You are on page 1of 3

KERTAS KERJA

PEMBELIAN SET PAKAIAN SERAGAM UNTUK

PASUKAN PANCARAGAM BULUH @ “BAMBOO BAND”

KELAB KEBUDAYAAN SK LONG SEBANGANG, LAWAS.

1.0 PENGENALAN
Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon peruntukan kewangan bagi
membeli kelengkapan pakaian seragam dan topi untuk pasukan “
Pancaragam Buluh” Kelab Kebudayaan Sekolah Kebangsaan Long
Sebangang, Lawas.

2.0 PENDAHULUAN
Pasukan Pancaragam Buluh, Kelab Kebudayan SK Long Sebangang telah
ditubuhkan pada tahun 2018. Aktiviti yang dijalankan dalam pasukan ini di
bawah Kelab Kebudayaan bertujuan mencungkil dan mengasah bakat ahli-
ahlinya. Memandangkan baru ditubuhkan pada tahun ini, maka kelengkapan
pakaian seragamnya memang tiada. Justeru itu bagi memperlengkapkan
pasukan ini untuk menghadiri aktiviti-aktiviti yang melibatkan program
rasmi di sekolah mahupun penyertaan di peringkat luar sekolah maka
adalah perlu imej Pasukan Pancaragam Buluh SK Long Sebangang juga
perlu diambil berat agar ianya dapat menyokong penglibatan ahli sama ada
dalam pertandingan atau persembahan.

3.0 OBJEKTIF

2.1 Menjayakan program di dalam dan luar sekolah dengan ketrampilan


yang menarik dan meyakinkan.

2.2 Memberikan semangat dan motivasi semasa membuat persembahan


serta terlibat dengan aktif.
4.0 SASARAN

Empat puluh (40) pasang pakaian seragam berupa “Vest in” atau jaket
dalam.

5.0 PERLAKSANAAN

Diguna pakai oleh murid yang terlibat dengan persembahan dan


pertandingan.

6.0 ANGGARAN PERUNTUKAN DIPERLUKAN

6.1 Penyediaan untuk 40 pasang pakaian= RM 1500.00

6.2 Set Topi Talun 40 x RM 14.00 = RM560.00

6.3 Jumlah keseluruhan perbelanjaan= RM 2060.00

7.0 PEMBEKAL

Pastor Langub Pengiran,

Kampung Long Tuma, Lawas.

8.0 PENUTUP

Kami berharap semoga pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan


kami ini. Sesungguhnya bantuan dan kerjasama daripada pihak tuan akan
membantu pasukan Pancaragam Buluh atau “Bambo Band” Kelab Kebudayaan SK
Long Sebangang tampil dengan imej dan identitinya yang tersendiri semasa
mengadakan persembahan sama ada di dalam mahu pun di luar kawasan sekolah.
Harapan kami juga, dengan adanya bantuan ini pasukan Pancaragam Buluh atau “
Bamboo Band” SK Long Sebangang akan dikenali oleh komuniti sekitar sekolah
serta masyarakat sekitar Daerah Lawas pada masa akan datang.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………………………….. ………………………………

(HAMSIAH BINTI PADUPAI) (HAMIDAH BINTI TAMIT)

(Guru Penasihat Kelab Kebudayaan, (Guru Besar,

SK Long Sebangang, Lawas.) SK Long Sebangang, Lawas.)

Tarikh: Tarikh:

You might also like