You are on page 1of 4

Kelapa sawit sesuai ditanam di kawasan tanah yang gembur, tanah liat gembur dan tanah gambut (kurang

dari satu meter dalam). Bila berumur antara 36-50 bulan, kelapa sawit telah mula mengeluarkan hasil pertama. 5 1/2 - 6 1/2 bulan dari masa pendebungaan, maka buah kelapa sawit telah cukup masak. Apabila didapati 40-60 biji buah kelapa sawit dari satu mayang yang dianggar beratnya 9-14 kg (20-30 lb) atau 2 biji buah gugur ke tanah, maka mayang-mayang ini telah sesuai dipotong. Sawit boleh diklasifikasikan kepada empat jenis bentuk buah berdasarkan ketebalan tempurung, iaitu dura yang mempunyai tempurung tebal (21% perahan) , tenera mempunyai tempurung nipis (15% perahan) , pisifera yang tiada tempurung dan Nya Gambir (25% perahan). Kilang Kelapa Sawit Serting Ilir ini menerima buah daripada peladang FELDA dan Persendirian dari kawasan terdekat. Tembangau. Antaranya ialah Felda Lui dan Felda

Buah-buah yang telah dipotong dan dikutip ini akan di bawa ke sana.

Ketika lori sampai, buah akan masuk ke stesen penimbang untuk ditimbang. Selesai proses menimbang, buah akan dihantar ke tapak pengumpulan iaitu sebuah kawasan lapang yang luas dan dilonggokkan mengikut ladang. Ketika ini proses mengasingkan buah yang masak, buah muda dan rosak akan dijalankan secara manual oleh beberapa pekerja yang mahir. Seterusnya anggaran buah muda dan rosak akan dijalankan dan ditolak dari jumlah buah yang dihantar untuk pembayaran kepada ladang. Buah yang baik dan masak seterusnya di masukkan ke dalam mesin rel dihantar ke mesin Sterilizer. Convenyer untuk

Sebelum ini, pihak kilang menggunakan sistem lama

iaitu camp rage di mana buah dimasukkan ke dalam sebuah container besar dan ditolak ke rel mesin sterilizer dengan menggunakan folklift. Dengan penggunaan

mesin Convenyer, tenaga dan masa dapat dijimatkan.

Mesin Sterilizer digunakan

untuk merelaikan buah dari tandannya dan juga membasmikuman dengan teknik stim pada suhu 140C. Buah yang telah distimkan ini akan dimasukkan kedalam loading ram dan dihantar ke Mesin Thresher, di sini buah yang telah lembut dan relai akan dipisahkan dari tandannya dan di asingkan. Tandan kosong akan dilalukan ke relau (incinerator unit) untuk dibakar. Melalui kaedah terkini pula, tandan akan dicincang halus dan dijadikan fiber dengan menggunakan mesin Schredder. Produk ini

kemudiannya akan dijadikan baja kompos dan diedarkan kepada peladang-peladang yang berminat. Buah kelapa sawit pula akan dihantar masuk ke mesin Digester dan dihadamkan pada suhu 90C. Proses ini diteruskan lagi dalam Mesin Screw Press di mana buah kelapa sawit ini akan ditekan dengan kaedah skru atau pemulasan untuk mengasingkan antara minyak, biji sawit, fiber dan sludge (bendasing) yang mana seterusnya dialirkan ke dalam tangki oil clarifier untuk di asingkan. Prinsip air dan minyak tidak akan terlarut digunakan disini, di mana minyak akan berada dibahagian atas mankala air, sludge akan mendap ke bawah. Minyak mentah akan dialirkan ke dalam mesin vacuum dryer di mana minyak akan dibuang kelembapannya untuk menghasilkan minyak mentah yang berkualiti tinggi dan disimpan di dalam Tangki Besar yang dipanggil Oil Refinery. Namun begitu sebelum disalurkan dan disimpan di alam tangki, minyak ini akan melalui ujian makmal untuk memastikan kualitinya dengan menguji kualiti warna dan juga kuantiti asid lemak yang dihasilkan. Sekiranya gagal menepati standart yang dikehendaki, ia akan disalur untuk ditapis semua. Jika kualiti yang rendah terlepas keluar dari kilang, harga jualannya akan menurun.

Sludge (bendasing) pula akan di asingkan ke dalam mesin separator. Di dalam separator ini, sludge yang masih mengandungi 7-10% minyak akan disedut semula ke oil purifier untuk ditapis dan sludge yang sudah tidak mempunyai minyak akan di alirkan ke dalam kolam kumbahan dan disalurkan ke dalam waterway. Air sisa sludge ini digelar POME iaitu Palm oil Mill Effluent yang akan digunakan dalam proses penghasilan Biogas. Biji sawit dan fiber dari mesin Screw press akan dipindahkan ke dalam mesin depericarper di mana fibre di asingkan ke Boiler untuk dibakar dan biji sawit pula dipecahkan menggunakan mesin nut cracker bagi mengasingkan tempurung dan isirungnya. Kedua-dua hasilan ini akan diasingkan menggunakan mesin winnowing di mana isirung akan di simpan di dalam kernel silo sebelum dihantar ke kilang menghancurkan isrung untuk menghasilkan pelbagai bahan antaranya ialah makanan bagi ternakan. Tempurung pula akan dihancurkan dan dijual kepada kilang. Tempurung kelapa sawit boleh digunakan untuk membuat batang korbon di dalam penapis air minuman. Bagi fiber yang telah diasingkan tadi, akan dihantar ke relau untuk dibakar dan dijadikan baja kompos yang boleh digunakan semula untuk memberi nutrient kepada pokok kelapa sawit. Palm Oil Mill Effluent atau akronimnya POME ialah bahan buangan daripada pemprosesan kelapa sawit tadi di salur dan ditakungkan ke dalam kolam kumbahan. POME yang mengandungi bahan organic yang sangat tinggi ini akan dirawat dan POME tersebut akan disimpan di

digunakan semula untuk menghasilkan Biogas.

dalam tiga tank tertutup di mana tank satu sebagai penyejuk, tank ke dua sebagai pencampur dan tank ketiga sebagai tangki pemerap. Di dalam tangki ketiga proses penapaian akan berlaku, bakteria pengurai semula jadi akan digunakan untuk

menguraikan POMe ini menjadi gas methane yang boleh menghasilkan tenaga biogas. Komposisi bagi biogas ialah metana, karbon dioksida, wap air, hydrogen dan sulfide. Gas metana yang terhasil ini akan disalirkan ke penjana kuasa yang menggunakan teknologi dari Denmark dan Jepun. Tenga biogas ini digunakan semula untuk menjana tenaga di kilang.

You might also like