You are on page 1of 2

JAWATAN KOSONG

PEGAWAI PENYELIDIK (BIOKESELAMATAN) GRED Q43

Jika anda adalah seorang warganegara Malaysia yang memiliki kemahiran


analisa yang tinggi, mempunyai pengurusan masa yang baik, berorientasikan
pencapaian keputusan, berkebolehan untuk merancang, mengurus serta
mempunyai pengalaman yang berkaitan, anda adalah dipelawa untuk memohon
jawatan Pegawai Penyelidik (Biokeselamatan) di Kementerian Sumber Asli dan
Alam Sekitar.

TARAF JAWATAN: TETAP

JUMLAH PENDAPATAN BULANAN: RM 4,120.56 (P1T1)

I) Gaji Pokok: RM 3,020.56


II) Elaun Perumahan: RM 400.00
III) Elaun Keraian: RM 400.00
IV) Elaun Sara Hidup: RM 300.00

SYARAT LANTIKAN:

A) Berumur tidak lebih daripada 35 tahun pada tarikh tutup


permohonan.

B) Mempunyai sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman dalam bidang


yang berkaitan.

C) Kelayakan Akademik:

Ijazah Sarjana Muda Kepujian / Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh


kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi dalam bidang
Bioteknologi, Pertanian atau Biologi dan Kepujian Bahasa
Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat
Sijil Pelajaran Malaysia.

DISKRIPSI TUGAS UTAMA:

A) Membantu dalam penganalisisan maklumat dalam dokumen-dokumen


permohonan yang diterima oleh Kementerian untuk aktiviti-aktiviti
bioteknologi moden dan memastikan ianya lengkap. Membantu dalam
analisa awal semua permohonan yang diterima dan seterusnya
membantu menilai setiap maklumat dan menyediakan ringkasan untuk
kegunaan penilaian oleh Jawatankuasa Penasihat Pengubahsuaian
Genetik, agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dan akhirnya oleh
Lembaga Biokeselamatan Kebangsaan.

B) Bertindak sebagai urus setia Jawatankuasa Penasihat Pengubahsuaian


Genetik serta mengendalikan dan mengurus semua aktiviti Jawatankuasa
ini.

C) Membantu dalam memberi sokongan teknikal kepada Kementerian


terhadap kesemua hal-hal yang berkaitan dengan polisi biokeselamatan
dan penilaian risiko supaya semua aktiviti bioteknologi moden yang
dijalankan tidak mendatangkan kemudaratan kepada alam sekitar dan
kesihatan manusia.

D) Membantu dalam memberi input saintifik untuk aktiviti-aktiviti


kesedaran awam dan juga program-program pembangunan kapasiti
berkaitan dengan biokeselamatan yang dijalankan oleh Kementerian.

CARA MEMOHON :

Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi borang permohonan


online (SPA 8i).

Sebarang pertanyaan sila hubungi Cik Azlina Baizura binti Abu Bakar
Tajudin di talian 03-88856326 atau email baizura@spa.gov.my.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 11 September 2009.

You might also like