You are on page 1of 4

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN BAGI KERJA KURSUS SEJARAH.

NAMA : KHAIRUNNISA AZWAJ BINTI MOHD SOPI


KELAS : PRA U2 DAHLIA
I/C : 970929125548
TAJUK : SEJARAH DAN PERKEMBANGAN ADAT RESAM SUKU KAUM BUGIS DI KAMPUNG BUBUL LAU
T, SEMPORNA SABAH.
1.0 Pengenalan
Semporna merupakan sebuah pekan yang terletak di Sabah, Malaysia di mana
penduduknya terdiri daripada penduduk yang berbilang kaum. Daerah Semporna hanya
diselubungi oleh hutan belantara di awal penemuannya dan nama awalnya adalah Ton
g
Talun. Kemudian, Tong Talun telah ditukar dengan nama Semporna yang membawa
pengertian "Tempat Yang Aman atau Damai" sehinggalah sekarang. Suku kaum bugis
merupakan salah satu etnik yang terdapat di dalam kelompok berbilang bangsa di S
abah.
Kebanyakan suku kaum ini telah menetap di pantai Timur Sabah iaitu di daerah Taw
au ,
Semporna , Kunak dan Lahad Datu. Salah satu kampung yang mempunyai penduduk
berbangsa Bugis di Semporna adalah Kampung Bubul Laut. Adat resam yang diamalkan
kaum Bugis di Kampung Bubul Laut turut mengalami perubahan dari tahun 1990 hingg
a
tahun 2000.
2.0 Objektif Kajian
Antara objektif pengkaji menjalankan kajian ini adalah
a) Mengkaji asal usul kaum bugis di Kampung Bubul Laut, Semporna.
b) Mengkaji perkembangan adat resam kaum bugis yang berlaku di Kampung Bubul
Laut, Semporna dari tahun 1990 hingga tahun 2000.
c) Mengkaji tentang jenis bangsa bugis yang terdapat di Kampung Bubul Laut,
Semporna.
3.0 Permasalahan Kajian

Pengkaji akan mengkaji tentang asal usul kaum bugis di Kg Bubul Laut, Semporna.
Pengkaji juga turut mengkaji perkembangan adat resam kaum bugis yang berlaku di
Kampung Bubul Laut, Semporna dari tahun 1990 hingga tahun 2000. Bubul Laut,
Semporna.
4.0 Skop Kajian
Pengkaji akan mengkaji tentang sejarah dan perkembangan adat resam suku kaum bug
is
di Kampung Bubul Laut, Semporna. Pengkaji memilih kawasan kajian kerana
kawasan kajian mempunyai penduduk yang berbangsa bugis. Pengkaji turut berminat
untuk memilih kawasan tersebut kerana kawasan kajian telah lama wujud
di Semporna.
5.0 Kajian Lepas
1. Ernawati Binti Hassan. Etnomatematik Dalam Kalangan Penduduk Kampung Sungai O
bar Tinusa di Sandakan Sabah : Kajian Sistem Nombor dan Sukatan, , April 2007, 4
-5.
- Kajian ini menjelaskan tentang kemunculan awal masyarakat Bugis di Indonesia d
an
bagaimana masyarakat Bugis berhijrah ke Malaysia yang kemudiannya telah menetap
di
beberapa negeri di Malaysia seperti Sabah.
2. Haji Ismaily Haji Bungsu, Warna budaya ,Dewan Bahasa dan Pustaka, Cetakan Per
tama 1995.
- Buku ini menjelaskan tentang perkembangan budaya yang di amalkan oleh setiap k
aum yang terdapat di Sabah termasuk kaum Bugis.
3. Saidah Ismail, Pemilihan Bahasa di Kalangan Komuniti Bugis, 2009, Universiti
Malaya.
- Kajian ini menjelaskan tentang sejarah Bugis di Tanah Melayu, penempatan orang
Bugis di Malaysia, kegiatan sosio-ekonomi, politik, agama serta adat dan Budaya
orang
Bugis.
6.0 Kaedah Kajian
Untuk hasil kajian ini, pengkaji telah mengaplikasikan beberapa kaedah. Antara k
aedah kajian yang digunakan oleh pengkaji adalah :
1)
Kaedah Kepustakaan - Pengkaji akan pergi ke perpustakaan untuk mendapatk
an sumber mengenai suku kaum Bugis.
2)
Kaedah temu bual - Pengkaji akan menemu bual beberapa penduduk di Kampun

g Bubul Laut untuk mengetahui tentang sejarah suku kaum Bugis.


3)
Kaedah lawatan - Pengkaji akan pergi ke kawasan kajian untuk mendapatkan
gambaran yang lebih jelas mengenai suku kaum Bugis di Kampung Bubul Laut.
7.0 Struktur Pembahagian Esei
1.0 Pengenalan
2.0 Asal usul kemunculan kaum Bugis
3.0 Perkembangan adat resam yang diamalkan
4.0 Bahasa yang digunakan
5.0 Pakaian yang digunakan
6.0 Kesimpulan
8.0 Penutup
Sebagai rumusan, Semporna merupakan sebuah daerah yang unik kerana mempunyai
pelbagai kaum dan etnik seperti kaum Bajau, kaum Bugis, dan kaum Suluk. Penghijr
ahan
masyarakat Bugis ke Sabah membantu mempelbagaikan lagi suku kaum yang terdapat d
i
Negeri di Bawah Bayu ini. Kawasan penempatan Bugis begitu meluas di beberapa dae
rah
di Sabah.
9.0 Bibliografi
Ernawati Binti Hassan, Etnomatematik Dalam Kalangan Penduduk Kampung Sungai Obar
Tinusa di Sandakan Sabah : Kajian Sistem Nombor dan Sukatan, April 2007
, 4-5.
Haji Ismaily Haji Bungsu, Warna budaya ,Dewan Bahasa dan Pustaka, Cetakan Petama
1995.
Cabaran masa depan Warisan Budaya
http://cabaranmasadepa.blogspot.my/2009/11/suku-kaum-bugis-suku-kaum-bugis.html
( diakses pada 19 Januari 2016 )
Laman web rasmi sabah Sejarah Awal Semporna
www.sabah.gov.my/pd.sprn/SejarahSemporna.html ( diakses pada 18 Januari 2016 )
Pejuang Sabah Sejarah Suku Kaum Bugis di Sabah
http://blogzzpejuangbangsa.blogspot.my/2012/03/sejarah-suku-kaum-bugis-di-sabah.
html ( diakses pada 19 Januari 2016 )

You might also like