You are on page 1of 1

Konsep gabung jalin ialah tumpuan yang seimbang antara akademik, kesihatan,

kemahiran fizikal dan kestabilan emosi. Ianya berbeza sama sekali dengan konsep
kesepaduan dan intergrasi yang masing-masing membawa maksud yang berbeza. Bagi
konsep kesepaduan, ianya bermaksud gabungan beberapa kemahiran atau aspek-aspek
perkembangan fizikal pelajar. Manakala konsep integrasi pula membawa maksud
mencantumkan strategi-startegi yang terbaik, menarik, sesuai dan berkesan. Oleh yang
demikian,maksud sebenar penggabungjalinan ini ialah proses menggabungkan pelbagai
bidang kemahiran bagi mewujudkan satu pelajaran yang integratif dan
menyeluruh.Antara kemahiran-kemahiran asas yang dimaksudkan adalah mendengar,
melihat, bercakap, membaca, mengira, menulis dan melukis .

You might also like