You are on page 1of 3

Page 1 of 3

LAPORAN
PERTANDINGAN MEMBERUS GIGI ANTARA SEKOLAH BAGI KANAK-KANAK ISTIMEWA

SK COMBINED YBE 1203

SEKOLAH KEBANGSAAN COMBINED JALAN EASTERN PARK 93150 KUCHING TEL/FAKS: 082-240580
TE

Page 2 of 3

LAPORAN PERTANDINGAN MEMBERUS GIGI ANTARA SEKOLAH BAGI KANAKKANAK ISTIMEWA

PENGENALAN Pertandingan memberus gigi antara sekolah bagi kanak-kanak istimewa telah diadakan pada 21 April 2011 di SK Petra Jaya, Kuching dan telah dianjurkan oleh AJK Kanakkanak Istimewa (AJK KKI) Pergigian Bahagian Kuching. Tujuan diadakan pertandingan ini adalah untuk meningkatkan lagi tahap kesihatan mulut dikalangan kanak-kanak istimewa. Pertandingan ini melibatkan 10 buah sekolah integrasi pendidikan khas Daerah Kuching dan setiap sekolah diminta untuk menghantar 3 orang peserta. PENCAPAIAN MURID Sk Combined telah menghantar 3 orang murid iaitu Abdul Taib Hapizi B. Ramadhan, Muhamad Iqbal B. Huslan dan Bacter Ak Tungkai sebagai peserta untuk pertandingan memberus gigi ini dan diiringi oleh Pn. Dayang Korina Binti Abang Mansor (guru) dan Pn. Nur Azcilla Bt Sahran (PPM). Tambahan lagi, peserta-peserta SK Combined telah berjaya dinobatkan sebagai johan dan ini cukup membanggakan sekaligus melonjakkan nama Sk Combined.

KEKUATAN Guru serta PPM bersama-sama dalam melatih murid dan mempunyai semangat bersaing dalam pertandingan. Selain daripada itu, murid juga berminat untuk menyertai pertandingan ini serta memberi kerjasama sepenuhnya ketika sesi latihan dijalankan.

Page 3 of 3

KEKANGAN Kehadiran murid yang kurang memuaskan yang mana memberi impak ketika sesi latihan dijalankan di sekolah. Jururawat pergigian sekolah tidak melibatkan diri ketika murid-murid berlatih.

TINDAKAN SUSULAN Jururawat pergigian sekolah akan diminta untuk membantu serta memantau semasa murid berlatih. Kreativiti dalam persembahan akan dipertingkatkan lagi.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

..

(ZURAIDA BINTI MOHAMAD KARIM) Setiausaha PKBP SK Combined, Kuching.

(ZAINI BIN SAHARI) Pen. Kanan PPKI SK Combined, Kuching.

You might also like