You are on page 1of 3

CARL ORFF

Menyanyi, menyebut,menari dan bermain merupakan aktiviti di dalam elemen pendidikan muzik. Improvisasi dan mencipta sesuatu bentuk yang baru dalam setiap apa yang disebut di awl tadi merupakan pembelajaran yang menggunakan pendekatan yang aktif di dalam pendidikan muzik seperti mana yang telah diutarakan oleh Orff Schulwerk. Dalam ertikata lain, ia adalah sebahagian daripada tingkah laku semulajadi kanak-kanak iaitu bermain. Carl Orff dialhirkan pada tahun 1895 di Munich, Jerman. Beliau memulakan pembelajaran muzik dengan piano dan ketika berumur lima tahun di bawah pengawasan ibunya. Beliau sangat berminat dengan kemahiran berbahasa dan sastera. Beliau menerima latihan pendidikan muzik secara formal di Akademie der Tonkust bertempat di Munich. Dari tahun 1915 hingga 1917, Orff menjadi Pengarah Muzik di Munich Kammerspiele dan orang yang banyak mempengaruhi kerjaya beliau ialah mentor dan rakannya iaitu Curt Sachs. Beliau banyak belajar dan mengkaji muzik zaman Renaissance dan awal Barroque khususnya komposer Claudio Monteverdi. Selepas tamatnya perang, beliau memegang beberapa jawatan dalam opera mannheim dan Darmstdt sebelum kembali ke Munich untuk melanjutkan pengajiannya dalam pendidikan Muzik. Mulai tahun 1925 hingga akhir hayatnya, beliau menjadi pengasas dan Ketua Jabatan Gunther School untuk gimnastik, tarian dan muzik di Munich. Di sisnilah beliau membina teori-teori Pendidikan Muziknya. Dalam sekitar tahun 1937, karya beliau yang bertajuk Carmina Burana diopersembahkan di Frankfurt. Dengan kejayaan Carmina Burana, Orff memansuhkan karya-karya beliau yang kecuali Catulli carmina dan entrata yang digubah semula.

1- http://mzu3111.blogspot.com 2-

FALSAFAH

CARL Orff sebenarnya sangat menyanjungi komposer Moteverdi. Kebanyakan karya Orff adalah berdasarkan sumber-sumber lama seperti cerita-cerita dongeng dan lagenda. Beliau tidak memangdang sumber-sumber tersebut sebagai suatu yang lama kerana ia boleh digunakan semula. Sumber-sumber yang telah kehilangan elemen masa masih mempunyai spiritual power. Minat utama Orff ialah dalam ekspresi realiti spiritual. Beliau percaya bahawa muzik pergerakan dan pertuturan bukanlah entiti yang berasingan tetapi satu bentuk gabungan yang disebut muzik elemental. Muzik elemental menurut Orff ialah muzik pergerakan dan pertuturan yang dihasilkan oleh kanak-kanak yang tidak memerlukan latihan khas tetapi berlaku secara spontan. Hasil dalm kaedah Orff ialah kepercayaan bahawa muzik weujud dalam setiap individu dan kanak-kanak menggunaka irama dan pergerakan yang natural untuk menghasilkan muzik. Kaedah Orff yang unik ini telah digunakan oleh Kementerian Kebudayaan Jerman untuk sekolah-sekolah elementari di Berlin. Menurut beliau lagi, selepas kanak-kanak membina kemahiran dengan satu alat muzik, konsep seperti meter, tekanan, dan anakursis diperkenalkan dalam corak pertuturan, diperkukuhkan dalam aktiviti laindan dipelajari serta dikaji dalm konteks muzikal.Satu contoh spesifik ialah pengajaran bentuk Canon. Pendekatan Orff terhadap Pendidikan Muzik mencatatkan bahawa pertuturan, chant dan lagu menjurus ke arah yang sama iaitu satu kesinambungan. Pengalaman kanak-kanak dengan nyanyian bermula dengan pertuturan. Ini bermakna melodi adalah satu hasilan daripada irama. Kanak-kanak belajar melodi dalam nyanyian dan melodi diperkenalkan melalui nyanyia Solfa. Terdapat urutan yang tertentu dalam pembelajaran solfa. Seperti dalam kebanyakan teori muzik yang melibatkan nyanyian, jeda menurun minor ke tiga so-mi merupakan jeda yang pertama diajarkan kepada kanak-kanak. Menurut Saliba (1991), nada yang sesuai bagi renj vokal kanak-kanak di bawah umur 7 tahun adalah lebih sesuai menyanyi dalam nada F major. Ton la, re dan do menyusul kemudian bagi melengkapkan skel pentatonik dan ton fa dan ti sebagai ton akhir
1- http://mzu3111.blogspot.com 2-

dalam kaedah ini. Kaedah Orff menggunakan skel pentatonik kerana beliau percaya bahawa skel ini merupakan tonaliti semulajadi kanak-kanak dan mod pentatonik ini dapat memberikan keyakinan pada diri kanak-kanak kerana hasil ciptaan daripada skel ini adalah lebih mudah serta senang dibunyikan. Pengukuhan seumpama ini adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak. Bahagian terakhir dalam elemen muzik Orff ialah pergerakan elemental. Seperti yang disebutkan terdahulu, perkataan elemental dalam konteks ini merujuk kepada sejenis perlakuan dan di dalam kes ini pergerakan di mana kanak-kanak mengambil bahagian tanpa latihan awal atau arahan. Mengikut Orff, aktiviti jenis ini memberi peluang kepada kanak-kanak menjadi lebih ekspresif. Kanak-kanak lebih mudah meluahkan pemikiran dan perasaan mereka melalui pergerakan dan lukisa daripada perkataan. Membenarkan kanak-kanak meluahkan perasaan mereka dengan cara ini dapat membenarkan mereka menggunakan imaginasi kerana kita sebagai orang dewasa sering terlupa bahawa kanak-kanak mempunyai imaginasi mengaitkan dengan muzik yang berkenaan. Aktiviti-aktiviti yang sering dilakukan untuk meluahkan perasaan ialah berjalaan tip-toe, melompat untuk membayangkan halangan, berpusing-pusing untuk membayangkan pening. Matlamat kaedah Orff in adalah untuk melahirkan kreativiti muzikal kanakkanak. Apabila pendidikan secara tradisi mengatakan kanak-kanak mesti belajar membaca notasi untuk menjadi pemuzik yang boleh berdikari. Kaedah Orff memfokus ke arah perkembangan kreatif dan ekspresif kanak-kanak. Alat-alat muzik yang digunakan dengan kaedah Orff secara langsung membezakannya dengan kaedah-kaedah lain. Orff menggunakan Xilofon dan pelbagaia metalofon yang mempunyai bar yang mudah alih. Ini membenarkan guru menukar bar untuk mod-mod tertentu untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan kanak-kanak. Alat-alat muzik Orff adalah hasil padanan daripada alat-alat muzik gamelan Indonesia.

1- http://mzu3111.blogspot.com 2-

You might also like