You are on page 1of 2

TEKS PENGACARA PELANCARAN BULAN ANTI DADAH PERINGKAT

SEKOLAH KEBANGSAAN (P) SULTAN IBRAHIM JOHOR BARU

Yang Berusaha, Puan Hajah Faridah Bt Sukiran


Guru Besar SK(P) Sultan Ibrahim
Yang Berusaha, Puan Norzila Ahmad
GPK Pentadbiran SK(P) Sultan Ibrahim
Puan Rooselawati Bt Mohd Suhoot
GPK Hal Ehwal Murid
Puan Azizah Bt Abdul Rahman
GPK Kokurikulum
En Mohd Hfny B Isa
Yang Dipertua PIBG
Guru-guru, ibu bapa seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.
Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat ilahi kerana limpah kurnianya dapatlah
sama-sama kita berkumpul bagi menyaksikan pelancaran bulan Anti dadah
peringkat Sekolah. Untuk pengetahuan semua, pelancaran ini diadakan
serentak di seluruh sekolah di negeri Johor. Ini menunjukkan bahawa
masyarakat umumnya mengetahui bahaya musuh nombor 1 negara iaitu dadah
durjana. Semoga pelancaran kampen ini akan memberikan kesedaran dan info
berguna kepada semua warga sekolah.
Seterusnya majlis mempersilakan Puan Hajah Faridah untuk menyampaikan
ucapan seterusnya merasmikan bulan PPDA.
Terima kasih diucapkan kepada Puan Hajah Faridah.
Majlis mempersilakan En Mohd Hfny B isa mengiringi Puan hajah Faridah Bt
sukiran bagi menyempurnakan simbolik perasmian majlis. Dipersilakan

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Hajah Faridah Bt


Sukiran serta En Mohd Hifny atas perasmian sebentar tadi.
Warga sekolah dipersilakan untuk menyertai aktiviti yang akan diadakan
sempena bulan PPDa. Antara aktiviti tersebut ialah :1) Ceramah oleh Polis di Raja Malaysia/ Kastam Malaysia
- Diadakan pada waktu koko
2) Pertandingan mewarna poster anti dadah (murid tahap 1)
3) Pertandingan melukis poster anti dadah (kelab persatuan)
4) Kuiz anti dadah (sepanjang bulan mac/ penyertaan semua murid)
- Kuiz lima minit
Pelbagai Hadiah istimewa telah disediakan untuk para pemenang. Muridmurid adalah di galakkan untukmenyertai aktiviti yang dijalankan.
Sekian, terima kasih.

You might also like