You are on page 1of 10

57

BAB 3

METODOLOGI

3.1

PENGENALAN

Dalam menjalankan suatu kajian atau penyelidikan, metodologi kajian merupakan perkara yang penting di dalam penyelidikan. Metodologi merupakan suatu perancangan teliti yang dibuat dari permulaan kajian hingga peringkat akhir kajian. Melalui perancangan teliti, maklumat-maklumat dan hasil kajian boleh dijadikan sumber rujukan dan boleh digunakan oleh semua pihak yang berkenaan dengan kajian yang dijalankan.

58

3.2

PERANCANGAN KAJIAN

Dalam menjalankan proses perancangan kajian, terdapat beberapa aspek yang harus difahami dan dikenalpasti seperti matlamat, dan objektif kajian, pengumpulan data, penganalisaan data dan kesimpulan berdasarkan kajian yang telah dijalankan. Penyusunan strategi perlu dilakukan di mana ia melibatkan kerja-kerja pengumpulan maklumat dan penghuraian pengetahuan, pemerhatian dan pengiraan data yang diperoleh hasil daripada data yang sedia ada. Kempulan dadah ini meliputi beberapa aspek iaitu kajian awal, kaedah pengumpulan data dan penganalisaan data.

3.2.1

Kajian Awal

Bagi mendapatkan gambaran awal berkaitan dengan bidang kajian dan data-data yang releven, kajian literatur, pembacaan, pemahaman, dan pemerhatian perlulah dijalankan pada peringkat kajian awal untuk membantu dalam mengelaskan data-data yang telah diperolehi kepada sub-sub bidang kajian yang berkaitan.

3.2.2

Pengumpulan Data

59

Pada peringkat pengumpulan data, masa yang banyak diperlukan bagi mendapatkan pengumpulan maklumat mengenai artikel-artikel terkini mengenai pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerja. Ini adalah kerana maklumat yang

mencukupi dapat memberikan pengalaman atau pemahaman kepada penyelidik mengenai kajian projek yang dijalankan. Pengumpulan maklumat dilakukan melalui pembacaan yang teliti daripada buku rujuka, jurnal-jurnal, majalah-majalah, dan artikelartikel terkini. Bahan-bahan ini boleh diperolehi daripada perpustakaan, majalahmajalah, dan sumber-sumber dari internet. Data-data berkaitan dikumpulkan dan diklasifikasikan kepada dua peringkat utama iaitu data primer dan data sekunder apabila mendapat gambaran awal mengenai bidang kajian. Maklumat dalam kajian ini diperolehi daripada pemerhatian sendiri, pemeriksaan dan sesi temubual secara tidak langsung dengan para pekerja di tapak bina.

3.2.3

Penganalisaan Data

Berpandukan kepada objektif-objektif kajian yang telah diterangkan, maklumatmaklumat yang diperolehi dianalisis di mana ia melibatkan kerja-kerja membuat kesimpulan mengenai maklumat-maklumat penting seperti punca-punca kemalangan di tapak bina, pengaplikasian program keselamatan dan kesihatan serta cadangan dan kesimpulan.

60

3.3

INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen utama kajian adalah dengan menggunakan soal selidik dan temu bual kepada para pekerja di tapak bina.

3.4

KAJIAN LITERATUR

Pembacaan dan penelitian maklumat ke atas bahan-bahan kajian seperti bukubuku rujukan, majalah, jurnal, tesis dan sumber-sumber kajian lain yang berkaitan dengan teori-teori mengenai pengurusan keselamatan dan keihatan pekerja boleh dijalankan di kajian literatur. Maklumat boleh diperolehi daripada Perpustakaan Politeknik Kota Kinabalu ( PKK ), Perpustakaan Negeri Sabah, Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah ( UMS ) dan rujukan daripada pejabat PERKESO. Selain itu, pencarian maklumat yang berkaitan juga boleh diperolehi daripada kemudahan internet.

3.5

KAJI SELIDIK

61

Kajian yang dijalankan merupakan sutu penyelidikan yang berbentuk tinjauan ( survey research ) yang memerlukan kepada pelbagai kaedah kajian. Pemilihan kaedahkaedah tersebut perlu dilakukan secara sistematik dan berkesan agar hasil kajian yang diperolehi memenuhi kehendak objektif atau matlamat yang ingin dicapai. Dengan itu, perancangan yang rapi dan teliti harus dilakukan terhadap setiap tindakan yang ingin diambil. Dalam penyelidikan ini, kaedah kajian yang digunakan ialah kaedah Skala Likert. Melalui kaedah Skala Likert, ia dijalankan dengan mengaplikasikan kaedah soal selidik. Melalui kaedah soal selidik, pengumpulan data-data atau maklumat terkini dapat diperolehi. Kelebihan yang diperolehi daripada kaedah ini ialah data yang dikehendaki boleh didapati secara terus daripada borang soal selidik, masa menjawab yang singkat dan memudahkan responden untuk memberi jawapan. Ini kerana kesemua jawapan yang dikehendaki telah tersedia dalam boring soal selidik dan responden hanya perlu menanda sahaja pada jawapan yang difikirkan sesuai. Selaian itu juga, penggunaan Skala Likert ini mengkehendaki responden atau subjek menandakan jawapan mereka tentang sesuatu kenyataan berdasarkan satu skala dari satu ekstrem kepada ekstrem yang lain ( Azizi Hj. Yahaya, 2006 ) . Dengan itu, keadah ini paling sesuai dipraktikkan bagi tujuan pengumpulan data memandangkan pihak responden yang terlibat dalam industri pembinaan sentiasa sibuk dan mempunyai masa terluang yang sangat singkat. Berikut adalah contoh penggunaan Skala Likert. Perkara Skor Sangat Tidak Setuju Kurang Setuju 3 Setuju 4 Sangat Setuju 5

Tidak Setuju 1 2

62

Jadual 3.1 : Skala Likert

3.6

TEMUBUAL

Namun begitu, tidak kesemua data dapat diperolehi dengan menggunakan borang soal selidik sahaja. Maklumat-maklumat seperti pandangan, komen, dan penjelasan terhadap punca-punca yang berlaku oleh responden bagi menceminkan praktis sebenar dengan jelas dan efektif amat sukar dimasukkan bersama dengan soal selidik. Oleh itu, bagi menampung kelemahan ini, kaedah temu ramah telah dijalankan. Melalui temu ramah, pemahaman yang jelas dan dalam juga dapat diperolehi memandangkan wujudnya komunikasi dua hala antara penyelidik dengan responden. Pemahaman yang jelas ini amat penting dalam membantu penyelidik menyediakan laporan yang baik.

3.7

PEMILIHAN TAJUK

63

Dalam melaksanakan projek ini, tajuk kajian yang ingin dikaji adalah berkenaan dengan Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja di tapak bina 1 Sulaman. Tajuk ini dipilih adalah berdasarkan masalah sikap pekerja yang kadang kalanya cuai, leka ataupun sambil lewa dalam menjalankan kerja di tapak bina. Pemilihan kawasan ini adalah kerana ia masih berada di dalam proses pembinaan dan memudahkan kami untuk menjalankan soal selidik berkenaan dengan keselamatan dan kesihatan pekerja.

3.8

PENYERAHAN PROPOSAL

Proposal merupakan kertas kerja cadangan dan kertas kerja awal bagi menentukan permasalahan serta objektif projek yang dibuat. Selain itu, ia juga dapat memberi gambaran awal yang merangkumi kerja projek yang perlu dijalankan serta merupakan pengenalan kepada projek yang dibuat.

3.9

PENGAMBILAN DATA DAN KAJIAN DI KAWASAN PROJEK

64

Pengambilan data dibuat untuk mengkaji sejauh mana Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja dilaksanakan dan idea-idea baru atau cadangan akan diusulkan sekiranya ada bagi memastikan pengurusan dijalankan dengan lebih efektif.

3.10

ANALISIS DATA

Proses penganalisaan data akan ditunjukkan dalam bentuk jadual dan graf palang di mana ia merangkumi berapa banyak pekerja yang memberi pendapat mereka berkenaan dengan soal selidik yang dilakukan.

3.11

PERBINCANGAN DAN CADANGAN PROJEK

Berdasarkan data yang diperolehi, perbincangan dapatlah dilakukan dan perbandingan pendapat dapat dibuat untuk menentukan Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja berjalan dengan efektif atau sebaliknya di tempat kajian projek dijalankan. Kemudian cadangan bolehlah dikemukakan bagi meningkatkan lagi tahap Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja di tapak bina tersebut. Data daripada hasil soal selidik juga boleh digunakan bagi menyokong cadangan terhadap perbincangan yang dibuat.

65

3.12

PENYEDIAAN BAHAN PEMBENTANGAN DAN PENYEDIAAN LAPORAN AKHIR

Hasil daripada data-data yang telah diperoleh dan dianalisis, kemudiannya ia akan disediakan untuk dijadikan sebagai bahan untuk pembentangan serta melengkapkan laporan akhir berkaitan dengan keseluruhan kerja bagi projek Kajian Kes Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja di Tapak Bina di 1Sulaman. Ia bertujuan untuk memudahkan lagi proses pembentangan dilakukan dan sebagai bukti bagi projek yang telah dijalankan serta hasil yang telah diperolehi.

3.13

PEMBENTANGAN

Pembentangan merupakan antara kerja akhir mengenai projek yang telah dilaksanakan. Hasil daripada kerja projek yang telah dijalankan, ia perlulah dibentang serta diterangkan secara terperincih. Pemilihan serta isi kandungan projek juga harus diterangkan secara keseluruhan melalui pembentangan ini dan bagi membuktikan hasil daripada laporan dibuat, keseluruhan skop kerja projek serta cadangan juga perlu diterangkan.

3.14

PENYERAHAN LAPORAN AKHIR

66

Laporan akhir yang telah lengkap merangkumi keseluruhan skop kerja yang telah dijalankan diserah mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Setelah laporan akhir dapat disahkan dan mendapat persetujuan daripada penyelia sebagai melengkapi hasil muktamad projek yang telah dijalankan, laporan tersebut akan diserahkan.

3.15

CARTA ALIR METODOLOGI KAJIAN

PEMILIHAN TAJUK PROJEK

PENYERAHAN PROPOSAL PENGAMBILAN DATA DAN PERBINCANGAN DAN PENYEDIAAN BAHAN PEMBENTANGAN DAN KAJIAN DI KAWASAN PEMBENTANGAN PROJEK PENYERAHANLAPORAN AKHIR ANALISIS DATA CADANGAN PROJEK PENYEDIAAN LAPORAN AKHIR PROJEK

You might also like