You are on page 1of 34

Meningkatkan Penguasaan Fakta Sejarah dengan Menggunakan Tema

oleh
Pn. Siti Hajar Ismail
Pn. Heah Chew Tee
SMK Teknik Taiping
34600 Kamunting
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran menjawab soalan esei
dalam kalangan pelajar Tingkatan V. Kaedah yang digunakan ialah kaedah
tema. Seramai lapan orang pelajar Tingkatan V Pengajian Keusahawanan
telah dipilih sebagai responden kajian ini. Kajian ini dilaksanakan oleh
seorang guru penyelidik. Tinjauan awal telah dilakukan melalui soalan soal
selidik dan juga ujian pra. Hasil kajian menunjukkan pelajar-pelajar kurang
mahir dalam menjawab soalan esei. Kesukaran mengingat fakta
menyebabkan pelajar tidak dapat menjawab soalan esei dengan baik. Oleh
itu, suatu perancangan tindakan telah dilakukan bagi meningkatkan
kemahiran menjawab esei dengan memperkenalkan kaedah tema untuk
mengingat fakta sejarah. Kajian ini dijalankan semasa waktu pengajaran dan
pembelajaran sejarah. Maklumat yang diperoleh menunjukkan peningkatan
daripada segi minat, sikap dan pencapaian murid dalam menjawab soalan
esei sejarah dengan menggunakan kaedah ini. Setelah kajian tindakan
dilakukan, keputusan ujian pos menunjukkan peningkatan prestasi kesemua
pelajar sasaran kajian. Secara keseluruhan, kajian tindakan ini dapat
meningkatkan kualiti pengajaran guru dan pembelajaran murid dalam
menjawab soalan esei sejarah.

1.0

REFLEKSI MASALAH
Masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar ialah kesukaran menjawab soalan esei

sejarah. Mereka tidak dapat menyatakan serta menghuraikan fakta sejarah yang dikehendaki oleh
sesuatu soalan. Hal ini demikian kerana mereka tidak dapat menguasai fakta sejarah dengan baik.
Disebabkan masalah ini, kaedah tema telah diperkenalkan kepada pelajar-pelajar untuk
menguasai fakta sejarah sesuatu topik. Sekiranya kajian ini berjaya, maka guru-guru akan
menggunakan kaedah ini untuk mengajar pelajar-pelajar menguasai fakta sejarah dengan mudah.

2.0 FOKUS KAJIAN


Kajian ini berfokus kepada meningkatkan kemahiran menjawab soalan esei sejarah dengan
menggunakan kaedah tema. Kaedah ini secara tidak langsung dapat meningkatkan daya ingatan
pelajar-pelajar terhadap penguasaan fakta sejarah.
Kemahiran penguasaan fakta sejarah sangat penting dalam mata pelajaran sejarah. Sekiranya
kemahiran ini tidak dapat dikuasai oleh pelajar, maka kesukaran menjawab soalan esei dalam
tempoh masa yang ditetapkan akan timbul.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Am
Menimbulkan minat pelajar-pelajar terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran sejarah

3.2 Objektif Khusus


3.2.1

Meningkatkan kemahiran pelajar menguasai fakta-fakta sejarah.

3.2.2

Meningkatkan kemahiran pelajar dalam menjawab soalan esei sejarah SPM

3.2.3

Menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran sejarah

3.2.4

Memberi keyakinan diri pelajar dalam menjawab soalan esei sejarah

4.0 KUMPULAN SASARAN


Kumpulan sasaran kajian terdiri daripada lapan orang pelajar Tingkatan V Pengajian
Keusahawanan yang didapati mempunyai masalah menjawab soalan esei Sejarah. Pencapaian
mereka dalam mata pelajaran Sejarah adalah sederhana.

2
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
5.1

Tinjauan Masalah

5.1.1

Soal selidik

Borang soal selidik disediakan dan diedarkan kepada pelajar-pelajar untuk mengetahui
maklumat yang berkaitan dengan mata pelajaran sejarah. Borang ini diisi oleh
pelajar-pelajar secara jujur dan tertutup bagi mendapatkan maklumat yang sebenar.

5.1.2

Ujian Pra

Ujian pra dijalankan bagi menguji tahap sebenar pencapaian pelajar menjawab soalan esei.
Ujian pra dijalankan sebelum sesi bimbingan kaedah Tema diperkenalkan.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah


5.2.1

Soal Selidik

Berikut adalah dapatan soal selidik yang telah dijalankan.


Bil.
1
2
3
4
5

Perkara
Jantina
Jenis Sekolah asal
Keputusan PMR
Tempat tinggal
Gred keputusan Peperiksaan
Sejarah
Pertengahan tahun 2004
Gred keputusan Peperiksaan
Sejarah
Akhir tahun 2004
Jadual 1 :

Lelaki : 1
MK : 8
A: 3
Asrama : 6
5C:2

7D : 3

Bilangan pelajar (orang)


Perempuan : 7
B:4
Rumah : 2
6C : 2

7D:3

8E : 4

9G : 1

Soal Selidik Tentang Maklumat Peribadi Pelajar

C: 1
8E: 1

Perkara

1
2

3
4
5

Saya sangat meminati mata


pelajaran Sejarah.
Kebanyakan
topik
mata
pelajaran
Sejarah
tidak
menarik.
Mata
pelajaran
Sejarah
membosankan.
Mata pelajaran Sejarah tidak
penting
Mata pelajaran Sejarah sangat
mencabar.
Jadual 2 :

2
3
4
5

Bilangan pelajar kumpulan sasaran


Setuju
Tidak
Tidak
Sangat
pasti
setuju
Tidak
setuju
3
1
2
1
5

Soal-Selidik Tentang Minat PelajarTerhadap Mata Pelajaran Sejarah

Perkara

Sangat
setuju

Saya susah mengingati fakta


sejarah
Saya tidak gemar menghafal
fakta Sejarah
Cara
guru
mengajar
membosankan.
Saya perlu mengingat terlalu
banyak fakta.
Mata pelajaran Sejarah tidak
dapat membantu saya ke IPT.

Sangat
setuju
1
4

Bilangan pelajar kumpulan sasaran


Setuju
Tidak
Tidak
Sangat
pasti
setuju
tidak
setuju
5
1
1
2

Jadual 3 :Soal Selidik Tentang Masalah Yang Dihadapi oleh Pelajar

Perkara

2
3

4
5

Saya
perlu
didedahkan
dengan kaedah membuat nota
ringkas.
Guru perlu mempelbagaikan
kaedah mengajar.
Saya
perlu
didedahkan
dengan kaedah mengingat
fakta.
Saya lebih gemar jika Sejarah
diajar dalam bentuk grafik.
Saya perlukan pendedahan
tentang teknik menjawab
soalan Sejarah

Bilangan pelajar kumpulan sasaran


Setuju
Tidak Tidak Sangat
pasti
setuju tidak
setuju
4
4

Sangat
setuju

Jadual 4 : Soal Selidik Tentang Cara Mengatasi Masalah Yang Dihadapi

Berdasarkan maklumat yamg diperoleh daripada soal selidik, didapati keputusan


Peperiksaan Akhir Tahun 2004 kumpulan sasaran adalah kurang memuaskan iaitu 3 orang pelajar
mendapat gred 7D, 4 orang mendapat gred 8E dan seorang pelajar gagal.(Jadual 1)
Selain itu, seramai 6 orang pelajar mengatakan sangat susah mengingati fakta sejarah.
(Jadual 3). Di samping itu, terdapat 8 orang pelajar mahu diri mereka didedahkan kepada kaedah
mengingat fakta Sejarah.(Jadual 4)

5.2.2 Ujian Pra


Hasil dapatan daripada ujian pra dapat dikelaskan seperti jadual di bawah.

Markah

Bilangan pelajar / Peratus

70

2 (25%)

80

2 (25%)

90

2 (25%)

100

2 (25%)

Jumlah murid

Jadual 5 : Pencapaian Pelajar Dalam Ujian Pra

Berdasarkan keputusan ujian pra, didapati seramai 2 orang pelajar (25%) mendapat 100
markah. Pelajar ini didapati meminati topik yang dikemukakan dan topik ini mudah diingati.

5.3 Tindakan yang Dijalankan


5.3.1

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan

Sebanyak 3 aktiviti (3 modul) telah dirancang untuk membantu menguatkan kemahiran


menjawab soalan esei di kalangan pelajar dalam kumpulan sasaran ini. Aktiviti tersebut
ialah:

Aktiviti 1: Modul 1 ( Topik Imperialisme Barat di Asia Tenggara)


(1) Guru memperkenalkan 2 subtopik iaitu imperialis Barat dan faktor-faktor imperialisme Barat
di Asia Tenggara.
(2) Tema untuk topik
1. (a)

Apakah yang anda faham tentang imperialisme ?


Tema : Dasar, jajah

(b) Huraikan faktor-faktor yang membawa kepada imperialisme Barat di Asia


Tenggara.
Tema : Strategik, tanah, kaya, perindustrian, pasaran, kapal, terusan, telegraf,
saingan, slogan, agama

Aktiviti 2: Modul 2:( Topik perubahan sistem politik iaitu pengenalan sistem
Birokrasi Barat di Filipina, Burma, Indonesia, Indochina, Tanah Melayu dan
Thailand)
1. Jelaskan ciri-ciri umum sistem Birokrasi Barat yang diperkenalkan di negara-negara
Tenggara.
Tema: pusat, jeneral, biro, pegawai, undang
2.

Bandingkan sistem pentadbiran di Filipina sebelum dan selepas dijajah.


Sebelum penjajahan:
Tema: Bangsawan, Datu, Islam
Selepas penjajahan Sepanyol
Tema: Pusat, Jeneral, bandar, kecil, encomienda, encomiendero, tugas.

3. Bezakan sistem pentadbiran di Indonesia sebelum dan selepas dijajah.


Sebelum penjajahan
Tema: Berasingan, raja, pembesar, bupati
Selepas penjajahan Belanda
Tema: Dua, Jeneral, tempatan, Jabatan, Dewan, Volksraad
4. Jelaskan sistem pentadbiran tradisional di Burma dan di Indochina
Burma
Tema: Konbaung, raja, penaung, dibantu, Hluttaw, pembesar
Indochina
Tema: Berasingan, pusat, mutlak, birokrasi, mandarin.

di Asia

5. Huraikan kesan-kesan sistem birokrasi Barat dalam sistem pentadbiran di Burma.


Tema: Konbaung, raja, pembesar, akta, tinggi, myo-ok, agama, undang, jabatan
6. Terangkan perbezaan sistem pemerintahan tradisional dan sistem pentadbiran British di
Tanah Melayu.
Tema: Lipatan, ikutan, raja
Sistem Pentadbiran British
Tema: Selat, Gabenor, Residen, penghulu, NNMB, NNMTB, penasihat, tugas, hakim, cukai,
polis.
7. Jelaskan perubahan yang dilakukan oleh Chulalongkorn dan Mongkut dalam sistem
pentadbiran di Thailand
Tema: Lantik, penasihat, Britain, perkenal, juruaudit, raja

8. Huraiakan kesan-kesan pengenalan sistem birokrasi Barat terhadap sistem pentadbiran di


Asia Tenggara
Tema: Raja, pembesar, ekonomi, daerah, pinggir, pusat

Aktiviti 3: Modul 3: (Topik faktor-faktor kemunculan nasionalisme dan


perkembangan nasionalisme di Filipina, Indonesia, Indochina
Burma dan Thailand.)

1. Apakah maksud nasionalisme?


Tema: Cinta, bebas

2. Jelaskan faktor-faktor kemunculan nasionalisme di Asia Tenggara.


Tema: Dasar, agama, karya, pendidikan, intelektual, media, hubung, pengaruh

3. Jelaskan tahap-tahap perkembangan gerakan nasionalisme di Asia Tenggara.


Tahap pertama:
Tema: Sederhana, pimpin, hak, politik, tidak
Tahap kedua:
Tema: Radikal, barat, merdeka

Aktiviti 4 (Ujian Pos untuk semua topik)


1. Soalan-soalan diberikan kepada semua pelajar.
2. Murid dikehendaki menjawab kesemua soalan tersebut dalam masa 30 minit.

5.3.2 Bahan-bahan yang digunakan dalam kajian ini ialah


a) Aktiviti 1: Kad imbasan
b) Aktiviti 2: Kad imbasan
c) Aktiviti 3: Kad imbasan, kertas mahjung

5.3.3 Instrumen dan langkah pemerhatian


a. Kajian tindakan ini dilaksanakan selama 8 minggu mulai 31.1.05 sehingga 30.3.05.
b. Beberapa orang guru diberikan tugasan menyediakan modul tema untuk subtopik yang
akan digunakan.
c. Kajian dijalankan mengikut jadual waktu persekolahan.

d. Pemerhatian dibuat untuk menilai keberkesanan aktiviti yang dijalankan.

e. Soal selidik dilakukan terhadap pelajar sasaran. Soal selidik ini dijawab oleh pelajar
secara jujur dan tertutup. Tujuan soal selidik ini dilaksanakan untuk mendapatkan
maklumat peribadi pelajar, minat, masalah murid berkaitan mata pelajaran sejarah dan
cadangan cara untuk mengatasi masalah.

f. Ujian pra dijalankan di peringkat awal kajian, manakala ujian pos dibuat pada akhir
tempoh kajian. Ujian pos diberi kepada kumpulan pelajar sasaran. Keputusan ujian pra
dan ujian pos akan dianalisis untuk mengetahui perubahan prestasi pelajar yang diuji.

g. Ujian Pra mengandungi 2 soalan esei untuk tajuk yang sama dengan modul 1. Soalan
ujian modul 1, ujian modul 2, ujian modul 3 dan ujian pos berbeza mengikut topik.

5.4 Pelaksanaan Tindakan Dan Pemerhatian / Penilaian


5.4.1 Aktiviti 1( Modul 1)
Pelajar diperkenalkan kaedah tema selama 8 minggu pada setiap waktu pembelajaran dan
pengajaran sejarah. Aktiviti ini dijalankan 50 minit setiap waktu pengajaran dan
pembelajaran sejarah
Minggu

Hari

Tarikh Pelaksanaan

Isnin

31.01.05

Khamis

03.02.05

Selasa

08.02.05

Selasa

15.02.05

Khamis

17.02.05

Khamis

25.02.05

Selasa

01.03.05

Rabu

02.03.05

Selasa

08.03.05

Khamis

24.03.05

Selasa

29.03.05

Rabu

30.03.05

Jadual 1: Jadual Pelaksanaan Kajian Tindakan

Langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran Modul 1 ditunjukkan seperti berikut:Langkah 1


Langkah 2
Langkah 3
Langkah 4
Langkah 5

Guru memperkenalkan tajuk kepada pelajar. Perkataan atau tema


bagi sesuatu topik disusun mengikut abjad.
Guru menghuraikan secara jelas bagi tema yang terdapat dalam
setiap subtopik.
Apabila selesai semua tema diperkenalkan, pelajar diminta
menyebut tema semula.
Pelajar membina perkataan menggunakan huruf awal tema.
Contoh, soalan 1 : Tema : Dasar, jajah --- DJ
Pelajar menjawab soalan esei yang diedarkan.

(i) Pemerhatian
Berdasarkan pemerhatian guru, kumpulan sasaran ini mulai menunjukkan minat. Hal ini

demikian kerana pelajar mudah mengingat fakta-fakta penting.

ii)

Refleksi

Saya berasa puas hati kerana mereka dapat menguasai fakta Sejarah dengan mudah.

5.4.2 Aktiviti 2 (Modul 2)


Langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran Modul 2 ditunjukkan seperti berikut:Langkah 1 Guru memperkenalkan tajuk kepada pelajar. Pelajar dikehendaki membaca
buku teks berkaitan topik tersebut.
Langkah 2 Guru menulis soalan di papan putih.
Langkah 3 Pelajar dikehendaki mencari jawapan untuk soalan tersebut dan menulisnya
di papan putih serta menggariskan tema
Langkah 4 Guru menyuruh pelajar membaca jawapan tersebut serta temanya.
Langkah 5 Guru membandingkan tema yang diberi oleh pelajar dengan tema yang
disediakan olehnya serta memberikan ulasan tentang ketidaksamaan tema
yang dipilih. Pelajar juga disuruh membina ayat dengan menggunakan
tema-tema yang telah ditentukan.
Contoh, Soalan 1 : Tema : Pusat, jeneral, biro, pegawai, undang
Ayat : Pusat jeneral undang pegawai biro

(i) Pemerhatian
Berdasarkan pemerhatian guru, kumpulan sasaran ini mulai menunjukkan minat
untuk membaca buku teks Sejarah serta mencari jawapan untuk soalan yang dikemukakan
oleh guru. Pelajar juga dapat mengenal pasti tema yang paling sesuai untuk setiap isi.

(ii)

Refleksi
Saya berasa puas hati kerana mereka dapat mencari fakta Sejarah yang

dikehendaki oleh soalan serta menguasai fakta-fakta tersebut.

5.4.3

Aktiviti 3 (Modul 3)
Langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran Modul 3 ditunjukkan seperti berikut:-

Langkah 1

Guru memperkenalkan tajuk kepada pelajar. Pelajar dikehendaki


membaca buku teks berkaitan topik tersebut.

Langkah 2

Guru menulis soalan di papan putih.

Langkah 3

Pelajar dikehendaki mencari jawapan untuk soalan tersebut

Langkah 4

Guru menyuruh pelajar mencari tema-tema yang disediakan


olehnya mengikut kehendak soalan.

Langkah 5

Guru menyemak tema yang disusun oleh pelajar sama ada


sesuai dengan kehendak soalan. Pelajar juga disuruh membina
singkatan dengan menggunakan huruf awal perkataan.
Contoh, soalan 1 : Tema : Cinta, bebas

Singkatan : BC

(Bahasa Cina)

(i) Pemerhatian
Berdasarkan pemerhatian guru, kumpulan sasaran ini mulai menunjukkan
minat untuk membaca buku teks Sejarah serta mencari jawapan untuk soalan yang
dikemukakan oleh guru. Pelajar juga mengenal pasti tema yang dikehendaki untuk setiap
soalan.

(ii) Refleksi
Saya berasa puas hati kerana mereka dapat mencari fakta Sejarah yang
dikehendaki oleh soalan dengan lebih cepat serta dapat mencipta singkatan untuk tema-tema
tersebut.

5.5 Refleksi Kajian


5.5.1 Penilaian Pencapaian Murid
Berdasarkan maklumat ujian pra dan ujian pos, didapati kajian ini telah memberikan
impak yang cukup dalam membantu pelajar menjawab soalan esei dengan baik. Hasil
dapatan daripada kajian tindakan ini telah menunjukkan peningkatan markah dalam ujian
pos yang diadakan kepada pelajar.

Markah

Bilangan Pelajar Kumpulan Sasaran


Ujian Pra

Ujian Pos

70

25

80

25

90

25

12.5

100

25

87.5

Jadual 7: Perbandingan Pencapaian Pelajar Dalam Ujian Pra and Ujian Pos

Berdasarkan jadual 7, terdapat peningkatan kualiti dalam ujian pos. 7 orang pelajar
mendapat 100 markah dalam ujian pos berbanding dengan ujian pra iaitu 2 orang pelajar
mendapat 100 markah .

Analisis Ujian
100
80
60

UjianPra
UjianPos

40
20
0
M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8

Jadual 8 : Catatan Markah Dalam Ujian Modul 1, 2, 3

Markah
80
90
100

Modul 1
Bil
%
1
12.5
3
37.5
4
50.0

Modul 2
Bil
%
1
7

12.5
87.5

Modul 3
Bil
%
2
6

25.0
75.0

Berdasarkan Jadual 8, pencapaian pelajar dalam ujian modul 1 ialah 4 orang pelajar mendapat
100 markah. Manakala pencapaian pelajar dalam ujian modul 3 ialah 6 orang pelajar mendapat
100 markah.

5.5.2 Rumusan Pemerhatian Aktiviti-Aktiviti Yang Dijalankan


Berdasarkan pemerhatian ketiga-tiga modul yang telah dijalankan mendapat sambutan
baik daripada pelajar kumpulan sasaran. Mereka bukan sahaja dapat memahami topik yang
diajar malah dapat menjawab soalan esei yang dikemukakan. Namun berlaku juga pelajar
sasaran yang tidak dapat menguasai jawapan esei kerana topik yang dipelajari agak luas.

5.5.3 Refleksi Keseluruhan


Kajian ini telah membantu murid-murid meningkatkan kemahiran menjawab soalan esei.
Modul-modul yang diperkenalkan menggunakan pendekatan tema dapat meningkatkan
ingatan murid untuk menjawab soalan esei sejarah.

6.0

Cadangan Untuk Kajian Seterusnya


Kajian ini didapati membantu pelajar mengingati fakta untuk menjawab soalan esei. Oleh

itu, kaedah ini perlu diperkenalkan untuk semua topik dalam sukatan pelajaran Sejarah. Di
samping itu, untuk memudah mengingatkan tema, perlu diperkenalkan kaedah mencipta lirik
lagu, mencipta sajak, mencipta dialog dan teka silang kata dengan menggunakan tema-tema

dalam setiap topik. Sekiranya kedua-dua kaedah ini diaplikasikan, pelajar akan lebih
berminat mempelajari mata pelajaran Sejarah seterusnya kualiti jawapan yang diberi oleh
pelajar semasa menjawab soalan esei Sejarah akan meningkat.

LAMPIRAN 1

Senarai Nama Pelajar dan Markah Individu Setiap Ujian


Tarikh
Bil

Nama

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Athirah Izzati Bt Ab Rahman


Muhammad Syamil Hakim
Noor Azlinda Bt Razaly
Norliyana Bt Mohd Anuar
Noryazmiza Azieana Bt Bidin
Nur Afiza Bt

Mohd Akhir

Nurfathiyah Bt Ramle
Nurul Atikah Bt Khairon Azahar

3/2

25/2

8/3

30/3

PMR

PT

GRED

PA

GRED

UPR

GRED

UM1

GRED

UM2

GRED

UM3

GRED

UPO

GRED

B
A
C
B
A
A
B
B

40
56
45
46
53
34
61
60

7D
6C
7D
7D
6C
8E
5C
5C

34
48
26
41
35
31
40
35

8E
7D
9G
7D
8E
8E
7D
8E

100
70
80
70
90
100
90
80

1A
3B
1A
3B
1A
1A
1A
1A

100
90
80
100
90
100
100
90

1A
1A
1A
1A
1A
1A
1A
1A

90
100
100
100
100
100
100
100

1A
1A
1A
1A
1A
1A
1A
1A

90
100
100
100
100
100
100
90

1A
1A
1A
1A
1A
1A
1A
1A

100
100
100
100
100
90
100
100

1A
1A
1A
1A
1A
1A
1A
1A

Petunjuk
PMR
PT
PA
UPR
UM1
UM2
UM3
UPO

15/2

: Peperiksaan Menengah Rendah


: Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan Empat
: Peperiksaan akhir Tahun Tingkatan Empat
: Ujian Pra
: Ujian Modul 1
: Ujian Modul 2
: Ujian Modul 3
: Ujian Post

Lampiran 2
MODUL 1
1.1 IMPERIALISME BARAT DI
1.

(a)

ASIA TENGGARA

Apakah yang anda faham tentang imperialisme?

Dasar

Imperialisme merupakan dasar sesebuah negara meluaskan


pengaruh dan wilayahnya.

Jajah

Ia dilakukan dengan menjajah negara lain untuk kepentingan


tertentu.

(b) Huraikan faktor-faktor yang membawa kepada imperialisme Barat di Asia


Tenggara.
Strategik

Kedudukan Asia Tenggara yang strategik iaitu terletak di


antara China dan India.

Tanah

Tanah yang subur sesuai untuk pelbagai tanaman komersial.

Kaya

Asia Tenggara kaya dengan bahan mentah.

Perindustrian -

Kepesatan sektor perindustrian di Eropah menyebabkan mereka


memerlukan bekalan bahan mentah.

Pasaran

Mereka memerlukan pasaran yang baru untuk memasarkan


barangan mereka.

Kapal

Penggunaan kapal wap membolehkan muatan yang lebih banyak


dibawa dan perjalanan lebih cepat.

Terusan

Pembukaan Terusan Suez memendekkan perjalanan , perjalanan


lebih selamat serta menjimatkan kos.

Telegraf

Penciptaan telegraf memudahkan perhubungan antara pegawai


dengan tanah jajahan dengan lebih cepat dan berkesan.

Saingan

Berlaku persaingan antara kuasa Barat untuk meluaskan tanah


jajahan bagi melambangkan kekuatan dan kekayaan.

Slogan

Agama

- Mubaligh Kristian berpendapat mereka bertanggungjawab


menyebarkan agama Kristian kepada penduduk di tanah jajahan.

Kuasa Barat menggunakan slogan seperti Beban Orang Putih dan


tugas Menyebarkan Tamadun dalam menjalankan imperialisme.

Lampiran 3
Modul 2
1.2.1 PENGENALAN SISTEM BIROKRASI BARAT

1.

Jelaskan ciri-ciri umum Sistem Birokrsi Barat yang diperkenalkan di negara-negara di Asia
Tenggara.

Pusat

Penubuhan kerajaan Pusat hasil penyatuan wilayah-wilayah di tanah jajahan

Jeneral

Pelantikan Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir di tanah jajahan

Biro

Pentadbiran melalui biro (jabatan)

Pegawai

Pelantikan pegawai Barat sebagai ketua biro

Undang

Pengenalan undang-undang Barat

2.

Bandingkan sistem pentadbiran di Filipina sebelum dan selepas dijajah.

Sebelum penjajahan
Barangay

Filipina terdiri daripada daerah-daerah kecil dikenali sebagai barangay

Datu

Barangay ini diperintah oleh golongan datu

Islam

Di selatan Filipina wujud kerajaan-kerajaan Islam

Selepas penjajahan Sepanyol


Pusat

Memperkenalkan sistem pentadbiran berpusat

Jeneral

Gabenor Jeneral sebagai pemerintah tertinggi peringkat pusat

Bandar

Pentadbiran wilayah diketuai oleh Datuk Bandar

Kecil

Pentadbiran bandar ditadbir oleh Gabenor Kecil

Encomienda

Barangay digabungkn menjadi encomienda iaitu pentadbiran peringkat


tempatan

Encomiendero

Encomienda ditadbir oleh encomiendero

Tugas

Tugas encomiendero ialah menjaga keamanan, mengutip cukai dan


mengkristiankan penduduk barangay

3.

Bezakan sistem pentadbiran di Indonesia sebelum dan selepas dijajah.

Sebelum penjajahan
Berasingan

Indonesia terdiri daripada beberapa buah kerajaan berasingan

Raja

Kerajaan tersebut diketuai oleh raja

Pembesar

Raja dibantu oleh golongan pembesar

Bupati

Peringkat tempatan pentadbiran

diketuai oleh pembesar daerah atau

bupati (Jawa).

Selepas penjajahan Belanda


Dua

Belanda membahagikan pentadbiran kepada dua bahagian iaitu pentadbira


pusat dan pentadbiran.

Jeneral

Pentadbiran pusat diketuai oleh Gabenor Jeneral

Tempatan

Pentadbiran tempatan dikendalikan oleh pembesar tempatan dengan pengawasan


pegawai Belanda

Jabatan

Penubuhan jabatan kerajaan antaranya Jabatan Pelajaran dan Jabatan Pertanian

Dewan

Penubuhan Dewan Tempatan sebagai penasihat pentadbiran Belanda tetapi tiada


kuasa perundangan.

Volksraad

Penubuhan volksraad (Majlis Rakyat) sebagai satu langkah ke arah kemerdekaan


hasil desakan Sarekat Islam

4. Jelaskan sistem pentadbiran tradisional di Burma dan di IndoChina

Burma
Konbaung

Sebelum kedatangan British Burma diperintah oleh Dinasti Konbaung

Raja

Raja ialah pemerintah kerajaan

Penaung

Raja ialah penaung kepada sami Buddha

Dibantu

Raja dibantu oleh pembesar tradsional tempatan

Hluttaw

Hluttaw merupakan Majlis Penasihat Raja

Pembesar

Pembesar-pembesar tradisional tempatan terdiri daripada Wun (pegawai


tinggi kerajaan) Myothugyi (Ketua Bandar), Ahmudan (pegawai diraja), dan
Athi (pegawai bukan diraja)

Berasingan

IndoChina
Terdiri daripada beberapa kerajaan berasingan (Vietnam, Laos dan Kemboja)

Pusat

Setiap kerajaan diperintah oleh kerajaan Pusat

Mutlak

Pembesar tempatan diberi kuasa mutlak oleh kerajaan Pusat

Birokrasi

Di Vietnam birokrasi tradisional diamalkan

Mandarin

Golongan Mandarin merupakan ketua birokrasi tradisional

5.

Huraikan kesan-kesan sistem birokrasi Barat dalam sistem pentadbiran di Burma

Konbaung

Penguasaan British ke atas Burma telah menyebabkan berakhirnya pemerintahan


Dinasti Konbaung

Raja

Institusi raja telah terhapus

Pembesar

Jawatan pembesar tradisional pada peringkat Pusat terhapus.

Akta

Pengenalan Akta Kampung Ulu Burma 1887 dan Akta Perkampungan Burma
telah melenyapkan sistem pentadbiran tradisional.

Tinggi

Pesuruhjaya Tinggi British menjadi pemerintah tertinggi di Burma.

Myo-ok

Pentadbiran telah dimbil alih oleh Myo-ok dan sistem undang-undang Barat
diprkenalkan.

Agama

Pengaruh golongan agama


undang-undang Barat.

Undang

Majlis perundagan telah diperkenalkan.

Jabatan

Beberapa buah jabatan seperti Jabatan Perhutanan, Kesihatan dan Pelajaran


ditubuhkan.

(sami)

merosot

kerana

diambil

alih

6. Terangkan perbezaan sistem pemerintahan tradisional dan sistem pentadbiran British di


Tanah Melayu
Sistem pentadbiran tradisional
Lipatan

Melaka mengamalkan sistem pembesar empat lipatan

Ikutan

Sistem ini menjadi ikutan (asas) pemerintahan negeri-negeri lain

Raja

Tanah Melayu mengamalkan sistem pemerintahan beraja

oleh

Sistem pentadbiran British

Selat

Semasa pentadbiran Britisah,Melaka, Pulau Pinang dan Singapura


digabungkan menjadi Negeri-Negeri Selat (NNS)

Gabenor

Gabenor merupakan pemerintah tertinggi NNS

Residen

Gabenor dibantu oleh Residen Kaunselor bagi ketiga-tiga buah negeri

Penghulu

Pentadbiran peringkat kampung oleh penghulu dikekalkan

NNMB

Di NNMB British memperkenalkan Sistem Residen

NNMTB

DI NNMTB British memperkenalkan Sistem Penasihat

Penasihat

Residen dan Penasihat diletakkan di bawah Gabenor NNS

Tugas

Tugas utama Residen dan Peasihat ialah menasihati sultan dalam semua
perkara kecuali adat istiadat Melayu dan agama Islam

Hakim

British memperkenalkan sistem kehakiman

Cukai

Pelaksanaan sistem pengutipan cukai

Polis

Pembahagian negeri kepada beberapa daerah dan penubuhan balai polis

7. Jelaskan perubahan yang dilakukan oleh Chulalongkorn dan Mongkut dalam sistem
petadbiran di Thailand
Lantik

Mongkut telah melantik 80 orang penasihat Barat untuk mengetuai pelbagai


jabatan dan melatih pegawai-pegawai tempatan

Penasihat

Penasihat kastam dan ketenteraan diambil dari Amerika Syarikat dan


Perancis

Britain

Penasihat kewangan, pelabuhan dan polis diambil dari Britain

Perkenal

Chulalongkorn telah memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah, Majlis


Mesyuarat Tertinggi dan Kabinet Menteri

Juruaudit

Juruaudit dari Britain telah dilantik dalam perbendaharaan negara

Raja

Memperkenalkan sistem raja berpelembagaan seperti yang diamalkan di


Barat.

8. Huraikan kesan-kesan pengenalan sistem birokrasi Barat terhadap sistem pentadbiran di Asia
Tenggara
Raja

Pengurangan pengaruh raja / penyingkiran institusi raja


Pembesar

Pengurangan / penyingkiran kuasa pembesar

Ekonomi Penggunaan sumber ekonomi tempatan untuk kepentingan


penjajah
Daerah

Pembahagiaan negara yang dijajah kepada beberapa daerah

Pinggir

Peminggiran undang-undang tradisional

Pusat

Penggabungan wilayah-wilayah menjadi sebuah kerajaan pusat

Lampiran 4

Modul 3
1.3
1.

1.

NASIONALISME DI ASIA TENGGARA


a) Apakah maksud nasionalisme ?
Cinta

Nasionalisme bermaksud perasaan cinta akan bangsa dan negara


yang membawa kepada gerakan membebaskan tanah air.

Bebas

Nasionalisme tidak terhad kepada pembebasan kuasa politik sahaja


tetapi juga pembebasan daripada cengkaman ekonomi dan
kebudayaan asing.

b) Jelaskan faktor-faktor kemunculan nasionalisme di Asia Tenggara ?


Dasar -

Sistem birokrasi barat tidak beri peluang kepada


rakyat tempatan dalam sistem pentadbiran moden.
Rakyat kekal dalam ekonomi tradisional yang serba
kekurangan.
-

Dasar keterbukaan penjajah terhadap imigran.

Agama

- Agama sebagai alat perpaduan, contoh Gerakan Islah di Indonesia dan


Tanah Melayu memperjuangkan Pan-Islamisme iaitu penyatuan dunia Islam
menentang penjajah.

Karya

-Media untuk menyampaikan mesej kesengsaraan dan kekecewaan terhadap


penindasan penjajah.

Pendidikan - Sikap penjajah pilih kasih utamakan sekolah yang guna bahasa
penjajah sebagai bahasa pengantar.
- Di Tanah Melayu lepasan sekolah vernacular sukar mendapat
pekerjaan berbanding lepasan sekolah Inggeris.
Intelektual -

Lepasan pendidikan di Barat dan Asia Barat


didedahkan dengan idea falsafah Barat dan Islam.

a) Mereka sedar pihak penjajah tidak mentadbir tanah jajahan seperti mereka mentadbir negara
mereka sendiri.
Media

Akhbar dan majalah berupaya menyebarkan idea-idea


nasionalis dan menanam perasaan anti penjajah kepada
rakyat jelata.

Hubung

Kewujudan perkhidmatan telefon dan telegraf


memudahkan hubungan antara nasionalis.

Pengaruh

Pembinaan jalan kereta api dan jalan raya


menghubungkan kawasan-kawasan yang terpisah.
-

Kejayaan Jepun tewaskan China 1895 dan Russia 1905


buktikan negara kecil mampu tewaskan negara besar.

- Inspirasi dari perjuangan Mahatma Gandhi di India


menentang British.
2.

a) Jelaskan tahap-tahap perkembangan gerakan nasionalisme di Asia Tenggara.

Tahap Pertama.
Sederhana

tidak berorganisasi dan bercorak sederhana (tidak radikal).

Pimpin

dipimpin oleh golongan berpendidikan Barat dan Timur


Tengah.

Hak

bermatlamat menuntut hak mereka dikembalikan dan taraf


hidup diperbaiki.

Politik

menekankan kesedaran politik dan bukannya tindakan politik.

Tidak

tidak menuntut kemerdekaan dengan segera.

Radikal

lebih berorganisasi dan bercorak radikal.

Barat

dipimpin oleh golongan berpendidikan luas dalam kebudayaan


dan ilmu pengetahuan Barat.

Merdeka

bermatlamat menuntut kemerdekaan dan membentuk kerajaan


sendiri.

Tahap Kedua.

Lampiran 5
Ujian Pra
1. a) Jelaskan maksud imperialisme dan contoh imperialis Barat di Asia Tenggara.
(6 markah)
b) Huraikan faktor-faktor imperialisme Barat di Asia Tenggara.
( 14 markah)
Jawapan
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lampiran 6
Ujian Modul 1
1. a) Jelaskan maksud imperialisme dan contoh imperialis Barat di Asia
Tenggara.
(6 markah)
b) Huraikan faktor-faktor imperialisme Barat di Asia Tenggara.
( 14 markah)
Jawapan
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lampiran 7
Ujian Saringan Modul 2
1. (a) Jelaskan ciri-ciri umum sistem birokrasi Barat yang diperkenalkan di negaranegara di Asia Tenggara.
(6 markah)
(b) Terangkan perubahan sistem pentadbiran di Indonesia semasa penjajahan
Belanda.

(8 markah)

(c) Huraikan kesan-kesan pengenalan sistem birokrasi Barat terhadap sistem


pentadbiran

di Asia

Tenggara.
(6 markah)

Jawapan
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lampiran 8

Ujian Saringan Modul 3


1.

a)
b)

Apakah maksud nasionalisme ?

(4 markah)

Jelaskan faktor-faktor kemunculan nasionalisme di Asia Tenggara ?


(12 markah)

c)

Terangkan tahap pertama gerakan nasionalisme di Asia Tenggara?


(4 markah)

Jawapan
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________

Lampiran 9
Ujian Post
1. a) Bincangkan faktor-faktor imperialisme Barat ke Asia Tenggara?
(10 markah)
b) Jelaskan perubahan sistem pentadbiran di Tanah Melayu sebelum dan semasa
penjajahan British.
(10 markah)
Jawapan
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________

BIBLIOGRAFI
1. Aleeya Atiqah Ammar (2005), Sejarah Tingkatan 5, Kuala Lumpur, Pelangi Sdn Bhd,
Selangor.
2. Krisna Samy (2005), Sejarah Tingkatan 5, Selangor, Info Didik Sdn Bhd, Selangor.
3. Ramlah Binti Adam, Shakila Parween Binti Yacob, Abdul Hakim Bin Samuri,
Muslimin Bin Fadzil (2003), Sejarah Tingkatan 5, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa
Dan Pustaka.

LAMPIRAN 10

SEKOLAH MENENGAH TEKNIK TAIPING


KAJIAN TINDAKAN SEJARAH
Borang Soal Selidik
Bahagian A : Butiran Peribadi
Sila tandakan / pada kotak yang sesuai.

1. Jantina :

Lelaki

Perempuan

2. Jenis Sekolah asal :

3. Keputusan PMR :

SMK

Sejarah

4. Tempat tinggal :

SMJK

: ______

Asrama

Rumah

5. Gred keputusan Peperiksaan Sejarah


Pertengahan tahun 2004
Akhir tahun 2004
Bahagian B: Minat
Bulatkan jawapan pada sebelah kanan soalan.
A Sangat setuju
B Setuju
C Tidak pasti
D Tidak setuju
E Sangat tidak setuju

1. Saya sangat meminati mata pelajaran Sejarah.

2. Kebanyakan topik mata pelajaran Sejarah tidak menarik.

3. Mata pelajaran Sejarah membosankan.

4. Mata pelajaran Sejarah tidak penting

5.

Mata pelajaran Sejarah sangat mencabar.

Bahagian C: MASALAH YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR

1.

Saya susah mengingati fakta sejarah

2.

Saya tidak gemar menghafal fakta Sejarah.

3.

Cara guru mengajar membosankan.

4.

Saya perlu mengingat terlalu banyak fakta.

5.

Mata pelajaran Sejarah tidak dapat membantu saya ke IPT.

C D

Bahagian D: CARA MENGATASI

1. Saya perlu didedahkan dengan kaedah membuat nota ringkas.

2. Guru perlu mempelbagaikan kaedah mengajar.

B C

3. Saya perlu didedahkan dengan kaedah mengingat fakta.

B C

4. Saya lebih gemar jika Sejarah diajar dalam bentuk grafik.

B C

5. Saya perlukan pendedahan tentang teknik menjawab soalan Sejarah. A B

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA!

DE

You might also like