You are on page 1of 36

KPLI ( SR ) MODE LPBS

TAJUK 1 : FUNGSI BAHASA MELAYU

LATIHAN 2

Dengan sokongan pegurusan grafik, banding bezakan pelbagai fungsi


Bahasa Melayu

2) BAHASA RASMI
2) BAHASA RASMI
NEGARA
NEGARA

1) BAHASA
1) BAHASA
KEBANGSAAN
KEBANGSAAN

3) BAHASA
FUNGSI
FUNGSI 3) BAHASA
PENGANTAR
4) BAHASA PENGANTAR
4) BAHASA
KESUSASTERAAN,
KESUSASTERAAN,
BAHASA
BAHASA
PENDIDIKAN
PENDIDIKAN
KESENIAN,
KESENIAN,
KEBUDAYAAN, AGAMA
KEBUDAYAAN, AGAMA
MELAYU
MELAYU
DAN FALSAFAH
DAN FALSAFAH

6) BAHASA ILMU
6) BAHASA ILMU
TINGGI, SAINS DAN
TINGGI, SAINS DAN
TEKNOLOGI.
TEKNOLOGI. 5) BAHASA EKONOMI,
5) BAHASA EKONOMI,
PERNIAGAAN,
PERNIAGAAN,
PERDAGANGAN, DAN
PERDAGANGAN, DAN
INDUSTRI.
INDUSTRI.

1
KPLI ( SR ) MODE LPBS

TAJUK 2 : KESANTUNAN BERBAHASA

Anda boleh mengambil satu contoh dari mana sesi P&P yang telah anda
laksanakan untuk memberikan bukti sebenar tentang kesepaduan bahasa
lisan & tubuh. Buat catatan.

Jawapan :

Contoh P&P :
Subjek Pendidikan Agama Islam; bab akhlak. Tajuk: Adab bercakap dengan guru

Bukti Kesepaduan diantara Bahasa Lisan & Tubuh.

1. Mudah untuk memberi maklumat kepada murid-murid .


- di dalam proses p&p bahasa lisan dan tubuh ini amat penting dalam
memberi maklumat kerana mudah difahami dan diterima oleh murid-
murid. Ia menjadi satu wahana untuk memudahkan guru menyampaikan
maklumat kepada murid-murid.

2. Memberikan kefahaman yang cepat kepada murid-murid.


- murid-murid akan lebih cepat memahami dan mampu bertutur apa yang
diajarkan dengan betul dan cepat. Objektif pengajaran akan mudah untuk
dicapai.

3. Maklumat akan dapat disimpan oleh murid-murid dalam tempoh yang


lama.
- melalui kesepaduan bahasa lisan & tubuh, murid-murid mampu
menyimpan mengingat dalam tempoh yang cepat dan dapat disimpan
dalam tempoh masa yang lama. Contohnya; apabila murid-murid disoal
pada minggu hadapan, mereka berupaya untuk mengingat semula
maklumat yang diberikan.

2
KPLI ( SR ) MODE LPBS

4. Proses P&P akan bertambah seronok.


- proses pembelajaran akan bertambah menarik. Terutama sekali apabila
diselang selikan dengan nyanyian dan gerakan serta lakonan atau
simulasi. Bagi tajuk ini, saya telah menggunakan kaedah lakonan di mana
murid-murid yang dipilih melakonkan watak seorang guru.

5. Menambah minat murid-murid untuk belajar.


- kaedah kesepaduan ini akan menambahkan minat murid-murid untuk
belajar. Seterusnya, meningkatkan pencapaian akademik mereka.

3
KPLI ( SR ) MODE LPBS

TAJUK 3: WACANA

LATIHAN 1
Pilih satu petikan yang panjangnya 200 perkataan daripada laras bahasa.
Baca dengan teliti, kemudian garisi perkataan-perkataan yang berfungsi
sebagai penanda wacana dalam petikan tersebut.

Program Al-Baraqah telah dilancarkan oleh Pengerusi Majlis Agama Islam


Selangor(MAIS),Dato’ Setia Mohamad Adzib Mohd Isa,pada 17 September lalu.

Secara ringkasnya, Al-Barakah merupakan sebuah rancangan berkonsepkan


dokumentari di mana para responden akan menceritakan keadaan sebenar
kehidupan mereka dan bagaimana fungsi zakat dapat membantu golongan yang
memerlukan.Rancangan ini akan ditayangkan setiap hari Isnin dan akan mula
bersiaran pada 28 September 2009 jam 9.30 malam hanya di TV9 Saluran
DiHatiku sebanyak 13 episod.Ia akan diikuti pada setiap malam Isnin jam 9.30
malam minggu berikutnya.

Menurut Dato’Mohamad Adzib Moha Isa, objektif penerbitan dokumentari ini


ialah untuk menyampaikan maklumat secara berkesan kepada masyarakat
megenai aktiviti penyaluran wang zakat yang dilakukan LZS.Penonton juga
didedah bagaimana penerima bantuan ini akhirnya berjaya membangunkan taraf
hidup dan jati diri keluarga melalui peranan zakat.

Selain itu, menurut beliau lagi,melalui cara ini (penerbitan dokumentari),


masyarakat akan lebih yakin untuk menunaikan zakat di LZS kerana pengagihan
bantuan zakat dilakukan dengan tulus, berkesan dan menyeluruh.

Mengulas berkenaan rancangan tersebut, Ketua Operasi TV9,Encik Bukhari Che


Muda berkata ” Rancangan Al-Barakah ini dilihat dapat memberikan penjelasan
yang lebih terang lagi berkenaan zakat.Pengertian zakat dan kesannya kepada
masyarakat yang dipaparkan juga dilihat mampu memberikan kesedaran kepada
para penonton khususnya dan rakyat malaysia amnya tentang kepentingan
ibadah zakat.”

Di samping dapat memberi kesedaran tentang kehidupan fakir miskin dan


kepentingan menjalankan zakat, rancangan Al-Barakah ini dapat memberikan
gambaran yang jelas tentang fungsi LZS di dalam menangani masalah
kemiskinan ini.

UTUSAN MALAYSIA,12 OKTOBER 2009

4
KPLI ( SR ) MODE LPBS

TAJUK 4 : LARAS BAHASA

LATIHAN 1
Pilih lima petikan daripada pelbagai laras bahasa. Banding bezakan kelima-
lima petikan tersebut untuk melihat aspek yang berikut: (Panjang petikan
tidak melebihi 100 perkataan)
i. Pilihan perkataan
ii. Istilah
iii. Struktur ayat

1. Laras Bahasa Iklan


Aktiviti menghias rumah memang megujakan.Mulakanlah dengan megenal pasti
saiz ruang tamu, tema yang sesuai dan seterusnya pilihan warna dinding,
perabot juga barang hiasan lain.Tapi bagi anda yang masih mencari-cari konsep
yang diinginkan, rujukan di internet, akhbar, majalah mahupun ketika berkunjung
ke rumah saudara atau teman lain boleh menyuntik inspirasi dekor anda.Tapi
kadangkala, penggayaan ruang tamu agak terbatas disebabkan bajet yang
terhad.Tapi kini, anda berpeluang memiliki ruang tamu idaman dengan hanya
mengikuti 3 langkah mudah!!.Cuma jadi pelanggan celcom blue, tambah nilai
RM20 dan tonton TV3 untuk memenangi kejutan Deko! Deko!Deko!celcom blue
yang menawarkan dekorasi ruang tamu mewah sentuhan penata hiasan
dalaman terkenal, Rizalman Ibrahim.
Harian Metro, 10 Oktober 2009

2. Laras Bahasa Ekonomi


Pengeluaran getah asli pada Ogos 2009 berjumlah sebanyak 74,769 tan metrik,
turun 9.9 peratus atau 8,225 tan metrik daripada bulan sebelumnya.Pengeluaran
turun 27.8 peratus atau 28,966 tan metrik tahun ke tahun, kata Jabatan
Perangkaan dalam laporan perangkaan getah bulanannya yang dikeluarkan hari
ini. Sektor kebun kecil menyumbang 93.5 peratus daripada jumlah pengeluaran
manakala baki 6.5 peratus adalah daripada sektor estet. Eksport pada Ogos

5
KPLI ( SR ) MODE LPBS

2009 meningkat sebanyak 11.1 peratus kepada 68,481 tan metrik daripada bulan
sebelumnya tetapi turun 17.2 peratus atau 14,240 tan metrik berbanding dengan
bulan yang sama tahun lepas. Getah Mutu Malaysia (G.M.M.) menyumbang 95.1
peratus atau 65,135 tan metrik daripada jumlah keseluruhan eksport, G.M.M.20
menyumbang jumlah yang paling tinggi sebanyak 44.8 peratus, kata Jabatan
itu.China merupakan pembeli terbesar getah asli Malaysia pada bulan tersebut,
menyumbang 32,886 tan metrik, diikuti Jerman sebanyak 7,667 tan metrik.
Utusan Malaysia, 18 Oktober 2009

3. Laras Bahasa Agama


Inilah keadaan-keadaan batiniah di antara hamba dan Allah Azza wa Jalla.
Orang yang bersifat kritis adalah orang yang bermata hati. Dan yang suka
mencampuradukkan, adalah tiada beruntung dalam keadaan mana pun jua.
Berapa banyak orang yang bodoh yang memperbuat segala perbuatan itu
kerana memandang kepada manusia. Maka dia adalah megacau terhadap
dirinya sendiri dan terhadap orang lain dan mendakwakan bahawa maksudnya
itu baik. Maka kita melihat segolongan dari ulamak, memakai pakaian mewah
dan mendakwakan bahawa maksudnya adalah untuk menghinakan orang-orang
bidaah dan oran-orang yang suka berdebat dan dengan itu dia mendekatkan diri
kepada Allah Taala. Yang demikian, adalah suatu perkara yang akan terbuka di
hari segala rahsia, di hari dobongkar apa yang di dalam kubur dan dibukakan
apa yang ada di dalam dosa, maka pada ketika itu berbezakah emas murni
daripada tembaga. Kita berlindung dengan Allah daripada kenhinaan pada hari
kedatangan yang agung itu.
Ihya Ulumuddin, Jilid,1. hal.487

4. Laras Bahasa Cerpen


Peristiwa yang berlaku terhadap dirinya di sekolah itu diceritakan kepada
Bidin.Ternyata Bidin seorang yang amat memahami.Kata Bidin, kerja apapun
tetap ada rintangannya.Kalau mampu menyerap rintangan dan cabaran itu,
baharulah boleh mencapai apa yang kita hajati.Cuma Salina dapat menyedari

6
KPLI ( SR ) MODE LPBS

Bidin agak terkesima apabila hal dia menaiki beca ke sekolah juga dijadikan
isu.Bidin yang pada mulanya lincah berbicara tiba-tiba menjadi seorang yang
amat pendiam.Barangkali perkara itu amat menyentuh sensitivitinya sebagai
seorang pegayuh beca.Perubahan sikap Bidin itu tidak semena-mena
memencarkan perasaan bersalah pula dalam diri Salina.Merajukkah Bidin?atau
Bidin sengaja ingin menjauhkan diri daripadanya?
Majalah Wanita,Ogos 2009

5. Laras Bahasa Puisi


Kau pun datang
Padaku di pinggir jalan raya
Menduka kilas mataku
Mataku: batu yang berat
Tidak lagi bersinar

Jangan kau hulurkan padaku


Tanganmu yang dingin itu
biarkan aku melangkah
menyeberangi kota sunyi ini
seperti biasa sendirian

aku tahu
di depan kita adalah
kuburan deretan kenderaan
kepingan logam hitam
yang tidak lagi mengerikan
setelah seribu liku perjalanan

biarkan aku melangkah


tanpa ucapan saktimu itu
kau juga tahu
sebentar lagi akhirnya
sesuatu akan berlaku di sini
secepat kilat dan dilupakan

7
KPLI ( SR ) MODE LPBS

Laras Bahasa Pilihan Perkataan Istilah Struktur Ayat

1.Laras Bahasa - perkataan yang dipilih - istilah yang - tidak mementingkan


Iklan adalah mudah difahami digunakan adalah tidak struktur ayat yang betul
oleh pelbagai peringkat rasmi seperti iaitu bermula dengan
umur, tidak rasmi, sesuai,terhad subjek dan berakhir
perkataan yang ringkas dengan predikat.
dan menarik. sebaliknya ayat adalah
ringkas dan banyak
menggunakan tanda baca
seperti !.

-perkataan yang dipilih -Istilah yang digunakan -Struktur ayat yang lebih
2.Laras Bahasa adalah berunsurkan adalah berkaitan kompleks di mana
Ekonomi ekonomi di mana hanya dengan ekonomi seperti ayatnya mempunyai
difahami oleh pihak- metrik, sektor, syarikat, beberapa frasa,
pihak tertentu seperti eksport. penggunaan nombor dan
peniaga dan golongan peratus.
korporat. Terdapat juga
penggunaan nombor dan
perkataan.
3. Laras Bahasa - laras bahasa agama - Istilah-istilah yang - Bahasa yang digunakan
Agama memilih perkataan yang digunakan adalah adalah berunsurkan
seakan memberitahu seringkali didengar sastera, seni dan
sesuatu, memberi nasihat oleh orang yang keterangannya adalah
dan maklumat kepada beragama seperti Allah, jelas bagi yang mahu
pembaca atau Rasul, iktikad, memahaminya
pendengar . sembahyang dan puasa.

4. Laras Bahasa - pilihan perkataan bagi Penggunaan istilah- - Struktur ayat bagi
(cerpen) bahasa sastera moden istilah terkesima, bahasa cerpen agak
adalah lebih terperinci, barangkali. mudah untuk difahami.
menggunakan bahasa Banyak menggunakan
yang indah dan sedap unsur persoalan dalam
didengar. diri sendiri.

5. Laras Bahasa - pilihan perkataan Istilah-istilah yang Struktur ayat untuk laras
Puisi adalah lebih indah dan digunakan merupakan bahasa puisi adalah cara
seni. Perkataan yang jalinan ayat yang berangkap dan di

8
KPLI ( SR ) MODE LPBS

berkaitan dengan berangkap- rangkap dalamnya terkandung


keindahan alam semesta dan terdapat persajakan keindahan bahasa. Laras
bunyi. puisi tidaklah berupa
jalinan ayat-ayat yang
panjang tetapi
mementingkan rangkap-
rangkap tertentu

TAJUK 5: TERJEMAHAN

LATIHAN 1:
Baca surat khabar berbahas Inggeris. Pilih satu artikel pendek dan buat
terjemahan daripada bahasa inggeris kepada bahasa Melayu.

Dangeorus Hurricane Rick still growing off Mexico

MEXICO CITY — Hurricane Rick quickly strengthened into an "extremely


dangerous" Category 4 storm off Mexico's Pacific coast on Saturday and
forecasters said it could strike the Baja California Peninsula in about five days.

The storm had sustained winds near 145 mph (230 kph) and it was expected to
grow into a monster Category 5 storm with winds surpassing 155 mph (250 kph),
the U.S. National Hurricane Center in Miami reported, though it said the storm
was likely to lose much of that punch before hitting land.

Rick was centered about 280 miles (450 kilometers) southwest of Acapulco
Saturday morning and it was moving west-northwest near 12 mph (19 kph), the
center said.

Forecasters said it was projected to stay well off the coast for several days
before bending east over cooler waters and hitting the Baja California Peninsula
by early Thursday as a weakened Category 1 hurricane.

9
KPLI ( SR ) MODE LPBS

Meteorologist Jessica Schauer told The Associated Press that warm waters
fueled Rick's rapid jump from Category 1 to Category 4 in only about 36 hours.

"Right now it's over very warm water and the current forecast track keeps it over
warm water for quite a while," she said.

Rick was forecast to pass near Socorro Island, about 300 miles (500 kilometers)
south-southwest of Cabo San Lucas, on Tuesday. The island is a nature reserve
with a small Mexican Navy post and it hosts scuba diving expeditions in winter
months.

Acapulco's Civil Protection Department had earlier issued a warning that rains
from outer bands of the storm could trigger landslides and flooding in the resort
city.

The Star , 15 October 2009

TERJEMAHAN.

Bahaya Taufan Rick masih wujud ada di Mexico

Bandar Mexico,Taufan Rick mempunyai kekuatan pada tahap yang


memberhayakan iait udi tahap kategori ribut 4 di kawasan Pantai Mexico pada
hari Sabtu,malah dikatakan ia juga akan menyerang semenanjung Baja
California dalam angka masa 5 hari.

Ribut tersebut dikatakan mempunyai kelajuan angain selaju 145mph(230kph)


dan dijangka menjadi ribut yang lebih besat di kategori ribut tahap 5 dengan
kelajuan yang mungkin di luar jangkaan menjangkau 155 mph(250 kph), Pihak
Pusat ribut tempatan U.S di Miami melaporkan dan berkata ribut yang melanda
ini bakal bawa banyak kemusnahan.

10
KPLI ( SR ) MODE LPBS

Ribut Rick dikatakan berpusat kira-kira 280 batu(450 kilometer) dr utara timur
Acapulco pada Sabtu pagi dan akan bergerak ke arah Timur Barat dalam
kelajuan 12mph(19kph) mengikut laporan pusat.

Para ahli ramalan ribut berkata, mereka menjangkankan akan berlaku dalam
beberapa hari lagi ribut tersebut sebelum merintangi keadaan sejuk di barat dan
akan menyerang semenanjung Baja California di awal hari Kahmis dalam
kelajuan pada tahap rendah di kategori tahap 1.

Ahli Meteorologist Jessica Schauer memberitahu para wartawan bahawa


keadaan air panad akan mempercepatkan perubahan tahap daripada katogeri 1
kepada kategori 4 lebih kurang masa yang diambil dalam 36 jam. Beliau berkata
lagi 'Sekarang,keadaan air panas telah berakhir untuk seketika'.

Ribut Rick dijangka akan melintasi Kepulauan Socorro  lebih kurang dalam
300 batu(500 kilometer) dari arah Utara ke Utara Timur Cabo San Lucas pada
hari Selasa. Kepulauan ini mempunyai keindahan semulajadi yg daijaga oleh
post Tentera laut Mexico dan dikelolakan oelh pihak scuba pada musim salji.

Pihak jabatan perlindungan Acapulco Sivil  telah mengisukan amaran hujan


yang bakal berlakunya ribut dan akan membeawa kesan kemusnahan di daratan
dan kebanjiran di Bandar.

11
KPLI ( SR ) MODE LPBS

TAJUK 6 :KOMUNIKASI BERTULIS

LATIHAN 2
1. Tulis sepucuk surat rasmi kepada Jabatan Pendidikan Negeri untuk
mendapatkan kebenaran bagi mengadakan suatu majlis forum
pendidikan di sekolah anda.

Persatuan Bahasa Melayu


Sekolah Kebangsaan Kopok
Jalan Hijrah Utama, Kg. Kopok Baru
81700 Pasir Gudang
Johor
________________________________________________________________

Pengarah Jabatan Pelajaran Johor


Jabatan Pelajaran Negeri Johor
Wisma Pelajaran
Jalan Tun Razak
80604 Johor Bahru
Johor 25 JULAI 2009

Tuan,

PERMOHONAN KEBENARAN UNTUK MENGADAKAN MAJLIS FORUM


PENDIDIKAN

Dengan segala hormatnya, adalah dimaklumkan bahawa Persatuan Bahasa


Melayu dalam mesyuarat jawatankuasa bertarikh 20 Julai 2009 telah mengambil
keputusan untuk menganjurkan satu majlis Forum Pendidikan

2. Diantara objektif utama diadakan majlis ini adalah untuk memberi pendedahan
terhadap Konsep Sekolah Bestari dari sudut teori, aplikasi serta implikasinya
kepada sistem pendidikan di negara ini.
3. Sehubungan itu, pihak kami ingin memohon kebenaran dari pihak tuan untuk
menganjurkan majlis tersebut. Forum Pendidikan tersebut akan diadakan
mengikut ketetapan seperti berikut :

3.1 Tarikh : 22 Ogos 2009 (Sabtu)


3.2 Masa : 9.00 pagi – 11.00 pagi
3.3 Tempat : Dewan SK Kopok

12
KPLI ( SR ) MODE LPBS

3.4 Ahli Panel : Golongan cendiakawan dan pegawai di Jabatan


Pelajaran Negeri Johor

4. Bersama-sama ini disertakan kertas kerja majlis Forum Pendidikan ini untuk
makluman dan perhatian pihak tuan. Pihak kami amat mengharapkan pihak tuan
dapat mempertimbangkan dan mendapat kelulusan untuk melaksanakannya dari
pihak tuan.

Sekian, terima kasih

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang menjalankan tugas,

……………………………….
(NURUSYUHADAK BINTI CHE HALIM)
Setiausaha
Majlis Forum Pendidikan
SK Kopok

LATIHAN 3

Anda dikehendaki mengumpul 2 contoh minit mesyuarat yang berlainan

(a) buat satu ulasan tentang format kedua-dua minit itu


(b) kenal pasti kesilapan bahasa yang terdapat dalam kedua-dua minit
mesyuarat itu

1) MINIT MESYUARAT KO-KURIKULUM

Tarikh : 9 Julai 2009 ( Khamis )


Masa : 12.00 tengahari
Tempat : Makmal Komputer, SK Kopok

13
KPLI ( SR ) MODE LPBS

Kehadiran:
1. Pn Hajah Mariah Mohamad (GPK Kokurikulum)
2. En Mohamad Fadli Abdullah Ali
3. Pn Jamilah Hussin
4. Pn Jawiyah Osman
5. Pn Siti Rafizah Mohd Ramly
6. En Amirul Shahirin B. Md Shah
7. Cik Rahmatulsyamsinah Ahmad
8. Cik Norazlina Abd Malib
9. Cik Hernaney Bt. Ansom
10. Cik Azinyana Shawal
11. Pn Anie Zuraini Che Fauzi
12. Pn Wan Norizom Wan Harun
13. Cik Faridah Taha
14. Pn Norizan Noor
15. En Adni Khirulizzuan Adnan
16. En Ahmad Azhari Abd Rahani
17. En Muhd Rashdan Muhd Nordin
18. En Zaluwi Khalid
19. En Mohd Fairuz Ahmad
20. En Mazlan Subran
21. Cik Norhaslinda Abd Rahman
22. Cik Marhafida Mohammad Daud
23. En Azdi Izuar Othman

14
KPLI ( SR ) MODE LPBS

AGENDA PERKARA/AKTIVITI TINDAKAN

1. Ucapan Pengerusi Majlis


( En. Mohamad Fadli Abdullah Ali )

1.1 Kata – kata Aluan


1.1.1 – Mengucapkan salam dan bacaan
ummul kitab. Semua guru

2 Perkara yang dibincangkan

2.1 Perkhemahan Unit Berunifom


2.1.1 – Beliau menyatakan bahawa mesyuarat ini
adalah untuk membincangkan tentang
program yang akan diadakan pada Semua guru
24-26.7.2009
2.1.2 – Beliau juga menyatakan bahawa program
Perkhemahan ini akan dijalankan di KD
Sultan Ismail,Tanjung Pengelih, Guru yang
Pengeran yang berlangsung selama terlibat sahaja
3 hari 2 malam.
2.1.3 – Beliau meminta guru yang terlibat
digalakkan untuk hadir ke KD Sultan
Ismail pada hari Sabtu dan Ahad.

2.1.4 – Jurulatih dan Pegawai KD Sultan Jurulatih dan


Ismail akan mengendalikan kebanyakkan Pegawai KD
Aktiviti dalam program ini.

2.1.5 – Guru-guru diminta bertugas


Mengagihkan makanan kepada semua Guru bertugas
Murid sepanjang program ini.

2.1.6 – Beliau memaklumkan AJK yang AJK


terlibat akan menginap di rumah atau
bilik yang disewa khas.

2.1.7 – Ahli Jawatankuasa akan dibentuk oleh


Cik Hernaney dan Cik AJK
Rahmatulsyamsinah.

2.1.8 – Beliau juga memaklumkan bahawa

15
KPLI ( SR ) MODE LPBS

T-shirt untuk murid dan guru akan


ditempah dan murid perlu membayar
RM30 untuk program ini termasuk RM10
untuk bayaran T-shirt.

2.1.9 – Beliau juga meminta guru-guru untuk


membincangkan bersama cenderahati
yang perlu disediakan kepada pegawai- Guru terlibat
pegawai TLDM yang menguruskan
program ini.

– Guru-guru mencadangkan T-shirt,buku


nota kecil SK KOPOK dan tuala.

3 Hal-hal lain

.
3.1.1 – Tiada hal-hal lain.

4 Ucapan Penangguhan

4.1.1– Pengerusi majlis mengucapkan terima


Kasih kepada semua guru dan berharap
Semua guru akan dapat memberikan Semua guru
Kerjasama yang penuh dalam program
perkhemahan ini.

4.1.2– Mesyuarat ditangguhkan pada 12.45


Tengah hari.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

16
KPLI ( SR ) MODE LPBS

________________________ _____________________
( HERNANEY BINTI ANSOM ) ( Pn.Hajah Mariah Mohamad)
Setiausaha Kokurikulum Guru Penolong Kanan Kokurikulum

2) MINIT MESYUARAT GURU KALI KEDUA 2007

Tarikh : 17 Mac 2007


Masa : 8.30 pagi
Tempat : Makmal Komputer

Kehadiran:
24. Normadiah Bt. Mohamed
25. Hazlina Bt. Aziz
26. Haliza Bt. Ismail
27. Mariah Bt. Mohamed
28. Aslinda Bt. Arshad
29. Nora @ Suraya Bt. Idin
30. Noriah Bt. Darsi
31. Rahmawati Bt. Waris
32. Jamilah Bt. Abd Aziz
33. Safiah Bt. Osman
34. Siti Saparriah Bt. Hamim
35. Siti Haidah Bt. Soimin
36. Abdul Majid B. Mohamad
37. Md Akhir B. Kasmuni
38. Nahafiz B. Amran
39. Siti Norhasikin Bt. Md Salleh
40. Azian B. Zainol Bidin

17
KPLI ( SR ) MODE LPBS

41. Nazlin Bt. Abu Samah


42. Jawiyah Bt Osman
43. Masdalina Bt. Mohd Masry
44. Zulrahim B. Yusof
45. Rodiah Bt. Haron
46. Rodzuan B. Raziki
47. Sh. Nurhidayah Bt. Wan Mashor
48. Hernaney Bt. Ansom
49. Norhajjah Bt. Hasan
50. Rahmatulsyamsinah Bt Ahmad
51. Adron B. Habit
52. Mohd Aswadi B. Ab Wahab
53. Amirul Shahirin B. Md Shah
54. Mohd Dawawi B. Daud
55. Nor Azian Bt. Badri
56. Fazri B. M. Razali
57. Azdi Izuar B. Othman

AGENDA PERKARA/AKTIVITI TINDAKAN

1. Ucapan Guru Besar


( Pn. Normadiah Bt. Mohamed )

1.1 Kata – kata Aluan


1.1.1 – Mengucapkan salam dan bacaan
ummul kitab.
1.1.2 – Mengucapkan tahniah kepada anak-
anak guru yang mengambil PMR, SPM
dan STPM

1.2 Amanah dari Pengarah


1.2.1 – Memberitahu bahawa pembahagian
zon dibahagi kepada 3 iaitu Zon Pasir
Gudang, Zon Tiram dan Zon Permas
Jaya.

1.2.2 – Memberitahu bahawa PPD Pasir

18
KPLI ( SR ) MODE LPBS

Gudang terletak di Sek Kota Puteri 4.


1.2.3 – Beliau memberitahu bahawa Pengarah
ingin bersama zon PG jika ada
masalah. Panitia-panitia juga diarahkan
menjalankan mesyuarat khas bagi
menangani masalah panitia masing-
masing.
1.2.4 – Guru-guru juga dikehendaki
membincangkan program bagi panitia
masing-masing.
1.2.5 – PPD juga ingin melihat headcount dan
penguasaan Bahasa Inggeris guru-guru
PPSMI.
1.2.6 – Guru besar juga memberitahu bahawa Semua Guru
akan ada kursus 14 minggu untuk guru-
guru yang gagal peperiksaan PPSMI.
1.2.7 – Guru besar memaklumkan
kemungkinan duit BISP ditarik semula.
1.2.8 – Guru besar juga memberitahu bahawa
duit BISP itu digunakan untuk membaiki Semua Guru
komputer.

1.3 PIPP (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan) Semua Guru


1.3.1– Guru dikehendaki menepati masa
terutama pada waktu hadir.
1.3.2 – Memberitahu waktu persekolahan Semua Guru
Pagi : 7.10 pg – 1.30 ptg
Petang : 12.30tghri – 6.30ptg
1.3.3 – GB telah menyediakan borang tunjuk
sebab dan guru mesti tandatangan jika
berkaitan dengan etika guru.
Contohnya seperti hadir lewat ke
sekolah
1.3.4 – En. Azian bertanya bagaimana jika guru
yang sedang bercuti di kampung dan
selepas itu sakit.
Respon Pn. Siti:
- Cuti sakit di luar daerah mesti dari
hospital kerajaan. Selain daripada itu,
hendaklah di atas budi bicara GB. Semua Guru

1.4 Rekod Persediaan Mengajar


1.4.1 – Rekod Persediaan Mengajar hendaklah
dihantar pada hari Jumaat
Sesi pagi – 11.00 pagi
Sesi petang - 5.00 petang Semua Guru

19
KPLI ( SR ) MODE LPBS

1.4.2 – Jika tidak dapat menghantar buku


persediaan pada hari Jumaat, hantar
pada hari Isnin.
1.4.3 – Buku Rancangan Mengajar, buku
kedatangan dan rekod markah yang
baru boleh diambil di pejabat. Begitu
juga dengan alatan di dalam kelas.
1.4.4 – Sukatan pelajaran hendaklah dihantar Semua Guru
bersama rancangan mengajar

1.5 Etika Pakaian


1.5.1 – Jeans, jubah, baju Melayu teluk
belanga dan fesyen Raihan tidak
dibenarkan pakai di sekolah.
1.5.2 – Pakaian mestilah menutup aurat.

1.6 Hal-hal Lain


1.6.1 – Senarai tugas yang diberi kepada Guru Kelas
semua guru akan berubah sebab ada
guru yang dapat sambung belajar.
1.6.2 – Kutipan yuran pada 2 Januari 2007
mesti mendapat surat kebenaran
kutipan yuran. Duit yuran hendaklah Guru Terlibat
diserahkan kepada kerani pada hari itu
juga. Serahan wang hendaklah
ditandatangani.
1.6.3 – Guru yang mendapat “relief” mesti
masuk ke kelas tersebut kerana guru
telah tandatangan. Ini perlu kerana takut
berlaku kemalangan.
1.6.4 – Beliau mengharapkan guru
mengamalkan budaya kerja yang sihat.

2. Ucapan GPK HEM


( Pn. Jamilah Binti Aziz )

2.1 Kata-kata Aluan


2.1.1 – Beliau memberi salam kepada semua
guru
2.1.2 – Memohon maaf kerana unit HEM belum
dapat menyediakan salinan senarai
tugas .

2.2 Tugas-tugas unit HEM


2.2.1 – Beliau membaca nama-nama guru
yang berada dalam setiap unit HEM.

20
KPLI ( SR ) MODE LPBS

2.2.2 – Jika ada guru yang mempunyai


masalah atau terkilan dengan tugas Guru Terlibat
yang diberi, sila maklumkan kepada
beliau.
2.2.3 – Memberitahu bahawa program
developmental mesti dibuat juga. Guru
yang sudah ada cuma perlu
dokumentasikan sahaja.

2.3 Guru-guru Kelas


2.3.1 – SMM: Guru kelas 2006 mesti hantar
dan kenal pasti latar belakang murid
samada penduduk tetap,warganegara Guru Kelas
asing atau sebagainya. Jika ingin tahu
maklumat taraf warganegara boleh rujuk
pada beliau.
2.3.2 – Memberitahu bahawa masih ada guru
yang tidak menghantar rekod profail
maklumat murid dalam kad 001 dan Guru Terlibat
tidak lengkap. Hal ini menyebabkan
beliau menghadapi masalah dalam cuti
jika ada pertukaran murid keluar.
2.3.3 – Beliau mengharapkan kepada guru
kelas 2007 supaya dapat melengkapkan Guru Terlibat
rekod profail beserta dengan maklumat
murid.
2.3.4 – Mengingatkan bahawa jadual
kedatangan penting dan guru kelas
pastikan ia dihantar ke pejabat setiap Guru Kelas
hari. Jangan bawa balik ke rumah.

21
KPLI ( SR ) MODE LPBS

3 Ucapan GPK KOKU


( Pn. Hajah Mariah Binti Mohamad)

3.1 Kata-kata Aluan


3.1.1 – Beliau mengucapkan terima kasih
kepada semua guru kerana dapat
menjalankan aktiviti perkhemahan
dengan lancar walaupun agak terlewat.
3.1.2 – Beliau menharapkan kepada semua
guru yang terlibat supaya dapat
menghantar buku program 2006. Sila
pulangkan dan lengkapkan . Beliau Guru Terlibat
memaklumkan hanya ada 6 permainan
sahaja yang sudah pulangkan dan 5 lagi
belum memulangkannya kepada beliau.

3.2 Sukan
3.2.1 – Sukan Tahunan akan diadakan pada 10
Februari 2007 (Sabtu). Mesyuarat
rumah sukan pada 5 Januari 2007
( Jumaat )
3.2.2 – Pada minggu ke- 2 persekolahan akan
bermula latihan rumah sukan.
3.2.3 – Isnin & Rabu – Kenari & Nuri
Selasa & Khamis – Rajawali & Camar
3.2.4 – Sukantara pada 22 – 25 Januari 2007
3.2.5 – Acara padang pada 30 Januari 2007
3.2.6 – Peruntukan untuk sukan dinaikkan.
Aktiviti dalaman perlu dibuat.

3.3 Aktiviti Ko Kurikulum


3.3.1 – Semua guru bersetuju untuk membuat
Hari Kerja / perkhemahan pada awal
tahun.
3.3.2 – Kelab / Persatuan mesti buat
perjumpaan Mesyuarat pada 13 Januari
2007.
3.3.3 – Beliau akan mengedarkan borang untuk
menentukan kelab/persatuan dan unit Guru Terlibat
beruniform. Surat edaran akan diberi
pada murid tahun 3,4,5 dan 6.

3.4 Hal-hal Lain


3.4.1 – Beliau menyampaikan pesanan GB
supaya guru-guru penasihat sukan

22
KPLI ( SR ) MODE LPBS

menjalankan latihan dengan


bersungguh-sungguh jika mahu
menghantar pasukan. Pastikan pasukan
itu menang.
Respon En Arbain:
- “Jika tidak menang jangan hantar”. Kita
sekarang ingin pupuk semangat kesukanan di
kalangan murid-murid dan kita tidak tahu
samada murid akan menang atau kalah.
Respon Hajah Mariah:
- Beliau hanya menyampaikan amanat GB.

4.1 Ucapan Penangguhan

4.1.1– Pn. Siti Saparriah menangguhkan


mesyuarat pada jam 12.20 tengahari.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

________________________ _____________________
( Rahmatulsyamsinah Ahmad ) ( Pn. Normadiah Mohamed)
Pencatat Minit Mesyuarat Guru Besar SK KOPOK

a) ULASAN FORMAT MINIT MESYUARAT

Minit 1

- tidak mengikut format minit mesyuarat yang sebenar yang diperakui oleh
Kerajaan Malaysia iaitu Format PKPA 2/1991. Format minit mesyuarat ini
menggunakan format biasa yang digunakan oleh persatuan ketika di
universiti.
- Mengikut format PKPA 2/1991 tidak memerlukan nama dan tandatangan
setiausaha di akhir minit serta pengesahan.

Minit 2

23
KPLI ( SR ) MODE LPBS

- - tidak mengikut format minit mesyuarat yang sebenar yang diperakui oleh
Kerajaan Malaysia iaitu Format PKPA 2/1991. Format minit mesyuarat ini
menggunakan format biasa yang digunakan oleh persatuan ketika di
universiti.

b) KESILAPAN BAHASA DI DALAM MINIT MESYUARAT

Minit 1

- perkataan tindakan tidak dihitam tebalkan


- tidak menggunakan laras bahasa mesyuarat yang betul
- kesilapan penggunaan kata nama khas yang tidak ditulis huruf besar di
awal perkataan

Minit 2

- system penomboran tidak menepati ciri-ciri format minit mesyuarat yang


sebenar
- tidak menggunakan laras bahasa mesyuarat yang betul
- penggunaan imbuhan awalan “di” tidak tepat

LATIHAN 5 :Puisi

1. Anda dikehendaki mengumpul contoh-contoh puisi lama dan moden


dalam bentuk folio.Jumlah minimum contoh yang perlu dikumpul
bagi kedua-dua kategori puisi sebanyak 20 buah.

24
KPLI ( SR ) MODE LPBS

( PUISI LAMA )

PANTUN KIASAN PANTUN MENGENANG NASIB

Tikar pucuk, tikar mengkuang, Pisang raut hilang dirimba


Alas nikah Raja Melayu. pakaian anak raja di juddah,
Ikan busuk jangan dibuang, karam dilaut boleh ditimba
Buat perencah si daun kayu. karam dihati bilakah sudah.

Buah bacang masak serangkai, Kusangka nanas di tengah padang,


Burung dekut meniti batang. Kiranya pandan yang berduri
Saya dagang tidak terpakai, Kusangka panas sampai ke petang
Macam melukut di tepi gantang. Kiranya hujan di tengah hari

Terbang gelam, terbang kenanga, Buah berangan masaknya merah


Batangnya tumbang menimpa gedung. Kelekati dalam perahu
Kumbang megidam nak seri bunga, luka ditangan nampak berdarah
Bunga kembang di puncak gunung. Luka di hati siapa yang tahu.

Pokok terap tumbuh dibukit, Apa diharap kepada tudung


Belat berbanjar panjang ke hulu. Tudung salji terendak bentan
Jangan diharap guruh di langit, Apa diharap kepada untung
Kilat memancar hujan tak lalu. Untung nasib permainan badan

Limau Bentan di tepi tingkap, Permatang Budi,1991


Budak-budak melempar burung. Fajar Bakti Sdn.Bhd
Harimau di hutan lagi ku tangkap,
Kononlah pulak cicak mengkarung.
Puisi Melayu Tradisi, 1985
Fajar Bakti Sdn.Bhd.

25
KPLI ( SR ) MODE LPBS

Pantun Nasihat  Menuntut Ilmu  


Ke hulu membuat pagar, Redup ini amatlah nikmat,
  Jangan terpotong batang durian; Berkat rimbunnya si pokok jati;
Cari guru tempat belajar, Hidup ini amatlah singkat,

  Supaya jangan sesal kemudian. Sekali hidup biarlah bererti

Padi muda jangan dilurut, Berkat rimbunnya si pokok jati,


  Kalau dilurut pecah batang; Tempat burung selalu bertemu;
Hati muda jangan diturut, Sekali hidup biarlah bererti,
Kalau diturut salah datang. Isikan akal dengan ilmu

Orang Daik memacu kuda, Tempat burung selalu bertemu,


Kuda dipacu deras sekali; Menghabiskan masa siangnya
Buat baik berpada-pada, Isikan akal dengan ilmu,
  Buat jahat jangan sekali. Ilmu itu tiada habisnya.

Dayung perahu tuju haluan, Menghabiskan masa siangnya


  Membawa rokok bersama rempah;    Sebelum bermalam di dalam hutan

Kalau ilmu tidak diamalkan., Ilmu itu tiada habisnya,


  Ibarat pokok tidak berbuah. Ibarat saujana air lautan.

Sebelum bermalam di dalam hutan,

Diam berjejeran di atas ranting;


Ibarat saujana air lautan,
  Ditimba, manakan kering!

( SYAIR )

26
KPLI ( SR ) MODE LPBS

Syair dandan setia dan intan terpilih

Dendam berahi namanya desa, Berbunyilah genta di gunung dendam,


Mendam perasat raja perkasa, Ditempat padang berbunyi meriam,
Rakyatnya banyak berketil laksa, Bahangnya gunung sangat menderam,
Bersuka-suka setiap masa. Isi negeri tercenggang diam.

Riuh rendah nobat nafiri Adapun akan di dalam istana,


Semuanya konon berbunyi sendiri, Permaisuri Lela Mengerna,
Hairan tercengang isi negeri, Di dalam kecoh terlalu kena,
Apakah demikian peri, Ia pun bersalin dengan sempurna.

Air pasang penuh rata, Seorang laki-laki konon khabarnya,


Melambak sampai di kaki gegak kota, Terlalu sekali baik parasnya,
Bunyi-bunyian gegak gempita, Gilang-gemilang nur wajahnya,
Segala bunga kembanglah rata. Tak sempat disambut oleh bidanya.

Nasihat Kepada Perempuan  

Demikian wahai lagi perempuan, Jika diperbuat demikian itu


Taatlah kepada suamimu tuan, Nyatalah kamu syaitan dan hantu
Jangan menderhaka jangan melawan, Hargamu tiada serial batu,
Jadukan dirimu bersifat setiawan. Tiadalah harus dibuat menantu

Jangan sekali berniat khianat, Dukalah tuan sehari-hari,


Apalagi kurang amanat, Suami pun benci tiada terperi,
Pekerjaan wajin bukannya sunat, Jika suamimu bijak bestari,
Jika dilawan mendapat laknat. Duduklah dia mendiamkan diri.

Pertama di dunia mendapat malu, Tetapi hatinya rosaklah sudah,


Di dalam akhirat tubuh terpalu, Kerana perbuatanmu yang haram jadah

27
KPLI ( SR ) MODE LPBS

Masyhur khabar ke hilir ke hulu, Jadilah suamimu berhati gundah,


Sebab perangai tidak bermalu. Tiadalah kamu mendapat faedah.

Sangatlah murka Rabbulizzati, Hanyalah dari balasan ngeri,


Perintah suami tidak dituruti, Dimurkai Tuhan waidul kahri,
Hendaklah taat bersungguh hati, Mendapat sengsara di dua negeri,
Kepada suamimu berbuat bakti. Celaka bertambah sehari-hari.

Jangan takburkan rupamu elok,


Melebihi kebanyakan makhluk,
Menyangka dirimu tiada tertolok,
Jadilah suamimu diperolok-olok.

Jangan sekali takburkan bangsa,


Martabat tinggi di negeri dan desa,
Memandang suamimu seperti rusa,
Sombonglah tuan tutur bahasa.

Tiada menurut apa perintahnya,


Perkataan kasar selalu keluarnya,
Muka dimasamkan di hadapannya,
Jadilah suami pecah hatinya.

( SELOKA )

Lebai Malang  

Lebai nasib langkahan malang, Penat bekerja tidak terkira,


Ke hulu ke hilir penat berulang, Ke sana ke mari tersera-sera,
Celaka sial bedebah jembalang, Punah golok bersama nira,
Pakaian dibuang bertelanjang pulang. Pulang ke rumah mendapat mara

Ayuhai nasib fakir miskin,


Dapat sedekah sebungkus lempeng,

28
KPLI ( SR ) MODE LPBS

Habis hilang baju dan kain,


Penganan habis dibaham anjing.

. Dua Sejodoh   ( gurindam )

Keduanya sama cantik, Gelugur di tebing tinggi,


Umur sama muda, Bulang-baling dalam belukar,
Rupa sama cantik, Diukur sama tinggi,
Badan sama sihat, Dibanding tidak bertukar.
Hati sama suka; Bagai susu dengan sakar,
Bintang sama naik, Bagai cincin dengan permata,
Peroman sama baik. Bagai cembul dengan tutupnya,

Dibujur sama panjang, Sirih pulang ke ganganganya,


Dibidang sama lebar, Bunga pulang ke tangkainya,
Ditimbang sama berat, Buah pulang ke tampuknya,
Disukat sama penuh, Kuah tumpah ke nasinya,
Dua setumbuk bagai gelang, Harta pulang ke yang empunya.
Dua sepasang bagai subang,
Bagai pinang dibelah dua.

PUISI MODEN ( SAJAK )

PENJUAL AIR BATU

Pelan-pelan di pinggir jalan kota,


Penjual air batu suaranya ditelan deru kereta
Ia bias ditulikan dengan pekikan hon-hon,
Tuan-tuan yang tergangu bias pula menghamun

Undang-undang ialah suatu kekuasaan,


Yang biasanya untuk orang-orang bawahan,
Dan berseraklah orang-orang pakaian seragam,
Memburu tangkapan yang’ melanggar aturan’

29
KPLI ( SR ) MODE LPBS

Anak-anak di bawah kolong, perutnya kosong,


Ah' ayah belum pulang, manakah dia?
Isteri menanti dengan hati separuh bingung,
Tunggulah, betapa ia pulang jua.

(Sampai gelap merangkak menghampiri,


Penjual air batu belum pulang lagi)

Tapi berapa kali tangkapan terjadi,


Ia usahakan untuk berjual mencari rezeki.

Bilakah ruang keadilan memberi isi,


Para penjaja dalam hayatnya wajah berseri?
Bila nanti undang-undang jadi perlindungan,
Semua manusia tanpa kasta menerima keadilan.

-Usman Awang.

 BAHASA

mari kita berbahasa mari kita berbahasa


sebaiknya sebaiknya
bahasa adalah pengatur
pucuk fikiran yang bertabur dengan bahasa
bahasa adalah pelentur budi dipertingkatkan
ranting perasaan yang bersiur mesra diperlebarkan

dengan bahasa bersama


terlihat fakta padu jika tanpa bahasa
terlihat sinar ilmu bagaimana akan kita setujui
terlihat cinta biru perjanjian ini?

30
KPLI ( SR ) MODE LPBS

dengan bahasa mari kita berbahasa


pemimpin memaparkan arah sebaiknya.
di pentas siasah
dengan bahasa
orang beriman menikmati ibadah -Rahman Shaari
khusyuk dan pasrah

Debu Di Meja   Salah Dan Betul

dari manakah datangnya Jika kataku salah


debu di meja, katamukah yang betul?
adakah dibawa angin kering atau keduanya kita
atau lalatkah pemindahnya pengukir masalah.
atau ia sebelumnya
kotoran di tanganku? Kemudian

kecil butirannya apakah kita ini?


debu di atas meja, kau telah pun
kecil hampir tiada menyebut tentang mati
tapi besarkah aku di sini, ah,mati itu kepastian,
dan kawanku yang sering lantang keperluan kita ialah keputusan
dengan suara sindiran kerana keputusanlah menjanjikan
telahkah mengukur nisbah kehadiran? Padanya api masalah.

barangkali begini: Jika kataku salah


kita adalah debu di meja dan katamu betul
hadir oleh angin takdir mati pun salah dan betul itulah
dan gerak nadi ini tapi mati ialah saat terlambat
kerap digerak serangga dosa kerana dengannya
kecil aku
kecil kawanku salah tak terbetul
kecil kita di bawah kuasa. Dan betul tak terjelaskan.

31
KPLI ( SR ) MODE LPBS

- Rahman Shaari - Rahman Shaari

Pembersihan Perpisahan

mereka perjuangkan kebersihan kota Perpisahan


mengimbangi cantiknya bangunan batu adalah jarimu
dan banyaknya kenderaan lalu. Yang merentak

tapi lihatlah, bersama ombak

di celah rimbunan kemajuan ini ke lautan


betapa kering daun peribadi tiba-tiba membiru
rebah budaya oleh kasar kota.

seorang penjual air tebu perpisahan


telah dirampas balang rezekinya adalah suaramu
ia mengotorkan kota: yang merangkak
ini jalan bukan untukmu. Bersama ombak

Kalaulah si miskin semuanya mati ke daratan

Bertambah bersihlah kota ini. tiba-tiba membisu

- Rahman Shaari - Latiff mohidin

Hamparan Kuning   Gerimis Tumbuh

sesekali pulang pada dinihari


mau kuresapkan keseluruhanmu gerimis tumbuh
ke dasar diri dari langit ke bawah
lalu hidup bersam aliran darahku menjunjung benih basah
sambungan dari keikhlasan cinta dan meletakkanya
ayah ibu di tengah-tengah halaman
yang mendewasakan aku kemudian lepas rumah kami

32
KPLI ( SR ) MODE LPBS

kerana yakin pada ilmu


'tanah di kampung ini', kata ayah esok hari
'akan nanti tidak sesubur bunga-bunga hujan
apa yang bakal terhampar akan membiak di sana
di dadamu' akarnya melata melengkar

di veranda rendah ini ke pintu ke ruang jendela


mataku bermandi di lautan padi menggelapkan pandangan
hamparan kuning
engkau telah mendarahkan budayaku di saat itu
teman ikrab yang pernah menjauh mangertilah kami
kembali mengetuk pintu kesedaranku gerimis tumbuh

aku kini pulang padamu dari langit ke bawah


bersama kasih dulu tak bakal layu menjunjung perintah-Mu
aku pulang dengan rasa lama
dan akal baru.

- Rahman Shaari - Latiff Mohidin

2. Anda dikehendaki menghasilkan dua buah sajak dan lima rangkap


pantun ciptaan sendiri bertemakan pendidikan.

1) Sajak
Pendidik….. Pendidik..
Tanpa ilmu darimu Pengorbananmu sangat berharga
Negara umpama …. Tidak kira dimana jua
Jalan tanpa keretanya Engkau diperlukan sepenuh masa
Kereta tanpa enjinnya Dengan keikhlasan
Pisang tanpa jantungnya Serta kesungguhan
Bulan tanpa bintangnya Engkau Berjaya mengharumkan
Kosong……sunyi dan malap Nama Negara…
Dipersada Antarabangsa…
2) Sajak

33
KPLI ( SR ) MODE LPBS

Guru…. Guru…
Dirimu ibarat emas Engkau adalah temanku
Yang tinggi nilainya Engkau juga pembuka kunci
Tanpa dirimu sedari semua masalahku..
Bahwa dirimu bermakna Jasamu mendidik daku
Kepada insan bangsa dan Negara Akan ku kenang selalu
Kaulah kunci kejayaan Sehingga akhir hayatku…
Membantu Negara mencapai matlamat
Negara cemerlang, Terima kasih
gemilang dan terbilang…… Guruku…

5 RANGKAP PANTUN

Buah rambutan masak lebat, Terbang tinggi si burung helang,


Sedap rasanya kalai dimakan. Terbang bersama si burung nuri.
Kalau nak jadi orang yang hebat, Untuk menjadi pendidik cemerlang
Carilah ilmu dan amalkan. Ilmu ditambah setiap hari.

Indah mempersona tasik pedana, Tikus berlari disambar helang,


Jadi kunjungan si pencinta seni. Dibawa terbang kea wan tinggi
Budaya membaca sangatlah berguna, Guru penjana murid cemerlang
Bertambahlah ilmu setiap hari. Kejayaan murid di akhir nanti

Terbang tinggi si rama-rama,


Mencari-cari madu di taman.
Hormati guru amalan mulia,
Kelak menjadi insan budiman.

TAJUK 7 : KOMUNIKASI KHALAYAK

LATIHAN 1

34
KPLI ( SR ) MODE LPBS

Anda akan menyampaikan ceramah motivasi berkaitan dengan cara belajar


yang berkesan.Sediakan nota dan catatan isi untuk ceramah tersebut.

Nota dan catatan yang anda sediakan hendaklah dipersembahkan dalam


bentuk multimedia atau ‘powerpoint’.

35
KPLI ( SR ) MODE LPBS

36

You might also like