You are on page 1of 24

27 Mac 2008

[FPM_OKED ]

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

1.0

PENGENALAN

Pelbagai perubahan telah berlaku dengan sepat di dunia hari ini. Ahli-ahli psikologi dan sosiologi telah banyak memberi sumbangan kepada pembaharuan dalam amalan pengajaran yang menghasilkan mutu pendidikan yang lebih tinggi. Di Malaysia, beberapa perubahan baru telah berlaku dalam arena pendidikan. Berdasarkan syor-syor yang terkandung dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran (1979), Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah dilaksanakan di semua sekolah rendah mulai tahun 1983. Berikutan itu, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) turut dilaksanakan di sekolahsekolah menengah mulai tahun 1989. KBSR menitikberatkan penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira serta perkembangan individu secara menyeluruh iaitu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani secara menyeluruh dan bersepadu. Dengan cara inilah, individu-individu yang berilmu pengetahuan, berketrampilan dan berakhlak mulia akan dihasilkan.

1.1

Konsep Falsafah Pendidikan

Pada amnya, perkataan falsafah boleh difahamkan sebagai pemikiran atau pandangan yang benar, rasional dan bernas. Pemikiran atau pandangan ini dihasilkan daripada usaha kajian ahli falsafah dengan cara yang saintifik, sistematik dan logikal. Tujuan falsafah ialah mencari serta membukti kebenaran dan memberi arah tuju atau pedoman untuk perkara-perkara yang penting dalam kehidupan.

27 Mac 2008

[FPM_OKED ]

Berdasarkan huraian di atas, falsafah pendidikan boleh diertikan sebagai pedoman, arah tuju atau pandangan terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan.

1.2

Latar belakang Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Sepertimana yang kita sedia maklum, negara kita Malaysia adalah sebuah negara yang sedang membangun. Justeru, agak penting bagi kita mempunyai falsafah pendidikan tersendiri. Menyedari hakikat tersebut, maka pada tahun 1998, Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah digubal berdasarkan dokumen-dokumen dasar dan ideologi negara. Kini FPN dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). FPK yang dinyatakan berikut akan menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan. Dari sudut sejarah, falsafah pendidikan negara lahir daripada proses yang agak panjang iaitu satu proses pembinaan bangsa dan negara Malaysia semenjak merdeka lagi.

27 Mac 2008

[FPM_OKED ]

2.0

KONSEP DAN MATLAMAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

Umum mengetahui bahawa falsafah pendidikan negara yang dirumuskan pada tahun 1988 dan disebut dalam Akta Pendidikan 1996 berbunyi: Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha

berterusan ke

arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan berakhlak rakyat mulia, Malaysia yang berilmu dan

pengetahuan,

berketrampilan,

bertanggungjawab

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

2.1

Konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah bersifat eklektisisme iaitu gabungan antara falsafah tradisional dan falsafah progresif.1 Falsafah pendidikan negara merangkumi falsafah aliran epistemologi, metafizik dan aksiologi yang juga secara langsung meliputi falsafah dealisme, realisme, perenilaisme, progresivisme dan eksistensialisme.2 Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah digubal daripada usaha berfikir yang rasional dan kritis, berlandaskan daripada ideologi negara sebagaimana yang telah dimanifestasikan dalam Laporan dan Dasar Pendidikan, termasuk Rukun Negara. Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini mengambil inspirasi daripada proses

pembangunan bangsa dan negara yang agak panjang. Apa yang digariskan dalam falsafah ini juga amat berkait rapat dengan perkembangan dunia Islam dan pembangunan negara Malaysia.
1

A. Rahman & Zakaria (1994) Sufean Hussin (1996)

27 Mac 2008

[FPM_OKED ]

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Matlamat Pendidikan Individu Rukun Negara Dasar Pendidikan Kebangsaan Dasar Ekonomi Negara Dasar Ekonomi Baru Sosial Ekonomi Politik Kemodenan Kefahaman Antarabangsa Kurikulum Pendidikan untuk peringkat

Rendah
Menengah Pendidikan Guru Pendidikan Tinggi

Rajah 1: Premis asas falsafah pendidikan kebangsaan

27 Mac 2008

[FPM_OKED ]

Perbandingan falsafah ini dengan resolusi atau konsensus sedunia Persidangan Dunia mengenai Pendidikan Muslim Pertama yang diadakan di Jeddah, dari 31 Mac hingga 8 April 1977 tidak jauh berbeza. Satu petikan ulasan oleh Mohd Kamal Hassan (1988) dalam bukunya Pendidikan dan Pembangunan: Satu Perspektif Bersepadu mengatakan pengisytiharan Makkah mengenai matlamat pendidikan adalah meliputi perkembangan yang seimbang dalam keseluruhan peribadi insan melalui latihan rohaniahnya, intelek, rasional, perasaan dan indera. Sumber kepada pendidikan berkenaan adalah sumber wahyu dan akal sebagaimana yang diutarakan dalam konsensus Persidangan tersebut. Faktor keseimbangan dan kesepaduan dalam resolusi ini dapat dimanifestasikan dalam falsafah pendidikan negara yang dirumuskan 11 tahun kemudian. Falsafah Pendidikan Kebangsaan menggariskan segala istilah, pemikiran dan prinsip berkaitan dengan bidang pendidikan di negara kita. Dengan kata lain, ia menggabungkan matlamat, dasar-dasar dan amalan-amalan pendidikan sebagai satu entiti keseluruhan yang tekal, jelas dan logik.

2.2

Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

Berlandaskan kepada FPK yang telah dinyatakan, maka Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah bertujuan untuk menjelaskan secara rasional amalan-amalan pendidikan terkini serta membimbing tindakan dan tren pendidikan masa depan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1982). Ini adalah kesinambungan daripada Matlamat Pendidikan Negara iaitu melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik dan berguna. Dengan perkataan lain, Matlamat Pendidikan Negara bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut: percaya dan patuh kepada Tuhan; berilmu pengetahuan;

27 Mac 2008

[FPM_OKED ]

berakhlak mulia; bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara; memilik sahsiah yang seimbang dan bersepadu; dan memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum.

Selain daripada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan seimbang, adalah diharapkan juga, melalui proses pendidikan, Malaysia dapat mencapai matlamat pendidikannya seperti: melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan boleh memenuhi

kewajibannya sebagai seorang warganegara; menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya

membolehkannya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna, demi memberikan sumbangan terhadap kemajuan dan pembangunan; melahirkan rakyat yang boleh memahami cita-cita dan menerima serta

mengamalkan Perlembagaan;

prinsip-prinsip

dan

demokrasi

mengikut

melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cinta kepada negara; melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara, dan bersikap toleransi, agar dapat mewujudkan perpaduan rakyat berbilang kaum; dan

mengurangkan jurang perbezaan di antara kaum dengan membekalkan kemudahan-kemudahan asas pendidikan kepada golongan yang kurang berada.

27 Mac 2008

[FPM_OKED ]

Falsafah pendidikan mengandungi idea dan pandangan yang rasional terhadap pendidikan. Fungsi asas falsafah pendidikan ialah memberi panduan dan haluan kepada pakar pendidikan untuk merancang atau mereformasikan sistem pendidikan berlandaskan idea, konsep dan matlamat pendidikan negara. Sehubungan ini, Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah digubal secara rapi dan teliti oleh pakar-pakar pendidikan dengan mengambil kira seluruh aspek berkaitan dengan keperluan-keperluan individu, masyarakat dan negara.

2.3

Peranan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

Dalam sistem pendidikan Malaysia, Falsafah Pendidikan Kebangsaan memainkan peranan yang penting seperti: sebagai suluh yang memberi panduan dan arah tuju kepada segala usaha mengembangkan dan memajukan pendidikan; menjadi dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan Matlamat Pendidikan Negara; sebagai rujukan untuk membantu para pendidik memahami sistem pendidikan negara; sebagai bimbingan untuk para pendidik semasa mereka melaksanakan tugastugas pendidikan; sebagai dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan kurikulum, bahanbahan pelajaran dan strategi pengajaran dan pembelajaran; sebagai pengawal ke atas aktiviti penyelewengan daripada dasar pendidikan; dan menghilangkan salah faham, keraguan atau pertelingkahan dalam sebarang usaha melaksanakan tugas ataupun aktiviti pendidikan.

27 Mac 2008

[FPM_OKED ]

3.0

FAKTOR-FAKTOR KEBANGSAAN (FPK)

PEMBENTUKAN

FALSAFAH

PENDIDIKAN

Sebagaimana yang telah dijelaskan, Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan suluh yang memberi pedoman dan arah tuju kepada segala usaha pendidikan, maka adalah penting bagi guru dan pendidik khasnya, meneliti dan mentafsir kandungannya serta memahami secara mendalam hasrat dan cita yang terkandung di dalamnya. Kandungan, hasrat dan cita yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan boleh ditafsirkan dari segi faktor-faktor yang mempengaruhi pertimbangan-

pertimbangan semasa penggubalan dan unsur-unsur yang terkandung di dalamnya. Untuk menggubal Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang boleh memberi panduan dan bimbingan dan manfaat kepada segala usaha pendidikan, beberapa faktor yang berkaitan hendaklah dipertimbangkan terlebih dahulu. Di antara faktor-faktor yang mempengaruhi pertimbangan asas semasa menggubal Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah:

(i) (ii)

Faktor agama yang dianuti oleh rakyat negara. Faktor sosial yang meliputi struktur masyarakat dan kebudayaannya.

(iii) Faktor politik yang menentukan ideologi negara, dan seterusnya mempengaruhi dasar pendidikan. (iv) Faktor ekonomi yang mempengaruhi matlamat pendidikan dalam usaha membawa pembangunan dan kemajuan negara. (v) Faktor individu yang berkaitan dengan keperluan-keperluan asas seperti keselamatan, perkembangan potensi dan penyempurnaan kendiri. (vi) Faktor sejagat yang berkaitan dengan pandangan dan visi sedunia,

perkembangan pendidikan antarabangsa dan berkeupayaan warganegara

27 Mac 2008

[FPM_OKED ]

memberi

sumbangan

ke

arah

yang

dapat

membawa

persefahaman

antarabangsa. Pengaruh faktor-faktor tersebut dapat dikesan daripada pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dihuraikan seperti berikut:

Pendidikan

di

Malaysia

adalah

suatu

usaha

berterusan

ke

arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan berakhlak rakyat mulia, Malaysia yang berilmu dan

pengetahuan,

berketrampilan,

bertanggungjawab

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

(i)

Faktor agama: Agama Islam ialah agama rasmi bagi negara Malaysia. Di samping itu, Agama Kristian, Agama Buddha, Agama Hindu dan sebagainya juga bebas dianuti mengikut undang-undang negara. Agama-agama ini, khasnya agama Islam merupakan faktor-faktor yang penting sebagai pertimbangan asas dalam proses penggubalan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan. Unsur agama ini dapat dihayati daripada pernyataannya, iaitu: mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan... (ii) Faktor sosial: Masyarakat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum. Keharmonian dan kemakmuran negara bergantung kepada amalan sikap toleransi, bekerjasama dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Sikap yang positif ini adalah amat penting dalam usaha mencapai perpaduan kaum

27 Mac 2008

[FPM_OKED ]

yang merupakan kriteria yang paling penting untuk mewujudkan keadaan sosial yang stabil. Tujuan mencapai perpaduan kaum telah menjadi salah satu matlamat pendidikan yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, iaitu: ....melahirkan rakyat Malaysia....memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. (iii) Faktor politik: Sebagaimana yang diketahui umum, Falsafah Pendidikan Kebangsaan digubah berlandaskan kepada iedologi negara yang

dicerminkan dalam dokumen-dokumen rasmi seperti Laporan Pendidikan, Rancangan Malaysia dan Rukun Negara. Di dalam usaha membentuk ideologi negara, pengaruh politik memainkan peranan penting dalam penentuan dasar pendidikan negara. Sehubungan ini, matlamat pencapaian perpaduan kaum menjadi pertimbangan asas dalam penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Matlamat ini dapat diperlihatkan daripada

pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, sebagaimana yang telah dihuraikan dalam pengaruh faktor sosial tersebut di atas. (iv) Faktor ekonomi: Rakyat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai kemahiran dapat membantu negara memperkembangkan ekonomi dengan

meningkatkan daya pengeluarannya. Tujuan ini dapat dicapai dengan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap kemakmuran negara. Cita-cita memperkembangkan ekonomi Malaysia telah menjadi salah satu matlamat pendidikan negara yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. (v) Faktor individu: Potensi individu dapat dikembangkan melalui proses pendidikan. Potensi individu ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu akan menjadi insan yang seimbang dan harmonis. Insan yang seimbang dan harmonis sentiasa mengamalkan sikap bersyukur, sentiasa

27 Mac 2008

[FPM_OKED ]

menikmati ketenteraman jiwa serta bersedia menghadapi cabaran hidup dengan tenang. Cita-cita melahirkan individu yang seimbang dan harmonis merupakan pernyataan utama dalam kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. (vi) Faktor sejagat: Penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan pula tidak terpisah daripada pengaruh perkembangan sistem pendidikan antarabangsa. Sehubungan ini, idea-idea yang dihasilkan daripada seminar pendidikan antarabangsa pula membawa pengaruhnya ke atas Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Misalnya, program pendemokrasian pendidikan,

pensarwajagatan pendidikan dan pendidikan seumur hidup dirancangkan oleh UNESCO dalam tahun 1980-an telah dimanifestasikan dalam pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan........ Ini jelaslah mencerminkan konsep pendidikan seumur hidup.

Perkembangan, kemajuan serta pembangunan negara Malaysia bergantung kepada kerjasama negara-negara antarabangsa. Malaysia sejak awal pembentukannya pernah memainkan peranannya di arena antarabangsa dalam usaha menjamin keamanan, keadilan dan kesejahteraan untuk negara sendiri dan sejagat. Usaha kerjasama sejagat ini akan terus dipikul oleh generasi-generasi mendatang. Sehubungan ini, program pendidikan negara hendaklah merangkumi aspek sejagat yang boleh melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan, berketrampilan dan berakhlak mulia, bukan sahaja berupaya berkhidmat dan memberi sumbangan kepada negara, tetapi juga berupaya memberi jasa ke arah kemajuan, keamanan dan kestabilan antarabangsa.

27 Mac 2008

[FPM_OKED ]

4.0

ELEMEN-ELEMEN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

Falsafah Pendidikan Kebangsaan boleh diteliti dengan lebih terperinci melalui analisis yang merujuk kepada beberapa elemen. Berikut pula adalah elemen-elemen penting yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan: Elemen-elemen FPK pendidikan berterusan suatu usaha Implikasi Pendidikan adalah suatu proses pemerolehan dan pemindahan ilmu, kemahiran dan nilai murni; Proses pemerolehan dan pemindahan

berlangsung secara berterusan bermula dari kecil sehingga ke akhir hayat; Pendidikan awal kanak-kanak amat penting untuk membentuk asas sahsiah kanak-kanak yang berada dalam lingkungan umur antara satu hingga enam tahun; Sahsiah yang dibentuk sepanjang akan terus tempoh

berkembang persekolahan;

Setelah tamat persekolahan, setiap individu masih terus meningkatkan ilmu, kemahiran dan akhlak mereka;

Proses pendidikan yang berterusan bagi membantu individu menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan.

perkembang potensi individu

Setiap individu telah diberkati Tuhan dengan bakat, potensi dan kebolehan yang mungkin terpendam;

Bakat, potensi dan kebolehan seelok-eloknya

27 Mac 2008

[FPM_OKED ]

dicungkil,

dipupuk,

dikembangkan

dan

dipertingkatkan; Bakat, potensi dan kebolehan akan terjelma melalui interaksi sosial dengan orang lain dan alam sekeliling; Pendidikan seharusnya memberi peluang individu untuk berkembang bakat, potensi dan kebolehan mereka. perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu Bakat, potensi dan kebolehan tidak boleh dikembangkan secara berasingan; sebaliknya dihubungkaitkan iaitu diselaraskan bagi

mengelakkan pertentangan antara satu sama lain; Perkembangan eloknya dan peningkatan seelokiaitu

merangkumi empat

aspek,

intelek, rohani, emosi dan jasmani. insan yang seimbang dan Amat penting bagi individu memiliki ilmu (intelek), sahsiah yang baik (emosi), percaya kepada Tuhan serta mempunyai akhlak yang baik (rohani) dan kesihatan diri yang baik (jasmani); Keseimbangan antara keempat-empat aspek di atas akan menghasilkan individu yang mampu hidup secara harmonis dengan diri dan orang lain; Individu sedemikian memiliki ketahanan untuk menghadapi segala cabaran hidup serta sanggup berhadapan dengan apa jua

harmonis

masalah yang timbul.

27 Mac 2008

[FPM_OKED ]

unsur intelek

Mempunyai kemahiran asas 3M: membaca, menulis dan mengira; Sering berusaha untuk memperoleh dan mengembang ilmu yang benar; Berkemahiran untuk berfikir secara kreatif, kritikal dan reflektif; Sanggup untuk berkongsi ilmu dengan orang lain dan persekitaran (menyebarluaskan ilmu).

unsur rohani

Menyedari dan percaya kepada Tuhan; Bersyukur dengan pemberian Tuhan; Berakhlak mulia dan berpegang kepada nilainilai murni.

unsur emosi

Mempunyai emosi yang matang dan stabil; Memiliki sayang; Mempunyai sifat kekitaan dan perpaduan. Menyedari tentang kepentingan kesihatan fizikal; dan memupuk perasaan kasih

unsur jasmani

Mengembangkan

bakat

dan

kemahiran

teknikal, manipulatif dan sosial; Menggunakan kemahiran kecergasan fizikal untuk memanfaatkan masyarakat. kepercayaan kepada Tuhan dan kepatuhan Mengakui tentang kewujudan Tuhan; Mengakui Tuhan sebagai Pencipta manusia dan alam; Menyedari bahawa hukum dan fenomena alam merupakan peraturan yang ditetapkan oleh Tuhan; Menyedari bahawa individu

27 Mac 2008

[FPM_OKED ]

bertanggungjawab rakyat Malaysia yang rakyat Malaysia yang berakhlak mulia

sepenuhnya

ke

atas

segala perbuatan dan tindakannya; Mengamalkan segala ajaran agama yang dianuti. rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan Cintai ilmu pengetahuan; Berusaha memupuk budaya ilmu dan budaya membaca; Mempunyai fikiran yang luas dan terbuka. Mempunyai kecekapan dan kompetensi diri; Berkebolehan untuk menjalankan tugas

berketrampilan

dengan sempurna; Berpandangan jauh dan berinisiatif; Memupuk pembawaan diri yang baik. Mempunyai perwatakan diri yang baik; Berpegang kepada nilai-nilai murni dan moral sebagai prinsip hidup. rakyat Malaysia yang Boleh dipercayai; Menyedari bahawa setiap tugas amanah dan dan

bertanggungjawab

tanggungjawab

merupakan

harus dilaksanakan dengan baik; Menjalankan tugas dengan amanah, bersih dan cekap; Mematuhi negara; Berusaha untuk meningkatkan diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara. rakyat Malaysia yang mencapai Berfikiran waras dan berjiwa tenang; Mempunyai daya ketahanan yang kuat untuk menghadapi cabaran hidup. peraturan dan undang-undang

berkeupayaan kesejahteraan diri

27 Mac 2008

[FPM_OKED ]

rakyat

Malaysia

yang

dapat

Berusaha untuk memupuk perpaduan rakyat melalui kekitaan, sebagainya; sifat toleransi, bertimbang rasa, dan

memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara

hormat-menghormati

Berusaha untuk memajukan ekonomi negara berdasarkan dasar-dasar yang ditetapkan; Sering mengekalkan kestabilan politik dan keamanan negara; Mematuhi negara; Mempertahankan maruah diri, profesion, perlembagaan dan peraturan

agama, bangsa dan negara. berkeupayaan kesejahteraan diri mencapai Mempunyai daya tahan fizikal dan mental yang tinggi; Berkebolehan untuk mengharungi liku-liku hidup. sumbangan terhadap Menjadikan hidup; Memupuk persefahaman keluarga; Mematuhi norma masyarakat; Cintakan negara. Rukunegara sebagai amalan

keharmonian dan kemakmuran keluarga, negara masyarakat dan

Jadual 1: Elemen-elemen yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan Sumber: Falsafah dan Pendidikan di Malaysia untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian 4 Tahun

27 Mac 2008

[FPM_OKED ]

5.0

PERANAN SEKOLAH DALAM MEREALISASIKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

5.1

Peranan pihak pentadbiran sekolah

Pihak pentadbiran sekolah perlu menerapkan budaya-budaya yang positif dalam diri setiap murid-muridnya di samping memastikan dasar-dasar pendidikan negara dijalankan dengan baik. Budaya sekolah, kadang kala dikenali sebagai iklim sekolah, mengandungi empat aspek utama, iaitu aspek fizikal, aspek sosial, aspek

perkembangan intelek dan aspek penggunaan bahasa. Aspek fizikal merangkumi perkara-perkara berikut: Kebersihan bilik darjah, kantin, tandas dan kawasan sekolah serta anggota-anggota sekolah; Keselamatan anggota-anggota sekolah dilindungi dengan peraturan sekolah, alatan dan kemudahan, keselamatan yang lengkap termasuk mengadakan perkhidmatan keselamatan seperti pertolongan cemas dan kawalan keselamatan lalu lintas; Kemudahan-kemudahan sekolah cukup dan lengkap serta digunakan dengan baik dan cermat; Keselesaan seperti ruang untuk bergerak mencukupi, peredaran udara segar dan menyenangkan, suasana tenang dan kondusif untuk

pengajaran dan pembelajaran; dan Keindahan sekolah dengan tumbuh-tumbuhan, bunga, pokok serta perhiasan-perhiasan yang merangsangkan suasana keselesaan.

27 Mac 2008

[FPM_OKED ]

Aspek sosial merangkumi perkara-perkara berikut: Hormat-menghormati di antara anggota-anggota sekolah serta mematuhi peraturan-peraturan sekolah; Rasa tanggungjawab terhadap diri, anggota sekolah lain serta

sekolahnya; dan Bekerjasama di antara anggota-anggota sekolah, bersedia untuk bantumembantu dan rela menjalankan tugas masing-masing tanpa rungutan.

Semua aspek budaya sekolah ini perlu diterapkan dalam diri setiap murid agar dapat melahirkan insan yang harmonis serta seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

5.2

Peranan guru

Sewajarnya, guru memainkan peranan penting dalam merealisasikan Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan misi membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia serta menjadi pusat kecemerlangan pendidikan di serantau. Sehubungan dengan itu, usaha guru dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah ditumpukan kepada penekanan-penekanan berikut: Pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang dapat berjaya

memperkembangkan potensi murid dari aspek intelek, jasmani, emosi, dan rohani secara keseluruhan dan bersepadu. Pelaksanaan pengurusan dan pentadbiran dengan penyelenggaraan prasarana supaya kemudahan pengajaran dan pembelajaran dapat

27 Mac 2008

[FPM_OKED ]

digunakan secara licin dan optimum, serta dalam keadaan yang baik dan selamat. Pelaksanaan perhubungan dengan masyarakat dengan mewujudkan perkongsian pintar (smart partnership) di antara sekolah dengan masyarakat supaya melahirkan semangat kerjasama demi dapat

membantu pembangunan sekolah, baik dalam sumber kewangan mahu pun tenaga yang diperlukan.

Sesungguhnya, misi Kementerian Pelajaran Malaysia ialah memperkembangkan potensi pelajar secara menyeluruh dan bersepadu, serta membangunkan sistem pendidikan negara supaya menjadi pusat kecemerlangan pendidikan serantau dan bertaraf dunia. Pencapaian misi dan matlamat pembentukan sistem pendidikan bertaraf dunia meliputi komponen-komponen berikut: Prasarana yang berkualiti; Aplikasi teknologi yang canggih (ICT); Warga pendidikan yang proaktif; Kurikulum yang kemas kini dan bersesuaian dengan perkembangan kini; Peluang diadakan untuk Penyelidikan dan Pembangunan (R&D); dan Ada Dasar Pendidikan terbuka.

Ringkasnya, untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pihak sekolah dan guru memainkan peranan penting dalam pelaksanaan strategi-strategi yang ditentukan dan ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

27 Mac 2008

[FPM_OKED ]

6.0

IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) DALAM SISTEM PENDIDIKAN NEGARA KITA

Berdasarkan huraian di atas, terdapat beberapa implikasi FPK terhadap sistem pendidikan negara. Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan sebuah dokumentasi yang murni dan luhur, dan memerlukan penghayatan, pemahaman dan keprihatinan para pendidik untuk merealisasikan tujuan dan cita yang tersisip dalam kandungannya. Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi pengetahuan umum pada tahun 1988, telah menjadi teras dan tunjang kepada sistem pendidikan negara kita. Justeru itu, semua perancangan dan aktiviti pendidikan hendaklah merupakan pancaran nilai-nilai dan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sememangnya kemunculan Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan membawa implikasi-implikasi kepada sistem pendidikan kita seperti yang dihuraikan berikut.

(i)

Implikasi terhadap kurikulum Perubahan kurikulum sekolah selaras dengan cita dan tujuan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini meliputi; Perubahan sukatan pelajaran yang berorientasikan kepada program bersepadu. Perubahan bahan-bahan pelajaran yang mengutamakan nilai-nilai murni diserapkan dalam semua mata pelajaran. Perubahan program pendidikan yang berorientasikan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. Perubahan sistem pendidikan yang berorientasikan ke arah pendidikan umum. Perubahan sukatan pelajaran yang sesuai untuk melatih kemahiran pelajar dalam bidang vokasional dan teknologi.

27 Mac 2008

[FPM_OKED ]

PENDIDIKAN

Sekolah Bestari Sekolah Wawasan Sekolah Projek dan lain-lain

KURIKULUM
Bentuk pengajaran pembelajaran Peperiksaan Bahan / sumber

SISTEM PENDIDIKAN

GURU

Pendidikan Guru, kualiti dan lain-lain

BUDAYA SEKOLAH
Budaya saing Budaya cemerlang Budaya positif dan lain-lain

Rajah 2: Implikasi FPK sistem pendidikan

27 Mac 2008

[FPM_OKED ]

(ii)

Implikasi terhadap pendidik Perubahan sikap pendidik dan profesionalnya untuk menjalankan tugas sejajar dengan tujuan dan dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini meliputi: Perubahan sikap peribadi pendidik sendiri dengan pandangan dan visi yang positif terhadap tugasnya untuk merealisasikan tujuan dan cita Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Perubahan profesional dengan mengubah strategi dan teknik

pengajarannya yang sesuai untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, berketrampilan serta berakhlak mulia.

(iii)

Implikasi terhadap institusi pendidikan Perubahan organisasi sekolah ke arah mewujudkan situasi yang sesuai untuk melahirkan pelajar-pelajar mengikut tujuan dan cita Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini meliputi: Perubahan kemudahan-kemudahan supaya pelajar-pelajar mendapat peluang mengembangkan potensi mereka dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani, secara menyeluruh dan seimbang. Perubahan aktiviti budaya sekolah yang kondusif untuk memupuk nilainilai murni dalam jiwa pelajar. Perubahan iklim sekolah yang kondusif untuk melahirkan pelajarpelajar yang mencintakan ilmu dan seterusnya membentuk budaya membaca dalam kalangan mereka.

27 Mac 2008

[FPM_OKED ]

7.0

RUMUSAN

Sekiranya dilihat dari segi sistem yang telah disediakan dan dilaksanakan selama ini, terdapat usaha yang gigih untuk memperbaikinya dari semasa ke semasa. Sekiranya ditinjau secara halus dari segi hasil dasar dan sistem pendidikan kebangsaan, seharusnya ia mampu mengeluarkan pelajar yang berilmu, bermoral (akhlak), beradab dan bersopan, seorang individu yang boleh menjadi warganegara yang cukup baik. Namun terdapat pelbagai masalah moral, disiplin dan kelemahan akademik dalam kalangan sebilangan besar pelajar Melayu, terutamanya dari luar bandar. Kesimpulannya, jelas terbukti bahawa sekiranya setiap pendidik berpegang kepada FPK dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab profesional mereka, sudah pasti matlamat dasar pendidikan negara akan menjadi satu kenyataan, dan bukan hanya satu impian sahaja.

27 Mac 2008

[FPM_OKED ]

SUMBER

Choong Lean Keow (2008). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian 4 Tahun. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Sufean Hussin (2004). Pendidikan di Malaysia Sejarah, Sistem dan Falsafah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

You might also like