You are on page 1of 5

LAPORAN KEJAYAAN PROJEK MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

HIMPUNAN ANAK-ANAK KELANTAN (HAAK)

1.0 PENGENALAN
Mesyuarat Agung tahunan Himpunan Anak-Anak Kelantan USM ini diadakan bagi
membentangkan aktiviti tahunan dan belanjawan bagi sidang 2008/2009 dan seterusnya
menamatkan tugas exco-exco bagi sidang 2008/2009. Seterusnya perlantikan ahli majlis
tertinggi bagi sidang 2009/2010 akan dilakukan bagi memilih barisan pelapis pemimpin
yang baru bagi HAAK USM

2.0 OBJEKTIF
 Memberi peluang kepada pelajar baru untuk memimpin dan menimba
pengalaman dalam merangka dan menguruskan sesuatu projek.
 Menghargai jasa barisan exco sidang 2008/2009 yang telah bertungkus lumus
menerajui HAAK USM selama satu tahun.
 Membentangkan aktiviti yang dijalankan dan belanjawan sepanjang sidang
2008/2009 kepada semua ahli ahli HAAK USM

3.0 PENGANJUR
Mesyuarat ini telah dianjurkan sendiri oleh pihak Himpunan Anak-Anak Kelantan
(HAAK)

4.0 PENYERTAAN
Penyertaan peserta dalam Mesyuarat Agung Tahunan ini adalah seramai 45 orang Exco
dan 20 orang ahli. Selain itu, Prof Madya Dr. Adnan Hussein selaku Penasihat Bersama
Himpunan Anak-Anak Kelantan sendiri turut hadir dan merasmikan majlis.
5.0 JAWATANKUASA PELAKSANA
Pengarah Projek : Shafeeqah bt. Ahamad Fadzil
Timb. Pengarah Projek : Norshahieda bt Mohamed Nor
Setiausaha : Siti Norfatini bt Mohd Nor
Bendahari : Nor Asrina bt. Razali

Ahli Jawatankuasa

Teknikal & Fizikal : Azman b. Zaharieman


Mohd Jefriazizul bin Mohamed

Tugas-tugas Khas : Muhammad Arif bin Ahmad


Rudy Faizal bin Muhammad

Protokol&Sambutan : Siti Zulaikha bt Adzeni


Nur Asma bt Zaimy

6.0 LAPORAN PORTFOLIO


6.1 PORTFOLIO TEKNIKAL & FIZIKAL
Antara peralatan yang dipinjam ialah :
Sofa : 1 set
Meja Peperiksaan : 5 buah
- Kesemua barangan selamat dan masih elok digunakan
- Peminjaman dilakukan di Jabatan Pembangunan.

6.2 PORTFOLIO TUGAS-TUGAS KHAS


Ulasan:
- Persiapan dewan

6.3 PORTFOLIO PROTOKOL


Ulasan:
Menjadi pengacara majlis dan memastikan majlis berjalan lancar
7.0 LAPORAN KEWANGAN
7.1 Sila rujuk Lampiran 1

8.0 PERJALANAN PROJEK

TENTATIF PROGRAM

8.30 mlm : Ketibaan Ahli-ahli HAAK USM


8.45 mlm : Ketibaan Penasihat Himpunan Anak-anak Kelantan
8.50 mlm : Bacaan Doa
8.55 mlm : Ucapan Yang DiPertua HAAK
9.00 mlm : Ucapan dan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan kali ke- 35 oleh
Penasihat HAAK
9.15 mlm : Tayangan Multimedia
9.20 mlm : Pembentangan dan pengesahan laporan Minit Mesyuarat Agung
Tahunan ke 35 oleh Yang DiPertua HAAK
9.30 mlm : Pembentangan dan pengesahan aktiviti HAAK sidang 2008/2009
oleh Setiausaha Agung HAAK
9.45 mlm : Pembentangan dan pengesahan laporan penyata kewangan HAAK
sidang 2008/2009 oleh Bendahari Kehormat HAAK
10.00 mlm : Sesi pembubaran barisan kepimpinan HAAK 2008/2009
10.10 mlm : Pemilihan Majlis Tertinggi HAAK sidang 2009/2010
10.40 mlm : Ucapan ringkas Yang DiPertua HAAK 2009/2010
10.45 mlm : Usul dan cadangan
11.00 mlm : Majlis Bersurai

9.0 KEJAYAAN PROJEK


- Projek ini berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang
- Mencapai semua matlamat serta objektif projek Membentangkan aktiviti yang
dijalankan dan belanjawan sepanjang sidang 2008/2009 kepada semua ahli-ahli
HAAK USM

10.0 KELEMAHAN PROJEK


- Ketidakhadiran Exco dan ahli pada saat-saat akhir telah menyukarkan pihak
pengurusan.

12.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN


- Sebarang ketidakhadiran pada aktiviti yang dijalankan perlu diambil
tindakan tegas
- Memaklumkan terlebih awal kepada Exco dan ahli mengenai Mesyuarat Agung
Tahunan

13.0 PENUTUP
Program ini dapat dilaksanakan dengan lancar seperti yang dirancang dan seterusnya
mencapai setiap objektif dan matlamat program. Semoga barisan pemimpin yang
dilantik dapat membawa HAAK USM ke arah visinya yang sebenar sejajar dengan
visi universiti.

Disediakan oleh,

…………………………………
(Shafeeqah bt. Ahamad Fadzil)
Pengarah Projek
Mesyuarat Agung Tahunan
Sidang 2008/2009
LAPORAN KEJAYAAN PROJEK MESYUARAT AGUNG
TAHUNAN
HIMPUNAN ANAK-ANAK KELANTAN
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
( HAAKUSM )

TARIKH :
27 MAC 2009

TEMPAT :
DEWAN KULIAH W

ANJURAN :
HIMPUNAN ANAK-ANAK KELANTAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
(HAAKUSM)

You might also like