You are on page 1of 9

KERTAS KERJA UNTUK KELULUSAN

MESYUARAT PENGURUSAN UNIVERSITI

GARIS PANDUAN DAN KRITERIA


PENUBUHAN PUSAT KECEMERLANGAN DI UKM
(Makmal/Pusat/Institut Penyelidikan/Pusat Perkhidmatan)

1. TUJUAN

1.1 Kertas ini bertujuan untuk memohon kelulusan MPU mengenai garis panduan
dan kriteria penubuhan pusat kecemerlangan di UKM yang terdiri daripada
makmal penyelidikan, pusat penyelidikan, institut penyelidikan dan pusat
perkhidmatan.

2. LATAR BELAKANG

2.1 Pusat Kecemerlangan adalah pusat pengembangan ilmu yang menggabungkan


kepakaran dan kemahiran daripada pelbagai bidang untuk menjalankan
penyelidikan yang asli dan unik bagi memberikan kepimpinan ilmu dalam
bentuk penggubalan dasar dan pembangunan teknologi kepada masyarakat di
peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa. Pusat Kecemerlangan adalah
dalam pelbagai bentuk iaitu Makmal/Pusat/Pusat Perkhidmatan/Institut
Penyelidikan.

2.2 Penubuhannya adalah penting bagi meningkatkan sumbangan UKM dalam


penyelidikan dan pendidikan. Ia menjadi tunggak kepada kegiatan akademik
terutama penyelidikan, pembangunan dan inovasi (R&D&I). Penyelidikan
yang dilaksanakan bersifat asas, di ambang wufuk, gunaan dan strategik. Ia
juga terfokus dan silang disiplin yang menuntut penggabungan kekuatan
kepakaran berbagai-bagai rumpun ilmu dari pelbagai fakulti. Landasan ini
diyakini akan mengangkat para ilmuan terhadap UKM sebagai sebuah
universiti penyelidikan yang mempunyai pusat-pusat kecemerlangan yang
unggul di rantau ini.

2.3 Sehingga Ogos 2008 UKM telah mempunyai 14 buah pusat kecemerlangan
bergelar Institut di bawah Universiti dan 20 pusat kecemerlangan yang
ditubuhkan di bawah fakulti/institut masing-masing.

3. OBJEKTIF

3.1 Objektif utama penubuhan pusat kecemerlangan adalah untuk :

Garis Panduan & Kriteria Penubuhan Pusat Kecemerlangan, UKM, Mac 2009                                                                                                 1 
 
i. Mengangkat citra dan martabat UKM sebagai sebuah institusi
pengajian tinggi yang terkenal dan terkehadapan dalam bidang
penyelidikan yang bersifat asas, strategik, gunaan dan terkini serta
memberikan khidmat rujukan di peringkat kebangsaan dan
antarabangsa.
ii. Memudahkan penggemblengan sumber penyelidikan dan inovasi yang
terdapat di dalam mahupun di luar UKM.
iii. Memberi sumbangan yang bererti dalam proses pembangunan insan
dan masyarakat dalam sesuatu tempoh tertentu.
iv. Mewujudkan prasarana di mana penyelidik yang multidisiplin rentas
fakulti ditempatkan secara bersama.

4. PERANAN

4.1 Peranan yang perlu dimainkan dan dilaksanakan oleh pusat kecemerlangan
adalah :

i. Sebagai pusat pengumpulan sumber pakar dan kepakaran universiti.


ii. Sebagai pusat mengoptimumkan potensi sumber pakar dan kepakaran
universiti.
iii. Sebagai pusat mengukuhkan kepakaran dengan tujahan aktiviti
penyelidikan yang terfokus dan silang disiplin
iv. Memberikan khidmat kepakaran dan perundingan yang bersistematik
dan profesional di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
v. Sebagai pusat rujukan kebangsaan dan antarabangsa serta koleksi
perpustakaan khas.
vi. Mewujudkan sistem jaringan yang kukuh di arena kebangsaan dan
antarabangsa.
vii. Bertindak sebagai pusat penyelidikan dan pengajaran pasca siswazah.
viii. Bertindak sebagai pusat untuk mendapatkan akreditasi dan jaminan
kualiti.

5. KRITERIA PENUBUHAN PUSAT KECEMERLANGAN

5.1 Makmal penyelidikan

a) Definisi i. Makmal penyelidikan adalah makmal yang keseluruhan


Makmal tumpuan aktivitinya difokuskan kepada satu disiplin
penyelidikan penyelidikan yang dikenal pasti oleh Fakulti/Institut.
Penubuhan Makmal penyelidikan ini adalah di peringkat/di
bawah fakulti/institut.
ii. Makmal penyelidikan diketuai oleh seorang Ketua dari
kalangan kakitangan akademik dengan beberapa orang

Garis Panduan & Kriteria Penubuhan Pusat Kecemerlangan, UKM, Mac 2009                                                                                                 2 
 
kakitangan teknikal.
iii. Peruntukan kewangan adalah daripada Fakulti/Institut
masing-masing dan geran penyelidikan yang diperolehi oleh
penyelidik yang terlibat dengan makmal ini. Manakala
peruntukan kakitangan adalah di bawah tanggungjawab
fakulti/institut masing-masing dan boleh juga dibayar
kakitangan kontrak melalui geran penyelidikan ahli yang
terlibat.

b) Kriteria i. Mempunyai kepakaran yang terdiri dari ahli Fakulti/Institut


Penubuhan yang berkualiti tinggi, beriltizam dan berterusan.
Makmal ii. Memimpin dan mengukuhkan disiplin penyelidikan terfokus
yang dikenal pasti Fakulti/Institut.
iii. Mempunyai jaringan penyelidik di peringkat kebangsaan dan
antara bangsa.
iv. Ahli –ahli penyelidik menyumbang kepakaran dalam Nic.
v. Menjadi pusat rujukan yang berautoriti di peringkat
kebangsaan dan antarabangsa dalam disiplin yang telah
dikenal pasti.
vi. Membangunkan Pelan Tindakan/Pembangunan Makmal yang
mengandungi perancangan dan hala tuju penyelidikan jangka
panjang dan terdekat, pencapaian secara berkala, termasuk
perancangan kewangan dan sumber biaya/tajaan.
vii. Mempunyai geran terfokus dari sumber tertentu (kerajaan,
agensi dalam dan luar negara) bagi menjayakan program
penyelidikan.
viii. Mempunyai kekuatan dalam penerbitan hasil daripada
penyelidikan.
ix. Mempunyai kemudahan penyelidikan seperti infrastruktur dan
kemudahan makmal bagi menjalankan penyelidikan.

5.2 Pusat penyelidikan

a) Definisi i. Pusat penyelidikan merupakan pusat yang memfokuskan


Pusat keseluruhan aktiviti utamanya kepada penyelidikan multi-
Penyelidikan displin yang dikenal pasti oleh Fakulti/Institut. Penubuhan
Pusat Penyelidikan ini adalah di peringkat/di bawah
fakulti/institut.
ii. Pusat Penyelidikan diketuai oleh seorang Penyelaras dari
kalangan akademik dan dibantu oleh ahli penyelidik bersekutu
serta beberapa orang pembantu penyelidik. Tumpuan kepada

Garis Panduan & Kriteria Penubuhan Pusat Kecemerlangan, UKM, Mac 2009                                                                                                 3 
 
80 % penyelidikan, 20% pengajaran dan penyeliaan.
iii. Peruntukan kewangan adalah daripada Fakulti/Institut
masing-masing dan geran penyelidikan yang diperolehi oleh
penyelidik yang terlibat dengan pusat penyelidikan ini.
Manakala peruntukan kakitangan adalah di bawah
tanggungjawab fakulti/institut masing-masing dan boleh juga
dibayar kakitangan kontrak melalui geran penyelidikan ahli
yang terlibat.
b) Kriteria i. Mempunyai kepakaran dan penyelidikan multi-displin yang
Penubuhan dikenal pasti Fakulti/Institut yang berkualiti tinggi, beriltizam
Pusat dan berterusan.
Penyelidikan ii. Menjalankan penyelidikan terfokus dan silang disiplin serta
strategik kepada UKM dan Negara bagi menyumbang kepada
penyelidikan Universiti.
iii. Perlu mengenal pasti kepimpinannya dan ahli-ahli penyelidik
yang akan berada di pusat kecemerlangan ini sama ada ahli
daripada dalam UKM (Fakulti/Institut) ataupun luar UKM.
Sekiranya penyelidik terdiri dari dalam UKM, mestilah
mendapatkan kebenaran secara bertulis daripada Fakulti
terlebih dahulu.
iv. Perlu mempunyai panel penasihat yang terdiri dari dalam atau
luar Negara.
v. Perlu mempunyai sumber manusia yang mencukupi dan
bersesuaian.
vi. Menjadi pusat rujukan yang berautoriti di peringkat
kebangsaan dan antarabangsa.
vii. Mempunyai Pelan Strategik dan Pelan Tindakan Pusat yang
mengandungi perancangan dan hala tuju jangka panjang dan
terdekat termasuk perancangan kewangan dan sumber
biaya/tajaan.
viii. Mempunyai geran terfokus dari sumber tertentu (kerajaan,
agensi dalam dan luar negara) yang dapat menarik
penyelidik/felo penyelidik dari dalam dan luar UKM .
ix. Mempunyai kekuatan dalam penerbitan hasil daripada
penyelidikan ahli-ahli di pusat kecemerlangan berkenaan.
x. Program penyelidikan yang boleh dikomersilkan bagi menjana
pendapatan kepada Fakulti/Institut.
xi. Mampu menjana kewangan sendiri selepas beberapa tahun
ditubuhkan. Pusat Penyelidikan yang akan ditubuhkan
digalakkan untuk mendapat bantuan/tajaan daripada pihak
luar.
xii. Mempunyai kemudahan penyelidikan seperti infrastruktur dan
kemudahan guna sama Fakulti/Institut bagi menjalankan

Garis Panduan & Kriteria Penubuhan Pusat Kecemerlangan, UKM, Mac 2009                                                                                                 4 
 
penyelidikan.
xiii. Mempunyai jaringan/kolaborasi penyelidikan sama ada di
peringkat kebangsaan atau antarabangsa.

5.3 Institut Penyelidikan

a) Definisi i. Institut penyelidikan adalah pusat kecemerlangan yang


Institut menjalankan penyelidikan multi-disiplin rentas fakulti.
Penyelidikan Penubuhan Institut Penyelidikan ini adalah di peringkat/di
bawah Universiti.
ii. Institut mempunyai peranan seperti berikut:
ƒ Menawarkan ijazah lanjutan berasaskan penyelidikan dalam
nic penyelidikan yang dikenalpasti:
ƒ Menjuarai penyelidikan yang menjurus kepada nic
penyelidikan universiti:
ƒ Memberi khidmat kepakaran melalui perundingan, kursus
pendek, khidmat masyarakat dan lain-lain:
ƒ Meraih geran penyelidikan serta dana luar:
ƒ Memupuk dan menubuhkan pusat-pusat kecemerlangan
penyelidikan di bawah institut.
iii. Institut Penyelidikan diketuai oleh seorang Pengarah dari
kalangan akademik dan dibantu oleh Felo akademik, ahli
penyelidik bersekutu, Pegawai pentadbiran dan Pegawai
Ikhtisas dan kakitangan sokongan. Tumpuan kepada 70 %
penyelidikan, 20% pengajaran dan penyeliaan dan 10% lain-
lain.
iv. Peruntukan kewangan pengurusan dan perjawatan adalah
daripada Universiti.
v. Berupaya mengkomersilkan penyelidikan bagi menjana
pendapatan bagi kelestarian Institut.

b) Kriteria i. Mempunyai kepakaran multi disiplin dan keahlian dari


Penubuhan pelbagai Fakulti. Ahli dan program penyelidikan yang
Institut berkualiti tinggi, beriltizam dan berterusan.
Penyelidikan ii. Membangunkan bidang penyelidikan terfokus dan silang
disiplin serta strategik kepada Universiti da Negara.
iii. Mempunyai kepimpinannya dan ahli-ahli penyelidik dari
UKM, peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Sekiranya ahli
dari dalam UKM, mestilah mendapatkan kebenaran secara
bertulis daripada Fakulti yang terlibat.
iv. Mempunyai panel penasihat yang terdiri dari pakar dalam atau

Garis Panduan & Kriteria Penubuhan Pusat Kecemerlangan, UKM, Mac 2009                                                                                                 5 
 
luar Negara.
v. Mempunyai sumber manusia yang mencukupi dan
bersesuaian. Sebelum sesebuah institut itu ditubuhkan ia
mestilah terlebih dahulu mempunyai ahli kumpulan
penyelidikan yang kukuh dan kuat serta dengan mendapat
prestasi yang cemerlang sekurang-kurangnya rating 5 dalam
penilaian tahunan yang dibuat bagi setiap kumpulan
penyelidikan (KPPU).
vi. Menjadi pusat rujukan yang berautoriti di peringkat
kebangsaan dan antarabangsa.
vii. Mempunyai Pelan Strategik dan Pelan Tindakan Institut yang
mengandungi perancangan dan hala tuju jangka panjang dan
terdekat termasuk perancangan kewangan dan sumber
biaya/tajaan.
viii. Pelan Strategik dan Tindakan ini juga mestilah mengandungi
Analisis SWOT dan Kajian Pasaran (Business Development
Plan) serta perancangan dalam meningkatkan daya saing.
Mempunyai sokongan daripada stakeholder yang akan terlibat
dan akan menggunakan khidmat pusat kecemerlangan ini.
ix. Mempunyai geran terfokus dari sumber tertentu (kerajaan,
agensi dalam dan luar negara) yang dapat menarik
penyelidik/felo penyelidik dari dalam dan luar UKM .
x. Mempunyai sekurang-kurangnya sejumlah geran penyelidikan
tertentu daripada penyelidik/felo penyelidik yang ditindikkan
di pusat kecemerlangan berkenaan dan sebaiknya tidak
bertindih dengan geran yang diperolehi melalui Fakulti.
xi. Mempunyai kekuatan dalam penerbitan hasil daripada
penyelidikan ahli-ahli di pusat kecemerlangan berkenaan.
xii. Mampu menjana kewangan sendiri selepas beberapa tahun
ditubuhkan. Institut yang akan ditubuhkan digalakkan untuk
mendapat bantuan/tajaan daripada pihak luar.
xiii. Mempunyai kemudahan penyelidikan seperti infrastruktur dan
kemudahan makmal bagi menjalankan penyelidikan.
xiv. Mempunyai jaringan/kolaborasi penyelidikan sama ada di
peringkat kebangsaan atau antarabangsa.
xv. Bidang penyelidikan yang dilakukan oleh Institut mestilah
bidang yang tidak dipunyai oleh mana-mana fakulti atau
institut sedia ada di UKM.

Garis Panduan & Kriteria Penubuhan Pusat Kecemerlangan, UKM, Mac 2009                                                                                                 6 
 
5.4 Pusat Perkhidmatan

a) Definisi i. Pusat perkhidmatan adalah pusat yang ditubuhkan untuk


Pusat memberi perkhidmatan yang khusus dalam menyokong fungsi
Perkhidmatan utama universiti iaitu pengajaran, penyelidikan, dan khidmat
masyarakat serta khidmat sokongan kepada pelajar.
Penubuhan Pusat Perkhidmatan ini adalah di peringkat/di
bawah fakulti/institut.
ii. Pusat Perkhidmatan diketuai oleh seorang Penyelaras dari
kalangan akademik dan dibantu oleh ahli penyelidik bersekutu
serta beberapa orang kakitangan teknikal. Tumpuan kepada
90% perkhidmatan dan 10% lain-lain.
iii. Peruntukan kewangan adalah daripada Fakulti/Institut
masing-masing dan yuran perkhidmatan yang diperolehi.
Peruntukan kakitangan adalah di bawah tanggungjawab
fakulti/institut masing-masing dan boleh juga dibayar
kakitangan kontrak melalui dana yang diperolehi.

b) Kriteria i. Mempunyai kepakaran yang boleh memberi perkhidmatan


Penubuhan yang berkualiti tinggi dan berterusan.
Pusat ii. Memberi khidmat berkualiti kepada warga UKM dan juga
Perkhidmatan pelanggan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
iii. Boleh menjana sejumlah pendapatan tertentu hasil daripada
perkhidmatan yang diberikan.
iv. Perlu mempunyai panel penasihat yang terdiri dari dalam atau
luar Negara serta sektor industri bagi khidmat yang diberikan.
v. Perlu mempunyai sumber manusia yang mencukupi dan
bersesuaian.
vi. Menjadi pusat rujukan yang berautoriti di peringkat
kebangsaan dan antarabangsa.
vii. Mempunyai Pelan Strategik dan Pelan Tindakan Makmal
Perkhidmatan yang mengandungi perancangan perkhidmatan
serta sumber kewangan dan pendapatan.
viii. Pelan Strategik dan Tindakan ini juga mestilah mengandungi
Analisis SWOT dan Kajian Pasaran (Business Development
Plan) serta perancangan dalam meningkatkan daya saing.
Mempunyai sokongan daripada stakeholder yang akan terlibat
dan akan menggunakan khidmat pusat kecemerlangan ini.
ix. Boleh meraih geran tertentu yang dapat meningkatkan mutu
khidmat yang diberi.
x. Mampu menjana kewangan sendiri selepas beberapa tahun
ditubuhkan.
xi. Mempunyai pensijilan ISO dan yang setaraf bagi infrastruktur

Garis Panduan & Kriteria Penubuhan Pusat Kecemerlangan, UKM, Mac 2009                                                                                                 7 
 
khidmat yang diberikan.

6. PROSEDUR MENUBUHKAN PUSAT KECEMERLANGAN

6.1 Prosedur penubuhan pusat kecemerlangan di peringkat Fakulti/Institut dan


Universiti adalah seperti berikut:

i. Permohonan perlu mengisi Borang Cadangan Penubuhan Pusat


Kecemerlangan yang disediakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi
Malaysia (KPTM).
ii. Sekiranya penubuhan pusat kecemerlangan di bawah Fakulti/Institut,
kertas kerja/permohonan perlulah diluluskan oleh Fakulti/Institut dan
seterusnya dibawa ke peringkat Universiti (JK Ad-Hoc, CRIM, Senat,
dan LPU) untuk kelulusan sebelum ianya diisytiharkan sebagai pusat
kecemerlangan.
iii. Sekiranya penubuhan pusat kecemerlangan di bawah Universiti, kertas
kerja/permohonan perlulah diluluskan di peringkat Universiti (JK Ad-
Hoc, CRIM, Senat, dan LPU) untuk pertimbangan dan perakuan dan
seterusnya dikemukakan ke KPTM untuk pertimbangan dan kelulusan.

7. PENILAIAN PRESTASI

7.1 Pusat kecemerlangan perlu adakan penilaian prestasi dalaman pada setiap
tahun. Pemantauan dan penilaian prestasi ataupun audit akademik pusat
kecemerlangan akan diadakan pada setiap lima tahun. Aspek penilaian
prestasi mestilah diukur berasaskan kepada elemen input, proses dan output :

INPUT PROSES / OUTPUT

ƒ Sumber manusia – sumber manusia ƒ Graduan pasca siswazah


dalaman seperti bilangan ƒ Bilangan pelajar siswazah
kakitangan/felo tetap/felo bersekutu, ƒ Anugerah/pengiktirafan
senarai penyelidik terlibat; sumber ƒ Penerbitan
manusia luaran seperti felo luar UKM, ƒ Bilangan pakar/penyelidik dari dalam
pelantikan pasca post doctoral. dan luar Negara.
ƒ Kekuatan kewangan – kemampuan ƒ Kekerapan dijadikan rujukan oleh
menjana kewangan sendiri dengan warga universiti, negara dan
mendapat sumber kewangan dari luar antarabangsa mengikut
untuk menampung aktiviti disiplin/bidang berkenaan.
penyelidikan tanpa bergantung ƒ Pemindahan Teknologi dalam bentuk
sepenuhnya kepada sumber kewangan penjanaan sumber kewangan melalui

Garis Panduan & Kriteria Penubuhan Pusat Kecemerlangan, UKM, Mac 2009                                                                                                 8 
 
universiti. pengkomersilan produk dan harta
ƒ Kekuatan penyelidikan – bil projek intelek, serta sumbangan kepada
penyelidikan yang dijalankan masyarakat melalui dasar dan
ƒ Kemudahan penyelidikan – khidmat.
infrastruktur/instrumentasi
ƒ Kerjasama penyelidikan

8. SYOR / PERAKUAN

Dengan segala hormatnya ahli-ahli diminta menimbangkan cadangan ini dan sekali
gus meluluskannya untuk dibentangkan dalam Senat akan datang.

Disediakan oleh :

Pejabat Timbalan Naib Canselor


(Hal-ehwal Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Kebangsaan Malaysia

Tarikh : 23 Mac 2009

Garis Panduan & Kriteria Penubuhan Pusat Kecemerlangan, UKM, Mac 2009                                                                                                 9 
 

You might also like