You are on page 1of 1

PUDING LAICI

BAHAN-BAHAN:

sebungkus agar-agar (25g)


1 tin buah laici
1 tin susu cair
3 cawan gula (mengikut citarasa)
4 cawan air

CARA PENYEDIAAN: 

1. Mula-mula, buah laici dan airnya diasingkan.


2. Kemudian, buah laici tersebut dihiris nipis-nipis.
3. Agar-agar dimasak bersama 4 cawan air serta air dari tin laici sehingga ianya cair
sepenuhnya.
4. Kemudian masukkan 3 cawan gula (mengikut citarasa) dan biarkan ianya cair.
5. Setelah gula cair, masukkan buah laici yang telah di hiris tadi
6. Biarkan ia mendidih sebentar
7. Kemudian, masukkan susu cair dan kacau sehingga sebati.
8. Setelah sebati, masukkan ke dalam bekas.
9. Selepas itu, bekukan dan sedia untuk dimakan.

1/1

You might also like