You are on page 1of 9

Upin & Ipin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Upin & Ipin

Genre

Animasi

Pencipta

Hj. Burhanuddin Radzi Hjh. Ainon Ariff Mohd Nizam Abd Razak Mohd Safwan Abdul Karim

Dimajukan oleh

Les' Copaque Production Sdn Bhd

Pengarah

Mohd Nizam Abd Razak (musim 1-3) Muhammad Usamah Zaid Yasin (musim 3-4) Mohd Nazmi Mohd Yatim & Mohd Faiz Hanafiah (musim 5) Adam Amiruddin (musim 6)

Pelakon suara

Nur Fathiah Diaz (musim 13) Asyiela Putri (musim 4-5) Hjh. Ainon Ariff Ida Shaheera Azhar Ida Rahayu Yusoff Mohd Shafiq Mohd Isa Yap Ee Jean (musim 1-3) Tang Ying Sowk (musim 4-5)

Komposer lagu tema

Yuri Wong (musim 1-4) Azfaren Aznam (musim 5)

Lagu pembukaan

Sahabat Selamanya nyanyian Kumpulan Padi Band

Lagu penutup

Sahabat Selamanya nyanyian Kumpulan Padi Band

Komposer

Azfaren Aznam

Negara asal

Malaysia

Bahasa

Bahasa Malaysia

Bilangan musim

Bilangan episod

186 (Senarai episod)

Penerbitan

Penerbit

Haji Burhanuddin Md Radzi Hajjah Ainon Arifi

Tempoh siaran

5 minit per episod (musim 12) 7 minit per episod (musim 35)

Penyiaran

Saluran asal

TV9

Format gambar

4:3 (576i)

Format audio

Stereo

Siaran asal

14 September 2007

Kronologi

Rancangan berkaitan

Geng: Pengembaraan Bermula(filem)

Pautan luar

Tapak sesawang rasmi

Upin & Ipin ialah tajuk bagi sebuah siri animasi tayangan singkat yang dihasilkan oleh syarikat animasi Les' Copaque di Malaysia, dan juga nama bagi dua watak utama siri ini. Upin & Ipin merupakan keluaran sampingan bagi filem Geng: Pengembaraan Bermula yang juga menampilkan watak utama siri animasi tersebut. Mula-mulanya, Upin & Ipin disiarkan sempena bulan Ramadan pada tahun 2007 Masihi di TV9 (Malaysia), dengan tujuan mendidik anak-anak agar menghayati erti bulan mulia, kini menjangkaui lima musim dan tidak terhad pada televisyen, bahkan juga dalam bentuk DVD dan penstriman videomelalui Internet. Upin & Ipin juga berjaya dipasarkan di luar negara, khususnya negara jiran Indonesia. Atas kejayaan menambat hati penonton serantau, Upin & Ipin disenaraikan dalam Malaysia Book of Records sebagai "Animasi Paling Berjaya" pada tahun 2011.[1] Selepas filem Geng, watak Upin & Ipin bakal membintangi sebuah lagi filem cetera berjudul Laksamana Upin & Ipin yang dijangka keluar pada tahun 2013.
Isi kandungan
[sorokkan]

1 Sejarah 2 Latar 3 Episod 4 Media

4.1 Siaran TV

5 Kelab Upin & Ipin 6 Media lain

6.1 Cenderamata

o o o o

6.2 Muzik rakaman 6.3 Majalah 6.4 Permainan video dan aplikasi 6.5 Muzikal

7 Sambutan dan pengaruh 8 Anugerah 9 Lihat juga 10 Sumber 11 Pautan luar

[sunting]Sejarah
Upin dan Ipin asalnya direka sebagai watak sampingan untuk filem Geng: Pengembaraan Bermula, oleh Mohd Nizam Abdul Razak, Mohd Safwan Abdul Karim, Muhammad Anas Abdul Aziz dan Usamah Zaid, para pengasas Les' Copaque. Nizam, Safwan dan Usamah merupakan siswazah lepasan Universiti Multimedia yang mula-mulanya bekerja sebagai kakitangan sebuah syarikat animasi lain sebelum bertemu dengan bekas peniaga minyak dan gas, Haji Burhanuddin Radzi dan isterinya Hajjah Ainon Ariff pada tahun 2005, lalu membuka syarikat Les' Copaque.[2] Nizam percaya bahawa aspek kebudayaan Malaysia yang berlatarkan kampung yang serba santai pasti menarik minat pasaran antarabangsa. Hujahnya, siri animasi Doraemon dari Jepun boleh laris di seluruh dunia meskipun berlatarkan budaya setempat dan bukannya budaya antarabangsa.[3] Apatah lagi, reputasi Les' Copaque sebagai syarikat terkenal mula dibentuk oleh populariti Upin & Ipin bukan sahaja di Malaysia, malah di beberapa negara lain yang mengimport siri ini khususnya Indonesia. Proses animasi Upin & Ipin (dan juga filem Geng) menggunakan perisian CGI Autodesk Maya. [4] Di sebuah sidang media perisian animasi pada tahun 2009, Ketua Pereka Les' Copaque, Fuad Md. Din memberitahu, "Salah satu tujuan kami memilih perisian ini kerana ia mudah. Lagi pun kami sudah berpengalaman menggunakannya sebelum ini."[5] Musim pertama Upin & Ipin diterbitkan khusus sempena sambutan Ramadan pada tahun 2007 untuk mendidik kanak-kanak mengenai erti dan kepentingan bulan mulia. Kata Safwan, "Kami memulakan siri animasi empat minit ini untuk menguji penerimaan pasaran tempatan serta mengukur bagaimana reaksinya kepada kebolehan penceritaan kita."[3] Sambutan memberangsangkan terhadap siri pendek ini menggalakkan Les' Copaque agar menerbitkan satu musim lagi yang diisi 12 episod dengan watak-watak baru, sempena bulan Ramadan dan Aidilfitri pada tahun 2008. Musim pertama Upin & Ipin memenangi anugerah Animasi Terbaik di Festival Filem Antarabangsa Kuala Lumpur 2007.[6]

Selepas dua musim yang bertemakan Ramadan dan keislaman, penerbitan Upin & Ipin beralih kepada penceritaan yang lebih bersifat "sejagat". Ketika ditemubual dalam rancangan wawancara Internet, The Entrepreneur, pada tahun 2010, Haji Burhanuddin menjelaskan sebab pihaknya berbuat demikian, "kandungan bercirikan Islam sukar untuk dijual pasaran Timur Tengah nampak bagus, tetapi sebenarnya tidak; jika dijual kepada penyiar satelit, tidak boleh dijual kepada mana-mana pihak lain, apatah lagi mereka meminta harga yang sangat rendah. Sebab itulah kami mengubah konsep daripada Islam kepada sejagat." [7] Oleh itu, Upin & Ipin dan Kawan-kawan disiarkan sepanjang tahun mulai awal tahun 2009, yang mana episod baru disiarkan pada musim cuti sekolah atau Ramadan/Aidilfitri, manakala hari-hari persekolahan hanya ada siaran ulangan. Ini berterusan sehingga musim keempat pada tahun 2010. Pada tahun 2009 juga, barulah filem Geng: Pengembaraan Bermula ditayangkan, untuk menjadi filem tempatan yang paling banyak hasil kutipan pawagam di Malaysia pada tahun itu. Pada bulan September, Nizam, Safwan dan Anas meninggalkan Les' Copaque[8] untuk menubuhkan sebuah studio animasi baru, iaitu Animonsta Studios; namun siri animasi Upin & Ipin masih diteruskan di bawah pimpinan Haji Burhanuddin selaku pengarah.[9] Susulan filem Geng, Les' Copaque mengumumkan filem seterusnya yang dibintangi oleh Upin & Ipin, iaitu Upin & Ipin: Angkasa pada pertengahan tahun 2009. Namun, setahun kemudian, filemAngkasa diumumkan batal dan diganti dengan Laksamana Upin & Ipin yang dijanjikan dalam bentuk filem 3D.[10] Pada 29 September 2010, kugiran Padi dari Indonesia melancarkan sebuah lagu tema baru untuk Upin & Ipin, bertajuk "Sahabat Selamanya", yang juga ditujukan kepada hubungan antara Malaysia dengan Indonesia yang dikatakan dilanda konflik ketika ini.[11] Video muzik lagu ini yang sudah berkumandang di kaca televisyen Indonesia sejak bulan Ogos[12], menampilkan kugiran tersebut mendendangkan lagu mereka di halaman rumah Upin dan Ipin, serta babak-babak terpilih dari siri animasi Upin & Ipin. Pada Disember 2010, dilaporkan bahawa francais Upin & Ipin mengumpul pendapatan sebanyak RM 12 juta pada tahun 2009 dan 2010, kebanyakannya hasil penjualan siri Upin & Ipin kepada penyiar antarabangsa.[13] Di tengah musim kelima Upin & Ipin pada tahun 2011, Les' Copaque memperkenalkan rancangan aneka ragam kanak-kanak mingguan, Kelab Upin & Ipin, mulai 4 Jun. Pada musim Ramadan dan Aidilfitri tahun ini, musim terawal Upin & Ipin disiarkan dalam Astro Ceria.

[sunting]Latar
Lihat juga: Senarai watak Upin & Ipin Upin & Ipin dan Kawan-kawan merupakan siri animasi yang menceritakan kisah sepasang kembar 5 tahun yang menjalani kehidupan mereka sehari-hari yang penuh dengan aktiviti menarik dan pengembaraan yang mendebarkan.

Kenali Upin & Ipin dan kawan-kawannya: Ehsan, merupakan ketua kelas yang sering menjadi pengadil dalam sesebuah permainan. Fizi, merupakan sepupu Ehsan yang sering menjadi mangsa keadaan; Mei Mei, kanak-kanak berbangsa Cina, comel, bersopan-santun dan sering menyuarakan pendapatnya; Mail, suka berniaga dan sering ditonjolkan sebagai mempunyai ciri-ciri ahli perniagaan yang berjaya. Mail sentiasa cuba untuk menjual apa saja yang boleh mendatangkan keuntungan dengan laungan dua, seringgit; manakala Jarjit pula, kanak-kanak Sikh yang sangat periang. Walaupun sebaya, namun suara dan wajahnya kelihatan lebih matang serta Jarjit sangat gemar teka-teki dan berpantun. Tidak lupa juga; Ros, kakak mereka yang sangat garang dan Opah yang lemah-lembut dan sering menasihati mereka.

[sunting]Episod
Rencana utama: Senarai episod Upin & Ipin

[sunting]Media [sunting]Siaran Negara

TV
Saluran Mulai Catatan

TV9 Malaysia Astro Ceria

September 2007

Musim pertama hingga sekarang

Ogos 2011

Musim pertama

TVRI Indonesia MNC TV (dahulunya TPI)

September 2007

Musim pertama sahaja, serentak dengan Malaysia

September 2008

Mulai musim ke-2 hingga sekarang

Singapura

MediaCorp Suria

Februari 2011

Mulai musim ke-3 hingga sekarang

Turki

Hilal TV[14]

September 2008

Musim pertama dan ke-2

Malaysia Singapura Indonesia Brunei

Disney Channel Asia

November 2009

Mulai musim ke-3 hingga sekarang

Thailand Filipina Vietnam Kemboja Hong Kong a Korea Selatanb

Catatan ^a Sehingga Mac 2010. Mulai April 2010, Disney Channel Hong Kong mengganti Disney Channel Asia. ^b Sehingga 30 Jun 2011. Mulai 1 Julai 2011, Disney Channel Korea mengganti Disney Channel Asia.

Selain di TV, episod-episod Upin & Ipin boleh juga ditonton melalui DVD dan khidmat penstriman video yang sah di sisi undang-undang, iaitu di akaun rasmi lescopaque di YouTube dan jugaTonton.com.my.

[sunting]Kelab

Upin & Ipin

Walaupun aktif sejak tahun 2009, namun Kelab Upin & Ipin hanya dirasmikan di acara "Hari Kelab Upin & Ipin" di Zoo Negara pada 12 Jun 2010.[15] Ahli kelab menikmati peluang menyertai semua aktiviti kelab sepanjang tahun, dan juga harga istimewa untuk barang dagangan berjenama Upin & Ipin di kedai U & I Boutique dan Geng's Corner. Di samping itu, rancangan televisyen kanakkanak Kelab Upin & Ipin disiarkan mulai 4 Jun 2011 di TV9.

[sunting]Media

lain

[sunting]Cenderamata
Selain DVD, jenama Upin & Ipin juga terjual dalam bentuk barangan cenderamata[16], termasuk pakaian, kelengkapan sekolah, sampul duit raya, anak patung dan juga bantal kusyen dibawah jenama "U & I Boutique". Malangnya, barangan-barangan Upin & Ipin tidak terlepas daripada gejala cetak rompak dan barangan tiruan[17]; tetapi mujurlah adanya penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna untuk memantau dan membendung kegiatan haram ini.[18]

[sunting]Muzik

rakaman

Pada tahun 2011, Les' Copaque dan syarikat rakaman Nova Music menerbitkan album lagu Aidilfitri Seronoknya Raya Bersama Upin & Ipin yang menampilkan nyanyian Asyiela Putri Azhar sebagai pelakon suara Upin dan Ipin.[19] Pada pertengahan tahun 2012, Asyiela berduet bersama Najwa Latif untuk merakam lagu "Terima Kasih Cikgu" sempena sambutan Hari Guru dan episod "Terima Kasih Cikgu".

[sunting]Majalah

Mulai Disember 2009, Majalah Komik Upin & Ipin diterbitkan sekali sebulan untuk pasaran seluruh Malaysia, terbitan Nyla Sdn Bhd.[20] Isi kandungan majalah ini terdiri daripada komik hasil tangkapan skrin siri Upin & Ipin dan filem Geng: Pengembaraan Bermula, profil pelakon suara dan krew di sebalik siri Upin & Ipin, halaman pembelajaran dan aktiviti, dan sebagainya.

[sunting]Permainan

video dan aplikasi

Les' Copaque Production membuka sebuah bahagian pembangunan permainan, LC Game Develpment Inc. Sdn Bhd untuk mengeluarkan permainan elektronik Upin & Ipin. LC Game Development Inc. telah menghasilkan dua permainan mini untuk pengguna iOS, iaitu Pocket Ipin (2010), Pocket Upin (2012) dan Upin & Ipin Dash (2012). Pada sekitar Mac 2011, dilaporkan bahawa Les' Copaque sedang membangunkan permainan komputer Upin & Ipin.[21] Pada Oktober tahun itu, diumumkan pula bahawa dua permainan Upin & Ipin yang berasingan sedang dibangunkan.[22]

[sunting]Muzikal
Pementasan teater Upin & Ipin the Musical yang menggunakan khidmat pelakon hidup dianjurkan buat julung kalinya pada 14 April hingga 6 Mei 2012 di Istana Budaya.[23] Dalam pementasan ini, watak Upin dan Ipin dimainkan oleh dua pasangan pelakon yang berbeza, iaitu Faris Azim Abdul Karim dan Amir Johar Nadim, Joshry Adamme Rizq Arish Khairul Fazril dan Muhamad Faritz Danial Roshaimi.

[sunting]Sambutan

dan pengaruh

Siri dan francais Upin & Ipin nyata berpengaruh di rantau Nusantara, khususnya di Malaysia dan Indonesia. Musim pertamanya yang diperkenalkan kepada umum sempena musim Ramadan 2007 bukan sahaja disambut hangat oleh penonton, bahkan juga mengurniakan anugerah pertamanya sebagai "Animasi Terbaik" di Festival Filem Antarabangsa Kuala Lumpur yang dianjurkan pada tahun yang sama.[24] Ketika musim keduanya disiarkan pada musim Ramadan 2008, dilaporkan sejumlah 1.5 juta penonton menonton siri animasi ini di TV9[25], menjadikannya siri kartun kedua teramai penonton di televisyen Malaysia, mengekori Doraemon (1.6 juta orang), tetapi di hadapan SpongeBob SquarePants (800,000 orang).[2] Kelarisan jenama Upin & Ipin juga dipercayai menjadi pemangkin kepada kejayaan filem animasi CGI pertama Malaysia, Geng: Pengembaraan Bermula (2009) yang juga diterbitkan oleh Les' Copaque dan menampilkan watak Upin dan Ipin, yang mencapai hasil kutipan yang cemerlang iaitu RM 6.31 juta selama tujuh minggu di pawagam, menjadikannya antara filem tempatan yang paling lumayan dalam sejarah perfileman Malaysia.[2]

Ketika musim ketiga disiarkan dengan pada musim cuti sekolah akhir tahun 2009, pihak TV9 melaporkan bahawa siri Upin & Ipin mencatat 1.6 juta penonton, menjadikannya rancangan kedua teramai penonton di saluran tersebut, mengekori tak lain tak bukan filem Geng yang menikmati tayangan perdana di TV percuma dengan 2.45 juta penonton (TVR 12.8).[26] Nyata sekali, Indonesia menjadi pasaran eksport utama untuk francais Upin & Ipin. Pada tahun 2009, pihak TPI selaku penyiarnya di republik itu melaporkan TVR sebanyak 10.5 peratus.[27]Penangan Upin & Ipin di seberang ditandai oleh puji-pujian dari pengarang kolum akhbar di Indonesia, misalnya Fadil Abidin untuk akhbar Analisa yang mengulas bahawa siri ini kaya dengan pendidikan serta unsur Islam, seperti menghormati sesama kawan yang berbeza kaum dan agama sehingga watak-wataknya bukan sahaja terdiri daripada orang Melayu, Cina dan Tamil, bahkan juga orang Indonesia.[28] Sempena sambutan perayaan Hindu Nyepi di Bali pada Mac 2010, tersiarnya gambar patung ogohogoh yang dilaporkan amat menyerupai Upin & Ipin. Pembuatan ogoh-ogoh berupa Upin dan Ipin ini dilaporkan menelan belanja 4 juta rupiah[29] (kira-kira RM 1,500). Facebook mengumumkan dalam hasil kajian Memology bahawa halaman Upin & Ipin merupakan halaman watak cereka yang paling popular di Facebook seluruh dunia sepanjang tahun 2011. [30]Pada tahun 2012, Upin & Ipin merupakan kata kunci carian yang paling kerap ditaipkan oleh pengguna Google Malaysia dalam kategori Rancangan TV menurut Google Zeitgeist.[31]

[sunting]Anugerah
Festival Filem Antarabangsa Kuala Lumpur 2007[24]

Animasi Terbaik
Anugerah Shout! 2009[32]

Best On-Screen Chemistry


World Brand Congress 2010, India

Brand Leadership Award


Malaysia Book of Records (2011)

Animasi Paling Berjaya[1]

You might also like