You are on page 1of 8

KEPENTINGAN HUBUNGAN ETNIK

Berdasarkan pengalaman 13 mei 1969, ternyata faktor hubungan etnik yang harmonis menjadi anak kunci bagi keseimbangan antara kekukuhan ekonomi dan kestabilan politik. Apa yang lebih pnting dalam konteks Malaysia sebagai sebuah masyarakat majmuk ialah usaha berterusan untuk memupuk dan mengekalkan hubungan etnik yang harmonis.

Peristiwa tersebut telah mendedahkan kepada kita semua bahawa survival Malaysia sebagai sebuah negara bangsa dan sistem sosial yang kukuh, tidak semata-mata terletak pada pertumbuhan ekonomi yang baik dan kestabilan politik yang mapan. Sekiranya tidak dilakukan, dalam sekelip mata, pertumbuhan ekonomi dan kestabilan politik yang kita nikmati akan tergugat sekiranya berlaku lagi konflik etnik secara terbuka seperti peristiwa 13 mei 1969.

KEPENTINGAN MEMAHAMI HUBUNGAN ETNIK


1. Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum yg pernah menghadapi konflik etnik. 2. Hubungan etnik berkait rapat dengan seluruh struktur sosial masyarakat dan memberi pemahaman tentang darjah pluralisme sosial dan kebudayaan, punca konflik serta sejauhmana struktur masyarakat bersifat kolonial. 3. Hubungan etnik mencerminkan perkembangan sejarah dan kemampuan sosioekonomi sesebuah negara.

4. Hubungan etnik mencerminkan darjah dan sumber ketegangan sosial dlm sesebuah masyarakat. 5. Melalui hubungan etnik juga dapat difahami isu prasangka dan diskriminasi di sesebuah negara serta gambaran peranan faktor personaliti dalam menentukan tingkah laku ahli masyarakat. 6. Hubungan etnik penting dalam memahami kesan pengindustrian di sesebuah negara (kesan pengindustrian dan perubahan sosial). 7. Hubungan etnik mempengaruhi dasar sosial dan perancangan sosial sesebuah negara.

Usaha-usaha Ke Arah Memupuk Perpaduan Nasional


Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara (kini Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional /JPNIN). Pengenalan Rukun Negara (ideologi kebangsaan). DEB, Dsr Pendidikan Kebangsaan, Dsr Kebudayaan Kebangsaan. Gabungan parti-parti politik (Barisan Nasional)

Integrasi antara wilayah (antara bandar dgn luar bandar) dan antara Semenanjung Malaysia dgn Sabah & Sarawak. Usaha kerajaan (top-down) shj tidak memadai tetapi mesti digenapkan dgn usaha yg berbentuk (bottom-up) menerusi kerjasama & sumbangan drp sektor swasta, sektor komuniti dan semua parti politik.

Keharmonian Hubungan Etnik di Malaysia tidak bergantung semata-mata kpd keadaan berbaik-baik antara pelbagai kumpulan etnik tetapi juga antara kumpulan kelas sosial yg berbeza (pekerja/kelas menengah/golongan yg kaya drp pelbagai kumpulan) HE merupakan satu ciri penting yg mencorakkan sistem sosial Malaysia walaupun tahap perpaduan nasional di negara kita sukar diukur, namun negara luar melihat Malaysia sbg negara yg berjaya mewujudkan HE yg harmonis

You might also like