You are on page 1of 1

MENINGKATKAH PENGUASAAN KATA SENDI NAMA 'DARI' DAN 'DARIPADA' MURID TAHUN

EMPAT MENGGUNAKAN KAEDAH J-MONO

(...)
Nurul Hannah bt Abdul Awang (2012) dalam kajiannya, Meningkatkan Penguasaan Murid Tahun Lima Ibnu
Khaldun Mengingati Fakta dalam Topik Kegemilangan Melaka Menggunakan Teknik Permainan Dice Games
menunjukkan tahap keberkesanan permainan Dice Games telah dapat membantu murid mengingati peranan
sultan dan pembesar empat lipatan. Kajian ini telah dijalankan selama empat minggu terhadap lima orang
murid Sekolah Kebangsaan Seberang Takir menggunakan teknik permainan Dice Games. Beliau telah
menggunakan Model Kajian Tindakan Stephen Kemmis. Hasil dapatan yang diperoleh daripada pemerhatian,
ujian pra dan pos serta borang selidik menunjukkan peningkatan berlaku secara menyeluruh selepas
perlaksanaan intervensi dijalankan, iaitu 100% subjek kajian telah dapat menyatakan semula peranan sultan
dan pembesar empat lipatan selepas intervensi dilaksanakan. Kajian ini jelas menunjukkan bahawa teknik
permainan dapat membantu subjek kajian mengingat fakta yang terdapat dalam sesebuah topik pembelajaran
dengan lebih mudah kerana bersesuaian dengan perkembangan murid sekolah rendah. (...)
1. Objektif pengkaji lepas = telah dapat membantu murid mengingati peranan sultan dan pembesar
empat lipatan.
2. Tahun kajian tersebut dijalankan.= (2012)
3. Di mana kajian tersebut dijalankan.= Sekolah Kebangsaan Seberang Takir
4. Bilangan responden/subjek kajian yang terlibat.= terhadap lima orang murid Sekolah
5. Intervensi kajian yang digunakan.= teknik permainan Dice Games
6. Kesan/hasil kajian tersebut.= 100% subjek kajian telah dapat menyatakan semula peranan sultan dan
pembesar empat lipatan selepas intervensi dilaksanakan

You might also like