termasuk perbuatan mengadakan hubungan seks dengan
kanak-kanak, rogol, sumbang mahram, mendedahkan kemaluan, seks sadis, pelacuran
kanak-kanak dan gambar lucah kanak-kanak.30 Di samping itu, perbuatan mencabul
kehormatan seperti memegang, mencium atau meraba bahagian sulit kanak-kanak serta
perlakuan seks luar tabii juga melakukan penderaan seksual.
Tidak hairan pada masa kini ada ibu bapa atau penjaga tiada mengambil peduli
terhadap anak-anak sehingga sanggup membiarkan anak-anaknya dilakukan penderaan
seksual oleh orang yang tidak dikenali. Hal ini berdasarkan keratan akhbar yang
mengemparkan satu isu di mana seorang ibu tunggal yang tergamak anaknya dirogol oleh
teman lelakinya.31 Di samping itu, ada juga sesetengah ibu bapa sanggup merakam aksiaksi yang memalukan terhadap anakanak mereka sehingga hidup anak tersebut tertekan
atas sikap ibu bapa yang sanggup membiarkan anaknya dicabuli maruah. Peningkatan kes
kecuaian dan pengabaian penderaan seksual terhadap kanak-kanak dari tahun ke tahun
telah menunjukkan peningkatan yang mendadak yang dilakukan oleh orang-orang yang
terdekat terutamanya, ibu bapa, adik beradik, keluarga dan saudara.
Kecuaian dan pengabaian seksual juga dapat dikenal pasti melalui kecuaian
ibu bapa tanpa menyedari keadaan anaknya ketika berseorangan di mana kesempatan
anak-anak dalam melihat atau menonton rancangan-rancangan yang berbentuk lucah
sehingga mereka ada sifat keinginan mencuba melakukannya. Maka di sini bermulanya
berlaku perbuatan yang tidak bermoral yang dilakukan oleh anak-anak mereka tanpa
disedari. Oleh itu, kerosakkan masa depan maruah anak-anak kian terjejas atas sikap
tidak bertanggungjawab ibu bapa atau penjaga yang tidak ambil peduli dan perhatian
dalam mengawal sepenuhnya keadaan diri anak-anak sama ada anak tersebut tinggal
bersendirian di rumah dengan keluarga atau sebaliknya. Justeru, kepekaan ibu bapa atau
penjagaan perlu dipertingkatkan agar pengawasan diri dan sekeliling terjamin daripada
sebarang kerosakan maruah anak tersebut.

iii. Emosi
Menurut Kasmini Kassim,32 kecuaian dan pengabaian emosi adalah satu trauma psikologi
yang mencerobohi lilitan dan lapisan perlindungan minda sehingga minda seseorang itu
terganggu untuk jangka masa pendek ataupun panjang mengikut keamatan trauma yang

berlaku. Kesan daripada kecuaian dan pengabaian emosi ini, perasaan tidak berdaya akan
timbul, kuasa pada diri sendiri akan tergugat, sistem perlindungan dalam diri akan gagal,
sistem badan menjadi lemah dan seterusnya membawa kepada kesakitan emosi apabila
mengenang kembali perkara-perkara yang berlaku ke atas diri anak tersebut.
Sebagai ibu bapa perlu memberi contoh dan teladan yang baik kepada anak-anak
dengan didikan yang sempurna dan relevan agar jiwa dan perasaan anak tersebut tidak
tertekan atas sikap ibu bapa yang memberi didikan dengan penuh kekerasan sehingga
menyebabkan anak-anak terasa takut dan trauma terhadap sikap ibu bapa. Sifat dan sikap
yang keras dalam didikan menyebabkan anak-anak menjadi ikutan apabila berada di luar
jagaan ibu bapa, sehingga sanggup melakukan apa sahaja sehingga perasaan dalam jiwa
anak tersebut terasa kepuasan. Ada juga sesetengah anak merasai jiwanya tertekan
sehingga hidupnya sentiasa dalam ketakutan dan sanggup bersendirian tanpa mendekati
dengan orang yang berada dipersekitarannya.
Kecuaian dan pengabaian emosi ini adalah satu kesalahan ibu bapa dalam
menjalankan tanggungjawab dan peranan sebagai ibu bapa. Di samping itu, kecuaian dan
pengabaian ini juga kesan daripada kecuaian dan pengabaian fizikal atau seksual atas
sikap kelekaan, kealpaan dan pengabaian ibu bapa itu sendiri dalam mengawasi anakanaknya. Hal ini juga, kecuaian dan pengabaian emosi ini boleh menjejaskan keyakinan
anak-anak dalam apa jua perkara sekalipun sehingga ketakutan dalam jiwa mereka sering
menyelumbungi diri. Kehidupan anak tersebut akan menjadi terbantut apabila penderaan
emosi tidak diubati dan dikawal dengan segera. Kecuaian dan pengabaian emosi ini amat
membimbangkan kerana ianya berlaku tanpa disedari dan tidak dapat dipandang dengan
mata kasar dalam amalan atau cara ibu bapa membesarkan anak-anak itu. Oleh itu, ibu
bapa perlu bertindak positif dalam memberi didikan kepada anak-anak agar masa depan
kehidupan anak tersebut terjamin dan juga keyakinan diri mereka akan terus meningkat.
Kecuian dan pengabaian juga berlaku melalui keadaan-keadaan tertentu yang berkaitan dengan
keperluan asasi diri kanak-kanak tersebut seperti makanan dan minuman, pakaian, kesihatan dan
keperluan yang lain. Kejadian-kejadian ini sering berlaku terhadap kanak-kanak atas sikap ibu
bapa yang tidak menghiraukan anak mereka sehingga ada yang sanggup mengemis demi untuk
mencari makanan dan minuman serta ada juga yang sanggup melakukan kesalahan jenayah

untuk

menampung

kehidupan

diri

mereka.

Sikap

kealpaan

ibu

bapa

yang tidak

bertanggungjawab terhadap kanak-kanak jelas menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun.


Hal ini sepertimana berlaku di negeri Selangor, di mana dalam keratan akhbar ini telah
menyatakan statistik pengemis kanak-kanak yang dapat diselamatkan dari tahun 2010 seramai 23
orang, tahun 2011 seramai 43 orang dan tahun 2012 seramai 78 orang kanak-kanak.33 Maka
dengan jumlah ini tidak hairanlah angka sebenar pengemis kanak-kanak adalah luar jangkaan
lebih besar daripada angka tersebut dari tahun ke tahun. Di samping itu, terdapat juga kejadian
yang amat memalukan atas sikap ibu bapa yang cuai dan abaikan anak-anaknya dalam didikan
atau sesuatu perkara, di mana di dalam satu keratan akhbar menyatakan seorang kanak-kanak
berumur 12 tahun terlibat dengan pelacuran sehingga digelar pelacur termuda.34 Hal ini tidak
dapat dinafikan lagi dengan keburukan akhlak dan sivik yang dilakukan kanak-kanak tersebut
atas kecuaian dan pengabaian ibu bapa yang tidak mengendahkan setiap gerak-geri perjalanan
serta hala tuju anak-anak mereka.
Sikap kecuaian dan pengabaian juga dapat dilihat dari sudut kaca mata didikan ibu bapa
terhadap kanak-kanak sama ada melalui menulis, mengajar, berdikari, menonton, mendengar
atau sebagainya. Kadang-kala didikan ibu bapa ini adalah satu skop yang luar daripada landasan
didikan yang telah ditetapkan, walaupun daripada pandangan mereka sendiri didikan yang
mereka ajari adalah satu perkara atau ilmu yang berguna bagi menjamin masa depan anak-anak.
Pada hakikatnya, didikan yang mereka ajari adalah satu didikan yang akan menjadi unsur-unsur
negatif tanpa disedari. Hal ini dapat dilihat, peningkatan kes-kes juvana yang dilaporkan
merupakan kesan daripada kecuaian dan pengabaian ibu bapa iaitu dari 3399 kes pada tahun
2012 kepada 8704 kes pada tahun 2013.35 Peningkatan yang melonjat tinggi menunjukkan telah
berlaku permasalahan yang dihadapi oleh kanak-kanak tersebut atas sikap ibu bapa yang alpa
dan leka terhadap mereka. Apabila menemui kanak-kanak tersebut, ada di kalangan mereka
memberi alasan-alasan yang menyedihkan dan memilukan sehingga mereka dengan mudah
terjebak dengan kesalahan-kesalahan jenayah atas sikap ibu bapa yang kurang memberi kasih
sayang, didikan dan sehingga ada diabaikan. Pada hakikatnya, mereka tidak mahu melakukan
perkara-perkara tersebut tetapi atas dasar sikap ibu bapa yang cuai dan mengabaikan, mereka
terpaksa mencari orang-orang yang terdekat sebagai tempat meluahkan perasaan dan
menenangkan hati mereka yang dalam suasana pemasalahan. Hal ini jelas, ternyata peningkatan
jenayah kanak-kanak berlaku adalah atas sumbangan kecuaian dan pengabaian ibu bapa itu

sendiri yang kurang memberi sepenuhnya tumpuan dan perhatian anak-anaknya mereka sehingga
tanpa mengetahui kehendak, keperluan, hala tuju dan kawan-kawan anak mereka dekati.
Oleh itu, kecuaian dan pengabaian adalah satu kelahiran yang lahir daripada ibu bapa itu
sendiri dalam separuh sedar sehingga mewujudkan sikap lalai, leka, alpa dan hilang kepekaan
terhadap kanak-kanak. Tanggungjawab yang diamanahkan dan terletak ke atas kedua-dua bahu
ibu bapa tidak menjadi imbang jika tumpuan dan perhatian tidak diberi dengan sepenuhnya
terhadap kanak-kanak. Justeru, bagi mengurangkan peningkatan kecuaian dan pengabaian ini
berterusan, satu statut perlu ditubuhkan dan dikuatkuasakan bagi melindungi dan menjamin
kebajikan kanakkanak agar terselamat daripada kencaman pemusnahan hak diri mereka.

FAKTOR-FAKTOR KECUAIAN DAN PENGABAIAN


Kebanyakkan kes kecuaian dan pengabaian yang dilaporkan kepada pihak berkuasa majoritinya
adalah terdiri daripada ibu bapa. Hal ini berlaku atas beberapa punca dikenalpasti pada diri ibu
bapa itu sendiri yang memberi kesan kepada kanak-kanak tersebut. Walaupun punca ini
merupakan satu perkara yang kecil tetapi ia tetap memberi kesan yang amat besar kepada kanakkanak.
Punca atau faktor utama yang sering terjadi adalah disebabkan kekurangan ilmu di dalam
jiwa.

36

Ilmu pengetahuan boleh diklasifikasikan kepada dua iaitu ilmu agama dan ilmu dunia.

Dalam situasi pemasalahan ini, ilmu agama perlu ditekankan dalam jiwa ibu bapa. Ilmu agama
merupakan ilmu yang menyentuh seluruh kehidupan manusia terutamanya dari segi akhlak,
syariah dan akidah. Dari segi skop, ilmu agama ini banyak menekankan ilmu yang
mengkhususkan berkaitan duniawi dan akhirat. Bagi membentuk kanak-kanak dengan sifat dan
akhlak yang sempurna, ilmu agama tidak boleh diabaikan dan diketepikan oleh ibu bapa dalam
memberi dorongan dan tunjuk ajar kepada kanak-kanak. Tetapi pada masa kini, majoriti ibu bapa
banyak beranggapan bahawa ilmu agama adalah tidak penting dalam membentuk kanak-kanak.
Sekiranya ilmu agama tidak diterapkan dalam jiwa kanak-kanak tersebut dari awal lagi, maka
pengaruhpengaruh dari luar dan budaya-budaya yang tidak sihat akan mempengaruhi mereka,
sehingga menyebabkan kanak-kanak itu sendiri melakukan perbuatan yang bertentangan oleh
syarak dan undang-undang. Hal ini berdasarkan statistik yang menunjukkan pada tahun 2012,
hanya 368 kanak-kanak atau pelajar yang terlibat dalam kegiatan jenayah, namun jumlah itu
meningkat kepada 542 pelajar pada tahun 2013 iaitu peningkatan sebanyak 47 peratus.37

Di samping itu, keburukan akhlak dan moral kanak-kanak pada masa kini kian menjadi
buruk atas sebab perhatian ibu bapa yang tidak sepenuhnya kepada anak-anak mereka. Majoriti
ibu bapa, menganggap anak-anak mereka sentiasa dalam keadaan selamat malah juga sering
yakin serta percaya dengan tingkah laku dan perbuatan yang anak mereka lakukan. Sedangkan
pada hakikatnya anak-anak mereka sering melakukan perbuatan yang buruk sehingga boleh
menyebabkan maruah keluarga dan agama tercemar tanpa kesedaran ibu bapa itu sendiri.
Dengan sifat yang tidak mengambil tahu atau perhatian kepada kanak-kanak terutamanya dalam
perkara yang berkaitan dengan kawan-kawan disisinya, gerak-gerinya dan perbuatan yang
mereka lakukan apabila ketiadaan ibu bapa. Sekiranya pemantauan ibu bapa semakin jauh, maka
risiko kemusnahan akhlak anak-anak semakin tinggi.
Kecuaian dan pengabaian ini juga terjadi atas sikap sambil lewa, leka dan alpa ibu bapa
itu sendiri berdasarkan laporan-laporan kes yang berlaku ke atas kanak-kanak tersebut. Tidak
hairanlah kadar peningkatan kematian kanak-kanak dari tahun ke tahun meningkat atas sebab
kesalahan dan pemasalahan ibu bapa itu sendiri.38 Jika diteliti pada masa kini, ibu bapa sering
membawa segala pemasalahannya ke rumah, bahkan lagi bagi memuaskan perasaannya atau
menyelesaikan segala konflik masalah yang mereka hadapi, anak-anak sebagai mangsa keadaan
mereka.
Penyalagunaan dadah dan penggunaan alkohol dalam minuman di kalangan ibu bapa
menyebabkan kanak-kanak sering terabai setiap masa.39 Ibu bapa yang mengambil dadah dan
penggunaan alkohol dalam minuman akan sentiasa tidak ada ruang masa yang secukupnya
malahan mereka sering hayal apabila mengambil barang tersebut. Kadang-kala, mereka
menjadikan anak-anak sebagai tempat memuaskan nafsu dan penganayaan. Hal ini berdasarkan
kajian California yang menunjukkan ibu bapa yang menggunakan alkohol dalam minuman
sering melakukan penderaan fizikal kepada kanak-kanak.40 Secara tidak langsung, segala
petunjukkan perbuatan yang ditonjolkan ibu bapa akan menjadi ikutan kepada kanak-kanak,
malahan juga terdapat sesetengah kanak-kanak menjadi trauma atau emosinya terganggu atas
sikap ibu bapa itu sendiri.
Faktor pemasalahan ekonomi keluarga juga menjadi salah satu punca berlakunya
kecuaian dan pengabaian ibu bapa. Peningkatan harga barang dan pembayaran kos-kos yang
berkaitan rumah, kereta, cukai, pembelanjaan anak-anak dan kos-kos lain merupakan
pemasalahan-pemasalahan yang berkaitan dengan rumah tangga. Apa yang pasti, pendapatan

yang diperolehi tidak dapat diseimbangkan dengan keadaan suasana keluarga yang diperolehi.
Hal ini, apabila ekonomi keluarga tidak seimbang, tekanan dalam kehidupan akan terbentuk
dalam jiwa ibu bapa, sehingga mereka sanggup mengarahkan anak-anak melakukan perbuatan
mengemis dalam usia yang kecil bagi meringankan bebanan tanggungjawab mereka. Situasi
begini boleh dikategorikan sebagai keluarga yang berpendapatan rendah atau dalam keadaan
kemiskinan atas sebab taraf kehidupan yang tinggi untuk diperlukan. Hal ini berdasarkan kajian
di dapati bahawa sebanyak dua pertiga punca ibu bapa dalam keadaan kemiskinan yang memberi
kesan kepada kanak-kanak terlibat dengan jenayah.41 Di samping itu, faktor kemiskinan
kekeluargaan itu sendiri disebabkan kesusahan, kesempitan dan kepayahan yang terjadi akan
menimbulkan tekanan terhadap ibu bapa atas sebab kemiskinan yang berlaku terhadap mereka,
bahkan dengan kewujudan anak-anak tersebut akan menambahkan lagi kepayahan dan
kesempitan mereka mencari keperluan serta kelengkapan yang diperlukan oleh kanak-kanak
tersebut.42 Maka secara tidak langsung akan wujud kecuaian dan pengabaian ibu bapa terhadap
kanak-kanak itu sendiri, di mana ibu bapa itu sanggup membiarkan anak-anaknya dalam keadaan
tidak terurus dan kelaparan setiap masa. Hal ini berdasarkan kajian yang dijalankan di Korea
iaitu sebanyak kamulatif 302 di antara umur 7 hingga 12 tahun dianayakan oleh ibu bapa mereka
atas sebab kemisikinan hidup yang menjadi penghalang kehidupan mereka.43 Ada juga, ibu bapa
membiarkan anak-anak mereka mencari kelengkapan dan keperluan sendiri di merata tempat
tanpa menghiraukan dan memantau setiap perkara yang dilakukan oleh kanak-kanak tersebut.
Hal ini dengan berdasarkan peningkatan kanak-kanak jalanan yang berlaku di Malaysia yang
dapat diselamatkan iaitu 240 kes manakala 19 kes di bawah ke mahkamah pada tahun 2014.44
Situasi kecuaian dan pengabaian juga boleh berlaku apabila kedua-dua pihak bekerja
sehingga tiada ruang masa untuk bersama keluarga terutama kepada anak-anak yang
memerlukan ruang masa kasih sayang dan bermesra bersama ibu bapa mereka. Kesibukan ibu
bapa yang tidak menentu sehingga kadang-kala melampaui batasan waktu yang tidak dapat
dijangka yang menyebabkan ibu bapa sering tiada ruang masa waktu yang sepenuhnya kepada
anak-anak. Maka secara tidak langsung, perkara tersebut akan memberi kesan buruk terhadap
anak-anak kerana kekurangnya kasih sayang dan perhatian kepada mereka dalam setiap masa.
Apabila ibu bapa kurang memberi perhatian kepada anak-anak, maka anak-anak tersebut akan
mencari orang-orang tertentu sebagai tempat berkongsi masalah seperti kawan-kawan atau orang
yang tidak dikenali. Sebagai contoh kejadian yang berlaku terhadap seorang gadis yang tidak

pernah mendapat kasih sayang seorang ibu pada usia kanak-kanak lagi sehingga gadis tersebut
terjebak dengan perbuatan songsang pada peringkat remaja.45 Perkara ini secara tidak langsung
kerenganggan ibu bapa dengan anak-anak semakin jauh, malahan anak-anak mereka banyak
bersama dengan kawan-kawan sehingga mereka berubah sikap atas ikutan kenalan kawan
mereka. Berdasarkan kajian yang dibuat, sikap dan perubahan kanak-kanak yang terlibat dengan
perkara sosial sering meningkat sehingga menyebabkan kanak-kanak tersebut terlibat dengan
jenayah. Hal ini merujuk peningkatan statistik bilangan kanak-kanak yang terlibat dengan
kesalahan juvana iaitu sebanyak 8704 kes pada tahun 2013 berbanding dengan 3399 kes pada
tahun 2012. Peningkatan ini sebanyak 5305 telah menunjukkan sebahagian kesan daripada punca
kecuaian dan pengabaian ibu bapa dalam memantau anak-anak apabila ketiadaan di hadapan
mereka.46
Keluarga yang besar atau ramai merupakan salah satu faktor berlakunya kecuaian dan
pengabaian ibu bapa terhadap kanak-kanak.47 Apabila mempunyai anak yang ramai, kepekaan
ibu bapa akan terganggu jika tiada sifat berhati-hati dalam setiap perkara yang mereka lakukan
sehingga berlaku kecuaian dan keabaian terhadap anak-anaknya. Apatah lagi ibu bapa yang
sibuk dengan kerjaya masing-masing yang tidak akan ada masa secukupnya untuk meluangkan
masa bersama-sama anak-anaknya.
Selain itu, kecuaian dan pengabaian ini terjadi adalah faktor keadaan di rumah. Apabila
rumah tidak bersih dan selamat, jaminan kebajikan, perlindungan serta keselamatan kanak-kanak
tersebut akan terjejas. Hal ini sepertimana berlaku atas perbuatan meninggalkan kanak-kanak
tanpa pengawasan adalah serius kerana terdapat kes kanak-kanak yang ditinggalkan bersendirian
telah terperangkap dalam rumah apabila berlaku kebakaran.48 Di samping itu, kanak-kanak akan
mudah merasa bosan tinggal di rumah tanpa sumber hiburan dan kemudahan-kemudahan untuk
memenuhi masa mereka secara yang lebih berfaedah. Mereka juga mungkin berasa bosan kerana
tiada suasana yang harmoni di rumah mereka kerana setiap ahli keluarga sibuk dengan hal
masing-masing dan sering berlaku pertengkaran di rumah antara ibu bapa. Keadaan ini akan
menyebabkan anak-anak berasa tertekan lalu keluar untuk mencari hiburan dan melepak untuk
memenuhi lapangan mereka.
Sehubung dengan itu, gangguan mental dan emosi ibu bapa merupakan salah satu faktor
utama kecuaian dan pengabaian ibu terhadap kanak-kanak. Hal ini disebabkan tekanan perasaan
yang dihadapi oleh ibu bapa itu sendiri apabila menerima sesuatu pemasalahan. Pemasalahan-

pemasalahan yang diterima majoritinya diterima melalui di tempat kerja, situasi sekeliling, diri
sendiri, tekanan hidup, keluarga dan sebagainya. Adapun juga, pemasalahan yang dihadapai oleh
ibu bapa sendiri adalah berbentuk pemasalahan kecil namun apabila tidak diselesaikan dengan
sempurna maka pemasalahan itu menjadi besar dan sukar untuk diselesaikan. Hal ini berdasarkan
kajian yang dibuat berdasarkan rekod mahkamah pada tahun 1991 iaitu seramai 206 kanak-kanak
telah diabaikan atau didera atas sikap gangguan emosi dan mental ibu bapa.49 Di samping itu,
gangguan mental dan emosi ini terjadi apabila keadaan ibu itu sendiri selepas melahirkan anak.
Situasi ibu dalam keadaan pantang atau selepas bersaling, perlu memberi rehat yang secukupnya
kerana tekanan darah dirinya yang rendah dan tubuh badan yang lemah. Apabila tidak dikawal
dan menghadapi sesuatu pemasalahan, tekanan perasaan pada dirinya akan bertambah bahkan
akan memberikan kesan yang amat besar kepada bayi yang dilahirkan. Hal merujuk kajian dibuat
ke atas ibu yang sudah bersaling atau melahirkan anak di Jepun telah memberi layanan yang
buruk kepada kanak-kanak pada umur 18 bulan lagi.50
Penyakit mental51 dan gila52 merupakan salah satu punca atau faktor berlaku kecuaian
dan pengabaian ibu bapa terhadap kanak-kanak. Masalah mental atau dikenali sebagai penyakit
mental berlaku atas sebab-sebab tertentu dan kadang-kala tidak didapati punca berlakunya
penyakit ini. Kebanyakkan masalah penyakit mental ini sering dikaitkan dengan masalahmasalah yang pernah berlaku ke atas ibu bapa yang trauma dengan kehidupan zaman silam
mereka yang sering didera, diabaikan atau berlaku kecuaian oleh ibu bapanya sebelum ini.
Pemasalahan mental yang tidak sihat ibu bapa ini akan menyebabkan kanak-kanak sering didera
dan diabaikan walaupun kesalahan yang dilakukan adalah satu perbuatan yang kecil.53 Sehubung
dengan itu, pemasalahan mental juga berlaku apabila keadaan ibu bapa itu sendiri yang
menghadapi dan mempercayai dengan perkara-perkara pelik sehingga anak menjadi korban. Hal
ini berdasarkan kejadian yang berlaku pada tahun 2014 di Bangi, seorang bapa dipercayai
masalah mental telah mengelar anaknya ang berumur tujuh tahun sehingga mati.54 Manakala
bagi ibu bapa yang menghadapi penyakit gila, kanak-kanak sering terabai dalam pelbagai
keadaan dan masa. Keadaan gila sama ada sekejap atau selama-lamanya, akan sentiasa
memberikan kesan kanak-kanak dari segi keselamatan, kehidupan, keperluan diri dan berbagaibagai lagi. Hal ini akan menyebabkan kanak-kanak sering terbiar di jalanan, malahan juga
mereka mudah terjebak dengan gejalagejala sosial yang tidak sihat.

Faktor dan punca kecuaian dan pengabaian ini boleh diatasi dengan pelbagai langkah dan
cara sekiranya si ibu dan bapa mengawasi setiap langkah dan hala tuju anak itu sendiri. Perkaraperkara ini juga dapat dikenal pasti punca utama berlaku adalah terhadap ibu bapa yang kurang
kepekaan dalam semua sudut berlaku kepada kanak-kanak. Oleh itu, dengan berdasarkan faktor
dan punca berlaku kecuaian dan pengabaian ini, ibu bapa perlu dibentukkan dengan ilmu-ilmu
kekeluargaan terutamanya dalam memberi didikkan kepada anak-anak agar keselamatan dan
kebajikan mereka terpelihara serta terjamin.

KESAN-KESAN KECUAIAN DAN PENGABAIAN


Seorang kanak-kanak akan menjadi mangsa dalam kecuaian dan pengabaian akibat perlakuan ibu
bapa yang tidak peka dan cuai terhadap tanggungjawab mereka dalam menjalankan tugas sebagai
seorang ibu bapa. Kesalahan kecuaian dan pengabaian ini akan memberi impak yang buruk
kepada kanak-kanak yang masih berusia kecil, walaupun ibu bapa menganggap anak-anak
mereka yang masih kecil itu tidak matang dan belum pandai memikirkan perkara-perkara berlaku
di sekelilingnya.
Kesan kecuaian dan pengabaian ini boleh dikenalpasti kepada dua bahagian iaitu melalui
fizikal63 dan perlakuan kanak-kanak itu sendiri.55 Menurut Harvey, kesan-kesan melalui fizikal
dapat diklasifikasikan kepada empat bahagian berdasarkan kajiannya antaranya pembesaran yang
terbantut, sering keadaan yang tidak sempurna iaitu sering berasa lapar dan letih malahan juga
keadaaan diri kanak-kanak itu kotor dan tidak terurus. Perkara ini kesan daripada pengabaian ibu
bapa itu sendiri yang tidak mengambil peduli kepada kanak-kanak itu sendiri. Pada hari ini, juga
dapat dilihat dengan kanak-kanak itu sendiri punca utama mereka meminta duit di pesisiran
jalanan adalah kerana mereka perlu makan dan minum atas sebab kelaparan melampaui. Di
samping itu, apabila kejadian kecuaian dan pengabaian sering berlaku, pembesaran anak-anak
menjadi terbantut di mana kanak-kanak akan terasa trauma apabila berada di sisi ibu bapa
mereka. Malahan mereka juga merasai keselamatan dan kebajikan mereka tidak terjamin. Hilang
kepercayaan terhadap ibu bapa ini akan memberi kesan kepada anak-anak sehingga
menyebabkan kurangnya kasih sayang yang diberikan menjadi punca berlaku kecuaian dan
pengabaian ini. Walaupun, jika dilihat kecuaian dan pengabaian ini berlaku tanpa disedari,
kematian anak-anak itu sendiri boleh berlaku atas sebab tanggungjawab ibu bapa yang tidak peka
dan memandang perkara sesuatu itu remeh. Malahan mereka tidak berfikir panjang sebelum

perkara-perkara buruk berlaku seperti seorang kanak-kanak yang berlaku di pantai Port Dickson
pada 9 Desember 2013 jam 6.30 petang, di mana ibu bapa tersebut sanggup membawa anakanak yang di bawah umur menaiki banana boat sehingga membawa maut,56 sedangkan jika
difikirkan, ia akan membawa ancaman bahaya kepada anak-anak itu sendiri. Begitu juga dengan
perkara-perkara lain, di mana berlaku atas sebab ibu bapa yang tidak tahu ke mana dan di mana
anak-anak mereka berada tanpa pantauan yang teliti dalam setiap tindakan dan perkara yang
dilakukan kanak-kanak itu sendiri. Hal ini dapat dibuktikan peningkatan kes-kes kematian
kanak-kanak dan taburan kematian kanak-kanak dari tahun ke tahun meningkat di Malaysia.
Kecuaian dan pengabaian ibu bapa yang tidak mengenal pasti anak-anak mereka apabila ibu
bapa berada dalam keadaan sesuatu yang kesibukkan sehingga apabila disedari mendatangkan
maut kepada anak-anak itu sendiri. Kes-kes ini dapat dilihat dengan paparan-paparan akhbar
yang sering menjadi tajuk menghayati hati dan kesedihan di khalayak umum seperti kes seorang
ibu cuia terhadap anaknya sehingga membawa maut di mana si ibu tersebut telah meninggalkan
anak tersebut selama enam jam di dalam kereta ketika si ibu tersebut bertugas sebagai guru bagi
menghadiri mesyuarat di sekolah sehingga lupa anaknya ada di sisinya.57 Walaupun tiada
pensabitan terhadap ibu tersebut, tetapi ibu tersebut tetap boleh dikenakan hukuman atas sebab
kesalahan perbuatannya.
Bagi kesan melalui perlakuan kanak-kanak dapat dijelaskan oleh Hervey, di mana punca
kanak-kanak merayau-rayau tanpa tujuan, mencuri makanan atau meminta makanan adalah
punca daripada kecuaian dan pengabaian ibu bapa itu sendiri yang tidak menyediakan
kelengkapan yang sempurna. Dalam perkara ini tidak boleh disalahi kepada kanak-kanak tetapi
boleh disalahi ibu bapa itu sendiri yang tiada memberi kelengkapan yang perlu terhadap anakanak mereka. Kadang-kala punca anak-anak itu menjadi agresif dan terlibat dengan aktivitiaktiviti sosial yang tidak sihat adalah kesan daripada ibu bapa yang tidak pantau setiap gerak-geri
perjalanan dan langkah anak-anak itu pergi sama ada di dalam atau diluar jagaan mereka.
Perbuatan-perbuatan yang tidak sihat telah mengambarkan kekecewaan anak-anak itu sendiri
terhadap ibu bapa mereka sendiri yang sering tidak memberi perhatian kepada mereka. Malahan
juga, mereka sering diabaikan kasih-sayang pada setiap masa, di mana ibu bapa mereka sering
berada dalam keadaan kesibukkan kerja masing-masing sehingga tiada ruang masa yang khusus
kepada anak-anak mereka.

Kecuaian dan pengabaian ibu bapa kepada kanak-kanak menjadi perkara yang amat
kritikal pada masa kini. Walaupun jika dilihat perkara ini terjadi dengan tidak sengaja atau tanpa
disedari, tetapi ia tetap boleh dikatakan satu kesalahan yang besar dan boleh disabitkan di bawah
kesalahan kecuaian dan pengabaian. Justeru, kesan-kesan di atas jelas menerangkan kecuaian
dan pengabaian berlaku kepada kanak-kanak sama ada kecuaian dan pengabaian itu berlaku
secara sedar atau tidak.

PELAKSANAAN HUKUMAN KECUAIAN DAN PENGABAIAN DI BAWAH AKTA


KANAK-KANAK 2001 DAN HUKUMAN SYARAK
Kewujudan Akta Kanak-kanak 2001 merupakan satu jalan inisiatif bagi mengurangkan kadar
kesalahan ini. Di samping itu, kesalahan kecuaian dan pengabaian terhadap kanak-kanak juga
diteliti dan dianalisis dari sudut perspektif pelaksanaan hukum Syariah. Penjelasan kedua-dua
sabitan diperjelaskan dengan terperinci di bawah tajuk ini seperti berikut:
i) Pensabitan Sivil di bawah Akta Kanak-kanak 2001
Undang-undang yang diperuntukkan untuk perlindungan kanak-kanak menunjukkan bahawa
kerajaan telah mengambil serius bagi membasmi penganayaan, kecuiaan, pengabaian,
penderaan dan jenayah yang mensabitkan kanak-kanak. Dalam kes bagi kecuaian dan
pengabaian kanak-kanak terdapat beberapa statut yang diperuntukkan bagi menjamin
keselamatan, kebajikan dan perkembangan kanak-kanak tersebut yang melibatkan kes-kes
kecuaian dan pengabaian ibu bapa atau pihak-pihak tertentu terhadap kanak-kanak.
Menurut Seksyen 31 (1)(a) dan (b) Akta 611 memperuntukan mana-mana orang yang
merupakan orang yang mempunyai pemeliharaan seseorang kanak-kanak :
(a) yang menganiayai, mengabaikan, membuang atau mendedahkan kanak-kanak itu dengan
cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi atau
yang menyebabkan atau membenarkannya dianiayai, diabaikan, dibuang atau didedahkan
sedemikian; atau
(b) yang menganiayai dari segi seks kanak-kanak itu atau yang menyebabkan atau
membenarkannya dianiayai sedemikian, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan
boleh didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.
Merujuk peruntukan ini, menaniayai, mengabaikan, membuang atau mendedahkan
merupakan jenis-jenis perbuatan berbeza. Walau bagaimanapun, keempat-empat jenis
perbuatan ini dapat didefinisikan dengan satu persatu. Menganiayai merupakan satu
perbuatan yang dilakukan dengan cara menindas, menyeksa atau menyakiti seseorang dengan

cara yang zalim. Manakala mengabaikan dapat dijelaskan sebagai satu perbuatan seseorang
yang tidak memberikan perhatian tanpa mengendahkan tanggungjawab ke atasnya.
Membuang merupakan mencampak atau meningkirkan seseorang itu daripada dekati diri
kepadanya, dan mendedahkan ialah membiarkan atau mendedahkan seseorang itu daripada
ancaman-ancaman yang membahayakan dirinya sehingga menyebabkan emosi terganggu.
Berdasarkan keempat-empat jenis perbuatan ini, kesalahan ini sering terjadi di kalangan ibu
bapa sama ada dalam sedar mahupun tidak sedar ketika anak-anak disisinya. Hal ini
sepertimana berlaku atas perbuatan meninggalkan kanak-kanak tanpa pengawasan adalah
serius kerana terdapat kes kanak-kanak yang ditinggalkan bersendirian telah terperangkap
dalam rumah apabila berlaku kebakaran.58 Di samping itu, terdapat kes seorang bapa telah
meninggalkan anaknya bersendirian dalam kereta yang enjinnya masih hidup dan kereta
berkenaan kemudiannya dilarikan pencuri.59 Kecuaian dan pengabaian ibu bapa juga jelas
kelihatan apabila terdapat satu kes di paparan akhbar yang bertajuk kanak-kanak digilis
sebuah treler 10 tayar yang dipandu oleh bapanya sendiri. Kejadian berlaku di Pontian
berdekatan dengan rumah mangsa ketika bapanya ingin bergerak ke tempat kerjanya.60
Berdasarkan subseksyen 31 (2) (a), (b) dan (3) Akta 611 menyatakan bahawa mahkamah:
(a) hendaklah, sebagai tambahan kepada apa-apa hukuman yang dinyatakan dalam
subseksyen (1), memerintahkan supaya orang yang disabitkan atas suatu kesalahan di
bawah subseksyen itu menyempurnakan suatu bon dengan penjamin untuk berkelakuan
baik selama apa-apa tempoh yang difikirkan patut oleh Mahkamah; dan
(b) boleh memasukkan dalam bon yang disempurnakan di bawah perenggan (a) apa-apa
syarat yang difikirkan patut oleh Mahkamah.
(3) Jika seseorang yang diperintahkan supaya menyempurnakan suatu bon untuk berkelakuan
baik di bawah subseksyen (2) tidak mematuhi mana-mana syarat bon itu, dia boleh didenda
selanjutnya tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selanjutnya selama tempoh
tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Peruntukan subseksyen 31 (2) dan (3) menjelaskan bahawa pihak-pihak yang disabitkan
di bawah seksyen 31 (1) (a) dan (b) boleh dikenakan bon dengan berdasarkan budibicara
mahkamah. Bon yang dimaksudkan di sini adalah satu pelepasan ke atas pelaku yang
diberikan oleh Mahkamah sebagai jaminan untuk berkelakuan baik dalam tempoh tertentu
yang wajar ditentukan oleh Mahkamah. Bon ini disempurnakan oleh ahli keluarga pelaku
atau sesiapa sahaja untuk menjamin ke atas pelaku dan sekiranya syarat-syarat bon tersebut
tidak dipenuhi, maka denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan tidak
melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Menurut seksyen 31(4) Akta 611 Akta 611 memperuntukan iaitu seseorang ibu atau bapa
atau penjaga atau orang lain yang bertanggungan di sisi undang-undang untuk menyara
seseorang kanak-kanak hendaklah disifatkan telah mengabaikannya dengan cara yang
mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi jika, sungguhpun
dia berupaya mengadakan makanan, pakaian, rawatan perubatan atau pergigian, penginapan
atau pemeliharaan yang mencukupi bagi kanak-kanak itu daripada sumber-sumbernya
sendiri, dia tidak berbuat demikian.
Penjelasan peruntukan seksyen 31(4) ini menyatakan bahawa ibu bapa atau pihakpihak
bertanggungjawab sering melakukan kecuaian dan pengabaian apabila penyediaan daripada
segala lengkapan yang diperlukan kanak-kanak tidak disediakan dengan sempurna sehingga
menyebabkan kanak-kanak tersebut mengalami kecederaan fizikal atau emosi. Hal ini
sepertimana berlaku dalam satu kejadian ke atas seorang kanak-kanak OKU yang diabaikan
oleh ibunya sendiri yang tidak memberi perhatian sepenuhnya kepada anaknya sehingga
menyebabkan fizikal kanak-kanak tersebut terjejas walaupun si ibu telah menyediakan
kelengkapan dari segi penempatan dan makanan kepada anaknya itu.61
Subseksyen 31 (5) (a) dan (b) menyatakan seseorang boleh disabitkan atas suatu
kesalahan terhadap seksyen ini walaupun
(a) penderitaan atau kecederaan kepada kesihatan kanak-kanak yang berkenaan atau
kemungkinan penderitaan atau kecederaan kepada kesihatan kanak-kanak yang
berkenaan telah dielakkan melalui tindakan orang lain; atau
(b) kanak-kanak yang berkenaan telah mati.
Peruntukan 31(5) ini menjelaskan penderitaan atau kecederaan adalah satu perkara yang
berbeza sehingga boleh menjejaskan kesihatan kanak-kanak. Penderitaan merupakan
kesusahan atau penanggungan seseorang menghadapi kesakitan yang dialami sama ada
dalam bentuk fizikal mahupun mental. Manakala kecederaan iaitu sesuatu kelukaan yang
dialami oleh seseorang atas perbuatan orang lain atau sebab-sebab tertentu. Penjelasan
kedua-dua perkara ini, akan menyebabkan kesihatan kanak-kanak terganggu jika mereka
mengalami penderitaan atau cedera ke atas diri mereka sama luaran atau dalaman. Hal ini
sepertimana berlaku seorang anak ketagih syabu sejak awal usia kecil lagi atas sebab tiada
kasih sayang oleh ibu bapanya dan hidup anak tersebut selalu disisihkan sehingga anak
tersebut menderita dan kecewa atas sikap ibu bapanya yang tidak peduli atas dirinya.62
Kecuaian dan pengabaian terhadap kanak-kanak juga boleh berlaku apabila ibu bapa
menjadikan kanak-kanak sebagai mengemis di jalanan atau tempat-tempat tertentu. Merujuk
seksyen 32 Akta 611 menyatakan kanak-kanak tidak boleh digunakan untuk mengemis yang
melibatkan mana-mana orang yang menyebabkan atau mengakibatkan mana-mana kanak-

kanak atau, sebagai seorang yang mempunyai pemeliharaan seseorang kanak-kanak,


membenarkan kanak-kanak itu berada di mana-mana jalan, premis atau tempat bagi maksud:
(a) mengemis, menerima sedekah, sama ada atau tidak dengan dalih menyanyi,
bermain, membuat persembahan atau menawarkan apa-apa jua untuk jualan; atau
(b) menjalankan penjajaan yang menyalahi undang-undang, loteri haram
perjudian atau aktiviti lain yang menyalahi undang-undang yang memudaratkan
kesihatan dan kebajikan kanak-kanak itu, melakukan suatu kesalahan dan apabila
disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Peruntukan seksyen 32 ini menjelaskan kecuaian dan pengabaian terhadap kanakkanak berbentuk mengemis iaitu mengarahkan kanak-kanak meminta sedekah, menyanyi
di jalanan bagi memperolehi pendapatan atau perbuatan-perbuatan yang seumpamanya
dengan perbuatan mengemis, maka ia merupakan satu kesalahan undang-undang dan
boleh disabitkan di bawah seksyen ini. Jika diteliti peruntukan ini, pensabitan hukuman
yang dinyatakan begitu longgar malahan denda yang diberikan terlalu rendah. Hal ini
kerana, peratusan pengemis di kalangan kanak-kanak semakin meningkat atas desakan
ibu bapa itu sendiri kepada anak mereka. Kejadian ini berlaku di Ampang, apabila
seorang ibu tergamak menyuruh anaknya meminta sedekah di khalayak masyarakat
umum.63
Kesalahan kerana membiarkan kanak-kanak tinggal tanpa pengawasan yang
berpatutan yang diperuntukan seksyen 33 Akta 611 merupakan satu kecuaian dan
pengabaian yang melibatkan mana-mana orang, yang merupakan ibu atau bapa atau
penjaga atau orang yang pada masa itu mempunyai pemeliharaan seseorang kanak-kanak,
yang meninggalkan kanak-kanak itu:
(a) tanpa mengadakan persediaan bagi pengawasan dan pemeliharaan yang berpatutan
bagi kanak-kanak itu;
(b) selama suatu tempoh yang tidak berpatutan memandangkan semua hal keadaan; atau
(c) dalam keadaan yang tidak berpatutan memandangkan semua hal keadaan, melakukan
suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit
atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Pengabaian yang dinyatakan dalam peruntukan ini adalah bermaksud pengabaian
yang berbentuk peninggalan dengan sengaja iaitu kanak-kanak tersebut ditinggal
bersendirian dengan tidak diberikan perhatian sepenuhnya dan tanpa menghiraukan
kanak-kanak itu sehingga terjejas kehidupan dirinya. Hal ini sepertimana berlaku ke atas
pada Jun 2014, seorang wanita yang didakwa di Mahkamah Seksyen atas dua tuduhan di
bawah seksyen ini atas kesalahan mengabaikan dan meninggalkan anak tanpa
pengawasan sehingga kesihatan dan kehidupan anak tersebut terjejas.64

Merujuk kejadian-kejadian dan kes-kes yang dilaporkan, peruntukan di dalam


statut telah dinyatakan dengan jelas bagi melindungi kanak-kanak tersebut daripada
sebarang perkara-perkara berbahaya yang membawa kepada maut. Menurut seksyen 33
memperuntukkan sekiranya ibu bapa atau penjaga kanak-kanak meninggalkan kanakkanak tanpa pengawasan dan pemeliharaan yang sepatutnya, maka ia merupakan satu
kesalahan kecuaian dan pengabaian terhadap kanak-kanak yang boleh dihukum penjara
tidak melebihi dua tahun atau denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau kedua-duanya.
Berdasarkan peruntukkan ini, pensabitan hukuman yang dinyatakan dalam
seksyen ini telah mengambarkan peningkatan kadar kecuaian dan pengabaian ibu bapa
atau penjaga sering terjadi setiap hari. Kewujudan peruntukkan ini agar tindakan boleh
diambil terhadap ibu bapa atau penjaga yang cuai dan abai dalam menjalankan tugas serta
tanggungjawab kepada kanak-kanak di bawah jagaan mereka. Di samping itu, peruntukan
ini juga dapat dilihat sebagai usaha kerajaan untuk memastikan ibu bapa lebih
bertanggungjawab terhadap kanak-kanak di bawah kawalan mereka. Sebagai contohnya
kejadian-kejadian yang sering kali terjadi iaitu kanak-kanak yang ditinggalkan
bersendirian di dalam kereta atau di rumah. Hal ini dapat dilihat melalui kaca mata kita
sendiri dengan kejadian-kejadian yang dipaparkan dalam akhbar dan menjadi tajuk
perbincangan di dalam corong-corong radio dan televisyen. Dengan peruntukan sedia ada
ibu bapa atau penjaga akan sering berhati-hati dalam semua tindakan mereka agar tidak
tersasar menyebabkan hilang kepekaan setiap gerak-geri kanak-kanak lakukan. Oleh itu,
peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam seksyen 31 hingga 33 ini merupakan satu
langkah dan iniasitif kerajaan, tetapi perlu dikuatkuasakan dan diperketatkan hukuman
dalam peruntukan tersebut, agar pemeliharaan kanak-kanak itu terjamin dan terjaga
supaya proses pembesaran mereka berjalan dengan sempurna.
ii) Pensabitan di bawah hukum syarak
Walaupun pensabitan kecuaian dan pengabaian terhadap kanak-kanak tidak diperuntukan
di Malaysia di dalam enakmen syariah, tetapi terdapat kesesuaian hukuman yang boleh
disabitkan kepada pesalah atas kealpaan dan keabaiannya. Begitu juga, jika diteliti
kesalahan-kesalahan yang berkaitan dengan kecuaian dan pengabaian ibu bapa terhadap
kanak-kanak tiada dinyatakan dengan khusus dalam al-Quran dan Hadis tetapi hanya

menyatakan kesalahan-kesalahan berkaitan hukum-hakam sekiranya ibu bapa tidak


menjalankan tanggungjawab ke atas anak-anak mereka. Hukuman hudud dan qisas yang
digambarkan dalam al-Quran hanya dinyatakan kesalahan-kesalahan tertentu dan
merupakan kesalahan amat besar yang melanggar atau mencabuli hak Allah dan hak
manusia. Manakala, bagi pesabitan hukuman tazir merupakan peruntukkan hukuman
yang dikeluarkan oleh pemimpin di sesebuah Negara atau tempat berdasarkan kesesuaian
kesalahan yang dilakukan bagi mensabitkan hukuman tersebut. Hal ini secara tidak
langsung, telah menjadi pencanggahan di antara pihak-pihak tertentu bagi melaksanakan
hukuman ini dalam menjamin hak-hak tersebut.
Tunjang utama dalam pelaksanaan hukum bagi sesuatu pensabitan tersebut akan
berdasarkan lima prinsip utama yang menjadi panduan pelaksanaan hukuman.
Agama,nyawa, akal, harta dan maruah merupakan prinsip maqasid syariah yang wajib
dijaga dan dipelihara setiap manusia. Apabila dikaitkan kesalahan kecuaian dan
pengabaian, prinsip nyawa, maruah dan akal dikaitkan dalam pensabitan sesuatu
hukuman ke atas pesalah. Jadi, wajarkah kesalahan kecuaian dan pengabaian ibu bapa
boleh di sabitkan hukuman qisas dan diat? Oleh itu, bagi menentukan kesesuaian
pensabitan hukuman tersebut, penerangan hukuman qisas dan diat perlu diteliti serta
diperincikan agar dapat difahami bagi menentukan kesesuain pensabitan hukuman
tersebut.
Apabila dikaitkan dengan pembunuhan dan kecederaan seseorang, pensabitan
hukuman qisas dan diat menjadi kesesuaian dalam pelaksanaan hukuman tersebut.
Malahan juga penerapan hukuman qisas dan diat di dalam al-Quran telah
menggambarkan hukuman-hukuman tertentu seperti hukuman bunuh balas bunuh dan
cedera balas cedera. Kesalahan pembunuhan menurut Islam terbahagi kepada tiga
bahagian iaitu pembunuhan dengan sengaja, separuh sengaja dan tidak sengaja. Apabila
merujuk ketiga-tiga jenis hukuman tersebut, kesalahan kecuaian dan pengabaian tersebut
dapat disesuaikan dengan pembunuhan tidak sengaja. Walau bagaimanapun para ulama
telah berselisihan

berpendapat tentang jenis-jenis pembunuhan tersebut ada yang

mengatakan satu dan ada juga mengatakan dua jenis. Seluruh fuqaha bersepakat, tidak
ada qisas dalam pembunuhan tidak sengaja dan serupa sengaja, tetapi pelaku tersebut

dikenakan dua pembalasan sahaja iaitu pembalasan asal iaitu diat dan kifarah, dan
pembalasan tambahan iaitu halangan pewariasan dan wasiat.
Sebelum memastikan kewajaran permasalahan tersebut, pengetahuan tentang
pembunuhan tidak sengaja ialah pelaku tidak bermaksud atau niat memukul dan
membunuh. Pembunuhan tanpa niat iaitu pembunuhan yang dilakukan oleh seseorang
tanpa niat membunuh dan tidak bertujuan membunuh.65 Menurut Mazhab Hanafi, semua
pembalasan pembunuhan seumpama sengaja adalah sama seperti pembalasan
pembunuhan tidak sengaja iaitu kifarah, diat dan halangan pewarisan serta wasiat.
Pembunuhan secara tidak langsung, menurut Mazhab Hanafi seperti penggali lubang
dikenakan satu pembalasan sahaja iaitu diat. Tidak ada kifarah dan halangan pewarisan
dan wasiat.66 Manakala menurut jumhur, ia adalah seperti pembunuhan tidak sengaja.67
Sehubung dengan itu, puasa pula adalah salah satu daripada dua pilihan kifarah yang
termaktub dalam al-Quran yang menyatakan pembalasan pembunuhan tidak sengaja.
Firman Allah S.W.T.:

...


68

Maksudnya: Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan tidak sengaja,
maka hendaklah ia mermedekakan seorang hamba perempuan yang beriman serta
membayar diat yang diserahkan kepada ahlinya, kecuali jika mereka menyedekahkan dan
sesiapa yang tidak mendapatinya, maka hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut.
Berdasarkan ayat di atas menjelaskan tiga jenis kifarah iaitu pertama pembunuhan
seorang Muslim di Negara Islam tanpa sengaja, kedua pembunuhan di Negara yang
berperang sedang keimanannya belum tahu lagi dan ketiga pembunuhan seorang mu
ahid sedangkan ia adalah seorang kafir dhimmi.69 Merujuk dalil di atas juga
menunjukkan bahawa diat pada keadaan bunuh tanpa niat ini dibayar oleh keluarga
pembunuh adalah berdasarkan faktor bahawa diat bagi bunuh hampir sengaja dibayar
oleh keluarga pembunuh. Oleh itu dalam kes bunuh tanpa niat, hukuman ini sudah tentu
ini lebih tepat dilaksanakan. Menurut Imam Syafie, kifarah pembunuhan yang tersalah
atau tidak sengaja, tidak dapat mencari hamba untuk dimerdekakan dan tidak mampu

berpuasa dua bulan berturut-turut disebabkan tua iaitu sakit tua yang menyebabkan
kesusahan yang sangat kuat, maka diharuskan ke atasnya memberi makanan kepada enam
puluh orang miskin dengan memberi satu cupak makanan setiap seorang.70 Manakala
ulama-ulama fuqaha selain daripada Imam Syafie berpendapat bahawa kifarah pembunuh
yang tersalah atau tidak sengaja tetap dikenakan dua hukuman tersebut iaitu
mermedekakan seorang hamba, jika tidak mampu mermedekakan, maka hendaklah
berpuasa dua bulan berturut-turut. Hukuman tersebut tidak boleh ditukarkan dengan
kifarah yang lain kerana tidak didapati dalil selain daripada dua jenis kifarah tersebut.71
Pensabitan hukuman qisas ini terhadap pelaku pembunuhan atau pelukaan akan terhapus
apabila kifarah tersebut telah dilaksanakan sepenuhnya ke atas mangsa atau keluarga
mangsa.
Manakala, dari aspek kemaafan sekiranya pemberian maaf itu diberi oleh mangsa
atau ahli waris tersebut, maka akan gugur hukuman qisas dan kifarah.72 Menurut Imam
Syafie dan Imam Ahmad, memaafkan disini ertinya mengugurkan qisas atau diat tanpa
imbalan apa-apa. Sedangkan menurut Imam Malik dan Abu Hanifah, pemaafan terhadap
diat itu boleh dilaksanakan bila ada kerelaan pelaku. Hal ini dapat dijelaskan. Pemaafan
adalah suatu pemaafan qisas tanpa imbalan apa-apa dan ada juga memaafkan diat itu
bukan satu pemaafan melainkan pendamaian. Maka orang yang berhak memaafkan qisas
tersebut adalah orang yang berhak menuntutnya. 73
Pembunuhan tanpa niat boleh diklasifikasikan kepada dua jenis hukuman iatu
hukuman agama (akhirat) dan hukuman duniawi (mahkamah). Bagi hukuman agama
ialah diampunkan tanpa sebarang dosa dan hukuman. Hal ini kerana perbuatan yang
dilakukan merupakan tidak sengaja dan tanpa sebarang niat. Bagi pensabitan hukuman di
dunia, keluarga pembunuh wajib membayar diat dalam tempoh tiga tahun, secara
meringankan dalam bentuk lima jenis unta iaitu 20 ekor anak unta betina makhadh, 20
ekor anak unta betina labun, 20 ekor anak unta jantan labun, 20 ekor anak unta hiqqah
dan 20 ekor unta jazaah.74 Berdasarkan klasifikasi pembahagian diat ini, merupakan
pendapat Mazhab Hanafi dan Hanbali. Sementara menurut Mazhab Maliki dan Syafie
menetapakn 20 ekor unta bani labun di tempat 20 ekor unta bani makhad.75
Para fuqaha telah bersepakat bahawa diat pembunuhan tidak sengaja dikenakan
terhadap penjaga secara ansuran selama tiga tahun .76 Hal ini berdasarkan keputusan yang

dibuat oleh Nabi Muhammad S.A.W. dalam diat pembunuhan tidak sengaja ke atas
penjaga77 dan juga tindakan Saidina Umar serta Ali yang telah meletakkan pembayaran
diat ini ke atas tanggungan aqilah selama tiga tahun.78
Menurut pendapat ulama Mazhab Hanafi, pembayaran secara bertangguh hanya
meliputi tanggungan bersama penjenayah dan penjaga. Namun jumhur ulama menyatakan
pembayaran diat perlu dibayar dengan segera dan tidak boleh ditangguhkan oleh penjaga.
Hal ini kerana ia merupakan ganti rugi kerosakan, maka perlulah dibayar dengan kadar
segera atas kerosakan yang ditanggung olehnya.79 Di samping itu, kifarah pembunuhan
tidak sengaja, diwajibkan pada harta pembunuh tersebut dan tiada sesiapa pun yang
menanggung apa-apa bersamanya.80 Tujuan kifarah ini diadakan sebagai menebus
kesalahan penjenayah dan tidak akan dikifarahkan dengan tindakan orang lain kerana ia
merupakan satu ibadah.81 Menurut para fuqaha telah bersepakat tentang kewajipan
kifarah pembunuhan tidak sengaja jika mangsa yang terbunuh bukannya seorang kafir
dhimmi dan hamba. Walau bagaimanapun, jumhur ulama selain Mazhab Maliki
menyatakan kifarah tidak diwajibkan dengan pembunuhan seorang kafir dhimmi. Hal ini
kerana, secara umumnya tidak mempunyai nilai darah seseorang itu disebabkan
kekufurannya.
Apabila diteliti penjelasan pensabitan hukuman qisas, dapat difahami bahawa
terdapat elemen-elemen yang perlu dipenuhi bagi melaksanakan pensabitan tersebut iaitu
niat dan pelakuan. Hal ini merujuk kesalahan kecuaian dan pengabaian, elemen-elemen
untuk pensabitan hukuman qisas tidak dipenuhi malahan terdapat unsur-unsur keraguan
atau dikenali syak dalam kesalahan tersebut. Sekiranya sesuatu kesalahan tersebut
didapati keraguan dan tidak mencapai tahap yakin atau zhan maka pensabitan hukuman
qisas bertukar kepada pelaksanaan hukuman tazir. Hal ini kerana, apabila sesuatu
kesalahan mempunyai keraguan yang munasabah dan elemen-elemen tidak mencukupi
atas kesalahan yang dilakukan, maka kesalahan tersebut akan disabitkan di bawah
hukuman selain qisas.
Kesalahan kecuaian dan pengabaian ibu bapa merupakan satu kesalahan yang
amat serius dalam undang-undang, malah kesalahan ini telah menyentuh tiga prinsip
utama dalam maqasid syariah iaitu nyawa, akal dan maruah. Di samping itu, kesalahan ini
berlaku tanpa disedari dan tiada mempunyai sebarang elemen niat untuk mengenakan

atau melakukan ke atas pesalah malahan kejadian itu jadi dengan sendirinya atas kecuaian
dan pengabaian ibu bapa.
Penelitian pelaksanaan hukuman qisas amat teliti dari aspek niat dan perbuatan
tersebut. Walau bagaimanapun, pensabitan hukuman qisas dan diat ini tidak boleh
disabitkan ke atas ibu bapa yang melakukan kecuaian dan pengabaian ke atas anakanaknya walaupun sehingga berlaku kematian anaknya itu. Hal ini kerana, sepertimana
telah diterangkan bahawa kecuaian dan pengabaian ibu bapa berlaku adalah atas sebab
tanpa niat dan situasi yang tidak dijangka ke atas anak-anak mereka.
Kecuaian dan pengabaian berlaku melalui pelbagai keadaan tanpa disedari ibu
bapa ketika mereka terleka seketika atau menegur dan mendidik anak-anak mereka.
Walau bagaimanapun, sebab utama pelaksanaan qisas juga tidak boleh dikenakan ke atas
ibu bapa adalah kerana mereka mempunyai hak dan tanggungjawab dalam mendidik
anak-anak mereka sekiranya anaknya itu melakukan kesalahan-kesalahan tertentu, maka
ibu bapa boleh menghukum tetapi bukan satu perbuatan yang zalim. Hal ini sepertimana
berlaku ke atas anak Saidina Umar yang berzina, lalu Saidina Umar telah menghukum
anaknya itu sebanyak 100 kali sebatan malah beliau sendiri yang memukul anaknya demi
melaksanaan hukuman Allah tersebut. Maka jelaslah pelaksanaan hukuman yang
dilakukan ibu bapa itu tidak akan disabitkan qisas dan diat walaupun menyebabkan
kematian. Oleh itu, ibu bapa hanya boleh dikenakan pensabitan hukuman tazir yang
ditentukan oleh pemenrintah dalam menentukan hukuman ke atas kesalahan ibu bapa itu
sendiri.
Pensabitan hukuman tazir merupakan satu pelaksanaan hukuman yang ditentukan
oleh pemenrintah sesuatu tempat itu sendiri. Bagi melaksanaan pensabitan hukuman
tersebut, pemenrintah akan melihat dan mendengar segala keterangan-keterangan yang
diberi serta segala pembuktian yang boleh mengukuhkan lagi keterangan tersebut. Untuk
pelaksanaan tazir ke atas ibu bapa terhadap kesalahan kecuaian dan pengabaian, amat
sukar ditentukan pensabitan hukuman ini. Hal ini kerana, pembuktian dan keterangan
akan diteliti dengan lebih terperinci terhadap kemudaratan yang dilakukan atas kecuaian
dan pengabaian ibu bapa ke atas anak-anak tersebut. Hal ini sepertimana firman Allah
Taala iaitu:



Maksudnya: Sesungguhnya jalan (untuk menyalahkan) hanyalah terhadap orang-orang
yang melakukan kezaliman kepada manusia dan bermaharajalela di muka bumi dengan
tiada sebarang alasan yang benar. mereka itulah orang-orang yang beroleh azab seksa
yang tidak berperi sakitnya.82
Manakala daripada Abu Said Al-Khudri ra bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:


Maksudnya: Tidak boleh melakukan kemudharatan dan tidak pula boleh mengundang
kemudharatan (melalui perbuatan yang dilakukan). 83
Kemudaratan yang dipertekan dalam hadis ini adalah kemudaratan yang melibat
lima asas utama maqasid syariah apabila salah satunya dicabuli atau dilanggari. Lima
tunjang utama maqasid itu adalah agama, maruah, harta, akal dan nyawa. Kelima-lima ini
telah menjadi panduan para pemenrintah dalam menentukan aras pensabitan hukuman ke
atas pesalah-pesalah tersebut.
Pensabitan pelaksanaan hukuman tazir terhadap kesalahan kecuaian dan
pengabaian oleh ibu bapa terhadap kanak-kanak perlu diteliti dari segi pembuktian bagi
menyokong keterangan tertuduh dan saksi. Hal ini kerana, Islam mengambil berat
terhadap pensabitan bagi kesalahan tersebut terutamanya apabila ia melibatkan ibu bapa
itu sendiri. Hal ini merujuk kaedah bermaksud bahaya
khusus ditanggung untuk mencegah bahaya umum.84 Penjelasan kaedah ini dapat diteliti
dengan lebih terperinci apabila sesuatu bahaya atau ancaman yang ditanggung dalam
sesuatu perkara perlu diatasi dengan kadar segera agar bahaya dan ancaman yang
dihadapi dalam sesuatu perkara tidak menjadi besar. Merujuk penjelasan dan penggunaan
kaedah ini dapat difahami, walaupun kecuaian dan pengabaian ini merupakan satu skop
yang khusus dan bukan satu kesalahan jenayah, tetapi tindakan dan perbuatan ini boleh
berubah menjadi satu kesalahan jenayah apabila terdapat unsur-unsur yang membabitkan
perkara utama dalam maqasid syariah terutamanya nyawa, maka pemenrintah boleh

mengambil tindakan dengan seadil-adilnya berdasarkan keterangan-keterangan dan bukti


yang kukuh sebagai sokongan.
Pensabitan sesuatu hukuman tazir ke atas ibu bapa amat diteliti berbanding
dengan pensabitan hukuman ke atas pesalah-pesalah lain. Hal ini kerana salah satu sebab
penelitian ini di ambil kira adalah, kebanyakan perkara berlaku bukanlah satu niat dan
perbuatan yang disengajakan malahan juga, ibu bapa mempunyai hubungan yang kuat ke
atas anak-anak tersebut. Di samping itu, hukuman rotan yang dikenakan ke atas anakanak oleh ibu bapa adalah satu didikan bukan satu deraan agar memberi pengajaran dan
ingatan kepada anak-anak tersebut supaya tidak mengulangi kesalahan tersebut. Justeru
jelaslah bahawa Islam amat teliti dalam menentukan sesuatu pensabitan hukuman ke atas
ibu bapa walaupun perbuatan kesalahan itu melibatkan nyawa, malahan Islam akan
melihat sejauh mana pembuktian yang dapat mengukuhkan pensabitan kesalahan
kecuaian dan pengabaian ibu bapa terhadap kanak-kanak tersebut.

KESIMPULAN
Pemasalahan demi pemasalahan yang masih tiada jalan penyelesaian atas sebab kelemahan pihak
berkuasa yang tiada ketegasan dalam menjalankan tugas dan amanah yang diberikan. Walaupun
perkara ini telah diketengahkan agak begitu lama, tetapi perbuatan pihak berkuasa menganggap
satu kejadian yang tidak sengaja dan merupakan satu takdir yang tidak dapat dielakkan. Memang
jika difahami ia merupakan satu takdir dan ketentuan maha berkuasa, tetapi sebagai hamba
manusia, kita perlu mencari satu jalan penyelesaian bagi kesalahan tersebut agar tiada
pengulangan, malahan menjadi satu pengajaran dan iktibar kepada masyarakat sekeliling agar
sedar dan berhati-hati setiap tingkah laku atas perbuatan mereka. Punca dan faktor
penguatkuasaan yang menjadi persoalan dan dapat dikenalpasti dalam kajian ini. Jika perkara ini
tidak diketengahkan dan diselesaikan dengan segera, maka persoalan demi persoalan akan
menjadi tubi-tubi diutarakan oleh masyarakat. Apa guna adanya peruntukkan jika tidak
dikuatkuasakan? Apa guna adanya pihak berkuasa atau pihak pengadilan jika tidak menjalankan
amanah dan menegakkan keadilan? Adakah ingin membiarkan kanak-kanak ini terus dalam
kemusnahan? Maka semua itu ada jawapan-jawapan yang khusus perlu dijawab dengan segera
agar kebajikan dan keselamatan kanak-kanak terjamin. Di samping itu, Majlis Agama dan NGO-

NGO Islam perlu bersatu bagi mencadangkan satu jalan dan langkah bagi membanteraskan kes
kecuaian dan pengabaian di kalangan orang Islam. Justeru, bagi membanteraskan segala jenayah
ke atas kanak-kanak dan mengurangkan kadar kematian serta kecederaan kanak-kanak tersebut,
pihak berkuasa perlu bertindak dengan segera dan membuat penelitian yang halus agar
kesalahan-kesalahan tersebut tidak berulang dari semasa ke semasa. Kesuaian dan pengabaian
ibu bapa terhadap kanak-kanak boleh dibanteraskan sekiranya ada pihak-pihak tertentu
mengambil jalan penyelesaian yang pantas dan sistematik.

NOTA
1. Lane, Edward William, 1984. An Arabic-English Lexicon. Juzuk 2. England:The Islamic
Texts Society Trust. Madkur, Muhammad Salam. 1976. Usul al-Fiqh al-Islam. Kaherah:
Dar al-Nahdah alArabiyyah.
2. Surah al-Zumar :56
3. Abdul Basir Mohamad. 2009. Undang-undang Tort Islam. Selangor: Dewan Bahasa dan
Pustaka. hlm. 362.
4. Azrina Sobian. 2007. Keluarga Islam Kemahiran Keibubapaan dan Cabaran Semasa.
Selangor: MPH Group. hlm. 247.
5. al-Suyuti, Jalal al-Din Abd al-Rahman. (t.t). al-Ashbah wa al-Nazair fi Qawaid wa
Furu Fiqh al-Shafiiah. Kaherah: al-Halabi. hlm. 240.
6. Ibn Nujaym, Zayn al-Abidin bin Ibrahim bin Nujaym. 1968. Al-Ashbah wa al-Nazair
Ala Madhab Abi Hanifah al-Numan. Abd al-Aziz Muhammad al-Wakil (pntjm).
Kaherah: Muassah al-Halabi. hlm. 306.
7. Abu Daud, Sunan Abi Daud, Sohih Riwarihi, Kitab al-Hudud, Babul Fi Majmuni
Yashriku Au Yusibu Haddan, Bab , No. 4398
8. Ibn Manzur, Jamal al-Din Abu al-Fadl Muhammad Bin al-Mukarram Bin Ali Bin
Ahmad Bin Abi al-Qasim. (t.t.). Lisan al-Arab. Kaherah: Dar al-Marifah. hlm. 1233.
9. Abu Abdillah Ahmad Bin Ahmad al-Isawi. 2008. Eksiklopedia Anak Tanya Jawab
Tentang Anak Dari A Sampai Z. Jakarta: Darus Sunnah Press. hlm. 58.
10. Surah Ghaafir ayat 67
11. Op.cit. 58
12. Surah an- Nur ayat 31

13. Op.cit.
14. Ibid. 59
15. al-Qalyubi, Shahab al-Din Ahmad Bin Ahmad Bin Salamah al-Qalyubi al-Misri1. 1965.
Hashiyah. Edisi ke-3. Jil 1. Kaherah:Mustafa al-Halabi. hlm. 121.
16. Abu Zahrah, Muhammad. (t.t). al-Jarimah wa al-Uqubah. Kaherah: Dar Fikr al-Arabi.
hlm. 462.
17. Op.cit. 50
18. al-Maqdisi, t.t:81
19. Abd al-Qadir Awdah. (t.t). al-Tashri al-JinaI al-Islam Muqaranan bi al-Qanun alWadi. Jil. 1. Beirut: Dar al-Kitab al-Arabi. hlm. 601.
20. Op.cit. hlm. 462
21. Abu Daud, Sunan AbiDaud, Sohih Riwarihi, Kitab al-Taharah, Babul Nahyi Anil Solati
Fi Mabaraki Al-Ibilli, No. 495.
22. Salam Madkur, 1976:81
23. Op.cit. hlm. 602
24. al-Shawkani, Muhammad bin Ali bin Muhammad. 1979. Irshad al-Fuhul ila Tahqiq
alHaq MinIlm al-Usul. Beirut: Dar al-Marifah. hlm. 11.
25. Op.cit. hlm. 462
26. Madkur, 1976:81
27. Op.cit. 306
28. Rajmah, 2014.
29. Ibid.
30. Christina Lyon dan Peter de Cruz. 1993. Child Abuse. 2nd ed. Bristol: Jordan and Sons
Limites Cik Rosma Che Abu Bakar. 2009. Emak Suruh Minta Sedekah. Utusan
Malaysia. 04 Desember. Connie Burrows Horton, Tracy K. Cruise. 2001. Child Abuse
and Neglect. New York: The Guilford Press. hlm. 11.
31. Anon. 2011. Ibu Tunggal Di Dakwa Subahat Biar Anak Dirogol. Utusan Malaysia.
21September.
32. Kasmini Kassim. 1998. Penderaan Emosi Kanak-kanak: Trauma Terlindung. Siri
Syarahan Perdana. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
33. Anon. 2013. Pendapatan Pengemis Cecah RM300 Sehari. Utusan Malaysia. 15 Oktober.

34. Rosmalinda. 2010. Pelacur 12 Tahun Tawar Khidmat Di Australia. Kosmo. 4 Januari.
35. Anon. 2014. Eksploitasi Kanak-kanak Penguatkuasaan Dipertingkatkan. Utusan
Malaysia. 04 Mac.
36. Connie & Tracy, 2001:14
37. Anon. 2014. Eksploitasi Kanak-kanak Penguatkuasaan Dipertingkatkan. Utusan
Malaysia. 04 Mac.
38. Nancy, Bridget & Michelle, 2014
39. Michael S. Jellinek, J. Michael Murphy, Francis Poitrast, Dorothy Quinn & Sandra J.
Bishop. 1992. Serious Child Mistreatment In Massachusetts: The course of 206 Children
Through The Courts. Journal Child Abuse & Neglect. Vol. 16. Issue 2. 179-185.
40. Bridget Freisthler, Megan R. Holmes & Jennifer Price Wolf. 2014. The Dark Side of
Social Support: Understanding The Role Of Social Support, Drinking Behaviors And
Alcohol Outlets For Child Physical Abuse. Journal Child Abuse & Neglect. Vol. 38.
Issue 6. 1106-1119. Bryan A. Garner. 1999. Blacks Law Dictionary. Edisi Ke-7.
Minnessota: West Group, St. Paul.
41. Carol G. Taylor, Dennis K. Norman, J. Michael Murphy, Michael Jellinek, Dorothy
Quinn, Francis G. Poitrast & Mariln Goshko. 1991. Diagnosed Intellectual And
Emotional Impairment Among Parents Who Seriously Mistreat Their children:
Prevalence Type And Outcome In a Court Sample. Journal Child Abuse & Neglect. Vol.
15. Issue 4. 389-401.
42. Connie & Tracy, 2001:14
43. Jinah Kim & Kwanghuk Kim. 2014. Behavioral And Musical Characteristics Of The
Children Who Are Exposed To Child Maltreatment And Poverty In South Korea: a
Survey. Journal Child Abuse & Neglect. Vol. 38. Issue 6. 1023-1032.
44. Amir Abd Hamid dan Yusmizal Dolah Aling. 2013. Gersang Kasih Ibu. Harian Metro.
20 Julai.
45. Ibid.
46. Connie & Tracy, 2001:14
47. Tukiran, 2003
48. Carol G. Taylor, Dennis K. Norman, J. Michael Murphy, Michael Jellinek, Dorothy
Quinn, Francis G. Poitrast & Mariln Goshko. 1991. Diagnosed Intellectual And

Emotional Impairment Among Parents Who Seriously Mistreat Their children:


Prevalence Type And Outcome In a Court Sample. Journal Child Abuse & Neglect. Vol.
15. Issue 4. 389-401.
49. Takeo Fujiwara, Mari kasahara, Hiromi Tsuji & Makiko Okuyama. 2014. Association of
Maternal Developmental Disorder Traits With Child Mistreatment: A Prospective Study
In Japan. Journal Child Abuse & Neglect.
50. Sandra J. Bishop, J, Michael Murphy, Michael S. Jellinek, Sister Dorothy Quinn &
Judge Francis G. Poitrast. 1992. Protecting Seriously Mistreated Children: Time Delays
In A Cour Sample. Journal Child Abuse & Neglect. Vol. 16. Issue 4. 465-474.
51. J. Michael Murphy, Michael Jellinek, Dorothy Quinn, Gene smith, Francis G. Poitrast &
Marilyn Goshko. 1991. Substance Abuse And Serious Child Mistreatment:Prevalence,
Risk, And Outcome In A Court Sample. Journal Child Abuse & Neglect. Vol. 15. Issue
3. 197-211.
52. Megan R. Holmes. 2013. Aggressive Behavior Of Children Exposed To Intimate Partner
Violence: An Examination Of Maternal Mental Health, Maternal Warmth And Child
Maltreatment. Journal Child Abuse & Neglect. Vol. 37. Issue 8. 520-530.
53. Rahmah. Op.cit.
54. Rahmah. Op.cit.
55. Anon. 2011. Ibu Tunggal Di Dakwa Subahat Biar Anak Dirogol. Utusan Malaysia. 21
September.
56. Harvey Wallace. 1996. Family Violence, Legal, Medical and Social Perspectives. United
States: Allyn and Bacon. hlm. 85.
57. Anon. 2013. Pendapatan Pengemis Cecah RM300 Sehari. Utusan Malaysia. 15 Oktober.
58. Angelina Sinyang. 2013. Kanak-kanak 3 Tahun Mati Lemas Dalam Kereta. Utusan
Malaysia. 19 Julai.
59. Tukiran. Op.cit.
60. Anon, 2013
61. Zikri, 2013
62. Nor Afzan Mohamad Yusof. 2014. Hentikan Pengabaian Kanak-kanak. Berita Harian. 26
Jun.
63. Amir & Yusmizal, 2013

64. Anon. 2014. Ibu Remaja OKU Didakwa Atas Dua Tuduhan. Berita Harian. 27 Jun
65. Mustofa al-Khin, Mustofa al-Bugho, Ali ash-Sarbaji. 2005. Kitab Fikah Mazhab Syafie.
Jil. 8. Kuala Lumpur:Pustaka Salam. hlm. 1906.
66. Wahbah al-Zuhaili. 1989. Fiqh Islamiah. Jil. 6. Damsyik: Darl Fiqir. hlm. 328.
67. Wahbah al-Zuhaili. 1989. Fiqh Islamiah. Jil. 6. Damsyik: Darl Fiqir. hlm. 328.
68. Surah an-Nisa ayat 92
69. Wahbah al-Zuhaili. 1989. Fiqh Islamiah. Jil. 6. Damsyik: Darl Fiqir. hlm. 328.
70. Haji Said Haji Ibrahim. 1996. Qanun Jenayah Syariah dan Sistem Kehakiman dalam
Perundangan Islam Berdasarkan Al-Quran dan Hadis. Ctk. 1. Kuala Lumpur:Darul
Marifah. hlm. 540.
71. Haji Said Haji Ibrahim. 1996. Qanun Jenayah Syariah dan Sistem Kehakiman dalam
Perundangan Islam Berdasarkan Al-Quran dan Hadis. Ctk. 1. Kuala Lumpur:Darul
Marifah. hlm. 540.
72. Abu Mazaya Al-Hafiz, Abu Izzat al-Shafi. 2003. Fiqh Jenayah Islam. Kuala Lumpur:
alHidayah Publication. hlm. 210.
73. H.A. Djazuli. 2000. Fiqh Jenayah. Jakarta: PT Raja Grafindo Persada. hlm. 156.
74. Mustofa al-Khin, Mustofa al-Bugho, Ali ash-Sarbaji. 2005. Kitab Fikah Mazhab Syafie.
Jil. 8. Kuala Lumpur:Pustaka Salam. hlm. 1915.
75. Al-Shawkani, Muhammad Bin Ali. 1900. Nayl al-Awtar. Jil. 7. Al-Qahirah: Darl
alHadith. hlm. 76.
76. Ibn Qudamah, Muafi al-Din Abdullah Bin Ahmad. 1994. Al-Mughni. Jil. 7. Beirut: Darl
al-Kutub al-Ilmiah. hlm. 770.
77. Al-Shawkani, Muhammad Bin Ali. 1900. Nayl al-Awtar. Jil. 7. Al-Qahirah: Darl
alHadith. hlm. 80.
78. Al-Zuile, Abdullah Bin Yussof. 1995. Nasb al-Rayah. Jil. 4. Al-Qahirah: Darl al-Hadith.
hlm. 334.
79. Wahbah al-Zuhaili. 1989. Fiqh Islamiah. Jil. 6. Damsyik: Darl Fiqir. hlm. 329.
80. Wahbah al-Zuhaili. 1989. Fiqh Islamiah. Jil. 6. Damsyik: Darl Fiqir. hlm. 329.
81. Wahbah al-Zuhaili. 1989. Fiqh Islamiah. Jil. 6. Damsyik: Darl Fiqir. hlm. 329.
82. Surah As-Syura:42
83. Hadis Hasan Riwayat Daruquthi, Al-Hakim dan Baihaqi

84. Abdul Karim Zaidan. 1993. Al-Wajiz fi Syarhi al-Qawaid al-Fiqhiyyah fi Asy-Syariah
al-Islamiyyah. Beirut: Dar al-Marifah. hlm. 130.
85. Abdul Karim Zaidan. 1993. Al-Wajiz fi Syarhi al-Qawaid al-Fiqhiyyah fi Asy-Syariah
al-Islamiyyah. Beirut: Dar al-Marifah. hlm. 130.

RUJUKAN
Al-Quran
Abd al-Qadir Awdah. (t.t). al-Tashri al-JinaI al-Islam Muqaranan bi al-Qanun al-Wadi. Jil.
1. Beirut: Dar al-Kitab al-Arabi
Abdul Basir Mohamad. 2009. Undang-undang Tort Islam. Selangor: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Abdul Karim Zaidan. 1993. Al-Wajiz fi Syarhi al-Qawaid al-Fiqhiyyah fi Asy-Syariah alIslamiyyah. Beirut: Dar al-Marifah.
Abu Abdillah Ahmad Bin Ahmad al-Isawi. 2008. Eksiklopedia Anak Tanya Jawab Tentang Anak
Dari A Sampai Z. Jakarta: Darus Sunnah Press.
Abu Daud , Sulaiman Bin al-Ashath Bin Ishaq Bin Bashir Bin Shaddad Bin Aru al-Azdi
al-Sajistani. 1980. Sunan Abi Daud. Kitab Hudud. Jil. 6. Beirut: Dar al-Marifah.
Abu Daud , Sulaiman Bin al-Ashath Bin Ishaq Bin Bashir Bin Shaddad Bin Aru al-Azdi
al-Sajistani. 1980. Sunan Abi Daud. Kitab Taharah. Jil. 1. Beirut: Dar al-Marifah
Abu al-Naja Sharaf al-Din Musa al-Hijawi al-Maqdisi. (t.t). al-Iqna Fiqh al-Imam Ahmad Ibn
Hanbal. Beirut:Dar al-Marifah.
Abu Mazaya Al-Hafiz, Abu Izzat al-Shafi. 2003. Fiqh Jenayah Islam. Kuala Lumpur: alHidayah Publication.
Abu Zahrah, Muhammad. (t.t). al-Jarimah wa al-Uqubah. Kaherah: Dar Fikr al-Arabi.
Akta Kanak-kanak 2001(Akta 611)
Amir Abd Hamid dan Yusmizal Dolah Aling. 2013. Gersang Kasih Ibu. Harian Metro. 20 Julai.
Angelina Sinyang. 2013. Kanak-kanak 3 Tahun Mati Lemas Dalam Kereta. Utusan Malaysia. 19
Julai.

Anon. 1997. Tanggungjawab Ibu Bapa dan Anak Menurut al-Quran dan Sunnah. Ctk. 2.
Kuala Lumpur: JAKIM.
Anon. 2011. Ibu Tunggal Di Dakwa Subahat Biar Anak Dirogol. Utusan Malaysia. 21
September.
Anon. 2013. Pendapatan Pengemis Cecah RM300 Sehari. Utusan Malaysia. 15 Oktober.
Anon. 2013. Budak Naik Bananaboat Mati Lemas. Kosmo. 10 Desember.
Anon. 2014. Eksploitasi Kanak-kanak Penguatkuasaan Dipertingkatkan. Utusan
Malaysia. 04 Mac.
Anon. 2014. Kegiatan Jenayah Di Kalangan Pelajar Sekolah Membimbangkan. Berita
Harian. 29 Mac.
Anon. 2014. Ibu Remaja OKU Didakwa Atas Dua Tuduhan. Berita Harian. 27 Jun.
Azrina Sobian. 2007. Keluarga Islam Kemahiran Keibubapaan dan Cabaran Semasa.
Selangor: MPH Group.
Bridget Freisthler, Megan R. Holmes & Jennifer Price Wolf. 2014. The Dark Side of Social
Support: Understanding The Role Of Social Support, Drinking Behaviors And Alcohol
Outlets For Child Physical Abuse. Journal Child Abuse & Neglect. Vol. 38. Issue 6.
1106-1119. Bryan A. Garner. 1999. Blacks Law Dictionary. Edisi Ke-7. Minnessota:
West Group, St. Paul.
Carol G. Taylor, Dennis K. Norman, J. Michael Murphy, Michael Jellinek, Dorothy Quinn,
Francis G. Poitrast & Mariln Goshko. 1991. Diagnosed Intellectual And Emotional
Impairment Among Parents Who Seriously Mistreat Their children: Prevalence Type
And Outcome In a Court Sample. Journal Child Abuse & Neglect. Vol. 15. Issue 4. 389401.
Christina Lyon dan Peter de Cruz. 1993. Child Abuse. 2nd ed. Bristol: Jordan and Sons Limites
Cik Rosma Che Abu Bakar. 2009. Emak Suruh Minta Sedekah. Utusan Malaysia. 04
Desember. Connie Burrows Horton, Tracy K. Cruise. 2001. Child Abuse and Neglect.
New York: The Guilford Press.
Faizatul Nadia Mohd Tahir. 2014. Peningkatan Kes Juvana: Di Manakah Nilai Seorang Remaja.
Utusan Malaysia. 11 April.
H.A. Djazuli. 2000. Fiqh Jenayah. Jakarta: PT Raja Grafindo Persada.

Haji Said Haji Ibrahim. 1996. Qanun Jenayah Syariah dan Sistem Kehakiman dalam
Perundangan Islam Berdasarkan Al-Quran dan Hadis. Ctk. 1. Kuala Lumpur: Darul
Marifah.
Harvey Wallace. 1996. Family Violence, Legal, Medical and Social Perspectives. United States:
Allyn and Bacon.
Ibn Manzur, Jamal al-Din Abu al-Fadl Muhammad Bin al-Mukarram Bin Ali Bin Ahmad Bin
Abi al-Qasim. (t.t.). Lisan al-Arab. Kaherah: Dar al-Marifah.
Ibn Nujaym, Zayn al-Abidin bin Ibrahim bin Nujaym. 1968. Al-Ashbah wa al-Nazair Ala
Madhab Abi Hanifah al-Numan. Abd al-Aziz Muhammad al-Wakil (pntjm). Kaherah:
Muassah al-Halabi.
Ibn Qudamah, Muafi al-Din Abdullah Bin Ahmad. 1994. Al-Mughni. Jil. 7. Beirut: Darl alKutub al-Ilmiah.
Jinah Kim & Kwanghuk Kim. 2014. Behavioral And Musical Characteristics Of The Children
Who Are Exposed To Child Maltreatment And Poverty In South Korea: a Survey.
Journal Child Abuse & Neglect. Vol. 38. Issue 6. 1023-1032.
J. Michael Murphy, Michael Jellinek, Dorothy Quinn, Gene smith, Francis G. Poitrast & Marilyn
Goshko. 1991. Substance Abuse And Serious Child Mistreatment:Prevalence, Risk, And
Outcome In A Court Sample. Journal Child Abuse & Neglect. Vol. 15. Issue 3. 197-211.
Kasmini Kassim. 1998. Penderaan Emosi Kanak-kanak: Trauma Terlindung. Siri Syarahan
Perdana. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Lane, Edward William, 1984. An Arabic-English Lexicon. Juzuk 2. England:The Islamic Texts
Society Trust. Madkur, Muhammad Salam. 1976. Usul al-Fiqh al-Islam. Kaherah: Dar
al-Nahdah alArabiyyah.
Megan R. Holmes. 2013. Aggressive Behavior Of Children Exposed To Intimate Partner
Violence: An Examination Of Maternal Mental Health, Maternal Warmth And Child
Maltreatment. Journal Child Abuse & Neglect. Vol. 37. Issue 8. 520-530.
Michael S. Jellinek, J. Michael Murphy, Francis Poitrast, Dorothy Quinn & Sandra J. Bishop.
1992. Serious Child Mistreatment In Massachusetts: The course of 206 Children Through
The Courts. Journal Child Abuse & Neglect. Vol. 16. Issue 2. 179-185.
Mustofa al-Khin, Mustofa al-Bugho, Ali ash-Sarbaji. 2005. Kitab Fikah Mazhab Syafie. Jil. 8.
Kuala Lumpur:Pustaka Salam Nancy J. Kepple, Bridget Freisthler & Michelle Johnson.

2014Bias In Child Maltreatment Self-Reports Using Interactive Voice Response (IVR).


Journal Child Abuse & Neglect.
Noor Laily Abu Bakar. 2007. Artikel Kemahiran Keibubapaan Masa Kini. Petaling Jaya.
Nor Afzan Mohamad Yusof. 2014. Hentikan Pengabaian Kanak-kanak. Berita Harian. 26 Jun.
al-Qalyubi, Shahab al-Din Ahmad Bin Ahmad Bin Salamah al-Qalyubi al-Misri1. 1965.
Hashiyah. Edisi ke-3. Jil 1. Kaherah:Mustafa al-Halabi.
Rajmah Hassan. 2014. Ganguan JiwaAwas Korban Darah Daging. Utusan Malaysia. 8 Mac.
Rosmalinda. 2010. Pelacur 12 Tahun Tawar Khidmat Di Australia. Kosmo. 4 Januari.
Sandra J. Bishop, J, Michael Murphy, Michael S. Jellinek, Sister Dorothy Quinn & Judge Francis
G. Poitrast. 1992. Protecting Seriously Mistreated Children: Time Delays In A Cour
Sample. Journal Child Abuse & Neglect. Vol. 16. Issue 4. 465-474.
Al-Shawkani, Muhammad Bin Ali. 1900. Nayl al-Awtar. Jil. 7. Al-Qahirah: Darl al-Hadith.
al-Shawkani, Muhammad bin Ali bin Muhammad. 1979. Irshad al-Fuhul ila Tahqiq alHaq
MinIlm al-Usul. Beirut: Dar al-Marifah.
al-Suyuti, Jalal al-Din Abd al-Rahman. (t.t). al-Ashbah wa al-Nazair fi Qawaid wa Furu
Fiqh al-Shafiiah. Kaherah: al-Halabi.
Haji Said Haji Ibrahim. 1996. Qanun Jenayah Syariah dan Sistem Kehakiman dalam
Perundangan Islam Berdasarkan Al-Quran dan Hadis. Ctk. 1. Kuala Lumpur:Darul
Marifah.
Takeo Fujiwara, Mari kasahara, Hiromi Tsuji & Makiko Okuyama. 2014. Association of
Maternal Developmental Disorder Traits With Child Mistreatment: A Prospective Study
In Japan. Journal Child Abuse & Neglect.
Wahbah al-Zuhaili. 1989. Fiqh Islamiah. Jil. 6. Damsyik: Darl Fiqir.
Al-Zuile, Abdullah Bin Yussof. 1995. Nasb al-Rayah. Jil. 4. Al-Qahirah: Darl al-Hadith.

You might also like