You are on page 1of 17

GGGD6263

PENDIDIKAN, PENDUDUK
DAN ALIRAN EKONOMI

INDEKS
KESEJAHTERAAN HIDUP

PENGENALAN
Indeks Kesejahteraan Hidup
adalah instrumen yang
dibentuk bertujuan mengukur
perkembangan kualiti hidup dan
kesejahteraan penduduk bagi
sesebuah negara merangkumi
aspek pembangunan ekonomi
dan sosial.

DEFINISI INDEKS KESEJAHTERAAN HIDUP


Khamis & Abdullah (1998)
Suatu nilai yang dapat memberikan
petunjuk mengenai tahap kualiti hidup.
Paola Jiron & Giulietta Fadda (1999)
Menunjukkan amaran, panduan, isyarat atau
kesan.
Norizan Md Noor (2000)
Petunjuk yang mampu menerangkan
pencapaian di dalam komuniti sama ada
maju atau mundur, bertambah atau
berkurang, bertambah baik, merosot atau
kekal berasaskan nilai tahun tertentu.

DEFINISI INDEKS KESEJAHTERAAN HIDUP


Ahmad Hezri (2002)
Berasal daripada bahasa Latin iaitu
Indicare bermaksud mendedahkan atau
menunjuk arah, memberitahu secara
umum atau menilai, malah indikator
merupakan alat pengukuran yang boleh
digunakan
dengan
berkesan
untuk
membolehkan
pihak
berkepentinganmenilai
pencapaian
komuniti tertentu.
Kebanyakan kajian awal indikator telah
dilakukan oleh negara maju di Barat (Paola
Jiron & Giulieta Fadda,1999).
Mereka berpendapat bahawa indikator
merupakan ukuran penting dalam menilai
status kesejahteraan hidup di kawasan
bandar.

KONSEP KESEJAHTERAAN HIDUP


Konsep kesejahteraan hidup merupakan satu proses
dinamik yang memberikan nilai kepada manusia tentang
bagaimana kehidupan mereka berkembang sama ada
bertambah baik atau sebaliknya. Meskipun ia mempunyai
dimensi yang pelbagai namun secara tradisinya ia diukur
melalui petunjuk ekonomi iaitu tingkat pendapatan (Fabrica
dan David, 2010).

Hirarki Maslow (1962)


Seseorang perlu mencapai atau
memenuhi keperluan yang terbawah
terlebih dahulu untuk membolehkannya
terus hidup iaitu keperluan asas
(makanan, pakaian dan tempat tinggal)
sebelum memenuhi keperluan yang
lebih tinggi. Sekiranya, seseorang
individu itu tidak mampu memenuhi
keperluan asas ini, bermakna hidupnya
tidak berkualiti.

KONSEP
KESEJAHTERAAN HIDUP
Pengkaji daripada pelbagai disiplin
melihat
konsep ini daripada perspektif minat
dan tujuan
penyelidikan mereka yang tersendiri.

KEPENTINGAN
INDEKS KESEJAHTERAAN HIDUP
Menentukan
- kesejahteraan individu (well-being),
- kegembiraan (happiness)
- kepuasan dalam hidup (life satisfaction).
Kualiti hidup dapat meningkatkan produktiviti.
Apabila tahap hidup rendah, individu perlu
melakukan
penyesuaian untuk mengelakkan masalah atau
konflik.
Menentukan tahap dan taraf hidup keluarga
supaya seimbang
daripada pelbagai aspek;
a) emosi
b) ekonomi
c) spiritual
Dapat mengelakkan konflik dan masalah keluarga
seperti
penceraian, anak lari dari rumah dsbnya

KEPENTINGAN
INDEKS KESEJAHTERAAN HIDUP
Dapat merangka polisi kerajaan yang lebih
berkesan dalam
meningkatkan kualiti hidup masyarakat.
- Membasmi kemiskinan
- Program kesihatan
- Pembangunan negara- infrastruktur, perumahan
dsbnya.
- Keselamatan negara.
- Menaikkan taraf kawasan luar bandar
- Pendidikan (mengatasi masalah buta huruf)
Dapat menilai keberkesanan sesuatu dasar dan
polisi yang dibuat
oleh kerajaan
United Nations Development Programme dan World
Bank setiap tahun menyenaraikan laporan tahunan
yang meletakkan ranking setiap negara.
Kebaikannya:
- Setiap negara tahu kedudukan kualiti hidup rakyat
negara
mereka di peringkat antarabangsa.
Mendapat bantuan kewangan daripada luar

Indeks Antarabangsa
1. Indeks Kualiti Hidup Fizikal (Physical Quality of
Life Index,
PQLI) oleh Morris dan Liser (1977)
2. Indikator Sosial untuk Pembangunan (Social
Indicators for
Development, SID) oleh Bank Dunia (1987).
3. Indeks Pembangunan Manusia (Human
Development Index,
HDI) oleh Program Pembangunan Pertubuhan
BangsaBangsa Bersatu (1990)

TEORI - TEORI
Salah satu teori yang terawal tentang
perbandaran yang menunjukkan
kepentingan kualiti hidup sosial masyarakat
setempat telah dikemukakan oleh Richard
M. Hurd (1903) melalui penulisannya The
Principles Of City Land Values pada tahun
1903.

TEORI - TEORI
TEORI ASAS ZON BANDAR
Pada tahun 1925, muncul teori lain yang diperkenalkan Ernest W. Burgess
(1925). Teori ini dinamakan Zon Bandar atau lebih dikenali sebagai
Model Zon Sepusat yang asalnya diubahsuaikan daripada teori Von
Thunen untuk digunakan secara empirikal di dalam kajiannya di wilayah
Chicago.

TEORI - TEORI
TEORI ASAS MODEL SEKTOR
Satu lagi model perbandaran dan cerminan kepentingan kualiti hidup
sosial yang lebih baik telah dikemukakan oleh Homer Hoyt pada tahun
1939. Model ini dikenali Model Sektor yang dibentuk hasil
pengubahsuaian daripada beberapa model sebelumnya seperti Von
Thunen, Richard M. Hurd dan Burgess.

TEORI - TEORI
TEORI ASAS MODEL PELBAGAI PUSAT
Satu lagi model perbandaran dan hubungannya dengan kualiti hidup
sosial ialah Model Pelbagai Pusat. Model ini telah dikemukakan oleh
Chauncy D. Harris dan Edward L. Ullman pada tahun 1945.

KAJIAN LEPAS
(Siti Nadira, Rosmadi & Jamilah, 2015) menyatakan bahawa terdapat
perbezaan ketara pencapaian kesejahteraan hidup di antara peringkat
negeri dengan
peringkat daerah.

( Haryati, Jamaluddin & A. Latif, 2014) kualiti hidup di kawasan


perumahan boleh diukur berdasarkan penunjuk keselesaan terma di
dalam rumah, penunjuk kemudahan di dalam dan luar rumah,
keselesaan ke tempat kerja dan penunjuk ketersampaian dengan
kemudahan di persekitaran.

(Azahan Awang, Abdul Hadi & Kadaruddin, 2008) menyifatkan bahawa


status kualiti hidup masyarakat bandar bersifat seragam walaupun
berasaskan kepada sosio ekonomi yang berbeza

KAJIAN LEPAS
(Joni Tamkin, 2008) Pembangunan ialah kegiatan yang berorientasikan
matlamat dan nilai yang ditumpukan ke arah memperrtingkatkan
kesejahteraan hidup manusia dalam semua dimensi.9 Dalam kata lain,
pembangunan ekonomi menurut perspektif Islam adalah untuk mencapai
kebajikan, kesejahteraan dan falah material duniawi dan ukhrawi.

(Ezhwan, Firdaus, Wan Zahari & Azmi, 2012) Kualiti hidup meliputi segala
keperluan hidup manusia dalam aspek kepuasan terhadap kebendaan,
kesihatan, pendidikan, keselamatan, kepuasan keselesaan tempat
tinggal dalam persekitaran yang bersih dan masyarakat yang bebas dari
permasalahan, dan juga keseronokan kenikmatan dari segi estetika dan
kerohanian)

KESIMPULAN
Kerajaan telah
memperuntukkan berbillion
ringgit untuk membangunkan
Malaysia, baik dari segi
prasarana, perkhidmatan,
perumahan, perhubungan,
telekomunikasi dan
sebagainya antara lain adalah
bagi memastikan
kelangsungan rakyat
menikmati satu aras
kehidupan yang sejahtera dan
berkualiti.

You might also like