Professional Documents
Culture Documents
j3009 Unit6 100222112237 Phpapp01
j3009 Unit6 100222112237 Phpapp01
J3009/ 6/1
UNIT 6
Objektif Khusus : Di akhir unit ini, pelajar akan dapat : memahami definisi rasuk menyenaraikan jenis-jenis rasuk dan dapat melakarkan bentuknya mengenal pasti jenis-jenis beban memahami persamaan tindak balas daya untuk keseimbangan
J3009/ 6/2
6.0
PENGENALAN Anggota struktur yang direka bentuk bagi merintangi daya yang bertindak secara sisi terhadap paksinya dipanggil rasuk. Rasuk adalah satu bar atau batang yang membawa beban seperti yang digunakan di dalam struktur, bangunan, jambatan, mesin dan lain-lain. Rasuk berbeza dari bar di dalam tegangan dan mampatan kerana arah beban yang bertindak ke atasnya. Dalam mampatan bar ditindakkan kepada beban yang terarah sepanjang paksi dan dalam kilasan bar ditindakkan kepada kilasan yang mempunyai vektor-vektor di sepanjang paksinya. Sebaliknya, beban yang bertindak di atas rasuk terarah normal kepada paksi. Apabila beban dikenakan, rasuk itu akan menghasilkan momen lentur yang mengakibatkan rasuk itu melentur serta daya ricih yang cuba mericihkan keratan rentas rasuk. Dalam merekabentuk sesuatu rasuk, menentukan bentuk yang sesuai dari segi keselamatan dan juga ekonomi adalah penting. Dalam bab ini jenis-jenis rasuk yang mengufuk dan beban yang bertindak dalam satah menegak sahaja yang akan dikaji.
6.1
JENIS-JENIS RASUK Dalam bab ini kita hanya mempertimbangkan jenis-jenis rasuk mudah sahaja iaitu: i. ii. Rasuk disangga mudah Rasuk julur
6.1.1
Rasuk disangga mudah Rasuk jenis ini, Rajah 6.1 disokong oleh pin pada satu hujung dan di hujung yang satu lagi oleh pengguling. Ciri terpenting sokongan pin ialah menghalang rasuk tersebut dari beralih secara mendatar dan menegak tetapi tidak menghalang ia dari berputar. Dengan itu sokongan pin boleh membina daya tindakbalas dengan komponen mendatar dan menegak tetapi tiada
J3009/ 6/3
tindakbalas momen. Di sokongan guling pula, ia boleh merintangi daya tegak tetapi tiada daya mendatar.
Rajah 6.1: Rasuk Disangga Mudah 6.1.2 Rasuk julur Rasuk jenis ini pula Rajah 6.2 terbina atau terikat pada satu hujung sementara dihujung yang satu lagi dibiarkan bebas. Pada hujung yang terikat itu, rasuk tidak boleh beralih atau berputar manakala di hujung yang bebas kedua-dua pergerakan itu dibenarkan.
6.2 JENIS-JENIS BEBAN Beban yang sering ditemui dalam bidang kejuruteraan terdiri dari:i. ii. 6.2.1 Beban tumpu Beban teragih seragam Beban tumpu Beban jenis ini bertindak ke atas satu keluasan yang terlalu kecil dan boleh dianggap berlaku pada satu titik. Berat rasuk boleh dianggap sebagai beban tumpu yang bertindak dipusat graviti iaitu dipertengahan rentang rasuk. Rajah 6.3(a) adalah rasuk disangga mudah menanggung beban tumpu F1 dan F2. Terdapat tindak balas daya pada kedua-dua hujung penyokong untuk keseimbangan daya.
J3009/ 6/4
F1
F2
RA
Rajah 6.3(b) adalah rasuk julur menanggung beban tumpu, F dan terdapat momen pada rasuk yang terikat pada dinding. F
6.2.2
Beban teragih seragam Beban jenis ini boleh dianggap bertindak dikeseluruhan panjang rasuk atau sebahagian darinya dan diagihkan secara seragam (Rajah 6.4(a)&(b)). Nilai beban ini diberi dalam bentuk kN/m. Contohnya jika w = 50 kN/m bermakna bagi setiap meter panjang rasuk itu ia membawa beban sebanyak 50 kN dan jika panjang rasuk tersebut 2 meter maka jumlah keseluruhan beban ialah 2 x 50 kN = 100 kN. Berat rasuk juga boleh dianggap sebagai beban teragih seragam. Contoh jenis beban ini ialah seperti beban yang ditanggung oleh bumbung atau atap, lantai bangunan atau beban yang disokong oleh tangki air.
J3009/ 6/5
w kN/m
L RA RB Rajah 6.4 (a): Rasuk Disangga Mudah Yang Menanggung Beban Teragih seragam
w kN/m
6.2.3
Gandingan Gandingan merupakan tindakan piuhan yang dikenakan ke atas sesuatu rasuk. Rajah 6.5 menunjukkan rasuk yang dikenakan gandingan M1 melalui dua daya F yang bertindak di B dan satu gandingan M2 di C. Di sini nilai gandingan M1 ialah Fd Nm ke arah ikut jam manakala M2 mengikut arah lawan jam.
M1 = Fd F A B d C M2 D
J3009/ 6/6
6.3
KESEIMBANGAN DAYA Kita menganggap bahawa beban rasuk bertindak di dalam satah rajah dan beban yang bertindak di atas rasuk terarah normal kepada paksi. Anggapan ini berasaskan bahawa semua daya mempunyai vektornya dalam satah rajah dan semua gandingan mempunyai vektor momennya yang bersudut tepat kepada satah tersebut. Selanjutnya rasuk mestilah simetri terhadap satah tersebut, iaitu satah lenturan mestilah satah simetri rasuk dan keratan rentas setiap rasuk mestilah mempunyai satu paksi simetri tegak. Di bawah keadaan ini, rasuknya akan terpesong dalam satah lenturan. Walaubagaimanapun jika keadaan ini tidak dipenuhi, rasuk akan melentur keluar dari satahnya dan satu analisis lenturan yang lebih umum diperlukan. 6.3.1 Rasuk disangga mudah Rasuk yang ditunjukkan dalam Rajah 6.6 adalah boleh tentu secara statik dan tindak balasnya boleh ditentukan daripada persamaan keseimbangan. Jika beban mendatar bertindak ke atas rasuk, satu tindak balas mendatar perlu juga diwujudkan dipenyokong A. Dengan menjumlahkan momen di titik B, kita boleh mengira tindak balas di A dan sebaliknya. Keputusannya ialah;
Ra = +
wb2 2L
Rb =
Fa wb(2L b) + L 2L
Rajah 6.6: Rasuk Disangga Mudah Yang Dikenakan Beban Tumpu Dan Beban Teragih Seragam
J3009/ 6/7
6.3.2
J3009/ 6/8
AKTIVITI 6
UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA. SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DIHALAMAN BERIKUTNYA. 6.1 Berikan definisi Rasuk. _______________________________________________________________ _______________________________________________________________ _______________________________________________________________ _______________________________________________________________ 6.2 6.3 Lakarkan jenis-jenis rasuk mudah dan namakannya. Nama dan lakarkan jenis-jenis beban yang sering ditemui dalam kejuruteraan.
a)
b)
6.4
Kita menganggap bahawa beban rasuk bertindak di dalam satah rajah dan beban (a) yang bertindak di atas rasuk terarah . kepada paksi. Anggapan ini (b) berasaskan bahawa semua daya mempunyai . sendiri dalam satah rajah (c) dan semua gandingan mempunyai . yang bersudut tepat kepada satah tersebut. Selanjutnya rasuk mestilah simetri terhadap satah tersebut; (d) iaitu satah lenturan mestilah .. itu sendiri, yang bermaksud (e) bahawa keratan rentas setiap rasuk mestilah mempunyai.... Di bawah keadaan ini, rasuknya akan terpesong dalam satah lenturan. Walau
J3009/ 6/9
bagaimanapun, jika keadaan ini tidak dipenuhi, rasuk akan melentur keluar dari satahnya dan satu analisis lenturan yang lebih umum diperlukan.
J3009/ 6/10
MAKLUM BALAS 6
6.2
a)
b)
Rasuk julur
6.3
Beban Tumpu
F1
F2
RA
RB
J3009/ 6/11
6.4
L RA a) b) c) d) e) normal vektor vektor momen satah simetri rasuk satu paksi simetri tegak RB
J3009/ 6/12
PENILAIAN KENDIRI
Anda telah menghampiri kejayaan. Sebelum mencuba cuba soalan dalam penilaian kendiri ini, anda perlulah memahami dan mahir didalam unit sebelumnya. Semak jawapan dari pensyarah modul anda. Selamat mencuba dan semoga berjaya !!!!!!!!!!!!! Terangkan perkara perkara berikut:a) b) Rasuk julur Rasuk disangga mudah.
1.
2.
3.
4.
Rajah 4: Rasuk Disangga Mudah Yang Dikenakan Beban Tumpu Dan Beban Teragih Seragam
J3009/ 6/13
MAKLUMBALAS KENDIRI
Adakah anda telah mencuba ? Adakah anda telah mencuba?????????????? Jika Ya, sila semak jawapan anda.
Jawapan
1. a) Rasuk julur Rasuk jenis ini pula terbina atau terikat pada satu hujung sementara dihujung yang satu lagi dibiarkan bebas. Pada hujung yang diikat itu, rasuk tidak boleh beralih atau berputar manakala dihujung yang bebas kedua-dua pergerakan itu dibenarkan.
b)
Rasuk jenis ini disokong oleh pin pada satu hujung dan dihujung yang satu lagi oleh pengguling. Ciri terpenting sokongan pin ialah menghalang rasuk tersebut dari beralih secara mendatar dan menegak tetapi tidak menghalang ia dari berputar. Dengan itu sokongan pin boleh membina daya tindakbalas dengan komponen mendatar dan menegak tetapi tiada tindakbalas momen.
J3009/ 6/14
Di sokongan guling pula, ia boleh merintangi daya tegak tetapi tiada daya mendatar.
2.
a)
Beban tumpu Beban jenis ini bertindak ke atas satu keluasan yang terlalu kecil dan boleh dianggap berlaku pada satu titik . Berat rasuk boleh dianggap sebagai beban tumpu yang bertindak dipusat graviti iaitu dipertengahan rentang rasuk. Contoh dibawah adalah rasuk disangga mudah menanggung beban tumpu F1 dan F2. Terdapat tindak balas daya pada kedua-dua hujung penyokong untuk keseimbangan daya.
F1
F2
RA
RB
b) Beban teragih seragam Beban jenis ini boleh dianggap bertindak di keseluruhan panjang rasuk atau sebahagian darinya dan diagihkan secara seragam. Nilai beban ini diberi dalam bentuk kN/m. Contohnya jika w = 50 kN/m bermakna bagi setiap meter panjang rasuk itu ia membawa beban sebanyak 50 kN dan jika panjang rasuk tersebut 2 meter maka jumlah keseluruhan beban ialah 2 x 50 kN = 100 kN. Berat rasuk juga boleh dianggap sebagai beban teragih seragam. Contoh jenis beban ini ialah seperti beban yang ditanggung oleh bumbung atau atap, lantai bangunan atau beban yang disokong oleh tangki air. Contoh di bawah adalah rasuk disangga mudah menanggung beban teragih seragam.
J3009/ 6/15
w kN/m
RA L RB
3.
Gandingan Gandingan merupakan tindakan piuhan yang dikenakan ke atas sesuatu rasuk. Gambarajah di bawah menunjukkan rasuk yang dikenakan gandingan M1 melalui dua daya F yang bertindak di B dan satu gandingan M2 di C. Di sini nilai gandingan M1 ialah Fd Nm ke arah ikut jam manakala M2 mengikut arah lawan jam. M1 = Fd F A B d C M2 D
4. Ra = +
wb2 2L
Rb =
Fa wb(2L b) + L 2L