You are on page 1of 2

KERTAS CADANGAN PENUBUHAN KELAB HOKI SEBAGAI

AKTIVITI KOKURIKULUM DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN


TAMAN SELAYANG

Tujuan
Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan pertimbangan dan kelulusan pihak pentadbir
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Selayang bagi menubuhkan Kelab Hoki dan memohon
dana untuk membeli kelengkapan Kelab.
Nama Kelab
Kelab Hoki Sekolah
Pengenalan
SMK Taman Selayang merupakan sebuah sekolah yang di bina pada tahun 1986 di Daerah
Gombak. Semenjak sekolah ini di tubuhkan, banyak kecemerlangan dari segi akademik mahupun
kokurikulum telah pun diperoleh. Namun demikian, sekolah ini tidak pernah mempunyai kelab
hoki seperti mana sekolah-sekolah lain di Daerah Gombak ini. Sehubungan dengan ini, maka
kertas kerja ini dihasilkan untuk mencadangkan agar Kelab Hoki dapat ditubuhkan sebagai
satu bahagian dalam aktiviti Kokurikulum di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Selayang.
Matlamat
Matlamat penubuhan Kelab Hoki Sekolah ini adalah untuk memantapkan pelajar dengan
pengetahuan, kemahiran dan pengalaman kokurikulum untuk meningkatkan keseimbangan jati
diri berlandaskan intipati falsafah pendidikan Negara iaitu keseimbangam aspek jasmani, emosi,
rohani, dan intelek (JERI) seterusnya menjadikan Kelab Hoki Sekolah sebagai medium penting
untuk mencungkil dan mengasah bakat sumber modal insan yang berupaya mencapai wawasan
sekolah seterusnya wawasan negara.
Objektif
i)
ii)
iii)
iv)

Meningkatkan keyakinan diri pelajar ke tahap yang maksimum


Melatih semangat berkerja secara berkumpulan
Meningkatkan nama sekolah melalui pertandingan yang disertai
Mencungkil dan mengasah bakat pelajar yang terpendam

Spesifikasi Alatan
Untuk menubuhkan Kelab Hoki ini, langkah pertama yang harus dijalankan ialah dengan
membeli peralatan yang diperlukan oleh pelajar semasa membuat latihan atau menyertai
pertandingan.
Senarai Alatan
Bil.

1.

2.
3.

Nama Alatan

Bilangan yang Diperlukan

Harga (sum)

1 Set

RM 1500.00

15 unit x (Rm 130.00)


10 unit x (RM 150.00)
Jumlah

RM 1950.00
RM 1500.00
RM 4950.00

Padding lengkap Penjaga Gol


jenama Alfa
Kayu Hoki jenama Alfa Black
Kayu Hoki jenama Dita

Pemilihan Anggota Kelab Hoki


Pemilihan pelajar-pelajar yang akan menganggotai Kelab Hoki Sekolah dibuka kepada semua
pelajar SMK Taman Selayang.
Penutup
Kesimpulannya, penubuhan Kelab Hoki Sekolah merupakan satu asset yang bernilai kepada
sekolah untuk meningkatkan prestasi pelajar seterusnya menaikkan nama baik sekolah melalui
setiap pertandingan yang akan disertai. Selain itu juga, kemahiran dan disiplin yang diterapkan
dalam kelab hoki ini mampu melahirkan kelompok masyarakat yang bersatu padu dan berhemah
tinggi. Justeru, adalah sangat diharapkan kertas kerja ini mendapat pertimbangan sewajarnya
daripada pihak sekolah. Semoga perkara yang baik ini tidak akan disia-siakan oleh kita semua.
Sekian, terima kasih.

Disediakan Oleh:

Disahkan Oleh:

______________________

__________________

Mohd Naim B Hassan


Guru SMK Taman Selayang

Nor Anida Bt Mamat


Pen.kanan KoKurikulun

Diluluskan Oleh:
________________
Norizah bt Nordin
Pengetua SMKTS

You might also like