You are on page 1of 2

PJM 3109

[BOLA JARING]

REFLEKSI AMALI BOLA JARING MUHAMMAD FIRDAUS BIN ABD RAHANI 900601-065971

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi kerana saya bersama dua orang rakan saya iaitu Hafizuddin dan Saiful telah melaksanakan amali pembelajaran dan

pengajaran permainan Bola Jaring. Amali permainan Bola Jaring kumpulan saya ialah Kemahiran Hantaran Aras Dada. Kumpulan saya melaksanakan amali ini dalam tempoh masa 30 minit. Bahagian tugas saya ialah melaksanakan aktiviti pemanasan badan dan gerak kerja berkumpulan. Bagi aktiviti pemanasan badan, tempoh masa yang saya ambil adalah 5 minit. Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan dan dikehendaki berlari menggunakan bebola kaki dengan tempo larian yang berbeza mengikut tiupan wisel yang saya lakukan. Aktiviti berjalan dengan lancer selama 2 minit dan diikuti dengan regangan 3 minit. Bagi gerak kerja berkumpulan, terdapat tiga stesen yang disediakan iaitu hantaran aras dada, hantaran lob dan hantaran lantun. Murid-murid dibahagikan kepada 3 kumpulan. Aktivit berjalan dengan lancar dan saya lebih memberi tumpuan kepada kemahiran hantaran aras dada dengan teknik serta perlakuan yang betul. Kawalan pelajar ketika aktiviti dilaksanakan juga agak terkawal. Namun begitu, terdapat beberapa kelemahan semasa aktiviti gerak kerja berkumpulan kerana terlebih 2 minit dari masa yang sepatutnya. Ini kerana pengambilan masa yang lama ketika pertukaran stesen dan mengumpul bola. Bagi aktiviti pemanasan badan pula, terdapat beberapa murid keliru dengan tiupan wisel dan mereka agak lambat untuk menukar tempo larian kerana mungkin kurang sistematik.

MUHAMMAD FIRDAUS BIN ABD RAHANI PISMP PENDIDIKAN JASMANI AMBILAN JAN 2011

PJM 3109

[BOLA JARING]

Untuk penambahbaikan, saya akan memastikan penyusunan murid dalam bentuk kumpulan dan perlaksaan aktiviti pemanasan badan akan lebih sistematik serta memberi arahan yang mudah difahami oleh murid. Ini akan dapat memastikan kelancaran pada aktiviti pemanasan tersebut dan dapat lebih menarik minat mereka. Bagi gerak kerja berkumpulan pula, perjalanan aktiviti haruslah lebih lancer supaya dapat menjimatkan masa dan murid dapat memberi focus kepada kemahiran serta teknik yang betul. Akhir sekali, Saya akui bahawa amali ini dapat meningkatkan lagi kefahaman saya dan cara penyampaian saya mengendalikan aktiviti ini.. Semua ahli kumpulan memberikan komitmen terhadap tugas masing-masing. Saya amat berterima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan tugasan ini.

MUHAMMAD FIRDAUS BIN ABD RAHANI PISMP PENDIDIKAN JASMANI AMBILAN JAN 2011

You might also like