You are on page 1of 8

Eduwebtv.

com

Apakah Eduweb tv ????? EDUWEBTV telah dibangunkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sebagai satu wadah Pendidikan Digital untuk Semua. Pembangunan EDUWEBTV membolehkan sistem penghantaran program pendidikan untuk Guru-guru dan Murid murid menjadi lebih baik serta mampu mewujudkan lebih banyak lagi sekolah yang bertaraf Bestari. EDUWEBTV juga merupakan satu usaha untuk mengurangkan jurang digital antara bandar, luar bandar, pedalaman dan juga hilir bandar. EDUWEBTV merupakan portal pendidikan interaktif berasaskan video yang boleh digunakan dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P).

SALURAN-SALURAN EDUWEBTV EDUWEBTV merupakan Portal berasaskan kepada video pendidikan yang mempunyai saluran-saluran tertentu yang mempunyai fokus dan matlamat yang berbeza. Terdapat tujuh (7) saluran dalam Portal EDUWEBTV seperti saluran Berita, Akademik, Rencana, Wawancara, TV Pendidikan, Interaktif dan Siaran Langsung.Saluran Berita 1. Saluran Berita

Saluran Berita merupakan saluran yang menempatkan video-video yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti berkaitan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mahupun sekolah-sekolah di Malaysia. Video-video yang terdapat dalam Saluran Berita ini terdiri daripada dua (2) bahasa utama iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Saluran yang berbentuk Berita dalam Pendidikan (News in Education) ini mampu menyediakan laporan-laporan seperti aktiviti atau program KPM, isu-isu semasa pendidikan, polisi kerajaan dan program-program pendidikan di sekolah yang boleh digunakan oleh Guru sebagai bahan sumber pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Sebagai contoh, oleh kerana video yang terdapat dalam Saluran Berita ini terdiri daripada dua (2) bahasa, maka ianya boleh digunakan untuk menjadi Bahan Bantu Mengajar (BBM) untuk latihan tatabahasa. Selain itu, ianya juga boleh dijadikan sebagai rujukan penterjemahan. 2. Saluran Akademik

Saluran Akademik merupakan saluran yang menempatkan video berkaitan akademik seperti kursus-kursus ahli akademik yang dijalankan sama ada di dalam atau di luar negara. Dengan itu, pengguna seperti Guru atau Murid yang tidak mengikuti kursus boleh berkongsi maklumat tersebut. Selain itu, ianya juga dijadikan sebagai pembakar semangat dan juga pencetus inspirasi. 3. Saluran Rencana

Saluran Rencana merupakan saluran video yang menempatkan video-video rencana yang dirancang khas untuk tujuan penyebaran dan perkongsian maklumat. Antara kandungan rencana adalah seperti Pendidikan Teknik dan Vokasional,

Program jQAF, Pembangunan Kurikulum dan Usahawan yang akan dikupas dan dipersembahkan melalui persembahan video. Secara keseluruhannya, saluran rencana ini menempatkan video berkaitan dengan aktiviti pendidikan dan juga amalan-amalan terbaik. 4. Saluran Wawancara

Saluran Wawancara merupakan saluran video wawancara atau temubual bersama Personaliti Pendidikan yang berperanan mewarnai halatuju program dan agenda pendidikan negara. Wawancara yang dilakukan akan menekankan mengenai isu-isu berkaitan dengan pendidikan negara. Melalui wawancara yang dijalankan ini, pengguna dapat mengenali Personaliti Pendidikan dan menjadikan isu yang diwawancara sebagai satu panduan yang boleh digunakan dan diamalkan. 5. TV Pendidikan

Rancangan TV Pendidikan (TVP) merupakan bahan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang dihasilkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP). Setiap tahun, Sektor TVP menerbitkan pelbagai jenis rancangan untuk disiarkan yang meliputi rancangan berasaskan kurikulum sekolah rendah dan sekolah menengah. Saluran TV Pendidikan yang terdapat dalam Portal EDUWEBTV merupakan satu landasan yang membawakan TVP secara atas talian. Oleh itu, rancangan-rancangan TVP boleh diulang tayang pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja melalui aplikasi web yang disediakan oleh EDUWEBTV. Saluran TVP dalam EDUWEBTV merangkumi pecahan mata pelajaran seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Malayu, Matematik, Pendidikan Islam,Sains dan Sejarah. 6. Interaktif

Saluran Interaktif menempatkan video-video mengenai program-program utama KPM seperti program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan Pembestarian Sekolah. 7. Siaran Langsung.

Saluran Siaran Langsung merupakan saluran yang menyiarkan rakaman siaran langsung sesuatu program yang dianjurkan atau melibatkan KPM. Antara rakaman siaran langsung yang pernah dilakukan ialah Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2008. Dengan adanya rakaman siaran langsung ini akan memberikan informasi berguna kepada warga pendidik khususnya yang tidak dapat mengikuti program secara langsung. Log Masuk Portal - Guru Log masuk merupakan satu fungsi yang digunakan dalam mengenal pasti pengguna sama ada pengguna itu berdaftar ataupun tidak. Pada kebiasaannya log masuk memerlukan Nama Pengguna dan Kata Laluan sebagai kunci untuk mengenal pasti pengguna. Portal EDUWEBTV memerlukan pengguna untuk log masuk bagi membenarkan pengguna menggunakan fungsi-fungsi yang telah disediakan. Log masuk Guru merupakan salah satu kumpulan pengguna yang terdapat dalam Portal EDUWEBTV. Untuk log masuk sebagai Guru, pengguna perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu.

Pendaftaran Guru Pendaftaran Guru memerlukan pengguna memasukkan beberapa maklumat penting termasuk Nama Pengguna dan Kata Laluan serta maklumat lain yang akan disimpan dalam Portal EDUWEBTV.

Lupa Kata Laluan Lupa kata laluan merupakan fungsi yang disediakan dalam Portal EDUWEBTV untuk pengguna mendapatkan kata laluan baru. Pengguna yang terlupa kata laluan perlu memasukkan alamat e-mel yang digunakan semasa proses pendaftaran pada ruangan

yang disediakan. Portal secara automatik akan menghantar kata laluan sementara melalui alamat e-mel yang dimasukkan dan pengguna boleh log masuk semula sama ada untuk menukar kata laluan mengikut keperluan sendiri ataupun terus menggunakan kata laluan yang dijana oleh Portal.

HALAMAN UTAMA GURU Setelah log masuk Guru berjaya, sebuah halaman yang mengandungi beberapa ruangan atau bahagian seperti bahagian menu utama, bahagian menu video, ruangan carian, ruangan ahli dan lain-lain akan dipaparkan.

Untuk maklumat lengkap, sila klik link di sini atau melayari terus laman web Eduwebtv.

You might also like