You are on page 1of 1

PENGHARGAAN

Assalamualaikum Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat jugasaya menyiapkan folio saya yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk petempatan dan pekembangan di seksyen 24. Folio yang ini amat penting buat saya memandangkan perkara ini merupakan sebahagian daripada kerja khusus subjek Geografi. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada individu penting yang banyak membantu saya sepanjang saya menyiapkan projek folio saya ini. Pertama sekali kepada Puan pengetua Sekolah Menengah Seksyen 24 Shah Alam, Puan Norizam Binti Hussien kerana beliau telah banyak memberikan bimbingan dan semangat kepada semua pelajar. Sekalung penghargaan untuk guru subjek saya, Pn Alya Hanna Bt Mahmud Pathi kerana memberikan tunjuk ajar kepada saya sepanjang saya menyiapkan folio ini. Selain itu, saya juga sangat menghargai jasa guru subjek saya kerana memberikan bimbingan, dan nasihat yang amat berguna untuk folio saya serta membantu saya dari semasa saya susah dan senang. Jasa beliau yang akan saya kenang ke akhir hayat. Seterusnya, terima kasih juga kepada ibu bapa saya kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada saya sepanjang folio ini disiapkan. Terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kerana memberikan saya bantuan dari segi kewangan. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam menyempurnakan projek masing-masing. Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai projek folio amat saya hargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan saya maklumat tidak akan saya lupakan. Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang projek saya dijalankan dan dibentangkan

You might also like