You are on page 1of 99

PSZ 19:16 (Pind.

1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: POLISI, PROSEDUR DAN REKABENTUK PEMASANGAN PAIP BEKALAN


AIR. (KAJIAN KES: DAERAH KOTA TINGGI)
SESI PENGAJIAN: 2005/2006-2

WATI @ ZARILAH BTE ABDULLAH

Saya

(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan kertas projek ini (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1.
2.

Tesis ini adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.


Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi.
**Sila tandakan ( )

3.
4.

SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau


kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA
RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh


organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan.

TIDAK TERHAD
Disahkan oleh:

_____________________________
(TANDATANGAN PENULIS)
Alamat tetap :
60 FELDA KERTEH 3
23100 PAKA
TERENGGANU DARUL IMAN
Tarikh : 27 April 2006
CATATAN :

_______________________________
(TANDATANGAN PENYELIA)

PM IR FATIMAH MD NOOR
Tarikh

Nama Penyelia
: 27 April 2006

* Potong yang tidak berkenaan


** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan sebab dan tempoh kertas projek ini
perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana
secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kertas kerja kursus
dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

POLISI, PROSEDUR DAN REKABENTUK PEMASANGAN PAIP BEKALAN


AIR DI NEGERI JOHOR (KAJIAN KES: DAERAH KOTA TINGGI)

WATI @ ZARILAH BTE ABDULLAH

Laporan dikemukakan sebagai memenuhi


sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam

Fakulti Kejuruteraan Awam


Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2006

iv

Saya akui bahawa saya telah membaca laporan ini dan pada pandangan saya
laporan ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam.

Tandatangan

: .

Nama Penyelia

: PM IR FATIMAH MOHD NOOR

Tarikh

: 28 APRIL 2006

ii

Saya akui laporan ini adalah hasil kerja saya sendiri


kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya
telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan

: .

Nama Penulis

: WATI @ ZARILAH BTE ABDULLAH

Tarikh

: 28 APRIL 2006

iii

Teristimewa buat ayahanda dan bonda yang dikasihi dan disayangi


Terima kasih atas segala pengorbanan, doa serta kasih sayang ayahanda dan bonda...
Buat adik-beradikku yang dikasihi lagi diingati...
Kasih sayangku pada kalian akan kekal abadi selamanya...
Buat rakan-rakan seperjuangan yang ku kasihi...
Pahit manis perjuangan telah kita rasa bersama...
Jasa kalian akan ku kenang sepanjang zaman
Segala kenangan bersama kalian akan kuabadikan dalam memori hidupku...

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.


Syukur kehadrat Ilahi atas limpah nikmat dan kurnianya, Projek Sarjana Muda
ini dapat dijayakan.
Ribuan terima kasih dan setinggi-setinggi penghargaan kepada PM. Ir. Fatimah
Mohd Noor selaku penyelia projek yang banyak memberi pandangan dan bertukar
pendapat untuk mendapatkan maklumat samada di dalam pencarian maklumat dan
penulisan projek ini. Segala idea dan komen beliau banyak mempengaruhi kejayaan
projek ini.
Terima kasih juga kepada Jurutera Syarikat Air Johor iaitu Encik Nur Firdaus Hj
Mohd Daud dan Juruteknik , Encik Abdul Halim yang banyak memberi penerangan dan
maklumat tentang polisi, prosedur dan rekabentuk sistem bekalan air.
Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada keluarga dan rakan-rakan
seperjuangan kerana memberi galakan dan bantuan bagi menyempurnakan projek ini.
Semoga jasa baik mereka diberkati dan dirahmati.

ABSTRAK

Kini, Malaysia berhadapan dengan masalah bekalan air yang serius disebabkan
oleh punca air tidak berhasil dari kebocoran paip. Maka, sistem agihan air yang
efektif perlu dititikberatkan untuk mengurangkan masalah ini. Sistem bekalan air
yang berkesan dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti keperluan rekabentuk yang
mencukupi, penggunaan bahan yang sesuai, mengikut prosedur pemasangan paip
yang betul dan amalan kerja di tapak yang betul dan berkualiti. Tujuan kajian ini
adalah untuk mengumpulkan maklumat berkaitan dengan piawaian, polisi dan
prosedur yang digunakan dalam sis pemasangan paip bekalan air. Maklumat yang
berkaitan dengan teori yang digunakan dalam rekabentuk sistem pemasangan paip
juga dikumpulkan berpandukan kepada Panduan Rekabentuk Sistem bekalan Air
yang disediakan oleh MWA.

Kajian ini juga khursus untuk melihat amalan

perlaksanaan kerja-kerja pemasangan paip bagi Projek Penggantian Paip lama dari
Telok Ramunia ke Pengerang di daerah Kota Tinggi berpandukan kepada Spesifikasi
SAJH. Hasil daripada kajian ini, dapat mengenalpasti polisi dan prosedur yang tidak
dipatuhi di tapak dan faktor-faktor yang menyumbang kepada berlakunya
perlanggaran prosedur ini.

vi

ABSTRACT

Nowadays, Malaysia is facing serious water problems as a result of non-revenue


loss due to leakage. Hence, an effective distribution system should be a priority to
decreased this problem. An efficient water supply system are influenced by many
factors such as design requirements, materials used, proper procedure and correct
pipe installation with good site working practice. This study is carried out to gather
information about standard, policy and procedure for pipeline installation based on
SAJH Specification. The theory about analyses and design of an effective pipeline
installation also carried out based on MWA. This study specially focused on proper
pipeline installation for proposed rehabilitation works for Kota Tinggi District from
Telok Ramunia to Pengerang based on SAJH specification SAJH. Finally, the
finding of this research can recognize policy and procedure not obedient and factors
for that.

vii

KANDUNGAN

BAB

BAB 1

PERKARA

MUKA SURAT

JUDUL

PENGAKUAN

ii

DEDIKASI

iii

PENGHARGAAN

iv

ABSTRAK

ABSTRACT

vi

SENARAI KANDUNGAN

vii

SENARAI JADUAL

SENARAI RAJAH

xi

SENARAI SIMBOL

xii

GLOSARI

xiii

SENARAI LAMPIRAN

xiv

PENGENALAN
1.1 Pengenalan

1.2 Latar Belakang Masalah

1.3 Objektif Kajian

1.4 Skop Kajian

1.5 Kepentingan Kajian

viii
BAB 2

KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan

2.2 Sistem Bekalan Air Johor

2.2.1 Permintaan Bekalan Air Negeri Johor


2.3 Sistem Agihan Air

7
7

2.3.1 Jenis Sistem Agihan Air

2.3.2 Jenis Rangkaian Agihan

11

2.3.3 Paip Pengagihan

15

2.3.4 Penyambung

18

2.3.5 Lekapan Sistem Bekalan Air

20

2.3.6 Injap

22

2.4 Prosedur Pemasangan Paip

25

2.4.1 Pengujian Paip Air

26

2.5 Teori Rekabentuk Sistem Bekalan Air

26

2.5.1 Halaju Aliran Dalam Paip

28

2.5.2 Aliran Pemadam Kebakaran

28

2.5.3 Kehilangan Turus

29

2.5.4 Faktor Rekabentuk Untuk Menentukan


Saiz Paip

BAB 3

32

2.5.5 Turus Atau Tekanan Ambilan Dari Paip Utama

33

2.5.6 Turus Tekanan Baki

33

2.5.7 Garis Pusat Paip Minimum

34

2.5.8 Langkah-Langkah Dalam Merekabentuk

34

METODOLOGI
3.1 Pengenalan Dan Pengumpulan Data

36

3.2 Pengurusan Data

38

3.3 Analisis Data

39

ix
BAB 4

KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN


4.1 Pengenalan

40

4.2 Polisi Pemasangan Paip

41

4.2.1 Sebelum Kerja Pemasangan Dilaksanakan

41

4.2.2 Semasa Kerja Pemasangan Dilaksanakan

43

4.2.3 Selepas Kerja Pemasangan Dilaksanakan

45

4.3 Prosedur Pemasangan Paip

46

4.3.1 Pemilihan Jajaran

46

4.3.2 Penjajaran Laluan Paip Air

46

4.3.3 Pembersihan Laluan Paip Air

47

4.3.4 Pengendalian, Penghantaran Paip


Dan Keperluan Ke Tapak Bina

47

4.3.5 Pemeriksaan Paip Dan Kelengkapan

48

4.3.6 Pengorekan Dan Pemasangan Paip

50

4.3.7 Penyambungan Paip

54

4.3.8 Kerja-Kerja Konkrit

55

4.3.9 Penyambungan Tee Dan Lekapan

55

4.3.10 Rekod Kerja Harian

59

4.3.11 Pengujian Paip Air

59

4.3.12 Pembasmian Kuman

63

4.3.13 Perkara-Perkara Yang perlu Diambil


Perhatian Semasa Pemasangan Paip

BAB 5

64

4.4 Kerja-Kerja Pengukuran Akhir

68

4.5 Ulasan Kepatuhan Kerja

71

KESIMPULAN DAN CADANGAN


6.1 Kesimpulan

73

6.2 Cadangan

74

RUJUKAN

75

LAMPIRAN 1

76

LAMPIRAN 2

78

SENARAI JADUAL

NO JADUAL

TAJUK

MUKA SURAT

2.1

Kelebihan Dan Kekurangan Tiga Jenis Sistem Agihan

11

2.2

Kelebihan Dan Kekurangan Paip Air

15

2.3

Keperluan Air Purata bagi Setiap Jenis bangunan

26

2.4

Keperluan Bekalan Air Per Individu

26

2.5

Pekali Hazen Wiliams Mengikut Jenis Paip

31

2.6

Nilai Faktor Punca

32

2.7

Baki Tekanan Yang Disyorkan

34

4.1

Ketebalan Luar Paip Keluli Dan Diameter Dalaman

49

4.2

Purata Ketebalan Paip Luar Keluli Dan Diameter Dalaman 50

4.3

Saiz Injap Udara Yang sesuai Mengikut Saiz Paip

57

4.4

Tekanan maksimum Kebolehkerjaan Untuk Paip uPVC

61

4.5

Tekanan maksimum Kebolehkerjaan Untuk Paip Besi

61

Mulur
4.6

Ujian Tekanan Hidraulik Untuk Paip Keluli

62

4.7

Jadual Kepatuhan Kerja Berdasarkan Polisi SAJH

71

4.8

Jadual Kepatuhan Kerja Berdasarkan Prosedur SAJH

71

xi

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH

TAJUK

MUKA SURAT

2.1

Sistem Bekalan Air

2.2

Kaedah-Kaedah Pengagihan Air

14

2.3

Carta Aliran Langkah-Langkah Merekabentuk

35

Sistem bekalan Air

xii

SENARAI SIMBOL

Qf

Kadar Alir Pemadan Kebakaran (m3/s)

Qpd

Kadar Alir Purata Ke Tangki Domestik (m3/s)

Qpb

Kadar Alir Purata Ke Tangki Bomba (m3/s)

Qfh

Kadar Alir Hidrant (m3/s)

hf

Kehilangan Turus (m)

D, d

Diameter Dalam paip (m)

Panjang Paip (m)

f.

Faktor Geseran

f.

Faktor Puncak

Halaju Purata Aliran Di Dalam Paip (m/s)

Pecutan Graviti (m2/s)

Pekali Hazen Williams

c.

Pemalar

Ketumpatan Bendalir (kg/m3)

Jejari Hidraulik (m)

Luas Keratan Rentas Konduit (m2)

Perimeter Keratan Rentas Konduit (m)

Tekanan (N/m2)

Kadar Alir (m3/s)

P
pg
v2
2g
z

Turus Tekanan (m)

Tenaga Kinetik

Aras (m)

xiii

GLOSARI

Berikut ialah istilah-istilah dan terjemahan bagi maksud yang digunakan dalam
kajian ini.

1. Sistem - Cara atau kaedah bagi melakukan sesuatu


2. Bekalan Air Rangkaian paip agihan yang mengagihkan air ke premis
3.

uPVC Polivinil Klorida bukan plastik

4. MS Keluli Lembut
5. AC Simen Asbestos
6. CI- Besi Tuang
7. DI- Besi Mulur
8. GRP- Plastik Bertetulang Kaca
9. PE- Polietilena Berketumpatan Tinggi, Rendah atau Sederhana
10. HDPE- Polietilena Berketumpatan Tinggi`

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN

TAJUK

Pelan Projek Penggantian Paip Lama dari


Telok Ramunia ke Pengerang

MUKA SURAT

76-77

Gambar-gambar Prosedur Pemasangan Paip


di Tapak

78-81

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Air merupakan satu sumber keperluan asasi yang tidak boleh dipisahkan
daripada kehidupan dan kewujudan manusia. Air adalah pemangkin kepada kehidupan
yang berkualiti serta menjana pembangunan ekonomi negara. Kehidupan tanpa air
adalah sesuatu yang tidak dapat dibayangkan. Hampir 75 peratus permukaan bumi
diliputi dengan air yang terdiri daripada 97.2 peratus air masin manakala 2.15 peratus
adalah air tawar. Air yang dimanfaatkan oleh manusia adalah sebanyak 0.3 peratus
sahaja (PM Dr Zulkifli Yusop, 2005).

Pembangunan pesat selama empat dekad yang lalu telah melibatkan penerokaan
tanah secara besar-besaran bagi tujuan industri, pertanian, perbandaran dan
pembangunan perumahan (Dato Ir. Syed Muhammad Shahabudin, 2005).

Peratusan

penduduk yang mendapat air bersih akan meningkat dari 91 peratus pada tahun 2000 ke
angka hampir 100 peratus menjelang tahun 2020 apabila negara mencapai tahap maju.
Sistem rangkaian bekalan air yang berkesan perlu disediakan bagi memenuhi keperluan
permintaan ini.

1.2 Latar Belakang Masalah

Pemasangan sistem paip yang mengikut prosedur dan direkabentuk dengan


sempurna akan menjamin bekalan air dapat disalurkan kepada pengguna dengan
gangguan

yang

minimum.

Semasa

merekabentuk,

membuat

spesifikasi

dan

melaksanakan sistem pemasangan paip, jurutera mesti merujuk kepada prosedur dalam
piawaian atau standard. Standard ini dibuat oleh pihak berkuasa yang diiktiraf dengan
tujuan untuk menjadi rujukan atau panduan semasa kerja-kerja dibuat. Ia bertujuan
untuk memastikan perlaksanaan yang efektif. Walau bagaimanapun, cara perlaksanaan
adalah bergantung kepada jurutera.

Dengan merujuk kepada spesifikasi ini, aspek keselamatan dan kualiti


pemasangan paip akan terjamin. Tanpa peraturan ini, pelbagai masalah akan timbul
akibat dari rekabentuk dan pemasangan paip yang tidak betul. Maka adalah penting bagi
jurutera untuk memahami dan menggunakan prosedur-prosedur dalam piawaian. Kajian
ini membuat liputan dalam mengkaji prosedur-prosedur dan rekabentuk serta amalan
perlaksanaan pemasangan sistem paip oleh SAJ Holdings Sdn Bhd.

3
1.3

Objektif Kajian

Kajian mengenai polisi, prosedur dan rekabentuk pemasangan paip oleh yang
akan dibuat SAJ Holdings Sdn Bhd adalah berpandukan kepada objektif-objektif seperti
berikut:
1. Mengumpulkan maklumat berkaitan dengan piawaian, polisi dan
prosedur yang digunakan dalam sistem pemasangan paip bekalan air.
2. Mengumpulkan maklumat berkaitan dengan teori yang digunakan
dalam rekabentuk sistem pemasangan paip.
3. Melihat amalan perlaksanaan kerja-kerja pemasangan paip dan
bagaimana prosedur yang ditetapkan dapat dipatuhi di tapak.

1.4 Skop Kajian

Secara amnya, kajian ini ditumpukan kepada polisi atau prosedur dan rekabentuk
pemasangan paip yang digunakan oleh pihak pembekal air di negeri Johor. Kajian ini
adalah kajian kes yang meliputi perlaksanaan kerja-kerja pemasangan paip di daerah
Kota Tinggi. Kerja-kerja yang terlibat bermula daripada kerja pengukuran semula,
pengorekan parit, pemasangan paip dan ujian-ujian yang dibuat ke atasnya. Selain
itu, ditumpukan juga kepada teori rekabentuk pemasangan paip dengan berpandukan
kepada MWA Design Guidelines For Water Supply Systems.

4
1.5

Kepentingan Kajian

Pengumpulan maklumat dan pengetahuan tentang polisi atau prosedur dan


rekabentuk pemasangan paip adalah penting bagi memastikan pemasangan paip
dibuat mengikut prosedur yang ditetapkan. Dengan adanya prosedur pemasangan
paip, satu sistem paip yang dipasang akan selamat serta membekalkan air kepada
pengguna dengan berkesan. Selain itu, kerja-kerja pemasangan paip yang dibuat
tanpa mengikut prosedur dapat dikenalpasti dan suatu penyelesaian dipertimbangkan
agar dapat dibaiki pada masa akan datang. Tambahan lagi, dengan memahami
prinsip-prinsip dalam rekabentuk, satu rekabentuk yang selamat tetapi ekonomi
dapat dihasilkan. Ini secara langsung dapat menjamin kualiti dan kuantiti sistem
pemasangan paip.

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1

Pengenalan

Sistem bekalan air bermula daripada proses rawatan air sehingga air bersih
dibekalkan kepada pengguna. Sistem ini terbahagi kepada beberapa peringkat iaitu
proses rawatan, sistem pengepaman melalui paip pengepam, sistem takungan
pertama, sistem penghantaran kedua melalui paip pengimbang, takungan kedua dan
penyaluran kedua kepada pengguna. Air akan melalui paip utama, kemudian ke
sistem retikulasi dan seterusnya ke sistem paip dalaman premis-premis pengguna.
Pihak berkuasa bekalan air bertanggungjawab memastikan air yang dibekalkan
cukup dan selamat digunakan untuk gangguan yang minimum. Bagi memastikan
sistem bekalan air berjalan dengan lancar dan dapat menampung keperluan pengguna
dari masa ke semasa, maka salah satu faktor penyumbang kepada keberkesanannya
ialah pemasangan paip. Ia mestilah mengikut polisi dan kaedah rekabentuk yang
ditetapkan.

6
2.2

Sistem Bekalan Air Johor

Sistem bekalan air di Tanah Melayu mula diperkenalkan di Pulau Pinang


pada tahun 1804 yang mempunyai penduduk sebanyak 10,000 orang. Air bersih
yang mengalir dari Bukit Bendera disalurkan melalui saliran yang diperbuat daripada
batu-bata sehingga ke bandar, di mana paip bawah tanah menghantarkan air ke
rumah-rumah. Paip air yang dipasang pada awal abad ini terdiri daripada jenis besi
tuang untuk menyalurkan bekalan air awam yang kebanyakannya tertumpu di
kawasan bandar. Sebelum perang dunia ke-2, bandar-bandar utama di negara kita
telah mempunyai bekalan air yang dirawat. Semasa negara dijajah oleh Jepun (19411945) tiada perkembangan pada sistem bekalan air kita. Sejurus selepas perang
dunia ke2, perkembangan sistem bekalan air di negara kita telah mula pulih.
Menjelang tahun 1950, negara kita telah mempunyai 100 loji rawatan air yang dapat
menghasilkan 195 juta liter sehari kepada penduduk seramai 1.15 juta orang

Paip air jenis asbestos telah diperkenalkan pada tahun 1950-an lagi disebabkan
kosnya yang murah dan popular digunakan sebagai paip utama dan paip agihan.
Paip air jenis keluli juga mula digunakan pada tahun 1950-an. Kebanyakkannya
dipasang sebagai paip utama dan paip pengepam. Paip air jenis Polivinil Klorida
Tak Diplastikan pula diperkenalkan pada tahun 1970-an. Ia biasanya digunakan
untuk retikulasi. Pada awal tahun 80-an, banyak paip jenis besi mulur dan HDPE
digunakan. Paip HDPE pada mulanya digunakan sebagai paip dalam air tetapi kini
digunakan secara meluas sebagai paip utama, retikulasi dan juga paip khidmat.
Projek bekalan air yang pertama selepas merdeka adalah Empangan Klang dan juga
Loji Rawatan Bukit Nanas yang siap pada 1959. ( Norlia Mohd Ali, 1998/1999 )

7
2.2.1

Permintaan Bekalan Air di Johor

Permintaan bekalan air Negeri Johor telah meningkat pada kadar 5% pada
tahun 2002 berbanding dengan tahun 2001.

Bagi tempoh 2003 - 2005,

permintaan bekalan air dijangka akan terus meningkat pada kadar purata 5.0 - 6.0
% setahun, selaras dengan pertumbuhan pembangunan sektor ekonomi termasuk
sektor industri, hartanah dan perdagangan. Walau bagaimanapun peningkatan
bekalan air ini dijangka dapat dipenuhi berdasarkan Kajian Sumber Air Negara
Tahun 2000 yang mendapati bahawa sumber air mentah Negeri Johor adalah
mencukupi untuk keperluan sehingga tahun 2050. Bagi memenuhi permintaan
bekalan air yang akan mencapai jumlah 1,337 juta liter sehari menjelang tahun
2005, SAJ Holdings akan membelanjakan sejumlah RM730 juta dalam tempoh
2003 - 2005 ini untuk mempertingkatkan keupayaan sistem bekalan air termasuk
membina loji air, atau meningkatkan membaikpulih sistem agihan air dan
penggantian aset serta mengurangkan lagi kadar air yang tidak berhasil. (SAJH,
2004).

2.3 Sistem Agihan Air

Selepas merawat air mentah di loji sehingga menjadi bersih dan bermutu,
maka peringkat seterusnya ialah pengagihan air kepada pengguna. Sistem agihan air
terdiri daripada paip penghantar, paip agihan dan retikulasi, tangki air pengimbang
dan tangki air perkhidmatan serta stesen pam penggalak. Paip penghantar adalah
paip air yang membawa air bersih dari loji air atau dari stesen pam penggalak ke
tangki air atau paip air dari satu tangki ke tangki air yang lain. Paip retikulasi adalah
rangkaian paip air yang mengagihkan air bersih di dalam kawasan permintaan. Paip
pengimbang pula menyalurkan air dari tangki pengimbang ke tangki-tangki servis.

8
Manakala paip agihan adalah paip air dari tangki air, loji air atau stesen pam
penggalak yang agihkan air bersih kepada sistem retikulasi. Objektif sistem agihan
ini adalah untuk membolehkan air dibekalkan pada tekanan dan kuantiti yang
mencukupi kepada pengguna. Rajah 2.1 menunjukkan Sistem Bekalan Air.

Rajah 2.1: Sistem Bekalan Air

Sistem pengagihan yang baik haruslah mempunyai ciri-ciri berikut (SAJH,


2004):1. Sistem itu mestilah kedap air supaya pencemaran kepada air paip tidak
berlaku.

9
2. Saiz paip harus sesuai supaya bekalan air cukup.
3. Sistem mempunyai tangki simpanan air untuk sehari.
4. Tekanan air di hujung paip untuk pengguna mestilah sekurang-kurangnya 40
kaki.
5. Jenis paip mestilah sesuai dengan keadaan tempat dan tanah.
6. Ketika berlaku kerosakan seperti paip pecah, bekalan air masih boleh
dibekalkan melalui sumber alternatif.
7. Pili bomba boleh digunakan ketika kebakaran.
8. Penyelenggaraan bagi sistem pengagihan ini mestilah cepat dan ekonomi.

2.3.1 Jenis Sistem Agihan Air

Sistem agihan air boleh diklasifikasikan kepada tiga jenis iaitu sistem graviti,
sistem berpam dan sistem graviti dan berpam. Jenis agihan air bergantung kepada
topografi, lokasi dan kemudahan kawasan agihan, ketinggian dan keadaan tapak.
Jadual 2.1 memberikan ringkasan kelebihan dan kekurangan tiga jenis sistem ini.

2.3.1.1 Sistem Graviti.

1. Sistem agihan secara graviti memerlukan aras yang berbeza iaitu aras dari
punca air ke sesuatu kawasan yang hendak dibekalkan air dengan tekanan
yang mencukupi pada setiap rangkaian paip. Tekanan dikawal supaya tidak
terlalu tinggi atau terlalu rendah sehingga menyusahkan pengguna. Sistem
pam tidak diperlukan dalam sistem ini.
2. Punca air terletak di kawasan tinggi seperti kawasan bukit. Air disalurkan
dari tempat tinggi ke tempat rendah dengan menggunakan daya graviti.

10
3. Kaedah sistem ini adalah paling baik dan ekonomi.

2.3.1.2 Sistem Berpam

1. Sistem agihan secara ini adalah memerlukan sistem pam dari punca air ke
sesuatu kawasan yang hendak dibekalkan air dengan tekanan yang
mencukupi.
2. Dalam sistem ini, sistem pam perlu dijalankan 24 jam sehari secara
berterusan.
3. Kaedah ini tidak dibuat dalam SAJH kerana memerlukan jenis pam yang
berlainan.
4. Apabila berlaku kerosakan pada pam, maka bekalan air tidak dapat
dibekalkan kepada pengguna.

2.3.1.3 Sistem Graviti dan Berpam

1. Sistem agihan ini merupakan sistem pembekalan air kepada pengguna


melalui tangki air.
2. Sistem ini beroperasi melalui sistem pam di mana air dari punca air dipamkan
ke tangki air dan dari tangki air pembekalan dilakukan secara sistem graviti.
3. Kebiasaannya, aras tangki air adalah berada di tempat yang tinggi untuk
memastikan sesuatu kawasan yang dibekalkan air dengan tekanan yang
mencukupi pada setiap rangkaian paip.
4. Oleh kerana keperluan air kepada pengguna dibekalkan melalui tangki air,
kelajuan pam tidak perlu berubah-ubah mengikut keadaan semasa. Dengan
ini, pam tidak menjadi cepat lusuh dan haus.

11
5. Kaedah ini adalah baik dan berekonomi. Air yang disimpan di tangki boleh
menampung permintaan pengguna dan mengawal kebakaran walaupun ketika
berlaku kerosakan pada paip.

Jadual 2.1:
Sistem
Graviti

Kelebihan dan Kekurangan Tiga Jenis Sistem Agihan

Kelebihan

Kekurangan

Boleh diharapkan
Kos operasi yang rendah

Pam

Tekanan dan aliran boleh diubahsuai

Masalah

biasanya

akan berkaitan dengan


Tindakan

pembaikan

boleh

dilakukan dengan segera

operasi

dan

penyelenggaraan
sistem pam

Graviti

Kos

rendah

jika

berada

dan Pam

keadaan topografi yang tertentu

pada

Masalah operasi dan


penyelenggaraan pam

2.3.2 Jenis Rangkaian Agihan

Rangkaian paip agihan air dapat dibahagikan kepada 4 jenis sistem iaitu
sistem hujung mati, sistem grid, sistem gelang dan sistem jejarian.

2.3.2.1 Sistem Hujung Mati

12
Sistem pembekalan cara ini sering ditemui di kawasan luar bandar seperti
kampung-kampung. Ianya cuma ada satu paip utama dan daripadanya bercambahlah
cabang utama berdasarkan permintaan pengguna terutama di tempat-tempat terpencil
dan jauh.

Kelemahan
1. Jika berlaku sebarang kerosakan dipangkal cabang utama seperti paip
pecah maka keseluruhan kawasan yang mendapat bekalan air dari cabang
utama itu terputus bekalan airnya.
2. Sistem ini secara tidak langsung akan banyak membazirkan air. Ia
mempunyai banyak hujung mati di mana air tidak dapat bergerak.
Kemungkinan air akan tercemar kerana tidak digunakan dan tidak
dibuang. Ini membahayakan pengguna, situasi seumpama ini perlulah
dihapuskan dengan memasang satu injap pembuangan air di bahagian
hujung paip supaya dapat dan mudah dibuang mengikut program yang
ditentukan.

2.3.2.2 Sistem Grid

Sistem ini adalah hasil ubahsuaian daripada sistem hujung mati. Bezanya
ialah di semua hujung paip utama dan cabang paip disambung antara satu sama
lain menyebabkan di semua bahagian air di dalam paip sentiasa bergerak.

Kebaikan

13
1. Ketika berlaku kerosakan, cuma sebahagian kecil pengguna sahaja yang
terlibat.
2. Pencemaran air kerana air tidak dapat bergerak dapat diatasi.
3. Tekanan air yang lebih baik boleh diperolehi berbanding dengan sistem
hujung mati.

Kelemahan
1. Perbelanjaan yang lebih untuk menyambung hujung paip.
2. Banyak injap diperlukan.

2.3.2.3 Sistem Jejarian

Di dalam sistem ini, air dari paip utama akan dimasukkan terlebih dahulu ke
dalam kolam pengagihan sebelum dibekalkan kepada pengguna.

Satu kolam

pengagihan membekalkan kepada satu kawasan atau zon yang tertentu. Kolam ini
ditempatkan di tengah zon yang berkenaan, membekalkan air melalui satu atau
beberapa paip keluar.
perumahan yang dirancang.

2.3.2.4 Sistem Gelung

Sistem ini sesuai dilaksanakan di kawasan-kawasan

14

Perbezaan sistem gelung dengan sistem grid ialah ia mempunyai satu


gegelang sama ada berbentuk bulat atau segiempat yang disediakan di kawasan
sekitar yang perlukan bekalan air dengan paip utama mengelilingi kawasan bekalan.
Kebaikan sistem ini hampir sama dengan sistem jejarian. Rajah 2.2 menunjukkan
Kaedah kaedah pengagihan air.

Rajah 2.2:
Paip Pengagihan

Kaedah-Kaedah Pengagihan Air

15

Paip pengagihan adalah installasi sistem pengagihan yang penting kerana ia


membawa air dan mengabungkan loji dan kolam, kolam dan pengguna. Oleh itu,
kajian untuk menentukan jenis-jenis dan saiz paip yang sesuai digunakan haruslah
diberi perhatian yang khursus. Antara masalah yang boleh timbul kerana kurang
perancangan termasuklah paip senang pecah, paip bocor, karat pada paip dan saiz
paip tidak sesuai.

2.3.3.1 Jenis-jenis paip pengagihan

Jadual di bawah menunjukkan jenis-jenis paip yang biasa digunakan dalam


sistem bekalan air. Bagaimanapun, bagi paip retikulasi ia banyak menggunakan
jenis uPVC dan MS bagi lintasan jalan dan longkang.

Jadual 2.2:
Jenis paip

Kelebihan dan Kekurangan Paip

Kelebihan

Kekurangan

Simen

Kuat dan tegar.

Mudah

Asbestos

Tahan karat pada tanah dan air.

hentaman.

Mudah untuk disambungkan.

Kekuatan rasuk yang rendah

Sambungan

(0<200mm).

boleh

lentur

memberikan sedikit pesongan.

rosak

Mudah

karat

akibat

dalam

sebahagian tanah dan air


yang dialirkannya.
Terdedah

kepada

serapan

bahan organik yang tercemar


apabila kering.
Bilangan sambungan yang
banyak berbanding dengan
per unit panjang.
Pemasangan

16
lekapan/penyelenggaraan
rumit.
Perlu

berhati-hati

dengan

habuk

asbestos

semasa

menggunakan mesin.
Sukar mengenalpasti lokasi
paip.
Kesan kebocoran rumit.
Ductile Iron

Ketegaran

dan

kekuatan

Berat.

mekanikal tinggi.

Mudah karat sekiranya sistem

Mudah disambung.

pelindung bahagian luar dan

Kebolehlenturan

pada

dalam pelindung musnah.

sambungan.

Masalah

nilai

Mudah dikesan.

apabila

menyalurkan

Paip mudah diresapi gas dan

lembut.

bahan tercemar organik.

Kesukaran mungkin timbul

Mengesan lokasi dan kebocoran

semasa

dengan mudah.

paip yang tidak diukur (garis

Kaedah

pembaikan

yang

pH

tinggi
air

pemasangan

pada

pusat paip >350mm).

diterima pakai.
Polietilina

Ringan dan tahan karat.

Penyambungan perlu buruh

ketumpatan

Mudah lentur.

mahir dan peralatan khas.

tinggi)

Mudahkan teknik pemasangan Rendahkan


alternatif.
Boleh

mutu

oleh

sesetengah bahan cemar.


dikimpal

untuk Sukar

kesan

jika

berlaku

menjadikan satu sistem tahan kebocoran.


bocor yang boleh menanggung Sukar mengenalpasti lokasi
beban hujung
Keluli

Ketegaran

paip.
dan

kekuatan Kerja

mengimpal

perlu

mekanikal tinggi.

kemahiran dan peralatan khas.

Boleh lentur.

Mudah terdedah pada karat

Panjang paip sehingga 13.5 m.

sekiranya lapisan pelindung

17
Boleh

dikimpal

untuk musnah.

menjadikan satu sistem tahan Sambungan

yang

bocor yang boleh menanggung memerlukan

dikimpal
pelindung

beban hujung.

tambahan di tapak.

Mudah dikesan.

Pelindung

katodik

Paip mudah dirsapi gas dan memerlukan pengawsan yang


bahan tercemar organik.

kerap.

Mengesan lokasi dan kebocoran Masalah


dengan mudah.

nilai

apabila

pH

tinggi

menyalurkan

air

lembut.
Bergantung

kepada

tanah

sebagai sokongan.
Kesukaran

semasa

pemasangan jika saiz paip


tidak piawai digunakan.
Polivinil
Klorida
diplastikan

Tahan karat.
tak Ringan.
Senang untuk disambung.

(uPVC)

Mudah

rosak

akibat

hentaman.
Bergantung

kepada

tanah

sebagai sokongan.
Boleh

turun

mutu

oleh

pancaran ultra ungu sekiranya


terdedah lama kepada cahaya
matahari.
Mudah

diresapi

oleh

pencemaran bahan organik


Sukar

mengenalpasti

pencemaran paip.
Sukar

untuk

kebocoran.

2.3.3 Penyambung

mengesan

18

Penyambung diperlukan untuk menyambung antara satu paip dengan paip


yang lain semasa kerja pemasangan dijalankan. Jenis penyambung adalah berbeza
mengikut jenis paip yang digunakan. Berikut adalah jenis penyambung yang biasa
digunakan.

a) Sambungan Bebibir

Sambungan ini digunakan untuk kerja paip yang terdedah, dalam stesen pam
penggalak dan hasil kerja yang tegar. Kerap digunakan untuk penyambungan paip
MS, CI dan memasang lekapan pada saluran paip.

b) Sambungan Kimpalan

Sambungan ini biasanya digunakan untuk paip keluli. Sesuai untuk pada
semua tekanan dan boleh digunakan bagi kerja atas dan bawah tanah.

c) Sambungan Gibault

Sambungan Gibault adalah sambungan boleh dibuka dan dibuat dari besi
tuang boleh lentur. Kekedapan dicapai dengan menekan gelang pada setiap hujung
spigot dengan menekan gelang pada setiap hujung spigot dengan mengetatkan skru.
Digunakan untuk penyambungan paip jenis AC, CI dan MS. Sambungan ini
membenarkan tekanan antara 10 hingga 12.5 bar.

d) Sambungan Sarung

19

Penggandingan sarung digunakan untuk penyambungan dua paip berhujung


rata dan bergarispusat sama.

Bahannya sama dengan bahan paip.

Kekedapan

dicapai dengan dua gegelang getah yang dipasang pada pengganding.

Biasa

sambungan sarung menggunakan gegelang getah seperti penyambung uPVC,


pengganding AC dan sambungan paip GRP. Gegelang getah ini adalah fleksibel
yang mana ia membenarkan lenturan pada darjah yang berbeza bergantung kepada
jenis pengganding sarung yang digunakan. Membenarkan lenturan untuk paip AC
antara 4 hingga 8 darjah bagi paip berdiameter sehingga 250mm. Manakala lenturan
paip berdiameter lebih dari 250mm ialah 1.5 hingga 3.5 darjah.

e) Sambungan Soket dan Spigot Tolak

Sambungan dilakukan dengan memasukkan hujung spigot ke dalam hujung


soket yang lain.gegelang getah digunakan untuk mengelakkan kebocoran
sambungan. Banyak paip jenis DI menggunakan jenis ini yang kadangkala dikenali
sebagai sambungan T. sambungan ini membenarkan lenturan paip antara 4 hingga 8
darjah.

f) Pengganding Mekanikal Boleh Lentur

Sesuai bagi penyambungan paip di kawasan tanah yang mengalami enapan,


pengembangan dan pengecutan.

Boleh digunakan untuk semua jenis paip.

Penyambung yang popular ialah Viking Johnson Coupling.

g) Penyambungan Mekanikal Sesendal Tunggal

20

Sesendal jenis ini dikedapkan dengan menekan gasket ke dalam soket dengan
menggunakan gelung kedapan dan bolt. Pesongan yang dibenarkan di antara 3
hingga 10 darjah bergantung kepada diameter paip.

2.3.4 Lekapan Sistem Bekalan Air

Kini terdapat pelbagai jenis lekapan dan lekapan khas yang boleh diperolehi
di pasaran untuk memudahkan pemasangan apabila terdapat perubahan pada garis
pusat paip dan sambungan, perubahan arah dalam rangkaian paip dan pemasangan
berbagai item dalam sistem agihan air. Oleh itu hanya lekapan dan lekapan khas
yang biasa digunakan dinyatakan di sini seperti penyambung bebibir, tee, injap dan
pili bomba. Semua injap bebibir mesti mempunyai bebibir mengikut BS 4504: 1969
Table 16/11 melainkan kelas tekanan yang lebih tinggi dinyatakan.

2.3.5.1 Pengecil

Bentuk pengecil terdiri daripada cembung atau rata yang digunakan untuk
menyambung paip dan lekapan yang terdiri daripada pelbagai diameter. Pengecil
jenis cembung digunakan meluas dalam paip rangkaian manakala pengecil jenis rata
digunakan dalam paip sedutan. Pengecil diperbuat daripada CI, DI, uPVC, PE, GRP
atau keluli. Ia berbentuk tanpa bebibir, kedua-dua hujung bebibir atau satu hujung
bebibir.
2.3.5.2 Penyuai Bebibir

21

Berfungsi untuk menyambungkan dari sistem yang boleh lentur kepada


sistem penyambung tegar seperti menyambung antara injap kedua hujung bebibir
kepada paip tanpa bebibir. Lekapan khas ini terdiri daripada CI, DI, keluli dan PE.

2.3.4.3 Sesiku

Sesiku digunakan untuk membolehkan perubahan hala paip dibuat samada


secara pugak atau ufuk. Lekapan ini terdiri daripada CI, DI, PE, uPVC, GRP atau
keluli. Sesiku piawai boleh diperolehi dalam sudut 11.25, 22.5, 45 dan 90 darjah.

2.3.4.4 Tee

Tee digunakan apabila terdapat perubahan arah semasa pemasangan paip.


Tee terdiri daripada pelbagai saiz dan garis tengah cabang tee mesti setemu dengan
garis tengah paip yang hendak disambung. Lekapan khas terdiri dari jenis CI, DI,
PE, uPVC atau keluli dan boleh berbentuk bebibir pada semua cabang atau
kombinasi antara bebibir dan tanpa bebibir. Paras tee yang terbalik boleh digunakan
untuk tujuan pencucian. Tee jenis ini biasanya mempunyai bebibir pada semua
cabang atau bebibir pada satu cabang sahaja manakala bahagian utama tidak
mempunyai bebibir.

2.3.4.5 Penapis

22

Penapis digunakan pada paip air keluar dan diperbuat dari besi, aluminium
atau keluli tanpa karat. Semua penapis mempunyai bebibir.
2.3.4.6 Mulut Loceng

Mulut loceng digunakan pada paip pengeruk, paip air masuk dan paip air
melimpah.

2.3.5 Injap

2.3.6.1 Injap Sluis

Injap ini berfungsi untuk mengawal kadar aliran serta tekanan air.
Pengawalan kadar aliran dan tekanan adalah penting supaya pengguna menerima
tekanan yang optima dan kerja-kerja pembaikan dapat dilakukan dengan mudah jika
terdapat sebarang kebocoran akibat paip pecah.

Jenis injap adalah bergantung

kepada saiz paip bekalan air. Injap sluice bebibir (hingga 600 mm) mesti merujuk
kepada BS 5163:1974 manakala injap sluis tanpa bebibir (hingga 10 inci) mesti
merujuk kepada BS 1218:1946. Tekanan maksimum yang dibenarkan ialah 16 bar.

2.3.6.2 Injap Keruk

23

Injap keruk dipasang di cawangan paip untuk membolehkan kotoran dari


rangkaian paip dialirkan keluar. Injap ini biasa ditempatkan di bahagian terendah
dalam sesuatu rangkaian paip dan di hujung paip tertentu. Tekanan maksimum yang
dibenarkan dalam injap ini ialah 16 bar.

2.3.5.3 Injap Udara

Terdapat 2 jenis injap udara iaitu injap udara tunggal dan injap udara kembar.
Injap udara tunggal boleh didapati dengan liang kecil. Injap udara kembar pula
kombinasi liang besar dan liang kecil. Injap ini berfungsi untuk menyingkirkan
udara di dalam paip air. Selain itu, ia digunakan untuk memasukkan udara semasa
mengosongkan paip air.

Kedua-dua jenis injap udara ini direkabentuk untuk

beroperasi pada tekanan yang maksimum iaitu 16 bar. Injap udara biasanya
ditempatkan di puncak sesuatu seksyen paip.

2.3.5.4 Injap Sekat Hala

Injap Sekat Hala berfungsi untuk mengalirkan air dalam satu hala sahaja.
Jika air berpatah balik dalam paip, maka injap ini akan tertutup dengan sendirinya
dan menyekat pengaliran air tersebut. Injap ini biasanya ada bebibir dan digunakan
dalam saluran paip pengepam dan ditempatkan di antara pam dan injap sluis .
Tekanan maksimum yang dibenarkan ialah 16 bar.
2.3.5.5 Injap Ketinggian

24

Injap ketinggian ini digunakan untuk mengawal air masuk ke dalam tangki
meninggi Injap ini boleh digunakan pada tangki air rendah sekiranya air masuk
melebihi diameter 450 mm. Injap ini dipasang dalam kebuk dan dilengkapi dengan
paip air pirau bertujuan untuk mengurangkan gangguan pada bekalan air apabila
penyelenggaraan dilakukan ke atas injap tersebut.

2.3.5.6 Injap Bola atau Lampong

Injap ini diletakkan pada akhir aliran masuk kepada tangki atau tangki
sedutan apabila aliran masuk ke dalam tangki secara graviti. Fungsi injap ini ialah
mengawal air masuk ke dalam tangki.

Apabila tangki sudah penuh, ia akan

memberhentikan air masuk. Injap pelampong ini direkabentuk merujuk kepada BS


1968.

Hanya injap piawai sehingga diameter 450mm digunakan.

Tekanan

maksimum yang dibenarkan ialah 10 bar.

2.3.5.7 Injap Pengurang Tekanan

Injap ini biasanya dipasang di saluran paip di bahagian selepas pam untuk
bertujuan mengurangkan tekanan dalam paip yang disebabkan oleh tukulan air yang
wujud setelah alat pam berhenti.

2.3.5.8 Pili Bomba

25

Pili bomba digunakan untuk menyalurkan air keluar daripada rangkaian paip
air ketika berlaku kecemasan. Ia juga berfungsi sebagai pengeruk dalam rangkain
paip. Terdapat dua jenis pili bomba iaitu pili bomba bawah tanah yang merujuk
kepada BS 750 atau atas tanah yang terperinci dalam Pelan JKR No PBA H/310/15.
Semua pili bomba akan mempunyai tekanan maksimum 16 bar. Kedudukan pili
bomba adalah pada persimpangan, cabang dan biasanya dengan jarak antaranya tidak
lebih 180 meter. Pemasangan yang mempunyai risiko kebakaran yang tinggi mesti
mempunyai pili bomba tidak lebih dari 90 meter jarak berjalan dari pemasangan
tersebut.

2.4

Prosedur Pemasangan Paip

Pemasangan paip secara umumnya bermula dari mengenalpasti keadaan tapak


bina sebelum direkabentuk serta menentukan sumber bekalan air yang sesuai. Selain
rekabentuk, beberapa prosedur dan amalan piawai pemasangan paip perlu
dipraktikkan bertujuan untuk memastikan paip dipasang memenuhi kehendak dari
segi kuantiti, tekanan yang cukup dan ketahanan yang sesuai dari segi kegunaan dan
lokasi pemasangan.

Berikut ialah prosedur pemasangan paip selepas proses

rekabentuk:a. Pemilihan jajaran paip.


b. Penjajaran laluan paip air.
c. Pembersihan laluan paip air.
d. Pengendalian dan penghantaran paip dan keperluan ke tapak bina.
e. Pemeriksaan paip dan kelengkapan
f. Pengorekan dan pemasangan paip.
g. Penyambungan paip.
h. Kerja-kerja konkrit.
i. Penyambungan Tee dan Lekapan.

26
j. Pengujian paip air.
k. Pembasmian kuman

2.4.1 Pengujian paip air

Tujuan ujian paip adalah untuk memastikan bahawa paip dan kelengkapan
seperti sambungan, special dan sebagainya mempunyai kekuatan yang diperlukan
dan tiada kebocoran. Antara ujian-ujian yang terlibat ialah:a. Ujian Tekanan
b. Ujian kebocoran

2.5

Teori Rekabentuk Sistem Bekalan Air yang Berkesan

Dalam mereka bentuk, perkara pertama yang perlu diberi perhatian ialah
kapasiti air yang bersesuaian dengan permintaan air tersebut. Terdapat beberapa
garis panduan yang perlu diikuti sebelum proses mereka bentuk dimulakan iaitu:-

a. Ditentukan berdasarkan simpanan minimum satu hari tangki domestik.


b. Kriterium berdasarkan Pihak Berkuasa Air Negari-negeri. Kriterium yang
disediakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Pihak Berkuasa Air Negeri
telah mengenengahkan beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk
mengetahui keperluan tangki domestik iaitu seperti di Jadual 2.3 dan Jadual
2.4 di bawah:

27
Jadual 2.3: Keperluan Air Purata Bagi Setiap Jenis Bangunan
Jenis Bangunan

Keperluan Air Purata

Rumah teres kos Rendah

250 gpd ( 1125 liter/hari )

Rumah teres 1 tingkat

300 gpd ( 1350 liter/hari )

Rumah Berkembar 1 atau 2 tingkat

350 gpd ( 1570 liter/hari )

Banglo

500 gpd ( 2250 liter/hari )

Rumah Kedai 1 atau 2 Tingkat

500 gpd ( 2250 liter/hari )

Rumah Kedai 3 Tingkat

600 gpd ( 2700 liter/hari )

Jadual 2.4: Keperluan Bekalan Air Per Individu


Jenis Bangunan

Keperluan Bekalan Air per Individu

Hotel

270 liter/orang/hari

Asrama

180 liter/orang/hari

Sekolah ( biasa )

30 liter/orang/hari

Sekolah Berasrama

180 liter/orang/hari

Pejabat Tanpa Kantin

70 liter/orang/hari

Pejabat Dengan Kantin

90 liter/orang/hari

Restoran

14 liter/orang/hari

Masjid

14 liter/orang/hari

Berek Polis/ Tentera

270 liter/orang/hari

Walau bagaimanapun, kesemua jadual tersebut adalah berpandukan penggunaan


tangki domestik sahaja dan Jabatan Bomba Tempatan pula menentukan kapasiti
tangki bomba.

2.5.1

Halaju Aliran Dalam Paip

28

Halaju aliran di dalam saluran paip agihan ditentukan dengan menggunakan


Persamaan 2.1 seperti di bawah. Nilai yang diperolehi dipastikan supaya tidak
melebihi had halaju maksimum yang telah ditetapkan iaitu 2.6m/s. Ini adalah perlu
bagi menghalang hakisan di dalam paip oleh aliran lampau.

Q = VA

(2.1)

dengan
Q ialah kadar aliran, m/s, V ialah halaju aliran, m/s, A ialah keluasan paip, m

2.5.2

Aliran Pemadam Kebakaran

Aliran pemadam kebakaran disediakan sebagai langkah keselamatan bagi


tujuan kecemasan yang berlaku seperti kebakaran. Dalam rekabentuk sistem, kadar
alir kebakaran hanya menganggap satu pili bomba digunakan walaupun lebih
daripada satu pili bomba di pasang dalam keadaan sebenar. Nilai kadar alir pemadam
kebakaran boleh di kira dengan menggunakan Persamaan 2.2 seperti berikut :-

Qf= Qpd + 1.1 Qpb + Qfh

(2.2)

Dengan,
Q fh ialah 300gpm (22.71 liter/s), Qf ialah Kadar alir pemadam kebakaran, Qpd ialah
Kadar air purata ke tangki domestik, Qpb ialah Kadar alir purata ke tangki bomba, Qh
ialah Kadar alir hidrant = 22.71 liter/s.
Pemilihan sistem paip bagi sesebuah bandar atau skim perumahan perlu
mengambil kira faktor kos dan keberkesanan perkhidmatan. Pada kebiasaannya,

29
gabungan dua atau lebih sistem agihan digunakan untuk meningkatkan mutu
perkhidmatan. Selepas susun atur paip ditentukan, proses pengiraan saiz dan tekanan
pengguna dapat dilaksanakan. Tekanan pengguna seberapa mungkin diminimumkan
semua permintaan puncak berlaku.

2.5.3

Kehilangan Turus

Aliran bendalir menghasilkan kehilangan turus di dalam sebatang paip


seragam yang mengufuk. Di dalam paip, kehilangan turus boleh berlaku disebabkan
oleh rintangan kelikatan bendalir, geseran pada dinding paip, perubahan keratan
rentas paip atau kehilangan lain yang kecil seperti di sambungan-sambungan seperi
injap, lentur dan sebagainya. (Fatimah Mohd Noor, Faridah Jaffar Sidek, Goh Guit
Keau, 1991).

Bagi tujuan pengiraan saizpaip, hanya kerugian turus yang disebabkan oleh
panjang paip sahaja diambilkira. Ini adalah kerana kerugian-kerugian lain adalah
kecil, oleh itu ianya tidakdiambil kira kerana tidak menjejaskan reka bentuk dengan
ketara. Rumus-rumus yang kerap digunakan ialah Rumus Darcy-Weisbach, Rumus
Manning dan Rumus Hazen-Williams.

2.5.3.1 Rumus Darcy-Weisbach

Persamaan 2.3 ialah persamaan yang digunakan untuk mencari kehilangan turus

30
hf = 4fLV2 / 2gd

(2.3)

dengan
hf ialah kehilangan turus, m, L ialah panjang paip, m
D ialah Garispusat paip, m, V ialah Halaju purata aliran di dalam paip, m/s
g ialah pecutan graviti, m/s, f ialah faktor geseran.

dengan f = 2c /

(2.4)

c ialah pemalar, ialah ketumparan bendalir, kg/m3

2.5.3.2 Rumus Manning

Rumus Manning adalah seperti didalam Persamaan 2.5 iaitu:


hf= h2V2L/ R4/3

(2.5)

dengan
hf ialah kerugian turus, m, h ialah Pekali Manning, L ialah panjang paip, m
V ialah halaju purata aliran di dalam paip, m/s, R ialah jejari hidraulik, m.
Jejari hidraulik ditakrifkan oleh Persamaan 2.6 berikut:
R=A/P
Dengan
A ialah luas keratan paip, m2, P ialah perimeter perimeter basah, m.
2.5.3.3 Rumus Hazen-Wiliams

(2.6)

31

Formula Hazen-Williams secara umumnya tidak sesuai untuk paip


berdiameter kurang daripada 50 mm atau halaju aliran melebihi 3 m/s. Kebiasaannya
persamaan (2.7) yang merupakan persamaan Hazen-Williams akan digunakan :
hf = 10.69LQ1.852
C1.852D 4.87

(2.7)

Dengan,
L ialah panjang paip, Q ialah kadar alir (m3/s), D ialah diameter paip, (m) dan C
ialah pekali Hazen-Williams. Pekali Hazen William boleh diperolehi dalam Jadual
2.5 berikut:

Jadual 2.5:

Pekali Hazen Wiliams Mengikut Jenis Paip

Jenis paip

Pekali Hazen Wiliams ( C )

Simen Asbestos (AC)

115

Besi Mulur (DI)

130

Besi Tuangan ( CI )

110

Polivinil Klorida Tak Diplastikkan (uPVC)

130

Polietilena Ketumpatan Tinggi (HDPE)

130

Keluli Lembut (MS)

110

2.5.4 Faktor Rekabentuk Untuk Menentukan Saiz Paip

Ketika menentukan saiz paip terdapat bebberapa faktor yang perlu diambil
kira seperti halaju aliran, kadar alir puncak, aliran kebakaran, baki tekanan yang
disyorkan dan garis pusat paip minimum.

2.5.4.1 Halaju Aliran

32

Halaju aliran maksimum yang digunakan dalam sistem agihan secara umumnya
ialah 2.5 meter per saat. Ia bertujuan untuk mengelakkan hakisan yang disebabkan
oleh pusaran pada halaju tinggi.

Di bahagian sedutan pada rangkaian paip air

pengepam, kelajuan tidak melebihi 1.2 meter per untuk mengurangkan masalah
peronggaan.
2.5.4.2 Kadar Alir Puncak

Kadar alir puncak adalah kriteria seterusnya dalam sistem bekalan air. Ia
digunakan bagi tujuan rekabentuk paip yang menggunakan tangki simpanan air
domestik. Menurut piawaian MWA (Panduan Rekabentuk untuk Sistem Bekalan
Air), kadar alir puncak ini dihitung hasil jumlah faktor puncak berdasarkan jenis
kawasan penduduk sama ada bandar atau luar bandar (pedalaman) atau kawasan
felda di darab dengan kadar alir purata seperti yang dinyatakan dalam Jadual 2.6.
Kadar alir puncak boleh merujuk kepada persamaan (2.8) berikut;
Q puncak = f x Q purata

(2.8)

Dengan, f ialah faktor puncak, Q purata ialah purata permintaan air.


Jadual 2.6:

Nilai Faktor Punca


Faktor Puncak

Kawasan
Bandar dan luar

Agihan/ Rangkaian

Graviti/PaipPenghantar

2.5

1.5

3.2

1.2

bandar
Skim Felda

2.5.5 Turus atau Tekanan Ambilan Dari Paip Utama


Turus tekanan ialah tekanan yang terhasil daripada air yang mengalir di dalam
suatu paip. Tekanan ini dipengaruhi oleh halaju air dalam paip dan diameter paip

33
yang digunakan dalam agihan. Nilai turus tekanan akan berubah bergantung kepada
kedudukan paip agihan tersebut. Turus tekanan di paip utama ditentukan dengan
melakukan Ujian Tekanan di lokasi paip utama yang berdekatan dengan kawasan
petempatan. Nilai turus tekanan ini juga boleh didapati daripada pihak berkuasa
seperti SAJ Holdings. Dalam rekabentuk paip, tekanan yang paling rendah akan
digunakan. Turus Tekanan paling rendah ini kemudiannya akan digunakan untuk
menentukan tekanan berdasarkan Persamaan Bernoulli untuk merekabentuk sistem
bekalan air di sesuatu kawasan.

2.5.6 Turus Tekanan Baki


Turus tekanan baki dalam paip agihan boleh dihitung dengan menggunakan
Persamaan 2.8 iaitu Persamaan Bernoulli seperti berikut;

(2.9)
Dengan,
hf ialah kehilangan tenaga disebabkan oleh geseran, z ialah tenaga potensial,
V2 ialah tenaga kinetik, P ialah turus tekanan.
g
2g

2.5.6.1 Baki Tekanan yang Disyorkan

34
Baki tekanan maksimum dan minimum yang disyorkan oleh MWA (Panduan
Rekabentuk untuk Sistem Bekalan Air) dalam paip air retikulasi adalah seperti Jadual
2.7
Jadual 2.7
Baki
Tekanan

Baki Tekanan Yang Disyorkan

Bandar

Luar bandar

Felda

(meter)

(meter)

(meter)

Minimum

10

22

10

Maksimum

60

60

40

2.5.7 Garis Pusat Paip Minimum

Garis pusat minimum dalam sistem agihan adalah 100 mm manakala untuk
kawasan perumahan adalah 150 mm.

2.5.8 Langkah-langkah Dalam Mereka Bentuk

Proses rekabentuk yang tepat dan mengikut prosedur yang ditetapkan akan
menghasilkan satu rekabentuk yang efisyen untuk keperluan pengguna. Rajah 2.3
menunjukkan Carta Aliran langkah-langkah merekabentuk sistem bekalan air di
sesuatu kawasan.

Langkah-Langkah Merekabentuk

35

i.
ii.

i.
ii.
iii.

i.
ii.
iii.

i.

Rajah 2.3:

Tentu kadar keperluan bagi


bangunan mengikut
keperluan.
Tentu aliran puncak

Lakar sistem saliran yang


ekonomi dan efisyen.
Tentu kadar alir setiap paip.
Tentu jenis paip dan diameter
paip yang digunakan.

Tentu kehilangan dalam paip.


Tentu halaju dalam paip.
Tentu turus baki bagi sistem.

Buat semakan dan perubahan


rekabentuk
jika
perlu
bagi
mendapatkan hasil ekonomi dan
efisyen.

Carta Aliran Langkah-Langkah Merekabentuk Sistem Bekalan Air

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan dan Pengumpulan Data

Kajian yang dibuat ini merupakan satu kajian yang menekankan kepada
aktiviti-aktiviti seperti mengumpulkan maklumat berkaitan polisi dan prosedur yang
digunakan oleh pihak SAJ Holdings dalam sistem pemasangan paip. Selain itu, ia
menekankan kepada mengumpulkan maklumat berkaitan dengan teori rekabentuk
berkesan dalam dalam sistem bekalan. Tambahan lagi, ia memerlukan kepada kerjakerja tapak ataupun perlunya kepada penglibatan secara langsung kepada tapak
projek. Oleh itu , beberapa kaedah kajian seperti pengumpulan maklumat, tinjauan,
pemerhatian, temubual dan soal selidik dijalankan bagi membantu mendapatkan
maklumat yang diperlukan bagi kajian ini.

3.1.1 Pencarian Maklumat

Maklumat-maklumat yang berkaitan diperolehi dan dikumpulkan daripada


pelbagai sumber yang berlainan seperti berikut:-

37

a) Buku Teks

Buku-buku teks mengenai sistem pembekalan air, sejarah sistem bekalan air,
keadah pengagihan air, jenis-jenis paip air diperolehi dari Perpustakan Sultanah
Zanariah (PSZ) UTM dengan bantuan perkhidmatan infolan atau abstrak-abstrak
yang berkaitan dengan tajuk kajian. Selain itu, ia juga diperolehi dari nota-nota yang
diterbitkan oleh SAJ Holdings. Rujukan utama kajian ini ialah merujuk kepada
MWA Design Guidelines For Water Supply System, Guidelines On Submission Of
Water Supply To JBA Johor dan Spesifikasi Jabatan Penggantian Aset SAJH.

b) Tesis

Tesis tahun-tahun lalu oleh pelajar UTM yang berkaitan dengan tajuk boleh
diperolehi daripada pusat sumber, Fakulti Kejuruteraan Awam UTM melalui senarai
tesis yang disediakan.

3.1.2 Tinjauan dan Pemerhatian

Tinjauan di tapak projek akan memberikan data dalam satu masa tertentu dan
ia seolah-olah satu foto-snapshot. Pemerhatian pula dijalankan setelah tinjauan
dilakukan. Kedua-dua kaedah ini diperlukan bagi memerhati prosedur yang dibuat
dalam pemasangan paip. Setiap pemerhatian perlulah dicatatkan dengan sistematik
supaya tiada maklumat yang tercicir.

38

3.1.3 Soal selidik dan Temubual


Soal selidik dan temubual juga dilakukan bagi mengumpul maklumatmaklumat yang tidak diketahui melalui pemerhatian dan juga untuk memastikan
maklumat yang diperolehi melalui tinjauan serta pemerhatian dengan lebih terperinci.
Temubual dijalankan kepada orang-orang tertentu yang dikatakan sebagai orang
yang bertanggungjawab terhadap projek ini seperti Mr Leong, kontraktor, En Abdul
Halim,

Juruteknik

dan

En

Nur

Firdaus,

Jurutera

SAJ

Holdings

yang

bertanggungjawab terhadap kelancaran projek yang dikaji ini iaitu Projek


Penggantian Paip Lama dari Telok Ramunia ke Pengerang di daerah Kota Tinggi.
Mereka juga memastikan kerja-kerja yang dilakukan di tapak mengikut polisi dan
prosedur yang digariskan oleh SAJ Holdings.

3.2 Pengurusan Data

Berdasarkan kaedah soal selidik dan temuramah yang dijalankan bersama


ihak kontraktor, Juruteknik dan Jurutera yang bertanggungjawab maklunmat seperti
prosedur pemasangan paip, keadaan sistem paip yang dipasang, kemudahan dan
infrastuktur yang sedia ada di dalam kawasan kajian dapat diketahui. Data-data
keluasan kawasan dan status tanah kawasan kajian juga dapat dikenalpasti daripada
pelan-pelan susunatur yang disediakan oleh pihak SAJ Holdings.

Selain itu,

temubual juga dibuat kepada penduduk setempat untuk mendapatkan komen


mengenai masalah yang dihadapi oleh mereka ketika paip baru dipasang. Maklumat
juga diperolehi daripada manual garis panduan Syarikat Air Johor dan Persatuan Air
Malaysia serta kajian-kajian terdahulu.

39
3.3 Analisis Data
Berdasarkan pemerhatian dan maklumat yang dikumpulkan, akan menghasulkan satu
prosedur pemasangan paip. Selain itu, setiap prosedur pemasangan paip di tapak
kajian ini akan dikaji samada mengikut spesifikasi yang digariskan oleh SAJ
Holdings.

BAB 4

KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN

4.1

Pengenalan

Bab ini akan membincangkan mengenai prosedur pemasangan paip yang


dilakukan di kawasan tapak kajian. Kawasan kajian yang dipilih ini ialah Projek
Penggantian Paip Lama dari Telok Ramunia ke Pengerang. Ia ialah milik SAJ
Holdings dan melibatkan Ranhill Engineers and Construction Sdn.Bhd sebagai
Kontraktor dan South Asia Engineering Sdn.Bhd sebagai subkontraktor.

Pemerhatian

dan

maklumat

yang

diperolehi,

akan

dianalisis

dan

mengenalpasti prosedur pemasangan paip yang digariskan oleh SAJ Holdings.


Analisis yang dilakukan adalah berpandukan garis panduan manual yang disediakan
oleh Syarikat Air Johor Holdings (SAJH) dan Persatuan Air Malaysia (MWA).

41
4.2

Polisi Pemasangan Paip

Polisi mengikut Dewan bahasa dan Pustaka bermaksud rancangan tindakan


yang dipersetujui dan piawai. Polisi pemasangan paip oleh SAJ Holdings ialah
peraturan atau ketetapan , rancangan tindakan yang dipersetujui oleh pihak SAJ
Holdings dan juga pihak yang terlibat iaitu kontraktor yang terlibat dalam
pemasangan paip. Menurut Spesifikasi Pengantian Aset SAJH, polisi pemasangan
paip terbahagi kepada tiga bahagian iaitu sebelum, semasa dan selepas kerja-kerja
pemasangan paip dilaksanakan.

4.2.1 Sebelum Kerja Pemasangan Dilaksanakan

1. Tempoh Tanggungan Kecacatan hendaklah disediakan bagi tempoh


(sekurang-kurangnya) untuk tempoh masa kerja dilakukan dan tambahan 6
bulan tanggungan kecacatan. Jika terdapat sebarang kecacatan yang berlaku
di atas kecuaian kerja kontraktor atau kerosakan barang-barang yang
dibekalkan oleh kontraktor semasa tempoh kerja tersebut, pihak SAJH berhak
memanggil semula pihak kontraktor tersebut untuk memperbaiki kecacatan
kecacatan kerja tersebut dengan kos pembaikan kecacatan tersebut
ditanggung sepenuhnya oleh pihak kontraktor seperti diarahkan oleh Pegawai
Penguasa.
2. Kontraktor hendaklah berhubung dan membuat lawatan tapak bersama
dengan pegawai SAJH, pihak JKR, TNB, Majlis Daerah Tempatan (jika
terlibat) dan lain-lain agensi yang terlibat.
3. Kontraktor

hendaklah berhubung

dan

memaklumkan

dengan

ketua

masyarakat setempat seperti penghulu, ketua kampung, ketua masyarakat dan


ahli majlis (jika terlibat) bersama pegawai SAJH.

42

4. Kontraktor hendaklah memasang papan tanda projek seperti di lukisan


nombor STD/DWG/SAJH/ASET/G/1 di lokasi yang ditetapkan oleh
penguasa projek atau wakilnya.
5. Kontraktor hendaklah mengambil gambar kawasan jajaran paip atau kawasan
tapak kerja sebelum kerja dijalankan.
6. Kontraktor hendaklah menyediakan jadual kerja dan carta organisasi syarikat
serta

mengembalikan

semula

kepada

pihak

SAJH

sebelum

kerja

dilaksanakan.
7. Tempat simpanan paip, fitting dan special di tapak bina hendaklah selamat,
keadaan perlindungan yang sesuai dan telah mendapat kebenaran tuan punya
tanah.
8. Kontraktor hendaklah memastikan paip air yang belum ditanam dibenarkan
disusun dengan teratur di tepi jalan sekurang-kurangnya satu meter dari
hujung edge of the road.
9. Kontraktor hendaklah mengendali dan mengangkut paip dan fitting dengan
cara yang betul dan tidak dibenarkan mengheret paip tersebut dan jika
terdapat kerosakan paip dan fitting akibat cara pengendalian yang tidak betul,
segala kos paip dan fitting tersebut ditanggung oleh pihak kontraktor.
10. Barang-barang yang dibekalkan oleh pihak kontraktor hendaklah mendapat
kelulusan daripada pihak SAJH.

43
4.2.2 Semasa Kerja Pemasangan Dilaksanakan.

1. Papan tanda keselamatan hendaklah diletakkan di tempat yang sesuai dan


secukupnya

seperti

yang

terdapat

di

lukisan

nombor

STD/DWG/SAJH/ASET/G/02-04.
2. Semua pemasangan paip hendaklah ditanam di R.O.W. (Right Of way) jalan
atau sempadan tanah dan kedalaman sekurang-kurangnya satu meter dari atas
paip bagi penanaman paip di bawah jalan berturap.
3. Kerja pengorekan di atas jalan berturap hendaklah dipotong menggunakan
alat pemotong jalan sehingga menghasilkan kawasan korekan yang lurus dan
rata dan hanya pasir dan crusher run sahaja dibenarkan untuk menimbus
kembali lubang korekan serta dimampatkan. Tanah asal tidak dibenarkan
sama sekali digunakan untuk menutup lubang korekan tersebut.
4. Bagi korekan di kawasan yang sibuk (bandar), tanah korekan yang berlebihan
yang sudah tidak digunakan lagi hendaklah dibuang di tempat pembuangan
kontraktor.
5. Lubang-lubang korekan hendaklah ditutup dengan segera atau diletak papan
tanda keselamatan secukupnya.
6. Kerja-kerja pemotongan dan pengorekan di atas turapan jalan hendaklah
diturap kembali selewat-lewatnya 24 jam bagi jalan utama JKR dan Majlis
Tempatan dan 3 hari bagi jalan kampung. Kerja membaik pulih premix perlu
mengikut spesifikasi JKR di bawah pengawasan Pegawai Penguasa.
7. Tidak dibenarkan sama sekali menebuk paip air Mild Steel bagi membuat
tapping, tee, reducer dan sebagainya.

44
8. Bagi kerja-kerja penyambungan secara kimpalan untuk paip mild steel perlu
dibuat perlindungan balutan bitumen.

Bahan dan ketebalan balutan

hendaklah mendapat kelulusan dari penguasa tapak.


9. Semua S-Bend ( paip terdedah ) hendaklah dicat dengan antirust (2 lapisan).
10. Kelulusan bahan tapping, bolt dan nut dan fittings perlu mendapat kelulusan
dari penguasa tapak.
11. Kerja menebuk paip hendaklah menggunakan peralatan yang sesuai.
Contohnya paip D.I menggunakan mesin Talbot.

Cara kerja dan

perlaksanaan perlu dirujuk dan diawasi oleh Pegawai Penguasa. Lubang


tapping perlu ditimbus semula dengan pasir sehingga ke paras atas ferrule.
12. Semua paip komunikasi (Polypipe) hendaklah ditanam sekurang-kurangnya
450 mm di bawah jalan dan 300 mm di bawah bahu jalan kecuali jika
terdapat halangan seperti konkrit, jubin, longkang dan keadaan meter stand
sedia ada yang mana keputusan pemasangan ditentukan oleh penguasa atau
pemeriksa kontrak semasa di tapak.
13. Semua paip G.I ke rumah sedia ada hendaklah diganti dengan Polypipe
sehingga bawah ke meter stand sebagaimana arahan penguasa tapak. Paip
komunikasi jenis polyetherlene tidak dibenarkan terdedah sama sekali. Ianya
perlu ditanam sebagaimana rujukan lukisan.

Bagi paip yang terdedah

menyeberangi longkang atau parit, ianya perlu disaluti paip G.I atau diganti
dengan stainless steel.
14. Meter stand sedia ada hendaklah diganti dengan meter stand stainless steel
megikut lukisan yang ditetapkan.

Lokasi meter stand ditentukan oleh

Penguasa Tapak.
15. Semua dasar chamber hendaklah diletakkan pasir seperti di dalam lukisan.

45
16. Ujian tekanan kebocoran, pembasmian kuman dan flushing yang dilakukan
hendaklah menggunakan air SAJH sahaja dan dibayar kepada SAJH.
17. Borang Perakuan Siap Kerja dan penyerahan hendaklah direkodkan
menggunakan borang-borang yang disediakan.
18. Mengambil gambar semasa kerja dijalankan seperti semasa pemasangan paip
dan special, penyambungan paip, pengorekan, pemotongan jalan dan semasa
ujian tekanan dan kebocoran.
19. Bagi kerja-kerja pemasangan By-Pass pressure gauge stand hendaklah
daripada stainless steel berukuran 20 mm dan kedudukan hendaklah berada di
dalam injap sluis kecuali keadaan tapak tertentu yang memerlukan perubahan
dan tertakluk kepada arahan Pegawai Penguasa.

4.2.3 Selepas Kerja-Pemasangan Dilaksanakan

1. Mengambil gambar selepas kerja dijalankan (posisi sama semasa mengambil


gambar sebelum kerja dilaksanakan).
2. Memulangkan semua lebihan atau baki paip, fitting dan special ke stor SAJH.
3. Mengaturkan pengukuran akhir di tapak bagi tujuan pembayaran dan lawatan
tapak bersama Jabatan Pelanggan yang berkaitan bagi tujuan pengerahan
projek.
4. Kontraktor hendaklah menyediakan draf lukisan skematik As Built dan
mengajukan kepada SAJH.
5. Semasa kerja-kerja ujian dilakukan, SAJH berhak menggunakan pressure
gauge kepunyaan SAJH.

46
4.3

Prosedur Pemasangan Paip Air

Menurut polisi SAJH, pemasangan paip secara umumnya bermula dari


mengenalpasti tapak bina dan keadaan tapak bina bagi membolehkan paip yang
dirancang serta menentukan sumber bekalan air yang sesuai.

Tujuan diadakan

prosedur yang sistematik adalah untuk memastikan paip yang dipasang memenuhi
kehendak. Kehendak yang dimaksudkan seperti dapat membekalkan air dengan
kuantiti yang dan tekanan yang mencukupi serta mempunyai ketahanan sesuai dari
segi kegunaan dan lokasi pemasangan.

4.3.1 Pemilihan Jajaran

Pemilihan jajaran paip yang sesuai adalah penting dalam menentukan kos
utama dan dan kos pemasangan. Pemilihan jajaran ini boleh dilakukan melalui
gambar udara, pelan ortografik, pemeriksaan di tapak, data teknikal keadaan kawasan
serta kedudukan utiliti sedia ada seperti talian eletrik atau telefon. Jajaran yang
dipilih dengan mmastikan profil tanah berada di bawah garisan hidraulik untuk
memastikan kedudukan pam sekiranya perlu.

4.3.2 Penjajaran Laluan Paip Air

Penjajaran laluan paip air dibuat berdasarkan pelan yang telah diluluskan dan
dilakukankan oleh juruukur berlesen. Penandaan laluan paip air ini adalah penting
untuk memastikan ianya tidak terkeluar dari kawasan yang dibenarkan ataupun
melalui proses pengambilan balik tanah. Masalah sebegini seringkali dihadapi oleh

47
pihak SAJ Holdings dan ianya mendatangkan masalah kerana ia perlu mendapatkan
kebenaran dari pemilik tanah tersebut. Oleh itu, penjajaran yang tepat dan efisyen
perlu dibuat untuk memastikan segalanya berjalan lancar.

Kayu penanda akan

ditanam pada kedua-dua belah bahu jalan. Setiap jarak selang ialah kurang 50 m di
laluan paip yang akan dipasang bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan laluan
boleh dibuat secara teratur dan mengikut penjajaran yang telah ditetapkan.

4.3.3 Pembersihan Laluan Paip Air

Pembersihan laluan paip perlu dibuat terutama pada kawasan yang tiada
laluan jalan masuk dan dipenuhi dengan semak samun. Ia adalah untuk memudahkan
jentera dan pekerja memamasuki kawasan ini dan seterusnya dapat menjalankan
kerja-kerja pemasangan paip.

Pembersihan laluan ini mestlah berdasarkan

penandaan laluan yang telah dibuat sebelum ini. Kemudian penandaan jajaran laluan
paip dibuat dengan selang kurang dari 50 m untuk memudahkan kerja-kerja
pemasangan paip yang akan dijalankan.

4.3.4 Pengendalian, Penghantaran Paip dan Keperluan ke Tapak Bina

Jenis paip yang dipilih untuk pemasangan dipengaruhi oleh banyak faktor
seperti lokasi, kemudahan pemasangan, jangka hayat paip dan faktor ekonomi.
Penghantaran paip, injap, special, penyambung dan lain-lain yang berkaitan ke tapak
bina, penerimaannya perlu dibuat oleh pihak kontraktor. Ini adalah untuk
memastikan tiada sebarang kecacatan atau kerosakan yang berlaku ke atas barangbarang tersebut.

Kontraktor perlu menandatangani resit penerimaan setelah

dipastikan barang-barang tersebut di dalam keadaan baik dan mencukupi

48
bilangannya sebagaimana yang dicatitkan.

Senarai untuk setiap barang yang

diterima mestilah direkodkan dengan sistematik untuk memudahkan kerja


pengesanan di masa hadapan. Projek penggantian paip ini menggunakan paip dari
jenis uPVC, Ductile Iron dan Mild Steel. Paippaip ini dikendalikan dengan cermat
untuk mengelakkan kerosakan pada salutan paip atau kecacatan kepada paip itu
sendiri. Pengendalian semasa menurunkan paip dan peralalatan ke tempat simpanan
yang sesuai terus ke tapak bina perlu di ambil perhatian dan dikawal supaya
kerosakan barang tersebut tidak berlaku.

4.3.5 Pemeriksaan Paip dan Kelengkapan

Pemeriksaan paip dan kelengkapan dibuat setelah penghantaran paip dan


peralatan dibuat.

Ia dijalankan secara berperingkat.

Pihak pembekal melalui

kontraktor menyediakan maklumat yang diperlukan dengan kelulusan bahan oleh


badan yang diiktiraf seperti IKRAM atau SIRIM kepada pihak perunding.
Pemeriksaan secara fizikal akan dibuat di tapak bina oleh wakil perunding,
kontraktor dan pembekal. Pemeriksaan yang dibuat ini adalah berkaitan dengan
ketebalan paip dan cement lining bagi paip jenis Keluli Sederhana, uPVC, Ductile
Iron agar memenuhi kehendak yang telah ditetapkan di dalam spesifikasi. Bagi
pemeriksaan ini, ia menggunakan satu alat iaitu Holiday Detector. Paip dipilih
secara rawak dengan mengambil beberapa sampel paip. Ia menggunakan arus eletrik
untuk mengesan sekiranya lapisan bitumen paip jenis Mild Steel terkopek atau tidak.
Jika lapisan ini terkopek, ia akan mengeluarkan bunyi. Paippaip yang bitumen
terkopek akan dibaiki dengan menampal dengan bitumen cair.
menunjukkan spesifikasi SAJH untuk ujian yang dibuat.

Jadual 4.1

Manakala Jadual 4.2

menunjukkan data ujian yang dibuat untuk paip jenis Mild Steel berdiameter 300
mm. Nilai diambil secara rawak.

49
Jadual 4.1:

Ketebalan Luar Paip Keluli dan Diameter Dalaman

Diameter

Diameter

Ketebalan

Ketebalan

Bitumen

Luar (O.D)

Nominal

Nominal

Lapisan

Enamel

(mm)

(mm)

Minima

Konkrit

Wrapping

(mm)

(mm)

(mm)

88.9

80

3.2

114.3

100

3.6

139.7

125

3.6

168.3

150

3.6

193.7

175

4.0

10

4.5

219.1

200

4.0

10

4.5

244.5

225

4.0

10

4.5

273

250

4.0

10

4.5

323.9

300

4.0

10

4.5

355.6

350

4.5

13

406.4

400

4.5

13

457

450

5.0

13

508

500

5.0

13

559

550

6.3

13

610

600

6.3

13

660

650

6.3

19

711

700

6.3

19

762

750

6.3

19

813

800

7.1

19

864

850

7.1

19

914

900

7.1

19

1016

1000

7.1

19

1219

1200

8.0

19

1422

1400

8.8

25

( Sumber: Spesifikasi SAJH bagi Paip Keluli Sederhana)

50
Jadual 4.2:

Purata Ketebalan Paip Luar Keluli Dan Diameter Dalaman

Diameter

Ketebalan

Ketebalan

Bitumen

Nominal

Nominal

Lapisan

Enamel

(mm)

Minima

Konkrit

Wrapping

(mm)

(mm)

(mm)

4.5

11.2

4.54

300

Keputusan

Lulus

4.3.6 Pengorekan dan Pemasangan Paip

4.3.6.1 Pengendalian Dan Pemasangan Paip

Pengorekan parit dibuat setelah penjajaran laluan paip dan pemeriksaan


fizikal paip telah diluluskan oleh SAJ Holdings. Lebar parit yang dikorek adalah
bersesuaian dengan garis pusat dan jenis paip yang hendak dipasang. Sekiranya garis
pusat paip yang hendak dipasang tidak melebihi 500 mm, maka lebar korekan tanah
ialah garis pusat + 450 mm. Untuk tempat penyambungan paip di dalam parit pula,
lebar parit adalah lebih lebar untuk memudahkan kerja-kerja penyambungan dibuat.
Pengorekan parit yang bersebelahan dengan bahu jalan perlu mendapat kelulusan
dari pihak berkuasa berkaitan sebelum kerja-kerja dijalankan dan pematuhan
prosedur perlu dituruti setiap masa. Mengikut spesifikasi, kedalaman paip yang
perlu dipasang

di tapak bina ialah antara 1 m hingga 1.5 m di atas paip dan

kebanyakkan kontraktor memasang paip kurang dari kedalaman tersebut. Oleh itu,
pengawasan perlu diambil perhatian semasa kerja-kerja penggalian dan pengorekan
dijalankan.

Paip dibawa masuk ke dalam lubang korekan menggunakan tali yang


dikendalikan oleh puli mekanikal atau tripod. Untuk menyambungkan satu paip ke
paip yang lain, caranya ialah bersihkan soket paip dengan berus, masukkan gasket

51
yang dikenali sebagai EPDM getah sintetik.

Dipastikan bahawa getah sintetik

tersebut masuk ke dalam soket dengan sempurna untuk mengelakkan kebocoran.


Kemudian, bahagian paip yang hendak disambung dengan paip tadi dibersihkan dan
disapu dengan pelincir. Didapati terdapat 2 garisan yang terpapar pada paip tersebut.
Jentolak digunakan untuk menolak masuk bahagian paip tadi ke sambungan tersebut.
Menurut spesifikasi SAJH, kelonggaran diberikan kepada kontraktor dalam
menyambungkan paip uPVC iaitu boleh menggunakan lengan jentolak tetapi perlu
dipastikan bahawa tidak mencacatkan paip tersebut.

Bagi pemasangan paip yang merentasi jalan raya utama yang sibuk dengan
kenderaan, pengorekan secara terbuka tidak digalakkan. Pemasangan paip secara
jacking akan dibuat dengan menolak jacking sleeve dari jacking pit dengan
menggunakan jack hydraulic yang berkuasa tinggi sehingga melintasi bawah jalan
raya ke receiving pit. Seterusnya, paip yang telah disambungkan akan ditolak masuk
mengikut jarak yang telah ditetapkan di dalam jacking sleeve. Kemudian, kedua-dua
hujung jacking sleeve ditutup dengan bata sebelum ruang antara paip dan sleeve
diisi dengan simen mortar.

4.3.6.2 Kecerunan

Semua paip perlu dipasang pada kecerunan yang rata ( smooth ). Cerun
minimum adalah 1: 500.

Perlu diambil kira kemungkinan paip akan meluncur

sekiranya ia dipasang pada kecerunan melebihi 20 peratus untuk rangkaian paip yang
dipasang atas tanah manakala 25 peratus untuk paip ditanam dalam tanah. Dalam
kes ini, blok penahan konkrit perlu dibina. Untuk cerun 20% atau lebih kecil,
panduan am yang biasa dipraktikkan seperti berikut:
Cerun 1: 12 satu untuk setiap 3 batang paip
Cerun 1: 8 satu untuk tiap 2 batang paip.

52
Cerun 1: 5 satu untuk tiap batang paip

4.3.6.3 Penutup

Penutup diukur dari tanah kepada permukaan luar paip dan ianya untuk
mengelakkan paip daripada dirosakkan oleh beban tanggungan .

1. Penutup Minimum
Kedalaman penutup mestilah 1200 mm di bawah aras tanah sekiranya paip
ditanam di tepi dan bawah jalan. Manakala 900 mm unntuk paip ditanam jauh
daripada jalan.
Paip perlu dilindungi oleh bonggol konkrit atau alas khas pada:
I. 150 mm sekeliling sekiranya penutup paip kurang daripada keperluan
minima.
II. 150 mm sekeliling di mana paip berada di bawah anak sungai dan
parit.
III. 150 mm untuk alas dan separuh bonggol sekiranya rangkaian paip
dalam tanah tambak dan penutup melebihi 2000 mm kedalaman.

2. Penutup Maksimum
Secara amnya, adalah tidak sesuai penutup melebihi 2m.

Walau

bagaimanapun, kedalaman boleh melebihi had maksimum untuk disesuaikan


mengikut lokasi injap.

53
4.3.6.4 Jenis Alas

Paip dipasang pada dasar rata yang beralas. Alas yang sempurna adalah
untuk mengurangkan pesongan ke atas paip yang boleh lentur atau mengurangkan
kerosakan pada paip yang tegar.

Alas untuk tanah berbatu sesuai menggunakan bahan berpasir untuk


memudahkan ianya dikemaskan dan dibentuk mengikut yang dikehendaki. Ia juga
tidak banyak mendakan dan mudah dipadatkan. Alas berpasir ini terdiri daripada
batu kelikir atau batu hancur bersaiz sehingga 20 mm. Alas konkrit dan bonggol
biasanya untuk paip tegar bertekanan rendah dan pembentungan. Alas jenis ini perlu
diteruskan sehingga penyambung tetapi bonggol berhenti sebelum tempat
sambungan untuk memudahkan kerja pembaiakn kerosakan paip.

Untuk kajian ini, didapati alas yang digunakan adalah pasir.

Maka ia

mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

4.3.6.5 Pengambusan

Kerja pengambusan semula parit dijalankan untuk mengelakkan pergerakan


paip dan menentukan paip berada di tempatnya. Bahan kambusan mestilah bebas
dari batu atau bahan keras dan bahan tersebut hendaklah diratakan di sepanjang
bahagian dasar parit pada kedalaman 150 mm. Lapisan ini hanya akan diratakan
menggunakan tangan, diikuti dengan lapisanlapisan yang berikutnya. Setiap lapisan
setebal 150 mm mengandungi bahan yang sama dikambus ke bahagian atas paip.
Pengambusan seterusnya mengandungi bahanbahan kasar tetapi bebas daripada
batu dan ketul-ketul tanah yang besar. Ianya dilakukan dalam lapisan setebal 150

54
mm dan dilantak dengan tangan atau jentera sehingga pengambusan adalah 300 mm
daripada atas paip. Pengambusan semula parit dijalankan dengan lapisan setebal
300 mm, dipadatkan dengan jentera dan disiapkan tinggi sedikit dari kawasan
sekelilingnya untuk mengelakkan mendapan.

4.3.7 Penyambungan Paip

Semua kerja-kerja penyambungan paip ini adalah perlu mengikut prosedur


pemasangan setiap jenis paip yang akan digunakan. Bagi paip mild steel, pihak
kontraktor perlu memberikan maklumat terperinci berkaitan prosedur kimpalan yang
hendak digunakan dengan kelulusan yang diberikan oleh pihak perunding.
Maklumat terperinci tersebut adalah seperti berikut:

a) Buatan, jenis dan tolok elektrod.


b) Saiz, bentuk dan bilangan kimpalan yang dibuat pada setiap sambungan.
c) Arahan kimpalan yang dibuat.
d) Kekuatan arus eletrik yang digunakan.

Jurukimpal yang berkelayakan sahaja dengan prosedur kimpalan yang


dibenarkan untuk membuat kerja-kerja penyambungan ini. Bagi mild steel yang
bergaris pusat melebihi 628 mm sahaja, ujian udara dibuat pada setiap sambungan
paip dengan tekanan udara sebanyak 17 bar. Masa ujian ini ialah selama 10 minit
dan sekiranya tiada penurunan tekanan berlaku, ianya tiada kebocoran. Lubang
tempat ujian ini akan ditutup secara kimpalan.

Setiap sambungan yang telah

disahkan tiada kebocoran direkodkan dan disahkan oleh perunding yang terlibat
dengan ujian ini.

Setelah setiap sambungan telah lulus ujian udara ini, ianya

disalutkan dengan salutan bitumen supaya tidak berkarat.

Di bahagian dalam

55
sambungan pula disaluti dengan lining dalaman.

Pemeriksaan dibuat untuk

memastikan kerja ini dibuat dengan sempurna.

4.3.8 Kerja-kerja Konkrit

Kerja-kerja konkrit ini yang melibatkan penyiapan kebuk injap cuci, anchor
block, thrust block yang menggunakan bancuhan yang telah ditetapkan iaitu antara
gred 20 hingga 30.

Terdapat pengujian di tapak sebelum dan selepas sesuatu

bancuhan konkrit dituang dalam acuan bagi memastikan kekuatan konkrit memenuhi
spesifikasi yang telah ditetapkan. Prosedur pemeriksaan kerja-kerja konkrit adalah
berkaitan dengan penyediaan permukaan di mana konkrit akan dituang, acuan konkit,
besi tetulang, kesediaan untuk penuangan konkrit, tempoh pengawetan dan
penyiapan kerja-kerja pembaikan.

4.3.9 Penyambungan Tee dan Lekapan

Penyambungan tee dan lekapan bertujuan untuk membekalkan air ke sesuatu


kawasan atau mempertingkatkan sistem agihan yang sedia ada. Ia merupakan kerja
akhir yang dilaksanakan untuk mempastikan bekalan air dapat disalurkan dari sistem
paip yang sedia ada dengan sempurna kepada sistem paip yang baru disiapkan.
Biasanya, pada sambungan tee ini, ia akan dikimpal kepada paip yang sedia ada
dengan menggunakan sambungan kolar dan sambungan bebibir atau mekanikal.
Sebelum kerja-kerja yang melibatkan penyambungan ini, notis gangguan air akan
diedarkan untuk memudahkan pihak yang terlibat.

56
Setelah kerja penyambungan tee dan pemeriksaan terhadap kerja dibuat
selesai, bekalan

air

akan disalurkan semula ke kawasan yang terlibat dengan

memastikan bekalan airnya bersih dari kekeruhan dan bendasing. Kerja mengguna
pakai untuk paip baru dilakukan serentak selepas bekalan air ini memenuhi paip air
dengan lancar tanpa sebarang masalah. Kerja-kerja akhir dan penandaan kekal pada
laluan paip seta kebuk injap dilakukan secara intensif apabila kerja mengguna pakai
telah selesai sebelum pemeriksaan akhir dibuat oleh pihak perunding atau wakil
klien.

4.3.9.1 Injap Dan Pili Bomba

I. Injap Sluis

Saiz injap sluis biasanya bersaiz lebih kecil dari saiz talian paip yang
dipasang.

Jarak antara satu injap ke injap yang lain ialah 1.5 km.

Walau

bagaimanapun, jarak ini boleh dijauhkan sehingga 3 km untuk paip pengepam. Injap
ini dipasang dipersimpangan untuk memudahkan kerja operasi dan ia biasanya
dipasang selepas kebuk pengeruk. Tekanan kebolehkerjaan maksima untuk injap ini
ialah 16 bar.

II. Injap Pencuci

Injap pencuci diletakkan di kedudukan paling rendah dalam sistem talian paip
di mana kerja mencuci paip diperlukan. Saiz injap pencuci adalah 1/3 daripada saiz
talian paip.

57
III. Injap Udara

Injap Udara digunakan untuk melepaskan udara yang terperangkap di dalam


sistem paip ketika ia beroperasi. Tekanan kebolehkerjaan maksima untuk injap ini
ialah 16 bar. Biasanya, injap udara dipasang pada jarak tidak melebihi 1 km di
antara satu dengan lain.

Jadual 4.3 menunjukkan saiz dan jarak injap udara.

Berdasarkan kepada Panduan Rekabentuk Untuk Sistem Bekalan Air.

Jadual 4.3:

Saiz Injap Udara Yang Sesuai Mengikut Saiz Paip

Saiz Injap Udara ( mm )

Saiz paip ( mm )

25

Sehingga pada 200

50

200 - 400

75

400 - 600

100

600 - 750

150

750 - 900

200

900 dan lebih

IV. Pili Bomba

Pili bomba dipasang pada persimpangan dan secara amnya jarak antara pili
bomba tidak lebih dari 180 m. Pili bomba dipasang pada installasi yang mempunyai
risiko kebakaran yang tinggi dengan jarak antara pili bomba tidak melebihi 90 m
jarak berjalan dari installasi tersebut.

58
4.3.9.2 Kebuk Injap

Semua injap perlu dipasang di bawah tanah dan di dalam kebuk. Terdapat
tiga jenis kebuk injap iaitu jenis konkrit pratuang, batu bata dan konkrit bertetulang.

Ciri-ciri am kebuk batu bata dan kebuk konkrit adalah seperti berikut:
1) Dimensi dalaman kebuk bergantung kepada saiz injap, lekapan dan
sambungan yang akan dipasang dalam kebuk tersebut.
2) Ketebalan minimum dasar kebuk ialah 150 mm.
3) Injap dipasang atas sokongan daripada mass concrete.
4) Kebuk yang kedalaman melebihi 1 m perlu disediakan tangga besi
yang bergaris pusat 20 mm dengan jarak 300 mm antara satu sama
lain.
5) Penutup kebuk samada daripada konkrit beretulang, keluli atau besi
tuangan.

Penutup mesti dilengkapi dengan pengangkat.

Penutup

yang diperbuat dari keluli dan besi tuangan perlu dilengkapi dengan
pemegang dan direkabentuk untuk kerja-kerja berat.
6) Injap pengeruk mesti dilengkapi dengan paip air keluar yang bergaris
pusat sama dengan injap pengeruk dan dihalakan ke anak sungai atau
manhole yang berdekatan.
7) Pengganding mekanikal boleh lentur hendaklah dipasang pada
sambungan yang terletak di bahagian luar kebuk. Ini adalah untuk
mengelakkan perbezaan mendakan antara kebuk dan paip.
8) Penyuai bebibir yang bergaris pusat melebihi 300 mm tidak boleh
digunakan. Penyuai bebibir khas adalah disyorkan.

59
4.3.10 Rekod Kerja Harian

Rekod kerja harian merupakan proses merekod kemajuan segala aktiviti kerja
harian. Ia dibuat pada setiap hari bekerja bagi kemudahan penyemakan dari segi
kualiti serta penggunaan sumber tenaga, jentera dan bahan. Di samping keadaan
cuaca, persekitaran tempat kerja dan data konkrit yang diuji dan lawatan oleh pihak
atasan.

Arahan kepada kontraktor juga direkodkan seperti pindaan kerja yang

terlibat atau pembaikan untuk kerja yang tidak memuaskan. Format piawai yang
biasa digunakan di tapak bina untuk merekod kerja harian ini dan ia dikenali sebagai
Buku harian Tapak (Site Dairy). Buku ini hendaklah sentiasa berada di pejabat tapak
bagi tujuan penyemakan oleh pihak perunding. Ia merupakan dokumen penting
sebagai bukti terhadap kontraktor jika terdapat masalah seperti pemansuhan kontrak
dan sebagainya. Semua data yang berkaitan seperti penyambungan, bilangan paip,
jarak, specials, aras tanah asal, aras bawah paip dan perkara-perkara yang berkaitan
hendaklah direkodkan. Ini memudahkan sebarang pindaan di tapak diubah pada
pelan lulus pemasangan paip yang dikenali sebagai As-Built. Begitu juga dengan
kerja-kerja konkrit dan pengujiannya.

4.3.11 Pengujian Paip Air

Tujuan ujian dijalankan di tapak adalah untuk memastikan pemasangan paip


yang dibuat adalah betul dan sempurna. Ujian di tapak dibahagikan kepada dua jenis
iaitu ujian tekanan dan ujian kebocoran. Tujuan ujian paip ini ialah untuk
memastikan bahawa paip dan kelengkapan seperti sambungan special dan
sebagainya mempunyai kekuatan yang diperlukan dan tiada kebocoran. Selain itu,
melalui ujian ini memastikan bahawa thrust block dan anchor block mempunyai
kekuatan yang secukupnya untuk sistem yang dipasang. Panjang paip yang perlu
diuji mengikut spesifikasi kerja JKR adalah di antara 30 m hingga 600 m bagi
kawasan luar bandar dan untuk kawasan bandar pula tidak melebihi 300 m. Ujian ini

60
dijalankan untuk mengesan kebocoran, mengurangkan bahaya pada orang ramai
setelah paip ditimbus dengan sempurna dan memudahkan pembayaran kemajuan
dibuat setelah ia lulus ujian yang dijalankan. Prosedur untuk menjalankan ujian
tekanan dan kebocoran adalah dilakukan dengan mengisikan bahagian paip yang
hendak diuji dengan air paip. Tekanan pada paip tersebut hendaklah ditambah secara
berperingkat sehingga mencapai tekanan yang dikehendaki. Persediaan sebelum
pengisian air ke dalam bahagian paip yang hendak diuji adalah penting agar tiada
kebocoran berlaku terutama pada end cap yang berada pada kedua-dua hujung paip
tersebut. Oleh yang demikian, end cap hendaklah betul-betul kuat kuat, injap udara
dalam keadaan terbuka supaya udara dapat dikeluarkan dari dalam paip tersebut.

Ujian tekanan dijalankan setelah bahagian paip yang hendak diuji dipenuhkan
dengan air bersih untuk beberapa hari, ujian ini dilaksanakan dengan tekanan pada
bahagian yang diuji dengan berhenti sekejap selama 1 minit selepas penambahan
setiap 1 bar tekanan. Jangka masa air yang disimpan dalam paip sebelum ujian dan
bacaan tekanan yang ditetapkan untuk ujian ini bergantung kepada jenis paip.
Mengikut spesifikasi SAJH, jangka masa untuk paip uPVC ialah tidak kurang 1 hari
manakala untuk D.I dan Mild Steel ialah tidak kurang 7 hari. Jadual 4.4. , 4.5, dan
4.6 menunjukkan tekanan maksimum kebolehkerjaan mengikut jenis paip
berdasarkan piawaian (Panduan Rekabentuk Untuk Sistem Bekalan Air). Bahagian
paip yang diuji dianggap telah lulus ujian tekanan jika jangka tekanan menunjukkan
tiada kekurangan tekanan semasa berhenti sekejap selama 1 minit antara
penambahan tekanan dan juga dalam tempoh 10 minit selepas nilai tekanan akhir
dicapai. Ujian kebocoran dijalankan apabila bahagian paip yang diuji tadi lulus ujian
tekanan. Tekanan akan dikurangkan ke Tekanan Bekerja Maksima yang ditetapkan
mengikut jenis dan saiz paip.

Tekanan ini hendaklah dipelihara setetap yang

mungkin untuk jangka masa selama 24 jam. Air yang dimasukkan ke dalam paip
yang diuji dianggap lulus ujian kebocoran jika air yang dimasukkan ke dalam paip
tidak melebihi kebocoran yang dibenarkan iaitu 1 liter per cm garis pusat paip per
km panjang paip per 24 jam per 3 bar tekanan air

61
Jadual 4.4.:

Tekanan Maksimum Kebolehkerjaan Untuk Paip uPVC


Tekanan Maksimum Kebolehkerjaan

Kelas Paip

20 C

30 C

7.2

12

9.6

15

12.0

Jadual 4.5:

Tekanan Maksimum Kebolehkerjaan Untuk Paip Besi Mulur


Tekanan Maksimum Kebolehkerjaan ( bar )

Garis pusat
nominal (mm )

Paip Jenis

Bebibir

Tuangan

Dikimpal

Bebibir

Pada paip

Dituang Pada
Paip

Berpusar
dengan
Sambungan
Boleh lentur

Bebibir PN 16

Bebibir PN 25

80 300

* 16

12.5

16

12.5

350 600

* 16

12.5

16

8.0

700 800

16

12.5

16

5.0

900 1200

16

12.5

12

5.0

1400 - 1600

12.5

* Paip yang bergaris pusat seperti dengan sambungan boleh lentur sesuai pada
tekanan tekanan kebolehkerjaan yang melebihi 16 bar.

62
Jadual 4.6: Ujian Tekanan Hidraulik Untuk Paip Keluli
Diameter

Ujian Tekanan Hidraulik

Nominal

( Keluli 430 )

(mm)

( bar )

80

70

100

70

125

70

150

70

175

70

200

70

225

70

250

64

300

54

350

56

400

49

450

48

500

43

550

50

600

45

650

42

700

39

750

36

800

38

850

36

900

34

63
4.3.12 Pembasmian Kuman

Tujuan utama kerja pembasmian kuman adalah untuk membebaskan paip air
dari kuman atau bakteria yang boleh membawa penyakit melalui air. Pembasmian
kuman hendaklah dijalankan ke atas semua jenis paip baru atau bahagian yang
diperbaiki sebelum ianya digunakan. Ia dijalankan secara berperingkat-peringkat ke
atas saluran paip yang panjang.

Bahan yang digunakan untuk kerja-kerja

pembasmian ada beberapa jenis bahan kimia yang mengandungi klorin iaitu gas
cecair klorin, kalsium hiperklorida dan kapur.

Bahan yang sering digunakan untuk menjalankan kerja-kerja pembasmian


kuman ini ialah kapur. Bagi bahagian paip yang hendak dibasmikan kumannya, paip
tersebut hendaklah dikosongkan dahulu dan kemudian diisi dengan air yang
mengandungi sekurang-kurang 20 bahagian per sejuta (ppm) klorin. Setelah paip
yang telah isikan dengan air yang berklorin selesai, ianya dibiarkan tertutup dan
dibiarkan semalaman. Paip tersebut sudah disahkan dibasmi kuman apabila sampel
air dari beberapa lokasi paip diambil dan diuji serta ia menunjukkan baki klorin di
dalamnya sebanyak ( 0.2 ppm ).

Selepas bahagian yang dibasmi kuman yang telah disahkan oleh perunding
atau wakil klien, maka kerja-kerja bilasan dibuat dengan menggunakan air paip.
Jumlah kapur yang digunakan bergantung kepada jumalah isipadu air di dalam paip
yang hendak dibasmi kumannnya.
.

64
4.3.13 Perkara-perkara Yang Perlu Diambil Perhatian Semasa Pemasangan
Paip

Pemasangan paip air yang betul dan mengikut peraturan akan menghasilkan
mutu dan kualiti kerja yang baik serta kos yang tepat. Walaubagaimanapun, terdapat
beberapa perkara penting yang perlu diambil perhatian semasa kerja-kerja
pemasangan paip air ini dijalankan. Maka pengawasan dari pengawas yang menyelia
di tapak bina amat perlu. Di antara perkara-perkara yang kerap berlaku adalah
seperti berikut

4.3.13.1

a.

Kedudukan S-bend

Tidak mendatar

S-bend dipasang di tapak bina bertujuan untuk mengubah laluan


paip yang disebabkan terdapat halangan semasa kerja-kerja paip dijalankan seperti
terdapat parit atau sungai yang menghalang pemasanagn paip tersebut. Di antara
kecacatan yang kerap berlaku pada S-Bend ialah tidak mendatar. Kedudukan paip
yang berada pada S Bend tersebut tidak mendatar dan senget.
mencacatkan pandangan pada orang ramai yang melihatnya.

Ini akan

Selain itu, ia

menyebabkan udara terperangkap di dalam paip tersebut dan menyekat pengaliran


air.

65
b. Kedudukan injap Udara Tidak Tegak

Injap udara perlu dipasang dalam keadaan tegak dengan paip yang dipasang.
Ini kerana di dalam injap udara tersebut terdapat udara bebola besi yang akan
terangkat apabila terdapat udara di dalam paip tersebut. Jika injap udara ini tidak
dipasang dengan kedudukan yang tegak, maka bebola yang berada di dalamnya akan
terangkat ke atas dan injap tersebut tidak akan berfungsi dengan betul seperti yang
dikehendaki.

c. Tidak dicat dengan antirust dan Zinc Chromate

S-Bend biasanya diperbuat daripada besi yang tidak disalut dengan bitumen.
Oleh itu, ianya hendaklah dicat dengan antirust terlebih dahulu. Setelah ia kering,
hendaklah dicat lagi dengan menggunakan Zinc Chromateuntuk menghasilkan SBend yang tahan lama dan tidak berkarat.

d. Lapisan bitumen pada paip asal hendaklah ditanggalkan.

Terdapat S-Bend yang diperbuat daripada mild steel yang disalut dngan
bitumen. Oleh yang demikian, bitumin tersebut hendaklah ditanggalkan terlebih
dahulu sebelum kerja-kerja mengecat dengan antirust dan zinc chromate dilakukan.
Jika tidak, paip tersebut dalam keadaan yang menggerutu dan tidak licin. Lapisan
bitumin yang ada akan menyebabkan ia mudah tanggal dan berkarat di masa akan
datang.

e. Penyokong hendaklah dibuat terlebih dahulu.

66
Kedudukan S-Bend

yang agak panjang memerlukan penyokong pada

kedua-dua belah hujungnya untuk mengelakkan rentang paip tersebut dari patah dan
menyebabkan kebocoran.

Lama kelamaan, paip tersebut akan patah dan

menyebabkan gangguan bekalan air.

f. Tee tidak dipasang pada injap

Injap udara yang hendak dipasang di atas S Bend hendaklah menggunakan


tee. Kadangkala paip mild steel tersebut ditebuk terlebih dahulu dan kemudian injap
udara tersebut dipasang di tempat bekas tebukan itu. Ini menyebabkan kawasan yang
ditebuk tersebut tidak mengandungi bitumen dan mudah berkarat.

g. Kedudukan S Bend hendaklah sama paras dengan jambatan

S Bend yang dipasang hendaklah di dalam kedudukan sama paras dengan


jambatan yang berada di kawasan tersebut. Ini bertujuan supaya dapat dilihat dalam
keadaan sempurna dan menarik. Jika kedudukan S Bend terlalu rendah, ia akan
menghalang laluan air dan menyebabkan sampah sarap akn tersangkut pada paip
tersebut. Jika S Bend terlalu tinggi, ia kelihatan tidak menarik dan tidak stabil.
Oleh yang demikian, kedudukannya hendaklah sesuai mengikut keadaan di tapak
bina.

4.3.13.2

Paip Merentasi Jalan Bertar

Laluan pemasangan paip kerap kali akan merentasi jalan bertar atau jalan
utama.

Dalam keadaan ini, prosedur pemasangan paip adalah berbeza dengan

67
pemasangan paip pada tanah biasa. Pemasangan ini akan memerlukan masa dan kos
yang agak tinggi. Beberapa perkara yang perlu diambil perhatian semasa kerja-kerja
pemasangan paip yang merentasi jalan bertar iaitu:

a. Ketiadaan barang semasa kerja dibuat

Sebelum kerja-kerja pemotongan jalan dibuat, barang-barang yang


hendak digunakan seperti mild steel, pasir, crusher run dan bahan bahan lain yang
hendak digunakan perlu dipastikan berada di tapak bina. Ini adalah supaya tidak
timbul masalah ketiadaan barang apabila kerja-kerja tersebut dijalankan. Sekiranya
barang-barang yang perlu digunakan sampai awal di tapak bina, maka pihak yang
mengawasi berkesempatan untuk memeriksa barang-barang tersebut samada
menepati kualiti dan diluluskan. Sekiranya bahan-bahan tersebut tidak diluluskan
dan tidak menepati kualiti yang dikehendaki, maka kerja-kerja pemotongan jalan
tersebut perlu ditangguhkan.

b.

Menggunakan mesin pemotong jalan

Mesin pemotong jalan atau road cutter hendaklah digunakan untuk


memotong jalan utama atau jalan bertar supaya bekas laluan paip akan kelihatan
kemas dan tidak memecahkan tar yang lain.

Ia termasuk dalam syarat yang

dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan atau Jabatan Kerja Raya. Jika mesin
penggorek digunakan, ia akan memecahkan jalan tar tersebut secara tidak seragam
dan menyebabkan kerja tersebut tidak berkualiti.

68
c.

Tidak menggunakan pasir untuk kerja menimbus semula

Apabila tanah di sesuatu kawasan tersebut digali, ia hendaklah dibuang ke


tempat lain dan tidak boleh digunakan lagi. Ini kerana sekiranya tanah tersebut
digunakan, maka pemendapan akan berlaku dan tanah tersebut akan mempunyai
rongga yang lebih besar. Oleh yang demikian, pasir perlu digunakan untuk
memenuhi ruang galian tersebut kerana pasir merupakan bahan paling padat dan ia
tidak memerlukan pemadatan lagi

4.4

Kerja-Kerja Pengukuran Akhir

Kerja-kerja pengukuran ini penting untuk dilakukan selepas kerja-kerja


pemasangan paip dijalankan. Kerja-kerja pengukuran akhir ini boleh dibuat apabila
dipastikan bahawa kerja-kerja di tapak telah disiapkan. Ini juga merupakan proses
untuk pembayaran kepada kontraktor setelah kerja-kerja siap dijalankan. Pada masa
kerja ini dijalankan, dipastikan bahawa kontraktor, perunding, pihak SAJ Holdings
dan agensi yang berkaitan hadir ke tapak bina untuk sama-sama memastikan kerjakerja tersebut telah diukur untuk membuat pembayaran. Ini adalah supaya tidak
timbul perasaan puas hati disebabkan tidak hadir semasa kerja-kerja pengukuran
akhir dijalankan. Beberapa perkara perlu dilakukan semasa kerja-kerja pengukuran
akhir ini iaitu:

a.

Sebut Harga, lukisan dan alat pengukur

Sebelum kerjakerja pengukuran akhir dijalankan, dipastikan bahawa


segala dokumen seperti sebut harga, pelan, lukisan-lukisan seperti di dalam
spesifikasi hendaklah dibawa bersama. Alat pengukur seperti Roller Measurement

69
dipastikan dibawa ke tapak bina untuk mengukur panjang paip yang telah dipasang
dan berkeadaan baik. Kerosakan alat akan menimbulkan masalah dan pengukuran
semula terpaksa dijalankan. Semua kerja yang tidak mengikut spesifikasi hendaklah
dibetulkan dan diubah semula semula seperti

yang dikehendaki.

Pengukuran

hendaklah dibuat dan ditandakan di dalam pelan atau di dalam kertas yang
direkodkan.

b.

Kebocoran perlu dibaiki

Kebocoran yang berlaku perlu dibetulkan dan dibaiki samada di


sepanjang paip atau pada sambungan antara paip dengan kelengkapan.

Jika

kebocoran ini lambat dibaiki, ia akan mendatangkan kerugian kepada SAJ Holdings.

c.

Injap dan sambungan di dalam keadaan baik

Semua injap dan kelengkapan dipastikan berada dalam keadaan baik.


Semasa kerja-kerja pengukuran akhir dibuat, semua injap yang berada di tapak bina
perlu dibuka dan ditutup semula untuk memastikan injap tersebut berada di dalam
keadaan yang baik dan dijamin boleh digunakan terutamanya oleh bahagian
penyelenggaraan.

d.

Barang-barang berlebihan dipulangkan ke stor

Setelah kerja-kerja siap dijalnkan di tapak bina, biasanya terdapat


barang-barang yang tidak digunakan seperti paip dan kelengkapan yang berlebihan.
Barang-barang tersebut hendaklah dikumpulkan dan dipulangkan ke stor SAJ

70
holdings yang berdekatan. Tapak bina mestilah dalam keadaan yang kemas dan
tidak berselerak.

Sekiranya barang-barang tersebut hilang dan dicuri, maka

kontraktor akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perkara tersebut. Apabila


berlaku kehilangan barang di tapak, pihak kontarktor terpaksa membayar dengan
harga barang tersebut dan bayaran ini akan ditolak dari bayaran yang sepatutnya
dijelaskan kepada kontraktor tersebut.

e.

Nilaikan prestasi kontraktor

Setiap kontraktor yang telah siap menjalankan kerja di tapak bina


akan dinilai prestasinya untuk setiap projek yang telah dibuat. Ini telah direkodkan
di dalam borang khas yang perlu diisi oleh pegawai yang mengawasi kerja di tapak.
Tujuan penilaian prestasi ini ialah untuk mengenal pasti kontraktor yang mempunyai
kontraktor yang mempunyai rekod yang baik atau sebaliknya. Ini juga digunakan
sebagai rujukan untuk pemlihan kontarktor untuk kerja-kerja lain di masa akan
datang.

f.

As Built Drawing

As Built Drawing merupakan proses akhir yang dibuat. Apabila siap


kerja-kerja pengukuran akhir dijalankan di tapak bina, maka As Built hendaklah
dibuat. Ini adalah sangat mustahak sebagai rekod dan rujukan di masa akan datang.
Segala masalah yang timbul di kemudian hari seperti penggunaan barang dan jarak
yang dipasang akan boleh dirujuk dari lukisan As Built ini.

71
4.5

Ulasan Kepatuhan Kerja

Jadual 4.7 dan Jadual 4.8 merupakan Jadual Kepatuhan Kerja berdasarkan
kepada polisi dan prosedur yang tetapkan oleh SAJ Holdings Sdn. Bhd.

Jadual 4.7:

Jadual Kepatuhan Kerja berdasarkan Polisi SAJH.

Bil

Polisi / Klausa Perihalan

Dipatuhi/ Tidak

4.2.1

Sebelum Kerja Dilaksanakan

Ya

4.2.2

Semasa Kerja Pemasangan

Ya

dilaksanakan
3

4.2.3

Selepas Kerja Pemasangan

Ya

Dilaksanakan

Jadual 4.8:

Jadual Kepatuhan Kerja berdasarkan Prosedur SAJH

Bil

Prosedur/ Klausa

Perihalan

Dipatuhi/ Tidak

4.3.1

Pemilihan Penjajaran

Ya

4.3.2

Penjajaran laluan Paip Air

Tidak

4.3.3

Pembersihan Laluan Paip Air

Ya

4.3.4

Pengendalian, penghantaran paip Ya


dan keperluan ke tapak bina

4.3.5

Pemeriksaan paip dan kelengkapan

Ya

4.3.6

Pengorekan dan pemasangan paip

Ya

4.3.7

Penyambungan paip

Ya

4.3.8

Kerja-kerja konkrit

Ya

4.3.9

Penyambungan Tee dan Lekapan

Ya

10

4.3.10

Rekod Kerja Harian

Ya

11

4.3.11

Pengujian Paip air

Ya

12

4.3.12

Pembasmian Kuman

Ya

72

Keputusan kajian di atas menunjukkan semua polisi yang digariskan oleh


pihak SAJ Holdings dipatuhi di tapak. Hanya penjajaran laluan paip air Ini berlaku
disebabkan masalah di tapak bina seperti terdapat rumah yang termasuk dalam
kawasan kerja tetapi tidak dinyatakan di dalam pelan. Maka, tindakan yang wajar
diambil setelah berbincang dengan pihak terlibat.

Kelonggaran diberi kepada

kontraktor bagi prosedur ini dalam memastikan setiap pengguna mendapat bekalan
air.

BAB 5

KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1

Kesimpulan

Berdasarkan kajian yang telah dibuat seperti kajian literatur, penyelidikan


tapak, hasil keputusan dan perbincangan yang dinyatakan dalam Bab 4, maka
semua maklumat yang berkaitan dengan piawaian, polisi dan prosedur yang
digunakan dalam sistem pemasangan paip bekalan air dikumpulkan. Selain itu,
maklumat berkaitan dengan teori yang digunakan dalam rekabentuk sistem
pemasangan paip juga dikumpulkan. Hasil daripada kajian ini, faktor-faktor
yang menyumbang kepada berlakunya perlanggaran prosedur dapat dikenalpasti
dan beberapa cadangan dapat dibuat bagi mengatasi masalah tersebut. Walau
bagaimanapun, secara keseluruhan setiap polisi dan prosedur yang digariskan
oleh pihak SAJ Holdings dapat dipatuhi di tapak. Hanya satu prosedur yang
tidak dapat dipatuhi di tapak kerana ia bergantung kepada keadaan di tapak.
Permasalahan yang dikenalpasti adalah seperti berikut:
1. Penjajaran laluan paip air
Di dalam proses ini, didapati walaupun pelan bagi laluan paip telah
mendapat kelulusan daripada SAJH pada asalnya, namun laluan ini terpaksa
diubah suai mengikut keadaan di tapak bagi memenuhi kehendak agensi-agensi

74
lain yang terlibat seperti Majlis Tempatan, TNB, Telekom, Indah water dan JKR.
Apabila keadaan ini berlaku, pengubahsuaian terpaksa dibuat walaupun kawasan
bagi laluan adalah sememangnya terhad. Didapati sesetengah laluan paip terlalu
hampir dengan longkang. Ini meyebabkan prosedur pemsangan paip tidak dapat
dipatuhi. Permasalahan ini akan meyebabkan masalah penyelenggaraan dalam
tempoh jangka panjang.

5.2

Cadangan Penyelesaian

Perlanggaran prosedur akan mendatangkan kesan kerosakan dalam


jangka

masa

panjang,

maka

cadangan

penyelesaian

berikut

perlu

dipertimbangkan;
1. Pihak SAJ perlu memastikan laluan paip mesti berada dilaluan
yang sesuai, selamat serta ruang mencukupi bagi kerja-kerja penyelenggaraan
pada masa akan datang.

Oleh yang demikian, kontraktor disyaratkan

mendapatkan kelulusan bagi setiap pengubahsuaian laluan paip.


2. Pihak kontraktor perlu lebih bertanggungjawab di dalam
melaksanakan sesuatu kerja dengan tidak hanya mementingkan keuntungan
sahaja.
3. Pihak SAJH perlu mempertingkatkan pengawasan bagi
memastikan prosedur-prosedur yang telah ditetapakn dapat dipatuhi dan setiap
pihak perlu berganding bahu dalam menyelesaikan sebarang masalah.

75

RUJUKAN

1. Malaysian Water Association (1994). MWA Guidelines For Water Supply


Systems. Penerbit: Percetakan Nasional Berhad.
2. Malaysian Water Association (1992). MWA Guide To Pipe Materials Selection
For Water Supply Systems. Penerbit: Malaysian Water Association.
3. R.L Daugherty (1937). Hydraulics. Penerbit: California Institute of Technology
4. J.F. Douglas, J.M. Gasiorek & J.A. Swaffield, Penterjemah Wan Ali Wan Mat
(1995): Mekanik Bendalir. Penerbit: Dewan Bahasa & Pustaka.
5. Fatimah Mohd Noor, Faridah Jaffar Sidek, Goh Kuit Keau (1995). Mekanik
Bendalir Untuk Pelajar Kejuruteraan Awam. Penerbit: UTM.
6. Norlia Binti Mohd Ali (1998). Prosedur Pemasangan Paip Air Di Kawasan
Perumahan,Universiti Teknologi Malaysia: Projek Sarjana Muda.
7. SAJ Holdings Sdn.Bhd. SAJH Specification For Mild Steel Pipes. Penerbit:
SAJHSB
8. Syarikat Air Johor Sdn.Bhd (1986). Guidelines On Submission Of Water Supply
Plan To JBA Johor. Penerbit: Jabatan Bekalan Air Johor.
9. Department Of Standard Malaysia (1999). Specification For uPVC Pipes For
water Supply: Part 3: Guide For Installation.

LAMPIRAN 1

Pelan bagi Projek Penggantian paip Lama dari Telok Ramunia ke Pengerang

76

77

LAMPIRAN 2

Gambar-gambar Prosedur Pemasangan Paip di Tapak

78

Rajah 1:

Ujian Holiday Detector dijalankan bagi pemerikasaan paip dan


kelengkapan di tapak.

Rajah 2:

Mengukur ketebalan nominal dan membandingkan dengan Spesifikasi


SAJH.

79

Rajah 3:

Parit yang dikorek dengan kedalaman 1 m di atas paip.

Rajah 4:

EPDM Getah Sintetik dimasukkan ke dalam soket Paip jenis


Besi Mulur..

80

Rajah 5:

EPDM Getah Sintetik dimasukkan ke dalam soket Paip jenis


uPVC

Rajah 6: Pelincir disapu pada bahagian hujung paip

81

Rajah 7:

Rajah 8:

Paip dari jenis Besi Mulur yang siap dipasang

Paip uPVC dikendalikan dengan baik bagi mengelakkan


kecacatan pada paip

You might also like