You are on page 1of 21

PENGENALAN

Kenegaraan Malaysia ialah pengajian yang berkaitan dengan masyarakat, budaya, sosial, politik, ekonomi dan sejarah Malaysia. Istilah "kenegaraan" secara umum membincangkan hal ehwal sesebuah negara. Kenegaraan Malaysia bukan sahaja suatu usaha memberikan kefahaman tentang latar belakang sejarah negara tetapi lebih daripada itu. Kenegaraan Malaysia merangkumi pembinaan negara bangsa Malaysia itu sendiri dan seterusnya penghayatan yang wajib ada di dalam diri dan sanubari rakyat Malaysia yang akan digunakan sebagai pedoman dan amalan hidup. Oleh yang demikian, perkara-perkara yang berkaitan dengan sejarah Malaysia, sistem pemerintahan Malaysia, pembangunan negara dan pembinaan negara bangsa akan turut dihuraikan dalam topik ini. Topik ini amat penting dan perlu dihayati oleh setiap warganegara Malaysia. SUMBER RUJUKAN MAKSUD DAN KONSEP KENEGARAAN Istilah dan konsep asas yang perlu diberi perhatian:

Maksud

Negara

Ciri

Rajah 1: Istilah Dan Konsep Negara Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) mendefinisikan "negara" sebagai suatu masyarakat yang menduduki kawasan tertentu dan diperintah oleh sesebuah kerajaan, kawasan yang dibawah kekuasaan kerajaan tertentu dan segala yang berkaitan dengan negara (masyarakat dan kawasan di bawah satu kerajaan). Istilah "negara" atau state selalunya dihubungkan dengan bangsa, masyarakat, kerajaan dan sebagainya.

Namun dalam pengertian ilmu sains politik, istilah-istilah itu mempunyai definisi yang berbeza bergantung kepada konteks penggunaannya.Maksud negara juga merujuk kepada sekumpulan manusia yang mendiami wilayah atau daerah tertentu di bawah undang-undang dan kuasa pemerintahan. Konsep negara menurut undang-undang antarabangsa ialah sesuatu masyarakat politik atau wilayah layak dianggap sebagai sebuah negara sekiranya mempunyai ciri-ciri berikut:

Ciri-ciri negara

Sempadan (wilayah)

Penduduk tetap

Kerajaan

Kedaulatan

Rajah 2 : Ciri-ciri negara SEMPADAN Sempadan merupakan salah satu ciri-ciri kenegaran yang dikenali sebagia wilayah. Sempadan merangkumi sempadan tanah daratan, air dan udara. Setiap negara ayng mempunyai sempadan, kawasan atau wilayah tersendiri yang dihuni oleh penduduk atau rakyat negara itu. Dalam hal ini, keluasan, sesebuah negara atau jumlah penduduknya tidaklah mnjadi persoalan penting dalam mewujudkan sebuah identity politik yang dinamakan negara itu. Contohnya, Singapura dan Brunei tetap dianggap sebagai negara walaupun kedua-dua negara tersebut memiliki keluasan wilayah dan jumlah penduduk yang kecil. Kesempadan atau kewilayahan sesebuah negara bukan sahaja merangkumi kawasan tetapi juga melibatkan persekitaran sekeliling seperti sumber alam yang mencakupi wilayah geografi, udara dan juga laut. Selain itu, Malaysia juga mempunyai sempadan tanah daratan dan laut antarabangsa sepertu Thailand, Singapura, dan juga Indonesia. Sempadan-sempadan yang wujud akan membatasi kuasa dan hak sesebuah negara untuk melakukan sebarang perkara di luar smpadan wilayahnya. Sekiranya batasan ini dilanggar oleh sesebuah negara tersebut dianggap telah menceroboh wilayah begara yang lain.

PENDUDUK TETAP Penduduk tetap juga dikenali sebagai warganegara. Penduduk yang dimaksudkan ialah orang yang tinggal di sesebuah negara yang biasanya disatukan oleh suatu kesamaan dan bersama-sama mendiami suatu wilayah. Masyarakat ataupun penduduk yang mendiami wilayah kenegaraan tersebut akan berkongsi beberapa persamaan samada dari sudut nilai, sosial, ekonomi dan juga politik. Seseorang rakyat yang menjadi penduduk sesebuah negara mempunyai hak dan tanggungjawab tertentu. Untuk layak menjadi rakyat sesebuah negara, seseorang itu harus mempunyai atau memenuhi syarat-syarat atau kewajipan-kewajipan seperti tinggal tetap di wilayah tertentu (bermastautin), cukup umur (bergantung kepada sesebuah negara), jantina, bangsa, dan agama. Misalnya di negara Arab, hanya penduduk yang beragama Islam sahaja mempunyai hak untuk mengundi. Negara dalam ilmu sains politik pula berbeza dengan pertubuhan kerana keahlian dalam negara tidak secara sukarela dan seseorang tidak boleh berpaling tadah walaupun telah berhijrah dan menetap di negara lain KERAJAAN Sesebuah negara mestilah mempunyai kerajaan atau pemerintah. Hal ini kerana, penduduk tetap yang menghuni sesuatu kawasan tadi memerlukan unit yang dinamakan kerajaan untuk mengurus dan mentadbir segala hal yang berkaitan dengan masyarakat berkenaan. Pemerintah atau kerajaan ialah organisasi yang mengatur dan memimpin negara. Tanpa kerajaan, tidak akan wujud sesebuah negara yang dikatakan baik dan sempurna.

Dalam pada itu, untuk mewujudkan sistem pemerintahan yang baik dan berkesan, sesebuah kerajaan itu perlu mempunyai kewibawaan dan mempunyai kuasa membuat peraturan dan melaksanakannya dalam masyarakat. Konsep kerajaan dalam erti kata yang sebenar merujuk kepada fungsi-fungsi yang terlibat dalam pengurusan dan perjalanan hal ehwal sesebuah negara. Dalam konteks negara Malaysia, terdapat tiga komponen utama kerajaan iaitu:

Komponen Utama
Perundangan Pemerintahan Kehakiman

Rajah 3: Komponen Utama Badan Perundangan (Legislatif) Menggubal, meminda atau membatalkan undang-undang dan tidak boleh menyerahkan kuasa ini kepada sesiapa pun dan tidak boleh mempunyai kuasa lain.

Badan Pemerintah (Eksekutif) Menjalankan kuasa eksekutif dan tidak bolah membuat undang-undang.

Badan Kehakiman (Judisiari) Mentafsir dan melaksanakan undang-undang dengan kuasa yang diberikan dan tidak boleh membuat undang-undang atau menjalankan kuasa eksekutif Kedaulatan Ciri-ciri sesebuah negara juga dipengaruhi oleh faktor kedaulatan. Kedaulatan menurut K. Ramanathan (2002) berasal daripada perkataan Latin iaitu superanus yang membawa maksud keunggulan atau keagungan. Dengan kata lain, kedaulatan ialah kuasa sesebuah negara untuk membuat undang-undang dan menguatkuasakan undang-undang dengan menggunakan segala kuasa yang ada padanya lantaran sifatnya yang mutlak. Kedaulatan dikatakan wujud kerana adanya wilayah. Kedaulatan dibahagikan kepada dua, iaitu kedaulatan politik dan kedaulatan yang sah. Kedaulatan politik ialah kekuasaan rakyat yang berfungsi apabila pilihan raya diadakan untuk memilih kerajaan sementara kedaulatan yang sah ialah kekuasaan tertinggi dalam undang-undang negara dan dimiliki oleh pemerintah. Menurut John Austin, undang-undang ialah kedaulatan yang memperlihatkan kepada kita bahawa aspek undang-undang dengan kedaulatan tidak boleh dipisahkan sama sekali

Ciri-ciri tambahan Selain empat ciri yang disebutkan sebelum ini, pengiktirafan antarabangsa terhadap sesebuah negara juga memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan sesebuah negara. Hal ini kerana, masyarakat antarabangsa pada masa kini menerima konsep negara sebagai negara yang demokratik bagi mengesahkan kerajaan yang memimpin rakyat atau sesebuah bangsa itu dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya. Misalnya dalam konteks ini, kita dapat melihat kerajaan-kerajaan yang tidak dipilih atau tidak disukai oleh rakyat tidak dapat bertahan lama dalam arena antarabangsa. Hakikat ini dibuktikan dengan melihat kerajaan-kerajaan sebelum ini seperti kerajaan Taliban di Afghanistan dan kerajaan Apartheid di Afrika Selatan yang ketika dulu tidak dapat kekal lama kerana masyarakat antarabangsa tidak mengikhtiraf kewujudannya. Justeru, pengikhtirafan masyarakat antarabangsa juga amat diperlukan oleh sesebuah negara demi menjamin kewujudannya dipentas antarabangsa. Berdasarkan ciri-ciri negara yang telah dibincangkan sebelum ini, maka tidak dinafikan bahawa Malaysia ialah sebuah identiti politik yang layak layak dianggap sebagai sebuah negara. Maka, berasaskan ciri-ciri negara ini, terdapat beberapa jenis sistem kerajaan yang diamalkan oleh negara-negara di dunia iaitu:

Persekutuan

Demokratik

Kesatuan

Kerajaan
Beraja Konfedarasi

Republik Rajah 4: Jenis Kerajaan

KEDAULATAN Ciri-ciri sesebuah negra juga dipengaruhi oleh faktor kedaulatan. Kedaulatan ialah kuasa tertinggi yang dimiliki oleh sesebuah institusi dalam masyarakat politik, untuk membuat keputusan tentang hal hal yang berhubung dengan politik. Dipelopori oleh Jean Bodin ( 1530 1596 ) dalam buku Six Books Concerning the State menegaskan kadaulatan sebagai kuasa tertinggi yang terdapat dalam sesuatu kesatuan negara yang merupakan suatu kekuasaan yang mutlak dan abadi daripada negara. Kedaulatan menurut K.Ramanathan (2002) berasal daripada perkataan Latin superanus yang membawa maksud keunggulan dan keagungan. Dengan kata lain, kedaulatan ialah kuasa sesebuah negara untuk membuat undang-undang dan menguatkuasakan undangundang dengan mengunakan segala kuasa yang ada padanya lantaran sifatnya yang mutlak. Kedaulatan dikatakan wujud kerana adanya wilayah. Kedaulatan dibahagikan kepada dua iaitu kedaulatan politik dan kedaulatan yang sah. Kedaulatan politik ialah kekuasaan rakyat yang berfungsi apabila pilihanraya diadakan untuk memilih kerajaan sementara kedaulatan yang sah pula, ialah kekuasaan yang tertinggi dalam negara dan dimilikim oleh pemerintah. Menurut John Austin, undang-undang ialah kedaulatan yang memperlihatkan kepada kita bahawa aspek undang-undang dengan kedaulatan tidak boleh dipisahkan sama sekali Antara ciri-ciri kedaulatan ialah kekal. Walaupun berlaku pertukaran pemerintah namun kedaulatan tidak akan berubah dan apa yang berubah hanyalah cara pemerintahan negara itu. Selain itu, kedaulatan juga mempunyai unsur kuasa yang tinggi. Kuasa ini tidak dapat disaingi oleh mana-mana ciri dalam negara tersebut kerana jika ada persaingan maka ia tidak lagi merupakan sesuatu yang berdaulat. Kedaulatan juga tidak terbatas. Ia merangkumi segenap aspek yang wujud dalam sesuatu negara dan tiada yang terkecuali. Kedaulatan juga tidak boleh dibataskan dan tidak ada apa-apa yang lebih berdaulat daripadanya kerana ia bersifat mutlak. Had rangkumannya meliputi seluruh rakyat dan merangkumi setiap pelusuk wilayah negara berkenaan. Tidak ada sedikit pun kawasan yang terkecuali dan pada kuasa mutlak negara. Kedaulatan juga mempunyai jenis-jenisnya yang tersendiri. Antaranya ialah kedaulatan politik. Kedaulatan politik ialah kedaulatan yang mempengaruhi pengundi dalam negara kerana kemahuan rakyat disalurkan melalui wakil di parlimen. Kedaulatan udang-undang pula terhasil

daripada kedaulatan politik dan menyatakan kuasa tertinggi dalam sesuatu negara ialah undangundang dan parlimen yang bertanggungjawab meluluskan undang-undang. Jenis kedaulatan yang ketiga ialah kedaulatan rakyat. Ia di bentuk atas persetujuan rakyat melalui pilihanraya. Kekuasaan rakayat adalah setanding dengan kuasa yang dimiliki oleh pihak berkuasa. Terdapat garis pemisah antara rakyat yang diperintah oleh sesuatu pihak dengan pihak yang memerintah di pihak yang lain. Rakyat ditafsir lebig berdaulat keran segala yang dilakukan oleh pemerintah merangkumi rakyat (rakyat berhak menarik balik kenyataan). Selain itu, kedaulatan negara juga merupakan antara jenis kedaulatan. Kedaulatan negara tidak berfungsi di luar batas wilayah negara. Pihak yang berkuasa dianggap mempunyai satu keistimewaan untuk menguatkuasa undang-undang dengan penuh yakin. Pemerintah boleh menggunakan paksaan ke atas rakyat untuk memastikan bahawa mereka munurut perintah. Bebas daripada mana-mana negara dan setara dalam lapangan politik antarabangsa. Selain itu, mereka tidak bebas dari undang-undang yang dikenakan ke atas kebebasan diri, harta benda dan nyawa seseorang rakyat. Kedaulatan antarabangsa pula ialah kedaulatan yang di anggap sebagai milik semua negara semasa mereka bertindak dalam arena poltik antarabangsa. Sesebuah negara yang bebas dan merdeka menjalankan urusan perhubungan antarabangsa tanpa diganggu atau dihalang oleh mana-mana pihak. Negara berkenaan juga tidak boleh campur tangan dalam urusan kedaulatan masing-masing. negara lain kerana setiap negara mempunyai kedaulatan

NEGARA BANGSA Dalam mengenal negara bangsa terdapat beberapa aspek yang perlu diketahui antaranya ialah:

Negara Bangsa

Konsep Negara

Konsep Bangsa

Konsep Negara Bangsa

Ciri

Pelaksaan di Malaysia

Rajah 5 : Negara Bangsa

Konsep Negara Negara merujuk kepada sebuah unit politik yang mempunyai kedaulatan dan tanggungjawab dan berkuasa menjalankan pemerintahannya sendiri. Negara juga berfungsi sebagai perantaraan antara pemerintah dengan masyarakat dan segala tindakan serta kegiatan yang dilakukan oleh sesebuag negara tertakluk kepada undang-undang dan peratudan yang sah. Selain itu, terdapat juga takrif lain mengenai negara. Antaranya ialah negara sebagai satu organisasi kumpulan bermasyarakat dan berbudaya politik iaitu negara sebagai sebuah kumpulan yang mendiami satu kawasan yang tetap, bebas daripada kawalan luar dan memiliki satu kerajaan yang teratur. Terdapat juga beberapa tokoh yang cuba menghuraikan konsep negara dengan mengaitkan politik sebagai tunjsng utama. Menurut R.H Soltao (1977) melihat negara sebagai satu jentera atau agensi yang memiliki kuasa tertentu bagi mengurus atau mentadbir hal ehwal rakyat bagi pihak rakyat itu sendiri. Hal ini bermaksud negara diberi mandat untuk memerintah dan dipersetujui oleh orang yang diperintah. Sementara Miriam Budiarjo (1981) cuba memberi takrif negara sebagai satu sistem politik yang terdiri daripada penduduk di dalam sesuatu kawasan atau wilayah yang ditetapkan serta mempunyai kerajaan. Sementara itu, beberapa tokoh barat pula menghuraikan negara dalam bentuk yang berbeza. Menurut Harold J.A Laski (1984) berpendapat negara merupakan satu kelompok masyarakat yang bersatu dan mendapat kuasa yang sah disisi undang-undang. Robert A. Dahl (1983) pula menyatakan bahawa negara merupakan satu sistem politik yang didirikan oleh orang yang mendiami satu wilayah tetap dan mempunyai kerajaan yang memerintah wilayah tersebut. Secara rumusannya, negara merupakan satu unit politik yang mempunyai penduduk yang menetap di sesuatu kawasan atau wilayah dengan memiliki sempadan yang ditandai dengan jelas. Penduduk pula diperintah oleh sebuah kerajaan yang mempunyai kedaulatan dan diakui sah pemerintahannya serta berkuasa untuk menggubal dan melaksanakan undang-undang serta peraturan yang dipatuhi oleh rakyatnya. Konsep Bangsa Bangsa merujuk kepada kumpulan anggota bermasyarakat yang mendiami satu ruang wilayah yang mempunyai sempadan dan satu kerajaan yang sama serta mentaati satu undang-undang yang sama. Dalam menghurai konsep bangsa, unsur politik dilihat berperanan memainkan unsur

yang penting kerana bangsa itu terikat oleh satu sistem perundangan yang sama serta mempunyai hak dan tangungjawab. Kesimpulannya, bangsa boleh merangkumi beberapa kumpulan, ras atau etnik yang disatukan dibawah satu sistem pemerintahan dan perundangan serta mempunyai tangungjawab yang sama untuk mematuhi perlembagaan bangsa itu sendiri. Konsep Negara Bangsa Konsep negara bangsa merujuk kepada sebuah negara yang berdaulat dengan rakyatnya hidup bersatu-padu tanpa dipisahkan oleh ikatan primordial yang sempit seperti kaum, keturunan, agama, bahasa, budaya dan sebagainya yang boleh membawa kepada perpecahan. Oleh itu, rakyat dalam sesebuah negara perlu berkeyakinan, berkepercayaan yang tinggi kepada sistem pemerintahan dan undang-undang yang dilaksanakan. Pembinaan negara bangsa ini juga dilihat sebagai prasyarat kearah kemajuan sesebuah negara. Memandangkan Malaysia sebagai sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum, maka konsep perpaduan, keharmonian dan tolak ansur perlu difahami dan diterapkan dlaam amalan hidup rakyat agar negara bangsa dapat dibina.

Ciri-ciri negara bangsa

Ciri Negara Bangsa

Negara

Bangsa

Kerajaan

Perlembagaan

Rajah 6 : Ciri-ciri Negara Bangsa

Pembinaan Negara Bangsa Malaysia Pembinaan negara bangsa merupakan matlamat utama sesebuah negara dan boleh dianggap sebagai kemuncak kejayaan bagi sesebuah negara, pentadbiran serta penduduknya. Merujuk kepada Malaysia, proses awal pembinaan negara bangsa lebih tertumpu kepada keperluan politik. Usaha-usaha secara intensif bagi mencapai matlamat mula dilaksanakan selepas peristiwa 13 Mei 1969 khususnya menerusi rancangan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Matlamat yang lebih jelas pula hanya muncul ekoran pengenalan Wawasan 2020 oleh Tun Dr. Mahathir Mohamed pada tahun 1991. Wawasan yang menekankan terhadap keperluan wujudnya bangsa Malaysia yang mantap mula diberikan perhatian yang lebih serius oleh pelbagai pihak. Pembinaan negara bangsa Malaysia berdasarkan acuan sendiri harus dilaksanakan melalui pelbagai saluran. Salah satu dari saluran terpenting ialah pendidikan memandangkan bidang ini berperanan sebagai wahana utama membentuk perpaduan masyarakat dan seterusnya mencorakkan pembentukan negara bangsa. Jika disorot kembali, Dr. Mahathir telah mencetuskan kepentingan pembinaan bangsa Malaysia melalui Wawasan 2020 pada tahun 1991. Cabaran pertama yang ditonjolkan dalam gagasan tersebut dengan jelas meletakkan matlamat berkenaan : Mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatupadu yang mempunyai matlamat yang serupa dan dikongsi bersama, berintegrasi di peringkat Wilayah dan antara kaum berasaskan persamaan hak dan keadilan Sementara, Tun Abdullah Ahmad Badawi pula pernah menekankan kepentingan perkongsian sebuah negara dan menekankan semangat kecintaan kepada negara. Menurut beliau: Kejayaan Malaysia telah dibina atas usaha bersama. Negara Malaysia akan terus dibangunkan secara bersama dalam semangat yang tidak membenarkan berlakunya tafsiran sempit dari segi identiti warga, tidak membenarkan berlakunya amalan ekstremisme agama, tidak mengizinkan berlaku ketidakadilan dalam kalangan warga dan tidak mengizinkan tercetusnya sebarang kebimbangan terhadap jaminan masa hadapan mana-mana warga. Bumi dan langit Malaysia adalah tempat bertapak, tempat berteduh setiap warga Malaysia, Bumi dan langit Malaysia menjanjikan tapak kukuh dan langit cerah untuk setiap warga dapat hidup bersatu penuh muafakat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam perutusan hari kebangsaan negara ke 52 (2009) pula menekankan kepada usaha merapatkan hubungan rakyat berbilang kaum di Malaysia dengan meruntuhkan tembok pemisah yang masih wujud. Menurut beliau : ... lipatan sejarah dunia yang sarat dengan catatan bahawa kejayaan yang tidak diurus dengan baik akan berakhir dengan kegagalan. (Malaysiakini : 31 Ogos 2009) Bagi mengukuhkan kenyataan tersebut beliau turut mengingatkan generasi muda Malaysia khususnya supaya menghargai sejarah negara terutamanya dalam aspek yang melibatkan kerjasama antara kaum. Mempertegaskan hal tersebut, beliau menyatakan : kejayaan dan kemakmuran Malaysia sepanjang ini tumbuh dan berkembang hasil sumbangan serta dokongan semua kaum, semua penganut kepercayaan, semua lapisan masyarakat, di desa mahupun di kota, yang berada mahupun tidak, tua atau muda. (Malaysiakini : 31 Ogos 2009). Pandangan yang senada namun didasari latar masa yang berbeza itu merupakan satu gambaran umum terhadap keperluan bagi Malaysia dalam proses pembentukan negara bangsa. Walaupun bangsa Malaysia dianggap masih jauh dari jangkauan namun usaha-usaha bagi mencapai matlamat tersebut sewajarnya dilaksanakan secara konsisten khususnya melalui medium pendidikan. RAS DAN ETNIK Maksud istilah ras secara mudahnya ialah suatu keadaan untuk membezakan antara satu penduduk manusia dengan penduduk manusia yang lain.Dari segi biologica ras adalah satu kelompok manusia yang mempunyai persamaan dari segi fizikal seperti warna kulit, bentuk kepala,hidung, mata, bibir, telinga dansebagainya.Ciri-ciri fizikal tersebut ditentukan olehbaka, yang diwarisi dari generasi ke generasi.Oleh yang demikian ,istilah ras merujuk kepada keturunan seseorang .Sebagai contoh sekiranya seseorang itu melayu ,maka dia akan mempunyai cirri-ciri kemelayuan dari segi rasnya seperti berkulit sawo matang ,tidak terlalu tinggi dan terlalu rendah,berambut hitam dan sebagainya.Keadan ini akan berbeza pula jika seseoran itu berketurunan lain seperti cina,india dan kadang-kadang kacukan antara ras tersebut. Seterusnya istilah.Etnik merujuk kepada tradisi atau budaya yang dipamer seperti gaya pakaian,bahasa pertuturan,dan sebagainya.Kebiasaanya satu kelompok etnik itu terdiri daripada satu kumpulan manusia yang mempunyai kebudayaan kecil yang sama, yang telah diturunkan darisatu

generasi kepada generasi yang lain.Ahli-ahli dalam kelompok etnik mempercayai mereka berasal dari satu keturunan yang sama. MASYARAKAT DAN MASYARAKAT MAJMUK Masyarakat menurut kamus pelajar edisi kedua ialah sekumpulan orang yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan cara-cara dan peraturan-peraturan tertentu. Komponen penting yang membentuk negara ialah masyarakat. Masyarakat secara definisinya adalah satu kelompok manusia yang berbeza dari kelompok lain dari segi kepentingan bersama, penyertaan dalam perhubungan yang mempunyai cirri khusus, penyertaan dalam institusi yang dikongsi bersama dan mengamalkan budaya yang sama. Satu kumpulan masyarakat yang bergantung kepada lokasi mereka berada akan mempunyai kepentingan yang berbeza. Kumpulan masyarakat dapatlah diperkatakan sebagai satu komuniti tertentu yang tinggal di sebuah negeri atau wilayah, mempunyai adat resam, undang-undang, serta organisasi yang dikongsi bersama misalnya Malaysia. Oleh itu, konsep masyarakat mempunyai lima ciri. Ciri-ciri masyarakat yang pertama ialah tinggal di negeri atau wilayah tertentu. Kedua ialah berkongsi budaya, seterusnya ialah mendukung undang-undang bersama, menganggotai institusi dan organisasi bersama dan berhubungan dan bekerjasama antara satu sama lain. Masyarakat majmuk pula ialah masyarakat yang mengandungi beberapa kumpulan etnik yang hidup berdampingan dan bercampur gaul, tinggal dalam satu unit politik yang sama tetapi hidup secara berasingan dan tidak bersatu padu, dan mempunyai budaya yang tersendiri. Dalam memperkatakan pembentukan gagasan konsep Negara maka masyarakat memainkan peranan yang penting. Klasifikasi masyarakat boleh diletakkan dalam suatu situasi yang agak kritikal apabila dikaitkan dengan masyarakat majmuk seperti Malaysia. Masyarakat dikatakan majmuk apabila terdiri daripada pelbagai kelompok ras atau etnik yang berlainan di bawah satu system pemerintahan. Ciri-ciri utama dalam masyarakat ini adalah konflik, pencanggahan dan paksaan. Menurut Furnivall, masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri. Menurut Van Den Berghe, masyarakat majmuk mempunyai beberapa ciri-ciri.

Ciri yang pertama ialah ketiadaan consensus nilai, kepelbagaian kebudayaan, wujudnya konflik antara kelompok yang berlainan, wujudnya autonomi atau kebebasan antara bahagian dalam sistem sosial, peri mustahaknya paksaan dan saling bergantungan dari segi ekonomi sebagai dasar integrasi, dominasi politik oleh satu golongan tertentu dan hubungan antara kelompok lebih bercorak secondary, segmental dan utilitarian manakala hubungan dalam kelompok lebih berbentuk primary. Oleh yang demikian, komponen masyarakat dan masyarakat majmuk memainkan peranan yang penting dalam pembinaan negara bangsa dalam konteks kenegaraan Malaysia.

KEBUDAYAAN Kebudayaan merupakan satu komponen yang penting dalam konteks negara bangsa. Budaya ialah suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai. Menurut kamus Dewan (2005) budaya didefinisikan sebagai kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir), berkelakuan dan sebagainya. Sistem kebudayaan jga boleh didefinisikan sebagai nilai, adat resam, tingkah laku, artifak yang dikongsi bersama oleh ahli anggota masyarakat dan digunakan untuk urusan sesame mereka didunia. Budaya boleh dibahagikan kepada dua iaitu :

Kebendaan

Budaya
Bukan kebendaan

Rajah 7 : Bentuk Budaya

Budaya kebendaan merupakan peralatan dan kelengkapan hidup seperti tempat tinggal, kereta, kenderaan, dan sebagainya. Antara contoh budaya kebendaan ialah orang melayu mempunyai rumah yang reka bentuknya berbeza dengan orang inggeris atau orang Eskimo. Manakala budaya bukan kebendaan pula boleh diistilahkan sebagai kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang. Masyarakat mempunyai adat istiadat mereka yang tersendiri dalam menjalani kehidupan seharian. Contohnya, pihak lelaki memberi hantaran kepada pihak perempuan, manakala bagi masyarakat india pihak perempuan yang akan memberi hantaran kepada pihak lelaki. Dalam budaya melayu, faktor agama adalah penting kerana agama bukan sahaja dianggap sebagai satu sistem kepercayaan semata-mata tetapi juga dianggap sebagai suatu perlembagaan hidup yang meliputi kepercayaan dan amalan hidup. Bahasa juga merupakan salah satu budaya yang berperanan sebagai alat komunikasi yang sangat penting. Bahasa melambangkan identiti bagi setiap bangsa. Selain itu, adat resam juga mustahak sebagai petunjuk jalan bagi seseorang dalam mengendalikan hidup bermasyarakat dan berbudaya. Terdapat dua peranan utama bagi pembentukan sesuatu budaya iaitu :

Membina imej negara kearah mewujudkan keperibadian dan identiti

Peranan budaya
Memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegaraan bercirikan kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental. Rajah 8 : Peranan Budaya Budaya merupakan identiti kepada sesuatu kelompok dalam aspek pengendalian hidup. Budaya boleh diwarisi dari satu keturunan kepada satu keturunan. Menurut Mohd Taib Osman (1988) budaya dikatakan sebagai satu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yang dapat memenuhi kehendak biologi dan kemsyarakatan serta dapat menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling. Kebudayaan ini melibatkan perkara-perkara yang diperturunkan dari satu

generasi kepada generasi yang melalui pembelajaran. budaya mempunyai ciri-ciri tersendiri iaitu:

Ciri-ciri Kebudayaan
Diturunkan dari satu generasi ke generasi Dikongsi bersama Nilai dan identiti kelompok Dinamis dan kreatif Kerangka rujukan bagi masyarakat Bersifat sejagat Adanya pandangan semesta

Dipelajari

Rajah 9 : Ciri-ciri kebudayaan Budaya bersifat universal tetapi pada masa yang sama terdapat perbezaan antara budaya satu masyarakat dengan masyarakat yang lain. Oleh itu, kebudayaan mempunyai nilai-nilai tertentu yang dapat memberikan identiti bagi setiap komponen masyarakat. Sesuatu budaya berkembang dan terus dicipta mengikut kesanggupan masyarakatnya. Terdapat budaya yang dipadankan apabila berlaku pertembungan dengan pengaruh luar sama ada untuk mengisi kekosongan sebagai alternatif kepada apa yang telah berlaku. Justeru boleh disimpulkan bahawa manusia itu tersendiri akan mengikut perkembangan masyarakat itu tersendiri. IDEOLOGI DAN POLITIK Ideologi merupakan sesuatu komponen yang penting dalam pembinaan sesebuah negara. Ideologi akan bertindak sebagai pelengkap mahupun pemangkin kepada pembinaan sesebuah kerajaan ataupun negara. Ideologi merupakan sistem kepercayaan yang menjadi asas kepada tingkah laku seseorang. Pada lazimnya, ideologi merujuk kepada satu set kepercayaan yang berperanan untuk menggerakkan sesuatu pergerakan politik dan sosial. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, maksud ideologi adalah fahaman atau ajaran yang dipakai atau dicita-citakan untuk dasar pemerintahan dan tujuan lain. Menurut Ensiklopedia Brittanica pula, ideologi adalah sebagai salah satu item yang membentuk keperluan mental dan jasmani individu yang membentuk sesebuah masyarakat serta meliputi permasalahan politik, sosial, ekonomi dan perkara yang bersangkut paut dengan sejarah dan sosio-georafi manusia. Dari segi istilah, ideologi berasal daripada perkataan idea dan logik

yang bermaksud idea-idea yang disusun secara teratur untuk mewujudkan satu sistem kehidupan. Konsep ini banyak terdapat dalam tulisan Karl Marx. Pada pendapat beliau, ideologi adalah satu sistem idea dan kepercayaan yang mengekalkan serta mempertahankan kepentingan kelas sosial tertentu. Menurut Marx, sisitem idea dan kepercayaan tersebut mempunyai pelbagai idea dan kepentingan kelas pemerintah atau aspirasi kelas yang diperintah. Ideologi mempunyai perbezaan dengan fahaman. Perbezaan antara fahaman dan ideologi adalah fahaman hanyalah pemikiran seorang yang menjadi tanggapan semata-mata yang mungkin menjadi atau tidak dalam pegangan masyarakat. Manakala, ideologi adalah gagasan idea yang membentuk pemikiran manusia terhadap sesuatu konsep dan dipegang oleh sebahagian manusia. Secara umumnya, terdapat pelbagai ideologi yang berbeza bagi setiap parti mahupun negara. Contohnya, Nasionalisme, Kapitalisme, Sosialisme, Fasisme, Komunisme, Liberalisme dan sebagainya. Negara kita iaitu Malaysia mempunyai satu ideologi yang khusus iaitu Rukun Negara. Berdasarkan sejarah, ideologi Rukun Negara telah dibentuk selepas negara mengalami peristiwa rusuhan perkauman 13 Mei 1969 yang membawa impak negatif kepada negara kita. Mengikut konteks pembinaan negara bangsa dan kenegaraan Malaysia,politik merupakan satu aspek yang penting dalam menentukan sistem pentadbiran dan pemerintahan negara.Dalam proses pembentukan kerajaan, politik memainkan peranan yang penting terutama di sebuah negara yang mengamalkan demokrasi.Pembentukan kerajaan dilakukan melalui pilihan raya.Pilihan raya merupakan sebahagian daripada proses politik. Fungsi ideologi Ideologi memainkan peranan yang sangat penting dalam sesebuah masyarakat mahupun negara. Ideologi berperanan sebagai landasan perhubungan simbolik antara warganegara dengan pemerintah. Pemerintah dan warganegara sememangnya berada di kedudukan yang berbeza dalam sesebuah negara. Hal ini demikian kerana pemerintah akan memberi perintah kepada warganegara untuk menjalankan sisitem pemerintahan negara dan warganegara pula perlu menerima arahan pemerintah untuk menjaminkan sisitem pemerintahan negara dapat dilaksanakan dengan lancar. Selain itu, ideologi juga berfungsi untuk menyatukan seluruh warganegara yang berbilang kaum dan agama di dalam sesebuah negara. Perpaduan yang dibentuk akan dapat

menguatkan institusi pemerintah sesebuah negara. Contohnya, negara kita mempunyai pelbagai kaum yang berbeza, setiap kaum seharusnya mempunyai pemahaman yang sama tentang pembangunan negara. Ini bermakna, setiap kaum seharusnya menyedari kepentingan perpaduan dalam membangunkan negara kita. Hal ini penting kerana tanpa unsur perpaduan dalam sesebuah negara, maka nescaya negara itu tidak dapat dibangunkan dengan sepenuhnya. Di samping itu, ideologi juga digunakan bagi menyakinkan warganegara tentang dasar dan perubahan yang berlaku. Hal ini disebabkan setiap perubahan dalam negara akan menyebabkan rakyat kehilangan keyakinan terhadap sistem pemerintahan yang sedang dijalankan. Rakyat akan mulai meragui terhadap sistem pemerintahan yang dijalankan sama ada sesuai atau sebaliknya mereka perlu menentang sistem pemerintahan yang sedang dijalankan untuk mendapatkan sisitem pemerintahan yang baru. Contohnya, ideologi komunis yang dijalankan oleh kerajaan Rusia selepas Perang Dunia Kedua. Jenis-jenis ideologi Pada dunia ini, terdapat pelbagai jenis ideologi yang muncul. Setiap negara mengamalkan ideologi yang berbeza. Rukun negara merupakan ideologi bagi negara kita iaitu Malaysia. Rukun negara telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 iaitu setahun selepas peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara. Ideologi ini bertindak untuk

mempertahankan sisitem pemerintahan yang sedia ada di negara kita. Dalam Rukun negara, terdapat juga pembahagian-pembahagian kuasa dan tanggungjawab yang seharusnya dilaksanakan oleh rakyat negara kita. Nasionalisme pula merupakan ideologi yang berfungsi untuk menciptakan dan mempertahankan kedaulatan sesebuah negara dengan mewujudkan konsep identiti bersama untuk sekumpulan manusia. Selain itu, Kapitalisme merupakan sistem ekonomi dan sosial di mana setiap individu ingin mengumpulkan kekayaan sebanyak mungkin tanpa diganggu oleh kerajaan. Ideologi ini amat mementingkan keuntungan dan faedah ekonomi. Maksud individu di sini tidak semestinya merujuk kepada orang perseorangan tetapi juga termasuk satu kumpulan individu iaitu syarikat. Komunisme adalah ideologi politik dan struktur sosio ekonomi yang menggalakkan penubuhan

masyarakat yang egalitarian, tanpa kelas, dan tanpa negara berdasarkan pemilikan dan kawalan sama ke atas faktor pengeluaran dan harta secara umumnya. Selanjutnya, ideologi sosialisme merupakan teori atau sistem organisasi sosial dan ekonomi di mana salah satu ciri utamanya adalah sumber kekayaan negara dinikmati bersama oleh seluruh rakyat secara sama rata. Fasisme pula merupakan ideologi politik yang mementingkan kepentingan negara lebih daripada kepentingan individu mahupun masyarakat. Ideologi ini juga amat mementingkan perpaduan antara masyarakat bangsa yang sama. Liberalisme merupakan ideologi ataupun boleh dikatakan falsafah yang mementingkan kebebasan individu sebagai nilai politik yang tinggi. Liberal adalah gelaran bagi individu yang menerima fahaman liberalisme. Namun begitu, makna perkataan liberal akan berubah mengikut konteks sesebuah negara. Hak-hak peribadi dan peluang yang sama amat dipentingkan oleh ideologi ini. Rukun negara Rukun Negara mempunyai lima objektif, iaitu bertujuan untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat; memelihara cara hidup demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak; dan untuk membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi moden. Tedapat lima prinsip Rukun Negara pula ialah Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan undang-undang dan Kesopanan dan kesusilaan.

Kepercaya an kepada Tuhan,

Kesetiaan kepada Raja dan Negara

Keluhuran Perlembag aan

Kedaulatan undangundang

Kesopanan dan kesusilaan.

Rajah 10 : Rukun Negara

Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara harus dilihat dan difahami sebagai nilai kenegaraan yang sangat mendasar dan ianya mesti difahami dan dihayati dengan penuh komitmen, kesedaran dan penghayatan oleh setiap rakyat di negara ini.Prinsip yang pertama ialah kepercayaan kepada Tuhan. Prinsip ini menggambarkan bahawa asas kehidupan beragama merupakan prinsip penting kehidupan rakyat di negara kita. Sebarang bentuk ideologi atau ajaran yang menolak kepercayaan kepada Tuhan seperti fahaman komunis tidak akan mendapat tempat di negara ini. Ini adalah kerana agama telah menjadi unsur penting dalam membentuk rohani masyarakat kita. Di dalam Perlembagaan Persekutuan sendiri menetapkan bahawa Islam adalah agama rasmi persekutuan dan kepercayaan atau agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas. Prinsip Kepercayaan kepada Tuhan seharusnya dapat menerapkan kepercayaan beragama secara positif yang boleh membangun pemikiran luhur dalam hubungan pelbagai kaum serta dapat membina jati diri yang padu. Setiap penganut agama sewajarnya menjadikan agama masing-masing sebagai asas membina keharmonian dan perpaduan, bukannya menggunakan agama sebagai alat mencipta permusuhan. Justeru, semua kepercayaan agama di negara ini harus menolak sebarang bentuk ekstremisme agama, sebaliknya mengamalkan fahaman kesederhanaan yang dapat menyubur sikap persefahaman dan bertolak ansur atau saling bertoleransi. Prinsip yang kedua ialah kesetiaan kepada raja dan negara. Di negara kita, raja dan negara mempunyai kaitan yang sangat rapat. Ini adalah kerana negara kita mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan Raja berpelembagaan. Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyebut bahawa Yang di-Pertuan Agong (YDPA) adalah ketua negara. Perkara 44 pula menyebut bahawa YDPA adalah sebahagian daripada komponen yang membentuk Parlimen di negara ini. Justeru, prinsip kesetiaan dan ketaatan kepada Raja dan Negara menjadi unsur dan ciri penting dalam soal kewarganegaraan di negara ini. Setiap warganegara Malaysia perlu menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Yang Dipertuan Agong dan negara. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong. Penghayatan terhadap prinsip kedua mampu membentuk satu bangsa Malaysia yang patriotik dan bersatu padu kerana Raja adalah payung negara yang menaungi seluruh rakyat di negara ini. Justeru, institusi raja tidak boleh dicemari, diperlekeh atau dihina serta ia tidak wajar dipolitikkan sama sekali.

Prinsip yang ketiga ialah Keluhuran perlembagaan. Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Prinsip Keluhuran Perlembagaan bermaksud ketinggian dan keagungan undang-undang atau perlembagaan itu sendiri. Keluhuran Perlembagaan Malaysia terletak kepada kedudukannya sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua undang-undang seperti yang disebut dalam Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin keadilan, kerjasama, kesepakatan dan kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Setiap rakyat mempunyai kedudukan atau taraf yang sama di sisi undang-undang. Justeru, perlembagaan memberi jaminan terhadap hak asasi, kebebasan rakyat dan keadilan sosial untuk semua kaum di negara. Badan yang dipertanggungjawabkan memelihara keluhuran dan ketinggian perlembagaan ialah badan kehakiman. Badan ini berkuasa menentukan kesahihan sesuatu undang-undang. Prinsip yang keempat ialah Kedaulatan undang-undang. Setiap negara mempunyai undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, tenteram, stabil dan makmur. Justeru, kedaulatan undang-undang menjadi elemen penting bagi memastikan undang-undang berjalan dengan lancar. Kedaulatan undang-undang bermaksud setiap rakyat adalah sama tarafnya di sisi undang-undang negara tanpa sebarang driskiminasi kaum, gender mahupun kedudukan (status sosial). Oleh itu, keadilan merupakan elemen penting dalam menegakkan kedaulatan undang-undang.Kuasa kedaulatan dalam konteks undang-undang adalah merujuk kepada autoriti perundagan ynag paling tinggi iaitu Perlembagaan Negara. Badan untuk menegakkan kedaulatan undang-undang pula dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Ini penting bagi menjamin kebebasan asasi semua warganegara Malaysia. Namun, kebebasan asasi tidak bermakna kita bebas melakukan apa sahaja sehingga melanggar undang-undang dan Perlembagaan Negara. Misalnya, adalah menyalahi undang-undang dan Perlembagaan Negera apabila ada pihak yang mahu menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan kerana ia bukan termasuk dalam pengertaian kebebasan dan hak asasi. Didalam Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyebut bahawa undang-undang menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam dan sebagainya.

Kelima, Kesopanan dan kesusilaan. Prinsip ini mempunyai kaitan yang rapat dengan perkembangan dan pembangunan personaliti individu yang seharusnya dibina sejak kecil lagi. Prinsip ini juga berkait rapat dengan nilai-nilai moral dan akhlak masyarakat. Prinsip ini mesti menjadi panduan seluruh masyarakat supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan kemajuan dan pembangunan tamadun negara yang berasaskan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni. Kehidupan yang bersusila dan bersopan santun amat penting dalam konteks perhubungan etnik, terutamanya dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Dalam konteks ini, setiap warga negara sewajarnya tahu menghormati orang lain dengan mengawal diri daripada membangkitkan persoalan-persoalan sensitif kepada sesuatu kaum berkaitan kewarganegaraannya, asal keturunannya, bahasa, kebudayaan serta kepercayaan dan agam yang dianutinya. Kerajaan amat prihatin untuk membentuk masyarakat yang bersopan santun, berdisiplin dan bermoral tinggi. Justeru, kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dianjurkan kerajaan adalah bertujuan mewujudkan sebuah masyarakat yang memiliki sifa-sifat mulia, beradab, bersopan santun, bertoleransi, saling memahami dan cintakan kedamaian. Ia selari dengan prinsip kelima Rukun negara itu. Kesimpulannya, Rukun Negara harus dilihat sebagai internal cohesion atau kuasa dalaman yang dapat mengikat perpaduan dan semangat patriotisme di kalangan rakyat. Objektif dan prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara itu masih releven untuk membentuk jati diri dan keperibadian rakyat.Apa yang perlu ialah penghayatan terhadap Rukun Negara mesti disemarakkan kembali melalui gagasan 1Malaysia sebagaimana yang disarankan oleh kerajaan.

You might also like