You are on page 1of 10

1.

SEJARAH BOLA JARING Bola jaring merupakan hasil pengubahsuaian daripada bola keranjang

yang amat popular pada awal 1900-an.Ia berasal di Amerika Syarikat dan dikenali sebagai "bola keranjang wanita". Sukan ini dicipta oleh Clara Gregory Baer. Kemudian sukan ini berkembang pesat di Asia dan Afrika. Pada tahun 1926, tertubuhlah Persatuan Bola Jaring Wanita Seluruh England (All England Womens Netball Association). Perlawanan antarabangsa yang pertama telah diadakan di antara England dan Scotland pada tahun 1938). Perkembangan pesat untuk permainan bola jaring berlaku selepas Perang Dunia Kedua. Pada tahun 1960 wakil-wakil negara komenwel telah memutuskan untuk menubuhkan sebuah persatuan khusus untuk bola jaring dunia. Dengan itu tertubuhlah The International Federation of Netball Association. Pertubuhan ini berperanan untuk menyelaraskan peraturan dan undang-undang permainan bola jaring. Bola jaring adalah permainan untuk wanita kerana ia tidak terlalu kasar. Sehingga hari ini, sukan ini dimainkan lebih daripada 150 buah negara di seluruh dunia. Sejarah bola jaring di Malaysia pula bermula apabila ia popular di kalangan sekolah mubaligh Kristian. Guru-guru Inggeris khususnya di bandar amat gemar bermain bola jaring. Persatuan Bola Jaring Malaysia ditubuhkan pada tahun 1978. Persatuan ini telah mengambil bahagian dalam beberapa kejohanan antarabangsa sepertu Kejohanan Asia dan Kejohanan Piala Dunia. Majlis Olimpik Malaysia telah mempelawa Persatuan Bola Jaring Malaysia untuk menganjurkan pertandingan bola jaring di sukan SEA 2001 di Kuala Lumpur. Persatuan Bola Jaring Malaysia juga terlibat dalam Sukan Komenwel yang diadakan di Malaysia pada tahun 1998.

Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) juga telah memainkan peranan dalam mempopularkan permainan bola jaring di kalangan murid-murid sekolah. Malaysia boleh dikatakan amat berjaya dalam permainan ini. Penjaring gol bagi pasukan bola jaring Malaysia, Kadzlun Abas dinobatkan sebagai Best shooter di World Junior Netball Championship 2000 yang diadakan di Wales. Fadzlun Abas sekali lagi memenangi gelaran ini pada tahun 2001. 2. PERALATAN Ada beberapa peralatan yang diperlukan dalam sukan bola jaring. Antaranya ialah sebiji bola, gelanggang (tertutup atau terbuka) dan tiang gol. 2.1 BOLA Sukan bola jaring memerlukan bola khas untuk bola jaring. Rupayan seperti bola keranjang. Bola tersebut mempunyai saiz 5, berdiameter 99-102 cm dan beratnya 6.35-7.26g. Bola ini diperbuat daripada getah atau kulit. 2.2 GELANGGANG Terdapat dua jenis gelanggang bola jaring iaitu gelanggang terbuka dan tertutup. Gelanggang ini merupakan gelanggang berumput di kawasan terbuka atau dibuat khas dengan menggunakan simen atau perkey untuk gelanggang tertutup. Gelanggang bola jaring besar sedikit dari gelanggang bola keranjang, sepanjang 30.5m dan selebar 15.25m. Garis panjang dikenali sebagai Garis Sisi dan garis panjang dikenali sebagai Garis Gol (Goal Lines). Gelanggang dibahagi kepada tiga kawasan sama besar. Bulatan

Pusat bergaris pusat 90cm terletak ditengah gelanggang. Separuh bulatan bergaris pusat (radius) 4.9m pada setiap Garis Gol dikenali sebagai Bulatan Gol. Lebar garis gelanggang tidak lebih dari 50mm. Gelanggang bola jaring boleh dibahagikan kepada 3 kawasan atau petak yang sama ukuran. Dua buah kawasan merupakan kawasan gol. Kawasan lain ialah centre atau kawasan tengah. Kawasan tengah ini pula terletaknya bulatan tengah. Di kedua-dua hujung gelanggang, iaitu di kawasan pertama dan ketiga, terdapat garisan semi-circle atau separuh bulatan yang merupakan bulatan gol.

Kawasan tengah

10.14 m

2.3

TIANG GOL Di kedua-dua belang gelanggang dipasang tiang gol yang tingginya

3.05 m (10 kaki). Biasanya tiang gol diperbuat daripada besi. Bulatan besi berjaring yang terletak di bahagian atas tiang mempunyai diameter 38cm. 3. PEMAIN, KEDUDUKAN DAN HAD KAWASANNYA Setiap pasukan terdiri daripada 10 orang iaitu 7 orang pemain di gelanggang dan 3 orang sebagai simpanan. Setiap orang pemain mempunyai tugas dan had kawasan yang berlainan antara satu sama lain. Berikut merupakan senarai tugas 7 orang pemain bola jaring: 1) 2) 3) 4) 5) 6) Penjaga gol (GK) Pertahanan gol (GD) Pertahanan sayap (WD) Pemain tengah (C) Penyerang sayap (WA) Penyerang gol (WD)

7)

Penjaring gol (GS)

Berikut merupakan kedudukan pemain di dalam gelanggang (ketika membuat hantaran tengah):

WA

GD

GS

GK

GA

WD

Berikut merupakan had kawasan bagi setiap pemain: PEMAIN Penjaga gol (GK) Pertahanan gol (GD) Pertahanan sayap (WD) HAD KAWASAN 1, 2 3, 4, 5 3, 4

Pemain tengah (C) Penyerang sayap (WA) Penyerang gol (WD) Penjaring gol (GS)

2, 3, 4 2, 3 3, 4 1, 2

3 1 2 4 5

4.

TUGAS PEMAIN DALAM PASUKAN 4.1 Penjaga gol (GK)

Penjaga gol (goal keeper = GK) menjaga penjaring gol (GS) pasukan lawan baik di dlam kawasan mahupun di luar kawasan jaringan. Penjaga gol boleh keluar masuk kawasan gol. Di antara tugasnya ialah menjaga kawasan jaringan dan menghalang penyerang di dalam kawasan jaringan. GK juga perlu bekerjasama dengan penahan gol (GD).

4.2

Penahan gol (GD) Penahan gol (goal defence = GD), menjaga dan mengawal gerakan penyerang gol (GA) pasukan pihak lawan sama ada di dalam kawasan tengah, kawasan gol atau di dalam kawasan jaringan. GD boleh menghalang hantaran atau mengawal manamana pemain dalam kawasan tengah atau kawasan gol, tetapi tugas utamanya ialah menghalang penyerang gol daripada membuat jaringan. GD juga boleh menerima bola dari hantaran tengah.

4.3

Penahan sayap (WD) Penahan sayap (wing defence = WD) merupakan pemain pertahanan. Tugasnya ialah menghalang gerak geri dan hantaran yang ditujukan kepada penyerang sayap (WA) pasukan lawan dalam bulatan jaringan. WD juga boleh bertindak sebagai penyerang . Ini

berlaksemasa bole di hantar ke tengah atau ke dalam oleh pemain lawan. Apabila pemain lawan membuat jaringan, WD akan mengawal WA.

Kadangkala, WD boleh bertindak sebagai penyerang. Ini boleh berlaku semasa bola dihantar ke tengah atau ke dalam oleh pemain lawan. 4.4 Pemain tengah (C) Pemain tengah (centre = C) pula memainkan peranan yang penting kerana ia ditugaskan sebagai penyerang dan merupakan pemain yang membuat hantaran tengah di awal permainan. Kasawan C hampir meliputi keseluruhan padang bola jaring. C boleh bergerak ke semua kawasan kecuali di kawasan D. 4.5 Penyerang sayap (WA) Penyerang sayap (wing attack = WA) adalah juga

penyerang, dan tugas utamanya menghantar bola dari kawasan tengah ke kawasan jaringan. WA selalunya akan menghantar bola kepada penjaring dan penyerang gol dengan kerjasama pemain tengah. 4.6 Penyerang gol (GA) Penyerang gol (goal attact = GA) penjaring. GA akan bekerjasama ditugaskan sebagai pemain tengah,

dengan

penyerang sayap dan penjaring gol. GA juga selalu menerima hantaran tengah dan bertindak sebagai penyerang. 4.7 Penjaring gol (GS) Penjaring gol (goal shooter = GS) bertugas sebagai penjaring gol. GS mestilah mahir membuat jaringan.

5.

PENGADIL Terdapat dua orang pengadil dan dua orang pegawai yang terdiri daripada seorang penjaga masa dan seorang lagi pencatat masa. Pengadil bertanggungjawab untuk memeriksa gelanggang, peralatan, pakaian pemain sebelum permainan dimulakan serta mengawal permainan semasa ia berlangsung.

6.

PAKAIAN Pemain akan memakai pakaian seragam yang sesuai.

Kebiasaannya pakaian mereka terdiri daripada baju-t, seluar panjang, stoking, kasut dan bip. Bip dipakai diluar baju-t dan setiap bip ditulis nama tugas setiap pemain. Nama tugas ini tertera di bahagian depan dan belakang bip. 7. CARA BERMAIN Bilangan keseluruhan pemain bagi satu pasukan dalam satu gelanggang ialah tujuh orang. Ini bermakna ada 14 orang orang pemain dalam satu gelanggang. Tempoh masa juga telah ditetapkan oleh pengadil dan diketahui oleh pemain. 7.1 PERMULAAN PERMAINAN Sebelum permainan dimulakan, pengadil akan menentukan

pasukan yang mana akan membuat lontaran mula. Kebiasaannya, lontaran ini ditentukan melalui undi melontar syiling. Setiap ketua pasukan akan memilih tanda belakang atau depan syiling tersebut. Bagi ketua pasukan yang dapat memilih dengan tepat akan membuat lontaran mula.

Manakala bagi pihak ketua pasukan lawan akan memilih kawasan gol yang digemarinya. Sebelum pengadil meniup wisel untuk memulakan permainan, setiap pemain akan berada di kawasan masing-masing. Manakala C (centre) akan bersedia di kawasannya untuk memulakan lontaran mula. 7.2 7.3 TEMPOH PERMAINAN PEMAIN GANTI Markah dikira mengikut bilangan jaringan gol. Bola akan

dimasukkan ke dalam bakul jaring yang berlubang. Penjaga gol (GK) akan melindungi bulatan golnya daripada dimasuki pihak lawan. Jika pasukan lawan berjaya menembusi kawasan ini maka pemain itu akan mencuba menjaringkan gol. Jaringan gol dibuat apabila bola dilontar masuk ke dalam jaring dari atasnya. Gol hanya boleh dijaringkan oleh GS dan GA sahaja. 8. UNDANG-UNDANG AM BOLA JARING 8.1 8.2 8.3 8.4 9. ; PENALTI HANTARAN PERCUMA HANTARAN PENALTI ATAU JARINGAN PENALTI HANTARAN KE DALAM

10

You might also like