You are on page 1of 76

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

SIRI JEJAK JUTAWAN

Siapakah dia….

JUTAWAN
YANG
BELUM
ANDA
KENALI
Pandua n Kom prehensif Yang Saintifik, P raktis,
Pragmatik Dan Filosofi Ke Arah Menjadi Usahawan
Berjaya Bermula Daripada R umah

Muhammad Amin Al Farabi


1
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Jutawan yang Belum Anda Kenali


Panduan Komprehensif Yang Saintifik, Praktis, Pragmatik Dan Filosofi Ke
Arah Menjadi Usahawan Berjaya Bermula Daripada Rumah

Isi Kandungan

1. Prakata
2. Bolehkah Anda Berjaya Sebagai Usahawan Daripada Rumah ? 6
3. Apakah Sebenar-benarnya Formula Kepada Kejayaan? 7
4. Apa Yang Anda Baca Ini Akan Mengubah Persepsi Anda Tentang 8
Hidup Anda
5. Senjata Paling Berkuasa Manusia 9
6. Beberapa Fenomena Minda Luarbiasa 10
7. Akal Anugerah Allah Yang Paling Tinggi Kepada Manusia 11
8. Kuasa Minda Separa Sedar Seperti Gergasi Yang Sedang Tidur 12
9. Minda Mempunyai Kekuatan Seperti Gergasi Tetapi Yang Selalu 13
Digunakan Hanya Seperti Semut Kecil
10. Gergasi Yang Sedang Tidur Nyenyak 14
11. Kebangkitan Gergasi Anda 15
12. Uji Tahap Kepercayaan Dan Keyakinan Anda 15
13. Apakah Kaitan Dunia Material, Realiti dan Minda ? 16
14. Realiti Dunia Material bermula dari dalam Minda Anda 17
15. Realiti 20
16. Apakah Realiti ? 23
17. Realiti Wujud Hanya Mengikut Persepsi Fikiran Manusia 24
18. Realiti Anda Bermula Dari Apa Yang Anda Fikirkan Di dalam Minda Anda 25
19. Visualkan Realiti Kekayaan Telah Berlaku Di Minda Anda 26
20. Visualisasi : Teknik Berfikir Menyemai Minda Separa Sedar 27
21. Bersyukur : Baja Penyubur dan Pengikat Rezeki Anda 28
22. Semangat : Gergasi Yang Bangkit Di Dalam Jasad Anda 29
23. Perasaan : Bahanapi Pembakar Semangat Anda 30
24. Takwa dan Tawakal : Kepercayaan dlm bentuk praktikal 31
25. Mitos Menjadi Seorang Usahawan Yang Berjaya 35
26. Analisa Diri : Adakah Anda Usahawan Tulin ? 36
27. Orang Lain Sibuk Meraih Kejayaan Anda Sibuk Mencari Alasan 37
28. Kegagalan Hanya Satu Illusi 38
29. Kata-kata Hikmat 39

2
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

BAHAGIAN II : Idea dan Strategi Menjayakan Projek Niaga Anda 40


1. Idea-idea Projek Yang Bermula Daripada Rumah 41
2. Minat Yang Tulin Terhadap Bidang Pilihan Anda 42
3. 7 Kebijaksanaan Manusia 44
4. Idea-idea Projek 45
5. 18 Cara Mencetus Idea Perniagaan yang Unik dan Kreatif 46
6. Anda Tahu Guna Komputer ? Gunakannya Untuk Cari Wang! 47
7. Inovasikan Perkhidmatan Anda 49
8. Awas! Jangan tertipu dengan Skim Cepat Kaya! 51
9. Peluang Perniagaan Melalui Program Affiliate/Reseller/MLM 52
10. Persediaan Premis SOHO Anda 53
11. Strategi Mudah Tetapi Berkesan Mempromosikan Perniagaan 54
12. Apakah Media Pengiklanan Yang Sesuai Untuk Perniagaan Anda? 55
13. Formula Pemasaran Yang Mesti Anda Ketahui dan Praktikkan 56
14. Bagaimana Dapatkan Publisiti Percuma Di dalam Media Bercetak 57
15. Bagaimana Mendapat Iklan PERCUMA bernilai RM12,000 58
16. Kelebihan Publisiti daripada Iklan 59
17. Nilai Seorang Pelanggan Selama Hayat Berurusan Dengan Anda 60
18. Apakah Kelebihan Perniagaan Anda Berbanding Pesaing Anda 62
19. Kenalpasti Diantara Ciri-ciri Dan Faedah-faedah 64
20. Seni Kejurujualan (I) 65
21. Seni Kejurujualan (II) 67
22. Bagaimana “Menawan” Pelanggan Pesaing-Pesaing 69
23. Persepsi Pelanggan : Aspek Yang Dihargai Oleh Pelanggan 70
24. Bagaimana Mendapat Lebih Banyak Pelanggan Melalui Penggunaan 71
Internet
25. Kisah-kisah Usahawan Jutawan Sebagai Inspirasi Untuk Anda 72
26. Langkah Tindakan Anda hari Ini! 75

Buku Ini Adalah Hakcipta Terpelihara


Muhammad Amin Al Farabi 
Versi digital boleh diedarkan secara bebas oleh anda asalkan
tidak mengubah sebarang isi kandungan buku.

Penafian : Segala panduan adalah melalui pengalaman dan pembacaan penulis, jika ada kesilapan
dan ralat adalah tidak disengajakan. Tanggungjawab pembaca untuk membuat penilaian sendiri.

3
Prakata

Apa yang anda ‘mesti lakukan’ mesti dilakukan kerana ‘tidak melakukannya’ juga
bermakna anda ‘melakukan sesuatu’ iaitu menghancurkan apa yang mesti anda
lakukan - Amin Al Farabi

Apabila sahaja anda selesai membaca buku kecil ini, anda akan mendapat
pengetahuan yang tidak keterlaluan saya katakan , satu pengetahuan baru yang
akan menambah keyakinan diri yang seterusnya mengorak langkah menjadi
usahawan ataupun menjadi insan yang lebih gagah. Percayalah !

Buku ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian I dan Bahagian II
Bahagian I buku ini memfokuskan kepada persediaan mental dan pengasahan
minda anda untuk menjadi seorang usahawan Di dalam bahagian ini anda akan
belajar mengenali diri anda supaya anda yakin bahawa diri anda mampu untuk
menjadi usahawan yang bermula daripada rumah Anda pasti terperanjat kerana
akhirnya anda tahu dan yakin bahawa di dalam diri anda sendiri mempunyai
kekuatan luarbiasa yang anda tidak pernah anda gunakan selama ini.

Bahagian II pula akan mengajar apa yang perlu anda lakukan untuk
mengeksploitasikan kekuatan anda yang luarbiasa tersebut untuk menjadi
usahawan daripada rumah Anda akan mempelajari prinsip-prinsip , formula,
teknik dan strategi langkah demi langkah bagaimana anda boleh merealisasikan
idea projek anda menjadi realiti.

Anda digalakkan mencetak keseluruhan isi kandungan buku ini untuk lebih
mudah anda baca dan fahami dan pelajari maklumat yang didedahkan.

Anda juga digalakkan untuk berkongsi maklumat buku ini dengan mengedarkan
kepada rakan-rakan lain yang mempunyai minat untuk mendirikan perniagaan
daripada rumah (soho) atau untuk tujuan motivasi diri.

Anda boleh berhubung dengan penulis di amin_alfarabi@yahoo.com jika anda


berminat untuk bertanya soalan-soalan lanjutan mengenai motivasi diri dan
perihal keusahawan.

Muhammad Amin Al Farabi


amin_alfarabi@yahoo.com
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Siapakah Jutawan Yang Belum


Anda Kenali?
Saya hanya menunjukkan anda jalan ke pintu rumahnya, andalah yang mesti
membukanya sendiri....

Ada antara anda pasti bertanya kenapa saya bersusah payah menulis sebuah
buku dan memberikannya percuma kepada orang ? Anda ingin tahu sebabnya ?
Ini adalah kerana saya merasa amat selesa memberikan sesuatu. Inilah rahsia
utama yang dinyatakan di dalam buku “The Greatest Money-Making Secret in
History!” oleh Joe Vitale.

Cuba ingat kembali pernahkah seseorang yang tidak anda kenali bertanyakan anda
jalan menuju ke arah suatu tempat yang anda amat arif sekali lokasinya? Pernah
bukan? Saya pasti anda dengan rela hati memberikan maklumat yang sebaik-baiknya
agar beliau selamat sampai yang ingin ditujunya. Bagaimanakah
perasaan anda selepas membantu orang yang tidak anda kenali itu? Anda merasa
amat selesa bukan ? Begitulah tujuan saya menulis buku ini. Mudah bukan ?

Walaubagaimanapun bagaimana jika orang tersebut meminta anda membawa


mereka dengan menggunakan kereta anda ke tempat tersebut, anda mungkin
keberatan sedikit. Atau mungkin terdetik hati anda, orang ini mengganggu
anda. Atau anda mungkin membantu beliau setelah beliau membayar anda
kerana bersusah payah membantu mereka.

Begitulah keadaannya dengan saya. Daripada pengalaman saya selama lebih 10 tahun
sebagai pakar perunding saya dapati bahawa saya mempunyai pelbagai
pengetahuan dan pengalaman yang boleh saya kongsi bersama dan ada juga
pengetahuan yang terpaksa saya kenakan caj professional.

Contohnya jika anda memasuki kursus saya, saya tanpa ragu-ragu


mengenakan bayaran kursus yang mungkin berkos hampir RM500 seminggu untuk
mengetahui selok belok keusahawanan. It’s nothing personal , just business. Saya
juga menulis dan menjual buku bercetak pada harga saikologi RM29.90 tentang
panduan keusahawan. Tapi itu cerita lain. Dan saya disini bukannya hendak
mempromosikan kursus saya. Oleh sebab itu saya lebih selesa menggunakan
nama pena saya ini.

Namun jangan sekali-kali menganggap mutu maklumat di dalam buku


percuma ini boleh diambil ringan.

Oleh itu jika anda serius dan ingin berjaya di dalam perniagaan di rumah anda,
pertimbangkan sebaik-baiknya apa yang saya perbincangkan di dalam buku ini.
Saya menunjukkan anda arah, dan kini bergantung kepada anda sahaja
samada hendak berlari atau merangkak ataupun berpatah balik menuju
ke tempat yang ingin anda tuju.

5
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Bolehkah Anda Berjaya Sebagai


Usahawan Daripada Rumah ?
Ya, anda boleh berjaya sebagai usahawan bermula daripada rumah sahaja.
Ramai usahawan-usahawan besar yang berjaya memulakan projek usahanya
bermula daripada rumah. Lebih ramai pula orang biasa yang bekerja daripada
rumah ataupun menjalankan perniagaan daripada rumah.

Martha Stewart, tokoh usahanita kontroversi, memulakan projek katering daripada


belakang dapur rumahnya sehingga menjadi jutawan dalam masa beberapa tahun
sahaja. Perusahaan kecilannya menjadi konglomerat yang meliputi penerbitan,
multimedia, rancangan TV dan gaya hidupan.

Michael Dell memulakan projek memasang komputer mengikut tempahan daripada


bilik dormitrinya dengan modal $1,000 dan kini selepas 18 tahun nilai
pendapatannya adalah sebanyak $31 billion.

Pelbagai kerjaya dan projek perniagaan yang boleh dimulakan daripada rumah. Ada
yang bekerja sebagai pakar perunding (seperti saya) , ada yang menjadi penulis
novel, artikel, merekabentuk batik, pereka grafik dan pelbagai lagi. Saya akan
membincangkan dengan lebih lanjut akan idea-idea projek yang boleh anda
mulakan di bahagian II buku ini dan anda cuma perlu ikuti terus membaca buku
ini.

Pengalaman Penulis Sebagai Bukti

Buktinya adalah pengalaman penulis sendiri sebagai konsultan dan juga perunding
bebas selama 10 tahun telah mengalaminya sendiri . Selama hampir 10 tahun
penulis menjalankan perniagaan daripada rumah sebagai seorang pakar perunding
bebas sambilan.

Cuba para pembaca buka akhbar dan semak yuran-yuran iklan untuk menghadiri
seminar-seminar yang diadakan di hotel-hotel oleh para konsultan. Pembaca
sekalian akan dapati yuran-yuran yang dikenakan amat mahal bukan? Ya, memang
benar, dan tidak hairanlah perunding-perunding bebas ini rata-rata hidup mewah
dengan memperuntukkan masa bekerja yang sedikit sahaja. Orang ramai berlumba-
lumba untuk mendengar maklumat-maklumat terkini daripada para konsultan
daripada luar negeri.

Cukup penulis katakan bahawa pendapatan bagi satu sahaja seminar yang berjaya
(penuh) adalah cukup untuk menampung kehidupan perunding bebas tersebut
selama setahun! Apa yang penulis ingin tekankan di sini ialah sememangnya
terdapat cara menjana pendapatan daripada rumah jika saudara tahu kaedahnya.
Kini dengan kemajuan teknologi maklumat dan telekomunikasi trend ini menjadi
semakin popular dan tidak semestinya dilepaskan oleh anda sekalian. Oleh itu
teruskan membaca buku ini untuk mengetahuinya!

6
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Apakah Sebenar-benarnya
Formula Kepada Kejayaan?
Ramai orang mencari-cari formula dan rahsia untuk berjaya. Keinginan ini
mencetuskan timbulnya industri buku-buku motivasi, seminar-seminar dan pelbagai
program yang memberangsangkan dewasa ini.

Jika anda biasa membaca buku-buku motivasi diri anda tentu biasa mendengar
pakar-pakar atau guru-guru motivasi diri seperti Anthony Robbins, Dr Stephen R.
Covey, Bob Proctor dan sebagainya. Di kalangan pakar-pakar tempatan pula tidak
kurang hebatnya. Nama-nama seperti Dr Fadzilah Khamsah, Imran Jaafar, Dr Tuah
Iskandar dan ramai lagi adalah antara nama- nama yang popular di arena sirkit
motivasi diri.

Seminar dua hari di Kuala Lumpur baru-baru ini oleh Dr Stephen R. Covey ini
sahaja memerlukan anda melabur untuk diri anda sebanyak RM 990. Seminar ini
membincangkan tajuk beliau yang amat popular iaitu “7 Tabiat Orang Yang
Berkesan”. Saya tahu pakar seperti Dr Stephen memberikan maklumat yang
berguna kepada para pesertanya. Namun terpulang kepada peserta tersebut untuk
menafaatkannya pula.

Apa Yang Anda Perlukan Ialah Satu Formula

Apa kata saya beri anda satu formula yang pasti membantu anda berjaya walau
apa sahaja bidang anda . Menggunakan formula ini membuatkan anda tidak akan
temui kegagalan kerana kegagalan itu sendiri tidak wujud dan segala sentuhan
anda menjadi emas. Baik bukan ?

Jika saya katakan dengan formula ini anda tidak perlu lagi membaca lain-lain
buku motivasi atau kursus motivasi, adalah sesuatu yang agak egoistik
bukan? Bukannya niat saya begitu cuma...

Cuba fikirkan jika anda diberi formula sains dan matematik seperti 1 + 1 = 2.
Apakah anda perlu memikirkan lagi sebarang formula lain lagi ? Adakah anda
perlu mencuba tanda - ÷ x menggantikan tanda + di dalam persoalan di atas ?

Inilah maksud saya. Ianya adalah untuk ringkasan kepada kejayaan yang
sedang anda impikan. Oleh itu adalah baik jika kejayaan tersebut anda dapati
daripada formula yang berdasarkan sains dan matematik, kerana ilmu sains dan
matematik adalah ilmu alam sunatullah yang tetap dan teruji.

Fikirkan dan perbincangkan dengan orang lain setelah anda membaca bab-bab ini
... Mari kita mulakan sekarang..

7
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Apa Yang Anda Baca Ini Akan Mengubah


Persepsi Anda Tentang Hidup Anda

Jadi apakah formula kejayaan sebenar-benarnya ? Anda bertanya...kepada saya


tanpa sabar-sabar. Ya , saya jamin anda boleh berjaya jika anda percayakan faktor
kejayaan yang mudah ini. Anda boleh berjaya di dalam sahaja bidang anda yang
ingin anda ceburi dengan mempunyai tiga faktor ini di dalam diri anda.

1. Percaya dan Yakin Tanpa Batasan Bahawa Anda Pasti Berjaya


2. Minat yang tulin dan mendalam terhadap bidang pilihan anda
3. Strategi yang betul di dalam mengkomersialkan pilihan anda tersebut

Namun saya akan mula membicarakan faktor pertama iaitu Percaya dan Yakin
Tanpa Batasan Bahawa Anda Pasti Berjaya dengan terperinci dan panjang lebar
di dalam 12 mukasurat berikut. Jika anda memasuki kursus saya yang berharga
ratusan ringgit saya akan mengajarnya selama dua hari suntuk agar anda dapat
menghayatinya. Setelah menghayatinya, saya jamin anda akan mempunyai
kepercayaan dan keyakinan terhadap diri anda yang hampir tidak terbatas. Apabila
anda mempunyai keyakinan yang tidak terbatas bermakna anda seakan-akan
mempunyai kuasa sentuhan emas (Midas touch).

Topik di dalam bab ini adalah amat penting kerana saya pasti anda tidak akan
temui apa yang akan saya bincangkan ini di dalam mana-mana buku, televisyen
atau sebarang media massa yang ‘mainstream’. Objektif bab ini adalah supaya
anda mengenali ciri-ciri kejadian manusia dan kaitannya dengan alam semesta.
Seterusnya setelah anda dapat mengenali ciriciri , anda akan memahami rahsia di
sebalik faedah yang dapat anda gunakan daripada ciri-ciri manusia tersebut. Di
dalam Bahagian I , bab kepercayaan ini, anda akan mengenali ...

1. Fakta-fakta sains yang tidak pernah anda ketahui di mana para saintis
terkemuka sendiri menemui jawapan yang menakjubkan
2. Keistimewaan akal (minda)
3. Apakah senjata paling berkesan manusia
4. Anda boleh mencapai apa sahaja yang anda percayakan oleh minda anda
5. Teknik visualisasi

Adalah penting dan kritikal untuk anda memahami akan topik-topik di dalam bab-
bab ini kerana ianya adalah formula sains dan rohani di dalam mencapai apa
sahaja impian anda khususnya jika anda ingin menjadi kaya sebagai usahawan.

8
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Percaya dan Yakin Tanpa Batasan :


Senjata Paling Berkuasa Manusia

Percaya dan Keyakinan Tanpa Batasan juga digelar keimanan kepada orang
Islam, namun istilah tersebut selalu dikaitkan dengan perkara-perkara berkaitan
ritual sahaja, seperti rukun iman, sembahyang, puasa dan sebagainya. Hakikatnya
sifat ini perlu wujud di dalam setiap perbuatan kita setiap hari untuk berjaya.

Namun di dalam membicarakan faktor ini, kita akan kaitkan dengan segenap
lapisan manusia tidak kira Islam ataupun tidak, maka saya akan gunakan perkataan
Kepercayaan dan Keyakinan Tanpa Batasan yang lebih universal.

Para Rasul dan Nabi yang mempunyai tahap keyakinan yang tidak terbatas iaitu
keimanan kepada Allah, Allah telah memberikan mereka kuasa mukjizat di mana
banyak perkara-perkara yang diluar hukum alam seperti peristiwa Israj Mikraj oleh
Nabi Muhammad, terbelahnya laut merah oleh hentakan tongkat Nabi Musa dan
sebagainya. Rasul dan Nabi adalah insan terpilih, manusia biasa yang tidak
dianugerahkan keyakinan yang luarbiasa sebegini atas nama Allah SWT mustahil
melakukan perkara-perkara sedemikian. Secara universalnya ramai orang bukan
Islam menggunakan konsep Kepercayaan dan Keyakinan Tanpa Batasan dan
hasilnya mereka berjaya di dalam pelbagai perkara yang mereka ceburi.

Sebagai contoh Thomas Edison percaya dan yakin tanpa batasan bahawa tenaga
elektrik boleh menghasilkan cahaya lampu mentol. Namun percaya atau yakin
sahaja tidak cukup, beliau mempraktikkan kepercayaan dan keyakinan beliau pada
usaha eksperimen beliau sebanyak lebih 10,000 kali dan akhirnya berjaya. Jika
anda berada di zaman beliau, anda akan anggap itu perkara gila. Tetapi Thomas
Edison mempercayai dan yakin perkara tersebut boleh berlaku dan akhirnya anda
dan saya dapat merasai manafaatnya.

Bagaimanakah kuasa kepercayaan dan keyakinan tersebut dikatakan senjata paling


merbahaya jika di salahgunakan?

Mari kita lihat satu contoh , seseorang Islam yang mempercayai dengan penuh
keyakinan bahawa tangkal, jampi atau makhluk halus yang diamalkan boleh
memberi kekebalan kepada beliau. Atas dasar kepercayaan tersebut beliau akan
yakin dan menjadi lebih berani dan mungkin ‘kebal’ kerana mindanya melampaui
realiti sebenarnya. Tetapi malang sekali kerana beliau bersandarkan kepercayaan
tersebut kepada tangkal dan jampi maka hukum ke atas beliau adalah beliau
menjadi syirik dan syirik merupakan dosa yang paling besar dan tidak diterima
taubatnya. Begitulah bahayanya kepercayaan dan keyakinan jika salah digunakan.
Hakikatnya jika wujud sebarang kekebalan atau keistimewaan berlaku pada
dirinya, semuanya adalah kerana mindanya terlalu yakin dan seterusnya
menafaatkan kuasa hebat yang sentiasa wujud di alam maya yang disediakan oleh
Allah SWT.

9
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Beberapa Fenomena Minda Luarbiasa


Pihak saintis barat telah lama mengkaji akan kekuatan minda dan kaitannya
dengan kuasa yang dimiliki apabila wujud kepercayaan dan keyakinan. Kebolehan-
kebolehan ini boleh dilakukan oleh semua orang tidak kira agama kerana minda
mereka mempunyai kepercayaan dan keyakinan untuk melakukannya.

Pada November 2004, siaran Discovery, ada menyiarkan sebuah dokumentari


bertajuk “Electric Man”. Rancangan tersebut mendokumenkan seorang pelukis
biasa bernama Janusz Kowzalaski boleh memadam lampu jalanan dengan hanya
kekuatan fikiran. Keistimewaan beliau sedang dikaji dengan serius oleh pakar-
pakar saintis barat kini.

Kejadian manusia mempunyai kuasa elektrik telah lama di dokumenkan sejak awal
1846, di dalam jurnal sains Perancis, Jurnal des Débats (February 1846). Jurnal
tersebut mendokumenkan fenomena 10 hari yang dialami oleh seorang kanak-
kanak perempuan Perancis berusia 14 tahun bernama Angelique Cottin yang
mampu mengeluarkan kuasa elektrik dan menggerakkan objek-objek
persekitarannya.

Seorang lelaki cina di Perak mempunyai kuasa magnet ditubuhnya, di mana


peralatan-peralatan logam seperti sudu, sterika, paku dan sebagainya melekat ke
tubuh badan beliau.

Ustaz Arief di Ampang, Selangor mempunyai keistimewaan yang dipelajari


dimana beliau boleh menyalakan mentol lampu hanya dengan memegang mentol
tersebut dan pernah dipertontonkan di rancangan televisyen ‘Asia Hebat’ . Menurut
ustaz tersebut tiada unsur-unsur yang menyalahi agama, kerana sememangnya
tenaga istimewa ini wujud di dalam setiap manusia cuma anda perlu pelajari
tekniknya. Tenaga istimewa ini sentiasa wujud di alam maya untuk digunapakai
oleh manusia. Kebolehan beliau membuktikan kepada manusia lain agar terus kaji
dan mengkaji keistimewaan minda ini.

Dan jangan pelik kerana kuasa elektrik sememangnya wujud semulajadi pada belut
elektrik yang tinggal di dalam sungai Amazon. Belut ini dapat menghasilkan arus
elektrik sebesar 500 volt per sekitar 2 amper. Kira-kira kekuatannya melebihi yang
digunakan oleh sebuah TV kecil..

Namun semua kebolehan luarbiasa tersebut adalah kerana Allah telahpun


menyediakan kuasa tersebut menerusi alam yang boleh digunakan jika minda kita
percaya dan yakin akan boleh dilakukan. Allah Maha Pemurah membenarkan tidak
kira sesiapa sahaja (muslim atau tidak) menggunakan tenaga yang tersedia
tersebut, namun terpulang kepada mereka menyandarkan kesyukuran tersebut. Jika
mereka menggunakan tenaga tersebut dan berterima kasih kepada makhluk halus
(jin dan syaitan) adalah perbuatan syirik yang tidak diampuni Allah SWT, walhal
kuasa tersebut adalah tenaga yang disediakan oleh Allah SWT dan sentiasa wujud
tersembunyi di dalam alam maya untuk dikaji dan akhirnya boleh dimanafaatkan
oleh kita.

10
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Akal : Anugerah Allah Yang Paling


Tinggi Kepada Manusia
Akal fikiran atau minda adalah anugerah Allah yang paling berharga
menjadikan manusia lebih mulia daripada sekalian makhluk. Kebiasaannya kita
akan memikirkan bahawa akal ialah apabila kita mengira, membaca, menulis dan
sebagainya. Ini dinamakan minda sedar (conscious mind). Namun terdapat
bahagian minda yang sangat penting tetapi tidak disedari dan digunakan oleh
manusia sendiri yang dikenali dengan minda separa sedar atau Inggerisnya
‘subconscious mind’.

Apakah Minda Separa Sedar dan Kekuatannya?

Sekarang ini, saat ini, jantung anda sedang berdegup, adakah anda yang
memikirkannya untuk mengawal degupannya setiap masa? Segala perjalanan darah
anda, proses tumbesaran anda dan pembaikan luka anda, adakah anda fikirkannya?
Tugas ini amat kompleks dan jika di andaikan disuruh minda sedar anda untuk
memikirkannya, nescaya anda akan jadi kelam kabut tidak mampu melakukannya.
Inilah antara tugas minda separa sedar anda.

Tapi tunggu, minda separa sedar anda lebih berkuasa daripada itu. Ianya juga
merekod segala pengalaman hidup kita sejak kita lahir lagi. Maksud segala di sini
ialah segala entiti yang wujud ketika itu. Himpunan pengalaman ini termasuklah
memori, imaginasi, perasaan, inspirasi, kepercayaan dan segala bentuk maklumat
yang kita capai melalui pancaindera kita. Apa yang kita dengar , lihat dan rasa
sepanjang hidup kita sebenarnya tidak pernah hilang dan tersimpan kekal di dalam
minda kita. Himpunan keseluruhan entiti inilah yang membentuk sistem
kepercayaan di dalam diri kita.

Tetapi kenapa saya tidak ingatinya ?

Anda tidak ingatinya kerana anda tidak fokus kepada semua perkara pada satu-satu
masa. Contohnya sekarang, anda sedang lihat perkataan-perkataan di depan mata
anda ini. Fokus anda ialah pada tulisan ini, namun jika dibelakang anda ada
kedengaran kicauan burung , anda ‘tidak mendengarnya’ kerana anda tidak
fokuskannya. Namun kicauan burung tersebut tetap direkod ke dalam minda separa
sedar. Ini bermakna walaupun semasa kita kecil berusia lima tahun kita seperti
tidak mampu ingat apa-apa, namun sebenarnya ‘subconcious mind’ tetap merekod
apa yang kita dengar, lihat, rasa dan alami waktu itu.

Bayangkan anda mempunyai perakam video yang merakam setiap bunyian dan
visual sejak anda di dalam perut ibu lagi. Apa sahaja yang anda dengar dan lihat
tetap direkod oleh minda separa sedar anda sejak anda kecil lagi. Ianya tidak
pernah terpadam. Jika umur anda sekarang 25 tahun, bolehkah anda bayangkan
betapa besarnya kapasiti filem yang diperlukan untuk merekod segala maklumat
sepanjang tempoh itu ?

11
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Kuasa Minda Separa Sedar Seperti


Gergasi Yang Sedang Tidur
Ada gergasi yang sedang tidur di dalam minda anda sekarang!

Pernahkah anda melihat wajah seseorang dan tiba-tiba terfikir dan berkata
di dalam hati, “Macam pernah aku tengok wajah orang ni..tapi di mana ya?”.
Keadaan ini berlaku kerana minda separa sedar anda telah merekod wajah orang
tersebut di dalam bank memorinya yang amat luas. Ini adalah bukti kecil bahawa
minda kita merakam sesuatu yang kita sendiri tidak mahu ingatkan.

Bayangkan semua pengalaman hidup anda sejak bayi, dapat direkodkan di dalam
sebuah CD yang berkapasiti 700 Megabyte yang anda ketahui sekarang. Selalunya
sebuah CD mampu merekod filem hanya kira-kira 1 jam dan andaikan anda
berumur 25 tahun sekarang. Nescaya anda akan memerlukan kira-kira 219,000
keping CD untuk merekod segalanya kehidupan anda dalam tempoh 25 tahun itu.

Menakjubkan bukan kerana kesemua 219,000 ‘CD” pengalaman bermaklumat


tersebut kini ada di dalam minda anda sekarang! Lebih menakjubkan terdapat CD
kosong yang berjumlah berbillion-billion keping sedia untuk digunakan di dalam
minda anda sekarang ini!

Bagaimana boleh menjadi hingga berbillion-billion ? Kerana jika diandaikan anda


hanya diberi kerja sepanjang hayat anda berimaginasi , nescaya, akan tidak
kehabisan apa yang ingin anda imaginasikan sampai bila-bila.. Inilah kekuatan
minda anda!

Hati atau kalbu

Kedudukan minda separa sedar dan hati atau kalbu adalah dekat. Kalbu atau hati
batin adalah tali penghubung anda antara minda separa sedar dengan zat Allah
SWT. Saya lebih gemar menggunakan istilah kalbu kerana takut anda akan
terbayangkan hati biologi yang anda lihat seperti jantung dan paru-paru. Sebagai
orang Islam, kita tahu bahawa hati yang sentiasa berdoa dengan yakin akan
mengubah takdir kehidupan seseorang. Allah sentiasa tahu apa yang tersirat dan
niatkan. Ingat! kepercayaan dan keyakinan tanpa batasan, tidak boleh hadir dibibir
atau di minda sedar sahaja, ianya mestilah tertanam di dalam minda separa sedar
dan bergetar di dalam hati anda.

Maksud di sini ialah kepercayaan dan keyakinan yang tak terbatas (infinite). Untuk
mendapat pertolongan daripada Allah Maha Bijaksana (Infinite Intelligence) kita
mestilah mempunyai juga kepercayaan dan keyakinan yang tak terbatas
kepadaNya. Itulah hakikatnya apa yang wajib kita percaya di dalam hati kita.

Syukur kita kepada Allah kerana menganugerahkan akal ini, sehingga Allah
memerintahkan malaikat supaya sujud kepada Nabi Adam. Cuma Iblis sahaja yang
memandang dari lahiriah kerana Nabi Adam dibuat daripada tanah dan engkar
untuk tunduk.

12
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Minda Mempunyai Kekuatan Seperti


Gergasi Tetapi Yang Selalu Digunakan
Hanya Seperti Semut Kecil
Knowledge is limited. Imagination encircles the world."
Albert Einstein

Anda tentu pernah mendengar bahawa manusia hanya menggunakan hanya


10% daripada keupayaan minda mereka. Ini adalah tepat sekali. Malahan manusia
yang malas berfikir lebih rendah lagi...mungkin 5% sahaja! Jika anda memikirkan
aktiviti berfikir setakat aktiviti mengira matematik, membuat keputusan, pergi
membuat pekerjaan , bawa kereta dan sebagainya anda mungkin tergolong mereka
yang hanya menggunakan 8% sahaja. Jika anda anggap kemahiran mengira pantas
adalah proses berfikir yang tinggi, nescaya anda mungkin akan menjadi robot yang
mempunyai sebuah kalkulator yang berharga RM5 di dalam otaknya. Berfikir
kerap kali dianggap proses analitikal dan logikal dan ukuran kecerdasan IQ
seseorang. Hakikatnya minda mempunyai kekuatan melebihi kegunaan setakat
analitikal dan logikal.

Gergasi Yang Sedang Tidur Nyenyak


Semua himpunan memori, imaginasi, intuisi, fantasi, mimpi, perasaan dan apa jua
entiti di dalam minda separa sedar anda adalah himpunan entiti yang teramat luas.
Jika dapat diisi secara fizikal ke dalam sebuah CD nescaya anda memerlukan
berbillion-billion keping CD yang seakan tidak kehabisan. Semua maklumat yang
terlalu banyak ini bagaikan gergasi besar yang sedang tidur di dalam minda separa
sedar anda. Ya, tidur yang amat nyenyak.

Bagaimana hendak membangunkan si gergasi ini ?

Jika anda dapat bangunkan si gergasi ini dan menyuruhnya bekerja untuk mencapai
sebarang matlamat anda, nescaya tugas anda menjadi sangat mudah. Jika tujuan
anda hendak jadi kaya raya melalui apa sahaja perniagaan, inilah rahsia
falsafahnya.

Biarkan saya berikan jawapan secara ringkas di dalam perenggan di bawah dan
kemudian anda boleh membaca mukasurat selanjutnya akan penjelasan perenggan
ringkas ini.

Kunci pertama anda berniat dan tanamkan sifat percaya dan yakin tanpa batasan di
dalam minda anda. Visualkan realiti kejayaan anda di dalam kotak minda anda
akan kejayaan yang telah berlaku pada masa hadapan. Siramkan ia dengan emosi
kejayaan dan suburkan ia dengan perasaan bersyukur. Jika anda lakukan ini, tubuh
badan anda akan mengalami satu semangat luarbiasa. Kemudian lakukan apa yang
patut anda lakukan dengan minda dan semangat begini, nescaya perlakuan anda
tersebut akan menjadi sebab-sebab yang ditakdirkan untuk mencapai realiti yang
anda inginkan.

13
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Kebangkitan Gergasi Anda

Kunci pertama untuk bermula menjadi kaya pada suatu masa hadapan mudah
sahaja. Anda mesti percaya dan yakin tanpa batasan anda boleh
melakukannya dan mendapatkannya. Jangan buat apa-apa dahulu. Lupakan apa
sahaja komen atau kritikan orang sekeliling anda. Tangguhkan dahulu samada anda
perlu masuk MLM, skim cepat kaya, Pak Man Telo dan sebagainya. Percaya,
Yakin, Percaya , Yakin, Percaya....

Gergasi di dalam minda akan bangun jika kepercayaan tersebut ditanam, disemai
dan disuburkan di dalam minda anda dan kebangkitannya akan dapat dikesan
melalui tubuh badan anda yang kemudiannya dikenali dengan semangat. Gergasi
ini ialah semua imaginasi, perasaan, maklumat, kenangan , fakta, fantasi,
visualisasi, pengetahuan, emosi dan apa pun bentuk entiti di dalam minda separa
sedar anda. Apabila semua entiti ini bangun dan bersatu, keajaiban akan berlaku.

Anda akan mendapat ilham sentiasa, kegagalan tidak wujud, idea mencurah
daripada segala penjuru, pancaindera anda melihat semua petunjuk ke arah
kejayaan dan semangat zahir dan batin yang luarbiasa. Anda boleh baca seberapa
banyak buku motivasi atau pergi seberapa banyak kursus untuk mengetahui teknik
peningkatan diri. Kunci akhirnya ialah ...

Anda mesti percaya dan yakin tanpa batasan anda


boleh melakukannya.

Anda pasti berkata , “OK, saya yakin sekarang... apa yang perlu saya buat?” Anda
pasti ? Mari cuba sedikit ujian ‘kecil’ :

Uji Tahap Kepercayaan Dan Keyakinan Anda


Mudah sahaja anda membuka mulut mengatakan bahawa anda mempunyai
kepercayaan dan keyakinan tanpa batasan yang tulin. Adakah kalbu dan minda
separa sedar juga sedemikian ? Di dalam konteks buku ini, mari kita uji tahap
kepercayaan dan keyakinan anda untuk menjayakan projek anda. Sila jawab
dengan soal semak di bawah..

1. Apa kata jika rakan anda sendiri mencemuh idea perniagaan anda ?
2. Apa kata ibubapa anda sendiri yang tidak bersetuju dengan idea anda ?
3. Apa kata anda dikehendaki melabur sedikit untuk mula berniaga ?
4. Adakah anda menunggu satu masa yang sesuai entah bila ?
5. Apa kata seluruh dunia mengatakan idea anda gila sanggup anda lakukannya?

Marconi hampir diseret oleh rakannya sendiri ke hospital sakit jiwa kerana cuba
membuktikan bahawa penghantaran bunyi boleh bergerak tanpa wayar.
Kepercayaan dan keyakinan telah membenarkan keajaiban berlaku di mana teori
beliau menjadi benar akhirnya dengan penemuan gelombang radio. Anda
bagaimana ? Tergugatkah semangat anda apabila diperkecilkan oleh suara rakan
anda yang berjiwa kecil itu ?

14
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Apakah Kaitan Dunia Material,


Realiti dan Minda ?
Mungkin suara kecil anda berkata walau apa pun, yang difikirkan di minda,
masalahnya ialah, realiti di dunia luar sana tetap menguasai anda. Realiti
kehidupan tidak semudah yang wujud di dalam minda anda yang positif tersebut.
Anda berpendapat bahawa minda ada di dalam otak anda, realiti ada di luar, ianya
adalah dua perkara yang berbeza. Adakah anda benar-benar pasti?

Pendekata , anda berpendapat, realiti kehidupan sekarang tidak semudah yang


difikirkan di dalam minda anda. Lihatlah dunia realiti sekarang, ianya sangat
susah…masalah demi masalah berlaku di sana sini. Benarkah realiti begitu ?

Anda semakin keliru, kerana kelihatan seakan-akan realiti kehidupan tidak


membenarkan kejayaan anda. Kelihatan usaha-usaha anda gagal. Realiti kehidupan
seakan-akan berlawanan dengan kehendak anda. Bagi anda dunia realiti adalah
dunia material yang tiada kaitan dengan minda. Minda hanya di dalam otak,
materiallah yang menguasai segalanya. Mindalah terpaksa mengikut pergerakan
material-material yang anda realisasikan di dalam otak anda. Adakah anda
berfikiran begitu ?

Apakah realiti sebenarnya ? Adakah ianya material , objek-objek , peristiwa,


kejadian sebab akibat ? Adakah ianya sesuatu yang boleh anda kecapi melalui lima
pancaindera anda ?

Oleh kerana anda berpendapat bahawa dunia material bergantung dan boleh
dikesan oleh lima pancaindera anda yang seterusnya ditafsirkan oleh minda anda
sebagai realiti kehidupan anda, maka kunci utama untuk mengetahui apakah
sebenar-benarnya dunia material ini ialah melihat kejadian material itu sendiri.
Apakah dunia material anda sebenarnya ? Apakah material sebenarnya ?

Apakah unsur yang binaan asas yang menjadi akar kepada semua bentuk kejadian
material di dunia anda ? Apakah sebenar-benarnya unsur material di dalam tubuh
anda, kereta impian anda, udara yang anda hirup , air yang anda minum , cahaya
yang anda lihat ? Mungkin anda tahu jawapannya, atau mungkin tidak. Untuk
mendapat jawapannya yang paling tepat , kita berpatah kepada bidang sains dan
matematik yang bergerak atas landasan ujikaji dan pembuktian.

Di dalam mukasurat selanjutnya anda akan mengetahui beberapa fakta sains yang
akan mengejutkan diri anda. Fakta-fakta sains ‘disimpan rapi’ dan jarang
dibincangkan di media perdana, kerana memahaminya adalah sukar diterima oleh
minda rasional. Fakta-fakta sains ini bukanlah baru kerana ianya telah dikaji sejak
100 tahun dahulu oleh bukan-bukan calang-calang saintis iaitu tidak lain dan tidak
bukan ialah saintis tersohor dunia abad ke 20 sendiri iaitu Albert Einstein. Turut
sama mengkaji bidang sains ini ialah Lord Rutherford, Niels Bohr dan Werner
Heisenberg. Bidang kajian sains yang dikaji ini dikenali sebagai bidang sains fizik
kuantum.

15
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Realiti Dunia Material bermula


dari dalam Minda Anda
Sains membuktikan bahawa material tidak wujud dan realiti adalah illusi minda,
tubuh anda dan alam maya hanyalah 99.9999% ruang kosong!!

Setelah membaca buku “The Shaky Game: Einstein, Reality, and the
Quantum Theory” oleh Professor Arthur Fine, PhD (Chicago: University of
Chicago Press, 1986) saya menemui beberapa fakta sains yang agak
mengkagumkan tetapi jarang sekali diketahui oleh masyarakat kita.

Bermula awal kurun ke-20, lahirlah bidang fizik kuantum, yang khusus mengkaji
akan sifat-sifat unsur terkecil dunia material iaitu atom. Pada tahun 1911, Lord
Rutherford daripada University Cambridge telah membuktikan kewujudan sub-
atom yang dikenali sebagai elektron. Namun penemuan elektron yang wujud di
dalam atom merumuskan fakta yang menakjubkan, dan sekaligus menafikan
kewujudan dunia material yang anda anggap benar-benar material ini. Akhirnya
tubuh anda dan semua benda yang wujud di alam maya ini hanyalah elektron.
Elektronlah yang memberi bentuk bulat atom apabila ‘butiran’ ini mengelilingi
neutron selaju cahaya.

Contoh sebutir Pada peringkat lebih mendalam sub- 99.9999% Binaan Atom adalah Ruang Kosong!
atom karbon atom, elektron sentiasa mengorbit
umpama mengelilingi proton dan neutron.
bola yang Putarannya yang sangat laju ini Lihat tubuh anda, ia hanyalah himpunan bertrilion-trillion
berisi angin membentuk dinding atom tersebut atom yang membentuk sel, darah, daging dan akhirnya
dengan 99.9999% ruang kosong di
tengahnya tubuh anda. Bentuk bulat atom itu sebenarnya adalah
dinding yang dibentuk oleh putaran elektron
disekelilingnya. Kandungan elektron dan nukleas hanya
0.0001% daripada kandungan atom dan 99.9999% atom
adalah ruang kosong!!! Tubuh yang anda lihat sekarang
adalah 99.99999% ruang kosong ! Pelik bukan?

Pembuktian sifat atom adalah 99.9999% ruang kosong adalah satu fakta sains yang
pelik, tetapi yang lebih pelik ialah sifat elektron yang mempunyai dua sifat iaitu
samda ianya benda ataupun gelombang mengikut pemerhatian fikiran orang yang
menjalankan ujikaji tersebut. Tetapi elektron itu sendiri amatlah kecil dan
bukannya ‘benda’. Ia adalah hanya gelombang tenaga yang boleh bertukar menjadi
sifat ‘benda’ jika seseorang saintis fikirkan ia begitu.

Albert Einstein, saintis tersohor abad ke-20 dengan formula E=MC², sendiri gagal
menjawab soalan ini dan ‘bertelagah’ dengan para saintis lain tentang sifat dua
hala elektron ini. Antara yang terlibat ialah Niels Bohr dan Werner Heisenberg.
Bohr sendiri adalah ‘bapa’ kepada sains fizik kuantum dan menyerah kepada satu
interpratasi yang dikenali sebagai “Copenhagen Interpretation” di mana dwi-sifat
elektron ini diterima pakai kerana pada peringkat terhalus ‘benda’ ianya menyamai
lintasan fikiran manusia itu sendiri. Oleh itu adalah selamat jika dikatakan bahawa
elektron boleh dikonsepkan mengikut apa sahaja yang difikirkan oleh saintis yang
mengkajinya itu.

16
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Albert Einstein hingga akhir hayatnya tidak dapat mencari jawapan kepada
persoalan ini. Einstein mahukan satu jawapan yang mutlak iaitu mahukan elektron
dikenali sebagai sesuatu ‘benda’ bukannya boleh diubah-ubah mengikut persepsi
saintis atau orang yang mengkajinya. Werner Heisenberg seorang lagi saintis
genius yang turut terlibat di dalam interpratasi elektron “Copenhagen
Interpretation”, berkata ,

What we observe is not nature itself, but nature exposed


to our method of questioning. - Werner Heisenberg

Apa yang Heisenberg maksudkan ialah , apa yang kita perhatikan bukannya alam
itu sendiri, tetapi alam mendedahkan dirinya kepada kaedah persoalan kita.

Dwi Sifat Elektron Yang Memeningkan Saintis

Para saintis menjalankan kajian ke atas butiran elektron daripada cahaya dan
mendapati elektron menampilkan dua sifat iaitu gelombang dan partikel (benda).
Apakah perbezaan kedua perkara ini, gelombang dan benda?

Benda atau partikel adalah objek. Ianya adalah material seperti sebiji bola ataupun
diri anda sendiri. Sebuah objek sentiasa mempunyai kedudukan yang tetap pada
satu-satu masa. Jika anda berada di Perlis, anda tidak boleh berada di Melaka pula
pada suatu masa yang sama.

Manakala, gelombang bukanlah benda. Gelombang adalah fenomena atau


peristiwa. Contoh paling mudah adalah gelombang air di laut. jika anda
menjatuhkan seketul batu ke dalam air , anda akan melihat gelombang yang
tersebar dengan sekata ke merata kolam tersebut. Ini bermakna gelombang boleh
wujud serentak pada banyak tempat pada satu masa.

Namun pelik tetapi benar, sifat elektron adalah sedemikian sejak kajian ujikaji
demi ujikaji di makmal dijalankan oleh para saintis dimulakan ke atasnya hampir
100 tahun yang lepas hingga sekarang.

Tidakkah anda pelik asas binaan tubuh anda sendiri boleh berada di Perlis dan
Melaka pada suatu masa yang sama?

Kepelikan sifat elektron ini, memang sukar diterima oleh para saintis, namun ilmu
sains yang berpegang teguh kepada kajian dan kiraan matematik terpaksa
menerimanya kerana itulah yang dibuktikan di dalam kajian dan eksperimen.

Niels Bohr akhirnya membuat rumusan bahawa sifat elektron bergantung kepada
persediaan asparatus yang disediakan oleh saintis yang membuat kajian tersebut.
Dengan lain perkataan sifat elektron bergantung kepada lintasan niat saintis yang
mengkajinya.

17
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Elektron Wujud Hanya Sebagai Entiti

Gambaran elektron mengorbit nukleas, adalah konsep fikiran rasional manusia


agar ianya ‘dilihat’ dan difahami sebagai sesuatu objek material manusia.
Hakikatnya tiada manusia yang pernah melihat dengan mata kasar akan elektron
mengorbit nukleas. Saintis tahu kewujudan dan sifat elektron tersebut melalui
ujikaji makmal, namun konsep visual elektron mengorbit nukleas sebenarnya lahir
dari idea orbit planet mengelilingi mahari. Konsep orbit ini diutarakan oleh Niels
Bohr dan diterimapakai oleh kita hingga kini hari ini.

Walaupun Werner Heisenberg adalah saintis yang turut terlibat bersama Niels
Bohr di dalam interpratasi elektron “Copenhagen Interpretation”, beliau
sebenarnya tidak menggemari dengan konsep manusia menggambarkan kewujudan
orbit elektron tersebut. Bagi Heisenberg, elektron wujud hanya sebagai entiti
tenaga yang mempunyai sifat 99.99999% ruang kosong, bersifat gelombang atau
benda. Namun manusia tidak boleh menggambarkan ia melalui visual fizikal.

Seterusnya bagi Heisenberg, kewujudan partikel subatomik elektron tersebut hanya


terjadi apabila seseorang saintis membuat pemerhatian ke atasnya. Jika tiada
seorang yang membuat pemerhatian tersebut elektron tersebut langsung tidak
wujud!

Di dalam buku tulisannya bertajuk “Der Teil Das Ganze”, Heisenberg seorang
warga Jerman, menceritakan dialog beliau dengan Einstein ,

Heisenberg :”One cannot observe the electron orbits inside the atom [….] but
since it is reasonble to consider only those quantities in theory that can be
measured, it seemed natural to me to introduce them only as entities , as
representatives of electron orbits , so to speak.”

Einstein : “But you don’t seriously believe that only observable quantities should
be considered in a physical theory?

Heisenberg : “I thought this was the very idea that your relativity theory is based
on?” Heisenberg asked in surprised.

Einstein : “Perhaps I used this kind of reasoning,” replied Eisntein , “but it is


nonsense nevertheless […] . In reality the opposite is true, only the theory decides
what can be observed.”

Bagi Heisenberg cukup bagi kita tahu kewujudan elektron sebagai satu entiti
dengan sifat-sifatnya dan tidak boleh menggambarkannya sebagai satu benda
material. Kerana apabila kita menggambarkan ia sebagai material, maka ianya
semakin pelik kerana material tidak boleh mempunyai dwi sifat seperti elektron.
Einstein cuba menyanggah pendapat Heisenberg , dengan berpendapat bahawa
sebarang teori fizik mestilah dibuktikan dengan eksperimen. Heisenberg menjawab
bahawa hasil eksperimen tidak membawa makna jika hasil eksperimen itu sendiri
dipengaruhi oleh fikiran manusia itu sendiri. Seterusnya beliau membalas dengan
mengatakan bahawa teori relativiti Einstein yang popular sendiri belum dibuktikan
melalui eksperimen dan ditunjukkan hanya melalui kiraan matematik. Einstein
akhirnya akur beliau menggunakan cara pemikiran yang sama di dalam teorinya.

18
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Di dalam teori relativiti Einstein yang popular, masa dan ruang kehidupan
seseorang adalah relatif. Ini bermakna setiap orang mempunyai ruang masa
tersendiri bergantung kepada di mana kedudukan beliau. Contohnya, mengikut
teori ini , seseorang yang berada di dalam sebuah kapal angkasa yang selaju
menghampiri cahaya , masa yang beliau alami akan menjadi amat lambat
berbanding dengan mereka yang duduk di bumi. Jika mereka pergi ke sebuah
planet yang jauh berjuta-juta batu, dan kembali ke bumi setahun kemudian, anak
beliau akan berusia sama dengan beliau. Ringkasnya, individu tersebut
mempunyai ‘alam’ tersendiri dengan pergerakan masa yang tersendiri.

Inilah realiti sebenarnya, anda dan saya mempunyai ruang masa yang berbeza. Satu
jam untuk anda adalah berbeza dengan saya. Walaupun waktu jam anda dan waktu
jam saya adalah sama, jauh di dalam minda diri anda dan saya mempunyai persepsi
masa yang tersendiri (relatif). Contohnya, seorang banduan yang sedang hendak
menunggu hukuman mati merasa masa sangat cepat berjalan berbanding dengan
seorang banduan yang ingin di bebaskan keesokkan harinya.

Sifat Elektron Menjadi Semakin Misteri

Pada tahun 1982, satu ekperimen telah dijalankan di Universiti Paris oleh seorang
saintis fizik kuantum, Alain Aspect menemui satu lagi sifat elektron yang
menakjubkan. Eksperimen tersebut membuktikan bahawa setiap elektron-elektron
di dalam alam maya adalah bersatu dan saling berhubungan di antara satu sama
lain tidak kira ianya berada berjuta-juta batu jauhnya.

Hasil eksperimen ini menjadi tajuk utama di dalam jurnal-jurnal sains di seluruh
dunia. (Anda mungkin tidak dengar kisah-kisah kejayaan di dunia sains kerana
dunia mereka ini tidak sepopular dunia hiburan). Alain menggunakan aspartus
eksperimen daripada sifat cahaya photon berpolar yang disalurkan melalui satu
kristal calcite. Untuk menerangkan perincian eskperimen adalah diluar bidang
buku ini. Anda boleh menggunakan internet untuk mencari maklumat lebih lanjut
tentang kejayaan eksperimen beliau.

Berbalik kepada eksperimen yang digelar kini sebagai “The Aspect Experiment”,
apakah maknanya kepada anda ?

Ini bermakna elektron di dalam otak anda boleh berhubung dengan elektron saya
malahan boleh juga berhubung dengan elektron seekor ikan di dalam lautan. Anda
, saya dan alam semesta tercipta pada satu unsur yang sama pada peringkat sub-
atom (elektron). Jesteru itu, anda, saya dan keseluruhan manusia dan alam saling
berhubung kait dan berhubungan antara satu sama lain tidak kira di mana anda
berada pada peringkat sub atomik.

Anda boleh memahamkan konsep ‘penyatuan’ ini seperti kawah yang penuh
dengan air dan anda adalah sebutir molekul air daripada kawah tersebut. Segala
tindak tanduk anda sekecil manapun memberi kesan kepada setiap molekul air
yang ada di dalam kawah tersebut. Ianya umpama jika saya meletakkan jari di atas
permukaan kawah tersebut, maka akan wujudlah gelombang yang merata ke
seluruh permukaan air tersebut.

19
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Realiti

Biar saya beritahu anda mengapa anda berada di sini...

Anda berada di sini kerana anda tahu sesuatu.

Apa yang anda tahu anda sukar hendak dijelaskan tetapi anda
dapat rasakannya. Anda dapat rasakan di dalam seluruh hayat
anda selama ini. Terdapat sesuatu yang tidak kena dengan dunia
anda ini. Anda tidak tahu apakah ianya , tapinya ada di situ , ada
di sini , sentiasa bermain di fikiran anda yang kadangkala membuat
anda kegelisahan kerana ingin mencapainya.

Perasaan inilah yang membawa anda membaca buku ini. Anda tahu
apa yang saya katakan ini ?

Ianya Realiti itu sendiri. Anda tahu apakah ia ?

Realiti ada di mana-mana . Ianya berada disekeliling kita.


Hinggakan sekarang di depan perkataan yang anda baca ini, di
dalam bilik ini. Anda boleh lihatnya apabila anda jenguk keluar
tingkap rumah anda, atau semasa anda melihat televisyen. Anda
boleh rasakan apabila anda pergi ke tempat kerja, semasa anda
pergi membayar bil atau semasa anda berjumpa rakan-rakan anda.

Ianya adalah maya yang menyelubungi pancaindera anda daripada


melihat hakikat sebenarnya.

Apakah hakikat sebenarnya ?

Anda adalah tawanan. Seperti semua orang , anda telah ditawan.


Anda ditawan di dalam penjara minda anda yang anda cipta
sendiri.

Malang sekali tiada siapa boleh memberitahu anda apakah Realiti


itu sebenarnya – kerana anda terpaksa melihatnya sendiri ...

Saya cuba membebaskan minda anda yang sedang tertawan ini.


Anda tidak perlu sebarang kunci untuk keluar, apa yang anda perlu
buat hanya melangkah keluar. Pintunya sentiasa terbuka. Tetapi
saya hanya boleh tunjukkan anda jalan ke pintunya. Andalah
sendiri yang terpaksa melangkahnya sendiri ....

20
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Apakah Realiti ?
"Reality is merely an illusion, albeit a very persistent one."
Albert Einstein

Apa yang anda lihat melalui pancaindera mata anda semua ini semuanya adalah
imej yang dijana oleh minda anda. Anda memahaminya kerana imej tersebut
wujud hanya di dalam kotak fikiran anda.

Anda tidak percaya ? Saya berikan anda satu ujian ringkas. Lihat gambarajah
mudah di bawah.

Apakah yang anda lihat ? Saya pasti anda melihat sebuah kiub atau kotak 3-D
sekarang. Saya ingin tanyakan anda, adakah anda melihat kiub tersebut seperti
kotak dari atas atau seperti kotak dari sisi ?

Ya, jika anda perhatikan betul-betul , anda boleh melihat kiub 3D tersebut dalam
dua perspektif iaitu samada ianya daripada atas ataupun daripada pandangan sisi.
Kebanyakkan orang yang saya tanya akan menjawabnya daripada sisi. Ini mungkin
kerana kita kerap melihat objek berbentuk kiub seperti TV, kotak dan sebagainya
melalui pandangan sisi.

Namun persoalan sebenarnya ialah, bukankah gambar di atas tersebut hanyalah


cuma garisan-garisan lurus sebanyak dua belas bilah di atas skrin komputer ? Imej
perspektif di dalam minda andalah yang memberi sifat kedalaman 3D-nya dan
seterusnya menggambarkan ianya sebagai sebuah kiub. Bukankah itu yang
sebenarnya.

Tunggu, anda akan terperanjat lagi, sekarang dalam 2 saat , jawab serta merta,
apakah yang objek pertama yang anda bayangkan melalui pengalaman anda akan
imej 3-D yang anda lihat di atas ? Jika anda jujur menjawabnya dalam masa 2 saat,
itulah jawapan daripada yang lahir daripada minda separa sedar anda... Kotak ?
TV? Dadu ? Kaabah ?

21
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Realiti Wujud Hanya Mengikut


Persepsi Fikiran Manusia
What we observe is not nature itself, but nature exposed
to our method of questioning. - Werner Heisenberg, Physicist, Nobel Prize Winner 1932

Seorang pengkaji sains dan falsafah Islam daripada Turki, Harun Yahya di dalam
bukunya bertajuk “Matter : The Other Name For Illusion”, menulis...

Regardless of whether there is a material world or not, a human


being watches only the world of perceptions in his brain. No one
can ever come across the true original of anything. Furthermore,
it's enough for everyone to perceive the copy. For example,
someone who wanders around a garden with colorful flowers is
not seeing the original, actual garden, but the copy of it in his
brain. But this copy of the garden is so realistic that everyone
receives some pleasure from it, as if the garden were real, when
strictly speaking, it is imaginary.
(Matter: The Other Name for Illusion, p.50)

Inilah yang sememangnya umat Islam percayakan selama ini, dunia ini hanyalah
sementara, akhirat adalah hakiki. Hati-hati jika anda masih tidak mempercayai
fakta ini anda mungkin terikut-ikut dengan fahaman materialis seperti pelopor
ideologi komunis Karl Marx. Dan untuk menjelaskan sifat sementara ini , saintis
kuantum fizik telah pun membuktikan bahawa material tidak wujud. Yang wujud
hanya elektron yang bersifat gelombang atau bersifat ‘benda’ jika cetusan fikiran
saintis itu fikirkan begitu.

Oleh itu apakah yang dilihat oleh mata saya selama ini ?

Apa yang anda lihat sekarang pada saat ini adalah imej yang dijana di dalam minda
anda. Mari kita lihat apa yang sebenarnya anda lihat sekarang. Katakan anda
melihat sebatang pokok. Cahaya yang terpantul daripada pokok akan diterima oleh
retina mata anda dan seterusnya ditukarkan kepada isyarat elektrik sebagai signal
kepada otak yang menterjemahkannya sebagai imej pokok. Sebenarnya imej pokok
tersebut boleh juga anda lihat tanpa membuka mata iaitu semasa anda bermimpi.
Semasa anda bermimpi anda tidak tahu samada ianya mimpi selagi anda tidak
sedar. Apa sahaja imej dan peristiwa yang anda lalui di dalam minda and semasa
mimpi adalah seakan-akan benar. Pancaindera mata anda sebenarnya sedang
tertutup rapat tetapi imej-imej di dalam mimpi anda tetap anda rasakan sebagai
benar.

Sebenarnya anda juga boleh melihat tanpa mata, anda juga boleh melihat dengan
bunyi. Pelik ? Teknologi sains sekarang membuktikan gambar boleh dirakam
melalui bunyi. Mesin ‘ultrasound scan’ adalah buktinya. Saya rasa anda pernah
melihat gambar fetus bayi di dalam kandungan ibunya yang terhasil daripada
mesin ultrasound scan. Janganlah anda kagum kerana ikan lumba-lumba
sememangnya mempunyai kebolehan sonar yang dapat melihat dengan
memantulkan bunyi dipersekitarannya.

22
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Apakah yang sebenar-benarnya menjadikan ‘imej’ pokok tersebut nampak dengan


terang dan nyata di dalam otak anda yang hanya merupakan segumpalan lemak-
lemak protein? Sebenarnya ‘benda’ pokok itu ada di situ kerana imejnya wujud di
dalam minda anda sahaja. Tubuh yang anda fikir ada ini wujud kerana imejnya
wujud di minda anda.

Hakikatnya tubuh anda adalah atom yang mempunyai 99.9999% ruang kosong! Ini
samalah ujikaji mudah di mukasurat 17, di mana kiub 3D yang anda lihat
sebenarnya adalah hanya 12 garisan-garisan lurus. Mengapa minda anda
menterjemahkan kiub 3D ? Mengapa minda anda tidak melihat elektron-elektron
yang hanya 99.9999% ruang kosong . Hakikatnya material tidak wujud di dalam
dunia realiti. Anda sukar menerima hakikat ini? Hati-hati kerana golongan
materialis dan pengasas ideologi komunis iaitu Karl Marx mempercayai bahawa
kehidupan hanya dunia material yang mutlak. Mereka berpendapat dunia material
adalah segala-galanya, dan mereka tidak mempercayai wujudnya Tuhan.

Kelebihan Apabila Mengetahui Material Adalah Illusi

Anda boleh baca dengan terperinci hakikat dunia material ini, di dalam buku ,
pendakwah Turki, Harun Yahya bertajuk “Matter : The Other Name for Illusion”
dengan lebih panjang lebar. Hakikatnya dunia material ini adalah alam maya yang
memang maya sebenar-benarnya.

Apa yang paling penting ialah anda tahu bahawa dunia material ini boleh
dipersepsi oleh minda mengikut persoalan anda. Dengan ini, dunia realiti
sebenarnya boleh dikawal oleh minda secara langsung dan ini memberikan anda
satu kelebihan. Namun saya ingatkan kepada anda, kelebihan minda manusia
mengawal realitinya semua ini adalah kerana kuasa Allah SWT dan disalurkan
menerusi hukum alam atau sunatullah. Manusialah yang mempunyai pilihan untuk
mengubah realitinya.

Firman Allah SWT :

Sesungguhnya Allah tidak akan merubah keadaan (nasib) sesuatu


bangsa sehingga bangsa itu mahu merubah keadaan (nasib) mereka
sendiri”. (Ar-Ra’ad:11)

Ingat ! Keadaan atau realiti hanya wujud di fikiran anda. Andalah yang membuat
keputusan dengan yakin bahawa ianya menjawab persoalan anda. Jika anda asyik
berfikir kemiskinan maka kemiskinanlah yang muncul di dalam realiti anda, jika
anda berfikir kekayaan, maka kekayaanlah yang akan muncul di dalam realiti anda.

Mari saya sebutkan satu kisah mengenai dua orang adik beradik yatim yang
dibesarkan oleh seorang ayah yang merupakan kaki botol atau pemabuk. Setelah
dua puluh tahun berlalu, abangnya telah menjadi seorang usahawan yang berjaya ,
manakala adiknya bukan sahaja mengikut jejak ayahnya menjadi pemabuk tetapi
penagih dadah pula. Apabila ditanya bagaimana perkara ini berlaku kepada mereka
, kedua-duanya menjawab jawapan yang sama , “Saya menjadi begini adalah
kerana bapa saya seorang pemabuk.”

23
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Realiti Anda Bermula Dari Apa Yang


Anda Fikirkan Di dalam Minda Anda
“The truth is, you live in a mind over matter world,
if you don’t mind, it doesn’t matter!” - Anon

Seorang peserta kursus bertanya kepada saya, “Saya selalu fikirkan duit,
tetapi akhirnya dalam poket ada RM5 ajer hujung bulan...camner tu?” Saya
menjawab,”Itu adalah kerana awak selalu fikirkan tiada duit !”

Jika anda asyik berfikir kemiskinan maka kemiskinanlah yang muncul di dalam
realiti anda, jika anda berfikir kekayaan, maka kekayaanlah yang akan muncul di
dalam realiti anda.

Kunci pertama , anda mestilah sentiasa percaya dan yakin bahawa imej kekayaan
anda tersebut sentiasa wujud di minda anda dan telah mendapatnya pada suatu
masa depan. Tanamkan emosi bersama-sama imej yang anda visualkan di kotak
fikiran anda agar jiwa anda mendapat satu semangat. Semangat inilah yang
menjadi kunci kepada kuasa untuk anda mengesan petunjuk-petunjuk yang akan
anda nampak melalui pancaindera anda di dunia realiti anda. Langkah kedua ialah
anda mencari petunjuk-petunjuk agar material yang kini tersimpan di dalam kotak
fikiran anda dapat dikeluarkan dan wujud dan seterusnya menjadi milik anda.
Secara saintifiknya , semangat kepercayaan dan keyakinan ini , akan mengeluarkan
elektron yang mempunyai kuasa tarikan kepada tenaga yang sama dengannya di
dalam alam maya ini.

Semangat adalah satu perasaan yang kuat, sebagai contoh, semangat cintakan
Allah akan membuat seseorang itu sanggup mati syahid, dan ganjarannya juga
adalah tinggi. Namun membicarakan bab tersebut memerlukan forum lain yang
khusus.

Mari saya ambil satu lagi contoh paling mudah iaitu semangat cintakan kekasih.
Semasa bercinta , jika anda seorang lelaki, anda mungkin terbayang-bayangkan
imej gadis idaman anda setiap hari. Minda anda terlalu asyik hinggakan tidur tidak
lena ataupun tidur sampai termimpi-mimpi gadis tersebut, perut pun anda tidak
rasa lapar. Dan yang paling pelik, mata anda sentiasa kaitkan sesuatu yang anda
lihat di sekitar anda dikaitkan dengan kekasih anda. Walaupun melihat bumbung
bas berwarna biru, anda teringatkan bumbung rumah kekasih anda. Terpandang
sahaja huruf yang berpangkal ‘M’ anda teringatkan nama kekasih anda bernama
Maria. Lebih pelik ialah masa berjalan agak pantas semasa berdua dengannya,
tetapi menjadi terlalu lama semasa menunggu panggilan telefonnya. Peredaran
waktu dunia realiti anda tidak relevan lagi. Jika anda sedang berdua, hatta semut
api menggigit anda pun badan anda rasa kebal. Inilah kekuatan sesuatu semangat!!

Adakah anda mempunyai semangat sedemikian ? Bolehkah pancaindera mengesan


petunjuk-petunjuk ke arah matlamat anda ? Adakah anda merasa diri anda bebas
dari gigitan kegagalan ? Adakah mimpi anda mendapat ilham?

24
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Visualkan Realiti Kekayaan Telah


Berlaku Di Minda Anda
"Anything the mind of man can conceive and believe , it can achieve"

Bahasa utama di dalam dunia minda separa sedar adalah imej visual.
Samada anda bermimpi anda akan melihat imej, anda berfantasi anda melihat imej
dan anda menonton TV anda melihat imej, hatta anda mendengar suara di radio
juga akhirnya akan anda terjemahkan ke dalam minda anda menjadi imej yang
anda sendiri faham. Katakan anda mendengar drama radio, apabila anda ikutinya,
tanpa anda sedari, anda bukannya setakat mendengar, anda sebenarnya ‘melihat’
drama tersebut di dalam minda separa sedar anda, tanpa anda sedari. Sepanjang
anda mendengar drama tersebut sebenarnya anda mencipta imej-imej pelakon dan
situasi di mana pelakon tersebut berada, berdasarkan suara atau bunyian daripada
corong radio tersebut. Anda tidak sedar ‘ciptaan imej’ ini berlaku langsung. Apa
yang penting ditekankan di sini ialah di dalam minda separa sedar, bahasa utama
yang difahami ialah imej visual.

Realiti yang anda lihat diluar sana sebenarnya bermula daripada dalam
minda anda. Apa yang anda lihat dan rasai di dunia material, memerlukan minda
untuk mentafsirkan. Jika anda melihat rumah besar, hakikatnya adalah himpunan-
himpunan elektron yang ditafsirkan sebagai imej ‘rumah’ oleh signal elektron oleh
sel-sel neuron itu sendiri. Oleh itu, adalah penting anda mempelajari menghayati
imej-imej mental di dalam minda anda, agar realiti yang wujud di dalam minda
separa sedar tersebut dapat direalisasikan ke dunia material ini.

Setelah anda yakin tanpa batasan bahawa anda boleh berjaya dan kaya, langkah
seterusnya adalah mudah iaitu anda visualkan di dalam minda anda keadaan anda
semasa anda menjadi kaya.

Jika anda minatkan kereta BMW, bayangkan anda telah mendapatkannya dan
sedang memandunya. Jika anda mahukan rumah yang besar , imiginasikan anda
sedang duduk di dalamnya. Malahan jika anda belum beristeri anda juga boleh
imiginasikan anda telah beristeri yang cantik duduk bahagia di sebelah anda.

Ok, ini penting.....sekarang, setelah anda mempunyai imej-imej material tersebut.


Masukkan pula elemen-elemen emosi di dalam imej-imej tersebut. Bayangkan
anda sedang bergembira, merasa bahagia, ketawa ria, sedang bersedekah, ramai
orang sukakan anda . Ini bukan angan-angan. Tanamkan sekarang imej-imej
tersebut dengan mendalam sekarang. Ingat , minda separa sedar anda tidak tahu
mana satu imej yang benar atau palsu, cuma minda sedar anda yang rasional sahaja
akan cuba melawan dan berkata ini adalah angan-angan dan palsu. Pedulikan benar
atau palsu. Anda hanya tanamkannya sahaja. Anda tanamkan ia sehingga ia benar-
benar menjadi satu kepercayaan di dalam minda bawah sedar anda. Kepercayaan
inilah yang akan menjadi satu realiti kebenaran kepada anda masa depan.

Satu-satunya ‘tukang tilik’ yang boleh anda percaya ialah diri anda sendiri,
kuasanya adalah akal yang dianugerahkan daripada Allah.

25
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Visualisasi : Teknik Berfikir Untuk


Menyemai Minda Separa Sedar
Betapa perlu dan pentingnya aktiviti berfikir untuk diri manusia adalah jelas
sebagaimana digambarkan di dalam maksud sebuah hadis Rasulullah SAW ;

“Berfikir sesaat itu lebih baik daripada sembahyang sunat yang tidak khusyuk
selama tujuh puluh tahun”.

Salah satu kebolehan minda berfikir ialah membuat imej visual di dalam kotak
fikirannya. Kunci kepada anda untuk sentiasa bersemangat dan yakin realiti yang
ingin anda capai akan tercapai sebagaimana yang anda kehendaki ialah
menanamkan imej visual kejayaan anda pada masa hadapan di dalam minda separa
sedar anda. Persamaan peristiwa lepas dengan peristiwa yang akan datang ialah
kedua-dua peristiwa tersebut boleh dibayangkan secara visual di dalam minda anda
sekarang, dan minda separa sedar anda sebenarnya tidak tahu yang mana satu
pernah terjadi dan yang mana satu belum pernah terjadi.

Jika sesuatu kejayaan yang belum mempunyai sebab (cause) untuk berlaku tetapi
anda tanam dan semaikan setiap hari dengan penuh perasaan dan keyakinan, minda
separa sedar anda akan terangsang dan secara automatik berusaha untuk meneroka
dan mencari ke dalam lembah takungannya yang luas dengan segala pengalaman,
fantasi, imaginasi anda untuk dikaitkan dengan persoalan anda. Jawapannya akan
anda temui di dunia realiti anda sebagai petunjuk untuk anda laksanakan dan
seterusnya menjadi akibat kepada realiti yang anda kehendaki tersebut. Tanamkan
perasaan bersyukur semasa visualisasi anda, akan membuatkan hati/kalbu anda
timbul satu semangat luarbiasa. Hatilah atau kalbu yang menjadi tali penghubung
kepada Allah SWT, kerana Allah sentiasa mengetahui ketulusan permintaan yang
dikehendaki oleh manusia di dalam hati. Anda pada bila-bila masa waktu yang
tenang (selepas solat) membuat visualisasi seperti berikut :

1. Visualkan di dalam Minda anda kejayaan masa lepas dan masa sekarang
dan kemudian bersyukur. Tutup mata anda. Cuba anda imbas kembali
kenangkan sedalam-dalamnya satu kejadian di mana anda pernah menerima
sesuatu ganjaran atau peristiwa yang amat gembira di dalam kehidupan anda. Anda
mungkin boleh bayangkan saat anda mendapat anak yang comel yang tanpa cacat
celanya atau anda pernah terselamat daripada kemalangan ataupun anda mendapat
ganjaran kerana kerja cemerlang anda. Semua perkara-perkara baik ini adalah hadir
kerana izin Allah SWT.

2. Hayati visual tersebut sedalam-dalamnya. Tanam segala perasaan suka,


kegembiraan dan kepuasan sehinggakan apa yang anda visualkan mengujudkan
satu semangat di dalam jiwa anda. Dan biarkan imej kenangan tersebut bermain di
fikiran anda selama beberapa saat. Apa yang anda rasa ialah satu perasaan atau
semangat masa lepas itu ? Adakah anda dapat menyelami kembali saat tersebut?

26
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Firman Allah SWT,


Ingatlah kamu kepada-Ku, niscaya Aku ingat pula kepadamu. Dan
bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kalian mengingkari nikmat-Ku.
Hai orang-orang yang beriman, jadikankah sholat sebagai penolongmu,
sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar.
(al-Baqarah: 152-153)

Tafakur dengan sedalam-dalamnya saat tersebut. (ada orang yang menitiskan air
mata kerana perasaan bersyukurnya terlalu tinggi kepada rahmat Allah. Bolehkah
anda lakukan sedemikian?) Saya pasti anda merasa lega di dalam jiwa anda bukan?
dan bukan itu sahaja ucapan Alhamdullilah anda lebih bermakna kerana ianya
benar-benar menusuk ke kalbu anda. Inilah kunci untuk mendapat keyakinan diri
dan kepercayaan anda. Anda tidak boleh setakat menyebut kesyukuran anda
dilidah sahaja tanpa perasaan bersyukur tersebut wujud di dalam kalbu anda.
Kerana hati atau kalbu adalah tali penghubung anda dengan Kuasa Infiniti yang
Maha Berkuasa , iaitu Allah SWT.

3. Sekarang visualkan kejayaan anda pada masa hadapan yang anda inginkan
telah berlaku. Dan bersyukur kerana kejayaan masa hadapan tersebut.
Bunyinya agak aneh, tetapi ingat anda mempunyai kepercayaan dan keyakinan
tanpa batasan yang disandarkan kepada Allah. Oleh itu semua peristiwa pada masa
hadapan telahpun diketahui oleh Allah, anda perlu bersyukur segala peristiwa yang
bakal anda terima kerana saat anda berdoa dan percaya kepada Allah, Allah sudah
janji bahawa doa anda akan dimakbulkan. Hanya masa sahaja yang menentukan.
Kepastiannya akan tiba, dan mengapa anda tidak perlu bersyukur ke atas janji
Allah yang tidak pernah mungkir itu ?

Allah Maha Pencipta tidak tertakluk kepada masa malahan masa adalah
ciptaanNya. Tidak wujud ‘peristiwa akan datang’ di dalam pengetahuan Allah
SWT. Konsep masa hanya wujud di dalam kehidupan manusia . Jika Allah
tertakluk kepada masa akan datang bermakna Allah juga seperti makhluk lain.
Kepercayaan dan keyakinan anda diukur ke atas tahap kesabaran anda melalui
ujian yang akan diberi bukannya masa. Ini kerana sabar adalah separuh daripada
iman itu sendiri.

4. Akhir sekali, visualkan kejayaan orang lain yang menerima nikmat Allah
dan bersyukur kepada Allah SWT ke atas nikmat tersebut. Inilah yang agak
sukar dilakukan bagi orang yang mempunyai hati iri hati dan dengki ke atas
kejayaan orang lain. Jika anda benar-benar dapat menghayati kesyukuran ke atas
nikmat Allah SWT yang diterima oleh orang lain bermakna, hati anda benar-benar
tulus di dalam segala kesyukuran anda kepada Allah SWT. Kesannya adalah
luarbiasa, kerana anda akan merasai satu semangat baru menyelinap serta merta di
dalam sanubari anda.

5. Lakukan teknik visualisasi ini setiap hari dengan kerap semasa minda anda
sedang relaks. Tujuannya agar imej mental yang anda visualkan tersebut tertanam
dan kemudian subur bersama-sama dengan semua entiti di dalam minda separa
sedar anda. Imej kejayaan dengan penuh perasaan semangat bersyukur ini akan
merangsang dan membuahkan lain-lain entiti yang tidak pernah anda sedari selama
ini.

27
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Bersyukur : Baja Penyubur dan


Pengikat Rezeki Anda
Firman Allah SWT,
“Dan ketika Tuhanmu memaklumkan: ‘Sesungguhnya jika
kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat)
kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka
sesungguhnya azab-Ku sangat pedih’.” (Q.s. Ibrahim: 7)

Salah satu rahsia murah rezeki dan cepat kaya yang paling asas ialah mempunyai
perasaan bersyukur. Anda mestilah sentiasa bersyukur dalam 3 perkara iaitu secara
lisan, di dalam hati dan ketika sedang melaksanakan sebarang perbuatan yang
sedang anda buat untuk menuju ke matlamat anda tersebut. Anda jangan
teringatkan Allah hanya apabila anda berada di dalam kesusahan. Inilah kesilapan
manusia. Mereka hanya teringatkan Allah apabila susah, tetapi lupa ketika senang.

• Langkah pertama kunci supaya anda mempunyai ‘sentuhan emas’ ialah anda
sentiasa bersyukur ke atas segala nikmat Allah yang telah dan sedang anda
alami selama ini. Secara amnya anda bersyukur kerana masih mampu
menghirup udara milik Allah SWT untuk terus hidup hari ini dan secara
khususnya anda bersyukur setiap kejadian khusus yang telah berlaku ke atas
diri anda.

Perasaan bersyukur anda hendaklah dilipat gandakan apabila anda mengesan


sesuatu peristiwa (walaupun sangat kecil) yang membawa ke arah kejayaan
anda. Sebagai contoh, katakan anda berminat hendak memulakan sesuatu idea
perniagaan, entah tiba-tiba semasa membaca akhbar anda terpandangkan artikel
yang berkaitan dengan idea perniagaan anda. Ianya nampak ‘kebetulan’ dan
perkara kecil. Namun sebenarnya ‘kebetulan’ yang anda alami tersebut
disebabkan oleh pancaindera mata anda yang telah dirangsang oleh minda
separa sedar anda yang sedang aktif. Salurkan kesyukuran anda terus kepada
sumber tenaga infiniti itu sendiri iaitu zat Allah SWT, nescaya ‘kebetulan-
kebetulan’ anda tersebut akan lebih banyak anda temui.

• Langkah kedua ialah anda juga harus bersyukur ke atas kejayaan orang lain. Ini
adalah kerana kejayaan orang lain adalah atas izin Allah jua. Inilah kunci yang
membersihkan jiwa rohani anda daripada sifat dengki. Jangan sesekali wujud
perasaan iri hati atas nikmat yang diturunkan oleh Allah SWT kepada orang
lain

Secara saintifiknya jika anda menerapkan perasaan bersyukur di dalam diri sendiri
dan juga bersyukur ke atas orang lain, tubuh anda akan berasa bersemangat dan
boleh dikesan gelombang ‘aura’nya. Secara sub-atomik perasaan bersemangat ini
mengeluarkan ‘tenaga’ elektron yang berhubung dan bergabung dengan semua
kejayaan orang lain yang serupa dengan tenaga anda tidak kira di mana mereka
berada. Elektron adalah bentuk tenaga yang boleh berhubung dan bergabung
dengan tenaga yang serupa dengannya. Gabungan elektron ini meliputi pemikiran
mereka, idea mereka, inspirasi mereka dan keyakinan mereka yang sama dengan
anda. Semangat yang wujud di dalam jiwa ini akan memberi kesan fizikal kepada
dunia realiti anda kelak.

28
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Semangat : Kebangkitan Gergasi


Di dalam Jasad Anda

Gergasi di dalam minda separa sedar akan bangkit jika semua entiti di
dalamnya seperti imaginasi, perasaan, maklumat, kenangan , fakta, fantasi,
visualisasi, pengetahuan, emosi dan apa pun bentuk entiti di dalam minda separa
sedar anda dirangsangkan dan menjurus kepada objektif kejayaan anda.
Kebangkitan gergasi ini akan tercermin di dalam jasad anda sebagai semangat.

Pernahkah anda bersemangat ? Bersemangatkah anda pada hari pertama anda


bekerja? Atau pernahkah anda lihat atlis sukan bersemangat sehingga menitiskan
air mata ketika menyanyi lagu Negaraku ?

Orang yang bersemangat tulin, dapat dikesan ‘aura’nya. Elektron-elektron orang


yang bersemangat bergetar dan menghantar gelombang ke segenap alam.
Pancaindera seperti mata atau telinga orang yang bersemangat sensitif kepada
perkara-perkara yang berkaitan dengan matlamatnya kerana minda separa sedarnya
telah terangsang berterusan. Gergasi anda telah bangkit!

Masalah tiba? Sepantas kilat beliau mendapat idea entah dari mana,
mengelakkannya, hinggakan beliau tidak sedar langsung ianya satu masalah,
kerana tindakan beliau adalah automatis. Keputusan sukar ? Tiada sukarnya jika
terdapat beratus ribu billion maklumat imaginasi, idea, fakta dan inspirasi yang
terangsang di dalam minda separa sedar bersatu membantu beliau membuat
keputusan.

Semangat akan melahirkan ilham sentiasa, kegagalan tidak wujud, idea mencurah
daripada segala penjuru, pancaindera anda sangat peka dan melihat semua petunjuk
ke arah kejayaan di dalam dunia realiti anda. Orang yang sedang bersemangat ,
sentiasa dahagakan kejayaan.

Semangat boleh wujud sebentar atau kekal. Bergantung bagaimana ianya disemai.
Orang melayu ada selalu sebut semangat tahi-tahi ayam. Inilah yang kita tidak
mahu!! Kadangkala anda bersemangat mendengar ceramah motivasi atau pulang
dari kursus motivasi, dan bersemangat, namun apa selepas dua tiga hari, anda
kembali kepada rutin lama. Oleh itu adalah penting anda semaikannya, melalui
teknik visualisasi (yang diterangkan sebelum ini).

Semangat akan mengakibatkan keajaiban. Jika anda sedang bekerja atau sedang
melakukan perbuatan di dalam keadaan bersemangat dengan penuh yakin dan
percaya, perbuatan yang sepatutnya ‘gagal’ pun tidak akan gagal kerana anda tidak
percayakan kegagalan. Semangat hidup apabila segala entiti posiif minda separa
sedar terangsang. Tanpa semangat anda hanyalah robot. Renungkan kehidupan
anda sekarang adakah anda hidup dengan bersemangat atau anda hidup hanya
sebagai satu rutin menghadapi hari tua ? Adakah anda hidup seperti manusia atau
seperti robot yang diprogramkan untuk menjalankan kerja yang sama sepanjang
hayat?

29
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Perasaan : Bahanapi Pembakar


Semangat Anda
"To succeed you have to believe in something with such passion that it
becomes reality"

Bagaimanakah kita hendak mencungkil maklumat-maklumat yang sangat meluas


di dalam minda separa sedar ? Kita tidak boleh berfikir secara sedar untuk
mencarinya, kerana berfikir secara sedar hanya menggunakan maklumat yang
terhad di dalam bank memori yang kita. Untuk mencapai tujuan ini kita
menggunakan PERASAAN.

Terdapat lima perasaan positif yang utama iaitu perasaan


kepercayaan (belief), keinginan (desire), cinta (love), harapan (hope)
dan berani (brave)

Sebaliknya juga, terdapat lima perasaan negatif yang utama iaitu


takut(fear), benci (hate), anger (marah), cemburu (jealousy) dan
tamak (greed)

* Senarai di atas adalah lima perasaan yang utama namun masih terdapat
beberapa perasaan lain seperti bangga, sedih , kecewa dan sebagainya.

PERASAAN di dalam hati yang bergabung dengan maklumat daripada minda


separa sedar akan memberi kesan kepada dunia fizikal kita. Seumpama , jika kita
sedih, kita menangis dan mengeluarkan air mata atau jika kira berperasaan takut
menyebabkan jantung kita berdebar-debar malahan tubuh kita menggeletar tanpa
kawalan kita. Fikiran sedar kita tidak boleh mengawalnya. Itu adalah yang biasa
kita alami.

Namun sebenarnya perasaan yang digabungkan dengan kekuatan entiti minda


separa sedar boleh memberi kesan kepada dunia realiti. Seumpama mereka yang
pernah bercinta, perasaan lapar terhapus malahan perjalanan masa juga menjadi
sangat cepat atau terlalu lambat mengikut diri mereka. Malahan jika kita
mempunyai perasaan takut, tunggul pun kita sangka pontianak! Kunci kepada
kekuatan seseorang ialah apabila beliau boleh mengawal perasaannya di dalam apa
jua situasi. Ingat ! situasi dunia realiti hanya illusi, di mana hakikatnya (the truth)
sebenarnya bagaimana perspektif kita melihat situasi tersebut.

Biarkan Perasaan Positif Menjadi Dominan Di


dalam Minda Separa Sedar Anda
PERASAAN positif dan negatif tidak boleh diadunkan pada satu masa yang
serentak di dalam minda separa sedar. Jika ini berlaku minda separa sedar akan
menjadi keliru. Ingat, ‘fikiran’ adalah bentuk tenaga. Tenaga fikiran ini
mempunyai kekuatan daya tarikan ke atas tenaga yang mempunyai sifat serupa
dengannya. Jika ini dilakukan secara berulang-ulang, tenaga ini akan menarik
tenaga-tenaga lain yang berkaitan didalam ‘subconcious mind’ iaitu maklumat,

30
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

imaginasi, perasaan, inspirasi dan pengalaman lepas yang tersimpan di dalam


minda separa sedar ; Malah tenaga ini menjadi sangat kuat ianya akan menarik
tenaga (fikiran) yang serupa terdapat pada orang lain.

Apabila kita bersabar dan bersyukur, fikiran kita akan visualkan kembali peristiwa
atau saat-saat diri kita pernah menerima rezeki dan kebaikan daripada Allah SWT.
Semasa proses ‘rewind’ peristiwa lepas tersebut adalah penting anda menghayati
perasaan yang wujud ketika itu. Sebagai contoh, mungkin ketika itu terdapat
seseorang bersalam dengan anda dan memuji dengan ikhlas akan kejayaan anda,
atau ada orang menunjukkan kekagumannya akan bakat anda. Hayati sedalam-
dalamnya semua perasaan positif yang wujud saat itu. Saya pasti anda akan
merasa sangat lega selepas itu. Dan ketika saat kewujudan perasaan lega anda
tersebut berada di kemuncaknya, sebutlah lafaz ‘Alhamdulillah’ beberapa kali
dengan penuh ikhlas penuh kesyukuran. Tidak kita berapa kali ingin anda
melafazkan bilangan ucapan ‘Alhamdulillah’ tersebut, apa yang penting anda
hendaklah menyebutnya dengan penuh keikhlasan kesyukuran.

Seterusnya tanam juga perasaan ketika menghayati peristiwa kejayaan yang bakal
berlaku masa hadapan. Mungkin, ada orang yang realistik, menganggap perkara ini
seperti ‘angan-angan’ dan lebih gemarkan berfikir secara rasional menggunakan
logik dan analitikal. Jika anda firkirkan begitu , anda hanya menggunakan separuh
sahaja otak anda (otak kiri). Ingat! dunia realiti kehidupan material anda bermula
mengikut persepsi minda anda. Jauh kecil pada peringkat sub-atomik, sesuatu
elektron yang menjadi asas kepada dunia material yang nyata ini, mula terbentuk
sifatnya mengikut lintasan fikiran manusia itu sendiri. Ini adalah fakta sains !

Jika kita tumpukan perhatian dan khusyuk melakukan ini, maklumat relevan yang
tersimpan selama ini yang kita tidak sedar di dalam bank minda separa sedar akan
terangsang (magnetized) . Perkara kejayaan yang bakal berlaku adalah ‘akibat’
yang memerlukan ‘sebab’, tetapi jika anda tanamkan peristiwa kejayaan yang
masih belum mempunyai sebab, lambat laun minda separa sedar anda akan
mencarinya di dalam bank maklumatnya yang sangat luas. Kemungkinan anda
sendiri tidak sedar jawapan yang timbul di dunia realiti, kerana cara minda separa
sedar bekerja ialah merangsang saraf terus pancaindera anda untuk mengesan
‘sebab’ yang dikaitkan dengan ‘akibat’ tersebut. Anda mungkin sukar memahami
proses ini kerana selama ini anda berfikir secara biasa di mana anda memerlukan
pengetahuan biasa untuk mencari ‘sebab’ yang menghasilkan ‘akibat’ sesuatu
kejayaan. Itu adalah normal.

Apabila ini berlaku, lima pancaindera (senses) kita akan mengesan banyak
peristiwa dan perkara berpotensi yang menjadi sebab (cause) kepada akibat (effect)
untuk mencapai keinginan kita tadi. Hati yang mempunyai kepercayaan dan
keyakinan tanpa batasan yang disemai melalui sifat bersabar dan bersyukur akan
menghasilkan perkara-perkara yang menakjubkan.

Pancaindera kita bukan sahaja dapat mengesan peluang (petunjuk) yang menjadi
sebab (cause) kepada akibat (effect) keinginan fikiran kita, malahan zat Allah
Maha Bijaksana akan menghubungkan hati orang lain yang sehaluan dengan
matlamat kita dan seterusnya memberi kita peluang (cause) untuk mencapai
keinginan kita.

31
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Takwa dan Tawakal :


Kepercayaan dan Keyakinan Tanpa Batasan
dalam bentuk Fizikal dan Praktikal
Firman Allah SWT,

“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, niscaya Dia akan


mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah
yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakal
kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkannya.”
(Q.s. ath-Thalaq: 2-3).

Setakat yakin dan percaya di dalam minda dan kalbu sahaja tidak cukup
dan tidak lengkap. Kejayaan anda telah berjalan separuh, kini anda perlu lakukan
sesuatu untuk menyempurnakannya. Perlakuan atau perbuatan adalah pasangan
kepada apa yang telah anda wujudkan di dalam minda anda. Sebagaimana
sembahyang yang bermula dengan niat dan bacaannya, ianya mestilah disusuli
dengan perbuatan seperti takbir, rukuk , sujud dan sebagainya. Jika kunci kepada
keberkesanan sembahyang ialah anda khusyuk melakukannya maka begitu juga
dengan kehidupan anda seharian iaitu bertakwa dan bertawakal.

Takwa dan Tawakal

Bertakwa dan bertawakal adalah kepercayaan dan keyakinan dalam bentuk


perbuatan praktikal dan fizikal. Ini adalah proses merealisasikan kepercayaan yang
wujud di dalam minda separa sedar anda.

Bertakwa bermaksud anda melakukan segala perintah Allah dan menghindari


segala larangannya. Ini adalah etika asas kepada segala perlakuan, perbuatan,
aktiviti atau apa sahaja gerakerja fizikal di dalam kehidupan anda.

Bertawakal pula bermakna anda melakukan gerakerja dengan yakin tanpa batasan
bahawa kejayaan anda pasti berlaku setelah anda berusaha sedaya upaya dari segi
mental dan fizikal. Tiada ruang kosong usaha yang anda tinggalkan. Segala genap
penjuru telah anda periksa dan laksanakan Apa yang paling penting anda tidak
‘goyang kaki’ !

Jika anda jujur memerhatikan bentuk-bentuk perniagaan yang berjaya, ianya


sentiasa bergerak kepada landasan etika perniagaan yang baik dan jujur pasti akan
berjaya dan kekal lama. Tidak kira samada usahawan tersebut itu, muslim atau
tidak, jika ianya menjalankan perniagaan atas etika ini, pasti berjaya. Bonus
kepada seorang muslim ialah mereka mendapat ganjaran dunia dan akhirat .
Hakikatnya sesukar manapun keadaan anda, hukum sunatullah tetap bergerak
kepada landasan jika anda percayakan perbuatan yang berlandaskan takwa, akan
sentiasa terdapat jalan keluar dan punca rezeki yang tidak anda sangka-sangka.
Namun malang sekali ramai usahawan kita sangat percaya kepada unsur-unsur
negatif untuk berjaya. Mereka percaya tanpa merasuah, tanpa sedikit menipu
sesuatu perniagaan sukar berjaya. Adakah anda percayakan begitu ? Ya, anda
memang benar, jika anda percayakannya. Realiti anda akan menterjemahkan dunia
32
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

yang memerlukan anda membuat perlakuan sebegitu, jika minda anda percayakan
begitu. Anda sekali lagi terperangkap di dalam penjara minda anda. Dan
pancaindera anda akan sentiasa berusaha mencari unsur-unsur negatif tersebut,
tanpa anda sedari.

Semua Perbuatan Takwa Bermula Dengan Niat ….

Minda yang penuh kepercayaan dan keyakinan yang telah subur mestilah
dizahirkan melalui sesuatu gerakerja. Anda bermula dengan niat ingin mencapai
sesuatu , di dalam konteks buku ini anda ingin berjaya di dalam sesuatu bidang
perniagaan. Saat anda berniat sahaja, adalah satu doa iaitu permintaan kepada
Allah . Dan Allah Maha Pemurah dimana SETIAP doa adalah dimakbulkan. Hanya
orang yang tidak memahami sifat Maha Pemurah Allah sahaja yang memandai-
mandai berkata bahawa doa mereka tidak dimakbulkan. Yang menjadi salah faham
di sini adalah manusia selalunya tidak sabar dengan ujian dan tidak yakin dengan
doa mereka sendiri dan duduk ‘goyang kaki’ menunggu permintaan mereka turun
dari langit. Apabila anda mempunyai niat dan kepercayaan yang betul, secara
automatis, tabiat anda juga akan melakukan yang betul. Seterusnya jika anda
percaya dan yakin semasa melakukannya bahawa ia akan berjaya, Allah SWT pasti
menyempurnakannya.

Apa yang selalu kita lintaskan di hati kita,


Akan membentuk kepercayaan kita,
Apa yang kita percaya di dalam hati kita,
akan membentuk pemikiran kita dan
apa yang membentuk pemikiran kita
akan menghasilkan perbuatan kita, dan
perbuatan kita akan menghasilkan sebab (cause)
yang menghasilkan akibatnya (effect) ataupun realiti kehidupan kita.

Jika anda tidak mendapat hasil keputusan yang diharapkan di dalam


perancangan anda tersebut anda hendaklah bersabar kerana ini adalah
petunjuk bahawa anda akan mendapat sesuatu rezeki yang lebih besar
daripada apa yang anda rancang sebelum ini. Allah SWT Maha Adil dimana
keyakinan dan kepercayaan tanpa batasan anda akan dibayar bukan dengan
kejayaan awalan anda yang kecil, tetapi satu kejayaan besar yang lebih setimpal
dengan keimanan dan kesabaran anda tersebut. Ini bermakna jika anda ‘gagal
setelah usaha bersungguh-sungguh’, anda masih boleh tersenyum dan hanya perlu
redha dan melihat hikmah disebalik ‘kegagalan’ tersebut. Kesabaran anda semasa
bangkit daripada kegagalan tersebutlah yang paling penting dan menjadi ukuran
keimanan anda. Anda akan temui konsep ‘sabar’ di muka 37 berikutnya.

Jika jiwa anda telah mantap dan bersemangat untuk mencari kekayaan, pemikiran
anda tersebut hendaklah dizahirkan dengan perbuatan dan aktiviti yang boleh
merealisasikan pemikiran anda tersebut. Cara yang paling jelas ialah melalui
keusahawanan. Ini adalah kerana Rasulullah SAW bersabda ;

“9/10 punca rezeki adalah melalui perniagaan”

Jenis perniagaan yang dipilih , akan dibincangkan di dalam bab II.

33
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Mitos Menjadi Seorang


Usahawan Yang Berjaya
Nothing fails like success because we don’t learn from it. We learn only from
failure.— Kenneth Boulding

Kadangkala di dalam diri kita seakan-akan tertanam satu ‘fakta’ yang kita jadikan
kepercayaan dan sukar untuk kita ubah. Hakikatnya anda sendiri tidak tahu
bagaimana kepercayaan ini boleh tertanam dan berakar umbi di dalam pemikiran
diri anda. Hal ini terjadi di dalam bidang perniagaan. Cuba anda baca dan beritahu
saya kenyataan manakah yang ‘SALAH’ mengenai bidang perniagaan :

1. Anda perlu bijak ‘tipu’ pelanggan


2. Anda perlukan modal wang yang banyak
3. Anda perlu tebalkan muka dan pakar di dalam selok belok
kejurujualan
4. Anda ‘yakin’ terdapat rahsia yang boleh membuatkan anda
berjaya
5. Anda rasakan bahawa peluang perniagaan dan membuat wang
telah dibolot oleh orang-orang tertentu.
6. Anda telah cuba sekali, dan gagal dan membuat kesimpulan
peribadi bahawa perniagaan adalah sesuatu yang mustahil
untuk anda lakukan.
7. Anda merasakan menjadi kaya tidak digalakkan mengikut
ajaran agama
8. Anda merasakan kemiskinan selalunya memberi erti
kebahagiaan
9. Anda merasakan apalah erti kekayaan tanpa kebahagiaan
10. Anda merasakan keusahawanan adalah bukan sifat semulajadi
anda sebagai manusia

Apakah jawapan anda ? Sebenarnya ke semua kenyataan tersebut adalah salah.

“Seorang yang berkata kekayaan tidak boleh membeli kebahagiaan, tentunya


beliau tidak tahu DI MANA hendak membelinya....”

34
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Analisa Diri : Adakah Anda


Usahawan Tulin ?
“You are what you believe!”

Jawab ya atau tidak kepada soalan-soalan di bawah ini. Kemudian kira dan lihat
keputusan anda.

1. Anda percaya peluang bukan hanya sekali tetapi peluang boleh


dicari atau dicipta.
2. Anda merasa amat sukar bekerja di bawah arahan orang lain.
3. Anda berani mengambil risiko tetapi bukannya memperjudikan
nasib.
4. Anda melihat masalah adalah satu peluang yang 'tersembunyi'.
5. Anda menilai kreativiti dan imaginasi sama penting dengan
pengetahuan.
6. Anda tidak tertakluk kepada peraturan keadaan malahan anda
mencipta peraturan baru.
7. Anda cepat belajar sendiri daripada sesuatu kesilapan dan tidak
mengulanginya.
8. Anda tidak kenal erti kegagalan, yang ada cuma kejayaan yang
belum tiba.
9. Jika anda bekerja makan gaji anda merasakan diri anda lebih bijak
daripada boss anda!
10. Anda merasa ada yang tidak kena kepada anda selama anda
bekerja kerana jauh dilubuk hati anda , anda ingin bebas bekerja
sendiri!

Berikan markah 1 untuk setiap jawapan Ya anda dan 0 untuk Tidak.

Jika anda mendapat markah bawah 4, anda boleh lupakan diri anda untuk menjadi
usahawan.

Jika anda mendapat markah 5 – 8 , anda mempunyai potensi untuk menjadi


usahawan.

Jika anda mendapat 9 – 10, anda boleh lupakan kerja makan gaji anda sekarang,
kerana keusahawanan adalah darah daging anda. Adalah menjadi kerugian anda
terus sahaja bekerja untuk orang.

Hidupkan semangat usahawan anda , yakin dan sahut cabaran!

35
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Orang Lain Sibuk Meraih Kejayaan


Anda Sibuk Mencari Alasan...
"Never,never, never, never, never, never, never, never, never give up"
- Winston Churchill

Ya...siapa tidak mahu jadi kaya atau jutawan. Anda mungkin berkata menjadi
jutawan adalah mustahil bagi anda . Fikirkan kembali, Datuk Yusuf Haslam ,
jutawan filem Melayu, pernah menjadi konduktor bas tetapi kini seorang jutawan.
Apa lagi anda ? Ianya adalah pilihan anda.

Alasan-alasan Yang Selalu Dibuat Orang Berjiwa Kecil....


• Tunggulah apabila saya telah mendapat kerja nanti. Mungkin saya
akan mengumpul modal untuk berniaga.
• Kehidupan saya adalah kehidupan makan gaji tidak pernah saya
fikirkan untuk berniaga.
• Berniaga adalah untuk mereka yang mengambil jurusan
perniagaan, jurusan pengajian saya adalah berbeza.
• Saya fikir mereka yang berjaya di dalam perniagaan mempunyai
‘contact’ atau kenalan dengan orang atasan sahaja.
• Saya malu untuk berniaga. Saya lebih rela duduk di dalam pejabat
daripada terpaksa ‘menjual’ muka untuk mendapatkan hasil
jualan.
• Berniaga memerlukan modal yang banyak. Saya tidak mempunyai
modal langsung. Gaji saya cukup-cukup untuk kehidupan saya
pada masa sekarang.
• Saya takut untuk berniaga. Saya lebih rasa terjamin dengan
pekerjaan saya ini. Pendapatan daripada perniagaan tidak
menentu. Kadang-kadang untung , kadang-kadang rugi.
• Tunggulah sehingga saya pencen nanti. Pada masa itu mungkin
dengan masa yang lebih terluang dan dengan sedikit simpanan
KWSP saya rasa saya ingin berniaga.
• Saya pernah berpengalaman berniaga sambilan di dalam jualan
langsung (MLM). Pengalaman saya neunjukkan saya memang tidak
berbakat langsung untuk berniaga.

Di dalam menjayakan matlamat anda, anda mestilah percaya dan yakin apa sahaja
keputusan anda yang anda buat PASTI menjayakan matlamat anda. Ini adalah
kerana anda telah berniat dengan Maha Pencipta alam iaitu Allah SWT akan tujuan
anda tersebut. Tiada yang mustahil di sisi Allah, dan setakat mencapai matlamat
‘besar’ anda, tiada susahnya. Hanya masa sahaja menentukannya.

"The pessimist sees difficulty in every opportunity .


The optimist sees opportunity in every difficulty"

36
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Kejayaan Tulin Perlukan Ujian


Untuk Menguji Tahap Kesabaran
“Sabar itu separuh daripada iman” – maksud hadis Nabi

Sebenarnya tidak wujud kejadian gagal. ‘Gagal’ hanya wujud istilah


perkataan sahaja. ‘Kegagalan’ hanya satu peristiwa sebelum kejayaan berlaku.
Katakan anda hendak makan supaya kenyang, anda terpaksa melalui beberapa
‘kegagalan’ iaitu menyuap nasi anda dengan tangan ke mulut. Sepatutnya anda
terus kenyang sahaja. Menyuap nasi ke mulut ‘kejadian’ yang diperlukan supaya
anda makan dan kenyang.

Kegagalan sebenar ialah apabila anda tidak melakukan perkara yang hendak
anda lakukan ataupun anda berhenti melakukan perkara yang anda telah berniat
hendak lakukan.
Katakan anda bercadang hendak memulakan sebuah perniagaan katering, anda
telah bersemangat, tiba-tiba semangat anda terhenti kerana seorang rakan baik anda
selama ini, entah apa sebabnya mengatakan betapa sukarnya memulakan sesuatu
perniagaan dan memberi anda ‘nasihat’ supaya lupakan sahaja.
Anda pun setelah berfikir akan ‘nasihat’ rakan baik anda , terus melupakannya .
Apabila ini berlaku anda telah gagal. Sebenarnya saat anda berniat dan percaya
anda boleh lakukan, satu masa hadapan realiti telah tersedia untuk anda. Allah
SWT akan sediakan sedikit cabaran sebagai ujian kesabaran anda. Kesabaran
adalah ukurtara tahap keimanan itu sendiri. Rasullullah SAW bersabda “Sabar itu
separuh daripada iman”. Setelah anda laluinya, anda pasti berjaya. Jika terdetik
sedikit keraguan atau lemah semangat, cepat-cepat gunakan teknik visualisasi yang
diajar sebelum ini agar semangat anda kembali segar.
Seperkara lagi jangan sesekali anggap ujian sebagai batu penghalang yang sengaja
dicipta oleh Allah untuk melambat atau menggagalkan anda. Sebenarnya ujian
adalah batu loncatan yang memberi peringatan kepada anda untuk membuat
pemeriksaan semula ke atas sebarang kekurangan diri anda semasa menempuhi
jalan menuju kejayaan tersebut. Ujian ini akan memantapkan akan diri anda untuk
mencapai kejayaan yang anda impian dalam ertikata sebenarnya. Kejadian yang
anda anggap ‘gagal’ tersebut sebenarnya kejayaan yang diterbalikkan. Pendekata
kejadian ‘gagal selepas usaha’ adalah hikmah. Kuatkan ketakwaan anda dan
bertawakal, nescaya anda akan mendapat rezeki dari sumber yang tidak anda
sangka-sangka dan lebih besar dari yang anda sangkakan sebelum ini.

Ingat, anda tidak boleh anggap matlamat anda tercapai bagaikan sakti ... yang tiba-tiba wujud di
depan anda. Kehidupan di dunia tertakluk kepada qada dan qadar. Ini bermakna anda mestilah
melakukan sesuatu sebab untuk melihat akibatnya. Apabila anda bersyukur setiap saat di dalam
hati, lisan dan perbuatan, maka lebih mudah anda mendapat petunjuk ke atas menjayakan
matlamat anda. Seterusnya jika anda menyatukan matlamat anda kerana Allah Taala, apa yang
akan berlaku ialah segala perbuatan yang patut ‘gagal’ pun akan menuju ke arah matlamat anda
tersebut. Menarik bukan ? Inilah yang dinamakan ‘tuah’! Anda seakan-akan bebas kegagalan!

“Nothing Is Impossible, because impossible is nothing.”

37
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Kata-kata Hikmat
Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana

Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.

Jika anda takut pada sesuatu, lihatlah & hadapilah.

Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa
depan.

Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.

Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malas ialah orang yang
tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai dengan minatnya.

Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting bagaimana keadaan
kita semasa hidup.

Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang datang.

Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan beroleh apa yang kita
hajati.

Anda tidak akan berasa penat sekiranya melakukan perkara yang anda suka.

Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat
menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan

Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan.


Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

Orang yang paling berkuasa adalah orang yang dapat menguasai dirinya sendiri

Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat
apa yang orang lain ada.

Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat dicapai tanpa kerahan tenaga sedikit pun.

Seseorang menganggap ujian sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain


menganggapnya sebagai batu lonjatan.

Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat
yang tidak pernah mengalah.

Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan
perkara yang betul.

Gagal selepas usaha adalah hikmah, anda akan mendapat sesuatu yang lebih besar
daripada apa yang anda sangkakan.

38
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

BAHAGIAN
II
Idea dan Strategi
Menjayakan Projek
Niaga Anda

39
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Idea-idea Projek Yang


Bermula Daripada Rumah
"All achievements , all riches, have their beginnings in an idea"

Bahagian ini akan mengupas bagaimana anda boleh memulakan sesuatu


perniagaan bermula daripada rumah dengan jayanya. Idea-idea atau projek
perniagaan yang dicadangkan di dalam bahagian ini semuanya mengikut
keserasian dan minat seseorang. Ini adalah kerana secara lumrahnya seseorang
lebih mudah berjaya mengikut bidang yang diminati manakala jika perniagaan
yang tidak anda minat selalunya akan membuatkan anda cepat berputus asa jika
menemui sedikit kebuntuan. Perniagaan yang melibatkan minat atau hobi anda
ianya tidak akan gagal kerana anda sememangnya gemar melakukannya tanpa
dibayar!

Jika anda masih bekerja anda akan mendapati bahawa terdapat banyak idea-idea
perniagaan ini yang boleh disesuaikan mengikut masa lapang anda. Pendekata
tiada sebab untuk anda membazirkan potensi diri anda begitu sahaja.

Cuba anda perhatikan di sekeliling kehidupan harian anda , anda akan dapati
terdapat beratus-ratus jenis idea perniagaan yang wujud di sana sini. Anda perlu
meninjau keadaan dan potensi permintaan dan pemasaran idea anda ini sekiranya
anda laksanakannya secara besar-besaran, bermutu tinggi dan harga yang
berpatutan dan pada masa dan tempat yang sesuai. Cuba fikirkan siapa agaknya
yang boleh menjadi pelanggan kepada barangan atau perkhidmatan anda itu.

Bagaimana Mengenalpasti Peluang Perniagaan

Cuba Persoalkan ?

1. Apakah peluang perniagaan yang baik sekali masa ini ?


2. Apakah risikonya ?
3. Berapakah kadar keuntungannya ?
4. Mudahkah pesaing baru memasuki pasaran ?

Bagaimanakah peluang perniagaan wujud ?

1. Kreativiti manusia tiada hadnya.


2. Kebolehan manusia tiada batasannya.
3. Mengambil kesempatan melalui masalah masyarakat.
4. Kebolehan manusia berbeza-beza.

40
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Minat Yang Tulin Terhadap Bidang


Pilihan Anda

"If you do anything just for a money, you don't succeed"

Anda telahpun memahami dan mempunyai semangat dan keyakinan untuk berjaya
apa sahaja halangan anda. Kini matlamat anda ialah hendak menterjemahkan
keyakinan anda tersebut kepada aktiviti-aktiviti yang boleh menjana wang iaitu
secara ringkasnya projek niaga. Namun apakah projek niaga yang perlu anda beri
keutamaan pertama sekali ? Faktor utama yang perlu anda fikirkan dahulu ialah
bidang di mana anda mempunyai minat yang tulin. Setiap orang adalah unik dan
mempunyai bakat masing-masing. Kemungkinan setelah dewasa, bakat dan
kemahiran unik anda terhakis kerana aktiviti anda telah ditumpukan kepada kerja-
kerja pejabat anda.

Cuba anda kenangkan kembali zaman remaja anda,

• Apakah yang benar-benar anda minat/lakukan masa lapang ?


• Adakah anda pernah memasuki mana kelab/persatuan ?
• Adakah anda mempunyai kemahiran yang unik ?

Kepuasan terbit bukan sahaja daripada keuntungan kewangan yang


bakal anda perolehi , tetapi ialah di dalam perbuatan itu sendiri. Jika
disebut mengenai minat dan hobi, memang semua orang mempunyai
minat dan hobi.

Ada yang minat ...

• Memasak
• Muzik
• Menanam pokok
• Memelihara ikan
• Membaca novel, menulis sajak, lagu
• Melukis
• Banyak lagi!

Fikirkan samada anda boleh

• Tawarkan sesuatu jenis perkhidmatan akan minat anda tersebut


• Menjual produk hasil daripada minat anda tersebut
• Atau menjadi penulis/perunding bebas berkenaan hobi anda
tersebut

Menggunakan bakat, minat atau hobi anda sebagai asas perniagaan anda
mempunyai beberapa faedah. Mengapa? Kerana projek niaga yang anda libatkan
mestilah sesuatu yang anda cintai dan sesuatu yang anda yakin dan percaya,
sesuatu yang anda sanggup lakukan walau apapun keuntungan yang anda perolehi.
41
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Lihat sajalah Chef Wan, yang berpendidikan sebagai akauntan, tetapi lebih berjaya
sebagai pakar tukang masak, kerana minatnya yang tulin di dalam bidang
masakan. Jika difikirkan mengapa pula tukang masak yang sememangnya terlatih
sebagai chef tidak berjaya seperti Chef Wan ?

Mengapa pula Chef Wan yang terlatih sebagai akauntan berjaya di dalam bidang
memasak ? Fikirkan ...

Jika Anda Berbakat dan Mempunyai Minat, Jangan Tunggu …..

Minat yang tulin akan membolehkan anda mempelajari dan meningkatkan


kemahiran ke atas minat anda tersebut dengan lebih cepat, walaupun pada asalnya
anda tidak mempunyai kemahiran seorang pakar. Ilmu pengetahuan dapat diserap
secara dengan lebih cepat dan semulajadi jika anda minat dan bersemangat dengan
projek niaga anda.

Pada zaman teknologi maklumat sekarang, ada sahaja sumber pengetahuan yang
boleh menambah dan meningkatkan pengetahuan anda tentang minat anda
tersebut. Buku, majalah, TV, CD, internet dan kursus-kursus banyak terdapat
ditawarkan.

Pendekata , jangan bertangguh dan menunggu entah bila untuk menambahkan dan
mengasah bakat dan minat anda tersebut. Asah setajam yang boleh bakat dan minat
anda sehingga anda menjadi pakar. Seterusnya tanamkan kepercayaan dan
keyakinan tanpa batasan yang anda pasti berjaya, nescaya anda pasti berjaya,
walau apa yang terjadi.

Selalunya jika anda melakukan sesuatu yang anda minat, jarang sekali anda sedar
matlamat wang ringgit tersebut. Ini bukanlah bermaksud anda tidak pentingkan
aspek keuntungan, tetapi ianya bermaksud jiwa anda lebih asyik dan merasa
seronok tanpa dihadkan dengan matlamat wang ringgit.Namun percayalah, jika
anda benar-benar mempunyai minat yang tulin , keuntungan akan datang secara
semulajadi, asalkan anda belajar serba sedikit strategi untuk mengkomersialkan
aktiviti anda tersebut.

Minat yang tulin akan memberikan anda stamina tambahan terutamanya semasa
mula-mula anda memulakan projek niaga anda. Jika anda tidak mempunyai minat
yang tulin kemungkinan besar anda akan cepat putus asa jika ada halangan kecil.
Jika anda membuat sesuatu yang anda tidak suka demi untuk wang, anda tidak
akan merasa keseronokannya 100%. Pelik bunyinya, namun itulah, wang bukanlah
segala-galanya.

42
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

7 Kebijaksanaan Manusia
All of us do not have equal talent, but all of us should have an equal opportunity to
develop our talent.— John F. Kennedy

Fakta sains menunjukkan bahawa ciptaan manusia adalah istimewa. Anda


juga maklum bahawa Allah menjadikan manusia sebagai makhluk sebaik-baik
kejadian antara segala makhluk ciptaaanNya. Anda adalah istimewa. Adalah satu
kesilapan pertama yang teramat besar, jika anda cuba menafikan keistimewaan
anda. Jika selama ini semua orang memperkecilkan diri dan kebolehan anda ,
SAYA akan berdiri teguh dibelakang anda menafikan sekeras-kerasnya. Jika anda
sendiri kurang yakin dan kurang percaya, akan saya beritahu anda bahawa itu
adalah kerana hasil daripada ‘brain wash’ senyap selama ini oleh orang-orang yang
tidak ingin melihat anda berjaya.

Anda tidak perlu menjadi pandai atau lulus ujian IQ yang tinggi untuk menjadi
seorang usahawan yang berjaya. Fakta dan bukti menunjukkan orang yang kaya
tidak perlu untuk menjadi yang paling pandai dan bijak di dalam pelajaran. Apa
yang perlu ialah mereka menggunakan sebaik-baik kebijaksanaan mereka yang
unik dan selarikan dengan usaha-usaha yang mendapatkan hasil untuk diri mereka.

Sebelum itu mari kita melihat 7 kebijaksanaan yang utama yang terdapat di dalam
diri anda dan setiap manusia lain. Kadangkala anda mungkin mempunyai
gabungan 2 atau 3 kebijaksanaan ini pada skala sederhana, namun jarang sekali
orang mempunyai ketujuh-tujuh kebijaksanaan ini serentak. Contohnya anda
mungkin boleh menari (kebijaksanaan fizikal) dan juga menyanyi (kebijaksanaan
lisan).

1. Kebijaksanaan Lisan.

Bagus di dalam menerangkan sesuatu. Gemar menulis dan membaca.


Meletakkan keutamaan di dalam perkara-perkara yang bertulis atau
lisan. Gemar kepada perkataan bergambar, frasa-frasa kreatif,
perkataan baru dan sebagainya. Minat untuk menambah
perbendaharaan kata. Bidang perniagaan yang berpotensi :
§ Penulis , novelis
§ Pelakon

2. Kebijaksanaan Visual/Artistik.

Gunakan carta dan simbol untuk menekan sesuatu fakta. Dapat


menggambarkan sesuatu dengan jelas di minda mereka. Boleh
membayangkan sesuatu . Sukakan gambar dan mendemonstrasi
untuk memahami sesuatu. Bidang perniagaan yang berpotensi :
§ Penerbit buku-buku bergambar, halaman web
§ Pengarah Sinematografi

43
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

3. Kebijaksanaan Fizikal.

Belajar dengan cara terbaik melalui perbuatan. Mahukan sesuatu


secara praktikal di dalam melakukan sesuatu. Merasakan perlu
mempelajari sesuatu secara bergerak. Kegemaran masa lapang
selalunya aktiviti gerakkerja. Bidang perniagaan yang berpotensi
kepada anda :
§ Ahli Penghibur (silap mata,'stunt man',koreografer)

4. Kebijaksanaan Muzikal.

Dapat menghafal nada dan lirik dengan mudah. Menggunakan muzik


sebagai cara untuk mengingati sesuatu . Mempunyai deria semulajadi
kepada tempo dan masa. Terhibur dengan semua jenis bunyi. Cepat
peka kepada sebarang bunyi. Bidang perniagaan yang berpotensi
kepada anda :
§ Komposer lagu
§ Penyanyi

5. Kebijaksanaan Matematikal dan logikal.

Gemar untuk membuat sesuatu perkara mengikut peraturan dan


mengikut tertib. Menyusun sesuatu perkara mengikut aturan yang
logik. Mencari corak dan hubungkait diantara sesuatu benda. Mahir
di dalam membuat penganalisaan., pengiraan , perancangan .
Fikirkan satu-satu perkara agar dapat difahami. Bercakap mengikut
susunan : “Pertama… Kedua….dan ketiga…" Bidang perniagaan yang
berpotensi kepada anda :
§ Usahawan perisian komputer
§ Usahawan Kejuruteraan

6. Kebijaksanaan Diri Dalaman

Gemarkan masa yang sunyi dan menyendiri untuk berfikir.


Memahami motif beliau sendiri dan sebab-sebab di dalam melakukan
sesuatu perkara. Gemar untuk berangan-angan akan sesuatu idea
dan mengembara perasaan dalaman diri sendiri. Bidang perniagaan
yang berpotensi kepada anda :
§ Ahli falsafah, saikologi
§ Penyajak

7. Kebijaksanaan Pergaulan (Interpersonal).

Bijak apabila bersama dengan orang ramai. Boleh berunding dengan


ramai orang. Tahu apa yang hendak dilakukan apabila berhubung
dengan orang lain. Sensitif dengan orang lain. Suka membuat ramai
kawan, berpasukan, bermasyarakat dan acara-acara sosial. Bidang
perniagaan yang berpotensi kepada anda :
§ Pengacara TV popular (e.g Oprah Winfrey)
§ Pakar Perunding

44
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Idea-idea Projek
“Untuk mencetus idea yang terbaik ialah dengan mempunyai seberapa banyak
idea dahulu...” - Anon

Berikut terdapat senarai beberapa projek perniagaan yang berpotensi. Sebagai


contoh anda boleh pilih idea-idea ini atau anda boleh juga mencari idea yang lebih
sesuai dengan jiwa anda.

Perkhidmatan
• Agen/broker jualan berkomisyen (contoh ; agen pencetak)
• Konsultan / Juruperunding Bebas (Pelbagai Subjek)
• Tutor matapelajaran sekolah/ Komputer
• Jurulatih Aerobik / Seni Tari / Seni Mempertahankan Diri
• Pakar Urut/Reflexolgy

Perniagaan Menyewa Barangan Dan Peralatan


• Alat-alat untuk mengadakan majlis keramaian.
• Peralatan Rakaman Filem video.
• Komputer
• Kereta/lori/van
• Pakaian pengantin dan peralatan perkahwinan.

Kraftangan Dan Hobi


• Pertukangan kayu halus dan ukiran kayu.
• Membuat bingkai (frame) gambar.
• Memelihara, menternak dan menjual binatang.(ikan akuarium)
• Tanaman pokok bunga, bonsai dan sebagainya.
• Senireka barangan terbuang (reycle arts).
• Seni foto.

Penulisan
• Menjadi wartawan – sementara atau tetap.
• Menulis rencana, cerpen, sajak dan novel.
• Menterjemah (translating).
• Menulis skrip drama radio, TV dan pentas.
• Menyunting karangan (editing) dan membaca pruf.

Perusahaan Memproses Makanan


• Gula-gula, kacang ataupun asam yang dipaket kecil..
• Perusahaan memproses air tauhu, Dadih atau tapai
• Roti canai segera.

Senarai di atas adalah contoh sahaja, dan bukan sebagai senarai


muktamad. Apa yang penting anda tanya diri anda sendiri apakah
keistimewaan dan bakat anda, dan komersialkannya. Tanyakan diri
anda sekarang apakah sebenar-benarnya minat atau bakat istimewa
anda ?

45
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

18 Cara Mencetus Idea Perniagaan


yang Unik dan Kreatif
The best ideas come from jokes. Make your thinking as funny as possible.
— David Ogilvy

Mungkin anda masih tercari-cari idea yang sesuai untuk anda jadikan projek
perniagaan anda. Jika ini keadaan anda, cuba anda fikirkan dengan mendalam
bagaimana mencungkil idea kreatif perniagaan yang baik dengan.....

1. Meniru barangan keluaran orang lain yang sudah berjaya.


2. Mencipta cara yang lebih mudah untuk melakukan sesuatu.
3. Menghasilkan sesuatu yang belum ada dalam pasaran.
4. Mendengar rungutan.
5. Menggunakan hobi untuk menjalankan perniagaan.
6. Menghasilkan sesuatu untuk orang cacat.
7. Mengembangkan kegunaan sesuatu benda.
8. Menggabungkan dua kegunaan barang yang berbeza menjadi satu.
9. Meninggikan mutu barangan atau keluaran atau perkhidmatan.
10. Mengatasi kelemahan barangan keluaran pesaing.
11. Memasarkan barang-barang mengikut musim perayaan.
12. Menyelesaikan sesuatu masalah.
13. Menyediakan keperluan asas.
14. Mengembangkan dan menggunakan kemahiran diri.
15. Memanafaatkan bahan yang terbuang.
16. Mendengar harapan/rungutan orang.
17. Menukarkan angan-angan menjadi kenyataan.
18. Menggunakan idea daripada lawatan-lawatan.

Mencetus Pemikiran yang Kreatif

Terdapat beberapa cara untuk merangsang kepada pemikiran kreatif.


Menunggu sahaja idea datang dengan sendirinya adalah cara yang
tidak bijak. Oleh itu ;
a) Anda haruslah bersikap dahagakan maklumat. Bacalah tanpa
mengira apa jenis subjek kerana buah fikiran yang kreatif akan
terhasil daripada adunan idea-idea yang anda baca.
b) Cari satu hobi yang berseni (anda tidak semestinya mahir kemudiannya)
c) Tulis , lakar , rekabentuk apa sahaja yang terlintas difikiran
anda (selalunya satu idea akan melompat ke idea yang lain)
d) Buat sessi 'brainstorm' dengan pihak lain
e) Letakkan diri anda dibawah satu tekanan yang munasabah
dengan menetapkan sasaran matlamat (perhatian : tekanan
melampau akan menghalang pemikiran kreatif anda pula!)

Sebenarnya semua orang mempunyai imaginasi yang mana adalah


bahan api kepada pemikiran kreatif. Hanya pemikiran yang negatif
sahaja yang menghalang proses pemikiran kreatif ini.

46
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Anda Tahu Guna Komputer ?


Gunakannya Untuk Cari Wang!
Sebagai usahawan generasi ‘lama’ , ikhlas saya katakan bahawa saya
bukanlah seorang yang pakar di dalam hal-hal teknikal komputer, namun , saya
penyokong paling kuat akan kuasa penggunaannya dan kepentingannya kepada
dunia perniagaan SOHO. Baru-baru ini seorang rakan saya, telah membeli sebuah
buku bertajuk ‘Bagaimana Menjana Pendapatan Lumayan Melalui Komputer
Anda’ . Setelah membaca beberapa mukasurat, saya terus memesan untuk
membelinya kerana sangat tertarik idea-idea projek yang dicadangkan.

Terus terang saya katakan pengalaman keusahawanan saya selama ini pun tidak
dapat menyedari akan potensi sebenar kekuatan komputer yang mampu menjana
wang dengan mudah sekali. Saya sudah lama sebenarnya berfikir kenapalah
komputer saya yang canggih itu kadangkala terperap begitu sahaja, tanpa
membawa apa-apa hasil walhal sebuah sistem komputer mampu menjana wang
kepada sesiapa tidak kira apa sahaja tahap kemahiran dan minat anda. Sebagai
contoh anak saya telah menggunakan salah satu idea konsep dan prinsip asas
penggunaan komputer untuk membuat projek suka-sukanya dengan menghasilkan
cenderamata melalui komputer. Keuntungan projek ‘suka-suka’nya melebihi gaji
seorang kerani. Bagi diri saya pula, saya memilih satu idea projek yang
bersesuaian dengan saya minat saya, iaitu menghasilkan produk berinformasi yang
mempunyai margin keuntungan sehingga 1000%. Menarik sekali walau tanpa
mengguna internet, saya mampu menghasilkan produk dengan kos yang sangat
rendah tetapi berkeuntungan sangat tinggi melalui komputer saya.

Tahukah anda dengan hanya menggunakan komputer anda di rumah, apa sahaja
minat anda selama ini boleh dijadikan sumber pendapatan kerana komputer akan
menterjemahkan minat anda kepada projek-projek viable yang boleh
mendatangkan pendapatan. Samada anda minat memasak, memancing, membuat
kraftangan, muzik dan apa sahaja minat anda dapat diolah menjadi wang melalui
idea dan strategi yang didedahkan melalui buku ini. Lebih menarik di dalam buku
ini didedahkan bagaimana pengalaman seorang yang hampir muflis, mampu
bangkit kembali menjadi jutawan dengan pendapatan hampir RM500,000 setahun
kemudian dengan hanya melalui komputer peribadi di rumahnya. Juga di dedahkan
satu kajian kes bagaimana seorang remaja mampu menjana hampir RM2,000 sejam
dengan menghasilkan produk melalui komputernya di rumah.

Salah satu prinsip yang saya suka ialah komputer anda dapat menghasilkan produk
atau perkhidmatan anda sendiri mengikut kemahiran dan minat anda. Tiada orang
tengah dan penggantungan kepada stok orang lain. Ini bertepatan dengan konsep
perniagaan yang saya cadangkan di dalam buku ini.

Di andaikan saya meninggalkan kerjaya sebagai perunding bebas saya, saya kini
yakin saya boleh ‘cari makan’ hanya menggunakan komputer saya daripada rumah
saya sahaja. Saya jamin anda boleh menjana wang melalui salah satu idea projek di
dalam buku ini dengan menggunakan komputer anda daripada rumah sahaja! Anda
boleh membaca lebih lanjut tentang buku ini di mukasurat akhir nanti.

47
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Inovasikan Perkhidmatan Anda


Before you build a better mousetrap, it helps to know if there are any mice out
there.— Mortimer B. Zuckerman

Saya yakin ada di antara anda yang suka memberikan perkhidmatan yang bersifat
inovasi dan kreatif. Anda mungkin selama ini seakan tidak puashati dengan kaedah
sesuatu perkhidmatan kerana anda sendiri mempunyai idea-idea yang boleh
memperbaiki perkhidmatan atau produk tersebut.

Jika anda hanya menyediakan perkhidmatan yang memerlukan pelanggan mesti


bersemuka untuk membuat pesanan dengan anda di depan kedai anda , anda pasti
akan dikalahkan oleh pesaing anda yang menggunakan pesanan melalui
telefon,faks mahupun internet. Kini di zaman teknologi maklumat ramai usahawan
menawarkan produk yang sama dan menerima pesanan melalui telefon ,faks dan
internet .

Jika anda bersekutu dengan pihak lain untuk menjual produk mereka dan
perkhidmatan mereka dengan anda , iaitu dengan membuat perhubungan
pelanggan melalui berbagai cara , anda sedang menuju ke arah perniagaan yang
gemilang. Anda pertingkat perkhidmatan anda dengan berbagai cara dan
memudahkan pelanggan , memberikan pelanggan anda berbagai-bagai pilihan dan
sebab baru untuk membelinya, sememangnya mereka akan membeli.

Ke Arah Manakah Anda Tuju ?

Adakah anda mencipta , menggabungkan atau membuat perubahan menuju masa


depan ? Atau adakah anda merasakan perniagaan anda memang ditakdirkan
mengikut cara tradisi lama? Membangunkan perkhidmatan idea-idea baru adalah
semudah menggabungkan dua bidang yang berlainan untuk menghasilkan tawaran
perkhidmatan berintregrasi yang inovatif .

Gabungkan sebuah kedai buku dengan coffeshop (Kinokuya di KLCC) atau


gabungkan kedai makanan keluarga dengan taman permainan (McDonald) , telefon
dengan jam, games, email (telefon bimbit) dan contoh-contoh sebegini masih
banyak lagi untuk organisasi anda terokai.

Gabungkan apa yang terfikir oleh anda mengikut kesesuaian. Anda akan
mempunyai perkhidmatan yang berpotensi untuk lebih maju daripada
perkhidmatan anda yang tidak digabungkan. Gabungkan apa sahaja ! Jangan
fikirkan bahawa penggabungan dibuat apabila pelanggan mengkehendakinya.
Tiada siapa yang meminta hendak mendengar lagu semasa berjalan kaki atau
meluncur kasut roda. Tetapi Akio Morita telah melakukannya dengan
memperkenalkan Sony Walkman.

Fikirkan , apakah yang boleh digabungkan perkhidmatan anda untuk memberikan


pelanggan sesuatu yang baru , istimewa dan lebih bermanafaat?

48
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Awas! Skim Cepat Kaya!


Greed of money is the fruit of evil as often as the root of it.-Henry Fielding

Salah satu daripada kaedah-kaedah menjana wang daripada rumah yang popular
dari sejak zaman dahulu lagi ialah skim cepat kaya, ‘kerja daripada rumah’ , ‘skim
dana rakyat’ , ‘skim amal jariah’ dan seumpamanya. Dengan kewujudan internet
skim-skim ini bertambah ‘meriah’ lagi. Jika anda perhatikan di dalam internet
masa kini terdapat banyak program-program skim cepat kaya yang dianjurkan oleh
insan-insan tidak bertanggungjawab ke atas pengguna-pengguna internet. Jika anda
seorang yang arif , anda pasti tidak mudah tertipu dengan skim ini. Namun ramai
orang yang terlibat dengannya bersubahat menjadi ‘penipu’ dan seterusnya
‘menipu’ orang lain demi kekayaan cara mudah ini.

Di dalam skim piramid yang tulin, tiada produk yang diagihkan. Inilah skim yang
dipelopori oleh Charles Ponzi pada sekitar tahun 1930an di Itali. Mari kita ‘bedah
siasat’ bagaimana operasi skim piramid ini. Anda dimulakan dengan tawaran
untuk melabur, ‘menderma atau sedekah’ kepada 5 orang katakan seorang RM10.

Anda mencari 5 orang


5 orang akan mencari 25
25 orang akan mencari 125
125 orang akan mencari 625
625 orang akan mencari 3,125
3,125 orang akan mencari 15,625
15,625 orang akan mencari 78,125
78,125 orang akan mencari 390,625
390,625 orang akan mencari 1,953,125
1,953,125 akan mencari 9,765,625
9,765,625 akan mencari 48,828,125

Jika anda dapat mencari 5 orang, maka anda akan mendapat pulangan
sebanyak RM40 dan RM10 untuk si penganjur (diandaikan penganjur mengambil
kadar nisbah 80:20 bagi setiap RM10 wang pelaburan). Dengan keuntungan RM40
daripada modal RM10 , anda mendapat margin keuntungan bersih sebanyak 300%.
Satu pelaburan yang sangat menguntungkan bukan?

Tapi kini cuba anda lihat nasib 5 orang bawahan anda tersebut pula. 5
orang tersebut mula mencari 25 orang lain untuk menampung keuntungan
pelaburan setiap seorang. 25 orang tersebut pula mencari 125 orang dan begitulah
seterusnya sehingga tangga piramid tersebut mencecah 9 juta orang dimana mereka
akan berusaha mencari 48 juta orang untuk menampung keuntungan masing-
masing pula. Namun ini adalah mustahil kerana pasaran telah tepu dimana
penduduk Malaysia hanya 24 juta orang.

Inilah yang membuat skim ini haram kerana kerugian pasti berlaku kepada ramai
orang. Jumlah peserta tidak boleh menjadi infiniti, oleh itu ianya akan tepu dan
berjuta-juta orang di bawah akan menguntungkan sedikit orang di atas ,
terutamanya si penganjur. Jika ini berlaku maka terdapat kira-kira 9 juta orang
akan kerugian! Manakala si penganjur pula walaupun mengutip hanya RM2

49
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

daripada setiap seorang, bakal memperolehi keuntungan yang amat besar jika
sistem ini berjalan dengan sempurna. Pada tangga piramid ke-10 beliau akan
mendapat keuntungan RM2 darab 9,765,625 orang. Memang lumayan
keuntungan si penganjur jika sistem ini berjalan 100% sebagaimana teori di atas
kertasnya. Tapi ini memang tidak berlaku kerana hakikatnya semua orang tidak
sebodoh yang si penganjur sangkakan, dan hanya mereka yang benar-benar tamak
dan bodoh sahaja yang sanggup ikut serta .

Tali barut Skim Piramid

Dan awas! sememangnya ada peserta yang benar-benar mendapat sedikit


wang dan ‘sedikit untung’. Mereka yang untung ini beberapa orang peserta yang
berada di atas piramid. Ini memang tujuan penganjur. Penganjur memang sengaja
akan mengumpan beberapa orang untuk ‘berjaya’. Inilah yang selalu menjadi
kekeliruan kepada orang ramai. Mereka yang ‘berjaya’ ini akan menjadi jurucakap
atau PRO kepada skim ini. Lebih mengharukan mereka yang ‘untung’ inilah yang
menjadi ‘tali barut’ melebihi pihak penganjur itu sendiri. Untung mereka sangatlah
sedikit tetapi oleh kerana ketakjuban mereka mendapat wang cara mudah
membuatkan mereka teruja dan bersemangat dan sekarang bermatian-matian
mempertahankan sistem ini. Pihak penganjur yang tahu akan hakikat sistem ini,
lebih mudah menjalankan kegiatan ini tanpa sebarang campur tangan. Lebih
menyedihkan ‘tali barut’ ini akan berkata ,

“Alah ..kalau tak berani melabur camner nak jadi kaya ...setakat RM50 ajer..kalau
rugi pun bukannyer sampai bergolok bergadai...adatlah melabur.. Aku tak tipu
kau, aku sendiri dapat duit ni dengan modal RM10…!

Namun sesuatu yang batil tetap akan terbongkar kepalsuannya. Selalunya tali barut
atau mereka yang untung ini akan dikecam oleh saudara mara atau rakan taulan
mereka yang rugi atas syoran mereka ini. Mereka mungkin untung beberapa
ringgit, namun hakikatnya mereka kehilangan kepercayaan kepada ramai orang.
Lebih menyedihkan mereka obses dengan sistem-sistem seumpama ini dan
berusaha untuk mencari dan memasukinya lagi . Mereka yang sebegini hanya
mendapat illusi di dalam pencarian wang dan kaedah sebenarnya.

Hakikatnya jika mereka beragama Islam , mereka semua telah sah memakan wang
haram kerana mereka memakan hasil daripada kerugian yang pasti daripada orang
lain. Ini adalah sama dengan prinsip perjudian di mana keuntungan kemenangan
seseorang sebenarnya adalah hasil daripada kerugian beribu-ribu orang lain lagi
walaupun ribuan yang lain tersebut dengan rela hati memasukinya. Jangan
samakan dengan pelaburan tulin , yang mempunyai kebarangkalian untung, skim
cepat kaya PASTI ada yang rugi supaya orang lain untung. Itulah perbezaannya.

Penganjur boleh war-warkan supaya menggunakan wang tersebut dengan sedekah


atau ke arah jalan yang baik sebagai illussi kepada operasinya yang benar-benar
haram. Ada peserta yang berjaya diumpan berkata , “Anggaplah sedekah kalau duit
anda tu lenyap...tak der ruginya”. Pelik ! Orang sebegini mempermainkan hukum
Allah. Mana mungkin niat asal berjudi mereka suka-suka menukarkan niat mereka
kemudiannya menjadi sedekah kalau rugi. Saya sekali lagi mengingatkan anda
supaya awas, dan jangan sesekali ceburi skim cepat kaya.

50
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Peluang Perniagaan Melalui Program


Affiliate/Reseller/Multi Level Marketing

Namun anda jangan sesekali terkeliru dengan peluang perniagaan yang telus dan
jujur seperti MLM, affiliate program, reseller program atau dropship. Setiap satu
kaedah tersebut adalah peluang perniagaan yang asli (genuine) dan anda boleh
mendapat keuntungan jika anda bijak mempromosikan produk mereka dan tidak
‘goyang kaki’. Apabila anda untung , ianya adalah kerana keuntungan anda adalah
hasil penjualan sesuatu produk yang benar-benar ingin dimiliki oleh pembeli dan
bukannya membeli atas program yang pendapatan yang disusulkan. Ini adalah
lumrah dan kaedah biasa di dalam perniagaan.

Program affiliate, dimana anda hanya perlu mengsyorkan orang lain untuk
membeli sesuatu barang daripada sebuah halaman web dan anda kemudiannya
mendapat ganjaran daripada hasil syoran ini. Ini adalah langkah perniagaan yang
telus dan bijak. Program affiliate yang paling popular di dunia sekarang ialah
daripada hasil syoran membeli buku di halaman web amazon.com

Reseller program juga bertindak serupa di mana anda mempunyai hak menjadi
pengedar dan mengsyorkan sesuatu barangan yang telah anda sendiri berpuashati
menggunakannya. Anda akan dibayar sedikit komisen atas syoran anda.

Perniagaan MLM mendapat banyak kritikan yang positif mahupun negatif


tentang operasinya. Jika anda seorang yang sanggup bermula dengan bekerja keras,
MLM adalah bidang anda. Syarikat MLM yang beretika perlu sentiasa
mengsyorkan produk yang bermutu terlebih dahulu dimana program mendapat
pendapatan adalah agenda keduanya. Jika perniagaan tersebut cuba
mempromosikan potensi keuntungan yang bakal diterima pada suatu masa hadapan
secara berlebih-lebihan, maka perniagaan MLM tersebut menggunakan saikologi
yang sama dengan pengendali skim piramid. Mereka cuba mengalihkan kerja
sebenar untuk menjual produk dengan pelbagai motivasi untuk mencapai impian
menjadi jutawan. Kerapkali ahli-ahli akan ‘dimotivasi’ pada mesyuarat mingguan
agar berfikiran positif dan percayakan kejayaan. Ini mengelirukan orang ramai
yang memasuki program mereka melebihi bagaimana mereka mendapat faedah
daripada menggunakan produk mereka. Akhirnya produk yang tidak bermutu kini
dipaksa untuk dijual bukan atas kebaikan menggunakan produk, tetapi kerana
impian peserta ingin menjadi jutawan. Jika ini berlaku, maka secara tidak langsung
syarikat MLM tersebut telah menjadi sebuah syarikat skim cepat kaya. Syarikat
sebegini akan runtuh apabila pasaran menjadi tepu dan peserta sendiri tidak
mendapat manafaat menggunakan produk itu sendiri.

Saya juga tidak hairan jika terdapat seorang peserta MLM diberi tabung untuk
memakai kereta mewah , kerana saya tahu strategi syarikat MLM yang
menggunakan kereta mewah sebagai alat promosi kepada orang lain terpikat untuk
memilikinya. Bayangkan saya meminjamkan anda kereta BMW mewah milik saya
sekarang dan anda menggunakannya untuk balik ke kampung pada hari raya.
Tidakkah saudara mara, sepupu, adik beradik anda terperanjat dan ingin
menyelidik dan seterusnya menyertai sebarang peluang perniagaan yang sedang
anda ceburi ? Fikirkan ....

51
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Persediaan Premis SOHO Anda

Semasa jiran saya sedang sibuk bergegas pergi ke kerja dan menempuh jalan raya
yang sesak dan jam, saya pula sedang sibuk membancuh kopi dan membaca akhbar
di rumah. Kerja saya mungkin bermula sekitar pukul sepuluh . Di mana panggilan
telefon daripada pelanggan mula kedengaran. Kadangkala saya menjawab telefon
yang mempunyai urusniaga bernilai ribuan ringgit di dalam kain pelikat saya!
Namun demikian saya tetap professional dan serius kerana menganggap
menjalankan perniagaan daripada rumah adalah satu usaha yang serius.

Walaupun anda menjalankan aktiviti perniagaan anda di rumah , namun anda


mestilah menyusunatur dan memperuntukkan satu ruang yang khusus untuk anda
bekerja. Kemungkinan anda menggunakan bilik utama anda ataupun memberikan
sedikit ruang disudut ruang tetamu untuk anda bekerja.

PERALATAN DAN PERSEKITARAN

1. Ruang yang bersih, diterangi cahaya dan bebas dari bunyi bising
dan gangguan.
2. Ruang untuk duduk dan bekerja (meja, kerusi, lampu dsb)
3. Ruang untuk menyimpan maklumat pelanggan dan perniagaan
(komputer, kabinet fail, organizer elektronik dsb)
4. Kaedah berkomunikasi dengan pelanggan dengan berkesan
(telefon, answering machine, faks, email dsb)

Antara budaya kerja yang perlu anda berikan perhatian:

1. Anda berupaya mendisiplinkan diri.


2. Pastikan bahawa semua ahli keluarga anda telah memahami
bidang tugas anda
3. Elakkan bunyi-bunyian yang kurang sesuai yang dapat didengar
oleh pelanggan yang menelefon anda.
4. Pengendalian pejabat secara profesional. Elakkan anak kecil
daripada menerima panggilan telefon di pejabat anda.
5. Segera layan sebarang pertanyaan samada melalui telefon, faks
atau e-mail. Nyatakan terlebih dahulu penerimaan mesej dari
mereka supaya mereka tidak tertunggu-tunggu.
6. Bersikap professional namun mempunyai sentuhan peribadi.

52
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Strategi Mudah Tetapi Berkesan


Mempromosikan Perniagaan

Setiap perniagaan merangka rancangan pemasaran mempromosikan produk


dan servis mereka. Anda juga harus memperkenalkan perniagaan anda. Mengapa
ianya perlu ? Kebanyakkan usahawan merasakan bahawa dengan iklan sahaja
sudah mencukupi untuk menjadikan perniagaan mereka mendapat pelanggan yang
ramai. Walaubagaimanapun ini tidak mencukupi. Berikut adalah strategi yang
mudah tetapi berkesan di dalam mengatur perancangan promosi perniagaan anda ;

1. Perkenalkan diri anda, perniagaan anda dan produk/servis anda


kepada pelanggan baru anda dan susuli dengan panggilan telefon.
2. Galakkan lebih banyak jualan melalui pelanggan sediada.
3. Ikuti apakah jenis promosi yang dilakukan oleh pesaing anda.
4. Luaskan jualan anda ke kawasan yang lebih luas.
5. Sentiasa berhubung dengan para pelanggan dan bekas pelanggan.

Bagaimanakah Anda Mempromosikan Perniagaan Anda?

Terdapat empat cara untuk mempromosikan perniagaan anda ; pengiklanan ,


promosi jualan , publisiti dan perhubungan awam . Dua cara yang pertama tersebut
dirangka untuk mempengaruhi jualan secara langsung , dua cara yang
kemudiannya adalah untuk meningkatkan imej perniagaan atau individu tersebut.

Pengiklanan

♦ Yellow Pages
♦ Pengiriman Brosur Ke Rumah
♦ Pengiklanan di dalam penerbitan kelab/persatuan
♦ Brosur, papan notis dan risalah-risalah
♦ Pengiklanan Secara "online" dan halaman web

Promosi Jualan

♦ Diskaun Jualan dan tawaran berpakej, kupon


♦ Cenderahati seperti pen , kalender dan sebagainya.
♦ Acara pelancaran, rumah terbuka

Perhubungan awam dan Publisiti

♦ Menghantar kad perayaan , harijadi atau acara-acara khas


♦ Berucap di seminar, kelas dan memberi khidmat nasihat.
♦ Sidang akhbar, artikel dan temuramah.

53
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Apakah Media Pengiklanan Yang


Sesuai Untuk Perniagaan Anda?
Advertising may be described as the science of arresting the human intelligence
long enough to get money from it.— Stephen Leacock

Saya selalu mengingatkan para peserta kursus perniagaan saya agar jangan
takut mengeluarkan belanja untuk iklan kerana belanja atau kos yang dikeluarkan
adalah satu bentuk pelaburan. Namun anda mestilah berhati-hati di dalam membuat
pengiklanan. Membuat iklan yang berulang adalah mahal. Manakala pengiklanan
sekali sahaja pula tidak akan memberi kesan. Cari media yang sesuai mengikut
belanjawan anda. Fikirkan cara-cara di bawah ;

Risalah-risalah

Risalah-risalah, katalog atau brosur walaupun kecil mestilah di rekabentuk dengan


professional dan dicetak pada kertas yang berkualiti. Bahan-bahan bercetak yang
berkualiti ini meningkatkan kredibiliti dengan mendadak.

Risalah Kiriman Pos.

Surat dan risalah adalah berkesan untuk memperkenalkan nama anda dan memberi
pendedahan secara am. Risalah kiriman pos mempunyai kelebihan kerana ianya
dihantar khusus kepada alamat pelanggan tertentu.

Cenderahati

Pen-pen, kalendar dan lain-lain barangan cenderahati memberikan ingatan yang


mesra di dalam minda pelanggan. Ianya tidaklah mahal mengikut jenis dan
kesesuaian belanjawan perniagaan anda.

Iklan Di Media Bercetak

Majalah-majalah dan suratkhabar adalah saluran pengiklanan adalah berkesan


tetapi mahal. Di dalam industri seperti hartanah ianya perlu kerana tiada cara untuk
memberitahu pelanggan selain mengiklankan butiran hartanah yang ingin dijual.

Papan-papan Iklan

Terdapat banyak papan-papan iklan yang berbagai bentuk dan saiz ditempatkan di
lokasi yang strategik. Papan iklan yang disediakan di perhentian bas adalah sesuai
untuk usahawan individu .

Halaman Web

Pengiklanan di dalam halaman web adalah cara pengiklanan masa kini yang
semakin kian popular. Ianya adalah satu cara yang paling murah untuk
memberitahu para pelanggan diseluruh dunia, pada setiap masa dengan kos yang
sangat murah.
54
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Formula Pemasaran Yang Mesti


Anda Ketahui dan Praktikkan
“Promote the right product at the right place with the right price to the right people.”
– Amin Al Farabi

Saya mempunyai satu formula tentang ‘pemasaran’ yang mudah


untuk anda ingat dan menjadi kesimpulan kepada mana-mana jenis
perniagaan sekalipun. Ianya ialah ;

“Tawarkan produk yang betul pada harga yang betul di tempat yang betul kepada
pelanggan yang betul.”

Atau dalam bahasa Inggerisnya...

“Promote the right product at the right place with the right price to the right people.”

Jika anda dapat menepati ke semua elemen di dalam formula anda di


atas saya yakin anda pasti produk atau perkhidmatan anda mendapat
sambutan yang luar biasa ke atas mana-mana projek niaga anda.

Seterusnya strategi pemasaran yang berkesan mestilah berkeupayaan


untuk menghebohkan produk atau perkhidmatan kepada seramai
bakal pembeli yang boleh tanpa halangan geografi,demografi dan
komunikasi. Dengan keadaan persaingan yang semakin pesat, anda
boleh memperolehi keuntungan yang tinggi sekiranya anda dapat
mengetahui kehendak pelanggan serta dapat memberikan nilai yang
terbaik kepada sasaran pengguna. Ciri-ciri strategi pemasaran yang
berkesan mestilah mengambilkira faktor-faktor berikut :

1. Memahami dan menghayati budaya masyarakat setempat.


2. Nama produk hendaklah mudah dan senang disebut dan diingati.
3. Jangan takut mengeluarkan belanja promosi dan pengiklanan –
kerana usaha ini dianggap sebagai pelaburan bukannya kos.
4. Kos efektif - kaedah dan jenis promosi yang dilakukan haruslah
efektif khususnya kos.
5. Lakukan jualan dan promosi bagi menawar atau membeli "jiwa"
pelanggan.
6. Anda mestilah peka dan belajar bagaimana menawan emosi
pelanggan.
7. Kekalkan hubungan dengan pelanggan dengan sentiasa mesra.

Kesimpulannya anda mestilah membuat penilaian tentang kehendak


serta keperluan pengguna terhadap barangan dan servis adalah
penting untuk mencapai kejayaan jangka panjang sebagaimana juga
penumpuan terhadap pengeluaran yang berkualiti tinggi dengan
penggunaan kos yang rendah serta teknik jualan yang dapat
meyakinkan pengguna.

55
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Bagaimana Mendapatkan Publisiti


Percuma Di dalam Media Bercetak
One editorial is worth more to a business than forty ads.— Will Rogers

Sebagai pengusaha daripada rumah sudah pasti anda mempunyai


belanja yang terhad untuk membuat pengiklanan. Pengiklanan yang
terbaik ialah pengiklanan secara percuma. Publisiti yang hadir di
dalam bentuk positif atau negatif adalah sejenis pengiklanan secara
percuma. Mendapat liputan di dalam media massa adalah satu taktik
promosi yang boleh dirancang.

Publisiti memerlukan berita-berita yang berharga dan penting kepada


media untuk disiarkan. Berita-berita seperti pelancaran produk,
penganugerahan, kontrak besar , penemuan saintifik dan sebagainya
adalah dicari-cari oleh pihak media. Berita-berita tersebut boleh
dihantar kepada pihak akhbar di dalam bentuk siaran akhbar (press
release) untuk disampaikan kepada pihak akhbar. Ianya kemudian
akan dicetak sebagai berita atau dibuat susulan berikutnya.

Oleh itu bagaimanakah anda boleh mendapat publisiti ? Antaranya ;

1. Jika berita tersebut sememangnya satu berita yang panas sebagai


contoh , penemuan baru saintifik , satu artikel yang penuh dan
lengkap perlu dilampirkan. Artikel-artikel ini perlu ditulis sebagai
berita dan bukannya satu iklan agar wujud kredibiliti.

2. Kadangkala akhbar juga menerima gambar-gambar yang menarik


untuk dipaparkan di dalam akhbar mereka. Kenyataan yang dibuat
oleh pihak wartawan akan memberikan perhatian kepada produk
anda.

3. Surat-surat kepada editor juga boleh bertindak sebagai publisiti.


Jika anda sentiasa mengikuti isu-isu semasa terutamanya yang
berkaitan dengan apa yang berlaku di dalam industri anda
mungkin boleh memberikan pandangan anda berkenaannya.
Sebenarnya orang ramai memang suka mendengar pandangan
orang lain yang tertulis di dalam akhbar.

Di dalam taktik publisiti, anda hanya berharap semata-mata daripada


ikhsan editor, sebab itulah penggunaan firma-firma perhubungan
awam perlu. Pengetahuan strategik mereka mengenai perhubungan
dengan pihak-pihak editor media massa akan memberikan perniagaan
anda satu pendedahan dan liputan berita yang baik.

56
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Bagaimana Mendapat Iklan


PERCUMA bernilai RM12,000
Saya sekali lagi akan membincangkan akan faedah publisiti yang positif di dalam
mukasurat ini. Ini adalah kerana saya inginkan anda memahaminya dan
menggunakannya jika anda berpeluang. Potensi publisiti yang tepat boleh
melonjakkan perniagaan ke tahap yang tidak pernah anda bayangkan.

Beberapa tahun dahulu , saya membaca di sebuah majalah yang membincangkan


tenang fenomena graduan yang semakin ramai menganggur. Saya sebenarnya
sangat prihatin kepada generasi muda yang tidak dapat menggunakan potensi diri
mereka yang sebenar. Sesungguhnya sumber manusia adalah kuasa yang paling
kuat di dalam sesebuah negara.

Atas dasar prihatin saya, saya menulis sebuah artikel yang agak panjang lebar
(lebih kurang empat mukasurat penuh) kepada pihak pengarang dan diakhir
menyertakan kesediaan saya untuk ditemubual bagi majalah mereka kerana saya
mempunyai terlalu banyak lagi idea dan pengalaman lagi untuk dikongsi bersama.
Pihak pengarang berbesar hati menemubual saya dan menyiarkan artikel saya di
dalam majalah mereka seterusnya. Saya juga berbesar hati dan merasa berpuas hati
kerana dapat berkongsi idea untuk faedah bersama kepada generasi muda tersebut.

Walaupun niat asal menulis artikel tersebut bukannya kerana hendak mendapat
publisiti, tetapi amat menakjubkan kerana selepas sahaja artikel saya dikeluarkan
berserta transkrip temubual saya, panggilan telefon saya tidak henti-henti daripada
seluruh Malaysia untuk bertanyakan maklumat lanjut tentang idea-idea saya.
Malahan panggilan tersebut juga menjurus kepada peserta-peserta baru yang
masuk ke kursus saya dan pembelian bahan-bahan bacaan nukilan saya. Nilai
pertambahan peserta kursus-kursus dan bahan-bahan bacaan yang terjual hasil
daripada publisiti tersebut mencecah puluhan ribu ringgit. Semuanya hasil daripada
publisiti yang saya dapat daripada majalah tersebut. Namun saya ikhlas katakan
bahawa tujuan saya membenarkan artikel panjang lebar saya disiarkan percuma
atas dasar prihatin saya kepada golongan generasi muda.

Baru-baru ini saya dimaklumkan oleh beberapa rakan saya bahawa untuk
menempah iklan di dalam majalah tersebut sebanyak empat mukasurat penuh
adalah berkos kira-kira RM12,000 . Namun saya secara percuma mendapat ‘iklan’
tersebut menerusi publisiti wawancara saya . Dan pihak pengarang majalah juga
berterima kasih kerana artikel saya tersebut mendapat sambutan yang baik dan
melariskan majalah mereka dan mereka pula tidak perlu membayar saya apa-apa!

57
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Kelebihan Publisiti Daripada


Pengiklanan
A best thing publisizes itself for sale; a good thing advertises itself for sale,
a bad thing hype itself for sale.-Amin Al Farabi

Sebenarnya anda juga boleh lakukan seperti apa yang saya lakukan, kerana jika
anda perhatikan memang terdapat ramai pengusaha-pengusaha yang mendapat
publisiti positif hasil daripada tersiarnya kisah mereka di akhbar ataupun TV.

Cuba perhatikan di TV hampir saban hari ada sahaja tetamu yang diundang untuk
membincangkan topik-topik yang berkaitan dengan sesuatu subjek yang boleh
menarik perhatian ramai. Topik-topik yang diutarakan adalah pelbagai termasuklah
wawancara dengan pakar pemakanan, penggubah bunga hiasan, pendakwah, pakar
motivasi, kraftangan, pendidikan dan sebagainya. Adakah anda tergolong di antara
mereka ?

Apakah Kelebihan Publisiti Berbanding Iklan ?

Publisiti adalah cara untuk mendapat liputan dan meningkatkan jualan . Publisiti ,
tidak seperti pengiklanan , adalah satu strategi promosi secara jangkamasa panjang
dan sukar untuk diukur. Manakala pengiklanan pula anda dapat memilih lokasi dan
menempatkan iklan anda di dalam media yang anda suka. Walaubagaimanapun
kadangkala publisiti lebih berjaya daripada pengiklanan kerana
kelebihan-kelebihan berikut ;

1.Kredibiliti

Orangramai selalunya mempercayai fakta-fakta yang ditulis di dalam


akhbar daripada iklan-iklan . Kebanyakkan kita tidak mempercayai
iklan, tetapi mempercayainya bila kita membaca berita mengenainya.

2.Tarikan

Orangramai selalunya tertarik membaca peristiwa atau berita yang


berlaku disekeliling mereka. Fikirkan bagaimana anda dapat
menggunakan dengan sesuai celebriti sukan , hiburan atau sesiapa
sahaja untuk menarik perhatian pelanggan.

3.Dramatik

Pengiklanan memang boleh membuatkan sesuatu produk/servis


perniagaan nampak lebih "hebat". Publisiti juga dapat melakukannya
tetapi dengan cara yang berbeza. Publisiti akan menyampaikan mesej
berikut , " Kami adalah rakan anda, dan berprihatin seperti anda.
Mari kita bekerjasama untuk membuat suasana hidup kita lebih
baik."

58
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Kenalpasti Diantara Ciri-ciri


Dan Faedah-faedah
Kebanyakkan usahawan masih keliru di antara ciri-ciri dengan faedah-faedah
semasa di dalam persembahan jualan. Ciri-ciri ialah aspek produk/servis yang
wujud walaupun pelanggan tidak memerlukannya.

Faedah-faedah pula ialah penggunaan atau kelebihan seseorang pelanggan hasil


daripada penggunaan ciri-ciri daripada produk/servis tersebut.

Sebagai contoh seorang pelanggan yang ingin menyewa sebuah kereta sewa anda
untuk pulang ke kampung berkemungkinan tidak memerlukan ciri-ciri sebuah
kereta pacuan empat roda. Tetapi jika beliau memandu di atas jalan yang tidak
bertar dan berbukit-bukau ataupun di kawasan pendalaman, ciriciri pacuan empat
roda tersebut menjadi faedah kepada beliau.

Faedah ialah ciri-ciri produk/servis yang sedang beraksi. Kebanyakkan pelanggan,


terutamanya pada peringkat pengguna akhir dalam urusniaga runcit, berfikir
daripada aspek faedah-faedah produk/servis. Mereka tidak memikirkan sangat
tentang ciri-cirinya. Semasa persembahan anda harus tahu individu jenis apakah
yang akan anda hadapi. Jika anda menjual kepada seorang jurutera, anda harus
menerangkan ciri-ciri dan juga faedah-faedahnya sekali. Tetapi kebanyakkan kes,
anda tidak memerlukan penerangan ciri-ciri yang panjang lebar, kerana
kebanyakkan pembuat-pembuat keputusan memikirkan apakah faedah-faedah yang
dapat diperolehi.

Cuba cungkil dan ajak pelanggan sertai di dalam perbincangan faedah/ciri-ciri


melalui teknik soalan Maklumbalas Ciri-ciri Faedah. Contohnya.

Anda : "Komputer ini mempunyai kapasiti simpanan cakera keras sebanyak 100
Gigabyte . Bagaimanakah ini penting kepada encik?" Pelanggan :"Saya tak pasti.
Adakah ianya berupaya untuk menyimpan senarai nama pelanggan saya yang
berjumlah 200,000 orang?" Melalui teknik ini anda melakukan dua perkara ; 1.
mencungkil sebarang kekurangan pengetahuan dan kesediaan untuk memberi
nasihat 2. menerangkan faedah yang penting yang ada pada produk. Di dalam
persembahan anda haruslah sentiasa merujuk kepada faedah-faedah ini kepada
pelanggan. Ingat juga bahawa satu ciri-ciri sebenarnya boleh membuahkan lebih
daripada satu faedah. Sebagai contoh , sebuah unggun api bukan sahaja
memanaskan badan anda ketika sejuk tetapi juga membantu anda memanggang
makan.

59
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Apakah Kelebihan Perniagaan


Anda Berbanding Pesaing Anda
Soalan mudah, “Apakah kelebihan perniagaan anda berbanding orang lain?”.
Anda seharusnya boleh menjawab soalan ini dengan serta merta dan
tanpa ragu-ragu, terutamanya jika perniagaan anda tersebut mempunyai
banyak persaingan.

Di dalam mukasurat sebelah telah diterangkan akan bagaimana anda


hendak menerangkan maksud faedah-faedah dibandingkan dengan
maksud ciri-ciri. Situasi sedemikian kerapkali berguna jika anda
menawarkan produk atau servis yang bersifat inovasi atau kurang
difahami oleh pelanggan. Namun jika anda menawarkan produk atau
servis yang sama dengan kebanyakkan pesaing anda, keadaan akan
menjadi lebih kritikal di mana anda perlukan ‘sesuatu’ untuk
menonjolkan produk atau servis anda berbanding dengan orang lain.

Katakan anda bercadang menyediakan khidmat merakam video di dalam


acara perkahwinan dan sebagainya. Saya membaca akhbar dan
mendapati terdapat dua tiga orang lain yang menawarkan khidmat yang
sama. Apakah yang membezakan perniagaan anda daripada lain-lain
pesaing anda dan seterusnya memberikan kelebihan kepada anda ?
Apakah yang akan anda tulis di dalam iklan anda agar ianya menarik
pelanggan ?

Katakan seorang pesaing menawarkan iklan seperti berikut ;

“Khidmat merakam video untuk segala jenis acara . Hubungi sekarang


012-1234567”

Bagaimana dengan anda ? Apakah kelebihan anda ? Salah satu taktik


yang selalu digunakan oleh pengusaha ialah dengan menggunakan
perkataan PERCUMA di dalam iklan mereka. Ya , anda dan saya memang
suka sesuatu yang percuma bukan ? Itu adalah naluri biasa manusia
dan memang positif kepada kita. Tidaklah bijak jika saya atau anda
menolak sesuatu yang PERCUMA . Rezeki jangan ditolak. Di dalam kes
ini anda boleh menawarkan khidmat rundingan percuma. Oleh itu anda
mungkin boleh membuat iklan yang sedikit berbeza tetapi saya pasti
memberi kesan yang besar . Anda mungkin boleh menulis iklan seperti
berikut ...

“Khidmat rakaman video. Konsultansi PERCUMA . Hubungi sekarang


017-5329 567”

Khidmat rundingan percuma sebenarnya adalah cara menarik bakal


pelanggan supaya tidak teragak-agak menelefon anda bertanya itu ini
supaya mereka berpuashati dan seterusnya memilih anda untuk
melaksanakan tugas tersebut. Hakikatnya , soalan-soalan mereka itu
serupa sahaja dengan soalan yang akan mereka tanya walaupun anda
tidak meletakkan perkataan “khidmat rundingan percuma”.

60
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Jadikan Kelebihan Anda Sebagai Slogan/Motto Perniagaan Anda

Sebenarnya terdapat banyak lagi taktik yang boleh digunakan


untuk menunjukkan kelebihan anda berbanding dengan pesaing
anda. Setelah anda mengetahui kelebihan anda, anda mestilah
jadikan kelebihan tersebut menjadi kata-kata slogan atau motto
perniagaan anda. Di dalam kaedah pemasaran ianya digelar
“Unique Selling Proposition”. Memang ramai usahawan yang tidak
mampu berbuat ini. Malahan ramai usahawan tidak mempunyai
slogan perniagaan langsung!

Cuba anda lihat iklan-iklan di akhbar dan majalah dan catitkan


apakah taktik-taktik yang digunapakai oleh para usahawan untuk
menonjolkan kelebihan perniagaan mereka. Antaranya ialah :

Penghantaran segera , khidmat 24 jam , jaminan gantian


setahun/sepanjang hayat, beli 3 percuma 1, diskaun pendaftaran
awal dan berbagai-bagai lagi.

Sememangnya terdapat banyak taktik-taktik yang akan anda


temui. Apa yang penting anda MESTILAH mempunyai satu
kelebihan sebagai taktik utama di dalam memperkenalkan
perniagaan anda tersebut dan cuba jadikannya sebagai slogan
perniagaan anda.

Analisis Pesaing Anda


Sudah tentu anda mempunyai pesaing di dalam perniagaan yang
rancangkan. Kenali mereka dan hormati mereka. Kenalpasti pesaing-
pesaing yang secara langsung bersaing dengan anda

1. Siapakah pesaing terdekat anda ?


2. Bagaimanakah perniagaan anda serupa dengan mereka ?
3. Adakah anda mempunyai kelebihan atau pasaran ‘tersendiri
yang khusus’? Terangkannya .
4. Bagaimanakah perkhidmatan atau produk anda menjadi lebih
baik dan lebih diterima oleh pesaing anda ?
5. Apakah yang boleh anda pelajari daripada pemerhatian anda ke
atas pesaing anda dan daripada perbualan anda dengan
pelanggan mereka?
6. Adakah anda mempunyai kelebihan dengan menawarkan
perkhidmatan tersebut daripada rumah ?

Ingat, anda dengan mudah boleh bersaing dengan pesaing anda


jika anda tiru semua amalan mereka yang baik dan menyingkirkan
semua amalan mereka yang tidak baik.

61
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Bagaimana “Menawan” Pelanggan


Pesaing-Pesaing

Menawan atau "Mencuri" pelanggan-pelanggan pesaing adalah satu


perkara yang biasa terjadi di dalam kehidupan seorang usahawan. Para
pelanggan menjadi kurang berpuashati dan kemudiannya bertukar selera
membeli daripada syarikat lain. Pasaran anda akan meningkat jika
pelanggan-pelanggan ini datang kepada anda. Berikut adalah cara-cara
bagaimana anda "mencuri" mereka ;

1. Fikirkan Secara jangkamasa Panjang

Jangan cepat berputus asa apabila anda mendengar , "Saya sudah


berpuashati." Kepuasan hati hanyalah bersifat sementara. Kehendak pelanggan
anda boleh berubah dan ini memerlukan anda menyediakan sebab-sebab yang
kukuh mengapa mereka jangan berubah.

2. Bina Perhubungan

Anggap pelanggan sebagai sahabat. Dengar dan ambil peranan sebagai perunding
di dalam memahami kehendak pelanggan. Mungkin maklumat yang anda
sampaikan tidak membuatkan seorang pelanggan membeli daripada anda pada hari
tersebut, tetapi kerana perhubungan yang terjalin mereka mungkin akan
mengsyorkan beberapa rakan mereka kepada anda pada suatu hari nanti.

3. Pelajari Kehendak Pelanggan

Ambil masa anda untuk melakukan penyelidikan dan bertanyakan seberapa banyak
soalan-soalan yang tidak menekan kepada bakal pelanggan anda dan dapatkan
sebab mengapa mereka merasa tidak berpuas hati dengan servis/produk pesaing.
Kunci utama ialah mencari ruang kosong mereka dan tawarkan sesuatu untuk
ruang tersebut.

4. ‘Jual’ Personaliti Diri Anda

Penampilan diri adalah penting dan juga pengetahuan anda. Tunjukkan bahawa
anda bersemangat , ikhlas , professional , beretika, pakar yang prihatin yang
menjadi asset untuk sesiapa berusuniaga. Berikan idea-idea baru kepada mereka
dan tunjukkan kepada mereka bahawa anda adalah di pihak mereka walaupun
mereka tidak membelinya.

62
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

5. Tambah Nilai

Kebanyakkan produk dan servis adalah "benda-benda" di pasaran yang susah untuk
dibezakan diantara satu sama yang lain. Oleh kerana itulah anda seharusnya
menjual diri anda untuk mendapatkan perhatian pembeli. Anda harus membezakan
produk/servis anda dengan menerangkan tentang jaminan, servis yang baik,
penghantaran cepat dan sebagainya.

6. Suruh Mereka Mencuba Tanpa Risiko

Kebanyakkan pelanggan telah pun menjadi pelanggan kepada pesaing-pesaing


anda. Tetapi mereka akan mencuba menggunakan produk anda jika anda
memberikan mereka "langganan tanpa risiko". Pastikan kepuasan pelanggan di
dalam jangkamasa ini supaya pelanggan memberikan tanggapan yang paling
positif dan seterusnya melanggan produk/servis anda.

Jadikan Pelanggan ‘Duta’ Anda

Jika anda tidak boleh menganggap pelanggan sebagai raja, jadikanlah mereka
duta anda

Saya bernasib baik kerana ramai bekas peserta kursus saya menjadi sahabat saya.
Setakat yang saya kenali, mereka yang pernah mengikuti kursus saya mengenai
panduan perniagaan ramai yang telah berjaya di dalam bidang perniagaan masing-
masing. Ada yang berjaya membuka bengkel, berjaya menjadi pengusaha butik
dan sebagainya.

Pelanggan adalah rakan anda. Bagi usahawan daripada rumah , menjadikan pelanggan
rakan anda adalah satu kemestian. Siapakah duta ?

Duta ialah mereka yang membawa nama baik anda kepada orang lain.

Untuk membuatkan pelanggan berpihak kepada anda seterusnya menjadi rakan


anda berikan layan yang terhormat , penuh semangat , ikhlas , telus dan mesra.
Untuk orang yang bagaimana keras pun akan berlembut dan memahami bahawa
perniagaan anda mahukan yang terbaik untuk anda.

Ingat, lima daripada enam pelanggan yang datang membuat komplen kepada anda
akan terus datang menjadi pelanggan anda walaupun anda tidak memperbaiki apa
yang beliau komplenkannya. Ini adalah kerana mereka melihat anda sebagai seorang
yang menerima komplen itu dengan mesra, prihatin , bersemangat dan komited kepada
perhubungan.

Manakala pelanggan yang tidak berpuashati akan memberitahu secara purata lapan
hingga 20 orang-orang lain mengenai pengalaman buruk mereka itu. Yang
manakah situasi anda ?

63
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Nilai Seorang Pelanggan Selama


Hayat Berurusan Dengan Anda
Selama ini mungkin anda menilai seorang pelanggan berdasarkan nilai transaksi
jual beli yang berlaku dengannya. Cuba anda nilaikan nilai sebenar beliau dengan
anda sepanjang hayat beliau menjadi pelanggan setia anda. Katakan saya adalah
bakal pelanggan anda. Saya akan berkata,

"Katakan saya membuat satu pembelian yang bernilai RM100. Anda mungkin
melayan saya sebagai seorang pelanggan yang bernilai RM100 dengan layanan
yang sepadan dengan nilai tersebut. Tetapi cuba bayangkan saya seorang
pelanggan tetap anda dan membuat pembelian sebulan sekali. Ini bermakna
nilainya ialah RM1,200. Katakan saya setia kepada anda selama 10 tahun. Dan ini
akan membuatkan nilai saya naik menjadi RM12,000.

Jika saya cukup berpuashati dan kesetiaan saya amat tinggi untuk berurusan
dengan anda, saya mungkin akan mencadangkan perniagaan anda kepada rakan-
rakan saya yang lain. Jika terdapat lima rakan saya yang percayakan diri saya dan
menjadi pelanggan setia seperti saya setiap seorang akan menyumbang kepada
anda sebanyak RM12,000 seorang.. Jika didarab lima orang maka nilainya akan
menjadi RM60,000. Di tambah nilai saya sendiri maka perniagaan anda akan
menerima nilai sebanyak RM72,000 .

Jika anda melihat diri saya seperti seorang yang bernilai RM100, bagaimanakah
akan anda layan saya ? Berapa pemurahkah anda kepada saya jika berlaku sesuatu
yang tidak diingini ?

Tetapi jika anda melihat saya sebagai seorang pelanggan yang bernilai RM72,000 ,
bagaimanakah akan anda layan saya? Berapa pemurahkah anda kepada saya jika
berlaku sesuatu yang tidak diingini ?

Apabila berlaku sesuatu komplen atau aduan ,jangan biarkan pelanggan anda
hampa dan tidak melanggan anda semula. Kajian menunjukkan bahawa kos untuk
mendapat pelanggan baru adalah 6 kali ganda daripada memperbaiki masalah yang
dihadapi oleh seorang pelanggan yang setia.

64
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Seni Kejurujualan (I)


Kena menjual ?!!! Inilah respon yang selalu didengari daripada individu yang baru
menceburi bidang perniagaan. Mungkin anda juga demikian ??? Relaks saya tak
salahkan anda kerana saya juga dahulu seperti anda.

Kejurujualan adalah salah satu aspek di dalam perniagaan yang amat tersangat
tidak digemari oleh pengusaha-pengusaha yang baru berjinak-jinak dengan dunia
perniagaan. Saya mempunyai satu formula tentang kejurujualan. Sebenarnya
formula kejurujualan adalah seakan hampir dengan formula pemasaran telah anda
baca pada mukasurat lepas. Cuma ada perubahan yang sedikit.

“Jual produk yang betul pada harga yang betul di tempat yang betul kepada
pelanggan yang betul.”

Ikuti kisah saya di bawah, dan perhatikan sendiri samada anda dapat mengesan
kegunaan formula tersebut di dalam kisah saya ini.

Kisah Saya Yang Melucukan Tentang Kejurujualan

Sekitar tahun 2001, saya telah diundang untuk ke sebuah stesen radio untuk
membincangkan topik-topik berkaitan dengan keusahawanan. Topik tersebut
mendapat sambutan daripada pendengar di sekitar Lembah Kelang. Saya diundang
selama satu jam, dan pelbagai soalan saya jawab daripada pendengar ketika itu.
Salah seorang daripadanya adalah seorang pemuda yang sangat phobia tentang
menjual. Berikut adalah perbualan dengan beliau di dalam telefon. Setelah
mengucapkan salam dan berkenalan, saya ringkaskan isi perbualan saya dengan
beliau melalui telefon.

“Encik Amin, encik menceritakan tentang topik kejurujualan. Saya rasakan sukar,
kerana saya rasakan formula yang encik berikan hanya bersesuaian dengan bidang
kerjaya encik. Mungkin formula tersebut tidak sesuai dengan saya, kerana saya
menjual produk, encik hanya seorang konsultan. Saya rasakan encik sukar untuk
menjual apa yang saya niagakan”

Ketika ini juruhebah di konti, mengerutkan kening dan merasakan ini satu cabaran
untuk saya.

“Hmmm.... mari kita lihat. Apa yang ingin saudara minta saya jualkan “

“Saya ada merekacipta pasu-pasu kecil yang cantik . Hah...banyak di depan mata saya
ni. . Hmm....ceritakan pada saya bagaimana encik Amin hendak menjualnya kepada
saya sekarang?”
Sebenarnya saya tidak tahu langsung apa yang dimaksudkan oleh Encik Ahmad
mengenai pasu-pasu rekaannya dan beliau nampaknya seakan cuba menekan saya).
Setelah berfikir sejenak saya pun berkata,

“Oohhh..begitu , encik Ahmad, boleh beritahu saya kenapa pula encik menyuruh saya
menjualnnya ?

65
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

“Saya rasakan ianya comel dan sesuai untuk dibuat perhiasan di dalam rumah”,

“Warnanya menarikkah ? Buatan tangankah ? Adakah ianya unik dan tidak dapat di
mana-mana ?”

“Warnanya memanglah menarik dan pelbagai, dan memanglah buatan tangan dan
tidak dapat di mana-mana, ianya adalah asli dan original dari segi strukturnya.” ujar
Encik Ahmad dengan teruja sekali.

“Ada apa-apa kegunaan istimewa lagi tentang pasu tersebut ?”

“Pasu kecil ni..ada juga pelbagai saiz dan boleh dibuat untuk mengisi pokok-pokok.
Selain itu boleh juga diisi pensel dan pen ...Isi habuk rokok pun boleh”

“Sesuai untuk dibuat sebagai hadiah atau cenderamata ?” tanya saya.

“Sesuai sekali!”, balas Encik Ahmad pantas.

“Hmmm...berapakah harga yang patut dan sesuai rasanya encik Ahmad sanggup bayar
kepada pasu tersebut ?”

Ketika ini juruhebah telah memberikan saya isyarat agar memendekkan perbualan
saya kerana ingin memberi peluang agar orang lain menelefon saya. Beliau memberi
isyarat saya mempunyai hanya 20 saat lagi.

“Saya rasa sanggup bayar RM5 untuk sebuah pasu. Kira harga patutlah”

“Kalau ambil dua pasu, encik sanggup ke bayar RM9....sebab mungkin cantik diberi
sebagai cenderahati kepada sesiapa..”

“OKLAH, kalau RM9 ..saya sangguplah ambil dua yang berlainan warna..”

“Betul ke encik , sanggup ?”

“Yerlah saya sanggup dan setuju dengan harga itu”

“Kalau begitu saya jual kan dua pasu tersebut dengan harga RM9, kepada
encik...Terima kasih..kerana menelefon saya!”

“SAYA BELI. Sama-sama..err”. Klik.

Urusniaga selesai.

66
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Seni Kejurujualan (II)


Anda telah pun diberitahu tentang formula peribadi saya tentang
kejurujualan. Namun itu hanyalah formula asas. Hakikatnya saya mempunyai
hampir 100 lagi formula atau taktik untuk menjual apa sahaja barang yang diberi
kepada saya. Ramai peserta yang tahu akan taktik tersebut setelah sanggup
membayar yuran kursus yang beratus ringgit. Tapi seperti saya cakapkan bukannya
tujuan saya mempromosi diri saya di dalam buku ini. Seorang rakan saya selalu
bertanya kepada saya,

“Apakah 1 taktik kau sampai boleh kau menjual kepada beratus-ratus orang ?”
Saya selalu menjawab.. “Aku tak ada satu taktik tapi aku ada beratus-ratus taktik
yang digunakan untuk menjual kepada 1 orang.”

Rahsia Jurujual Kereta

Kira-kira tujuh tahun lepas, saya membeli sebuah kereta yang baru. Saya telah
berhenti ke sebuah kedai menjual kereta di Kuala Lumpur dan kehadiran saya telah
disambut dengan mesra oleh seorang jurujual kereta tersebut. Kasihan juga saya
melihat dia bersungguh-sungguh memujuk saya untuk membeli sebuah kereta.
Mungkin beliau berharap benar saya membeli daripadanya, agar membolehkan
beliau mendapat komisen yang tinggi kerana kereta yang sedang saya tinjau adalah
kereta yang agak mahal harganya. Sebenarnya saya tidak perlu dipujuk lagi, kerana
saya sememangnya sudah berniat hendak membeli kereta tersebut. Namun itu
cerita lain.

Apa yang hendak saya beritahu anda di sini ialah kisah seterusnya. Membeli
sesuatu yang agak mewah dan mahal mestilah memerlukan pemerhatian dan
pemerhatian ini disulami dengan pemujukan si jurujual. Di pendekkan cerita
jurujual tersebut , saya namakan beliau Bakar, akhirnya menjadi seakan rakan lama
pada hujung pertemuan tersebut. Saya tidak tahulah berapakah nilai komisen yang
diterima oleh Bakar hasil daripada penjualan kereta tersebut, apa yang saya
kasihankan ialah beliau sendiri masih menaiki motor ke tempat kerjanya.

Bakar akhirnya menceritakan bahawa beliau baru sahaja bekerja di sini hampir dua
tahun dan tempat tersebut amat baru dan kurang pelanggan. Dalam diam-diam
beliau menyalahkan majikannya kerana kurang membuat iklan mengenai kedai
mereka. Kekurangan pelanggan menyebabkan komisen jualan juga berkurang.
Hendak diharap gaji pokok memanglah tidak cukup.

Serta merta saya teringatkan idea jurujual terbaik di dunia iaitu Joe Girard, yang
dinobatkan sebagai jurujual terbaik di dunia di dalam buku Guinness Book of
World Record. Joe Girard telah menjual hampir 13,000 buah kereta sepanjang 13
tahun beliau menjadi jurujual kereta sebelum bersara untuk menjadi konsultan
jurujual.

Kini, saya ingin dedahkan rahsia Joe Girard kepada Bakar. Rahsia ini saya ketahui
daripada buku tulisan Joe Girard bertajuk “How To Sell Anything to Anybody”

67
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

yang saya beli beberapa tahun dahulu. Sukar untuk mendapat buku ini sekarang.
Bakar mendengarnya dengan minat dan berapi-api untuk memulakannya. Beliau
seperti menemui ilham yang ditunggu-tunggu selama ini. Kasihan Bakar, kerana
jika beliau rajin membaca, rahsia ini sudah tentu lama diketahui. Tapi saya tidak
salahkan Bakar seratus peratus kerana buku Joe Girard tersebut sekarang susah
sukar saya cari kini.

Inilah faedahnya bila jika anda membaca. Anda tidak tahu bilakah
pengetahuan yang sedikit itu dapat mengubah hidup anda atau
orang lain.

Saya bersyukur juga kerana ilmu pengetahuan yang saya baca


tersebut hanya perlu saya terangkan tidak sampai setengah jam.
Namun kesannya kepada kerjayanya dan kehidupannya apabila
saya berjumpanya setahun kemudian. Beliau kini sudah mampu Sukar mencari
pun memakai kereta yang dibayar dengan pinjaman selama tiga buku ini
tahun sahaja. Harga kereta yang dibeli oleh Bakar saya anggarkan sekarang!
dalam lingkungan RM80,000.00.

Anda hendak tahu apakah rahsianya ?

Rahsianya mudah dan murah. Inilah yang perlu ditiru 100% daripada cara Joe
Girard, iaitu Bakar perlu lakukan ialah meminta pelanggan lama beliau seperti
saya, mengsyorkan rakan-rakan mereka membeli kereta daripada kedainya dengan
menemui beliau. Secara praktikalnya, Bakar hanya perlu memberi beberapa kad
bisnes tambahan dengan mempunyai tandatangannya di belakang kad bisnes
tersebut. Dengan ini Bakar akan tahu pelanggan baru yang datang menemuinya
adalah hasil daripada syoran pelanggan lama beliau yang tertentu. Bakar akan
memberikan sedikit komisen kepada pelanggan yang mengsyorkan beliau itu.

Secara matematiknya anda boleh melihat penggandaan akan berlaku kerana setiap
orang yang berpuashati membeli kereta daripada Bakar akan mengsyorkan rakan-
rakan mereka membeli daripadanya. Mereka akan mendapat faedah kerana Bakar
sedikit saguhati/komisen kepada mereka. Katakan 1 orang memberitahu 2 orang
rakannya dalam sebulan maka Bakar akan mendapat pertambahan pelanggan yang
hadir sebanyak 200% tanpa usaha beliau. Malahan mereka yang disyorkan oleh
rakan-rakan lain adalah lebih mudah untuk dijual daripada pelanggan yang datang
tanpa disyorkan.

Saya memberitahu Bakar bahawa konsep ini berjaya jika Bakar telus menunaikan
pembayaran komisen sebagaimana yang dijanjikan. Tiada mungkir janji walaupun
kata-kata beliau kepada pelanggan adalah secara janji cakap mulut sahaja.
Alhamdullilah Bakar patuh kepada prinsip tersebut dan hasilnya adalah amat
memberangsangkan kerana jumlah pelanggan yang datang kemudiannya menjadi
berlipat ganda sebanyak 300%! Ini bermakna pendapatan beliau kini setahun
samalah dengan jumlah pendapatan beliau selama jumlah tiga tahun lepas. !

68
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Persepsi Pelanggan : Aspek


Yang Dihargai Oleh Pelanggan
Anda disoal : Apakah yang amat bernilai oleh seorang pelanggan ?
Jawapannya : Ia sebenarnya bergantung kepada pelanggan sendiri !

Apa yang penting kepada seseorang tidak penting pula pada seseorang
yang lain. Katakan sebuah kapalterbang lewat tiba daripada luar
negara selama beberapa jam .

Apakah yang dirasai oleh penumpang yang lewat tersebut ?

• Seorang ibu dengan anak-anaknya mahu pergi membawa anaknya


untuk menukar lampin dan membeli sebotol susu.
• Seorang eksekutif ingin mencari telefon untuk memberitahu
kelewatan yang tidak dapat dielakkan tersebut.
• Seorang pasangan yang hendak bercuti tidak sabar-sabar melihat
negara baru yang hendak dilawatinya .
• Tetapi seorang lelaki yang tertarik dengan seorang pramugari yang
jelita di dalam kapalterbang pula berharap agar kelewatan ini dapat
diteruskan selama beberapa jam lagi!!!

Setiap pelanggan menilai dari persepsi yang berlainan . Dan memang


mereka betul. Untuk meningkat mutu perkhidmatan pelanggan anda
mestilah tahu apakah yang sebenar-benarnya dikehendaki
,diperlukan dan diingini oleh pelanggan. Adakah Anda Tahu Persepsi
Nilai Sebenar Pelanggan Anda ?

Bagaimana Mendapat Tanggapan Pertama Pelanggan


Yang Positif
Tanggapan pertama atau 'first impression' adalah penting kepada
persepsi pelanggan anda. Anda tidak akan mendapat peluang kedua
untuk mendapat 'first impression' kerana sememangnya tiada istilah
'second impression' kepada pelanggan. Oleh itu pastikan anda
lakukannya dengan betul!

Berikan perhatian lebih kepada iklan-iklan, pintu depan , halaman


web ,risalah-risalah promosi , ucapan selamat panggilan telefon dan
perhubungan pertama dengan pelanggan.

69
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Bagaimana Mendapat Lebih Banyak


Pelanggan Melalui Penggunaan
Internet
Pada masa sekarang, penggunaan media internet menjadi semakin penting dan
tidak boleh diketepikan oleh usahawan professional. Halaman-halaman web, e-
mail , forum on-line dan chat room menyediakan pilihan kepada anda dan
pelanggan anda untuk bertemu pelanggan-pelanggan baru anda.

• Dengan menyertai forum dan newsgroup yang membincangkan bidang minat


bersama anda atau syarikat anda, anda boleh membina satu reputasi sebagai
seorang yang berpengetahuan dan menjana lebih banyak jualan. Katakan anda
menjual satu produk yang khusus untuk kanak-kanak . Dengan menyertai
forum yang berkaitan dengan kanak-kanak, anda akan dapat berjumpa secara
on-line mereka yang terlibat dengan bidang ini.

• Gunakan perkhidmatan maklumat on-line untuk membantu anda mencari


maklumat yang diperlukan oleh anda. Kemudian hantarkan maklumat yang
telah diperolehi kepada pelanggan anda melalui e-mail.

• Tinjau di dalam halaman-halaman web syarikat-syarikat yang berkaitan dengan


produk/servis yang akan anda jual.

• Catat daripada halaman-halaman web yang berkenaan butir-butir seperti nama,


alamat, nombor telefon dan sebagainya untuk maklumat simpanan anda.

• Bangunkan sebuah halaman web yang berkaitan dengan produk anda yang
menawarkan "nilai-nilai tambah". Anda mungkin boleh memberikan resepi
atau satu maklumat yang berguna untuk pelanggan anda yang sukar di dapati di
mana-mana sebagai penarik untuk pelanggan mengunjungi halaman web anda.
Untuk lebih berkredibiliti , masukkan surat-surat akuan dan senarai nama
pelanggan-pelanggan anda di dalam halaman web anda. Pastikan anda
mencetak alamat halaman web anda pada semua bahan-bahan promosi bercetak
anda.

• Saling bertukar alamat-alamat dengan pelanggan-pelanggan anda. Jawab segala


pertanyaan dengan pantas yang diajukan oleh pelanggan melalui email anda
serta-merta!. Ini adalah kerana masa di dalam dunia siber dikira dengan lebih
pantas daripada dunia nyata.

70
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Kisah-kisah Usahawan Jutawan


Sebagai Inspirasi Untuk Anda
J.PAUL GETTY

J. PAUL GETTY, jutawan minyak dan orang yang amat bernasib baik,
tidak teratur perjalanan hidupnya ketika dia masih kecil. Dia masuk ke universiti
kerana mahu menjadi seorang penulis. Kemudian dia masuk perkhidmatan
diplomatik. Setelah keluar universiti dia tertarik dengan kekayaan minyak di
Oklahoma, sumber kekayaan ayahnya. Perusahaan minyak ini tidak langsung
menjadi cita-cita Getty, tetapi dia rasa dia terpaksa menangguhkan
perkhidmatannya sebagai diplomat untuk setahun dan cuba menjadi usahawan
minyak.

Getty mengumpulkan modal dengan bekerja di lombong minyak orang lain dan
kadangkala terpaksa meminjam dari ayahnya. Ayahnya berpegang kuat kepada
prinsip tidak mahu memanjakan anaknya. Dia meminjamkan wang kepada
anaknya tetapi dengan jumlah yang sedikit. Getty yang masih muda adalah seorang
yang berani tetapi bukan terburu nafsu. Dia tidak melibatkan diri dalam projek
yang memerlukan wang tunai yang banyak kerana takut menderita sekiranya
kerugian. Projek-projek awalnya gagal tetapi pada 1916 dia berjaya menjumpai
telaga minyak pertama. Dia mula kaya ketika umurnya baru 23 tahun.

Getty sememangnya bernasib baik. Dia berbuat sesuatu kena pada ketikanya.
Bagaimanakah dia mengetahui bahawa telaga itu akan menghasilkan minyak? Dia
tidak tahu walaupun dia telah mengumpulkan data-data. " Semua perkara
mempunyai unsur nasibnya. ", dia berkata, dan " Anda harus berani hidup bersama
nasib anda.".

Orang bernasib baik adalah orang yang berani dan orang yang kurang berani
dengan beberapa pengecualian adalah yang kurang bernasib baik.

Nasib baik mungkin menyebabkan nasib baik. Untuk bertindak berani ikutilah
panduan ini : Bersedialah untuk bertindak cepat atau pantas menuju ke arah
sesuatu yang baru apabila peluang keemasan tiba. Bezakan antara keberanian dan
perbuatan terburu-buru. Kalau anda melaburkan seluruh wang simpanan anda
untuk satu-satu projek yang berkemungkinan besar akan merugikan anda, ini
adalah perbuatan yang terburu-buru.

71
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Datuk Low Boon Siew

Datuk Low Boon Siew berasal dari Kampung Hui, daerah Fukian, sebuah
wilayah yang di anggap paling miskin di China pada satu ketika dahulu, kehidupan
keluarga Datuk Low sangat miskin menyebabkan beliau tidak pernah berpeluang
ke sekolah. Sejak kecil lagi beliau bekerja mengutip najis haiwan sebagai baja
pertanian dan memancing ikan untuk dijual sebagai tambahan pendapatan
keluarganya.

Ketika berumur 12 tahun, ayahnya membawanya ke Pulau Pinang untuk berhijrah


dan mencari sumber pendapatan. Beliau disuruh oleh ayahnya bekerja di sebuah
kedai mekanik. Mereka berdua tidak mempunyai sedikit pun masa untuk bersuka-
suka tetapi bekerja kuat untuk menghantar duit untuk keluarga yang berada di
China. Untuk memperolehi pendapatan lebih, di sebelah malam beliau membasuh
bas dan upahnya 10 sen bagi setiap bas.

Ketika berumur 18 tahun, beliau tertarik untuk berniaga sendiri dan sering
memikirkan cara bagaimana untuk mendapat peluang berbuat demikian. Hasil
daripada wang yang disimpan sedikit demi sedikit, dia kemudian membeli
beberapa peralatan mekanik bernilai RM 10.00 dan 8 buah bas berharga RM
200.00 untuk diperbaiki dan dijadikanbas penumpang. Bas ini mendatangkan hasil
lumayan kepada beliau iaitu RM1.20 hingga RM 1.40 sehari.

Setiap keuntungan disimpan sedikit sementara bakinya dijadikan modal pusingan


semula. Dalam masa 7 tahun beliau mempunyai 40 buah bas dan membuka kedai
bateri serta barang ganti kenderaan. Selepas perang dunia kedua tamat, Datuk Low
meluaskan perniagaannya dengan membuka kedai kereta terpakai dan menjadi ejen
pengedar beberapa jenis motosikal keluaran British.

Dalam tahun 1958, beliau melawat Jepun untuk makan angin. Di Jepun beliau
ternampak sebuah motosikal Honda yang belum pernah digunakan di Malaysia dan
berfikir mungkin mendapat pasaran baik jika dibawa ke sini. Setelah mengesan
siapakah pengeluarnya, beliau membuat perjanjian untuk memesan 12 unit.
Motosikal ini kemudian dijual kepada kawan rapatnya tanpa mengambil apa-apa
untung. Motosikal Honda yang dibawanya ditertawakan oleh orang ramai yang
menganggap ia tidak berguna dan cepat rosak, namun ia tidak mematahkan
hasratnya untuk memperkenalkan motosikal sehingga menjelang tahun 1963,
motosikal Honda menjadi kenderaan yang paling diminati. Beliau adalah orang
yang berjaya menempatkan kereta jenis Honda sebagai kenderaan ketiga terbesar
dijual di negara ini suatu ketika dahulu.

Beliau mempunyai alasan untuk berbangga dengan kejayaannya di dalam alam


perniagaan dan tokoh korporat, sekali gus meletakkan beliau sebagai seorang yang
terkaya di Pulau Pinang dan antara 10 tokoh usahawan terkemuka di Malaysia.
Adalah menjadi pengetahuan umum, Datuk Low tidak pandai menulis namanya
secara tepat setelah belajar sekian lama. Namun begitu memiliki satu pasukan
profesional untuk berkhidmat dengannya.

72
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhari

Nama seorang tokoh usahawan bumiputera terkenal di Malaysia iaitu Tan


Sri Syed Mokhtar AlBukhari tiba-tiba melonjak naik. Namanya terkenal bukan
sahaja di Malaysia malah di serata dunia terutamanya bursa-bursa saham. Tidak
banyak yang diketahui mengenai latarbelakang beliau.

Kekayaan beliau dianggarkan sebanyak RM2.15 bilion menduduki tempat ketujuh


di dalam senarai 40 orang kaya di Malaysia menurut akhbar perdagangan Business
Economics, 2004.

Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhari berasal daripada Alor Setar, Kedah. Beliau
bermula sebagai seorang pengusaha daging pada tahun 1970. Beliau dikenali
dengan sikap rendah diri, namun beliau tidak pernah berpuas hati dengan
kedudukannya dan sentiasa berusaha keras untuk memperbaiki taraf hidupnya.

Sekitar tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar telah beralih ke bidang pengangkutan
yang telah membawa tuah kepadanya sehingga menjadi seorang antara tokoh
korporat bumiputera yang terkaya di Malaysia. Beliau salah seorang yang
bertanggungjawab menjadikan Pelabuhan Tanjung Pelepas Johor menjadi terkenal
di mata dunia dalam tempoh singkat.

Tan Sri Syed Mokhtar telah mengasaskan Yayasan (Islam) Al-Bukhary yang telah
membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam bernilai RM70 juta di Kuala
Lumpur selain banyak menjalankan kerja-kerja amal dan kebajikan terutamanya
sekitar Negeri Kedah dan Perak. Kegigihan Tan Sri Syed Mokhtar telah berjaya
menarik perhatian dan kekaguman bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir yang
menggalakkan lebih ramai tokoh korporat bumiputera dapat dilahirkan menerusi
usaha keras sebagaimana Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhari.

Tan Sri Syed Mokhtar merupakan seorang yang tidak pernah mengenal erti
kegagalan dan beliau sentiasa belajar dari apa juga kesilapan yang dilakukan.
Seorang yang berhati-hati dalam perniagaan terutamanya soal pembelian dan
pengambilalihan kepentingan dalam sesebuah syarikat dan 7projek. Beliau seolah-
olah memikirkan kepentingan orang ramai terutamanya bumiputera sebelum
membuat apa-apa keputusan penting dalam perniagaan. Tan Sri Syed Mokhtar juga
merupakan seorang yang pemurah, menggemari perkara-perkara amal dan
kebajikan, kuat bekerja, merendah diri dan tidak gemarkan publisiti.

73
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Langkah Tindakan Anda Hari Ini!


IQRA, Bacalah... itulah perintah Allah yang pertama iaitu membaca. Anda tidak
tahu bagaimana besarnya kesan kepada seseorang apabila membaca satu buku
yang bagus. Saya telah pun menceritakan kepada anda pengalaman kisah saya dan
Bakar, sijurujual kereta yang mampu memakai kereta yang berharga RM80,000
hanya setelah menggunakan sedikit pengetahuan yang saya berikan melalui
pembacaan buku Joe Girard, “How To Sell Anything, To Anybody”. Membeli dan
membaca buku adalah satu pelaburan, di sini saya syorkan kepada anda buku-buku
yang mesti anda dapatkan sekarang!
Working “Working from Home ”, tulisan Paul and Sarah Edwards,
from
Home membentangkan bagaimana anda boleh berjaya bekerja daripada
rumah dan strategi menjayakan perniagaan SOHO anda. Dapatkan di
kedai buku seperti Popular Book Store.
Paul & Sarah
Edward

“Jutawan daripada Planet Jupiter” nukilan Azizi Ali, adalah buku tentang
pengurusan kewangan yang mengajar anda strategi peribadi pengurusan wang
masa kini. Ditulis dalam bahasa yang jelas, mudah difahami dengan cara-cara yang
senang diikuti tetapi sarat dengan langkah-langkah yang dapat memperbaiki situasi
kewangan anda dengan serta merta dan juga strategi jangka panjang yang dapat
menghasilkan keuntungan pelaburan yang baik.

“Bagaimana Menjana Pendapatan Lumayan Melalui Komputer PANDUAN PRAKTIS

Bagaimana Menjana
Anda”, nukilan R.Roma. Buku ini patut dimiliki asalkan anda tahu
menggunakan komputer. Mesin secanggih komputer jika tidak dapat PENDAPATAN
menghasilkan wang adalah satu kerugian besar. Saya jamin anda pasti L UMAYAN
MELALUI
dapat jana wang dengan pantas, praktikal, mudah dan margin KOMPUTER
keuntungan yang tinggi melalui projek yang didedahkan di dalam buku ANDA!$$

ini. Buku ini saya beli melalui pos. Anda boleh mendapatkan secara
pos akan sinopsis PERCUMA topik buku ini dengan SMS nama dan Idea Projek , Teknik , Strategi dan
Pelan Untuk Menjana Pendapatan
Melalui Komputer Anda Di Rumah

alamat anda ke pengedar buku ini iaitu RakaNet Communications di


talian 017-3150572, Encik Zal atau anda boleh layari halaman
www.infobisnes.biz.ly untuk download borang pesanan.

“Jutawan Senyap” hasil nukilan Dr Rusly Abdullah, Phd PJK atau dikenali
sebagai Chef Li. Pengasas Institut KULINARI dan Kursus Motivasi. Jika anda
berminat dengan bidang masakan, anda boleh dapatkan buku Chef Li dan
mempelajari dengan lebih lanjut mengenai teknik menjadi usahawan berasaskan
makanan. Chef Li juga menyediakan kursus keusahawanan di institusi beliau iaitu
pada kadar yang berpatutan. Buku ini amat popular kini dan boleh di dapati
melalui kedai-kedai buku utama di kediaman anda.

“How To Sell Anything To Anybody” oleh Joe Girard. Joe Girard telah
dinobatkan sebagai jurujual terbaik oleh Guinness Book of World Record. Beliau
kini telah menjadi pakar motivasi dan membuka firma perunding. Sukar saya cari
buku ini lagi kerana ianya adalah seperti buku panduan rahsia kepada jurujual. Kali
terakhir saya belinya di Kinokuniya , KLCC.

74
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Buku Digital Percuma Untuk Anda Lagi….

Untuk meningkatkan pengetahuan tentang keusahawanan saya syorkan


anda membeli buku yang dinyatakan di atas , namun jika anda masih
mahukan maklumat tentang keusahawanan mengapa tidak dapatkan 3
lagi buku digital percuma yang bertajuk ‘Buku Kerja Usahawan’, ‘Panduan
Asas Seni Kejurujualan’ dan ‘The Greatest Money-Making Secret in History’.

Buku Kerja Usahawan adalah Apakah asas kepada seni Joe Vitale , penulis no.1
buku bercorak helaian kerja yang kejurujualan ? Buku ini sesuai international bestseller,
bertujuan menganalisis diri dan sebagai langkah awal anda mendedahkan satu rahsia
idea projek niaga anda. Khas berdepan dengan situasi jutawan-jutawan sejak puluhan
untuk anda yang baru menceburi jualan di dalam dunia tahun dahulu yang patut
bidang keusahawanan. keusahawanan anda. diketahui oleh anda.

Bagaimana Cara Anda Mendapatkannya ?

Anda mungkin mendapat buku Jutawan Yang Belum Anda Kenali yang
sedang anda baca ini hasil daripada syoran seseorang rakan anda. Tanpa
syoran mereka anda mungkin tidak berpeluang membaca buku ini
sekarang. Mengapa tidak syorkan kepada rakan lain anda, dan sebagai
balasan anda akan mendapat 3 buah buku digital percuma di atas. Apa
yang perlu anda buat sekarang ialah ;

1. Emailkan berserta dengan attachment buku Jutawan Yang Belum Anda


Kenali yang telah anda baca ini kepada 5 orang rakan anda yang lain.
2. Masukkan dan hantar sekali ke email saya , amin_alfarabi@yahoo.com,
sebagai bukti syoran anda tersebut.
3. Tulis di dalam email anda dan lengkapkan ayat berikut ‘Saya syorkan
baca buku ‘Jutawan Yang Belum Anda Kenali’ kerana …….’

p/s : Saya akan menghantar buku ini kepada anda seberapa segera, jika agak lewat harap dimaafkan
kerana saya menjawab secara peribadi hampir berpuluh-puluh email sehari!

75
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Akhir Kata

Sekian , perbincangan kita untuk setakat ini. Terus terang saya katakan
bahawa apa yang ditulis di dalam buku ini amat komprehensif, kerana topik
keusahawanan dan motivasi diri amatlah meluas ruang lingkupnya. Sentiasa rajin
menimba pengetahuan jika ada kesempatan, kerana sedikit pengetahuan yang anda
tidak tahu, mungkin akan merugikan anda beribu-ribu ringgit sepanjang hayat
anda. Namun saya berharap anda dapat menafaatkan sebarang pengetahuan yang
saya kemukakan di dalam buku ini dengan sebaik-baiknya.

Saya akan menyambung perbincangan saya tentang topik keusahawanan dan


motivasi diri ini jika ada kesempatan lain, kerana sememangnya apa yang anda
baca ini hanyalah sebagai pembuka kata.

Akhir sekali terima kasih kerana saudara/saudari sekalian telah ikuti perbincangan
ini hingga ke muka surat ini. Berjumpa lagi kita di lain masa jika diizinkan Allah
SWT. Insyallah…

76

You might also like