Professional Documents
Culture Documents
Case Study
Case Study
APABILA menyentuh tentang pemakanan, apa yang terpahat di fikiran adalah mengenai
keenakan makanan tersebut. Tidak pernah kita dengar atau jarang sekali masyarakat
mengendahkan samada makanan tersebut selamat ataupun tidak untuk dimakan. Apa yang
penting makanannya sedap dimakan. Tabiat begini sebenarnya perlu diubah bagi mengelakkan
keracunaan makanan.Pernahkah anda mengalami keracunan makanan? Sekiranya pernah
mengalami cirit-birit beberapa jam selepas makan bermakna anda telah mengalami keracunan
makanan. Justeru, anda perlu tahu tentang keselamatan makanan.Keselamatan makanan
bermaksud makanan itu bersih daripada kuman berbahaya, racun, toksin dan bersih daripada
najis dan bahan buangan yang lain. Kemudaratan terjadi apabila berlaku pencemaran terhadap
makanan/minuman yang seterusnya membawa kepada penyakit bawaan makanan seperti muntah
& cirit-birit (diarrhea).
Keracunan makanan merupakan sejenis gastroenteritis yang disebabkan oleh makanan yang
telah dicemari racun, biasanya bakteria. Bergantung kepada jenis racun, kekejangan
abdomen,demam, muntah dan cirit-birit akan berlaku dalam tempoh 3 hingga 24 jam. Jika
makanan telah dicemari bakteria, bakteria akanmenghasilkan racun yang dikenali sebagai toksin.
Toksin memberikesan langsung pada lapikan usus dan menyebabkan peradangan. Adapelbagai
jenis bakteria yang menyebabkan keracunan makanan tetapiyang biasa didapati ialah salmonella,
shigella, staphylococcus dan E.coli yang merupakan punca utama keracunan makanan di
kalanganbayi, terutamanya bayi yang menyusu botol. Bagi keracunan makananyang berpunca
daripada bahan bukan bakteria, tanda penyakit jugatimbul jika anak termakan bahan kimia, racun
serangga atau beberapa jenis tumbuh-tumbuhan.
PENCARIAN LITERATURE
Menurut Dr. Norazlanshah bin Hazali, Perunding Keselamatan Dan Terapi Makanan, Jabatan
Sains Pemakanan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, sebenarnya, penyebab kepada
penyakit bawaan makanan ini boleh dikategorikan kepada tiga iaitu secara biologi, secara kimia
dan juga fizikal. Antara agen biologi adalah seperti bakteria, kulat, virus dan juga parasit.
Walaupun 90% kes penyakit bawaan makanan disebabkan oleh bakteria, namun hanya 4%
adalah bakteria berbahaya. Makanan mentah serta yang kurang masak adalah antara tempat di
mana bakteria berbahaya ini sering dijumpai seperti salmonella, shigella dan Escherichia.coli
(E.coli). Selain bakteria, kulat juga boleh menyebabkan penyakit jangkitan makanan. Kulat boleh
menghasilkan toksin yang boleh menyebabkan ketoksikan makanan mudah dijumpai pada
makanan seperti roti dan jem.
Sepanjang tahun 2011, terdapat sejumlah 220 kes keracunan makanan di sekolah dan melibatkan
sejumlah 8,010 pelajar di seluruh negara.Episod keracunan makanan di sekolah telah dikesan
berlaku dalam tiga keadaan iaitu ke atas program susu 1Malaysia (97 kes), kantin sekolah (45
kes) dan makanan di asrama (78 kes).Keracunan ke atas program susu 1Malaysia paling banyak
dikesan berlaku di Kelantan (24 kes), Terengganu dan Perak (masing-masing 12 kes), Selangor
dan Johor (masing-masing 9 kes), Melaka (8 kes), Negeri Sembilan (7), Pahang (6), Sarawak (4),
Kedah (3), Pulau Pinang (2) dan Perlis (1).Sebahagian besar masalah keracunan program susu 1
Malaysia berlaku adalah sikap para pelajar yang tidak dapat menghabiskan sekotak susu yang
dibekalkan itu dalam tempoh yang ditetapkan.Apabila kotak susu itu dibiarkan tanpa disimpan
dalam peti sejuk, ia akan menyebabkan susu tersebut terkena udara dan menjadi cepat
masam.Dalam keadaan susu yang masam itu, apabila diminum untuk kali berikutnya akan
menyebabkan peminumnya akan berhadapan dengan muntah-muntah dan loya. Situasi inilah
yang kemudiannya dinamakan keracunan akibat meminum susu.Ada juga yang disebabkan
faktor cara penyimpanan susu yang tidak sesuai di mana premis yang dijadikan stor simpanan
tidak bersih atau tidak mempunyai kemudahan bilik sejuk.
Kes keracunan yang berpunca daripada mengambil makanan yang dijual dikantin paling banyak
berlaku di Johor (11 kes), masing-masing 3 kes berlaku di Perak, Selangor, Kedah, Pulau Pinang,
Negeri Sembilan, Melaka, Terengganu dan Kelantan manakala di Perlis satu kes.Faktor utama
kejadian itu adalah disebabkan oleh makanan yang dijual telah basi, persekitaran kantin yang
kurang bersih (termasuk peralatan memasak) dan sikap pekerja kantin yang tidak mementingkan
kesihatan.Kes-kes keracunan yang melibatkan pelajar di asrama sekolah berlaku paling banyak
di Johor (13 kes), Sabah (10 kes), Sarawak (8 kes), Melaka dan Perak (masing-masing 7 kes),
Selangor dan Pulau Pinang (masing-masing 6 kes), Kedah (5 kes) dan Terengganu (4 kes.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata beliau masih tidak berpuas hati dengan
usaha menangani isu keracunan makanan di kantin sekolah dan menganggap 146 kes tahun lalu
masih tinggi.Katanya, walaupun bilangan kes itu hanya mewakili 1.4 peratus daripada jumlah
sekolah di negara ini, kes keracunan makanan di kantin sekolah sepatutnya tidak berlaku
langsung.Kes keracunan boleh dikurangkan lagi jika pengendali makanan di kantin dan guru
sama-sama memikul tanggungjawab memastikan makanan yang dijual adalah bersih dan
selamat, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Kantin dan Dewan Makan
Sekolah Menengah Bersih 2011, di sini hari ini.Beliau turut meminta pelajar mengamalkan tiga
langkah penting iaitu lihat, hidu dan rasa ketika memilih makanan bagi mengelakkan
keracunan.Menerusi ketiga-tiga langkah berkenaan, kes keracunan makanan yang berlaku di
sekolah rendah dapat dikurangkan, katanya.
Tahun lalu, sebanyak 434 kes keracunan makanan dilaporkan di seluruh negara dan daripada
jumlah itu 146 kes dilaporkan berlaku di 135 buah sekolah.Sehubungan itu, Liow meminta
Kementerian Pelajaran menyenaraihitamkan pengusaha kantin sekolah yang didapati
menyebabkan berlakunya kes keracunan makanan pada kalangan pelajar.Kementerian
Kesihatan sudah mengeluarkan amaran, arahan penutupan premis kepada mana-mana kantin
yang kotor dan berisiko tinggi menyebabkan berlakunya kes keracunan makanan di kalangan
pelajar, katanya.Katanya, pengusaha kantin sekolah yang disenaraihitam tidak dibenarkan
menjalani perniagaan di sekolah lain, serta perlu mengikuti kurus pengendalian makanan jika
mahu menyambung semula operasi perniagaan mereka.Pada majlis itu, Liow turut melancarkan
portal e-Komuniti iaitu Kelab Laman Interaktif Keselamatan Makanan ataupun MOH KLIK
yang merupakan inisiatif Kementerian Kesihatan untuk membantu pelajar sekolah mendapat
maklumat mengenai keselamatan makanan.
Pensyarah Kanan Jabatan Kesihatan Persekitaran & Pekerjaan, Fakulti Perubatan dan Sains
Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Saliza Mohd Elias, berkata keracunan makanan
laut boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu pertama, ejen jangkitan termasuk virus, bakteria
dan parasit. Punca kedua berlaku kerana ejen toksin (racun) yang terhasil secara semula jadi
dalam makanan laut seperti ciguatera dan scombroid atau berlaku akibat pencemar kimia
daripada bahan buangan industri seperti logam berat, dioksin dan pestisid. Antara punca
keracunan makanan ialah bakteria, mikro-organisma, virus, racun atau toksin dan bahan kimia
atau akibat proses penyediaan makanan kotor, makanan tidak dimasak dengan sempurna atau
terdedah kepada persekitaran. Kebiasaannya, keracunan makanan berlaku dalam tempoh 48 jam
selepas makan makanan tercemar. Kesan bahaya akibat keracunan makanan boleh membawa
maut. Selain ada juga membabitkan keracunan sistem saraf, jelasnya.
KESIMPULAN
Kesihatan badan kita bergantung pada pemakanan yang sihat (berkhasiat dan bersih),
pengendalian makanan, kebersihan diri dan persekitaran serta senaman yang dilakukan.
Pengendalian makanan yang baik bukan sahaja setakat penggunaan peralatan yang bersih,
makanan yang bersih, bekas ataupun persekitaran yang bersih tetapi memasak makanan
keseluruhan (bukan separuh masak-terutama sekali daging dan telur serta makanan laut).
Makanan yang mentah perlu diasingkan daripada makanan yang sudah dimasak. Penyimpanan
makanan yang betul juga mustahak dalam mengekalkan khasiat makanan. Kebersihan diri seperti
tangan dan gigi perlu ditanam sejak kecil supaya menjadi tabiat yang senang dilakukan. Senaman
dapat melengkapkan kesihatan badan,Mengelak daripada penyakit dan menyumbang kepada
kecergasan dan kecerdasan.
Penyakit bawaan makanan adalah penyakit yang biasa menyerang orang ramai. Walau
bagaimanapun, ia dapat dielakkan dan dikawal sekiranya semua pihak memainkan peranan
masing-masing untuk melindungi makanan yang dimakan dari tercemar oleh bahan pencemaran
yang boleh menyebabkan penyakit. Amalan kebersihan perlu dipraktikkan setiap masa .Keadaan
cuaca panas dan ketiadaan bekalan air paip bukanlah suatu alasan untuk tidak mematuhi amalan
kebersihan jika sikap suka kepada kebersihan telah sebati dalam diri setiap rakyat Malaysia. Oleh
itu kita sebagai rakyat yang peka perlu sama-sama memastikan diri dan keluarga selamat dari
gejala-gejala penyakit ini.
perlu dibasuh dengan sabun dan air selepas menggunakan tandas, mengganti lampin bayi,
merokok dan sebagainya yg boleh menyebabkan tangan menjadi kotor. Tangan juga perlu
dibasuh terlebih dahulu apabila telah memegang daging bahan mentah seperti ayam dan
sebagainya sebelum memegang makanan Pengendali atau penjual makanan mestilah sihat dan
perlu mendapat suntikan bagi menghindari daripada menghidapi penyakit berjangkit.
Pertumbuhan bakteria juga boleh dielakkan dengan menggunakan sekali sahaja peralatan
memasak dan kemudian dibasuh dengan sempurna. Permukaan yang digunakan ketika memasak
juga perlu dibasuh dan dikeringkan menggunakan kain pengelap pakai-buang. Adalah perlu
menggunakan peralatan yang berbeza untuk makanan mentah dan juga makanan yang telah
dimasak. Daging dan ikan adalah makanan yang paling berisiko tinggi yang mempunyai banyak
mikroorganisma penyebab keracunan makan semulajadi padanya. Memasak dengan sempurna
makanan yang bersumberkan haiwan boleh memusnahkan bakteria ini. Daging dan ikan yang
beku daripada peti sejuk yang dicairkan pada suhu persekitaran mestilah tidak melebihi 2 jam.
Sebaiknya dicairkan dalam ketuhar gelombng mikro dan terus dimasak. Jangan menyimpan
semula daging yang telah dicairkan. Pengendali makanan juga perlu bijak merancang
penyimpanan bahan mentah mengikut keperluan.
RAWATAN
Menurut doktor, minum air bergaram mampu mengembalikan keseimbangan bendalir badan
yang terhidrat akibat muntah dan cirit-birit. Garam penting kerana ia dapat mengembalikan
kandungan sodium dan potasium dalam tubuh. Anda boleh melakukannya sendiri. Campurkan
sedikit garam dan gula bersama air sejuk untuk diminum. Tidak salah untuk meletakkan sedikit
perasa kepada minuman itu.Namun, sebaik-baiknya anda harus bersedia dengan ubatan berkaitan
seperti larutan garam dehidrasi yang boleh didapati di farmasi dan minum banyak air masak,
kaedah tersebut mungkin tidak mengubati keracunan makanan sebaliknya bagi mengembalikan
kandungan garam dalam badan.
RUJUKAN
a)B.K Mahajan, & M.C. Gupta. 1991. Textbook of preventive and social medicine. 1st Edi.
Jaypee Brothers Medical Publishers. PVT.Lt.D. New Delhi.
c)Chau Jui Meng. 1998. Public Do Not Care. Malaysia Medical Journal (m/s 48).
PERNYATAAN MASALAH
Saya telah ditempatkan di Hospital Tangkak selama sebulan bagi menjalani sesi praktikal. Saya
berada di unit kecemasan dan trauma di Hospital Tangkak. Sepanjang menjalankan kajian saya di
unit tersebut, saya mendapati terdapat beberapa kes abnormal yang dialami oleh pesakit- pesakit
yang datang ke hospital tersebut. Antaranya ialah kes keracunan makanan,kes keracunan
paracetamol,kes gastroenteritis dan lain lain. Saya telah menjalani satu kajian kes keracunan
makanan yang dihidapi oleh seorang remaja. Hasil pemeriksaan saya adalah seperti berikut :
Maklumat pesakit
Nama : Adik N
Bangsa : Melayu
Pemeriksaan Fizikal Am
Hidrasi: Mild
- Jantina : Perempuan
-
Umur : 18 Tahun
-
BMI : 25.8
Kumpulan darah : B
Kandungan Hb : 10 gm%
- Tinggi : 154 cm
PENEMUAN/PROSEDUR
PEMERISAAN FIZIKAL
Pemeriksaan kesihatan telah dilakukan ke atas Puan Z dari hujung rambut ke hujung kaki
bagi mengesan jika terdapat sebarang keabnormalan pada dirinya.Pesakit kelihatan pucat dan
kekurangan air,lidah kelihatan kering dan terdapat tompok-tompok putih kerana mengalami
dehidrasi yang teruk setelah muntah lebih dari 10 kali.
PEMERIKSAAN ABDOMEN
TAJUK:
KERACUNAN MAKANAN(CASE STUDY)
NAMA
NO. MATRIK
PENEMPATAN
BIL P.P