You are on page 1of 33

EDU 3103: MURID DAN ALAM BELAJAR

Tutorial M2: Banding bezakan prinsip-prinsip pembelajaran

Ahli kumpulan 2 : LOW PENG XIN ONG LEE WAI HON POH YEH

(H5)

Prinsip pembelajaran Ewell

Ewell (1997) telah membentuk satu model yang menggambarkan prinsipprinsip pembelajaran dan ini mempengaruhi penguasaan pengetahuan, perkembangan kemahiran dan kompetensi apabila diaplikasikan di dalam bilik darjah.

1. Penglibatan aktif
Merupakan keadaan bagi pelajar berinteraksi Secara aktif dengan bahan pembelajaran & dapat ingat bailk apa yang dipelajari dengan berkesan Aktiviti boleh dijalankan: Pembelajaran dalam kelas Pembelajaran koperatif think-pair-share Melakukan sesuatu eksperimen

2. Perkaitan dan corak


Adaptasi terhadap konteks pembelajaran baharu & tugasan dengan mengait, mengorganisasi & menggunakan pengetahuan serta kemahiran yang telah dipelajari ke dalam struktur-struktur yang baharu. Cth: mengaplikasikan idea & tema drama tradisional ke dalam masalah moden

3. Pembelajaran informal
Pembelajaran tidak hanya berlaku dalam bilik darjah / semasa sesuatu pengajaran Cth: di satu sudut pembelajaran, guru wujudkan kawasan untuk pelajar bermain pelbagai permainan tradisional

4. Pengalaman langsung
Bergantung kepada proses pembelajaran membina makna berdasarkan pengalamannya Memberikan fokus kepada pembelajaran individu fokus terhadap proses aktif antara guru dengan murid Cth: permainan hopscotch-kemahiran mengurus pasukan, komunikasi & kepimpinan

5. Situasi mendesak ( compelling situation)


Situasi yang kompleks & mendesak dapat memotivasikan pelajar untuk mencari penyelesaian Cth: sediakan standard tinggi terhadap tingkah laku pelajar di dalam / luar blk darjah

6. Maklum balas berterusan


Merupakan maklumat yang diberi kepada individu tentang kesesuaian sesuatu tindakan serta respon mereka Maklum balas dalam proses pembelajaran berperanan bukan semata-mata pemprosesan maklumat tetapi seharusnya mempengaruhi proses-proses afektif & motivasi pelajar Maklum balas yang kerap sama ada sebagai pembetulan / insentif perlu untuk sepanjang proses pembelajaran supaya pembelajaran akan berkekalan

7. Suasana yang menyeronokkan


Maklum balas serta pembelajaran berkesan berlaku jika pelajar ada dalam persekitaran yang menyeronokkan interaksi peribadi & sokongan padu daripada guru secara peribadi Kebanyakan penbelajaran jenis ini bercorak kumpulan & secara lisan Persekitaran emosi bilik darjah dipengaruhi suara guru, gaya kepimpinan guru, sikap, kemesraan, & penggunaan ganjaran dalam bilik darjah.

8. Refleksi
Diperlukan untuk mencapai pembelajaran mendalam bagi kegunaan dalam situasi lain Merupakan proses memikirkan / merenung kembali pengalaman & implikasinya terhadap diri Cth: pelajar membuat refleksi terhadap topik yang diberikan oleh guru berkongsi idea / pengalaman

Jenis pembelajaran Gagne

Gagne mendefinisikan pembelajaran sebagai a change in human disposition or capability, which persist over period of time and which is not simply ascribe to processes of growth .

Teori pembelajaran Gagne juga dikenali sebagai teori pemprosesan maklumat. Mengikut Gagne, organisma menerima pelbagai jenis rangsangan daripada persekitarannya secara sedar dan tidak sedar.

Rangsangan ini akan diterima dan diproses oleh deria-deria orgnisma. Setiap individu akan menilai input daripada persekitarannya, mentafsirkannya dan memindahkannya kepada tindakbalas tertentu.

Dalam bukunya, Gagne (1985) telah mencadangkan lima jenis pembelajaran utama yang mana setiap satunya memerlukan cara pengajaran yang berbeza. Kelima-lima jenis pembelajaran tersebut ialah :

1. Kemahiran intelek
Kemahiran intelek merujuk kepada pengetahuan procedural seseorang individu. Gagne (1985) telah menganalisis satu episod pembelajaran yang terdiri daripada pelajar, suatu situasi rangsangan yang merupakan episod-episod yang merangsang deria pelajar dan satu tindakan atau respons yang terhasil akibat rangsangan.

a) Pembelajaran Isyarat - dimana individu bertindak balas terhadap terhadap sesuatu signal. b) Pembelajaran Hukum - melibatkan gabungan dua atau lebih konsep yang berkaitan dalam sesuatu urutan atau rangkaian.Melalui pembelajaran ini, pelajar dapat menerangkan konsep, menggunakan rumus,prinsip dan membuat generalisasi.

c) Pembelajaran Konsep - iaitu kebolehan untuk mengklafikasikan objek dan peristiwa mengikut ciri-ciri tertentu. d) Pembelajaran Diskriminasi - belajar membezakan benda mengikut ciri tertentu, untuk memudahkan proses mengkategori dan menyimpannya dalam ingatan.

e) Penyelesaian Masalah - pembelajaran ini melibatkan penggunaan prinsip, rumus, generalisasi, konsep dan hukum untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi baru. f) Rantaian satu rantaian dua atau lebih perkaitan rangsangan respons dikuasai g) Asosiasi Verbal satu pembelajaran rantaian berbentuk verbal

Kebanyakan

idea

Gagne

tentang

analisis

tugasan menunjukkan pembelajaran berlaku secara berperingkat (hierarchy) iaitu bergerak daripada peringkat dalam peringkat paling paling mudah kepada penting pasti

kompleks.Perkara ini ialah

hierarki

mengenal

prasyarat yang harus disempurnakan untuk memudahkan cara pembelajaran pada setiap peringkat.

2. Maklumat Verbal
Pembelajaran jenis ini merujuk kepada kebolehan seseorang mengungkap sesuatu peristiwa atau fakta sama ada secara lisan atau tulisan. Untuk membolehkan seseorang individu dapat melakukan sedemikian, dia perlu mempunyai kemahiran intelek dalam mengungkap atau menyebut sesuatu pernyataan, konsep,prinsip-prinsip atau prosedur.

3 Strategi kognitif
Strategi kognitif pula merupakan kemahirankemahiran di mana pelajar dapat mengawal sendiri proses -proses dalaman seperti memberi perhatian, belajar,mengingat dan memikir sesuatu. Untuk membolehkan kemahiran intelek ini diperoleh, pelajar perlu menguasai pelbagai strategi seperti strategi mengingat, strategi berfikir dan strategi mengingat kembali perkara yang telah dipelajari.

4. Kemahiran Psikomotor
Merupakan kebolehan untuk melakukan pergerakan fizikal mengikut urutan dengan tepat dan betul. Pembelajaran jenis ini melibatkan beberapa tahap iaitu pelajar akan belajar urutan yang berkenaan, kemudian mengamalkan pergerakan psikomotor tersebut dan akhirnya pemurnian pergerakan tersebut berasaskan maklum balas daripada persekitaran mereka.

5. Sikap
Gagne (1985) menyatakan sikap merujuk kepada keadaan dalaman yang mempengaruhi pilihan tindakan seseorang. Sikap seseorang dapat diperlihatkan melalui tingkah laku yang ditunjukkannya. Sikap boleh dipelajari dan dikuasai melalui pengalaman dan pemerhatian.

Untuk memupuk sikap yang diingini, guru perlu mengaitkan kejayaan dengan sikap yang tertentu atau penggunaan model yang boleh memupuk sertai mengukuhkan tingkah laku positif. Selain itu, perlu pengukuhan supaya tingkah laku yang diingin dapat dimanifestasi.

Perbezaan antara Prinsip pembelajaran Ewell dan Jenis Pembelajaran Gagne

EWELL:
Prinsip-prinsip pembelajaran yang mempengaruhi penguasaan pengetahuan, perkembangan kemahiran dan kompetensi apabila diaplikasikan di dalam bilik darjah.

GAGNE: Pembelajaran dan penyampaian isi pengajaran mesti bergerak daripada aras paling mudah kepada yang lebih kompleks.

EWELL ( 8 Prinsip)
1.- Penglibatan yang aktif 2.- Perkaitan dan corak/konstruktivisme 3.- Pembelajaran informal 4.- Pengalaman langsung 5.- Situasi mendesak 6.- Maklum balas berterusan 7.- Suasana yang menyeronokkan 8.- Refleksi

GAGNE ( 5 Jenis )
1. Kemahiran intelek 2. Maklumat verbal 3. Strategi kognitif 4. Kemahiran psikomotor 5. Sikap

EWELL ( refleksi )
 Refleksi ialah proses memikir atau merenung kembali pengalaman dan implikasinya terhadap diri kita.

GAGNE ( strategi kognitif)


 trategi kognitif pula merupakan kemahirankemahiran di mana pelajar dapat menga al sendiri proses -proses dalaman seperti mengingat dan memikir sesuatu.

EWELL:
 Melibatkan diri secara aktif  Memberi maklum balas dalam proses pembelajaran  Membuat refleksi untuk imbas kembali apa yang telah dipelajari

GAGNE:
Sikap seseorang pelajar dipelajari dan dikuasai melalui pengalaman dan pemerhatian. Sikap seseorang dapat diperlihatkan melalui tingkah laku yang ditunjukkannya. Guru memainkan peranan penting

Rujukan:
1. 2. Alick, D. 1999. Integrating multimedia and multiple intelligences to ensure quality learning in a high school biology classroom. http://www.(14 Julai 2001) Pavlov, I. P. 1962. Essay in psychology aand psychiatry including a section on sleep and hypnosis. New York: Citadel Press http://sabri23.tripod.com/tugasan5.htm http://www.scribd.com/doc/8487677/Bab-2-Prinsip-PrinsipPembelajaran http://www.scribd.com/doc/20722042/8-Prinsip-ModelEwell http://pelangipetang89.blogspot.com/2009/12/8-prinsippembelajaran-peter-t-ewell.html

3. 4. 5. 6.

You might also like