You are on page 1of 39

1 / Penerbit UKM

P e n e r b i t
UKM
Penulisan
Rencana Ilmiah

PENERBIT UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


BANGI  2002

Obor Penerbitan Ilmiah

2 / Penerbit UKM
Cetakan Pertama / First Printing, 1998
Cetakan Kedua / Second Printing, 2002
Hak cipta / Copyright Universiti Kebangsaan Malaysia, 2002
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini
boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan
ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada
dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya
tanpa kebenaran bertulis daripada Penerbit UKM terlebih dahulu.
All rights reserved. No part of this publication may be reproduced or
transmitted in any form or by any means, electronic or mechanical,
including photocopy, recording, or any information storage and
retrieval system, without permission in writing from the Penerbit UKM.
Diterbitkan di Malaysia oleh / Published in Malaysia by
PENERBIT UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
43600 UKM Bangi, Selangor D. E. Malaysia

http://www.penerbit.ukm.my
Penerbit UKM adalah anggota / is a member of the
PERSATUAN PENERBIT BUKU MALAYSIA /
MALAYSIAN BOOK PUBLISHERS ASSOCIATION

No. Ahli / Membership No. 8302


Dicetak di Malaysia oleh / Printed in Malaysia by
PUSAT PENERBITAN DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN

Universiti Kebangsaaan Malaysia


43600 UKM Bangi, Selangor D. E., MALAYSIA
Perpustakaan Negara Malaysia
Data-Pengkatalogan-dalam-Penerbitan /
Catalouging-in-Publication-Data
Penerbit UKM: Penulisan Rencana Ilmiah
(Siri Panduan Penerbit UKM)
Bibliografi: ms.39
1. Academic writing -- Handbooks, manuals, etc.
2. Scholarly periodicals -- Malaysia.
808.066378
ISBN 967-942-400-6

Obor Penerbitan Ilmiah

3 / Penerbit UKM

Kandungan
Prakata Penerbit ...5
Peranan Jurnal ...7
Ciri Jurnal ...9
Bentuk Rencana Ilmiah ...11
Tajuk ...11
Kepengarangan ...14
Abstrak ...16
Teks ...17
Bahan Akhiran ...22
Petikan ...23
Huruf Condong ...25
Nombor dan Angka ...26
Penulisan dalam Teks ...27
Singkatan ...28
Sistem Pengarang-Tarikh/Author-Date System ...28
Rujukan dalam Teks ...29
Senarai Rujukan ...30
Senarai Semakan ...37
Rujukan ...39

Obor Penerbitan Ilmiah

4 / Penerbit UKM

Obor Penerbitan Ilmiah

5 / Penerbit UKM

Prakata Penerbit
Kebanyakan penerbit buku yang besar mempunyai buku
gaya penerbitannya. Asalnya buku tersebut, bermula
dengan panduan kecil mengenai salah satu aspek
penerbitan itu. Begitulah juga Penerbit UKM , pada
asalnya mengedarkan panduan-panduan ringkas
mengenai aspek penyediaan manuskrip, pengenalan
mengenai Penerbit UKM, peraturan penerbitan jurnal dan
aspek yang lain.
Buku panduan kecil ini bermaksud memberi
maklumat mengenai dasar penerbitan ilmiah UKM yang
merupakan tanggungjawab Penerbit UKM. Selain itu
dimuat juga panduan-panduan ringkas mengenai aspek
penyuntingan dan pengeluaran. Perlu juga diingat
Penerbit UKM menggunakan The Chicago Manual of
Style sebagai buku pegangan dan panduan gaya penulisan
dan penyuntingan. Selain itu beberapa bahan rujukan lain
yang disenaraikan dalam senarai rujukan juga digunakan.
Para pengarang diharap dapat menggunakan buku kecil
ini dan Chicago Manual, sebagai buku panduan utama
dalam penulisan dan penyediaan manuskrip.
Pegawai Penerbitan
2002

Obor Penerbitan Ilmiah

6 / Penerbit UKM

Obor Penerbitan Ilmiah

7 / Penerbit UKM

Peranan Jurnal
Peranan jurnal adakalanya disalah anggap kerana
kegagalan membezakan antara sistem formal dan tidak
formal dalam sistem komunikasi. Ahli-ahli sains yang
terdiri daripada penyelidik dan sarjana bidang sains
sosial, sains hayat dan sains tulin saling bertukar idea
dan maklumat atas landasan tidak formal - melalui
hubungan peribadi semasa mesyuarat, seminar ataupun
persidangan. Aktiviti sebegini adalah penting bagi ahliahli sains dan juga untuk kebaikan bidang sains kerana
aktiviti tersebut mewujudkan mekanisme awal sebagai
persediaan ke arah pemikiran yang baru.
Bagaimanapun, bidang sains tidak akan maju hanya
melalui sistem ini kerana pertama, pertukaran maklumat
tersebut adalah di peringkat permulaan yang memerlukan
pengesahan dan kebanyakan perbincangan serta
pentafsiran adalah spekulatif. Kedua, pertukaran tidak
formal itu tidak direkod, jika direkod sekalipun, adalah
sukar untuk memetik yang sahih. Ketiga, komunikasi
tidak formal hanya melibatkan ahli-ahli sains yang
berada pada sesuatu situasi maka penyebaran idea
tersebut adalah terhad.
Berbeza dengan sistem formal, penerbitan rencana
dalam jurnal diwujudkan bagi menyediakan rekod yang
berterusan dan mudah diperolehi. Ciri makalah dalam
jurnal adalah seperti berikut:


Rencana mesti melaporkan sesuatu yang khusus,


dikenal pasti pengetahuan terkini, tepat dan
kemajuan dalam bidang ilmu. Oleh itu rencana mesti
menerangkan sesuatu yang baru dan kebaharuan

Obor Penerbitan Ilmiah

8 / Penerbit UKM
bermakna bahan itu belum pernah diterbitkan
sebelumnya.


Disokong dengan hujahan, tafsiran serta tidak


dikelirukan oleh spekulasi.

Rencana mestilah seragam, dalam konteks skop


tulisan, mahupun bidang pengetahuan yang
dirangkuminya.

Penyelidikan yang dilaporkan boleh diuji ulang oleh


ahli sains lain yang berpengetahuan dalam bidang
tersebut.

Hasil tulisan dapat dibaca atau diperolehi oleh ahli


sains yang berminat. Oleh itu rencana mestilah
diterbitkan dalam jurnal sebagai sebahagian
daripada penulisan terbuka yang dimiliki melalui
langganan perpustakaan atau langganan
perseorangan.

Penulisan dalam jurnal penting dalam proses


perkembangan ilmiah. Penulisan ini amat bernilai bagi
menyimpan rekod saintifik yang berguna dan proses ini
telah dilaksanakan sejak tiga abad yang lalu.

Mutu Jurnal Ilmiah


Jurnal ilmiah masih memainkan peranan penting sebagai
sistem komunikasi formal dan perakam ilmu. Rencana
yang tidak berkaitan dengan laporan tidak perlu
diterbitkan kerana tulisan seperti itu akan menjejaskan
keselarasan laporan, mengaburkan kerja yang berkaitan,
malah mengakibatkan hilang keyakinan terhadap hasil
penulisan ilmiah.
Masalah dalam penulisan ilmiah timbul kerana ada
usaha menggunakan jurnal untuk kepentingan tertentu.
Tujuan jurnal diterbitkan untuk menerangkan dan
Obor Penerbitan Ilmiah

9 / Penerbit UKM
melaporkan penemuan terbaru, bukannya alat untuk
memperbanyakkan bibliografi sebagai menyokong
kenaikan pangkat, melanjutkan tempoh jawatan yang
dipegang, permohonan geran mahupun hadiah Nobel.
Tekanan terbit dan lenyap (publish or perish) adalah
cabaran kepada masyarakat ilmiah untuk meningkatkan
penilaian yang berkualiti lagi bertepatan. Jurnal yang
tidak berkualiti dari segi laporan dan isi akan kehilangan
langganan atau terkubur. Justeru itu, perkara yang
penting dalam mengekalkan mutu jurnal terletak di
tangan editor orang yang memainkan peranan utama
atau kunci dalam penerbitan sesebuah jurnal.

Ciri Jurnal
1.

Umum atau khusus

2.

Antarabangsa, nasional atau terbatas dalam sesuatu


skop atau bidang

3.

Dibiaya oleh persatuan ilmuan atau universiti

4.

Diterbitkan oleh agensi yang tidak membuat untung


(institusi-institusi penyelidikan) atau firma swasta

5.

Memerlukan subsidi atau biaya sendiri

6.

Diterbitkan setiap minggu, dwi bulanan, setiap


bulan, setiap dua bulan, setiap tiga bulan, tahunan,
pada sesuatu jangka masa atau tidak tetap

7.

Mempunyai sidang pengarang yang terdiri daripada


pakar bidang yang dapat menyumbang pengetahuan
dan kedudukan jurnal

8.

Menggunakan pewasit/penilai atau bergantung


sepenuhnya kepada keupayaan editor atau sidang
editor.

Obor Penerbitan Ilmiah

10 / Penerbit UKM
Jurnal diterbitkan sama ada tebal atau nipis, besar atau kecil
ukurannya. Penerbit UKM menetapkan ukuran piawainya 6
x 9 inci dan tebalnya 88 - 144 halaman. Ia mengandungi
banyak atau beberapa bahan penulisan. Sesebuah jurnal
boleh menerbitkan bahan seperti berikut:
1. Rencana asli yang melaporkan penyelidikan
2. Nota-nota pendek dalam bentuk penerbitan awal
penyelidikan yang melaporkan kaedah atau bahanbahan lain
3. Rencana ulasan - sesebuah makalah yang menilai
dan mentafsirkan sesebuah makalah yang telah
diterbitkan dalam sesuatu bidang
4. Ulasan ringkas ke atas rencana yang telah diterbitkan
5. Surat
6. Ralat atau errata
7. Lidah pengarang.
8. Maklumat penaja
9. Laporan mesyuarat agung persatuan
10. Ulasan buku
11. Iklan
12. Garis panduan kepada pengarang/penyumbang
13. Sinopsis sesetengah makalah yang tidak dapat
diterbitkan sepenuhnya
14. Abstrak rencana yang tidak dapat diterbitkan
sepenuhnya atau kertas kerja persidangan
15. Indeks

Obor Penerbitan Ilmiah

11 / Penerbit UKM
Kandungan jurnal paling mudah adalah seperti berikut:
1. Rencana asli
2. Ralat
3. Garis panduan kepada pengarang/penyumbang

Bentuk Rencana Ilmiah


Bahagian asas dalam rencana ilmiah adalah seperti
berikut. Gaya susunan bahagian ini dianjurkan sebagai
gaya rencana jurnal terbitan Penerbit UKM.


Tajuk

Pengarang

Abstrak

Teks


pengenalan

bahan dan kaedah

hasil

perbincangan

penghargaan

catatan hujung

Rujukan

Alamat lengkap pengarang

Tajuk
Tajuk rencana adalah penting kerana bahan tersebut yang
pertama dilihat atau dibaca oleh pembaca. Tajuk juga
dicetak di dalam:

Obor Penerbitan Ilmiah

12 / Penerbit UKM


Bibliografi

Indeks subjek

Sistem perolehan maklumat

Petikan dalam terbitan akan datang

Tajuk yang Baik


Ringkas dan tepat, kebanyakan jurnal menghadkan
tajuk tidak lebih daripada 15 perkataan atau kurang
daripada itu

Menerangkan kandungan makalah dengan tepat

Menerangkan bidang makalah setepat mungkin

Elakkan penggunaan kata kerja

Gunakan perkataan yang mudah difahami

Mengandungi kata kunci untuk kemudahan sistem


perolehan maklumat

Penyumbang dan editor elok memerhatikan:




Judul yang bermula dengan frasa seperti Beberapa


nota penting...,
Penilaian tentang...,
Mengambil perhatian tentang..., Satu kajian
kes..., dibuang. Tajuk mestilah tepat maksudnya.

Tolak atau tulis semula judul yang menggunakan


kiasan atau metafora. Judul begini hanya sesuai
dilakukan dalam penulisan jurnal sastera atau puisi.
Contohnya tajuk Manusia tidak boleh bergantung
hidup dengan roti sahaja: Nilai zat makanan padi
IR64, tidak sesuai dijadikan judul untuk rencana
penyelidikan.

Obor Penerbitan Ilmiah

13 / Penerbit UKM


Pastikan judul tepat dan spesifik. Tidak terkeluar


daripada sari/matan kandungan atau memperbesarbesarkan judul berbanding dengan apa yang terdapat
dalam teks.

Pastikan sebanyak mungkin kata kekunci rencana


terdapat pada judul.

Pastikan perkataan paling penting terserlah pada


judul - lazimnya pada perkataan yang pertama.

Pastikan judul mengikuti gaya jurnal. Sesetengah


jurnal menggunakan tajuk dalam bentuk kenyataan,
ada juga judul yang mempunyai judul kecil yang
dicantumkan melalui titik bertindih. Sesetengahnya
menggunakan kedua-dua gaya itu.

Contoh judul yang lemah pada rencana yang sama:


1.

Protein in rice

2.

Notes on Indonesian rice as a source of proein

3.

Some observations on the PER and other qualities of


six Indonesian rices

4.

Rice: truly the staff of life

5.

Judging nutritional value in rice

6.

Our investigations will help monitor future improvements in rice quality

7.

Protein quality and properties evaluated using solubility fractionation, electrophoreses, and gel filtration in Rojolele, Rendah padang, Seravu, Semeru,
and Cisadane high and normal protein rices.

8. In improved varieties of rice, we found that protein


quality declines but protein quantity rises faster.

Obor Penerbitan Ilmiah

14 / Penerbit UKM
Judul yang sesuai ialah:
Evaluation of protein quality and properties in six varieties of Indonesian rice

Kepengarangan
Adakalanya pengarang-pengarang bercanggah mengenai
nama siapa harus diterakan sebagai pengarang sebuah
rencana, dan senarai urutan nama-nama tersebut. Berikut
adalah panduan hak pengarang dalam sesuatu rencana
dari segi etika, amalan dan hak intelektual:
1. Hanya individu yang memberi sumbangan penting
dalam merancang dan melaksanakan penyelidikan
dianggap sebagai pengarang. Sumbangan penting
bermaksud mereka terlibat dalam merancang
penyelidikan, menganalisis, menginterpretasi data atau
kedua-duanya dan merangka makalah. Seseorang yang
hanya memberi nasihat, atau membantu mengumpul data
tidak dianggap sebagai pengarang, tetapi boleh diberi
penghargaan. Seseorang boleh juga dianggap sebagai
pengarang jika beliau membantu mendraf rencana atau
yang menyemak bahagian-bahagian penting rencana
tersebut.
2. Juruteknik atau individu lain yang turut membantu
perlu disebutkan di dalam penghargaan. Mereka tidak
dianggap pengarang, kecuali mereka memberi
sumbangan besar. Seseorang juruteknik yang hanya
menurut arahan tidak dianggap sebagai pengarang,
sebaliknya seseorang juruteknik yang memberi saranan
penting yang dapat menyelesaikan masalah, boleh
dianggap pengarang bersama atau tambahan. Pengumpul
data sahaja tidak melayakkan seseorang itu dianggap
pengarang.

Obor Penerbitan Ilmiah

15 / Penerbit UKM
3. Seseorang pengarang bersama harus memberi
pengesahan terakhir terhadap versi yang hendak
diterbitkan. Editor memerlukan pengesahan ini. Kadang
kala seseorang pengarang terlalu ingin melihat rencana
diterbitkan lalu terus mencetak tanpa merujuk kepada
pengarang bersama. Ini akan menimbulkan masalah jika
rencana itu sudah dicetak.
4. Individu pertama yang disenaraikan lazimnya
dianggap sebagai pengarang utama (senior) -- lazimnya
beliau adalah tuan punya idea asal kepada penyelidikan
itu dan mengetuai kajian tersebut. Beliaulah yang
melakukan sebahagian besar penyelidikan dan penulisan
tersebut. Pengarang lain disenaraikan mengikut
kepentingan sumbangan mereka kepada penyelidikan
tersebut.
5. Keanggotaan kumpulan pengarang bagi sesebuah
rencana tidak melebihi daripada empat orang, dengan
syarat pengarang pertama dan pengarang seterusnya
memenuhi ciri kepengarangan.
6. Jika ada peluang dapatkan persetujuan pengarangpengarang tentang susunan senarai pengarang yang akan
diterbitkan. Mereka boleh menukar susunan tersebut, jika
salah seorang daripadanya memberi sumbangan yang
besar atau sebaliknya.
7. Cara paling mudah untuk menyenaraikan pengarang
adalah mengikut susunan abjad, jika mereka bersetuju.
8. Galakan pengarang menggunakan nama penuh
pertama, ditambah dengan kependekan untuk nama
kedua supaya mudah dikenali. Sebagai contoh, beberapa
orang jurutera yang bernama Amir Khan, tetapi hanya
seorang yang bernama Amir U Khan. Ini penting untuk
mengelakkan kekeliruan dalam bibliografi dan sistem
perolehan maklumat berkomputer.

Obor Penerbitan Ilmiah

16 / Penerbit UKM
9. Alamat tempat pengarang bekerja haruslah disertakan
di dalam nota penyampaian rencana atau pada halaman akhir
selepas rujukan. Sesetengah jurnal menerbitkan alamat penuh
surat-menyurat, sekurang-kurangnya alamat pengarang
utama supaya pembaca boleh menghubunginya untuk
mendapatkan maklumat lanjut. Menyenaraikan kelulusan
akademik pengarang tidak diamalkan.

Abstrak
Sesebuah abstrak melaporkan kandungan ringkas
makalah -- lazimnya antara 150-250 perkataan.Abstrak
mestilah lengkap dan berdiri sendiri.
Abstrak mestilah mengandungi:


Tujuan dan tumpuan kajian: mengapa kajian


dijalankan

Bahan dan kaedah: bagaimana kajian dijalankan

Penemuan (hasil utama)

Kesimpulan yang penting dan utama.

Di dalam abstrak hindarkan:




Merujuk jadual atau rajah

Menggunakan kependekan atau akronim kecuali


seragam atau diberi penerangan

Memasukkan rujukan lengkap. Jika sebuah penerbitan


lain dipetik, rujukan lengkap mestilah dibuat (pengarang,
judul, jurnal, tarikh dan sebagainya).

Jangan menyatakan sebarang maklumat atau kesimpulan


yang tidak terkandung dalam rencana

Jangan membuat kenyataan yang terlalu umum Pastikan


penemuan berdasarkan kenyataan berkaitan.
Obor Penerbitan Ilmiah

17 / Penerbit UKM
Perkara di atas mestilah dirangkumkan dalam beberapa
ayat yang mudah. Oleh kerana abstrak disimpan dalam
bentuk data untuk tujuan pertukaran maklumat, abstrak
biasanya mempunyai kata kekunci. Hindarkan semua
perkataan yang tidak perlu. Abstrak jenis yang diterangkan
di atas adalah lazim bagi jurnal primer. Adakalanya abstrak
yang deskriptif lebih sesuai. Jenis ini biasanya dipaparkan
dalam bentuk senarai kandungan yang mudah. Senarai ini
mengandungi perkara-perkara yang disentuh dalam
sesebuah makalah tetapi maklumat tidak cukup untuk berdiri
sendiri. Sebuah makalah ulasan boleh menggunakan abstrak
deskriptif. Abstrak ini disimpulkan dengan kata kekunci yang
menggambarkan fokus makalah itu. Bahan ini akan
dimasukkan ke dalam sistem perolehan maklumat supaya
mudah dicapai pembaca. Abstrak mestilah tepat dan
terperinci.

Teks
Pengenalan Pengenalan untuk rencana jurnal sepatutnya
ringkas berbanding pengenalan lebih panjang di dalam
manuskrip atau kertas kerja prosiding. Pengenalan penting
bagi menerangkan:


Kenapa pembaca boleh tertarik pada makalah itu

Kenapa penyelidik menjalankan kajian tersebut

Latar belakang kepada pembaca untuk memahami dan


menilai rencana itu

Pengenalan yang baik:




Menerangkan kedudukan dan sejauh mana kajian


dijalankan mengenai sesuatu permasalahan

Obor Penerbitan Ilmiah

18 / Penerbit UKM
Mengaitkan penyelidikan itu dengan penyelidikan
sebelumnya -- tinjauan ringkas penyelidikan sebelum
ini berkaitan masalah yang dikaji
 Menerangkan tujuan dan kaedah penyelidikan _
termasuk, sebab dan mengapa sesuatu kaedah itu dipilih.
 Menyatakan hasil penting penyelidikan


Menerangkan istilah atau kependekan tertentu yang


terdapat di dalam teks

Di dalam pengenalan jurnal primer, pengarang tidak perlu


menerangkan pentingnya penyelidikan itu kerana rakan
sejawat akan dapat mengenal pasti

Editor sepatutnya memastikan:




Pengarang bergerak ke arah hipotesis atau tema


utama

Hipotesis dinyatakan dengan jelas

Pengenalan tidak lebih daripada dua halaman bertaip

Bahan dan Kaedah Bahagian ini menyediakan


maklumat yang membolehkan ahli sains yang lain
menilai penyelidikan itu atau mengulangi penyelidikan
tersebut serta menguji hasil-hasilnya. Kandungannya
pelbagai bergantung kepada jenis uji kaji dan disiplin.
Bahagian ini sebaiknya mengandungi:


Reka bentuk uji kaji

Jika tumbuhan atau haiwan dikaji, beri penerangan


yang tepat (genus, spesies, kultivar, jalur dan lainlain).

Bahan yang digunakan, dengan menyatakan spesifikasi


teknikal dan kuantiti serta sumbernya atau kaedah
penyediaan nama-nama genetik atau nama kimia adalah

Obor Penerbitan Ilmiah

19 / Penerbit UKM
lebih baik daripada nama dagangan yang mungkin tidak
diiktiraf di peringkat antarabangsa.


Andaian-andaian yang dibuat

Kaedah yang diikuti, lazimnya disusun secara kronologi


dan diterangkan dengan jelas dan terperinci. Kaedah
yang piawai hendaklah dinyatakan dalam rencana.
Ubahsuai pada kaedah piawai hendaklah dinyatakan.

Kaedah yang baru hendaklah diterangkan dengan


terperinci. Kaedah mentafsir data dan mencari data
hendaklah diterangkan.

Bahagian bahan dan kaedah mesti jelas dan terperinci untuk


dirujuk oleh pakar sains. Oleh itu editor mestilah memastikan:


Kependekan atau nama-nama tidak kabur

Semua ukuran adalah dalam unit yang piawai

Semua bahan kimia dinyatakan dengan tepat supaya


ahli sains yang lain akan dapat merujuk kepada
bahan kimia yang sama apabila mengulangi uji kaji
yang sama.

Setiap langkah dinyatakan termasuk jumlah pengulangan

Semua teknik dijelaskan, sekurang-kurangnya dengan


menamakan teknik tersebut atau dinyatakan secara
terperinci sekiranya pengarang telah mengubah suai
teknik yang piawai atau meminda teknik yang baru.

Hasil Kajian Ini adalah bahagian terpenting dalam


sesebuah rencana. Semua data dikemukakan di dalam
bahagian ini. Persembahan yang baik itu mestilah:


Ringkas dan jelas

Laporan yang mewakili data, lebih baik daripada data


mentah yang berulang-ulang

Obor Penerbitan Ilmiah

20 / Penerbit UKM


Kurangkan kesilapan akibat data yang berlebihan,


gantikan dengan ralat piawai atau rumus piawai

Laporkan data yang berulang-ulang dalam jadual


dan rajah, bukan dalam teks

Hanya penemuan yang penting yang ditunjukkan


pada jadual dan rajah diulas dalam teks

Masukkan data negatif (apa yang tidak ditemui)


sekiranya data memberi kesan dalam mentafsirkan
hasil

Masukkan data yang berkait dengan subjek rencana


sahaja seperti yang dijelaskan dalam bahagian
pengenalan

Jadual dan rajah dinomborkan supaya mudah dirujuk


dalam teks

Masukkan jadual, rajah dan graf yang perlu dalam


bentuk yang kemas

Editor hendaklah membaca teks dengan kritikal dan


hindarkan:


Data yang berulang-ulang

Data negatif yang tidak perlu

Data yang tidak berkait dengan objektif kajian

Jadual dan rajah yang tidak penting serta tidak


dirujuk dalam teks

Penerangan kaedah-kaedah yang piawai

Pembaca mudah memahami hasil kajian jika


dipersembahkan mengikut susunan objektif pada
bahagian pengenalan.

Obor Penerbitan Ilmiah

21 / Penerbit UKM
Perbincangan Pada bahagian ini, pengarang menerangkan
tujuan, hasil dan kesannya kepada kajian masa hadapan.
Ciri perbincangan yang baik adalah:


Tidak mengulang perkara yang telah dinyatakan


dalam bahagian hasil kajian

Mengaitkan hasil kajian dengan persoalan yang


dinyatakan dalam bahagian pengenalan

Memperlihatkan hubungan antara fakta yang dicerap


semasa penyelidikan dijalankan

Menunjukkan bagaimana hasil kajian bertepatan


atau tidak dengan hasil kajian yang telah diterbitkan
sebelumnya

Membincangkan implikasi teori terhadap kajian

Menyatakan kesimpulan dengan memberi buktibukti kepada setiap hasil kajian

Nyatakan kepentingan (signifikan) hasil kajian.

Mencadangkan penyelidikan akan datang yang


dirancang atau diperlukan bagi menyusuli kajian ini
Bahagian perbincangan adalah bahagian paling sukar dalam
sesebuah rencana serta menjadi bahagian yang memerlukan
penyemakan rapi.


Bahan Akhiran
Catatan hujung Pada umumnya, catatan kaki dielakkan.
Jika sesuatu kenyataan itu berguna, ia mestilah
diterangkan dengan jelas dalam teks. Bagaimanapun,
adakalanya, sesuatu kenyataan itu penting tetapi jika
dinyatakan juga, akan menjejaskan aliran teks. Dalam
hal ini, catatan hujung boleh digunakan. Catatan hujung
tidak memasukkan bahan rujukan dan bibliografi. Bahan
rujukan disenaraikan dalam bahagian berasingan. Catatan

Obor Penerbitan Ilmiah

22 / Penerbit UKM
hujung mestilah ditaip langkau dua baris selepas penghargaan
sebelum rujukan.
Penghargaan Dalam ruangan ini, pengarang berkesempatan
menyampaikan ucapan terima kasih atau penghargaan
kepada mana-mana institusi atau orang perseorangan yang
membantu dalam sesuatu kajian itu. Penghargaan juga diberi
kepada badan/firma yang memberi dana, makmal yang
menyediakan ruang atau bahan, atau orang perseorangan
yang turut memberi nasihat dan pandangan.
Rujukan Kebanyakan jurnal mempunyai pilihan
tersendiri dalam gaya dan cara penyampaian rujukan
dalam teks dan senarai rujukan pada bahagian akhiran
rencana. Gaya Penerbit UKM menggunakan kaedah
rujukan yang terbahagi kepada dua iaitu:
1. Kaedah rujukan dalam teks atau dikenali sebagai
sistem pengarang-tarikh.
2. Senarai rujukan -- susunan pembutiran rujukan dicetak
di akhir rencana.

Petikan
1. Kecenderungan penulisan ilmiah ialah untuk memetik
pendapat daripada karya yang sedia terbit yang
dilindungi hak cipta. Oleh itu apabila membuat petikan
yang panjang, pastikan pengarang mematuhi akta hak cipta.
Sedapat mungkin sadur petikan atau pendapat karya lain
dalam ayat pengarang sendiri, tetapi rujukan sumber (gunakan
kaedah catatan pengarang-tarikh) mestilah dinyatakan.
Ketepatan petikan in toto juga mesti dijaga. Petikan langsung
mesti dibuat tanpa sebarang pindaan, kecuali tanda petikan,
tipografi dan sintaksnya. Pada umumnya petikan yang

Obor Penerbitan Ilmiah

23 / Penerbit UKM
melebihi dua baris bertaip (langkau dua baris) barulah ditaip
berasingan sebagai petikan, jikalau petikan itu kurang
daripada dua baris masukkan dalam ayat pengarang dengan
memberi tanda petik ...; manakala tanda petik ... boleh
digunakan bagi maksud khusus dalam petikan itu. Walau
bagaimanapun petikan pendek yang dibuat bagi maksud
perbandingan atau petikan puisi yang pendek eloklah
ditaip berasingan.
2. Perubahan yang boleh dilakukan kepada petikan,
selain perubahan daripada satu tanda petikan kepada dua
tanda petikan ialah:
petik ...; manakala tanda petik ... boleh digunakan
bagi maksud khusus dalam petikan itu. Walau
bagaimanapun petikan pendek yang dibuat bagi maksud
perbandingan atau petikan puisi yang pendek eloklah
ditaip berasingan.
Huruf awal boleh ditukar kepada huruf besar atau huruf
kecil, bergantung kepada keperluan dan cara memetik.
 Tanda baca yang terakhir boleh ditukar, dan tanda baca
itu boleh ditiadakan jikalau petikan diikuti dengan tiga titik
(...).
 Catatan asal dalam petikan yang pendek boleh
ditiadakan atau digantikan dengan catatan pengarang.
 Petikan daripada buku moden, jurnal atau surat
khabar yang mengandungi kesilapan tipografi yang jelas
bolehlah diperbaiki, tetapi petikan yang mengandungi
sebarang kesalahan dalam karya klasik atau daripada suatu
sumber manuskrip hendaklah dikekalkan, mungkin sic boleh
dicatatkan di tempat yang perlu.
 Jika hendak merubah ejaan atau tanda baca petikan
klasik, nyatakan perkara ini dalam catatan tak bernombor
atau pada prakata.


Obor Penerbitan Ilmiah

24 / Penerbit UKM
Gaya tipografi, terutama huruf peragaan bolehlah ditukar
mengikuti gaya karya yang membuat petikan itu.


3. Setiap petikan yang dimasukkan sebagai sebahagian


daripada teks mestilah disertakan dengan terjemahan
dalam bahasa Melayu ataupun dimasukkan
terjemahannya sahaja.
4. Petikan asal ayat al-Quran dan Hadis hendaklah
disertakan bagi maksud dan kegunaan sesebuah karya
bidang kajian al-Quran dan Hadis atau jika karya/teks
tersebut membicarakan atau membahaskan ayat yang
berkenaan.
Bagi karya lain yang merujuk al-Quran dan Hadis
memadailah dengan memberikan maksud ayat yang
hendak dirujuk dengan menuliskan: seperti firman Allah/Tuhan yang bermaksud atau seperti sabda Rasulullah/
Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud.


Bagi membuat catatan ayat al-Quran yang dipetik,


rujukannya hendaklah dituliskan seperti ini: (al-Baqarah:
88), dituliskan selepas teks maksud ayat al-Quran
tersebut seperti contoh berikut:


Dan sesungguhnya kami jadikan untuk neraka jahanam


itu banyak daripada jin dan manusia yang mempunyai
hati yang tidak (mahu) memahami dengannya (ayat-ayat
Allah), dan mempunyai mata yang tidak (mahu) melihat
dengannya (ajaran-ajaran dan nasihat), mereka itu seperti
binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi, mereka itulah
orang-orang yang lalai. (al-Araf: 179)

Huruf Condong
Oleh kerana huruf condong/italic mempunyai tempat yang
luas dalam karya ilmiah, pengarang hendaklah berhati-hati

Obor Penerbitan Ilmiah

25 / Penerbit UKM
apabila menggunakannya. Sekiranya huruf condong
diperlukan gunakan fon huruf condong yang disediakan. Huruf
condong digunakan antara lain untuk:
1. judul buku, jurnal dan yang serupa
2. perkataan asing, jikalau kata itu asing bagi pembaca
3. istilah khas dalam sesuatu tulisan
4. istilah teknik, terutama yang diberikan definisinya
5. genus dan spesies
6. kes legal
7. nama kapal
8. sic
9. arahan pentas
10. teorem
11. judul filem, karya muzik, drama, puisi
12. perkataan yang dibincangkan
13. kajian etno
Seluruh perkataan itu dicondongkan, pada pertama kali
dikemukakan dalam sesebuah karya. Dalam pada itu kata
asing yang biasa dipakai seperti in situ, a priori, elan,
ibid, et al., ea, passim, tidak perlu dihurufcondongkan.

Nombor dan Angka


Nombor yang kerap digunakan dalam penomboran ialah
nombor roman dan arab, maka penggunaannya haruslah
disesuaikan seperti di bawah:
Angka digunakan bersama-sama unit ukuran,
misalnya 3 cm, 4 kg, 200 s, dsb.


Peratus biasanya dieja dengan lengkap, misalnya 15


peratus, tetapi tulis larutan 15%. Jika perkataan peratus
itu sering digunakan, tulis %.


Pada umumnya nombor kurang daripada 100 hendaklah


dieja kecuali bersama-sama nombor lain, misalnya 5, 90,


Obor Penerbitan Ilmiah

26 / Penerbit UKM
102 dan 1032. Elakkan penggunaan angka pada awalan
ayat.
Sifar hendaklah disertakan untuk nombor
perpuluhan, misalnya 0.1, bukan .1.


Nombor hingga empat digit, iaitu 999 ditulis rapat


tanpa koma atau ruang. Nombor lebih daripada empat
digit ditulis dengan ruang, misalnya 10 000, 1 000 000,
10 000 000. Begitu juga untuk titik perpuluhan, 0.0001,
0.000 01.


Julat nombor ditulis dalam bentuk 92-4, 231-3,


1027-32, tetapi untuk nombor belasan ditulis dalam
bentuk 11-18, 213-17.


Tarikh ditulis tanpa koma, misalnya 10 Januari 1986.

Tahun Masihi dan Sebelum ditulis dalam bentuk


TM1986 (tetapi abad pertama TM) dan 100 SM.


Julat tahun ditulis dalam bentuk 1820-1910, 19268, 1711-18.




Gunakan solidus ( / ) dan bukan sempang untuk tempoh


waktu dua belas bulan, misalnya 1974/5, 1979/80.


Nombor perpuluhan seperti 4.1 hendaklah dibezakan


daripada hasil darab titik seperti 4.1 = 4 x 1.


Penulisan Nama dalam Teks


Menurut Anglo-American Cataloguing Rules terdapat
peraturan tertentu untuk menulis nama Melayu, Arab,
Cina dan orang Barat. Contoh penulisan nama yang betul
adalah seperti berikut.


Nama Melayu
A. Samad Said
bukan Said, A. Samad

Obor Penerbitan Ilmiah

27 / Penerbit UKM
Shahnon Ahmad
bukan Ahmad, Shahnon


Nama Arab
Abu al-Barakat Hibat Allah ibn Ali
bukan Hibat Allah ibn Ali, Abu al-Barakat

Nama Cina
Chiang Kai Shek
bukan Kai Shek, Chiang

Nama orang Barat


John F. Kennedy
bukannya Kennedy J. F.

Singkatan
Gunakan singkatan SI dalam bentuk singular, misalnya
cm (bukan sm tetapi dieja sentimeter), 3 mm (bukan 3mms).


Singkatan bagi unit tidak diberikan tanda noktah kecuali


pada hujung ayat.


Jika terdapat keraguan seperti 1 untuk liter, tuliskan


dengan lengkap misalnya 3 liter (bukan 3l).


Dalam jadual dan graf, gunakan singkatan nama


bulan, misalnya Jan., Feb., dsb.


Singkatan untuk nama orang diberikan ruang, misalnya


A. H. Zakri, bukan A.H.Zakri.


Singkatan semua huruf besar tidak diberikan titik,


misalnya OUP, PFB, UMNO dsb.


Sistem Pengarang-Tarikh
Author-Date System
Penerbit UKM menggalakkan pengarang menggunakan sistem
pengarang-tarikh dalam menyediakan dokumentasi sumber.
Obor Penerbitan Ilmiah

28 / Penerbit UKM
Bentuk asas dalam sistem pengarang-tarikh mengandungi
nama pengarang dan tarikh terbitan tanpa tanda baca apabila
digunakan di dalam teks. Sistem ini memungkinkan
pemakaian rujukan dalam teks yang membutirkan nama
pengarang dan tarikh terbitan dalam sesuatu ayat. Maklumat
sumber sepenuhnya disenaraikan di hujung rencana atau buku,
dipanggil rujukan. Ini memudahkan atur huruf, oleh kerana
sistem ini ringkas, menjimatkan kos dan tempoh penerbitan
tanpa menjejaskan mutu ilmiah.
Rujukan dalam Teks
1. Rujukan dalam kaedah Pengarang-Tarikh mengandungi
nama pengarang dan tarikh terbit tanpa tanda baca di antara
nama dan tarikh:
(Ismail 1997) atau Ismail (1997)
2. Halaman khusus, bahagian, persamaan, atau
bahagian lain yang dipetik diletakkan selepas tarikh,
dipisahkan dengan tanda koma. Titik bertindih boleh juga
digunakan antara tarikh dan halaman:
(Wan Hashim 1997, 47)
(Zakaria 1994: 23-6)
(Surtahman 1985, 67, 84-92)
(Johnson 1979, bhg 24)
3. Untuk menyatakan jilid dan halaman rujukan
pengarang tunggal, tanda koma dan titik bertindih (:)
digunakan:
(Barns 1983, 3:124)
(Mahyuddin 1987, 3:6; 1989, 5:1394-99)

Obor Penerbitan Ilmiah

29 / Penerbit UKM
4.

Rujuk kepada jilid sahaja:


(Mahyuddin 1987, jil. 3)

5. Rujukan berbilang pengarang, gunakan hanya dua atau


tiga pengarang. Perkataan dan boleh digantikan dengan
ampersand (&):
(Kamal Roslan dan Che Aziz 1996)
(Md. Nor & Ong 1993)
(Mohd. Ghazali, Zawiyah, dan Rosnah 1992)
6. Rujukan lebih daripada tiga pengarang, gunakan
nama yang pertama disusuli dengan et al.:
(Dahlan et al. 1997)
7. Untuk sebuah buku atau risalah yang tidak
menggunakan nama pengarang yang diterbitkan atau
dibiayai persatuan, agensi kerajaan atau kumpulan:
(Bank Pembangunan Malaysia 1985)
(MARDI 1987)
8. Untuk menyatakan dua atau lebih rujukan sekaligus,
dipisahkan dengan tanda titik berkoma (;):
(Light 1974; Light & Wong 1976; Zainuddin 1997).
9. Jika menggunakan beberapa sumber rujukan
daripada pengarang yang sama, gunakan tarikh yang
dipisahkan dengan tanda koma; jika nombor halaman diberi,
rujukan dipisahkan oleh tanda titik berkoma dan nama
diulangi:
(Sham 1996a, 1996b)
(Dahlan 1997a, 20; Dahlan 1983, 12)
(Dahlan 1997a : 20; Dahlan 1983 : 12)
10. Jika sumber rujukan daripada dokumen elektronik,
nyatakan tajuk dokumen atau pengarang dan diikuti
tarikh.
Obor Penerbitan Ilmiah

30 / Penerbit UKM
(Belle de jour 1990)
(Moore 1990)
(Jerichos Walls 1990)
(Kulikowski 1989)

Senarai Rujukan
Maklumat berikut mestilah dinyatakan untuk sebuah
buku.
 Nama pengarang atau pengarang-pengarang, editoreditor atau institusi yang bertanggungjawab dalam
penerbitan bahan tersebut. Atur senarai pengarang
mengikut abjad.


Tarikh terbitan

Judul penuh buku itu, termasuk judul kecil jika ada


(dihuruf condongkan)

Judul siri, jika ada, dan jilid atau nombor siri

Bilangan jilid atau keseluruhan nombor jilid


daripada bahan yang diterbitkan dalam beberapa jilid

Edisi, jika bukan edisi asal/pertama

Bandar/tempat terbitan

Nama penerbit

Pengarang Tunggal
Athi Sivan Mariappan. 1997. Hamzah Hussin: Sekitar
pemikiran seni untuk seni. Bangi: Penerbit UKM.
Ismail Yusoff. 1977. Politik dan agama di Sabah. Bangi:
Penerbit UKM.

Obor Penerbitan Ilmiah

31 / Penerbit UKM
Pengarang Bersama
Brett, P. D., S. W. Johnson, and C. R. T. Bach. 1989.
Mastering string quartets. San Francisco: Amati
Press.
Aminuddin Mohd. Yusof & Mohd. Ali Kamarudin.
1988. Kepimpinan pemuda UMNO: Antara
personaliti dan situasi. Bangi: Penerbit UKM.
Perkataan dan boleh digantikan dengan simbol ampersand (&) jika pengarangnya lebih daripada seorang.
Penyunting (sunt.) atau Terjemahan (terj.)
Sidi Gazalba, dan Zainab Ismail, sunt. 1993. Dakwah
Islamiah Malaysia masa kini. Bangi: Penerbit UKM.
Dahlan H. M., Hamzah Jusoh, Hing Ai Yun, and Ong
Jin Hui, eds. 1997. ASEAN in the global system. Bangi:
Penerbit UKM.
Denton, R. M. & C. I. Pogson. 1985. Kajian dasar dalam
biologi: Pengawalan metabolisme. Terj. Johari Mohd.
Saleh. Kuala Lumpur: DBP.
Organisasi/Institusi
Jabatan Perangkaan Negara. 1993. Laporan banci
penduduk dan perumahan Malaysia 1991. Kuala
Lumpur: Jabatan percetakan Negara.
UNESCO.

1973. The educational system in Malaysia.


Bangkok.

Majalah dan Surat Khabar


Kemala. 1977. Gagasan hadiah sastera Asean. Dewan
Bahasa 21, Mac.

Obor Penerbitan Ilmiah

32 / Penerbit UKM
Gamal Nasir Mohd. Ali. 1994. Erti toleransi dalam Islam.
Utusan Malaysia, 23 Mac.
New Straits Times. 1997. Editorial, 30 July.
Berita Harian. 1993. Kebun buah untuk pikat pelancong,
10 Mei.
Bahagian Buku
Nor Aini Hj Idris. 1997. Tenaga buruh wanita. Dlm.
Pembangunan sumber manusia di Malaysia,
disunting oleh Supian Ali, Rahmah Ismail dan
Muhammad Anuar Adnan. Bangi: Penerbit UKM.
Ogilvy, D. 1965. The creative chef. In The creative organization, edited by Gary A. Steiner, 199-213. Chicago:
University of Chicago.
Edisi
Alias Baba. 1997. Statistik penyelidikan dalam
pendidikan sains sosial. Edisi Kedua. Bangi:
Penerbit UKM.
Zainul Abidin Md. Sharrif, Md. Asri Ibrahim, dan Normah
Jantan. 1993. Pengenalan mikrokomputer. Edisi
Kedua. Bangi: Penerbit UKM.
Kertas Kerja/Pasca Sidang jika dicetak dianggap sebagai
bahagian buku:
Jambari Hj. Ali. 1994. Kepelbagaian siput air tawar
Malaysia. Dlm. Kesatuan dalam kepelbagaian
penyelidikan biologi, disunting oleh Rohani Ahmad,
Aminah Abdullah, Mohd. Khan Ayub dan S. Fatimah
al-Junid. Bangi: Penerbit UKM.

Obor Penerbitan Ilmiah

33 / Penerbit UKM
Kertas kerja dibentang dalam persidangan/simposium
Ishak Shari. 1996. Kemiskinan bandar: Konsep dan isu.
Kertas kerja dibentangkan di Seminar Kemiskinan
Bandar, anjuran Kementerian Pembangunan Luar
Bandar, 12-13 Julai, Kuala Lumpur.
Disertasi atau Tesis
Zaiton Harun. 1992. Anatomi sesar-sesar utama
Semenanjung Malaysia. Disertasi Ijazah Doktor
Falsafah, Jabatan Geologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor D. E.
Abdul Samad Hadi. 1981. Population mobility in Negeri
Sembilan, Peninsular Malaysia. Ph.D. Diss., Flinders
University of South Australia.
Slaid dan Filem
Mihalyi, Louis J. 1975. Landscapes of Zambia, central
Africa. Santa Barbara, Calif.: Visual Education. Slides.
The Greek and Roman World. 1977. Chicago: Society for
Visual Education. Filmstrip.
An incident in Tiananmen Square. 1990. 16 mm, 25 min.
San Francisco: Gate of Heaven Films.
Program Komputer
Statistical Package for the Social Sciences Level M Ver. 8
(SPSS Lev. M 8.1). SPSS, Chicago.
Lotus 1-2-3 Rel. 2. Lotus Development Corporation,
Cambridge, Mass.
Dokumen Elektronik
Belle de jour. 1990. In Magills Survey of the Cinema [database online]. Pasadena, Calif.: Salem Press, ca. 1989

Obor Penerbitan Ilmiah

34 / Penerbit UKM
- [cited 1 January 1990]. Accession no. 50053. P. 2 of
4. Available from DIALOG Information Services, Inc.,
Palo Alto, Calif.
Moore, Rich. 1990. Compaq Computer: COMPAQ Joins
the Fortune 500 Faster Than Any Company in History. In Businesswire [database online]. San Francisco: Business Wire, 1986- [updated 9 April 1986;
cited 10 March 1990]. Accession no. 000782; NO
= BW 420. 5 screens. Available from DIALOG Information Services, Inc., Palo Alto, Calif.
Jerichos Wall. 1990. In History Log9008 [electronic
bulletin board]. S.I. 27 August 1990- [cited 15 December 1990]. Available from listserv @
FINHUTC.BITNET.
Kulikowski, Stan. 1989. Readability Formula. In
NLKR (Digest vol. 5, no. 10) [electronic bulletin
board]. Rochester, N.Y., 1988 (cited 31 January
1989]. Available from nl-kr @ cs. rochester. edu;
INTERNET.
Untuk jurnal atau terbitan berkala, maklumat yang
dimasukkan adalah seperti berikut:


Nama pengarang

Tahun

Judul rencana

Judul jurnal/terbitan berkala (dihuruf condongkan)

Jilid/bilangan keluaran

Halaman rencana

Berikut contoh pelbagai entri rujukan jurnal dan terbitan


berkala yang digunakan oleh Penerbit UKM. Perhatikan
tanda baca dan penulisan huruf besar.

Obor Penerbitan Ilmiah

35 / Penerbit UKM
Fatimah Abdullah. 1995. Pola sosialisasi kanak-kanak
keluarga Melayu bandar. Jurnal Antropologi dan
Sosiologi 22: 55-71.
Musa Ahmad & Ramaier Narayanaswamy. 1996. Sungai
dan pantai kuno di kompleks Delta Kelantan. Sains
Malaysiana 25(3): 77-90.
Md. Nor Othman & F. S. Ong. 1993. Leisure activities
of young, urban, Malaysian adults: Implications of
marketers. Malaysian Management Review 28
(Mach): 33-53.
Mazlan Othman, and K. Ishida. 1988. Surface distribution
of M Stars with different IRAS colour. Vistas in Astronomy 31: 441-43.
Mohd. Shafeea Leman. 1993. Permian fauna and volcanic activity in Padang Tengku area, Pahang. Warta
Geologi 19 (3): 112-13.
Philips, T. J., and J. S. Doiver. 1992. Recent progress in
dermatology. New Eng. J. Med. 326: 167-178.

Obor Penerbitan Ilmiah

36 / Penerbit UKM

Senarai Semakan
Sebelum menyerahkan sesebuah manuskrip kepada jurnal,
semak setiap perkara yang berikut untuk memastikan
manuskrip itu lengkap.
1. Halaman teks draf akhir dinomborkan berurutan
bermula dengan halaman judul.
2. Rajah-rajah dan jadual dinomborkan mengikut
susunan petikan teks.
3. Catatan pinggir hendaklah dibuat pada rajah atau jadual
itu disebut dan ditempatkan.
4. Tuliskan nombor rajah dan nama pengarang pada rajah
yang disampaikan dengan menggunakan pensil di belakang
rajah.
5. Setiap rajah asal mestilah disampaikan dengan satu
salinan fotokopi.
6. Setiap sumber rujukan yang dipetik dalam teks,
jadual dan peta hendaklah disenaraikan di dalam senarai
rujukan.
7. Sumber rujukan yang disenaraikan dalam senarai
rujukan hendaklah dipetik sekurang-kurangnya sekali
dalam teks, jadual atau peta.
8. Semua rujukan dalam senarai rujukan pada draf akhir
mestilah disahkan dengan sumber makalah.
9. Draf akhir hendaklah disemak dengan teliti
sekurang-kurangnya dua kali, kali pertama disemak
dengan draf yang terdahulu.
10. Surat-surat kebenaran hak cipta sumber gambar
mestilah disertakan.
11. Alamat surat-menyurat dan alamat penyampaian
pruf hendaklah dinyatakan pada halaman akhir makalah
itu.

Obor Penerbitan Ilmiah

37 / Penerbit UKM

Rujukan
CBE Style Manual. 5th edition. 1983. Maryland: Council of

Biology Editors, Inc.


Harts Rules for Compositors and Readers at the University Press Oxford. 38th edition. 1978. Oxford
University Press.
Maeve Oconnor. 1986. How to Copy edit scientific
books and journals. Philadelphia: ISI Press.
The Chicago Manual of Style. 14th edition. 1993. Chicago: Chicago University Press.
The Oxford Dictionary for Writers and Editors. 1984.
Oxford: Clarendon Press.

Obor Penerbitan Ilmiah

38 / Penerbit UKM

Obor Penerbitan Ilmiah

39 / Penerbit UKM

Obor Penerbitan Ilmiah

You might also like