You are on page 1of 14

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK PJM3110 KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN JASMANI ISL 2 AHLI

KUMPULAN: 1. JALANI BIN ZAINI 2. MOHD HAFRIZ BIN KAMIL 3. LIMSIEW JIAU 4. SITI NOOR AISYAH

KONSEP KESEPADUAN, PENGGABUNGJALINAN DAN INTEGRASI DALAM PENDIDIKAN JASMANI

PENGENALAN
Bersepadu dan kesepaduan bermaksud bersatu, bercantum dan bersama, bukannya terpisah, terasing atau terpencil. Konsep dalam pendidikan jasmani kesepaduan merupakan penjalinan dan pengaduan unsur-unsur ilmu pengetahuan kemahiran, bahasa serta nilai-nilai dalam semua mata pelajaran secara integrasi dan menyeluruh. Kesepaduan merupakan: 1. Penjalinan dan pengadunan unsur-unsur ilmu pengetahuan 2. Kemahiran 3. Bahasa serta nilai-nilai

TEKNIK YANG MEMBOLEHKAN KESEPADUAN BERLAKU


Penggabungjalinan
Rasionalnya adalah untuk memperoleh beberapa kemahiran secara serentak Contohnya: pengiraan BMI dalam pendidikan jasmani. Berlaku penyerapan matematik.

Ciri-ciri gabung jalin:


Integrasi beberapa kemahiran Proses bersepadu dan menyeluruh Aktiviti dipelbagaikan dgn menarik Kemahiran utama menjadi focus Organisasi kemahiran fleksibel Kemahiran diintegrasikan Saling kukuh-mengukuh

Cara menggunakan gabung jalin


Mengenalpasti kemahiran utama dan kemahiran sampingan Kemahiran utama diberi fokus Kemahiran sampingan dikuasai dahulu utk kukuhkan kemahiran utama Kemahiran utama digunakan di peringkat perkembangan pelajaran, kemahiran sampingan digunakan di semua peringkat pelajaran Strategi penggabungjalinan hendaklah dirancang berdasarkan objektif, kebolehan dan pencapaian murid Kemahiran diintegrasikan dalam urutan yg sesuai. Setiap kemahiran hendaklah dikaitkan dgn kemahiran yang berikutnya secara logikal

Penyerapan
Proses menyatukan isi atau kandungan daripada matapelajaran lain. Contoh: guru mengajar pergerakan kreatif dan pada masa yang sama guru menggabungkan unsur muzik. Oleh itu, murid dapat mempelajari ilmu muzik yang sesuai dengan pergerakan kreatif yang dilakukan.

Ciri-ciri penyerapan
Mengandungi beberapa unsure ilmu pengetahuan Pelbagai unsur diserapkan dalam 1 subjek Bilangan subjek dalam penyerapan fleksibel Organisasi isi kandungan unsure utama dan unsure sampingan Proses penyerapan boleh berlaku secara serentak dengan proses penggabungjalinan

TUNJANG PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

Pendidikan Jasmani
Merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor; pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum dan keadaan baik; memperoleh pengetahuan, dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal Jenny (1961) dan Williams (1964) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya mempengaruhi semua perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial

Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani


Tunjang pembelajaran tidak perlu diajar mengikut urutan. Tajuk-tajuk setiap tunjang pembelajaran adalah seperti berikut:

1. Kecergasan
(a) Kecergasan berasaskan kesihatan i. Daya tahan kardiovaskular ii. Daya tahan otot iii. Kekuatan iv. Kelenturan v. Komposisi badan (b) Kecergasan berasaskan perlakuan i. Koordinasi ii. Imbangan iii. Ketangkasan iv. Kuasa v. Masa tindakbalas vi. Kepantasan (c) Konsep, definisi, prinsip dan kaedah latihan

2. Kemahiran
(a) Pergerakan asas (b) Permainan (c) Olahraga (d) Gimnastik (e) Pergerakan kreatif (f) Rekreasi (g) Kesenggangan

3. Kesukanan
(a) Keselamatan (b) Pengurusan (c) Kerjaya (d) Isu Pendidikan Jasmani dan Sukan (e) Etika

You might also like