You are on page 1of 29

PEMBAKUAN BAHASA

MINGGU 4

SISTEM EJAAN RUMI BAHARU BAHASA MELAYU


Sistem ejaan bahasa Melayu telah mengalami pembakuan sejak beratus-ratus tahun jika mengambil kira tulisan Jawi sebagai tulisan tradisi bahasa Melayu. Sistem ejaan Rumi dirumuskan sistem penulisannya sejak awal abad ke-20. R. J. Wilkinson (1904) telah berhasil menyusun Asas sistem ejaan Rumi bahasa Melayu.
2

Zaba kemudiannya telah memperkemasnya sehingga menjadi satu sistem ejaan yang digunakan di sekolah selama 30 tahun. Pada tahun 1972, satu ejaan terhasil melalui kerjasama dengan Indonesia. Di Malaysia, sistem ejaan itu dikenali sebagai Sistem Ejaan Rumi Baharu manakala di Indonesia, dikenali sebagai Sistem Ejaan Yang Telah Disempurnakan.

SISTEM EJAAN RUMI BAHARU BAHASA MELAYU


Sistem pengejaan baharu bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada dua sistem, iaitu Sistem Keselarasan Huruf Vokal (untuk pengejaan kata jati bahasa Melayu) dan Sistem Kekecualian Keselarasan Huruf Vokal (untuk pengejaan kata pinjaman). Sistem Keselarasan Huruf Vokal Keselarasan huruf vokal bererti keselarasan atau kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara dua huruf

vokal pada suku kata praakhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup.
4

Prinsip keselarasan huruf vokal ini berlaku berasaskan syarat yang berikut: 1. Keselarasan antara dua huruf vokal pada kata dasar yang tidak melibatkan imbuhan. 2. Kata dasar hendaklah berakhirkan suku kata tertutup. 3. Bagi kata yang mengandungi lebih daripada dua suku kata, yang terlibat dengan sistem keselarasan huruf vokal hanyalah dua suku kata yang terakhir sahaja.
5

Rajah Segitiga Vokal Melayu

Pengertian Rajah
1. Garis penghubung menunjukkan vokal-vokal yang boleh dipasangkan dalam kata yang terdiri daripada dua suku kata. Dengan demikian, terbentuklah pola a-i, i-a, a-u, u-a, i-u, ui, o- e taling , dan e taling o ( 8 pola ). Bulatan dan separuh bulatan menunjukkan masing-masing vokal yang boleh dipasangkan dengan vokal yang sama dengannya. Maka terbentuklah pola a a, i i, u u, e taling e taling, dan o o ( 5 pola ). Separuh bulatan juga menunjukkan bahawa vokal e taling dan o dilampaui oleh garis penghubung a i atau i a dan oleh garis a u atau u a. Pola yang wujud ialah e taling a dan o a ( 2 pola ).
7

2.

3.

4.

Vokal e pepet diletakkan dalam segi empat dengan tiga anak panah mengarah ke vokal a, i, dan u. Pola yang wujud ialah e pepet i, e pepet u, dan e pepet a ( 3 pola). Keadaan ini menunjukkan bahawa vokal e pepet hanya boleh hadir pada suku kata praakhir tetapi tidak boleh hadir pada suku kata akhir tertutup.

POLA KESELARASAN HURUF VOKAL


Bil. Suku Kata Praakhir a a a e pepet e pepet e pepet i i i u u u Suku Kata Akhir Tertutup a i u a i u a i u a I u Contoh

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

parah, asak alih, balik basuh, halus telan, kelam petik, betik telus, keruh silang, bilah sirih, risik sibuk, tiruk usap, sukat pulih, surih tunduk, luhur

13. 14. 15. 16. 17. 18.

e taling e taling e taling o o o

a e taling o a e taling o

serat, dewan heret, leceh besok, elok borang, sorak boleh, korek borong, sorok

Daripada 18 pola keselarasan huruf vokal, ada 8 pola yang berubah daripada sistem ejaan Rumi lama (sebelum tahun 1972). Dasar tentang perubahan ini menetapkan huruf vokal I atau u yang terdapat pada suku kata akhir tertutup digunakan sekiranya huruf vokal a, e pepet, i atau u terdapat suku kata praakhir. Suku kata praakhir Vokal a, e pepet, i atau u Suku kata akhir tertutup i, u

10

Ejaan Lama
Pola Ejaan 1 2 3 4 5 6 7 8 a e taling ao e pepet e taling e pepet o i e taling io u e taling uo Contoh aleh batok lebeh tempoh pileh tidor usek untong Pola Ejaan ai au e pepet i e pepet u ii iu ui uu

Ejaan Kini
Contoh alih batuk lebih tempuh pilih tidur usik untung

11

Tentang pola keselarasan vokal yang tidak berubah daripada sistem ejaan lama, dasar keselarasan huruf vokal menetapkan supaya digunakan huruf vokal e taling atau o pada suku kata akhir tertutup sekiranya digunakan vokal e taling atau o juga pada suku kata praakhir. Suku Kata Praakhir Vokal e taling atau o Suku Kata Akhir Tertutup vokal e taling atau o

12

Pola Ejaan

Contoh

1. 2. 3. 4.

e taling e taling e taling - o o e taling oo

leceh, gelek, selekeh tempoh, belok, selekoh boleh, ponteng, celoteh obor, corong, borong

13

POLA KEKECUALIAN KESELARASAN HURUF VOKAL Bil. Pola Ejaan Contoh Kata Bahasa Nusantara aneh, awet barong, calon gembleng bendok, jempol imlek ijon, pilon tulen, ulet buron, bunglon pakem Contoh Kata Bahasa Inggeris kabaret, jaket atom, kontraktor setem gabenor, interkom tiket, kriket diftong, transistor subjek kupon, konduktor teater, plaster hipotesis, objektif

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

a e taling ao e pepet e taling e pepet o i e taling io u e taling uo a e pepet e taling i

14

11. 12. 13. 14. 15. 16. 17.

e taling u e pepet e pepet demdem i e pepet iseng oi ou e taling e pepet o e pepet

petroleum, spektrum artikel, filem, dividen fosil, polis bonus, forum meter Oktober, broker

15

Ejaan Kata Serapan daripada Bahasa Inggeris dan Bahasa Eropah


Penyusunan ejaan bagi kata serapan daripada bahasa Inggeris dan bahasa Eropah yang lain yang ditulis dalam huruf Roman dilakukan dengan mengikut peraturan penyesuaian huruf, contohnya: Bahasa Inggeris a ae ai au b, bb Bahasa Melayu a ae ai au b Contoh Penggunaan abstrak aerial aileron, aising audit, automatik lobi, hobi

16

Bagi penyesuaian ejaan daripada bahasa Inggeris dan bahasa bahasa Eropah yang lain yang ditulis dengan huruf Roman, yang dipentingkan ialah bentuk ejaan dan bentuk visualnya. Bahasa Inggeris carbon cartoon conductor dialogue institute structure jadi karbon bukan kartun konduktor dialog institut struktur Bahasa Melayu kaban katun kondakter dailog institiut strakcer
17

Kata serapan daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain dikecualikan daripada peraturan sistem keselarasan huruf vokal menurut Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu. Bahasa Inggeris atom bonus fossil pistol tetap atom bonus fosil pistol Bahasa Melayu bukan atum bonos, bunus fosel, fusil pestol, pistul
18

Ejaan gugus konsonan yang terdapat dalam bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain diterima dan dikekalkan bentuknya dalam bahasa Melayu dengan beberapa penyesuaian. Penulisan gugus konsonan di awal kata atau awal suku kata dikekalkan. Sebagai contoh: Bahasa Inggeris bl br chlchrclcrblock brake chlorophyll chronology clinic credit jadi Bahasa Melayu bl brklkrklkrblok brek klorofil kronologi klinik kredit

19

fr- franc gl- glocose gr- gravity kn- knot kr- krone pl- plumbum pr- practical ps- psychology pt- ptomaine sc- scandal scr- script sk- ski sn- snooker sp- spectrum sph- sphere

jadi

frgrknkrplprpsptskskrskspsf-

franc glglukosa graviti knot krone plumbum praktis psikologi ptomain skandal skrip ski sksnuker spektrum sfera
20

spr- spring sqststrtrtzsquadron stable structure tragedy tzar

jadi

spskststrtrtz-

spring skuadron stabil struktur tragedi tzar

21

Sebagai kekecualian kepada peraturan gugus konsonan, beberapa kata tertentu telah diterima mengikut sistem ejaan lama yang menggunakan huruf e pepet, sebagai contoh: Bahasa Inggeris class jadi club glass grant plan stamp kelas kelab gelas geran pelan setem bukan Bahasa Melayu klas klab, klub glas gran plan stem
22

Penulisan huruf gugus konsonan pada akhir kata (atau pada akhir suku kata) bagi kata yang diterima bentuk gugus konsonannya adalah seperti yang berikut: Bahasa Inggeris -lf -lt -nce -nk -ps -rd -rm -rt golf cobalt science bank forceps standard chloroform consert jadi Bahasa Melayu -lf -lt -ns -ps -rd -rm --rt golf kobalt sains -nk bank forseps standard kloroform konsert
23

-x -xt

complex text

jadi

-ks -ks

kompleks teks

Huruf gugus konsonan di akhir kata dalam bahasa Inggeris yang disesuaikan dengan penambahan huruf vokal dalam bahasa Melayu adalah seperti yang berikut: Bahasa Inggeris -ct -gm -ism fact paradigm materialism jadi -kta -gma -isme Bahasa Melayu fakta paradigma materialisme

24

Kata daripada bahasa Inggeris dan bahasa Eropah yang lain yang sudah sebati atau telah lama terserap dalam bahasa Melayu dikekalkan ejaannya mengikut kaedah ejaan bahasa Melayu, contohnya: Bahasa Inggeris bureau custom driver modern pension station jadi biro bukan kastam drebar moden pencen stesen Bahasa Melayu bureau kustom driber, driver modern pension station, stasion, stesyen

25

Semua huruf g yang diucapkan j dalam bahasa Inggeris tetap Diterima sebagai huruf g juga dalam bahasa Melayu. Sebagai contoh: Bahasa Inggeris agenda gymnasium technology tragedy tetap agenda bukan gimnasium teknologi tragedi Bahasa Melayu ajenda jimnasium teknoloji trajedi

26

Huruf g yang diucapkan j mengikut sebutan dalam bahasa Inggeris, disesuaikan menjadi huruf j dalam bahasa Melayu. Sebagai contoh: Bahasa Inggeris agent college contingent engine jadi Bahasa Melayu ejen, agen kolej kontinjen enjin

27

Ejaan Kata Serapan daripada Bahasa Arab Terdapat dua cara untuk mengeja kata setapan daripada bahasa Arab dalam bahasa Melayu, iaitu: Kata umum daripada bahasa Arab yang sudah terserap atau sebati dalam bahasa Melayu dieja dalam tulisan Rumi seperti mengeja kata jati bahasa Melayu, sebagai contoh: sahabat izin sabar darurat kubur zalim hakim zat

28

Istilah daripada bahasa Arab boleh ditulis menggunakan kaedah transliterasi huruf Arab ke tulisan Rumi, sebagai contoh: hadith kidhib istimal qunut riya

29

You might also like