You are on page 1of 15

Teori Pembelajaran Behavioris

Teori Pembelajaran Behavioris mengatakan bahawa pembelajaran merupakan


satu proses pelaziman iaitu hubungan antara rangsangan luar dengan tindak
balas individu dapat dibina untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang
kekal. Tokoh-tokoh mazhab behavioris seperti Pavlov, Thorndike, Watson dan
Skinner berpendapat bahawa pembelajaran merupakan satu tingkah laku yang
boleh

diperhatikan,

dikawal

dan

diramal.

Dari

perspektif

behaviorisme,

pembelajaran hanya bermula apabila wujudnya tindak balas terhadap sesuatu


rangsangan yang diberi. Proses pembelajaran akan diteruskan jika terdapat
motivasi ekstrinsik yang sesuai (sama ada peneguhan positif atau negatif)
sementara pembelajaran dikatakan berakhir apabila perubahan tingkah laku
dapat dibentuk dan dikekalkan. Selain itu,

Behaviorisme merupakan satu

pendekatan pemikiran yang menekankan peranan pengalaman dalam mengawal


tingkah laku. Menurut ahli-ahli behaviorisme, proses-proses penting yang
mengawal tingkahlaku ini adalah dipelajari.

Oleh itu, kedua-duanya iaitu

dorongan yang membangkitkan tingkahlaku serta tingkah laku tertentu yang


dibangkitkan

daripada

dorongan

ini

dipelajari

melalui

interaksi

dengan

persekitaran. Antara matlamat utama pemikiran ini ialah untuk menentukan


hukum-hukum atau prinsip-prinsip yang mengawal pembelajaran.
Antara tokoh-tokoh

yang ahli behaviorisme yang terkemuka yang akan

dibincangkan ialah Ivan Pavlov, J.B. Watson, E.L Thorndike dan B.F. Skinner.
Eksperimen yang mereka jalankan menjadi asas kepada prinsip dan idea mereka
tentang pembelajaran. Kebanyakan teori pembelajaran yang dihasilkan daripada
pemerhatian dan ujian ke atas haiwan seperti anjing, tikus, kucing dan burung
dalam keadaan bilik makmal. Ujian mereka ditumpukan kepada perhubungan
rangsangan dan gerak balas yang menghasilkan perubahan tingkah laku. Secara
amnya kita boleh bahagikan sumbangan mereka kepada dua kategori iaitu
pelaziman klasik terdiri dari Pavlov dan J.B. Watson dan teori pelaziman operan
terdiri dari tokoh E. L Thorndike dan B.F. Skinner. Di dalam perbincangan ini,
fokus akan diberi kepada pelaziman klasik dan diikuti dengan pelaziman operan
serta implikasi teori dalam pengajaran dan pembelajaran.

2.1

Teori Pelaziman Klasik Ivan Pavlov

Menurut Lee Shok Mee (1996), beliau menyatakan Pavlov merupakan salah
seorang daripada ahli teori Behavioris selain daripada Skinner, Thondike dan
Watson. Beliau dilahirkan pada 14 September 1849 di Ryazan, Rusia Tengah. Ivan
Pavlov merupakan ahli fisiologi, psikologi dan ahli fizik berbangsa Rusia. Beliau
terkenal dengan orang pertama yang mendeskripsikan fenomena pelaziman
klasik atau pelaziman responden.

Pada tahun 1904

pula, beliau telah

dianugerahkan hadiah Nobel bagi kategori fisiologi atas eksperimen beliau iaitu
melatih anjing untuk mengeluarkan air liur apabila mendengar bunyi yang
dikeluarkan oleh metronome. Hasil eksperimen ini telah mengasaskan teori
behavioris dalam bidang psikologi yang merupakan rujukan asas kepada konsep
pelaziman klasik pada masa kini.
Teori pelaziman klasik adalah tentang tingkah laku pembelajaran yang telah
dipelopori oleh Ivan Pavlov ( 1849-1936). Pada tahun 1980-an, Pavlov mengkaji
fungsi pencernaan pada anjing dengan melakukan pemerhatian pada kelenjar air
liur. Dengan cara itu, beliau dapat mengumpul, menyukat dan menganalisis air
liur haiwan itu dan bagaimana ia dapat diberikan makanan pada keadaan yang
berbeza. Beliau sedar anjing akan mengeluarkan air liur sebelum makanan
sampai ke mulutnya dan mencari hubungan timbal balik antara air liur dengan
aktiviti perut. Pavlov hendak melihat rangsangan luar dapat mempengaruhi
proses ini. Oleh itu, contoh paling awal dan terkenal bagi pelaziman klasik
melibatkan pelaziman air liur pada anjing kajian Pavlov.
Seterusnya dalam eksperimen ini juga Pavlov membunyikan loceng terlebih
dahulu sebelum beliau memberikan makanan kepada anjing. Anjing itu tidak
memberikan sebarang gerak balas terhadap bunyi loceng. Kemudian Pavlov
memberikan makanan kepada anjing itu dan menghasilkan gerak balas
rembesan air liur. Makanan ini disebut sebagai rangsangan tak terlazim kerana
menghasilkan gerak balas rembesan air liur secara automatik. Perembesan air
liur ini disebut sebagai gerak balas tak terlazim kerana ia berlaku secara
automatik.

Tiada

pembelajaran

atau

pelaziman

terlebih

dahulu

menghubungkaitkan makanan dengan perembesan. Bunyi loceng hanya satu


rangsangan neutral kerana tidak menghasilkan sebarang gerak balas. Oleh itu,
eksperimen ini diulang berkali-kali iaitu loceng dibunyikan terlebih dahulu
sebelum anjing itu diberikan makanan. Akhirnya anjing itu mengeluarkan air liur
sebaik mendengar bunyi loceng walaupun belum lagi menerima makanan. Oleh
itu bunyi loceng disebut rangsangan terlazim kerana ia boleh menyebabkan

perembesan. Gerak balas terhadap bunyi disebut gerak balas terlazim kerana
dapat menghasilkan gerak balas yang sama seperti makanan. Selain itu, tindak
balas emosi manusia terhadap pelbagai situasi dipelajari melalui pelaziman
klasik. Contohnya, seorang guru sentiasa memarahi muridnya, maka kehadiran
guru tersebut dapat membangkitkan perasaan takut pada diri murid tersebut.
Gerak balas terlazim ini timbul disebabkan rangsangan neutral. Selain itu, gerak
balas positif juga dapat dipupuk melalui teori pelaziman klasik. Misalnya guru
sentiasa memberi pujian kepada murid yang menyiapkan tugasan, lama
kelamaan murid tersebut akan bergerak balas positif walaupun tanpa pujian.
Oleh itu, keputusan yang diperoleh dari kajian pelaziman klasik ini mempunyai
implikasi

dalam

pengajaran

dan

pembelajaran

dalam

bilik

darjah

iaitu

pembelajaran boleh berlaku dengan menggantikan satu rangsangan dengan


rangsangan yang lain. Justeru, Ivan Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran
berlaku akibat daripada rangsangan yang telah diterima oleh seseorang. Setiap
rangsangan yang diterima pula akan menimbulkan suatu gerak balas. Daripada
teori ini, guru perlu sedar bahawa rangsangan dan gerak balas mempunyai
kaitan yang boleh dilazimkan atau dipelajari.
Kaitan antara rangsangan dengan gerak balas boleh diperkukuhkan melalui
latihan. Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak
balas,semakin kukuh gerak balas terlazim itu. Sebagai contoh, apabila guru
memberi pujian (rangsangan) setiap kali murid membuat hasil kerja yang baik
(gerak balas), maka gerak balas tersebut (hasil kerja yang baik) akan dapat
diteruskan walaupun tiada pujian daripada guru. Guru juga boleh memotivasikan
muridnya dengan ganjaran yang sesuai supaya dapat mengawal tingkah laku
yang dikehendaki dalam proses pengajaran dan pembelajarannya. Sebagai
contoh, guru boleh memberi motivasi dalam bentuk pujian, hadiah dan kata-kata
perangsang untuk membentuk tingkah laku yang diingini. Guru juga boleh
meningkatkan
pengajaran

motivasi

dan

murid-muridnya

pembelajaran

yang

dengan

menyediakan

menyeronokkan

seperti

suasana

memulakan

pengajaran dan pembelajaran dengan set induksi yang dapat menarik perhatian
murid. Selain itu, guru juga perlu melibatkan murid-murid dalam proses
pengajarannya seperti penglibatan dalam aktiviti berkumpulan, perbincangan,
projek dan sebagainya. Melalui aktiviti seperti ini murid-murid dapat belajar
dengan lebih berkesan kerana pembelajaran boleh berlaku melalui latihan,
kebiasaan dan pengalaman. Dalam proses pembelajaran juga, generalisasi boleh

berlaku di mana murid dapat melakukan tingkah laku yang sama di dalam situasi
yang berlainan. Sebagai contoh, murid dapat mengaplikasikan konsep wang
yang dipelajari di kelas ketika proses jual beli di kantin atau di kedai buku
sekolah. Dalam pembelajaran juga, penghapusan boleh berlaku jika peneguhan
tidak

diberikan.

Ini

bermakna,

sekiranya

sesuatu

tingkah

laku

tidak

diperkukuhkan melalui ganjaran, tingkah laku itu mungkin akan terhapus begitu
sahaja. Apabila seseorang guru berhenti memberi ganjaran, prestasi muridnya
mungkin akan merosot. Oleh itu, konsep pemulihan serta merta dapat
membantu seseorang guru meningkatkan keberkesanan pengajarannya dengan
memberikan insentif semula kepada murid-murid dengan mempelbagaikan
hadiah, aktiviti, alat bantu mengajar dan projek bagi meningkatkan semula
semangat ingin belajar di kalangan murid-murid.

2.2

Teori Pelaziman Tingkah Laku J.B Watson

Teori pelaziman klasik seterusnya iaitu Teori Pelaziman Tingkah Laku J.B Watson.
J.B. Watson merupakan seorang ahli psikologi di Amerika Syarikat dan
merupakan

orang

yang

pertama

mencipta

istilah

behaviorisme

untuk

menghuraikan tingkah laku manusia. Kajian beliau banyak dipengaruhi oleh Teori
Pelaziman Klasik Pavlov. Antara teori yang terkenal iaitu kajian beliau tentang
emosi kanak-kanak dengan menggunakan Model Pelaziman Klasik.

Menurut

Noriati A. Rashid et al (2009), Watson melihat psikologi sebagai kajian tentang


tingkah laku manusia yang dapat dikawal dan diramal. Selain itu,

Watson

terkenal dengan kajiannya berkaitan pelaziman dan kawalan emosi manusia iaitu
uji kaji tentang Albert (1920). Dalam eksperimen ini kanak-kanak Albert dibiarkan
bermain tikus putih. Ketika Albert sedang bermain, Watson membunyikan
ketukan yang kuat. Gandingan dua perkara ini dibuat berulang-ulang kali. Oleh
itu, Albert terkejut dan terus menjadi takut kepada tikus putih. Justeru, Albert

mengaitkan tikus putih dengan bunyi yang mengejutkan. Oleh itu, persepsi
Albert akan menjadi takut kepada semua benda putih yang berbulu termasuk
rambut Watson dan muka Santa Klaus.
Menurut Watson, tingkah laku adalah refleks terlazim iaitu sesuatu gerak balas
yang dipelajari melalui proses pelaziman klasik. Selain tingkah laku, Watson turut
menjalankan kajian terhadap pembelajaran emosi manusia. Menurut beliau,
manusia mewarisi tiga jenis emosi iaitu takut, marah dan kasih sayang. Beliau
berpendapat bahawa rasa takut dan respons emosi lain boleh diperoleh atau
dihapuskan melalui pelaziman. Seperti kajian yang dijalankan olehnya terhadap
seorang bayi berusia 9 bulan dengan seekor tikus putih.

Watson juga

memperkenalkan dua prinsip iaitu prinsip kekerapan dan prinsip kebaruan.


Prinsip kekerapan menekankan bahawa semakin kerap seseorang menunjukkan
suatu respons terhadap suatu rangsangan, semakin tinggi kemungkinan orang
itu akan memberikan respons (gerak balas) yang sama terhadap rangsangan
tersebut.
Prinsip

ini

membawa

implikasi

bahawa

murid

perlu

memahami

dan

mengulangkaji setiap tajuk dalam sesuatu mata pelajaran dengan kerap bagi
mengingati kembali konsep-konsep pelajaran dengan mudah. Prinsip kebaruan
pula menegaskan bahawa semakin baru respons seseorang terhadap suatu
rangsangan, semakin tinggi kemungkinan orang itu akan memberikan respons
atau gerak balas terhadap rangsangan itu. Ini

bermakna, setiap murid perlu

membuat ulang kaji dengan sempurna sebelum menempuh peperiksaan bagi


membolehkan mereka mengaplikasikan konsep-konsep yang diulang kaji.
Sekiranya sesuatu tajuk itu lama tidak diulangkaji, ia akan terhapus daripada
ingatan begitu sahaja.
Oleh itu,seseorang guru perlu memberikan latihan dengan kerap untuk
mengukuhkan ingatan murid. Selain itu, minat murid juga boleh ditimbulkan dan
dihapuskan. Guru yang mengajar dengan pelbagai alat bantu mengajar dan
mengelola pelbagai jenis aktiviti akan dapat menimbulkan minat murid terhadap
pengajarannya dan seterusnya menyebabkan murid ternanti-nanti kemunculan
guru berkenaan untuk mengajar mereka. Sebaliknya, minat murid terhadap
sesuatu mata pelajaran akan berkurangan sekiranya didapati pengajaran guru
tersebut tidak menarik atau membosankan. Sama seperti Pavlov, teori Watson
juga menggalakkan rangsangan yang baik bagi mewujudkan tingkah laku positif.
Sebagai guru kita harus memastikan rangsangan dalam bilik darjah (termasuk

tingkah laku guru) menimbulkan perasaan keseronokkan serta keselesaan dan


bukan perasaan takut atau risau. Guru juga perlu menggunakan rangsangan
yang boleh memotivasikan murid seperti mewujudkan persekitaran yang
kondusif dan kaya dengan bahan pengajaran bagi mendorong mereka berminat
untuk belajar.

2.3

Teori Pelaziman Cuba Jaya Thorndike

Teori Edward L. Thorndike (1874-1949) dikaitkan dengan teori pelaziman operan.


Thorndike terkenal dengan teori cuba jaya dan tiga hukumnya iaitu hukum
kesediaan, hukum latihan dan hukum kesan. Mengikut beliau, ganjaran dan
denda merupakan dua faktor penting yang membantu pembelajaran manusia.
Ganjaran akan mendorong manusia melakukan sesuatu gerak balas. Dalam
kajian tentang perkaitan gerak balas dengan rangsangan, Thorndike melakukan
eskperimen terhadap seekor kucing. Beliau mengurungkan seekor kucing yang
lapar dalam sebuah sangkar yang di dalamnya terletak satu tuil yang berfungsi
sebagai anak kunci untuk membuka pintu sangkar tersebut. Thorndike juga telah
meletakkan semangkuk makanan di luar sangkar yang digunakan untuk
rangsangan terhadap kucing itu. Berdasarkan pemerhatian Thordnike, kucing
yang lapar itu melakukan pelbagai tindakan untuk melepaskan diri dalam
sangkar, dan tiba-tiba terpijak tuil yang membuka pintu sangkar tersebut dan
terus menuju ke arah makanan yang disediakan. Kucing tersebut dimasukkan
semula dan eskperimen ini diulang sehingga kucing telah berjaya mempelajari
cara membuka pintu sangkar.
Berdasarkan pemahaman Thorndike semakin banyak percubaan semakin cepat
ia dapat keluar dari sangkar. Kesimpulannya pembelajaran merupakan proses
cuba ralat atau memilih dan menghubungkait. Dalam proses ini latihan yang
dilakukan secara berulang, gerak balas yang dihasilkan pada peringkat
permulaan akan semakin berkurang, perhubungan di antara rangsangan dengan
gerak

balasnya

semakin

bertambah

kukuh.

Beliau

berpendapat

bahawa

pembelajaran merupakan proses cuba-ralat (trial and error) atau memilih dan
menghubungkait (selecting and connecting). Proses cuba-ralat ini juga dikenali
sebagai proses cuba jaya. Latihan yang dilakukan secara berulang-ulang akan
menyebabkan gerak balas yang dihasilkan pada peringkat permulaan akan

semakin berkurangan. Manakala perhubungan antara rangsangan dan gerak


balas akan semakin kukuh. Gerak balas operan berlaku secara sendiri dan jika
mendapat hasil yang berkesan, ia akan dikukuhkan dan dikekalkan. Ini bermakna
apabila ganjaran diberi, gerak balas yang terhasil akan berulang kerana sudah
berlakunya proses pembelajaran. Tetapi jika ganjaran tidak diberikan, gerak
balas tersebut akan hilang secara perlahan-lahan. Oleh itu, guru perlu
menyediakan pelbagai sumber pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan
mengagumkan

agar

proses

pembelajaran

yang

berkesan

boleh

berlaku.

Contohnya dengan menggunakan ICT dan audio atau video yang menarik agar
murid dapat menjalani proses pembelajaran dengan berkesan. Thorndike juga
terkenal dengan tiga hukumnya iaitu Hukum Kesediaan,Hukum Latihan dan juga
Hukum Kesan. Thorndike amat menyarankan ketiga-tiga hukum tersebut
digunakan dalam mengawal pembelajaran manusia kerana beliau percaya jika
hukum-hukum tersebut dipatuhi, maka pembelajaran akan menjadi mudah dan
berkesan. Hukum kesediaan adalah perkara yang paling penting dan asas
sebelum seseorang murid memulakan pembelajaran. Seseorang murid perlu
mempunyai persiapan yang rapi sebelum menghadapi sesi pembelajaran di
dalam kelas.
Selain itu, murid perlu mempersiapkan diri mereka dari segi mental, fizikal,
emosi, sosial dan psikomotor sebelum pembelajaran berlaku. Faktor-faktor ini
sangat membantu dalam mewujudkan aktiviti pembelajaran yang aktif, mudah,
seronok

dan

memulakan

berkesan.
sesuatu

Justeru

aktiviti

kesediaan

murid

pembelajaran.

sangat

Sekiranya

penting
murid

dalam

bersedia

sepenuhnya untuk menjalani aktiviti pembelajaran, kesannya mereka akan


berasa seronok sepanjang pembelajaran berlaku dan seterusnya objektif
pembelajaran dapat dicapai dengan mudah. Guru boleh menggunakan motivasi
yang sesuai untuk meningkatkan kesediaan murid untuk belajar. Kesediaan
murid untuk belajar adalah perkara yang paling utama kerana jika mereka
bersedia,maka gerak balas yang positif akan dihasilkan.
Motivasi yang diberikan adalah sebagai satu rangsangan yang baik untuk
meningkatkan semangat murid untuk belajar. Dalam Hukum Latihan pula,
Thorndike berpendapat bahawa perhubungan antara rangsangan dengan gerak
balas akan bertambah kukuh jika latihan diberikan. Ini bermakna, untuk
meningkatkan perhubungan antara rangsangan dan gerak balas,seseorang
murid

hendaklah

diberi

latihan

dan

pengulangan

untuk

meningkatkan

keberkesanan pembelajaran. Semakin banyak latihan yang diberi semakin kukuh


ikatan antara rangsangan dengan gerak balas seseorang murid. Sebagai contoh,
seorang murid diberi latihan Matematik yang banyak, murid itu akan menjadi
semakin mahir dan tempoh masa untuk menyelesaikan soalan matematik
tersebut semakin singkat. Ini juga dapat mengukuhkan dan meningkatkan
kemahiran dan ingatan mereka terhadap isi pembelajaran yang telah dipelajari.
Oleh itu, guru perlu sentiasa memberikan latih tubi, kuiz atau soal jawab yang
menyeronokkan

supaya

murid

dapat

mengukuhkan

dan

meningkatkan

keberkesanan pembelajaran mereka. Hukum Kesan pula menyatakan bahawa


perhubungan antara rangsangan dengan gerak balas akan bertambah kukuh jika
terdapat kesan yang menyeronokkan. Manakala kesan yang menyakitkan akan
melemahkan perhubungan antara rangsangan dan gerak balas. Ini bermakna,
sekiranya seseorang murid mendapat kesan pembelajaran yang menyeronokkan,
ini

akan

mendorong

mereka

memperolehi

pencapaian

yang

lebih

baik.

Sebaliknya, jika seseorang murid mendapat kesan yang menyakitkan, gerak


balas tersebut akan semakin lenyap. Perkara ini boleh dikaitkan dengan ganjaran
dan denda yang diberikan berdasarkan gerak balas yang dihasilkan.
Juster itu, guru berperanan mewujudkan pembelajaran yang menyeronokkan
dengan memberi ganjaran, motivasi dan menyediakan peluang yang sama rata
untuk semua murid supaya mereka terdorong untuk belajar. Guru juga perlu
memastikan tugasan yang diberi tidak terlalu tinggi supaya murid dapat
menyelesaikannya dengan perasaan puas hati seterusnya dapat meningkatkan
motivasi mereka untuk belajar. Di samping itu, guru boleh memberikan peluang
kepada murid untuk menikmati kejayaan yang diperolehi dalam pembelajaran
mereka. Guru tidak boleh memandang rendah terhadap kejayaan yang telah
dicapai oleh murid malah guru perlu memberikan sokonganyang padu supaya
mereka tidak mudah putus asa dan akan terus mencuba untuk mencapai
kejayaan yang mereka ingini.

2.4

Teori Pelaziman Operan B. F Skinner

Teori

Skinner

telah

melanjutkan

usaha

Thorndike

dalam

kajian

tentang

pelaziman. Teori ini merupakan satu teori yang berasaskan rangsangan dan
gerak balas. Menurut Skinner (1953) kajiannya menunjukkan pelaziman operan
organisma bertindak balas terhadap persekitaran dalam proses pembelajaran.
Tingkah

laku sebegini

bukan

semata-mata gerak

balas automatik

yang

dikeluarkan mengikut naluri terhadap sesuatu rangsangan (pelaziman klasik).


Manakala Pelaziman Operan dapat meningkatkan kebarangkalian pengulangan
sesuatu gerak balas. Selain itu, peneguhan menambahkan kekerapan gerak
balas itu. Peneguhan biasanya ditakrifkan sebagai sebarang rangsangan yang
dapat menambahkan kebarangkalian gerak balas yang akan berlaku. Dalam
situasi pembelajaran manusia, peneguhan merupakan faktor penting untuk
menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Peneguhan dapat menghasilkan
sesuatu tingkah laku yang menuju ke arah matlamat yang hendak dicapai.
Justeru, Teori Peneguhan Skinner menitikberatkan pelaziman di antara sesuatu
tingkah laku dengan peneguhan. Oleh itu, peneguhan positif diberi selepas
sesuatu tingkah laku maka kebarangkalian tingkah laku itu akan bertambah.
Peneguhan positif merupakan sesuatu yang menyenangkan, misalnya ganjaran
kebendaan dan pujian.

Misalnya guru memberi pujian kepada muridnya yang

mendapat markah tertinggi. Peneguhan negatif pula merupakan sesuatu yang


menyakitkan dan ingin dielakkan oleh setiap individu. Contohya, apabila loceng
berbunyi, guru memberi arahan berikut: Semua murid harus beratur pergi
untuk rehat. Jika tidak anda akan kehilangan lima minit masa rehat. Cara ini
mementingkan usaha untuk menyedarkan seseorang tentang kesilapan yang
dilakukannya dan bukan semata-mata untuk mendendanya. Sehubungan itu,
implikasi Teori Pelaziman Operan Skinner dalam pengajaran dan pembelajaran
ialah sesuatu kemahiran atau teknik yang baru dipelajari hendaklah diberi
peneguhan secara berterusan dan diikuti secara berkala supaya kemahiran ini
dapat dikukuhkan dan dikekalkan. Justeru, peneguhan positif yang membawa
keseronokan adalah lebih berkesan daripada peneguhan negatif yang membawa
kesakitan. Selain itu, teori ini juga mampu membantu pelajar menguasai konsep
diskriminasi melalui proses pelaziman operan supaya mereka memperoleh ilmu
dan kemahiran dengan lebih cepat.

Kesimpulannya, ketiga-tiga tokoh ini (Teori Behavioris) menekankan peranan


persekitaran

dalam

proses

pembelajaran.

Pembelajaran

berlaku

dengan

wujudnya perkaitan dan perhubungan antara suatu rangsangan dengan suatu


gerak balas.Pelaziman klasik dan pelaziman operan adalah contoh teori
behavioris

yangmenekankan

kajian

tentang

tingkah

laku

yang

dapat

diperhatikan. Disebabkan teori ini memberi penekanan terhadap tingkah laku


kanak-kanak, maka aktiviti yang menarik akan mendorong murid untuk terlibat
aktif dalam proses pembelajaran didalam kelas. Guru pula perlu memainkan
peranan dengan menjalankan aktiviti yang menarik dan menyeronokkan untuk
menguatkan hubungan antara rangsangan dan gerak balas. Akhir sekali,
ganjaran terhadap gerak balas yang baik dan peneguhan perlu diberi kepada
murid bagi membantu murid menikmati perkembangan yang seimbang dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani.

3.0

TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF

Menurut teori pembelajaran mazhab kognitif, pembelajaran merupakan satu


proses pembentukan struktur kognitif dan perwakilan minda yang aktif.
Pembelajaran kognitif menekankan cara belajar seperti pemikiran celik akal,
kaedah penyelesaian masalah, penemuan, kategori pembelajaran dan resepsi.
Teori ini menekankan kepada proses mental kanak-kanak. Teori ini juga
berasaskan prinsip pembelajaran kognitif yang menerangkan bagaimana pelajar
menerima, memproses, menyimpan dan mencari maklumat dalam memori
(Ertmer & Newby 1993). Ilmu pengetahuan yang diperoleh bukan berhasil
daripada latih tubi dan peneguhan, tetapi lebih merujuk kepada proses interaksi
antara skema minda, pengalaman sedia ada dan keadaan baru yang juga
melibatkan pengharapan seseorang individu tersebut. Oleh itu, sekiranya
seseorang tidak dapat mengenal pasti hubungan perkara dan ertinya yang

dipelajari pembelajaran tidak akan berlaku walaupun diberikan latihan berulangulang.

Antara ahli-ahli psikologi kognitif seperti Kohler, Piaget, Bruner, Gagne

dan Ausebel yang berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses mental
(kognitif) yang akan berlaku dalam fikiran iaitu tidak dapat diperhatikan secara
langsung

daripada

tingkah

laku

manusia.

Justeru,

kebanyakan

situasi,

penyelesaian suatu masalah kompleks melibatkan proses dan pemikiran kognitif


menyeluruh.

3.1

Teori Pembelajaran Kohler

Tokoh yang seterusnya ialah Wolfgang Kohler yang mengemukakan Teori


Pembelajaran Celik Akal. Teori ini merupakan kebolehan mental yang mendorong
manusia mempersepsikan perkaitan unsur-unsur dalam persekitaran secara tibatiba demi menolongnya menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi. Teori
beliau ini melibatkan aspek persepsi dan struktur pemikiran untuk penyelesaian
masalah dengan menggunakan celik akal. Dengan menggunakan celik akal, kita
boleh memikirkan tentang alternatif-alternatif yang lain lalu fikir tentang struktur
dan persepsi yang baru.
Kohler menggunakan pendekatan kognitif untuk mengkaji bagaimana seekor
cimpanzi menyelesaikan masalah untuk mengkaji sebiji pisang yang tergantung
di bumbung sangkarnya. Akhirnya cimpanzi tersebut menggunakan celik akal
untuk mendapatkan pisang tersebut. Justeru itu, semasa dalam pembelajaran di
sekolah, guru haruslah selalu menggalakkan pelajar agar menggunakan celik
akal mereka untuk menyelesaikan masalah pelajaran. Selain itu, kita juga boleh
membimbing

pelajar

untuk

menggunakan

persepsi

mereka

untuk

menghubungkaitkan unsur-unsur dalam persekitaran. Malahannya, kita sebagai


guru juga harus menggunakan contoh-contoh khusus yang berkaitan untuk
membimbing pelajar supaya menggunakan celik akal mereka, demi mendapat
kesimpulan atau generalisasi.

3.2

Teori Pembelajaran Kognitif Piaget

Teori seterusnya iaitu Teori Pembelajaran Kognitif Piaget iaitu menekankan


pengubahsuaian diri dalam alam sekitar sebagai faktor yang penting untuk
perkembangan kognitif individu. Beliau mendapati perkembangan kognitif kanakkanak adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat ikut perubahan
umur mereka. Selain itu, setiap peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak
merupakan faktor penting yang mempengaruhi pembentukan konsep sama ada
konkrit atau abstrak. Menurut Piaget sistem ini adalah berbeza-beza daripada
sistem logikal yang digunakan oleh orang dewasa. Teori Pembelajaran Kognitif
Piaget (1970) menghuraikan lima pandangan asas iaitu skema, adaptasi
keseimbangan,

asimilasi

dan

akomodasi

yang

berkaitan

asas

individu

rapat

dengan

semasa

proses

pembelajaran kognitif seseorang.


Skema

merupakan

model

tingkah

laku

pengubahsuaian diri dalam alam sekitar. Skema merupakan model tingkah laku
asas individu yang ditonjolkan semasa proses pengubahsuaian diri dalam alam
sekitar. Contohnya aksi, bahasa, pemikiran, pandangan yang boleh mewakili ciri
tingkah laku

skema individu. Adaptasi dan keseimbangan iaitu mengubahsuai

skema selaras dengan pembelajaran baru. Asimilasi ialah proses memasukkan


peristiwa baru ke dalam skema yang sedia ada. Oleh itu, asimilasi melibatkan
percubaan memahami sesuatu yang baru dengan cara menyesuaikannya ke
dalam sesuatu yang telah kita ketahui (Woolfolk, 1998). Contoh, pada peringkat
permulaan, seorang kanak-kanak akan memikirkan seekor hamster sebagai tikus
belanda yang kecil. Kanak-kanak tersebut akan cuba memadankan pengalaman
barunya dengan skema yang sedia ada tentang cara mengenal pasti binatang.
Akomodasi akan berlaku apabila individu dapat menukar skema lama untuk
disesuaikan dengan pengalaman baru dan seterusnya membentuk skema baru.
Contoh di atas, kanak-kanak tersebut akan tambahkan skema baru untuk
mengenali hamster kepada sistem lain mengenalpasti binatang. Oleh itu,
implikasi Teori Piaget dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu guru perlu
menyediakan isi pelajaran mengikut peringkat perkembangan kognitif kanakkanak iaitu daripada konkrit kepada abstrak. Selain itu, guru perlu menyediakan
pelbagai aktiviti yang menggalakkan penerokaan dan penemuan. Tentukan
pelajar

bersedia

secara

mental

untuk

belajar

sesuatu

pengalaman

dan

pembelajaran yang sesuai mengikut peringkat pemikiran kanak-kanak. Hal ini

demikan kerana pengetahuan dan kebolehan kanak-kanak berbeza mengikut


tahap umur.

3.3

Tokoh

Teori Pembelajaran Gagne

seterusnya

iaitu

Teori

Pembelajarn

Gagne

dikenali

sebagai

teori

pemprosesan data atau maklumat. Kebanyakan idea Gagne tentang analisis


tugas menunjukkan pembelajaran berlaku secara berperingkat iaitu bergerak
daripada peringkat paling mudah kepada peringkat paling kompleks. Setiap
individu menilai input dari persekitarannya, mengenkod dan memindahkannya
kepada tindak balas tertentu. Gagne mengasaskan satu hierarki pembelajaran
berdasarkan peringkat-peringkat pembelajaran yang spesifik iaitu pembelajaran
isyarat, pembelajaran gerak balas, pembelajaran rangkaian motor, pembelajaran
bahasa, pembelajaran diskriminasi, pembelajaran konsep, pembelajaran prinsip
dan penyelesaian masalah. Menurut Gagne pemeringkatan pembelajaran
penting bagi membantu pembelajaran pada setiap peringkat serta penyususnan
penyampaian

pengajaran

dan

pembelajaran

dari

peringkat

asas

kepada

kompleks.
Menurut Gagne, pembelajaran isyarat iaitu individu mempelajari gerak balas
terhadap sesuatu isyarat. Contohnya, apabila pelajar mendengar loceng sekolah
berbunyi pada pukul 10.00 pagi, mereka mengetahui bahawa masa rehat telah
tiba. Seterusnya pembelajaran gerak balas iaitu proses peneguhan penting
dalam pembelajaran gerak balas iaitu guru memberikan peneguhan dalam
bentuk pujian atau motivasi ekstrinsik. Misalnya guru memberi peneguhan
kerana kerja tulisan Siti semakin kemas dan baik. Mengikut Gagne, rangkaian
motor merupakan rangkaian yang digunakan dalam kemahiran seperti penulisan,
permainan muzik dan sebagainya. Contohnya seorang guru yang mengajar bola
jaring perlu mengajar beberapa rangkaian kemahiran kecil seperti kemahiran
menerima, menghantar dan menjaringkan bola. Pembelajaran pertalian bahasa
mengaitkan lebih daripada satu rangsangan untuk menghasilkan tindak balas
misalnya

pelajar

dapat

menghubungkaitkan

apa

yang

dilihat

dengan

sebutannya. Pembelajaran diskriminasi ialah setiap individu akan menghasilkan


tindak balas yang berbeza. Contoh pembelajaran diskriminasi ialah pelajar
membezakan sejenis haiwan dengan haiwan yang lain seperti reptilia dengan

mamalia. Pembelajaran konsep pula berlaku selepas peringkat pembelajaran


rangkaian, pertalian bahasa dan diskriminasi.
Contohnya, untuk mempelajari mengenai reptilia, pelajar perlu mengetahui ciriciri asas reptilia dan cara ia membiak. Pembentukan konsep bermula dengan
prinsip diskriminasi iaitu mengenali secara tepat. Selain itu, pembelajaran
hukum melibatkan penggabungan dua atau lebih konsep berkaitan dalam
sesuatu urutan atau rangkaian. Jenis pembelajaran ini melibatkan penggunaan
rumus, prinsip, teori dan generalisasi. Contohnya pelajar membuat soalan
matematik yang melibatkan operasi tambah dan operasi darab. Peringkat
pembelajaran penyelesaian masalah merupakan peringkat akhir. Pembelajaran
ini melibatkan penggunaan prinsip, rumus, generalisasi, konsep dan hukum
untuk meyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi baru dan merupakan
peringkat yang paling sukar dan kompleks. Terdapat langkah-langkah yang
spesifik dalam proses penyelesaian masalah iaitu mengenal masalah, mencari
maklumat, membuat hipotesis, memilih cara menyelesaikan masalah, menguji
hipotesis dan membuat rumusan.
Implikasi Teori Gagne terhadap pengajaran dan pembelajaran ialah guru perlu
menekankan sistem pembelajarab harus bermula daripada yang mudah kepada
rumit. Selain itu, proses pengajaran dan pembelajaran mestilah menurut hierarki
kemahiran kecerdasan dan syarat di depan adalah syarat mutlak menguasai
jenis pembelajaran kemudian. Berdasarkan teori Gagne ini proses pengajaran
dan pembelajaran mestilah dilakukan secara berulang-ulang iaitu pembelajaran
melalui rangkaian. Sebagai contoh pengajaran seperti pembacaan teks melalui
nyanyian yang berulang kali lebih diingati oleh pelajar berbanding hanya melalui
kaedah biasa pembacaan teks.
Kesimpulannya,

ahli-ahli

psikologi

kognitif

mengkaji

situasi

pembelajaran

pelbagai yang berfokus pada perbezaan perkembangan kognitif individu yang


berbeza. Oleh itu, teori-teori pembelajaran kognitif berasaskan prinsip dan
andaian masing-masing serta tidak melahirkan peraturan am seperti yang
dirumuskan
pembentukan

dalam

teori-teori

Gestalt

sehingga

pembelajaran
munculnya

behaviorisme.
pendekatan

Justeru,

teori

konstrukturvisme,

didapati pemikiran minda dapat diperkembangkan daripada yang berfungsi


untuk memproses maklumat baru kepada yang interaksi dua hala antara
pengalaman sedia ada dengan ilmu yang diterima untuk membentuk struktur
kognitif yang semakin kompleks dan berstruktur.

RUJUKAN

Mok

Soon

Sang

(2009):

Psikologi

Pendidikan

Untuk

Pengajaran

&

Pembelajaran:Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.


Mok Soon Sang (2012) : Perkembangan Kanak-Kanak: Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd
Marof Redzuan & Haslinda Abdullah (2004): Psikologi Edisi Kedua: UPM
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2009): Siri
Pendidikan Guru Murid dan Alam Belajar :Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Ragbir Kaur Joginder Singh (2012): Panduan Ilmu Pendidikan Untuk Dpli
Psikologi: Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Kuala Lumpur
Woolfolk, A. (2011). Educational psychology. Active learning edition (3rd ed.).
Boston, MA: Allyn & Bacon

NAJIHAH BINTI HUSSAIN

You might also like