You are on page 1of 11

KURIKULUM PUSAT PENILAIAN KOMPETENSI (PPK)

TAHAP KECEKAPAN 1 (TK1)


SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI SYARIAH GRED LS 27

1. MATLAMAT
1.1

Mempunyai kebolehan dan berpengetahuan dalam urusan menyediakan


dan menyelia rekod prosiding Mal dan Jenayah;

1.2

Berupaya memahami dan melaksanakan bidang tugas jawatannya


selaras dengan undang-undang dan peraturan-peraturan yang telah
ditetapkan.

2. TUJUAN
Untuk menguji tahap pengetahuan dan kefahaman pegawai sebagai salah satu
syarat anjakan gaji/ atau bagi dipertimbangkan ke gred yang lebih tinggi.

3. KELAYAKAN PENILAIAN
Penolong Pegawai Syariah Gred LS27 yang menyandang jawatan secara hakiki
yang telah disahkan dalam perkhidmatan dan diperakukan oleh Ketua Jabatan.

4. JENIS KOMPETENSI
i. Generik (termasuk kewangan)
ii. Fungsional

5. MODUL PPK
5.1 Kompetensi Generik
5.1.1

Keutuhan Peribadi;
Nilai-nilai yang perlu diamalkan oleh kakitangan awam ke arah
meningkatkan kualiti dan produktiviti perkhidmatan awam:
Tonggak 12
Nilai dan etika dalam perkhidmatan awam
Pelan Integrasi Nasional (PIN)

5.1.2

Kemahiran Penyeliaan;

5.1.3

Pengurusan Majlis Rasmi;

5.1.4

Aplikasi E-Syariah
Word
Excell
Access
Power Point

Dasar-Dasar Negara;

5.1.6

Protokol dan adat istiadat

Asas-asas Teknologi Maklumat;

5.1.5

Prinsip-prinsip penyeliaan
Teknik komunikasi
Merancang dan mengurus kerja
Melatih tenaga kerja

Wawasan 2020
Dasar Pembangunan Nasional
Dasar Pensyarikatan
Dasar Penswastaan
Dasar Bersih, Cekap Dan Amanah
Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam
Dasar sosial negara

Pengurusan Kewangan;
Tatacara Pengurusan Kewangan Kerajaan:
i. Pengurusan Akaun Awam
Terimaan
Bayaran
ii. Perolehan Kerajaan
Bekalan
Perkhidmatan
Penerbitan dan percetakan
iii. Pengurusan Aset

Inventori
Tatacara hapuskira
Tatacara pelupusan
iv. Pengurusan Stor;
Verifikasi stok
Pemeriksaan stor
5.1.7

Pengurusan Dan Pentadbiran Organisasi;


i.

Aspek Berkaitan Dengan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran


Awam (PKPA)

Inovasi perkhidmatan awam


Peningkatan produktiviti dalam perkhidmatan awam
Pengurusan Kualiti Menyeluruh
Pengendalian pengaduan awam
Pengurusan Mesyuarat dan Urusan Jawatankuasa Kerajaan
Penggunaan Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja
Pelaksanaan sistem pemulihan perkhidmatan
Piagam Pelanggan
ISO
KPI

ii. Aspek-Aspek Keselamatan

Ancaman keselamatan dan tanggungjawab pegawai


Keselamatan fizikal
Keselamatan dokumen
Keselamatan peribadi

iii. Perkara Perkhidmatan

5.1.8

Jabatan dan orang ramai


Surat menyurat
Fail
Memelihara dan menyimpan rekod kerajaan

Pengurusan Personal;

Lantikan, pengesahan dalam perkhidmatan dan kenaikan


pangkat
Elaun dalam perkhidmatan
Cuti
3

Rumah dan bangunan pejabat


Waktu bekerja dan lebih masa
Perubatan
Peraturan dan urusan tatakelakuan dan tindakan tatatertib

5.2 Kompetensi Fungsional


5.2.1

Undang-undang Islam;
i.

Bab Munakahat

Pertunangan
Perkahwinan
Perceraian
Idah
Nafkah
Hadanah

ii. Bab Faraid

5.2.2

Undang-Undang Prosedur;
i.

Pendaftaran Kes Mal

ii.

Saman
Permohonan
Penyata Tuntutan
Penyata Pembelaan
Sepina
Afidavit
Ekshibit

Pendaftaran Kes Jenayah

5.2.3

Konsep faraid
Orang yang berhak mendapat bahagian pusaka dalam
harta pusaka
Pengiraan faraid

Saman
Waran Tangkap / Waran Geledah
Pertuduhan
Jenis Kesalahan

Pentadbiran Undang-Undang Keluarga;

5.2.4

Kesalahan Jenayah Syariah;

5.2.5

Jenayah Syariah
Matrimoni

Penyediaan Perintah/ Rekod Rayuan Kes Mal Dan Jenayah;

5.2.6

Pra-perkahwinan
Perkahwinan
Perceraian
Tuntutan selepas perceraian

Kandungan perintah
Jenis perintah
Surat guaman
Nota keterangan
Alasan penghakiman
Keputusan
Notis rayuan
Petisyen rayuan

Metodologi Penyelidikan;

Metodologi pengumpulan data


Kaedah memproses data-data kajian
Kaedah menganalisa dan membuat laporan kajian
Kaedah pemprosesan SPSS

6. TEMPOH PENILAIAN
2 HARI

7. PENDEKATAN PENILAIAN
7.1

Generik
i.

Penilaian Dalam Kumpulan


Pemahaman dan penyelesaian kes
Temuduga berkumpulan

ii.
7.2

Penilaian Pemahaman

Fungsional
5

i.

Penilaian Dalam Kumpulan


Perbincangan kes
Temuduga berkumpulan

ii.

Penilaian Pemahaman

8. KOMPONEN PENILAIAN:
8.1

Generik
i.

Penilaian Dalam Kumpulan


- Pemahaman dan Penyelesaian Kes (25%)
- Temuduga Berkumpulan (25%)

ii. Penilaian Pemahaman (50%)


8.2

Fungsional
i. Penilaian Dalam Kumpulan
- Perbincangan Kes (25%)
- Temuduga Berkumpulan (25%)
ii. Penilaian Pemahaman (50%)

9. AKTIVITI PENILAIAN
9.1

Generik
9.1.1

Penilaian Dalam Kumpulan


9.1.1.1

Pemahaman dan Penyelesaian Kes


Pegawai dibahagikan kepada kumpulan kecil mengikut
bilangan yang bersesuaian. Setiap kumpulan akan
diberikan soalan berkaitan dengan kompetensi
generik.
Kumpulan
perlu
membentangkan
penyelesaian kes bagi tajuk tersebut dalam bentuk
power point di hadapan Panel Penilai dalam masa 30
minit.

9.1.1.2

Temuduga Berkumpulan
Pegawai akan dibahagikan kepada kumpulan kecil
mengikut bilangan yang bersesuaian. Bagi sesi
temuduga secara berkumpulan, soalan berkaitan
kompetensi
generik
berbentuk
aplikasi
dan
penyelesaian kes akan ditanya oleh Panel Penilai
kepada kumpulan. Penilaian bagi kumpulan adalah
berdasarkan
kebolehan
dalam
menyelesaikan
masalah dan kerjasama dalam kumpulan manakala
penilaian bagi individu pula meliputi aspek komunikasi,
keyakinan diri dan kefahaman/ aplikasi terhadap
bidang tugas. Pada masa yang sama, temuduga
secara individu turut dijalankan oleh Panel Penilai.
Keseluruhan sesi temuduga ini akan dijalankan
selama 30 minit.

9.1.2 Penilaian Pemahaman


Pegawai dikehendaki menduduki penilaian secara bertulis yang
diadakan dalam tempoh 40 minit bagi menjawab 25 soalan aneka
pilihan berkaitan kompetensi generik termasuk kewangan.
9.2

Fungsional
9.2.1

Penilaian Dalam Kumpulan


9.2.1.1

Perbincangan Kes
Pegawai dibahagikan kepada kumpulan kecil mengikut
bilangan yang bersesuaian. Setiap kumpulan akan
diberikan soalan berkaitan dengan kompetensi
fungsional untuk diperbincangkan. Hasil perbincangan
perlu dibentangkan kepada Panel Penilai dalam
bentuk power point selama 30 minit. Penilaian adalah
berdasarkan isi kandungan perbincangan dan
kebolehan
kumpulan
bekerjasama
untuk
menyelesaikan kes. Penilaian secara individu juga
dijalankan terhadap aspek pengetahuan pegawai,
tahap kefahaman/ aplikasi, pengurusan masa serta
komunikasi serta keyakinan diri pegawai.

9.2.1.2 Temuduga Berkumpulan


Pegawai akan dibahagikan kepada kumpulan kecil
mengikut bilangan yang bersesuaian. Bagi sesi
7

temuduga secara berkumpulan, soalan berkaitan


kompetensi funsional berbentuk aplikasi dan
penyelesaian kes akan ditanya oleh Panel Penilai
kepada kumpulan. Penilaian bagi kumpulan adalah
berdasarkan
kebolehan
dalam
menyelesaikan
masalah dan kerjasama dalam kumpulan manakala
penilaian bagi individu pula meliputi aspek komunikasi,
keyakinan diri dan kefahaman/ aplikasi terhadap
bidang tugas. Bagi sesi temuduga secara individu,
Panel Penilai akan mengajukan soalan berkaitan tugas
hakiki pegawai. Soalan adalah berdasarkan senarai
tugas serta SKT semasa yang telah diberikan oleh
setiap pegawai kepada Panel Penilai. Keseluruhan
sesi temuduga ini akan dijalankan selama 30 minit.
9.2.2 Penilaian Pemahaman
Pegawai dikehendaki menduduki penilaian secara bertulis yang
diadakan dalam tempoh 40 minit bagi menjawab 25 soalan aneka
pilihan berkaitan kompetensi fungsional.
10. PENETAPAN KEPUTUSAN
10.1 Keputusan komponen dalam bentuk gred iaitu Gred A, B, C dan D

10.2

A = 80 dan ke atas
B = 60-79
C = 50-59
D = 0-49

Kombinasi keputusan komponen adalah mengikut prinsip aras terendah

A + B = Aras III
C + D = Aras I
Kecuali

A/B + D = Aras II

11. BAHAN RUJUKAN


11.1

Kompetensi Generik
i. Perintah Am Bab B, C, E, F dan G
8

ii. Peraturan-peraturan Pegawai Awam (perlantikan kenaikan pangkat


dan penamatan perkhidmatan) 2005
iii. Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993
iv. Arahan Perkhidmatan
v. Arahan Keselamatan
vi. Arahan Perbendaharaan
vii. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA)
viii. Tonggak 12
ix. Pekeliling dan Surat Pekeliling Perkhidmatan yang berkaitan dengan
pengurusan sumber manusia
x. Citra Karya (Falsafah, Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam)
INTAN
xi. Panduan Perkhidmatan Cemerlang Etika Perkhidmatan Awam
xii. Dasar-dasar Pembangunan Negara, INTAN
xiii. Pelan Integriti Nasional (PIN)
xiv. Protokol dan Etiket, INTAN
xv. Dasar ICT, MAMPU
xvi. Lain-lain penerbitan/majalah/buku yang berkaitan
11.2

Kompetensi Fungsional
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.
ix.
x.
xi.
xii.
xiii.
xiv.
xv.
xvi.
xvii.
xviii.
xix.
xx.
xxi.

Al-Quran
Perlembagaan Persekutuan,
Perkara 3, 4, 121(1A), Jadual Kesembilan, Senarai II Negeri.
Akta/ Enakmen / Ordinan Pentadbiran Agama Islam/ Mahkamah
Syariah.
Akta/Enakmen/ Ordinan Pentadbiran Undang-undang Keluarga Islam.
Akta/Enakmen/ Ordinan Tatacara Mal dan Jenayah.
Akta/Enakmen/ Ordinan Keterangan.
Akta/Enakmen/ Ordinan Kesalahan Jenayah Syariah.
Akta Bantuan Guaman 1971 (Pindaan 2002).
Kaedah perantaraan Mediasi BBG (2003).
Kaedah Peguam Syarie.
Kaedah Fi dan Kos.
Kaedah Sulh.
Arahan Amalan Mahkamah Syariah.
Manual Kerja Sulh JKSM.
Buku Dasar Pusat Sumber JKSM.
Buku Dasar Keselamatan ICT JKSM.
Matlaal Badrain terbitan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Sistem Pusaka dalam Islam terbitan Yayasan Dakwah Islamiah
Malaysia.
Pengenalan Asas penyelidikan
Buku Cahaya Mastika (Faraid)

12. PENGECUALIAN
Bagi Pegawai Syariah yang telah menduduki PTK (TK1) sebelum pekeliling ini
berkuatkuasa, mereka dibenarkan untuk mengguna pakai kaedah pelaksanaan
yang lama jika calon ingin membaiki aras atau mengulang. Walau
bagaimanapun, kaedah ini hanya akan diguna pakai sehingga 31 Disember 2009
sahaja. Bermula pada 1 Januari 2010, calon-calon yang ingin memperbaiki aras
atau mengulang perlu mengikuti PPK pada komponen yang berkaitan sahaja.

13. PERMOHONAN
Calon yang berminat dikehendaki menghantar permohonan kepada Unit
Perkhidmatan dan Sumber Manusia II, Bahagian Khidmat Pengurusan dan
Sumber Manusia, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM).

14. TARIKH AKHIR PERMOHONAN


Tiga (3) bulan sebelum PPK diadakan.

15 .CONTOH JADUAL PPK LS27 TK1

MASA

8.30 - 8.45 pagi

AKTIVITI
Pendaftaran & Pembahagian Kumpulan

9.00 10.30 pagi

Pemahaman dan Penyelesaian Kes

11.00 pagi 12.30


tengahari

Temuduga Berkumpulan

2.30 4.00 petang

Penilaian Pemahaman

10

MASA

AKTIVITI

8.30 - 8.45 pagi

Pendaftaran & Pembahagian Kumpulan

9.00 10.30 pagi

Perbincangan Kes

11.00 pagi 12.30


tengahari

Temuduga Berkumpulan

2.30 4.00 petang

Penilaian Pemahaman

Nota: G = Generik, F = Fungsional

11

You might also like