You are on page 1of 16

GMJT 1013 TEORI PEMBANGUNAN DUNIA KETIGA

1.0 PENGENALAN
Negara dunia ketiga adalah merujuk kepada negara yang sedang membangun atau
mundur (Embong 2004). Dalam sistem dunia, terdapat 3 bahagian iaitu pusat (core),
sosialis (semi-periphery) dan negara pinggiran (periphery). Negara pusat dianggap
sebagai negara pertama iaitu negara maju seperti Amerika Syarikat, Jepun, Kanada
dan lain-lain. Manakala negara sosialis ialah negara kedua seperti Soviet Union,
China, Mongolia, Korean Utara. Negara pinggiran pula merujuk kepada negara dunia
ketiga iaitu negara sedang membangun atau mundur seperti Amerika Latin, Afrika,
Asia dan Negara Oceania.
Dalam pembangunan negara dunia ketiga, soal kesihatan merupakan isu atau
masalah yang sering dihadapi oleh negara-negara tersebut. Bidang kesihatan
sesebuah negara berkaitan rapat dengan kualiti hidup masyarakat negara tersebut.
Tanpa kualiti hidup yang baik, negara tersebut tidak boleh dikatakan maju dan
membangun. Hal ini bukan sahaja melambatkan proses pembangunan negara, malah
akan meragut nyawa rakyat.
Isu-isu kesihatan seperti penyakit TB, Malnutrisi, AIDS, penyakit berjangkit
seiring dikaitkan dengan negara dunia ketiga seperti Africa, Indonesia, Bangladesh
dan lain-lain. Dalam menurusi arus pembangunan, negara dunia ketiga perlu
menghadapi keadaan kesukaran dan kesusahan dalam meningkatkan tahap kesihatan
negara masing-masing. Tanpa rakyat yang sihat, negara akan mengalami kekurangan
sumber manusia dalam proses pembangunan. Oleh demikian, isu-isu kesihatan
sesebuah negara adalah dikaitkan erat dengan pembangunannya dan tahap kesihatan
negara dapat mencerminkan tahap pembangunan sesebuah negara.

GMJT 1013 TEORI PEMBANGUNAN DUNIA KETIGA


2.0 ISU KESIHATAN DI MALAYSIA
Malaysia merupakan sebuah negara sedang bangun dan terletak dibawah kategori
dunia ketiga. Walaubagaimanapun, Malaysia adalah lebih maju berbanding diantara
Negara-Negara dunia ketiga khususnya negara di Africa, Indonesia, Vietnam, dan
sebagainya. Kerajaan Malaysia telah menyediakan perkhidmatan perubatan kepada
rakyat Malaysia secara 90 peratus subsidi. Namun begitu, rakyat Malaysia juga
menghadapi beberapa isu kesihatan antaranya adalah sakit jantung, kencing manis,
Obesiti, kanser, dan sebagainya.
Faktor yang menyebabkan penyakit-penyakit tersebut wujud adalah cara
hidup masayarakat yang tidak sihat. Obesiti merupakan salah satu punca membawa
penyakit sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis. Rakyat-rakyat di negara
miskin tidak berkemampuan untuk mendapatkan makanan yang mencukupi.
Sebaliknya rakyat Malaysia telah mengamalkan cara hidup yang tidak sihat dengan
pengambilan makan berlebihan atau melebihi jumlah kalori yang diperlu oleh
seorang manusia. Akhirnya menimbul masalah obesiti.

Rajah 1: Kelaziman (%) obesiti populasi di seluruh dunia (2007)


Sumber dipetik: World Health Organization 2005

Daripada Rajah 1, menunjukan bahawa jumlah populasi yang menghadapi


masalah obesiti adalah dibawah negara-negara yang lebih maju seperti Europe,
2

GMJT 1013 TEORI PEMBANGUNAN DUNIA KETIGA


Amerika Utara, Kanada, Saudi Arabia. Manakala negara-negara di Asia Tenggara,
Afrika, Asia Tengah mempunyai tidak lebih daripada 8 peratus populasi di negara
tersebut menghadapi masalah obesiti. Malaysia adalah di bawah lingkungan antara
lapan peratus hingga sepuluh peratus.
Habit merokok turut membawa penyakit sakit jantung, kanser, dan darah
tinggi. Sememangnya rokok merupakan satu tabiat buruk. Menurut Laporan
Kementerian Kesihatan Malaysia, 50 peratus dari golongan lelaki di Malaysia
merokok. Merokok telah menyebabkan 10-12 peratus kematian di Malaysia pada
tahun 2012. Jika banding dengan negara lain seperti Afrika, America Latin dan Asia.
Rakyat negara tersebut adalah di tahap kemiskinan yang tinggi dan tidak mampu
menampung kos perbelanjaan sehari tetapi rakyat Malaysia membelanjakan RM1.5
billion setiap tahun untuk membeli rokok.
Oleh itu, membina sistem sokongan keputusan penjagaan kesihatan bagi
negara membangun dapat mengurangkan perlebaran penyakit atau memperlahan
kederitaan pesakit serta memanjangkan umur. Negara-negara sedang membangun
akan menggunakan teknologi untuk menjalankan sektor perindustrian dan sektor
perkhidmatan. Terutamanya penggunaan tekonlogi dapat memajukan sektor
perubatan dalam bidang hospital atau perubatan. Komunikasi kesihatan merupakan
salah satu cara yang sering digunakan oleh negara Malaysia untuk menyelesai
masalah penyakit. Kajian daripada Rimal dan Lipinski (2009) menunjukkan bahawa
penyakit berpunca daripada amalan hidup masyarakat, maka komunikasi kesihatan
mempunyai peranan besar untuk menyampaikan pelbagai maklumat agar individu
dapat mengamalkan gaya hidup yang sihat dan seterusnya mempunyai tahap
kesihatan yang baik
3.0 PENYAKIT BERBAHAYA YANG SERING TERDAPAT DI DUNIA

GMJT 1013 TEORI PEMBANGUNAN DUNIA KETIGA


KETIGA
Dunia ketiga merupakan Negara yang mundur dan tidak mempunyai perubatan yang
canggih untuk menangai penyakit di Negara tersebut. Penyakit umum yang diketahui
oleh masyarakat adalah seperti penyakit Tuberculosis, penyakit Maltrunisi, penyakit
AIDS dan penyakit Malaria. Penyakit tersebut merupakan penyakit utama yang perlu
dirawati dan dicegah supaya jumlah pesakit di kawasan itu semakin meningkat.
3.1 Penyakit Tuberculosis(TB)
Menurut World Health Organization (WHO), penyakit Tuberculosis(TB) adalah
penyakit jangkitan yang disebabkan sejenis kuman yang bernama Mycobacterium
tuberculosis yang biasanya akan berkaitan dengan paru-paru. Penyakit TB akan
menjangkit daripada seseorang ke orang lain melalui titisan air melalui tekak dan
paru-paru orang yang berjangkit penyakit TB.
Jangkitan Mycobacterium tuberculosis tidak menunjukkan gejala pada orang
yang sihat kerana sistem imun orang itu bertindak dengan wall off bakteria. Tandatanda penyakit TB aktif ialah batuk, kadang-kadang dengan ludah atau darah, sakit
dada, berasa lemah, penurunan berat badan, demam dan berpeluh malam. Penyakit
Tibi boleh dirawat dengan kursus enam bulan antibiotik. Walaupun penyakit TB
dapat dirawat, tetapi penyakit ini merupakan pembunuh pertama penyakit jangkitan
dunia. Menurut Laporan World Health Organization, 9.6 juta orang telah menjangkit
Penyakit TB dan penyakit ini telah meragut sebanyak 1.5 juta nyawa.

GMJT 1013 TEORI PEMBANGUNAN DUNIA KETIGA

Rajah 2: Anggaran kadar kejadian Penyakit TB 2014


Sumber: World Health Organization (2014)
Rajah 2 telah menunjukkan anggaran kejadian penyakit TB di seluruh dunia.
Daripada rajah ini, penyakit TB didapati sering dialami oleh negara sedang
membangun dan mundur. Selain itu, merujuk laporan global tuberculosis 2015
WHO, lebih daripada 95 peratus kejadian kematian akibat penyakit TB adalah di
negara berpendapatan rendah dan sederhana. Hal ini menunjukkan bahawa penyakit
TB ini sering dialami oleh negara dunia ketiga iaitu negara periphery.
Penyakit TB menjangkit lebih kepada orang dewasa pada usia produktif mereka
tetapi penyakit ini juga menjangkit kepada semua umur. Orang yang terjangkit
dengan bakteria TB mempunyai 10 peratus aktif kuman ini dan bersakit. Walaupun
demikian, orang yang lemah sistem immune seperti penjangkit virus HIV, malnutrisi,
diabetes peratus aktif kuman ini akan bertambah lagi. Selain itu, tabiat merokok akan
meningkatkan peratus ini secara mendadas. Lebih daripada 20 peratus kejadian TB
seluruh dunia adalah disebabkan oleh pengguna tembakau.
Teori analisis penyakit TB boleh bahagi kepada tiga faktor iaitu faktor
predisposisi, faktor pemungkin, faktor penguat. Faktor predisposisi ini merangkumi
punca-punca jangkitan TB seperti umur, jenis pekerjaan, keluarga, tahap pendidikan
5

GMJT 1013 TEORI PEMBANGUNAN DUNIA KETIGA


dan pengetahuan manakala faktor pemungkin merangkumi punca jenis pesakit,
riwayat rawatan sebelumnya, jenis dan efek sampingan ubat, jarak, ketersediaan ubat
dan kos perubatan. Faktor pengkuat pula merangkumi kewujudan kerawatan(PMO)
dan jenis PMO.
Penyakit TB harus dipandang penting oleh negara-negara periphery kerana
merupakan penyakit yang bahaya dan dapat meragut banyak nyawa. Hal ini perlu
dipandang serius kerana penyakit ini adalah dapat dirawati tetapi masih tidak dapat
dikawal dengan baik dalam negara tersebut.
3.2 Penyakit Malnutrisi
Menurut Md. Mosfequr Rahman (2015), penyakit malnutrisi merupakan suatu
keadaan kekurangan khasiat atau zat dan kekurangan berat badan. Penyakit ini dilihat
semasa waktu kanak-kanak berkembang terutamanya waktu bayi. Ini merupakan satu
keadaan yang sangat serius dan jika diabaikan boleh membawa kepada akibat yang
buruk. Pengabaikan ini akan membawa kelemahan badan fizikal dan keadaan
kesihatan yang kurang baik dalam kehidupan dewasa mereka serta dapat membawa
kepada penyakit yang serius seperti tuberculosis.
Antaranya penyakit malnutrisi dapat dibahagi kepada dua keadaan iaitu
kekurangan nutrisi dan kelebihan atau ketidaktepatan nutrisi. Penyakit Malnutrisi
yang sering dialami oleh negara dunia ketiga ialah kekurangan nutrisi akibat
kelaparan, kemiskinan, tahap pendidikan atau pengetahuan rendah, tahap perubatan
yang rendah. Keadaan ini sering dihadapi oleh negara dunia ketiga seperti Africa,
Bangladesh, Indonesia dan lain-lain. Penyakit malnutri yang sering dialami oleh
negara tersebut ialah kwashiokor, marasmus.

GMJT 1013 TEORI PEMBANGUNAN DUNIA KETIGA

Gambar 1: Mangsa penyakit kwashiokor


Gambar 1 telah menunjukkan mangsa kwashiokor dan gejala kwashiokor.
Menurut Taliaferro Clark(1921), penyakit ini adalah disebabkan kekurangan protein
dan diakibatkan defisiensi protein berat dan kalori. Walaupun penyakit ini adalah
disebakan kekurangan protein tetapi makanan yang dimakan terdapat kekurangan
nutrisi lain, jadi ia mungkin mempunyai gambaran yang lain di negara lain

Gambar 2: Mangsa penyakit marasmus


Manakala, menurut Suskind (1994), penyakit marasmus adalah bentuk
malnutrisi kalori protein yang terutama akibat kekurangan kalori yang berat dan
kronis terutama terjadi selama tahun pertama kehidupan dan mengurusnya lemak
bawah kulit dan otot.
7

GMJT 1013 TEORI PEMBANGUNAN DUNIA KETIGA


Konsep kwashiokor dan marasmus dapat dilihat melalui klasifikasi MEP untuk
kepentingan pratik di klinik.
Jadual 1: Klasifikasi MEP
Keterangan
Berat Badan/Umur
Tinggi Badan/Umur
Berat B. / Tinggi B.

Keadaan baik(%)
80 - 100
95 - 100
90 - 100

Malnurisi(%)
60 - 80
85 - 95
70 - 90

Malnutrisi serius(%)
<60
<85
<70

Sumber : World Health Organization


Jadual 1 menunjukkan klasifikasi MEP terhadap Malnutrisi. Dalam berat badan
60 peratus hingga 80 peratus tanpa edema adalah malnutrisi manakala berat baban 60
peratus hingga 80 peratus dengan edema ialah kwashiokor. Berat badan di bawah 60
peratus tanpa edema ialah marasmus manakala berat badan di bawah 60 peratus
dengan edema dikenali sebagai maramik kwashiokor
Malnutri merupakan isu yang serius dalam negara dunia ketiga. Hal ini perlu
dipandang penting kerana penyakit ini sering dialami oleh bayi dan peringkat kanakkanak. Jika tidak dipandang serius, penyakit ini akan membawa kesan ke dewasa,
yang lebih serius lagi jika menyebabkan kematian jika tidak mendapat nutrient yang
patut.
3.3 Penyakit AIDS
AIDS (Acquired Immune Deficiency Syndrom) merupakan satu jenis penyakit yang
disebabkan oleh HIV (Human Immunodeficiency Virus). HIV merupakan virus yang
menyerang sistem pertahanan badan manusia. HIV merupakan jangkitan berterusan
yang serius. HIV boleh disebarkan dalam pelbagai cara seperti seks, pemindahan
darah dan perkongsian jarum suntikan yang tercemar. Penyakit pembunuh nombor
satu di dunia adalah AIDS. Menurut WHO (2011), telah mencatat sebagai 1.7 juta
orang meninggal dunia disebabkan AIDS. Kemunculan AIDS telah membingungkan
ilmuwan sejak berlaku AIDS yang pertama pada awal tahun 1980.Terdapat dua teori
8

GMJT 1013 TEORI PEMBANGUNAN DUNIA KETIGA


telah muncul untuk mengungkap asal AIDS. Antara teori adalah teori Monyet Hijau
(Green monkey theory) yang dibuat oleh ilmuwan barat dan teori konspirasi AIDS
yang dibuat oleh elit politik Amerika.
Afrika adalah salah satu kawasan yang mempunyai kes AIDS yang tertinggi
di dunia. Kawasan-kawasan tersebut adalah Afrika Selatan dan Sub-Sahara. Terdapat
banyak ilmuwan telah menuliskan tentang Afrika merupakan tempat asal
kemunculan AIDS. Asal usul AIDS adalah berasal dari spesies haiwan, iaitu monyet
hijau Afrika yang didapati dalam teori dominan (Shams Madyan Ahmad, 2009). Hal
ini kerana terdapat hubungan darah antara bangsa Afrika dengan monyet hijau afrika
yang dikemukakan oleh saintis barat. Dalam monyet hijau Afrika mempunyai
SIV(Simian Immunodeficiency Virus) dan HIV dalam kawasan binatang (Rodger
2000).
Bangsa Afrika terpaksa memburu monyet hijau untuk menjadikan makanaan
disebabkan kolonialsiasi yang telah dilakukan oleh negara barat di Afrika. Hal ini
kerana negara barat mengeksploitasi manusia di Afrika dan menyebabkan mereka
terlalu lapar. Oleh itu, mereka tidak ada cara yang lain untuk mencari makanan dan
terpaksa memakan daging monyet hijau. Penyelidik dari University of Alabama telah
menyatakan bahawa HIV akan menyebarkan dari monyet kepada manusia
disebabkan manusia telah memakan daging tersebut (Foundcare,2013). Para saintis
dunia telah mengakui teori tersebut kerana lebih bersesuaian.
Teori konspirasi AIDS menyatakan bahawa AIDS merupakan salah satu
senjata biologi yang sengaja dilakukan oleh pihak Amerika Syarikat. Hal ini kerana
Amerika Syarikat ingin mengendalikan jumlah penduduk dunia dan telah
mengorbankan bangsa Afrika. Amerika Syarikat akan mengurangkan pendudukan di
kawasan Afrika untuk keselamatan negara mereka (Gray, 2009).

GMJT 1013 TEORI PEMBANGUNAN DUNIA KETIGA


Dalam teori tersebut, telah menyatakan bahawa HIV merupakan satu jenis
virus yang lama bernama SV40 untuk menjangkit penduduk di Afrika. Hal ini telah
dilakukan oleh Doktor Hilary Koprowski. (Gray, Jerry D, 2009) Dia cuba untuk
menghapuskan bangsa kulit hitam di Afika atas dasar perkauman. Walau
bagaimanapun, dia telah menafikan bahawa virus yang dicipta oleh dia dan telah
menyebabkan AIDS.
3.4 Penyakit Malaria
Malaria merupakan salah satu penyakit yang disebabkan oleh parasit yang
disebarkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk betina yang dijangkit. Penyakit
ini menyebabkan deman panas berselang dengan kesejukan mengikut kitaran masa
tertentu (Norazmi, 2008). Hampir separuh daripada penduduk dunia iaitu 3.2 bilion
orang mempunyai risiko untuk menjangkit malaria. Jika nyamuk menggigit
seseorang yang telah dijangkiti dengan malaria, ia juga boleh dijangkit dengan
menyebarkan parasit kepada orang lain. Walau bagaimanapun, malaria tidak akan
merebak secara langsung dari seorang ke seorang.
Malaria merupakan masalah global yang ketara. Hal ini kerana terdapat kirakira 216 juta kes penyakit di seluruh dunia dan telah membunuh kira-kira 655,000
orang setiap tahun. Kawasan bermasalah malaria mempunyai taburan yang luas
meliputi kawasan tropikal dan subtropikal. Biasanya, terdapat malaria yang paling
banyak adalah di Afrika, Asia Timur Tengah dan Amerika Tengah Selatan. Terdapat
60 peratus daripada semua malaria telah berlaku di Afrika. Keadaan ini menjadi lebih
rumit kerana benua Afrika merupakan kawasan yang paling mundur dan kesan
penyakit ini terhadap masalah sosioekonomi menjadi lebih kritikal (Norazmi, 2008).
Hal ini telah mengancam keselamatan penduduk di Afrika kerana kes malaria yang
tinggi.

10

GMJT 1013 TEORI PEMBANGUNAN DUNIA KETIGA


Malaria telah membawa banyak kesan yang buruk di dunia ketiga. Salah satu
adalah menjejaskan ekonomi sesuatu negara disebabkan oleh malaria. Menurut
WHO, kos langsung dan kos tidak langsung yang digunakan oleh Afrika untuk
menentang malaria adalah dianggarkan lebih US $2 bilion. Pakar menyatakan
malaria telah menjejaskan dan melambatkan pertumbuhan ekonomi di Afrika
sehingga kepada 1.3 peratus setahun.
Penduduk yang miskin dan tinggal di luar bandar adalah kumpulan yang
berisiko menjangkit malaria kerana mereka tidak keupayaan untuk mencegah dan
merawat. Kanak-kanak tidak mempunyai peluang belajar di sekolah kerana malaria
akan menyebabkan mereka menderita secara fizikal. Menurut laporan World Health
Organization, menyatakan bahawa kebanyakan keluarga di dunia ketiga telah
membelanjakan satu perempat daripada pendapatan tahunan untuk merawat malaria.
Perubahan iklim telah menyebabkan pertumbuhan malaria menjadi lebih
cepat dan lebih risiko. Hal ini kerana perubahan iklim akan meningkatkan pembiakan
nyamuk yang akan membawa malaria kepada manusia. Selain itu, salah satu sebab
yang menyebarkan malaria adalah perkhidmatan kesihatan yang semakin merosot di
dunia ketiga. Hal ini secara tidak langsung telah menyebarkan malaria kepada orang
lain.

4.0 PENCEGAHAN PENYAKIT


Secara ringkas pencegahan penyakit merupakan satu proses atau aktiviti untuk
11

GMJT 1013 TEORI PEMBANGUNAN DUNIA KETIGA


mengelakkan seseorang terjangkit oleh sesuatu virus tertentu. Dalam kata erti lain
adalah menghalangi perkembangan penyakit dan kesakitan sebelum sempat
berlanjut.
4.1 Pencegahan Penyakit Tuberculosis (TB)
Penyakit Tuberculosis merupakan satu jenis virus yang oleh diubati dan diseumbuh.
Pesakit perlu mempunyai keinginan dan semangat yang besar untuk sembuh.
Terutamanya sokongan daripada keluarga sangat diperlukan oleh pesakit. Hal ini
kerana dalam tempoh menyembuh akan menghadapi penderitaan yang sakit dan
memerlukan masa yang panjang.
Ubatan

utama

penyakit

Tuberculosis

adalah

Isonazid,

Rifampisin,

Pirazinamid, Sterptomisin, dan Etambutol. Ubat yang sering digunakan oleh pesakit
adalah Kanamisin, Kuinolon, Makroloid dan Amoksilin. Kebiasaan tempoh
pengambilan ubat adalah selama 12 bulan untuk menyembuh. Pesakit perlu minum
ubat dengan waktu yang telah ditentukan oleh pakar kesihatan. Tempoh pengambilan
ubat memainkan peranan penting untuk menyembuhkan pesakit. Sekiranya, pesakit
berhenti minum ubat pada waktu yang ditetapkan, batuk yang hilang akan ditimbul
semula dan virus yang sedia ada akan disembuhkan dan penyakit ini akan kekal
dalam sistem badan.
Bagi individu yang berisiko tinggi mendapatkan penyakit ini boleh
mengurangkan sentuhan secara langsung ataupun tidak langsung dengan inidivdu
yang aktif menghidap penyakit TB. Selain itu, mengamalkan gaya hidup yang
berkualiti dengan pengambilan makanan mengikut nutrient yang diperlukan oleh
badan dan latihan senaman. Kuman ini boleh disebarkan melalui udara apabila
pesakit mengeluarkan berjuta-juta kuman ke udara ketika bercakap, bersin dan batuk.
Jika sesiapa yang menyedut udara yang mengandungi cecair ini akan menghadapi

12

GMJT 1013 TEORI PEMBANGUNAN DUNIA KETIGA


risiko dijangkiti kuman tibi. Oleh itu, sesiapa yang sering terdedah kepada golongan
pesakit TB boleh menerima suntikan BCG (Bacillus Calmette-Guerin) semasa bayi
dapat mengelakkan terjadinya infeksi penyakit TB pada tahap yang serius.
4.2 Pencegahan Penyakit Malnutrisi
Penyakit Malnutrisi adalah penyakit yang disebabkan pengambilian protein. Negara
yang mempunyai tahap kemiskinnan didapati sering menghadapi penyakit ini.
Terutamanya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sentiasa mengambil prihatian dan
memberi bantuan kepada Negara-negara di Africa untuk mencegah penyakit ini.
Langkah- langkah pencegahan awal adalah memberi susu badan kepada bayi
untuk selama sekurang-kurannya enam bulan pertama untuk meningkatkan sistem
imuniti badan pada peringkat awal bayi. Selepas melebihi dua tahun budak-budak
digalakkan megambil makan mengikut tabiat yang betul dan diarah oleh penasihat
doktor. Pertama memakan banyak buah-buahan, bijirin dan sayuran. Kedua makan
makanan yang berkandungan lemak dan kolestrol yang rendah serta mengandungi
kandungan garam, gula dan sodium yang berpatutan.
Selain itu, pakar kesihatan boleh mengunakan gastrointestinal (GI) tract
kepada pesakit yang tidak boleh atau tidak mahu makan atau sesiapa yang tidak
dapat menyerap nutrien yang dimakan. Sistem yang digunakan untuk sumbat ubat ini
adalah melalui kapilari tiub. Sistem memyuap menggunakan tiub biasanya digunakan
kepada pesakit yang menderita terbakar badan atau penghidap penyakit yang
melibatkan usus.Pendidikan nutrisi merupakan langkah yang penting bagi
melengkapkan pendidikan kesihatan supaya dapat mencegah penyakit malnutrisi ini.

4.3 Pencegahan Penyakit Aids


Penyakit AIDS merupakan sejenis penyakit yang tidak boleh disembuh dan

13

GMJT 1013 TEORI PEMBANGUNAN DUNIA KETIGA


berjangkit. Penyakit AIDS perlu dibanteras dengan cermat supaya tidak mewarisi
penyakit ini kepada keturunan. Penyakit AIDS tidak mempunyai rawatan bagi
menghilangkan atau memulihkan seseorang daripada penyakit ini tetapi ada rawatan
ubat.
Rawatan ubat merupakan salah satu cara untuk melemahkan virus HIV
daripada terus membiak. Rawatan yang terdiri daripada kombinasi beberapa ubat ini
dapat membantu pesakit mengawal pertumbuhan virus dan ia juga dapat
memperlahan kemusnahan sistem imunisasi. Melalui rawatan ubat pesakit dapat
memanjangkan umur serta meningkatkan kualiti hidup pesakit. Namun begitu
penyakit perlu mengambil ubat itu sepanjang hayat untuk meneruskan kehidupan
meraka.
Cara yang paling berkesan untuk mengelakkan penyakit AIDS adalah gaya
hidup. Kebanyakan AIDS dilebar melalui perkongsian jarum suntikan. Sekiranya
seseorang yang membawa virus AIDS akan dilebar kepada orang seterus sekira
berkongsi jarum yang sama. Elakkan daripada berkongsi jarum suntikan dapat
mencegah masalah ini. Seterusnya, adalah elakkan daripada melalukan hubangan
seks yang tidak selamat atau pun seks secara rambang. Jika berlaku hubungan seks
perlu gunakan kondom dan tidak berseks secara berbilang pasangan. Kes yang
berlaku di Africa adalah disebabkan memburuh haiwan yang berjangkit sebagai
makanan. Negara maju harus memberikan bantuan kepada Negara-negara mundur
seperti di Africa. Bantuan yang boleh menawar adalah segi pendidikan untuk
memberi ilmu pengetahuan cara gaya hidup untuk mencegah penyakit ini. Selain itu,
menawarkan pakar perubatan dan ubat-ubat untuk memperlahankan perlebaran.
4.4 Pencengahan Penyakit Malaria
Penyakit Malaria merupakan satu penyakit jangkit yang disebar oleh nyamuk.

14

GMJT 1013 TEORI PEMBANGUNAN DUNIA KETIGA


Namun begitu penyakit ini tidak sebarang penawar untuk menyembuhkan. Pesakit
malaria perlu cepat dikesan supaya boleh diberi rawatan secepat mungkin. Penyakit
ini mampu dikesan dengan pemerikasaan darah dan menggunakan mikroskop. Oleh
itu, terdapat berapa cara untuk mencegahkan penyakit Malaria.
Salah satu adalah mengusirkan nyamuk-nyamuk berjangkit dengan membuat
unggun api. Pihak berkuasa boleh menyebur asap forging di kawasan yang
mempunyai penyakit malaria untuk menghalau nyamuk. Selain itu, kita seharus
menggelakkan terdedah kepada nyamuk seperti memasang jaring nyamuk, tidak
menjalakan aktiviti di luar rumah pada waktu senja, tidak memakai baju yang
terdedah kepada gigitan nyamuk. Ini merupakan cara yang paling mudah untuk
dijalani tanpa sebarang ilmu pengetahuan perubatan atau mendapat penawaran ubat
daripada pasaran. Cara ini lebih sesuai digunakan dalam kawasan mundur seperti
dunia ketiga.
Ubat antimalaria merupakan salah satu rawat pencegahan kepada mereka
yang berduduk di daerah di mana penyakit ini senanga merebak. Rawatan ini juga
diberi kepada wanita mengandung di kawasan wabak untuk mengelakkan jangkitan
kejanin. Ubat ini juga diberi kepada pelawat mengunjungi kawasan yang berisiko 2
minggu sebelum pergi dan 4 minggu selepas meninggalkan kawasan tersebut. Cara
yang terbaik adalah memusnakah nyamuk dengan mencampurkan racun serenggan di
tempat pembiakannya seperti paya di mana airnya bertakung. Individu yang diberi
antimalaria masih boleh dijangkiti malaria. Walau bagaimanapun ubat ini
memberikan kesan sampingan kepada sesiapa yang mengambil ubat ini. Kesan
sampingan itu adalah terhadap mental seperti keliru, muntah dan letih.
5.0 KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan, isu kesihatan adalah sangat penting dalam dunia ketiga.

15

GMJT 1013 TEORI PEMBANGUNAN DUNIA KETIGA


Kesihatan merupakan salah satu aspek yang penting untuk membangunkan sesebuah
negara. Jika tidak mempunyai taraf kesihatan yang tinggi, sesebuah negara tidak
akan membangun dan akhirnya menjadi negara maju. Kesihatan di dunia ketiga
adalah semakin teruk dan haruslah semua pihak bekerjasama untuk menyelesaikan
masalah kesihatan. Hal ini dapat membantu dunia ketiga menjadi kawasan yang
bebas daripada masalah kesihatan yang serius.
Antara penyakit yang terdapat di dunia ketiga adalah AIDS. AIDS (Acquired
Immune Deficiency Syndrom) merupakan satu jenis penyakit yang disebabkan oleh
HIV (Human Immunodeficiency Virus). Selain itu, penyakit mulnutrisi juga
merupakan salah satu penyakit yang terdapat di dunia ketiga. Malnutrisi adalah
penyakit yang disebabkan kekurangan zat makanan atau nutrisi yang penting untuk
pertubuhan badan. Antara jenis malnutrisi adalah beriberi, goiter, kwashiorkor, riket
dan gusi berdarah. Kematian bayi dan penyakit tibi juga merupakan isu kesihatan
yang terdapat di Afrika. Akhirnya, salah satu penyakit iaitu malaria yang terdapat di
dunia ketiga. Malaria merupakan salah satu penyakit yang disebabkan oleh parasit
yang disebarkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk betina yang dijangkit.
Antara cara untuk membantu dunia ketiga untuk menyelesaikan masalah
kesihatan adalah perubatan, pendidikan dan teknologi. Dengan mempunyai
perubatan yang terbaru, dapat mengurangkan masalah kesihatan dengan berkesan.
Selain itu, pendidikan juga merupakan salah satu cara untuk menyelesaikan masalah
kesihatan. Hal ini kerana pendidikan akan memberi ilmu pengetahuan kepada
penduduk di dunia ketiga dan cara untuk mencegah penyakit-penyakit. Teknologi
yang canggih juga dapat menyelesaikan masalah kesihatan.

16

You might also like