You are on page 1of 1

Permainan Ping Pong atau Tenis Meja.

Pengenalan:
Permainan ini telah lama wujud tetapi hanya dikemukan di Sukan Olimpik pada tahun 1988.

Alatan:
Bola: saiz 40 millimeter diameter (warna putih atau jingga)
Meja: 9 kaki panjang, 5 kaki lebar, and 30 inci tinggi
Permukaan rata dengan cat tidak berkilat dan kurang geseran.
Jaring: Meja dibahagikan kepada dua bahagian dengan jaring ketinggian 6 inci.
Reket: Diperbuat daripada kayu dan diluputi dengan getah permainan (satu permukaan atau
kedua-dua permukaan). Warna getah / reket hendaklah merah di sebelah dan hitam di
sebelah lagi. Terdapat dua jenis reket yang biasa digunakan iaitu dengan pemegang
panjang (orthodox) atau pemegang pendek (penholder). Jenis penholder terdiri daripada
gaya Cina (bulat) atau Jepun (bujur).

Permainan:
Servis: Permainan dimulakan dengan salah seorang pemain melakukan servis. Servis hendaklah
dibuat dengan menadah bola di tapak tangan. Bola dilambung ketinggian sekurang-kurangnya 6
inci. Bola dipukul semasa ia menurun dan hendaklah menyentuh bahagian meja sendiri,
menyeberangi jaring dan menyentuh bahagian meja pihak lawan.

Pemulangan Servis: Pihak yang menerima servis hendaklah memukul bola selepas ia melantun
sekali. Bola yang dipukul hendaklah menyeberangi jaring dan menyentuh bahagian meja pihak
lawan.

Giliran Servis: Setiap pemain hanya melakukan dua servis. Selepas itu, kawalan servis bertukan
ke pihak lawan dan seterusnya hingga ke deuce (10 –10). Apabila terujud deuce, pemain hanya
melakukan satu servis sahaja.

Penamatan Permainan: Kemenangan ditentukan apabila seseorang pemain dapat memenangi 3


daripada 5 set atau 4 daripada 7 set. Satu set ditentukan dengan kiraan 11 mata di mana pihak
pemenang dapat mengatasi pihak yang kalah dengan kelebihan dua (2) mata. Jika tercapai 10-
10, perlawanan dilanjutkan sehingga seorang pemain dapat mengatasi pihak lawan dengan
kelebihan 2 mata.

Pertandingan:
Perseorangan: Terdiri daripada Per Lelaki / Wanita (terbuka/peringkat umur)
Bergu: Terdiri daripada Bergu Lelaki / Wanita / Campuran.
Berpasukan: Sistem Swaythling Baru / Sistem Corbillon / Sistem Bebas.

Catatan:
Untuk undang-undang permainan selanjutnya, sila rujuk kepada bahagian undang-undang
permainan.

You might also like