You are on page 1of 2

Pentarikhan mutlak bergantung kepada jenis artifak dan tapak.

Pengenalan
Pentarikhan mutlak ialah analisa saintifik ke atas bahan tinggalan lama berdasarkan
perubahan progresif seperti perebutan molekul C14 dan pertambahan kumulatif
dalam lapisan hidrasi obsidian. Menurut kamus dewan pula, pentarikhan ini
merupakan pentarikhan tidak terbatas, tidak ada kekecualian, tidak berbelah bagi,
lengkap dan penuh. F.Hole dan Heizer.F pula menyatakan pentarikhan mutlak ialah
pentarikhan kronometrik bagi usia sebagai bilangan tahun tepat yang telah berlalu.
Pentarikhan mutlak merupakan satu perubahan revolusi untuk menentukan tarikh
dan usia yang sebenar bagi sesuatu objek. Pentarikhan kaedah fizikal-kimia adalah
kaedah yang digunakan untuk menentukan kesahihan dan ketulenan sesuatu
artifak. Antara kaedah pentarikhan mutlak yang digunakan dalam bidang arkeologi
ialah pentarikhan Karbon 14, termoluminessin (TL), fission track,
archaeomagnetism, dendrokronologi, potassium-argon, uranium thorium.
Kalibrasi Radiokarbon (CALIB)
CALIB ialah satu program yang ditulis, direka dan diedarkan oleh Quaternary
Isotope Lab, University of Washington. CALIB digunakan dalam pentarikhan
radiokarbon dan dapat menentukan usia sesuatu artifak dengan lebih tepat jika
dibandingkan dengan kaedah pentarikhan radiokarbon yang biasa. Di dalam
pentarikhan radiokarbon, kaedah pengiraannya mengandaikan karbon C14 yang
terdapat di dalam atmosfera karbon dioksida adalah konstant. Walau
bagaimanapun, andaian ini adalah tidak tepat. Aktiviti C14 di dalam atmosfera dan
sfera-sfera yang lain adalah berubah dari semasa ke semasa. Program CALIB adalah
perlu untuk digunakan bagi menukarkan pentarikhan radiokarbon yang
konvensional kepada kaedah pentarikhan kalibrasi (calibrated years).
Termoluminesin (TL)
Termoluminesen (TL) merupakan kaedah pentarikahan yang digunakan untuk
menentukan pengeluaran dalam bentuk cahaya daripada tenaga yang tersimpan
daripada sesuatu bahan apabila dipanaskan. Pada tahun 1960 Kennedy dan Knopff
mengumumkan satu kaedah pentarikhan bahan-bahan arkeologi yang berguna.
Kaedah ini lebih menumpukan kepada pentarikhan seramik seperti tembikar.
Pentarikhan ini lebih berdasarkan kepada kandungan lapisan seramik yang terdiri
daripada beribu-ribu uranium, thorium dan sedikit potassium yang merupakan
unsur radioaktif yang terdapat dalam tanah liat.
Fission Track
Fission Track merupakan satu kaedah pentarikhan radioisotopic yang boleh
ditentukan oleh ahli arkeologi untuk menentukan usia artifak yang mengandungi
mineral uranium (Uranium-238). Kaedah pentarikhan ini adalah daripada bahanbahan berkaca seperti obsidian yang terdedah kepada hawa panas dalam masa
purba, kaca, tembikar bersepu dan pelbagai jenis mineral batu-batan. Pentarikhan
fission track masih di peringkat percubaan walaupun telah digunakan dalam
arkeologi. Pentarikhan ini bergantung kepada fission atom uranium yang secara
tidak langsung terdapat dalam kaca dan ia berlaku pada kadar yang tetap serta
meninggalkan fission-tracks iaitu kesan kerosakan fragmen nuklear yang dapat
dikesan. Pembelahan track terbentuk dalam kaca lenyap jika kaca itu dibakar
melebihi suhu kritikal.

Dendrokronologi
Merupakan satu kajian pentarikhan umur kayu-kayan. Kajian pentarikhan ini
merupakan satu perbandingan gelangan pertumbuhan pokok yang boleh memberi
masa yang tepat tentang kayu atau artifak seakan kayu. Clark Wissler dari Muzium
Amerika telah mengiktirafkan kaedah gelangan pokok untuk memberi kaedah
pentarikhan. A.E. Douglass yang merupakan pengasas kaedah pentarikhan ini di
Universiti Arizona menyatakan pembinaan gegelang pokok berlaku daripada
peredaran alam dan aktiviti matahari.
Pentarikhan ini menggunakan gelang pokok untuk menentukan tarikh apabila
batang pokok balak dipindahkan, diproses, ditebang dan digunakan dalam
pembinaan. Pentarikhan ini bertujuan untuk mengukur perkara yang lepas bagi
mendapatkan tarikh berdasarkan kepada gelangan pokok yang dapat menunjukkan
rekod iklim serta ia berkaitan juga dengan putaran tompok. Xylem merupakan
gelangan pokok yang terdapat pada tengah sel pokok. Pada setiap musim panas,
gelang pokok yang baru akan wujud dan ia dikaitkan dengan putaran tompokan
matahari.
Arkeomagnetisme
Arkeomagnetisme merupakan satu bidang kajian yang terlibat dengan fenomena
geomagnetik purba. Ia digunakan dalam arkeologi untuk menentukan variasi yang
lepas dalam medan magnet bumi. Keadaan ini bergantung kepada perubahan
medan magnet bumi akibat daripada perubahan arah kutub magnet bumi.
Pentarikhan ini boleh diukur dengan menggunakan alat seperti magnetometer dan
magnetometer spinner untuk mengetahui jenis magnet yang sensitif. Justeru itu,
pentarikhan magnetik telah dibuktikan berguna dalam beberapa keadaan dan
sebagai data asas jika perubahan kutub magnet bagi kawasan luas dan masa yang
panjang.
Kesimpulan
Kaedah pentarikhan mutlak adalah bergantung kepada jenis artifak dan fizkal tapak
ianya ditemui. Kaedah pentarikhan ini digunakan seiringan bagi mendapatkan tarikh
yang hampir tepat dan kejituan fakta yang dihasilkan dalam sebarang hasil kajian
arkeologi. Setiap jenis kaedah pentarikhan mempunyai kelemahan dan kelebihan,
ini secara langsung dapat membantu kepada kepelbagaian jenis kaedah
pentarikhan. Meskipun sesetengah jenis kaedah pentarikhan tidak lagi digunakan
secara meluas seperti stratigrafi, tetapi konsepnya masih digunakan dalam
menentukan pergerakan kronologi konteks perubahan dan tahap peranannya dalam
perkembangan kebudayaan manusia. Perkembangan Pasca Arkeologi Baru telah
membantu kepada jenis kaedah pentarikahan yang lebih tepat yang berlandaskan
molekular dan genetik. Sebagai ilmu rentas-disiplin, arkeologi dapat berkembang
dengan kedudukan yang agak selesa dalam menghasilkan maklumat terkini dan
proses merekonstraksikan masa lalu dapat dilakukan dengan lebih mudah dan
gambaran yang dibuat lebih tepat.

You might also like