You are on page 1of 1

Sejarah Penubuhan SK Sebatu, Melaka

Beratapkan nipah dan bertiangkan kayu. Berdinding sekerat tanpa tingkap. Tiada sekatan bilik darjah. Berlantaikan tanah. Diasaskan oleh penduduk Kampung Sebatu dengan usaha masyarakat setempat secara gotong-royong.

Sebelum 1880

1880

Dinaikkan taraf kepada sekolah bantuan penuh kerajaan (Fully Assiated School) sebanyak 2 buah bilik darjah, 30 orang murid dan hanya 2 orang guru.

Bangunan kayu yang tinggi berbentuk 'L'mengandungi 5 bilik darjah. Manakala bilangan murid makin bertambah 7 dengan bilangan guru seramai 6 orang. September 1927

1 Ogos 1960

Mendapat bangunan tambahan (separuh kekal). Bangunan ini mempunyai 4 buah bilik darjah dengan jumlah murid seramai 327 hingga 350 orang dan bilangan guru juga semakin bertambah.

13 Mei 1973

Dimasukkan dalam kumpulan Sekolah Gred 'B'. Bangunan Baru telah ditambah iaitu bangunan kekal 2 tingkat (Blok A sekarang). Jumlah murid telah meningkat dari 400 orang hingga 450 orang dengan jumlah guru seramai 15 orang.

8 Jun 1985

Sebuah bangunan 3 tingkat telah didirikan di atas tapak yang ada sekarang (Blok B sekarang). Jumlah murid seramai 360 orang hingga 370 orang manakala bilangan guru seramai 19 orang.

Kini 2011

Kemudahan infrastruktur dan prasarana yang lengkap telah membantu proses pengajaran dan pembelajaran yang ada sekarang. Kini jumlah murid seramai 258 orang manakala jumlah guru pula seramai 28 orang.

You might also like