You are on page 1of 3

Surat Kiriman Rasmi

Sejak akhir-akhir ini, kawasan perumahan tempat tinggal kamu


telah menjadi tempat penagihan dadah terutamanya di kawasan-
kawasan yang terbengkalai pembinaannya. Ekoran kegiatan itu, ramai
penghuni di situ yang mengalami kecurian dan kejadian pecah rumah.
Tulis sepucuk surat kepada Ketua Polis yang berdekatan untuk
mengadu tentangnya. Dalam surat itu, cadangkan juga langkah-
langkah yang harus diambil untuk membanteras kegiatan yang tidak
sihat itu.
 
Hendon binte Hamdan
Blok 457 Ang Mo Koi Avenue 5
#12-489
Singapura 560457
 
8hb Ogos 2009
 
Ketua Polis
Balai Polis Daerah Sungai Petani
Singapura 098700
 
Tuan
 
Aduan Mengenai Kecurian dan Kejadian Pecah Rumah
            Merujuk kepada perkara di atas, saya mewakili penduduk-
penduduk di kawasan perumahan di Taman Pahlawan, Sungai Petani,
ingin membuat aduan tentang masalah kecurian dan kejadian pecah
rumah.
            Sejak akhir-akhir ini, kawasan perumahan di sekitar Taman
Pahlawan di Sungai Petani sering terjadi kecurian dan pecah rumah.
Ramai penghuni di kawasan perumahan mengadu dan merungut tentang
kejadian tersebut. Kejadian ini sering berlaku pada waktu siang hari ketika
penghuni rumah pergi kerja.
Ada sumber-sumber yang mengatakan bahawa kebanyakan kejadian
tersebut dilakukan oleh kumpulan pemuda yang juga merupakan penagih
dadah. Mereka dikatakan tinggal di kawasan ini iaitu di kawasan-kawasan
perumahan yang terbengkalai dan menjadikannya pusat kegiatan mereka
menagih dan juga melakukan kejadian pecah rumah dan mencuri.
            Pihak ahli jawatankuasa Taman Pahlawan pernah mengadakan
rondaan ke kawasan tersebut. Rondaan yang dilakukan pada waktu malam
beberapa minggu yang lalu telah gagal kerana penagih-penagih itu terlebih
dahulu melarikan diri. Namun begitu, terdapat suri-suri rumah yang tidak
bekerja menyatakan bahawa mereka nampak penagih dadah itu
melakukan kecurian dan kes pecah rumah.
            Saya sebagai wakil penduduk di kawasan perumahan di sini
merayu supaya pihak polis memberi kerjasama kepada kami. Kami
memerlukan kerjasama daripada pihak polis semasa melakukan rondaan
dan juga untuk memberkas penagih-penagh tersebut.
            Selain daripada itu, kami juga memerlukan kerjasama daripada
penghuni-penghuni di kawasan-kawasan perumahan di daerah ini untuk
memberikan maklumat-maklumat tentang kegiatan kecurian dan juga kes
pecah rumah yang dilakukan oleh penagih-penagih itu. Maklumat-
maklumat ini juga dirahsiakan demi keselamatan mereka.
            Pihak-pihak yang berkenaan juga perlu mengambil tindakan
terhadap pemilik-pemilik kawasan-kawasan perumahan yang terbengkalai
pembinaannya supaya tidak menjadi sarang penagihan dadah yang
seterusnya membawa pula kepada masalah kecurian dan pecah rumah.
            Semoga kerjasama daripada pihak Tuan dan juga cadangan-
cadangan yang disarankan di sini akan membuahkan hasil. Kami juga
berharap agar orang ramai akan memberi kerjasama untuk membanteras
jenayah ini.
 
Yang benar
HendonHamdan
(Hendon binte Hamdan)
Wakil Penduduk
Taman Pahlawan

You might also like