You are on page 1of 5

Contoh Isu Diskriminasi 1antina

Nicole bekerja dalam Syarikat Apple Sdn. Bhd selama 10 tahun. Nicole seorang yang rajin
dan menjalankan kewajipannya sebagai seorang pekerja dengan bersungguh-sungguh.
Prestasi Nicole dalam syarikat sangat unggul dan amat disanjungi oleh rakan sekerjanya.
Ramai yang yakin bahawa dia akan dilantik sebagai pengurus pada masa depan. Namun
begitu, keputusan pengerusi Syarikat Apple Sdn. Bhd., Encik Tan telah mengecewakan
Nicole dan pekerja-pekerja yang lain. Beliau telah melantik John, seorang pemuda sebagai
pengurus baru. Semua pekerja berpendapat bahawa Encik Tan bersikap diskriminasi jantina,
kerana beliau beranggap bahawa kaum wanita tidak berkemampuan dalam pengurusan
syarikat.

Definisi diskriminasi jantina
1. iskriminasi merujuk kepada pelayanan yang tidak adil terhadap individu tertentu, di
mana layanan ini dibuat berdasarkan kumpulan yang diwakili oleh individu berkenaan.
2. iskriminasi merupakan suatu amalan yang biasa dijumpai
dalam masyarakat manusia. Ia berpunca daripada kecenderungan manusia untuk
membeza-bezakan manusia. iskrimasi boleh berlaku dalam pelbagai konteks. Ia
boleh dilakukan oleh orang perseorangan, institusi, Iirma, malah oleh kerajaan.
3. Seseorang diberi layanan yang tidak adil disebabkan oleh jantina mereka. Misalnya,
seorang wanita menerima gaji yang lebih rendah dengan lelaki sejawatnya, walaupun
sumbangan mereka adalah sama.

!unca-punca diskriminasi jantina
1. Fikiran kolot yang diwarisi turun-temurun
- Sejak generasi dahulu, masyarakat sentiasa berpendapat bahawa lelaki sepatutnya
bekerja dan mencari rezeki kepada sesebuah keluarga.
- Lelaki merupakan ketua keluaga manakala wanita seharusnya tinggal di rumah
untuk menjaga anak-anak. Mereka tidak bersetuju bagi wanita untuk bekerja
selepas berkahwin dan adanya anak sendiri pada masa yang sama.
- Selain itu, kebanyakan mereka juga berpendapat bahawa lelakilah yang
mempunyai kebolehan dan berkaliber untuk memikul sesetengah tanggungjawab
dalam pekerjaan jika berbanding dengan wanita.
. Wanita bukan pekerja tetap
- Wanita sering dilihat sebagai tenaga buruh yang boleh diambil dan dipecat dengan
senang-wenangnya kerana mereka dianggap bahawa kehidupannya akan disarai
oleh kaum lelaki ataupun suami dan ayahnya.
- Ramai kaum wanita dianggap bahawa mereka akan berumahtangga pada masa
depan dan mereka bertanggungjawab untuk mengurus rumah sebagai seorang suri
rumah tangga. Justeru itu, mereka akan berhenti kerja setelah berumahtangga.
3. !rasangka / stereotaip terhadap seseorang
- Kadang kala, diskriminasi jantina berlaku semata-matanya disebabkan oleh
stereotaip terhadap individu yang lain.
- alam sesebuah syarikat, sesetengah majikan berprasangka terhadap pekerja
mereka. Keputusan mereka dalam pengagihan kerja bagi pekerja untuk memikul
sesetengah tanggungjawab besar kemungkinannya akan dijejaskan.

angkah-langkah Mengatasi Isu Diskriminasi 1antina
1. Tanggungjawab pihak sekolah dan kerajaan.
- Pihak sekolah dan kerajaan seharusnya mendidik para pelajar sejak kecil lagi.
Setiap kanak-kanak harus dididik agar mereka tahu akan kepentingan untuk
hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa mengira perbezaan jantina. Hal
ini dapat memanIaatkan mereka serta terhadap masyarakat pada masa kelak.
. Mengadakan kempen atau perbincangan untuk meningkatkan kesedaran.
- Pihak yang berkenaan boleh mengadakan kempen untuk meningkatkan kesedaran
masyarakat tentang kesan isu diskriminasi jantina. Perbincangan juga boleh
diadakan untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan dengan sikap sosial
dan norma-norma agar mereka dapat lebih memahami satu sama lain dengan lebih
mendalam dan memberi layanan yang setaraI tanpa perbezaan jantina.
3. !ersepsi seseorang seharusnya berfikir matang.
- Seseorang seharusnya berIikiran matang dan bertanggungjawab terhadap tindakan
mereka. Setiap individu tidak sepatutnya mempunyai persepsi yang negatiI atau
stereotaip akan jantina lain. Mereka haruslah sentiasa bersikap rasional dalam
membuat pertimbangan dan bertindak secara wajar dan adil terhadap orang lain.

Kesan-kesan Isu Diskriminasi 1antina
1. Ketidakseimbangan dalam masyarakat.
- Sekiranya isu diskriminasi jantina semakin menjadi-jadi dalam masyarakat, hal ini
akan menimbulkan ketidakseimbangan dalam sesebuah masyarakat. Mereka yang
terlibat dalam diskriminasi jantina akan berasa tidak puas terhadap kalian yang
berprasangka terhadap mereka.
. Seseorang akan berasa rendah diri.
- Seseorang berasa sangat memalukan disebabkan oleh isu diskriminasi jantina.
Mereka bukan sahaja didiskriminasikan, kadang kalanya mereka juga diejek oleh
orang lain. Jikalau mereka dilayan dengan begitu bagai suatu jangka masa panjang,
hal ini akan memudaratkan mereka.
3. Menyebabkan keruntuhan akhlak.
- Isu diskriminasi jantina akan mengakibatkan keruntuhan akhlak bagi generasi
yang akan datang. Mereka akan dipengaruhi sekiranya selalu berdepan dengan isu
ini.
Teori Moral Sekular
hujah menyokong isu diskriminasi jantina
1. Teori Deontologikal
eIinisi : Suatu tindakan tidak boleh dinilai ke atas kesudahannya dan tidak jelas serta
tidak dapat ditentukan hasilnya semasa tindakan atau keputusan tersebut dibuat. Nilai
prinsip bermoral sebaliknya harus bergantung pada niat seseorang itu yang membuat
keputusan atau melakukan sesuatu tindakan.
Berdasarkan kes perlantikan John sebagai pengurus yang baru, tindakan Encik Tan
dianggap sebagai tidak memikirkan kesan akibat keputusannya. ari segi keputusan
Encik Tan, perbuatannya merupakan tanggungjawab dan kewajipannya sebagai seorang
pengerusi syarikat.
. liran Utilitarianisme
eIinisi : Bermoral sekiranya tindakan yang membawa kebaikan kepada sebanyak
mungkin orang yang terlibat dalam sesuatu situasi.
Aliran ini menunjukkan bahawa perbuatan Encik Tan tidak bermoral kerana
keputusannya yang melantik John sebagai seorang pengurus yang baru kelihatannya
tidak akan memberikan manIaat dan kebaikan kepada syarikatnya jika berbanding
dengan kebolehan Nicole.

hujah menentang isu diskriminasi jantina
1. Teori Keperibadian Mulia
eIinisi : Bermoral sekiranya manusia memiliki keperibadian mulia seperti kejujuran,
amanah dan baik hati sebelum dapat memahami Iungsi dan autoriti peraturan.
Berdasarkan teori ini, ia telah menunjukkan bahawa Nicole mempunyai teori
keperibadian mulia dalam dirinya. Nicole bekerja dengan bersungguh-sungguh bukannya
demi status dalam syarikatnya tetapi hanya menjalankan kewajipan yang sepatutnya
sebagai seorang pekerja.


. liran Eksistensialisme
eIinisi : Bermoral apabila seseorang itu bebas atau mempunyai hak untuk memilih tanpa
dipaksa, asalkan seseorang itu bertanggungjawab atas pilihan dan tindakannya.
Berdasarkan teori ini, tindakan Encik Tan dianggap sebagai bermoral kerana dia tidak
dipaksa oleh sesiapa untuk membuat keputusan sebegitu. Keputusannya merupakan
pilihannya yang tidak dipengaruhi oleh pendapat orang lain.

!andangan gama
gama Buddha
Ajaran agama Buddha menekankan Empat Kebenaran Mulia. Kebenaran Mulia yang
keempat merupakan satu set panduan untuk membuka jalan kepada kita untuk mencapai
nirvana. Jalan ini dikenali sebagai Jalan Lapan Lapis Mulia. Fikiran yang betul merupakan
salah satu aspek dalam Jalan Lapan Lapis Mulia. Aspek ini menyeru manusia supaya
bertindak dengan Iikiran yang tidak cuba mencederakan makhluk lain tetapi sebaliknya
berbelas kasihan kepada semua makhluk yang dalam kesusahan lalu memupuk Iikiran yang
tidak tercemar.
Keputusan Encik Tan menunjukan bahawa dia tidak mengamalkan pemikiran dan
pertimbangan yang wajar. Pertimbangan Encik Tan yang tidak menghargai sumbangan
Nicole dalam syarikat bagi tempoh masa yang begitu panjang. Selain itu, keputusannya juga
akan mengakibatkan syarikatnya mengalami kerugian.

gama Kristian
Ajaran agama Kristian terdapat empat prinsip utama. Prinsip ketiga ialah 'amalan
Jesus hendaklah sentiasa diikuti. Manusia harus mencintai Tuhan serta melayan semua orang
secara adil dan hidup secara aman dan damai.
Encik Tan bersikap diskriminasi jantina kerana memberi layanan yang tidak adil
kepada Nicole berbanding dengan John. Encik Tan harus melantik Nicole sebagai pengurus
syarikat kerana dia berpengalaman dan prestasinya yang lebih cemerlang daripada John.

Bibliografi
O http://www.docstoc.com/docs/62011284/iskriminasi-Jantina-Pendidikan-Moral-
YEE-PIN ~ , 28 November 2010
O http://kaIeilmu.co.cc/tema/diskriminasi-jantina-pandangan-buddha.html ~ , 30
November 2010

You might also like