You are on page 1of 1

Tajuk: Faedah Menonton Televisyen-Syarahan

Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis para hakim
yang adil lagi bijaksana,Guru Besar,Guru-guru dan rakan-rakan sekalian.Pada pagi yang mulia
ini ,saya akan menyampaikan syarahan yang bertajuk Faedah Menonton Televisyen
Hadirin sekalian,.
Televisyen merupakan salah satu alat yang telah digunakan sejak dahulu lagi.Kini televisyen
telah mengalami perubahan dari segi bentuk mahupun fungsinya.Bentuk televisyen pada masa
kini lebih nipis berbanding masa lalu dan fungsinya bukan sahaja sebagai tontonan masyarakat
malah berupaya dijadikan sebagai alatan teknologi maklumat.
Menonton televisyen banyak memberikan faedah kepada kita.Terdapat banyak rancangan
yang berbentuk berita,sukan, bisnes, rencana dan hiburan boleh kita tontoni setiap masa.Kita
boleh mengetahui pelbagai maklumat seperti perkara semasa,sukan dan ramalan cuaca menerusi
rancangan berita dalam dan luar negara.
Hadirin yang dihormati,
Selain itu, menonton televisyen juga dapat memberikan kita informasi tentang sesuatu perkara
seperti rancangan yang memaparkan bidang sains dan teknologi, bidang pertanian dan bidang
perubatan.
Oleh yang demikian jelaslah di sini bahawa menonton televisyen sememangnya banyak
memberikan faedah kepada manusia dan tanpa televisyen kehidupan seseorang itu pasti tidak
akan menyeronokkan.Sekian dan terima kasih.

You might also like