You are on page 1of 1

PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU (EDU 3043)

Kualiti Peribadi Guru

Guru yang bersemangat dan proaktif mampu memotivasikan murid.

Motivasi merupakan penentu utama yang menggerakkan seorang guru mempunyai cirri
profesionaliti (Ishak:1993)
Mempunyai sifat periang, gembira, perawakan yang menarik dan mempunyai sifat kejenakaan serta
boleh menerima jenaka dan dalam masa yang sama masih tegas. Guru yang efektif juga perlu
berperikemanusiaan, mesra, pengasih dan mempunyai rasa sebahagian daripada kami (Frank W
Hart).

Kompetensi Pdp

Guru mengamalkan sikap peka tentang semua tingkah laku murid dalam kelas. (Kounin: 1970).

Mempunyai kemahiran mengajar di mana mempunyai rangka dan strategi yang menarik seperti
Time On Task And Lesson Flow iaitu murid dapat melalui proses pembelajaran yang seimbang
semasa berada di dalam kelas merangkumi interaksi seluruh kelas, kerja individu dan juga
kolaboratif. (Prof. David Reynolds ; Hay McBer. 2000)
Mempunyai kemahiran yang mendalam dalam bidang atau objek yang diajar terutamanya dalam
aspek menetapkan matlamat dan rancangan pengajaran, iaitu penetapan matlamat yang tinggi
dalam setiap sesi pengajaran dan mengatur rancangan untuk mencapai matlamat tersebut. (Mohd
Johdi Salleh. 2007;92)

CIRI CIRI
GURU
EFEKTIF

Bimbingan yang menyeluruh

Ujian dan Penilaian

Murid akan menghadapi pelbagai masalah pembelajaran ketika di dalam kelas.


Guru perlulah mengenal pasti terlebih dahulu masalah yang dihadapi oleh murid, dan barulah boleh
membimbing mereka ke arah menyelesaikan masalah (Muijs dan Reynolds,2001 ; 45)
Bimbing murid terutama ketika musim peperiksaan. Terdapat murid yang bersifat rendah diri dan
malu untuk berjumpa, berbincanglah secara peribadi bersamanya.
Untuk menaikan semangat pelajar, guru boleh memberitahu pelajar tersebut bahawa mereka
mampu untuk meningkatkan prestasi mereka jika pelajar itu sendiri yang berusaha dengan
bersungguh-sungguh dan sanggup mencuba (Urdan dan Schoefelder, 2006 : 335 )
Guru perlu ada kemahiran dalam mengemukakan pelbagai jenis penyoalan.
Tujuannya untuk menguji dan mengukuhkan kefahaman pada murid.
Soalan soalan berbentuk thought provoking boleh mendatangkan rangsangan dan motivasi
untuk murid berfikir secara konstruktif dan inovatif.
Buktinya, melalui penglibatan guru, adanya penyelarasan dan ketekalan dalam diri guru, sebuah
sekolah di United Kingdom telah diiktiraf sebagai sebuah sekolah rendah yang berkesan (Ruttel ;
1979)

You might also like