You are on page 1of 6

Penyata Razak (1956)

1. Menteri Pelajaran ketika itu Y.B. Dato' Tun Abdul Razak Hussein menubuhkan
Jawatankuasa Pelajaran dan mengesyorkan beberapa perubahan dalam sistem
pendidikan dan laporan ini dikenali sebagai Penyata Razak (1956).
2. Cadangan-cadangan dalam penyata tersebut telah dimaktubkan dalam Ordinan
Pelajaran 1957
3. Tujuan Penyata Razak adalah

a. Menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa


perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah

b. Mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India sebagai satu
rumpun bangsa di Tanah Melayu

c. Mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan antara kaum


dapat dikurangkan

d. Menyediakan kemudahan pendidikan yang mencukupi untuk melahirkan


masyarakat yang berdisplin, terlatih, liberal dan progresif.

e. Mewujudkan sistem pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan


berkesan

f. Mewujudkan masyarakat yang bertoleransi, berdisplin, terlatih , lieral dan


progresif

g. Memenuhi keperluan negara yang merdeka dan memperkembangkan


sistem pendidikan

Sejarah Pendidikan Sebelum Penjajahan

1. Sistem pendidikan adalah berasaskan sistem pondok yang diadakan di madrasah


dan di sekolah-sekolah agama.
2. Sekolah agama atau madrasah pesat dalam tahun 7920-an hingga 1940-an.
Contohnya, di Pondok Langgar, Pokok Sena di Kedah, Pondok Bukit Mertajam
Seberang Prai dan Madrasah Al-Masyhur di Pulau Pinang.
3. Sekolah agama atau madrasah lebih sistematik daripada sekolah pondok, iaitu dari
segi kurikulum (berstruktur), waktu belajar (tetap) dan peralatan (kerusi meja).
4. Ditubuhkan dengan tujuan melahirkan pelajar yang bennoral tinggi.
5. Walau bagaimanapun, terdapat kelemahan pada sekolah agama atau madrasah.
Sekolah-sekolah ini tidak dapat melahirkan masyarakat Islam yang moden kerana
tiada penekanan kepada Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.
Sekolah Vernakular
1. Sekolah vernakular merujuk kepada sekolah yang menggunakan bahasa ibunda
dalam pelaksanaan penyelidikan dan pembangunan (P&P) di sekolah.
2. Terdapat tiga jenis sekolah vernakular, iaitu Melayu, Cina dan Tamil.
3. Sekolah vernakular Melayu yang pertama sekali ditubuhkan ialah pada tahun
1855, iaitu di Bayan Lepas, Pulau Pinang.
4. Sekolah Melayu Gelugor, Pulau Pinang menggunakan bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar.
5. Pada tahun 1872, A.M. Skinner memperkenalkan persekolahan dua sesi, iaitu:
i.

Pagi

i.

Bahasa Melayu, Matematik, Ilmu Alam

ii.

dan mata pelajaran vokasional

ii.

Petang

i.

Bahasa Arab

ii.

dan al-Qur'an

b. Kekurangan guru merupakan faktor tiada sekolah menengah Melayu pada waktu
itu. Ini telah mendorong sehingga tertubuhnya dua buah maktab perguruan, iaitu
i.

MPSI Tanjung Malim pada tahun 1922 dan

ii.

MPPM di Melaka pada tahun 1935.

c. Sekolah vernakular Cina ditubuhkan pada tahun 1815 oleh kumpulan pendakwah
baru Persatuan Pendakwah London. Terdapat juga sekolah Cina yang dibuka oleh
orang perseorangan.
d. Sekolah Cina menggunakan bahasa Cina/Mandarin (Kuv Yu) sebagai bahasa
pengantar, manakala guru-guru dan buku teks diimpot dari Negara China.
e. Contoh sekolah vernalular Cina ialah
i.

SJK (C) Hua Lian, Tanjung, Perak dan

ii.

SJK (C) Chung Hwa, Kota Bharu, Kelantan.

f. Kelas Bahasa Cina diadakan di semua `Free School', iaitu di Melaka, Pulau
Pinang dart Singapura, namun la gagal dan telah dihentikan.
g. Sekolah vernakular'I'amil menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar.
Guru, kurikulum dart buku teks diimpot dart India. Contohnya, SJK (T)
Manikavasagam, Tanjung Malim, Perak.

h. Pada tahun 1925, Kod Buruh berkuat kuasa, di mana semua estet vang
mempunyai 10 orang kanak-kanak dalam umur persekolahan diwajib
menyediakan sekolah yang bertujuan rnembasmi buta huruf.
i. Sekolah Inggeris hanya terdapat di kawasan bandar dart menggunakan bahasa
Inggeris sebagai bahasa pengantar.
j. Pendidikan bahasa Inggeris mula diperkenalkan di kalangan anak bangsawan
Melayu pada tahun 1905. Penang Free School (1816 ) merupakan sekolah
Inggeris pertama yang ditubuhkan. Guru-guru yang mengajar di sekolah Inggeris
ini terdiri daripada paderi yang mendapat pendidikan di Eropah.
1. Ciri-ciri sekolah pada zaman penjajahan:

a. Setiap jenis sekolah khusus mengikut kaum.


b. Kurikuium sekolah berbeza.
c. Lokasi sekolah bagi setiap kaum terpisah.
d. Bahasa pengantar berlainan, contoh sekolah Cina bahasa pengantarnya
ialah bahasa Mandarin.

2. Pada tahun 1854, Syarikat Hindia Tirnur mengeluarkan arahan kepada Gabenor
Negeri-negeri Selat untuk menyediakan laporan tentang status dan keadaan
pendidikan agar tindakan selanjutnya dapat diambil.
3. Pada tahun 1855, sekolah Melayu dibuka di Bayan Lepas, Pulau Pinang dan
diikuti dengan dua buah sekolah Melayu di Singapura, iaitu di Telok Belanga dan
Kampung Gelam.
4. Pada zaman pernerintahan British di Tanah Melayu, sekolah Inggeris mula
diperkenalkan. Contohnya,
a. King Edward VII, Taiping di Perak dan
b. Clifford School, Kuala Lipis, Pahang.

ii.

Sekolah pondok masih diteruskan di kalangan penduduk Melayu. Sekolah


vokasional Melayu juga telah diadakan untuk melatih kumpulan buruh.

iii.

A.M. Skinner, Nazir Sekolah pada tahun 1870-an telah merombak sekolah
Melayu dan menjadikannya dua sesi, iaitu sesi pagi untuk pelajaran biasa
dari sesi petang untuk pembelajaran agama.

iv.

Senario di sekolah-sekolah Cina pula agak berbeza kerana sekolah-sekolah


ini dibiayai oleh masyarakat Cina yang terdiri daripada golongan peniaga.
Sekolah-sekolah Cina ini berkembang pesat dan diteruskan ke peringkat sekolah
menengah.

v.

Di peringkat awal, iaitu pada tahun 1917, sekolah Cina mula mendapat bantuan
dari Negara China dan telah menggunakan bahasa "Kuo Yue" : Mulai tahuu 1920an, sekolah-sekolah ini diberi pilihan sama ada untuk mendapat bantuan dari
Negara China atau kerajaan tempatan.

vi.

Sekolah-sekolah tamil mula berkembang selaras dengan perkembangan dalam


sektor perladangan kopi, getah dan kelapa sejak tahun 1870-an. Sekolah Tamil
telah diadakan untuk majikan estet dan hanya di peringkat sekolah rendah sahaja.

vii.

Kanun Buruh diterima pakai di Negeri-negeri Melayu Bersekutu mulai tahun


1923 clan membuat peruntukkan agar sekolah-sekolah Tamil diberi kemudahan
mengajar kepada anak-anak pekerja buruh.

viii.

Walau bagaimanapun, sekolah-sekolah lnggeris yang dikendalikan oleh mubaligh


Kristian adalah terbuka kepada semua kanak-kanak tanpa mengira ras dan agama.
Sistem pendidikan ini sejak awal lagi telah meninggalkan kesan yang mendalam
dari segi meningkatkan persaingan hebat di kalangan semua kaum.

ix.

Sejak pertengahan tahun 1870-an, kaedah pengajaran yang digunakan adalah


`monitoral system' di mana guru-guru dibawa dari England clan kos perbelanjaan
untuk tujuan ini kian meningkat. Justeru, Jawatankuasa Wooley pada tahun 1870an telah membuat penelitian dan mencadangkan agar alternatit lain diperoleh clan
hasil daripada laporan ini, maka sistem "bekerja sambil belajar" telah
diperkenalkan.

x.

Dalarn aspek latihan pula, sejak awal lagi telah diberikan latahan profesional.
Justeru, guru-guru pada awalnya dihantar ke Kolej Raffles dan ke luar negara
untuk tujuan latihan. Mulai tahun 1920-an, dua buah institusi tempatan diwujud
untuk menyediakan latihan perguruan. Maktab Perguruan Sultan Idris (1922 ) dan
Maktab Latihan Perguruan Perempuan Melayu di Melaka ditubuhkan (1935)
untuk melatih guru-guru dari Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri Melayu
Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.

xi.

Pendudukan Jepun telah banyak menjejaskan perkembangan di dalam bidang


pendidikan. Selepas Jepun meninggalkan Tanah Melayu, sekolah dan kolej
berfungsi kembali setelah proses membaiki bangunan dan melengkapkan
kemudahan serta peralatan sekolah siap selepas tahun 1946.

You might also like